Ledakan di sini bukan gunung berapi serakah awam tetapi air syahdu bersih tenang dan aman dilimpahkan, disiramkan sepanjang perjalanan sambil mengajak penyangak takhta membuang keruh dan kotornya dakwat pena pilihan raya dari tangan hantu dan pecandu politik. Termaktub lapan nokhtah bertindih. Satu: Membersihkan senarai undi Dua: Mereformasi undi pos Tiga: menggunakan dakwat kekal Empat: Akses media yang bebas dan adil Lima: Tempuh kempen minima 21 hari Enam: Memperkukuh institusi awam Tujuh: menghentikan rasuah Lapan: Menghentikan politik kotor. Laluan tak perlu diterjah dengan isytihar genderang perang kami datang bukan untuk berperang. Jalan raya tak perlu disimbah dengan pancutan air beracun kerana kami sudah memisikan wadah dengan lapan nokhtah aman sejauh hulu sungai rakyat ke kota menara Petronas ini. Bersih, bersih, pilihan raya bersih Aman, aman, himpunan aman. Ampun Tuanku, kami pacar yang hina memohon restu. 27 Jun 2011 Kuala Terengganu |
Monday, June 27, 2011
8 Nokhtah Bertindih
By
MPG
June 27, 2011
9 Julai, agenda BN, Bersih 2.0, Himpunan Bersih, menara berkembar petronas, petronas, Puisi Bersih, Puisi Islam, Puisi Melayu, Puisi Perjuangan
Sunday, June 26, 2011
'Matilah BN kali ini'
Mengapa Barisan Nasional (BN) takut dengan Himpunan Bersih 2.0, 9 Julai ini kalau benar dia anak jantan? BN sebenarnya takut kepada bayang-bayang sendiri. BN boleh berdiam diri, tidak perlu menggelabah dengan mengaitkan nama Yang Dipertuan Agong, mendakwa berlaku huru hara dan menggunakan polis untuk provokasi himpunan tersebut, jika parti itu sendiri anak jantan.
Pengerusinya, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, tidak payah mendakwa pembangkang bukan anak jantan kerana ia bukan anjuran parti pembangkang tetapi anjuran NGO yang ada kaitan dengan rakyat dan tuntutan mereka dari segenap lapisan masyarakat.
BN begitu bacul dengan sikap tak endahnya, apabila bukti terang-terangan adanya pengundi hantu dalam daftar pemilih terbaru yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPRM) 13 Mei lalu yang didedahkan Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali di Parlimen baru-baru ini.
Ia diperakui kemudiannya oleh SPRM sendiri. Mengapa BN diam? Mengapa tidak bertindak terhadap bukti tersebut dengan membuat pembersihan semula daftar pemilih itu.
Bersih menuntut 8 perkara, mengapa tidak menerima tuntutan tersebut yang telah dikemukakan sejak tahun 2008 lagi. BNlah bukan anak jantan kerana tidak telus dan terbuka membuat pembetulan. Jika terima tuntutan tersebut, BN percaya dia akan kalah dalam pilihan raya.
takut apa kalah pilihaanraya kalu kita dipihak yang benar. Hari ini orang benci dengan sikap telus dan terbuka kita, esok orang akan suka semula sikap kita tersebut. Iutlah sikap anak jantan.
Jadi, jelas BN berkuasa atas penipuan, penyalahgunaan kuasa, rasuah, diktatorship, tamak haloba, takut kalah dan takut hilang kuasa sebagaimana Najib berkata, susah jadi naib johan sebagaimana ucapannya dalam satu majlis baru-baru ini.
Najib menyindir dan menggambarkan BN berada dalam situasi tertekan dan 'pessimistic' (putus harapan) untuk menarik sokongan rakyat umum yang sudah bosan dengan kerenah pemerintahan parti itu.
Sekaligus BN sudah berada di persimpangan jalan. BN tidak relevan lagi untuk mendokong cita-cita dan harapan rakyat untuk melihat suatu pemerintahan yang adil dan berkebajikan kerana parti itu tidak mendokong cita-cita rakyat.
Parti itu begitu sukar untuk menukar warna kelam dan hodoh terpalit di mukanya selama ini dalam waktu terdekat kerana rakyat sudah kenal siapa BN atau Umno yang juga parti teras Barisan Nasional itu. Jika datang kepada rakyat dalam keadaan, menyembah-nyembah sekalipun ia sukar lagi diterima, melainkan mereka menerima segala tuntutan rakyat terhadap pilihan raya adil dan bersih.
Tetapi bahananya akan menimpa BN kalau ditunaikan tuntutan tersebut, iaitu kalah pilihan raya. BN memang takut kalah kerana kalau kalah pilihan raya, kata orang 'matilah BN'. Parti itu hidup dengan penipuan dan penyelewengan. Tanpanya parti itu mati. jadi kalau parti itu bersih sebagaimana tuntutan Himpunan Bersih 2.0, kekotorannya hilang.
Pemimpinnya memang suka mempertahankan kekotoran itu kerana mereka hidup dengan kekotoran tersebut.
P/S: Bantu saya dalam business sila lawat Pelate Store di link di bawah:-
Sunday, June 5, 2011
Pemilihan Pimpinan PAS: Kehendak ahli akar umbi
By
MPG
June 05, 2011
media muktamar PAS, Muktamar PAS ke 57, Muktamar Tahunan PAS ke-57 2011, Pemilihan PAS
Meneliti perubahan kepimpinan tertinggi PAS selepas Presiden, ia suatu manifestasi kehendak akar umbi parti bahawa era kepimpinan parti harus terdiri dari aktivis yang sudah lama menyelami hati budi rakyat dan jatuh bangun bersama susah senang rakyat di semua peringkat.
Mereka adalah rangkaian kepimpinan kontemporari rakyat yang boleh mendekati semua lapisan masyarakat tanpa masyarakat berkenaan segan mengadu hal kehidupan bermasalah sejak sekian lama di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN).
Kebimbangan Umno terletak kepada kemampuan PAS melahirkan kepimpinan kontemporari ini yang lebih senang dan selesa mendekati rakyat sehingga rakyat merasakan mereka tidak perlu lagi kepada Umno kerana PAS melalui kepimpinannya boleh menyelesaikan permasalahan mereka lebih baik dari Umno.
Timbalan Presiden, Haji Mohamad Sabu suatu ketika dahulu pernah penulis mewawancarakannya dan berhasrat menjadi orang tua selepas beliau dengan sendirinya cukup umur untuk memimpin Dewan Pemuda PAS Pusat sebagai Ketuanya. Beliau kini bukan sahaja menjadi orang tua tetapi orang nombor dua parti.
Mungkin dimaksudkan orang tua ketika itu ialah pemimpin yang berpengalaman dalam parti, boleh dibuat rujukan pendapat serta boleh memberi nasihat dan mungkin juga orang penting dalam parti suatu ketika nanti. Penulis tidak sempat bertanyakan apa maksud mahu menjadi orang tua itu. Bagaimana dengan perlantikan sebagai orang nombor dua dalam parti, hasrat itu semua telah terbukti pada hari ini walaupun masih dalam spekulatif penulis.
Kita tidak bimbang dengan prinsip mempertahankan kepimpinan ulama kerana beliau adalah pejuang kepimpinan ulama tegar sebagaimana ditegaskan dalam interbiu beliau sempena perlantikannya sebagai Timbalan Presiden.
Karismanya yang bersahaja dan mudah didedakati rakyat sekaligus lantang mendedahkan kepincangan politik Umno sudah pasti ia mendatangkan masalah besar kepada Umno.
Pokok penting sekarang bukan persoalan berdepan dengan Umno semata-mata tetapi mendekati dan menyelami masalah rakyat adalah prioriti (aulawiyyat) berteraskan �Membangun Negara Berkebajikan� yang menjadi tema muktamar PAS ke 57.
Sama ada pilihan raya umum ke 13 akan di adakan cepat atau lambat, gerak kerja menawan hati rakyat ini harus bergerak tanpa kira waktu dan suasana.
Sudah tentu dengan pemilihan naib-naib presiden juga terdiri dari aktivis PAS teras termasuk Salahudin Ayub, Datuk Haji Mahfuz Omar dan Datuk Paduka Haji Husam Musa, suatu iringan kepimpinan serasi dan seimbang sebagai penggalas tugas-tugas Presiden ketika diperlukan berhadapan dengan suasana dan realiti rakyat semasa.
Haji Mohamad Sabu (Abang Mat) mempunyai hasrat besar untuk PAS berganding bahu dengan badan-badan bukan kerajaan lain (NGO) menjalankan usaha dalam pelbagai aktiviti kemasyakatan termasuk melihat wajah pilihan raya berjalan di atas landasan demokrasi sebenar, bersih dari sebarang penipuan, rasuah dan penyalahgunaan jentera kerajaan.
Kerjasama erat dengan badan-badan ini membuka ruang yang lebih lebar untuk mendekati masyarakat, walaupun Umno juga cuba berusaha berbuat demikian tetapi parti itu tidak akan berjaya sebagaimana PAS kerana masalah Umno itu sendiri menyebabkan kegiatan ini terbatas.
NGO sedar dan tahu siapa Umno dan tahu juga siapakah PAS dalam memperjuangkan nasib rakyat. Era perjuangan rakyat ini adalah suatu kesinambungan perjuangan selepas kemerdekaan yang sepatutnya menjadi lebih hebat dari perjuangan memerdekakan Malaya dari penjajah British yang didokong oleh pejuang-pejuang kemerdekaan sebenar seperti Dr. Buhanuddin al-Helmi dan rakan-rakannya yang lain.
Justeru di sinilah kepimpinan PAS ini bermula membentuk rangkaian kesinambungan perjuangan ini dengan gigih.
Rakyat menjadi pilihan utama dibentuk dan diperkasakan dengan kesedaran mendalam untuk perubahan dan membentuk negara Malaysia baru yangh adil serta berkebajikan.
Sekaligus PAS pasti berjaya menjadi alternatif kepada Umno untuk menerajui negara bersama-sama parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat (PR)dengan usaha berterusan sehingga PR berjaya didaftarkan sebagai parti komponan kedua selepas BN menduduki Putrajaya tidak lama lagi.
Bagaimanapun ia bukan semudah apa yang disebut tetapi bukan mustahil ianya berjaya dilaksanakan.
Saturday, June 4, 2011
Era Baru Perjuangan PAS
Satu era baru perjuangan PAS dekad ini ialah menentukan parti memenangi hati rakyat berbilang kaum dan agama, budaya dan taraf ekonomi.
Kecenderungan ini dapat dibaca apabila era pasca revolusi rakyat Asia Barat mencetuskan kesedaran rakyat seluruh dunia betapa mereka perlu kembali kepada hakikat sebenarnya keperluan kehidupan mereka.
Mereka memerlukan undang-undang yang adil untuk melihat segala kesalahan yang dilakukan oleh sesiapa sahaja dalam kehidupan mereka dapat diadili dengan baik. Pembahagian kekayaan di kalangan rakyat diagihkan secara adil tidak hanya kepada kroni pemeritah semata-mata.
Gelombang ini merayap bukan sahaja di Asia Barat tetapi ke dalam masyarakat Malaysia sendiri yang berbilang kaum.
Orang Cina, India, Melayu, Kadazan, Bidayoh dan lain-lain hari ini bercakap tentang ketidakadilan pembahagian kekayaan di kalangan rakyat. Mereka telah terpedaya dengan kepincangan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) terlalu lama lebih lima dekat. Menyifatkan selama ini bagus dan membanggakan. Tetapi hakikatnya tidak.
Perasaan tidak puas hati itu telah membuak-buak di dada mereka, menunggu masa untuk diadaptasikan dalam pilihan raya umum akan datang.
Di sinilah PAS memainkan peranannya untuk bersama mencetuskan perubahan di kalangan rakyat berbilang bangsa dan agama itu.
Sebagaimana dinyatakan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasarnya bahawa PAS akan bersama dengan rakan dalam Pakatan rakyat untuk menggerakkan agenda perubahan sebagaimana yang dipersetujui dalam dokumen Polisi Bersama Pakatan Rakyat yang sudah dibahas dan diterima oleh PAS.
�Ianya melibatkan suatu paradigma baru pendemokrasian, suatu islah menyeluruh dalam sistem pemerintahan dan urustadbir negara,� jelas Datuk Seri Presiden PAS di Dewan Datuk Haji Fadzil Mohd. Noor di Taman Melewar, Gombak Selangor baru-baru ini.
Suatu perubahan menyeluruh ini khususnya menyentuh soal dasar pemerintahan negara yang banyak memberi ruang kepada aktiviti-aktiviti rasuah telah merosak akauntabiliti kepimpinan negara dan pegawai-pegawai kerajaan semua peringkat.
Bermula dari pemandu kenderaan kerajaan sampai kepada wakil rakyat parti pemerintah khususnya BN. Indeks rasuah yang merudum sebelum ini terbukti benarnya dakwaan ini.
Tidak wujudnya urustadbir yang baik negara berpunca dari tidak wujudnya sistem pentadbiran yang tidak memberi ruang kepada berlakunya rasuah berleluasa di semua peringkat, mengakibat bahana menimpa kepada perancangan kerajaan khususnya pembangunan yang dirancang.
Banyak projek gagal dilaksanakan dengan baik kerana puncanya rasuah. Kos pembiayaan tinggi tetapi kualiti pembangunan tidak berada di tahap memuaskan dan mengikut piawaian yang dibenarkan. Akibatnya banyak bangunan runtuh dan mengorbankan nyawa rakyat tidak berdosa.
Wang rakyat disalahgunakan untuk membiyai parti kerajaan (Umno) secara tidak langsung dengan memasukkan wang dikatakan untuk projek pembangunan dalam akaun syarikat tertentu dan kemudianya disalurkan kepada Umno dalam bentu dana tertentu.
Perkara inilah PAS dan Pakatan Rakyat berusaha membenterasnya supaya bukan sahaja ia menghasilkan pembangunan berkualiti dari semua sudut bahkan telah terbukti menarik ramai pelabur datang untuk membuat pelaburan dalam negara terababit sebagai contoh Singapura dan lain-lain kerana berpunca dari rasuah berada di bawah tahap minima atau pembangunan tanpa rasuah.
Indonesia kini mengorak langkah ke arah membentras rasuah. Tetapi Malaysia gagal melaksanakan tugas menghapuskan rasuah walaupun berlaku penambahbaikan kepada Badan Pencegah Rasuah bertukar menjadi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Yang penting ialah rakyat menerima inpak besar dari jika gerakan Pakatan Rakyat berjaya membuat perubahan tanpa mempedulikan serangan dan fitnah yang ditaburkan BN sepanjang perjalanan mereka melaksanakan tugas untuk rakyat itu.
Justeru gandingan usaha yang tidak pernah putus arus, lambat laung akhirnya akan membuahkan hasilnya. Ini kerana keburukan rasuah dan penyelewengan itu tidak selama-lamanya kekal ditakuti dan disokong apabila ianya dapat kejahatannya dizahirkan di hadapan mata rakyat hari demi hari.
Oleh itu PAS dan Pakatan Rakyat sekali-kali tidak perlu jemu menyatakan kebenaran ini sama ada menang pilihan raya atau kalah.- Harakahdaily.net.