Latest News

Showing posts with label Adun Umno keluar parti. Show all posts
Showing posts with label Adun Umno keluar parti. Show all posts

Wednesday, April 20, 2011

Video seks dirancang sejak 1999

Saya tidak berhasrat untuk menyinggung mana-mana penyiasatan dan perbicaraan kes dari mana-mana pihak berkuasa dan perbicaraan di mahkamah dalam persoalan video seks yang didakwa kononnya membabitkan pemimpim Pakatan Rakyat (PR).

Sebelum saya menulis lanjut, sepatutnya kes-kes berkait dengan moral ini diserahkan kepada pihak perundangan menentukan sama ada ia ada kes atau benar-benar berlaku atau hanya fitnah semata-mata.

 Persoalan penting di sini ialah kes video lucah terbaru tahun ini yang didakwa ada kaitan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim (Gambar)  awal-awal lagi saya berani cakap ia suatu perancangan jahat Umno/Barisan Nasional (BN) untuk menjatuhkan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Sumber boleh dipercayai menjelaskan bahawa difahamkan Unit Khas Polis pernah membuat pendedahan ini. Ia dikatakan perancangan Umno dengan kerjasama pihak keselamatan. 
Terbaru pendedahan dibuat, pada tahun 1999, pernah dijumpai video berkaitan di Kuala Lumpur tetapi tidak ada yang bertanggungjab penerbitan dan sebarannya (lihat Link ini: http://bit.ly/hWejrN).

Jika rentetan ini berlaku tidak payahlah berfikir panjang dan jangan cuba memperbodohkan diri bahawa sebenarnya perancangan jahat Umno itu memang jelas kelihatan. Apa, ingat pemimpin-pemimpin Umno  dan BN itu baik sangat atau dilihat sebagai bersih, tidak ada kes moral?

Untuk strategi menghancurkan Umno dan pimpinannya perlu ada satu rancangan licik dan benar membuktikan kebejatan moral dan penyelewengan kuasa mereka di hadapan rakyat dengan bukti-bukti yang tidak boleh disangkal lagi.

Jika mereka boleh merancang, PR juga perlu membuat perancangan rapi untuk hancurkan mereka. Pokok persoalannya ialah  Umno/BN cukup terasa dengan perkembangan terbaru sejak PR berjaya memerintah beberapa buah negeri di Semenanjung termasuk Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang dalam pilihan raya umum yang lalu.

Kejayaan memerintah di negeri-negeri tersebut memberi input baru kepada rakyat bahawa moto hanya Umno/BN sahaja mampu memerintah Malaysia, adalah satu pandang atau pemikiran lapok dan ia hanya pandangan orang bodoh sahaja.

Orang yang mempunyai akal waras sudah boleh melihat perkembangan-perkembangan kejayaan memberangsangkan pemerintahan PR di negeri-negeri tersebut.

Sebab itu segala media dan idea walaupun busuk, fitnah dan bohong serta menjijikkan akan dicipta dan dilemparkan ke muka rakyat untuk menerimanya sebagai benar dan kemudian men gharapkan rakyat menolak PR.

Saya tegaskan di sini CUKUPLAH... CUKUPLAH... CUKUPLAH... BN menghuruharakan politik dan ekonomi rakyat  Malaysia, rakyat hendaklah memberi peluang kepada PR mengambil alih pemerintahan negara dalam pilihanraya umum ke 13 yang dijangka akan di adakan seawal Julai ini.

Difahamkan Kemas akan mengadakan simulasi pilihan raya dalam bulan Jun ini. Jika ia memberangsangkan BN, pilihan raya umum dijangka diadakan segera kerana semakin lama masa diberi rakyat semakin meluat dengan kerenah Umno/BN.

Saturday, June 13, 2009

BERHATI-HATI DENGAN RACUN UMNO

Saya melihat memang ada semacam satu racun berbisa disuntik ke dalam pergelutan politik antara PAS, Pakatan Rakyat, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Barisan Nasional (BN) khususnya menyentuh isu Kerajaan Perpaduan.

Apa bentuk sekalipun kerajaan itu, ia merupakan satu imej memperlihatkan kelemahan di pihak PAS kerana soal ini, Umno/BN tidak menampakkan dirinya merancang pembentukan kerajaan itu, yang menonjol ialah PAS beria-ia mahukan kerajaan berbentuk sedemikian rupa walau apapun penjelasan yang diberikan.

Sekarang percaturan dan strategi menghancurkan PAS dan Pakatan Rakyat menjadi agenda utama Umno di saat parti itu lemah berdepan dengan tuntutan suara rakyat dan kelunturan pengaruh parti itu di kalangan mereka.

Saya memang tidak bersetuju dengan Kerajaan Perpaduan jika asasnya dan sinonimnya sama dengan penyertaan PAS dalam BN sebelum ini ketika situasinya berlaku seperti sekarang ketika BN lemah dan perlu nafas baru untuk memenangi hati rakyat.

Soal keterbukaan PAS berbincang dengan sesiapa itu bukan soal penting, itu perkara biasa sahaja. Memang tidak ada sesuatu pun boleh menghalang kita berbincang dan memberi pandangan kepada mereka yang inginkan pandangan tetapi membuat pakatan dan ikatan perlu penilitian dan kajian dari segi syarak dan politik Islam sama ada ianya membawa kesan positif atau negatif kepada masa depan perjuangan Islam di Malaysia atau sebaliknya.

Macam seorang lelaki berbincang dengan seorang perempuan di tempat terbuka dan tidak menimbulkan fitnah, disaksikan dengan ramai saksi, boleh saja dilangsungkan tetapi untuk berkahwin dengan perempuan itu, ia perlu kepada suatu penilaian yang teliti dari segi kewajaran dan kesesuaiannya untuk berumahtangga.

Perempuan itu perlu dinilai dalam semua aspek sebelum dinikahinya. Apa lagi dalam soal pembentukan kerajaan, semua mesti diambil kira dan diperhalusi. Begitulah perumpamaannya.

Saya tidak lupa dengan ceramah-ceramah pemimpin PAS sebelum ini yang menentang habis-habisan pakatan antara PAS dengan BN berasaskan sejarah kemasukan PAS dalam BN , tahun 1970-an (kalau tidak silap saya).

Pemimpin PAS bercakap dengan berkata, pantang orang yang beriman tertikam dua kali pada satu lubang. Ia pasti tetap menjadi ucapan yang boleh menjadi panduan kepada ahli-ahli PAS agar sentiasa berhati-hati dalam mengatur strategi pakatan seumpama itu.

Kerajaan Perpaduan antara lain mungkin bermaksud penyertaan ahli-ahli parlimen atau ahli-ahli dewan undangan negeri dalam kabinet atau Exco kerajaan negeri berasaskan kemuafakatan bersama menjadikan Islam sebagai teras pentadbiran dan pemerintahan negara tanpa mengabaikan hak-hak penganut agama lain untuk bebas mengamalkan agama masing-masing, ia suatu asas yang harus diterima.

Tetapi persoalannya percayakah PAS kepada janji-janji manis Umno/BN, apa lagi pemimpin-pemimpin Umno selama ini, apabila sejarah telah membuktikan ketika mana BN kuat semula, semua janji manis itu dibangkulsampahkan dan PAS disisih secara halus dalam pentadbiran kerajaan BN?

Justeru saya tidak nampak ia boleh dipraktikkan secara jujur dan ikhlas sekiranya kuasa peneraju negara masih dipegang oleh Umno/BN.

Melainkan kuasa itu sudah tidak ada dan PAS dominan menguasai politik negara bersama Pakatan Rakyat, barulah saya nampak Kerajaan Perpaduan itu bolehlah dipertimbangkan dengan syarat-syarat tertentu yang boleh dibincangkan kemudian mengikut suasana politik semasa. Atau soal pembentukan Kerajaan Perpaduan tidak timbul dan tidak perlu ditimbulkan lagi.

Ini pandangan saya dan saya tidak dipengaruhi oleh sesiapa dalam melontarkan pandangan ini.

Friday, January 30, 2009

Nik Aziz Anggap Umno Pokok Hampir Mati

KOTA BAHARU, 30 Jan (Bernama) -- Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan perkembangan dalam Umno sekarang menunjukkan parti itu hilang daya tarikan sehingga ada pemimpinnya yang berpaling tadah.

Katanya kalau diibaratkan sebatang pokok, Umno kini sebuah parti yang hampir mati dan akan gugur sendiri dahannya satu persatu sebelum menjadi pokok mati.

"Umno kini tiada daya tarikan atau 'graviti' untuk menarik rakyat menyokong perjuangannya dan ini menyebabkan ramai ahli dan pemimpinnya mula berpaling tadah menyertai parti pembangkang, terutama PAS," katanya kepada Bernama ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Anggota Exco Kerajaan Negeri Datuk Anuar Tan di sini, Jumaat.

Menteri Besar Kelantan itu berkata apa yang sedang berlaku dalam Umno merupakan perkembangan yang baik bagi Pakatan Rakyat, khasnya PAS, yang sedang berusaha menarik sokongan rakyat terhadap perjuangan yang akan membawa perubahan kepada mereka.

Ditanya mengenai cadangan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Umno Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail supaya sayap Umno dibubarkan bagi mengelak politik wang dalam parti itu, Nik Aziz berkata itu adalah masalah dalaman Umno.

"Ia terjadi dengan sendiri apabila pemimpinnya tidak mengamalkan dasar yang betul. Inilah juga punca yang menyebabkan Umno diibaratkan parti yang hilang graviti untuk menarik rakyat menyokong perjuangannya," katanya.


Tags