![]() |
Dato' Seri Abdul Hadi Awang |
Patutlah Nanyang Siang Pau menarik balik karikatur menghina Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sekaligus memohon maaf kepada mereka.
Pengamal media tentu memahami bahawa mencetuskan penghinaan terhadap mana-mana individu adalah satu kesalahan terhadap amalan media dan undang-undang negara.
Melalui Seksyen 211 dan 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, mana-mana individu atau pihak yang menyediakan atau mengeluarkan kandungan bersifat lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik dengan niat untuk mengacau, mendera, mengugut atau mengganggu mana-mana orang boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan; sama ada denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Penghinaan itu dikaitkan dengan Pindaan Akta 355 (RUU355) untuk memperkasa mahkamah syariah yang telah diusulkan Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi di akhir sidang Dewan Rakyat sesi lepas baru-baru ini.
Lakaran di portal akhbar berkenaan yang ditarik balik menggambarkan karikatur monyet berserban dilabelkan sebagai Presiden PAS manakala monyet bersongkok yang terjun dari dari pokok sebagai Tan Sri Pandikar Amin. Manakala pokok dilabelkan sebagai RUU355.
![]() |
Tan Sri Pandikar Amin |
Sepatutnya deria sensitiviti sesuatu akhbar itu berkeupayaan menilai baik dan buruk sesuatu bahan penerbitan apa lagi yang boleh mencetuskan huru hara, kemarahan orang ramai, sensitiviti agama, kaum, menghina institusi Parlimen, kedaulatan Perlembagaan, undang-undang dan seumpamanya.
Pengamal media tidak harus meniru keburukan perbuatan media Barat menghina Nabi Muhammad s. a.w. sebagai simbul agama Islam sebagai ikutan sedangkan pengamal media negara ini sedar akibat perbuatan penghinaan tersebut.
Penulis tidaklah menyamakan penghinaan sketsa kartun Portal Akhbar Nanyang itu sama dengan penghinaan terhadap Nabi Muhammad s. a.w. tetapi unsur-unsur penghinaan itu akan ada akibatnya dan kesannya terhadap masyarakat Malaysia khususnya umat Islam di negara ini.
Orang bukan Islam tidak diganggu untuk apa sahaja aktiviti keagamaan mereka dan ia dilindungi Perlembagaan Negara, tetapi jangan pula disebabkan itu mereka sesuka hati cuba menyentuh sensitiviti agama Islam.
Orang bukan Islam jangan jadi naik lemak dengan segala keselesaan yang diperolehi mereka di negara ini sehingga mereka abaikan soal sensitiviti agama ini.
Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Takiyuddin Hassan dalam sesi akhir persidangan Dewan Rakyat menjelaskan di Kelantan, walaupun PAS memerintah negeri itu, kerajaan negeri tersebut tidak pernah melarang, gereja Keristian, patung-patung besar Budha dan Hindu dibina di negeri tersebut.
Apa lagi menghina ajaran mereka walaupun memang agama-agama tersebut tidak benar, tidak boleh mendorong seseorang manusia itu menemui kebenaran dan masuk syurga yang nampaknya menjadi matlamat kepada semua agama tersebut.
Kita tidak mahu melihat keamanan negara ini digugat dengan unsur-unsur penghinaan seperti itu. Tidak ada gunanya perbuatan melampau itu dilakukan oleh pengamal media kerana mereka adalah juga antara anasir pengawal keamanan di samping komponen penguatkuasa undang-undang negara lain.
Mereka jangan jadi anasir perosak negara, dengan mencetuskan eleman-eleman kebencian sentiro agama yang umat Islam negara ini cukup akur dengan Perlembagaan dan apa-apa larangan terkandung di dalamnya sama ada secara tersurat dan tersirat.
Sekurang-kurangnya, Nanyang sudah mengaku dia telah melakukan satu kesilapan dan tahu akibatnya jika ia teruskan juga amalan yang sama di masa akan datang.
Apa-apa pun permohonan maaf akhbar berkenaan dalam isu ini, perlu diterima secara terbuka dan kerajaan Malaysia perlu memberi amaran kepada mana-mana individu, kumpulan atau badan awam yang berhasrat cuba mencetuskan tindakan serupa di masa akan datang bahawa kerajaan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.
How To Win Any Election (kit)
A Complete Guide To Winning Elections - 5 Ebooks And Sample Documents, Including A 178 Page Elections Guide That Shows Everything You Need To Know To Win Your Next Election!