Latest News

Thursday, March 5, 2009

Nyahkan Najib dari dunia politik

Saya masih ingin mengatakan bahawa rakyat Malaysia tidak perlu atau sepatutnya tidak membenarkan Najib bertakhta sebagai Perdana Menteri Malaysia pada bila-bila masa sekalipun jika mereka mahu melihat negara ini tidak kalut dan huru hara lebih daripada sekarang.

Rakyat mesti mendesak Najib undur dari dunia politik kerana orang yang menghadapi tuduhan moral dan jenayah yang tidak dibersihkan di mahkamah tidak layak menjadi pemimpin mana-mana parti dalam negara yang mengiktiraf institusi undang-undang sebagai suatu yang perlu dihormati oleh semua pihak.


Ini kerana Malaysiakini hari ini melaporkan sebuah akhbar Perancis mendakwa timbalan perdana menteri pernah bertemu mangsa bunuh Altantuya Shaariibuu di sebuah kelab di Paris pada 2005 bersama Abdul Razak Abdullah Baginda.

Dalam laporan Liberation hari ini, Datuk Seri Najib Razak didakwa pernah bergambar bersama mereka berdua, yang didakwa pasangan kekasih, bertentangan dengan penafian tokoh politik itu sebelumnya.

Timbalan perdana menteri menafikan pernah mengenali atau bertemu wanita Mongolia itu yang mati dibunuh di sebuah belukar di Shah Alam.

Beliau juga pernah bersumpah tidak mengenali wanita itu sewaktu diserang hebat oleh pembangkang pada pilihanraya kecil Permatang Pauh, Ogos tahun lepas.

Keputusan kes bunuh tersebut yang melibatkan dua anggota pasukan elit Unit Tindakan Khas (UTK) akan diketahui awal bulan depan.

Abdul Razak, yang sebelum ini dituduh bersubahat dengan anggota polis itu, dibebaskan daripada pertuduhan tersebut.

Selain cerita sensasi ini, wartawan Liberation turut mendedahkan saat-saat akhir kematian Altantuya berdasarkan dokumen yang didakwa diperolehi daripada polis Malaysia.

Arnaud Dubus melaporkan, Altantuya ditembak di sebelah pipi kiri dan kemudian pakaian mangsa ditanggalkan dan mayatnya selepas itu dibungkus dalam beg plastik hitam.

Altantuya ditembak sekali lagi apabila tangannya dilihat masih bergerak.

Dubus, wartawan Perancis yang berpangkalan di Bangkok, juga berhasrat mendedahkan pembunuhan wanita itu - berhubung komisyen pembelian kapal selam untuk Kementerian Pertahanan - dalam projek bukunya akan datang.

Special Ads
http://www.mudah.my/vi/1750560.htm

Tuesday, March 3, 2009

Najib: Pemimpin Umno bermasalah dengan rakyat

Saya berpendapat Najib Tun Razak adalah seorang pemimpin Umno yang banyak masalah membabitkan kes moral dan jenayah serta berkrisis dengan rakyat.
Rakyat perlu nampak jenayah Najib terhadap mereka dan terhadap pentadbiran kerajaan Malasyia sejak dia dilantik Umno menjadi pemimpin.
Jenayah dan kes moral yang didakwa berlaku keatasnya hendaklah dibersihkan di mahkamah. Jika tidak dakwaan itu bererti benar termasuk kes rasuah membeli Ahli Dewan Undangan Pakatan Rakyat.

Malaysiakini melaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didakwa tidak berminat menyiasat aduan seorang pemimpin PKR berhubung dakwaan perucubaan Datuk Seri Najib Razak merasuah wakil rakyat Pakatan Rakyat agar melompat parti bagi menjatuhkan kerajaan Perak.

Ketua bahagian PKR Ipoh Barat, Fauzi Muda berkata, SPRM nampaknya tidak berminat untuk bertindak terhadap Najib.

Sebaliknya polis seolah-olah diarah untuk bertindak terhadapnya berhubung akuan berkanun yang mengandungi butiran dakwaan tersebut, katanya lagi.

"Saya telah dipanggil oleh pihak C Team Ipoh pada 10 Februari 2009 untuk diambil keterangan.

"Tetapi selepas itu saya berkali-kali dihubungi oleh pihak polis untuk datang memberi keterangan tambahan kepada mereka," katanya dalam satu kenyataannya hari ini.

Tambahnya, kelmarin beliau diminta ke Cawangan Jenayah Berat (D7) Ipoh untuk diambil keterangan berhubung akuan itu.

Dalam akuannya bertarikh 2 Februari lalu, Fauzi mendakwa Najib menawarkan sejumlah wang untuk memujuknya melobi dua wakil rakyat Pakatan Rakyat di Perak supaya melompat parti.

Pertemuan itu diadakan di kediaman rasmi timbalan perdana menteri di Putrajaya beberapa hari selepas pilihanraya umum 8 Mac tahun lepas.

Fauzi mendakwa, beliau ditawar RM50 juta bagi perkhidmatannya itu dan untuk membayar mereka yang berjaya dipujuk melompat parti. Bagaimanapun, katanya, beliau tidak membuat apa-apa tindakan untuk memenuhi hasrat Najib itu.

Sehubungan itu, Fauzi mempertikaikan motif dan tujuan polis menyiasatnya dalam kes tersebut sedangkan akuan berkanun yang dibuatnya itu untuk tindakan SPRM.

Katanya, beliau amat kecewa kerana polis bertindak di luar bidang siasatan kerana pihak Najib sendiri tidak membuat laporan terhadapnya.

"Sehubungan dengan ini, saya ingin menegaskan dan mendesak pihak polis yang cukup serius menyiasat akuan bersumpah saya itu, agar segera mendakwa saya di mahkamah.

"Saya bersedia untuk ke mahkamah di mana saya akan berpeluang mendedahkan semua bukti yang saya ada termasuk rakaman tentang perbualan dan perbincangan saya tentang isu membeli Adun-Adun Pakatan yang diusahakan oleh Najib," kata Fauzi lagi.

"Saya mendesak polis agar segera mendakwa saya di mahkamah adalah kerana saya tahu pihak SPRM dan polis pasti tidak akan mendakwa Datuk Seri Najib di mahkamah terhadap apa yang telah saya laporkan.

"Jadi jika mereka mendakwa saya, itulah saja jalan yang terbaik untuk saya berdepan dengan Najib di mahkamah dan mendedahkan segala bukti-bukti yang ada pada saya terhadap rasuah dan pembelian Adun yang melompat parti dan menyokong BN."
Special Ads

Mohon injuksi halang Perhimpunan Agung Umno 24 Mac ini

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 3 Mac (Hrkh) - Dua ahli Umno bersedia untuk memohon injuksi daripada mahkamah bagi menghalang perhimpunan itu jika saranan untuk menanti hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap amalan politik wang dalam parti itu selesai, tidak diendahkan.

Menurut laporan bekas exco pemuda, Dato' Mazlan Haron dan perwakilan Umno Muar, Dato' Kadar Sulaiman menggesa Umno menangguhkan perhimpunan agung dan pemilihan hujung bulan ini sehingga siasatan SPRM selesai.

Mereka dilaporkan bersedia memohon injuksi daripada mahkamah bagi menghalang perhimpunan itu jika saranan itu diabaikan oleh parti namun tidak menyatakan bila tindakan undang-undang itu akan diambil.

Mengulas aduan mereka terhadap dakwaan salah guna kuasa Perdana Menteri dan Timbalannya kepada SPRM tahun lepas, mereka berkata suruhanjaya itu tidak pernah memanggil mereka "walaupun sekali" untuk memberikan keterangan.

Kedua-duanya mempertikaikan kenyataan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang dilaporkan menyebut siasatan salah laku dan politik wang dalam Umno telah ditutup.

Speaker DUN Perak tidak boleh dicabar oleh sesiapa!

KUALA TERENGGANU, 3 Mac (MP2O) -Tidak ada siapa pun boleh menghalang atau mencabar Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak, V Sivakumar menjalankan tugasnya sebagai speaker dewan tersebut walaupun seorang hakim mahkamah, kata seorang peguam di sini hari ini.
Keputusan Yang Dipertua DUN Perak itu juga tidak boleh dicabar oleh mana-mana pihak kerana dia mempunyai kuasa untuk menjalankan tugasnya sebagai speaker mengikut perintah-perintah dan peraturan tertentu Undang-undang Tubuh Negeri Perak.
Jika keputusannya, kata peguam itu, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin menjadi menteri besar Perak yang sah dan dewan dibubarkan setelah sidang Dun itu dipanggil maka keputusan itu muktamad, tidak boleh dicabar oleh mana-mana pihak di mana-mana mahkamah.
Tinggal lagi keputusan itu hendaklah dibawa Nizar, pengadap ke bawah duli tuanku Sultan Perak untuk diperkenankan.
Tanpa sebarang prejudis, Sultan Perak mestilah memperkenankan pembubaran itu kerana keputusan pembubaran telah dibuat oleh Sidang DUN di bawah kuasa dan arahan speaker.
Ini kerana sudah menjadi amalan undang-undang di bawah Perlembagaan Malaysia, bahawa berlaku pemisahan kuasa antara judiseri, legislatif dan aksekutif dalam pertadbiran negara.
Sidang DUN di Perak adalah satu sidang tertinggi negeri itu dan apa-apa keputusan yang diambil adalah muktamad mengikut arahan undang-undang tubuh negeri itu dan kuasa yang ada pada Speaker dewan tersebut, katanya.

Sementara itu dalam sidang tergempar yang diadakan di bawah pokok di kawasan letak kereta berhampiran bangunan sekretariat kerajaan negeri di Ipoh, Perak, wakil rakyat Pakatan meluluskan usul menyokong Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar serta meluluskan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Sementara itu, Pesuruhjaya Kehakiman di Mahkamah Tinggi Ipoh, Ridwan Ibrahim memberitahu peguam Speaker DUN V Sivakumar bahawa mereka tidak boleh mewakilinya dan sepatutnya diwakili oleh penasihat undang-undang negeri.

Di bawah rentetan peristiwa yang berlaku hari ini:

4.56pm Pesuruhjaya kehakiman Mahkamah Tinggi Ipoh membuat keputusan memihak kepada Datuk Dr Zambry Abdul Kadir - melarang persidangan DUN pada masa depan, tanpa sebarang tarikh akhir.

11.20am Barisan peguam Datuk Dr Zambry Abdul Kadir mengadakan sidang media di Mahkamah Tinggi Ipoh.

Mereka memaklumkan satu permohonan injunksi difailkan jam 8.30 pagi tadi bagi menghalang sebarang persidangan DUN yang tidak sah seperti dirancang Pakatan Rakyat.

Permohonan itu akan didengar jam 2.30 petang ini. Peguam-peguam itu berkata, Speaker harus diwakili oleh penasihat undang-undang negeri Perak.


10.57am: Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin juga menggesa rakyat supaya bertenang dan mematuhi undang-undang.

Beliau meminta mereka tidak mengikut tindak tanduk golongan yang didakwanya menghalangnya dan wakil rakyat Pakatan yang lain daripada memasuki DUN awal pagi ini.

10.53am: Pengerusi DAP Perak dan exco kanan, Datuk Ngeh Koo Ham juga berkata Speaker akan mengambil tindakan menghina dewan terhadap polis dan setiausaha kerajaan negeri.

10.50am: Ngeh berkata, hari ini adalah hari yang paling sedih dan menuju ke arah sebuah negara polis.

10.49am Nizar berkata beliau akan cuba untuk menghadap Sultan Perak untuk memaklumkan kepada baginda mengenai keputusan sidang tergempar DUN Perak pagi ini.

Katanya, sidang tersebut diadakan mengikut peraturan.

10.46am Nizar memberitahu sidang akhbar bahawa sidang tergempar diadakan di bawah pokok kerana wujud keperluan berbuat demikian setelah mereka dihalang memasuki DUN dan pihaknya telah memenuhi tanggungjawab mereka berdasarkan notis yang dikeluarkan oleh Speaker.

10.35am Di Mahkamah Tinggi Ipoh, Tommy Thomas, peguam yang mewakil Speaker memberitahu sidang akhbar bahawa hakim telah memutuskan bahawa peguam persendirian tidak boleh mewakili Sivakumar.

Berikutan itu, Thomas dan peguam lain telah menarik diri daripada mewakili Speaker. Peguam itu berkata, beliau menunggu arahan daripada Sivakumar mengenai tindakan selanjutnya.

10.30am Sidang tergempar DUN ditangguhkan. Speaker akan mengadakan sidang media di ibu pejabat DAP sebentar lagi.

10.25am Usul kedua - membubarkan DUN - diluluskan dengan sebulat suara.

10.23am Usul pertama yang dibentangkan sebentar tadi - menyatakan undi percaya kepada menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin - diluluskan dengan sebulat suara.

10.18am Speaker DUN memulakan bicara dengan meminta semua yang memerhatikan perjalanan sidang itu diam sebagai tanda hormat.

10.15am Sidang tergempar DUN diadakan di tempat letak kenderaan diadakan juga dekat Bangunan Perak Darul Ridzuan setelah bangunan tersebut - yang menempatkan dewan itu - ditutup.

Ia diadakan di bawah sepohon pokok, dan semua 27 wakil rakyat Pakatan termasuk Nizar hadir dengan dipengerusikan oleh Speaker yang berpakaian rasmi.

Tiada kerusi untuk semua 28 ahli DUN tersebut. Sidang bersejarah DUN dibuka dengan bacaan doa, sambil diperhatikan kira-kira 300 penyokong.

10.01am Nizar dan para wakil rakyat Pakatan - yang asalnya berdegil ingin meneruskan sidang tergempar seperti dirancang Jumaat lepas - meninggalkan pintu masuk Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Mereka bergerak ke tempat letak kereta, kira-kira 50 meter dari pintu masuk tersebut, untuk mesyuarat ringkas. Speaker DUN V Sivakumar turut kelihatan.

Kumpulan kira-kira 200 penyokong Pakatan tidak berganjak.

9.45am Ketua polis daerah Ipoh, Azisman Alias enggan berunding dengan kumpulan wakil-wakil rakyat Pakatan, dengan menyatakan tiada sesiapa dibenarkan masuk.

Polis mengundurkan wakil-wakil rakyat dari pintu masuk utama Bangunan Perak Darul Ridzuan, yang menempatkan DUN. Suasana kelam-kabut.

Lebih kurang 200 orang, kebanyakannya penyokong Pakatan, berkumpul.

9.35am Sekumpulan 30 orang cuba menghalang laluan menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin dan rombongan wakil rakyatnya ke pintu masuk utama.

Tiada campur tangan polis dan Nizar bersama rombongannya melepasi sekatan tersebut.

9.30am Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan wakil-wakil rakyat Pakatan tiba di luar Bangunan Perak Darul Ridzuan.

9.21am Polis dan sebuah trak FRU menutup pintu utama bangunan sekretariat kerajaan negeri. Wakil rakyat Pakatan dijangka cuba masuk ke dalam bangunan untuk ke DUN melalui pintu tersebut.

9.20am Orang ramai daripada pelbagai kaum yang berhimpun di bangunan sekretariat semakin bertambah dan kini mencecah 100 orang.

9.15am Wakil-wakil rakyat Pakatan, yang sebelum ini berhimpun di sebuah hotel berhampiran, kini dalam perjalanan ke bangunan sekretariat.

9.10am Peguam kedua-dua belah pihak berada di bangunan mahkamah.

9.00am Kira-kira 40 anggota FRU ditempatkan di pintu belakang bangunan sekretariat. Ada antara anggota tersebut bersenjatakan rifel dan pelancar gas pemedih mata.

8.50am Kira-kira 50 orang berhimpun di pintu belakang bangunan sekretariat kerajaan negeri Perak. Tiada sebarang tanda akan berlaku kejadian tidak diingini.

8.30am Polis mengadakan sekatan jalanraya sejak semalam di sepanjang jalan utama menuju ke bangunan sekretariat kerajaan negeri Perak. Kenderaan tidak dibenarkan melaluinya.

Lebih 100 anggota polis berkawal di bangunan sekretariat kerajaan negeri. Ramai wartawan berkumpul di situ untuk membuat liputan.

8.15am Pintu utama bangunan sekretariat kerajaan negeri Perak di Ipoh ditutup, dan tiada sesiapapun di benarkan masuk ke bangunan itu.

Ramai anggota polis diletakkan berkawal di bangunan berkenaan.

Polis juga menutup jalan belakang ke bangunan berkenaan. Trak-trak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan trak meriam air kelihatan di situ.

Semalam, Ketua Polis Perak, Datuk Zulkeflil Abdullah memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak berhimpun di bangunan tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat merancang berhimpun di pintu masuk bangunan sekretariat kerajaan negeri menjelang jam 10 pagi sebelum masuk ke DUN yang terletak di tingkat dua bangunan tersebut untuk mengadakan sidang tergempar.

Sementara itu, saman Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir yang difailkan terhadap Speaker semalam dijangka didengar jam 9 pagi ini di Mahkamah Tinggi Ipoh.

Monday, March 2, 2009

Sidang tergempar DUN Perak sah, diadakan esok - Speaker

IPOH, 2 Mac (Hrkh)-Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak V. Sivakumar berkata sidang tergempar Dewan itu esok adalah sah dan akan diadakan seperti yang telah ditetapkan.

Sivakumar berkata beliau dengan pakar undang-undang perlembagaan telah meneliti peruntukan Undang-undang Tubuh dan Perintah-perintah Tetap Perak dan mendapati beliau mempunyai kuasa untuk memanggil sidang tergempar itu.

"Saya dimaklumkan dengan jelas oleh pakar-pakar perlembagaan bahawa memanggil persidangan Dewan secara tergempar adalah terletak dalam ruang lingkup bidang kuasa Speaker," katanya yang dipetik daripada laporan agensi berita.

Beliau diminta mengulas kenyataan Setiausaha DUN Perak Abdullah Antong Sabri semalam yang mengatakan Speaker DUN Perak tidak boleh memanggil satu sidang tergempar Dewan itu kerana tindakan itu tidak sah dan tidak boleh diadakan tanpa mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Setiausaha DUN Perak itu juga berkata mengikut Perintah Tetap Dewan Negeri (PT) 8(1) yang perlu dibaca bersama-sama dengan Perkara XXXVI(1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan berkehendakkan perkenan Tuanku Sultan untuk memanggil apa-apa sidang Dewan Negeri sama ada dalam keadaan biasa atau tergempar.

Sivakumar sebaliknya menegaskan Abdullah tidak mempunyai kuasa untuk menafsir Perintah Tetap Dewan Negeri (PT) dan sebaliknya kewajipan beliau (Abdullah) adalah hanya untuk mematuhi perintah dan arahan Speaker serta menjalankan tugas seperti yang termaktub dalam PT.

Speaker DUN Perak itu berkata Abdullah telah membuat tafsiran yang salah ke atas PT kerana PT 8 (1) jelas menyatakan notis bertulis menarik perhatian kepada pemasyhuran memanggil Dewan adalah tidak diperlukan, sebaliknya hanya memerlukan notis memanggil Dewan bersidang dikeluarkan dengan seberapa segera.

"Artikel 36 (1) Undang-undang Tubuh Negeri Perak pula hanya digunapakai untuk permulaan sesuatu sesi Dewan ataupun apabila Dewan bermula selepas sesi itu tamat. Artikel ini tidak boleh digunapakai dalam keadaan setelah Dewan ditangguhkan dan dipanggil semula untuk bermesyuarat dalam sesi yang sama," katanya.
Special Ads

DUN Perak ditutup, elak sidang tergempar

Dalam tindakan mengejut - dipercayai untuk menggagalkan sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dirancang esok - kompleks pentadbiran negeri yang menempatkan dewan itu akan ditutup esok.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh bahagian khidmat pengurusan, pintu utama Bangunan Perak Darul Ridzuan di Jalan Bukit Gantang Wahab akan ditutup.

Kakitangan yang menetapkan temujanji di bangunan tersebut esok diarah membatalkannya.

Notis tanpa tandatangan itu dari pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) menggunakan logo rasmi kerajaan negeri.

Manakala ketua polis negeri memberi amaran kepada orang ramai agar tidak berkumpul di kawasan bangunan tersebut.

Menurut Bernama, Datuk Zulkefli Abdullah berkata pentadbiran bangunan itu telah memaklumkan kepada polis yang sidang DUN tidak akan berlangung esok dan bangunan tersebut hanya membenarkan pekerja- pekerja pejabat SUK dan orang-orang yang mendapat kelulusan sahaja.

"Mengikut kenyataan Setiausaha Dewan Negeri yang diterima hari ini, sidang tergempar dewan negeri yang diadakan esok tidak sah kerana tidak mendapat perkenan Sultan Perak," beliau dipetik berkata.

Malaysiakini difahamkan beberapa trak polis pencegah rusuhan telah ditempatkan berdekatan bangunan tersebut dan sekatan polis diadakan di jalan menuju kompleks pentadbiran tersebut.

Sementara itu, sebagai reaksi segera terhadap keputusan menutup pintu utama Bangunan Perak Darul Ridzuan, bekas exco kanan Perak, Datuk Ngeh Koo Ham berkata semua 28 wakil rakyat Pakatan Rakyat termasuk Speaker akan ke bangunan tersebut esok.

Terdahulu, seorang exco kerajaan BN Perak ingin Speaker DUN V Sivakumar dihadapkan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dewan itu berhubung dakwaan salah laku.

Notis yang mengandungi laporan salah guna kuasa oleh Speaker, menghina DUN serta tidak taat setia kepada titah Sultan Perak itu diserahkan kepada setiausaha Speaker, A Basu di pejabatnya di Bangunan Perak Darul Ridzuan pada 11 pagi.

Mohd Zahir Abdul Khalid berkata notis itu juga berkaitan tindakan Speaker menggantung dan melarang Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam exco kerajaan negeri menghadiri persidangan DUN, lapor Bernama.

Tindakan ini dipercayai sebagai reaksi balas terhadap usaha Speaker memanggil sidang tergempar DUN jam 10 pagi esok bagi membahaskan usul-usul undi percaya terhadap Datuk Seri Mohamad Nizar Jamamaluddin, yang ditumbangkan oleh BN, dan membubarkan dewan.

Sementara itu, menteri besar dan barisan exconya menfailkan permohonan di mahkamah bagi membatalkan keputusan Speaker menggantung mereka daripada menghadiri sidang DUN.

Permohonan ini akan didengar di Mahkamah Tinggi Ipoh jam 9 pagi esok.

Ketiga-tiga wakil rakyat bebas yang menyokong kerajaan BN negeri - Mohd Osman Jailu (Changkat Jering), Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Hee Yit Foong (Jelapang) - pula menfailkan permohonan untuk membatalkan surat peletakan jawatan sebagai anggota DUN.
Special Ads

Tags