Latest News

Thursday, February 25, 2010

MAC 2011: PRU 13?

Mungkin terlalu awal untuk membicarakan tentang pilihanraya umum (PRU)  ke 13 tetapi ada rakan wartawan menyebut pilihan raya itu mungkin dibuat seawal Mac tahun depan.

Suatu pilihan raya umum yang paling cepat dibuat, jika dakwaan itu benar. Ia mungkin dirasakan perlu ketika Barisan Nasional (BN) terkial-kial mencari formula bagaimana harus menang dalam pilihan raya umum dan berupaya untuk kekal memerintah.

Imej Najib dan gandingannya Rosmah tidak akan dipulihkan buat selama-lamanya kerana rakyat dan ahli politik kenal siapa mereka berdua dan dikatakan banyak bukti skendal masih tersimpan di dalam pengetahuan dan tangan orang tertentu untuk digunapakai semasa pilihanraya nanti.

Namun strategi BN yang dirancang Najib ialah peluang keemasan untuk menang terletak ketika mana kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) dan parti-partinya berjaya dilaga-lagakan sekaligus pakatan itu kelihatan lemah termasuk dilemahkan oleh media.

Ia mungkin muncul ketika rakyat melihat PR suatu ikatan yang rapuh, tidak boleh dipertaruhkan harapan untuk membela nasib rakyat. Semua ini dirancang BN mungkin dengan strategi begitu tersusun.

Bagaimanapun apakah BN merasa selesa dengan suasana itu ketika kekalahan PRU 12 belum lagi kebah dan rakyat boleh membaca kelemahan BN dalam banyak perkara yang masih belum reda sejak zaman Tun Dr. Mahathir Mohamed menjadi perdana menteri (bukan sahaja zaman Pak Lah).

Keadaan hari ini adalah rentetan dari zaman kejatuhan BN di akhir kekuasaan Mahathir sebagai PM.  Bagi menyelamatkan BN, tanpa prejudis kepada mahkamah dan keputusannya, suatu konspirasi untuk memenjarakan Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang di Parlimen perlu dilaksanakan segera.

Dalam sesetangah keadaan mahkamah tidak bebas untuk membuat keputusan dan dalam sesetengah kes ia didapati bebas dari pengaruh politik pemerintah.

Dalam kes ini dipercayai mahkamah terpaksa akur dengan kehendak kuasa eksekutif sama ada secara langsung atau tidak, demi menyelamatkan BN dari bertukar menjadi pembangkang selepas PRU 13.

Justeru apakah pengaruh PR masih kuat di saat ini? Penganalisis politik berpendapat berdasar kajian yang dibuat,  pengaruh PR agak menurun selepas PRU 12 kerana banyak faktor termasuk soal dalaman pakatan itu yang tidak berjaya diselesaikan dengan meyakinkan masih menghantui politik umum.

Sekarang rakyat telah memberi kuasa kepada BN untuk memerintah negara ini walaupun dalam situasi yang agak lemah kerana tidak berupaya menguasai 2/3 majoriti parlimen.

Dalam keadaan sekarang, ia bergantung kepada strategi politik dan sama ada berjaya Anwar dipenjarakan atau sebaliknya.

Mengapa kes tuduhan liwat kedua  Anwar menjadi penting kerana kes itu dilihat sebagai konspirasi BN untuk menamatkan riwayat politik Anwar dan melemahkan PR.

 Yang penting apakah Mac 2011 sebagai penanda aras untuk PRU 13, suatu perkembangan yang perlu diberi perhatian oleh semua pihak.

Monday, February 15, 2010

Lim: Tindakan Zahrain atas kepentingan peribadi - Malaysiakini

Lim: Tindakan Zahrain atas kepentingan peribadi
Feb 13, 10 3:57pm
Perletakan jawatan ahli parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim disebabkan "kepentingan peribadinya" dalam sebuah anak syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri ditolak, kata ketua menteri Pulau Pinang.

"Pengunduran Zahrain jelas ekoran kepentingan peribadinya, yang diakui sendiri tidak gembira dengan penolakan saya terhadap permintaannya dalam Island Golf Properties Sdn Bhd (IGP)," kata Lim Guan Eng.

Zahrain menamatkan teka-teki kedudukannya dalam PKR dengan meletakkan semua jawatan dalam parti ekoran tidak puas hati dengan pendadbiran kerajaan negeri oleh Lim dan hilang kepercayaan terhadap parti.

Beliau dilaporkan berkata, dakwaan cauvinis, diktatorial dan berfikiran alakomunis yang diberikannya kepada Lim baru-baru ini dibuktikan dengan "usaha pengyingkirannya sebagai pengerusi IGP".

Dalam satu kenyatannnya hari ini, Lim berkata, beliau pernah menolak cadangan Zahrain untuk menerima 'syarikat RM2' bagi menguruskan operasi dan kerja-kerja penjagaan di Bukit Jambul Golf & Country Club (BGCC) pada Februari tahun lalu.

"Malah, lembaga pengarah PDC bersetuju degan cadangan saya supaya tender terbuka dijalankan," katanya yang juga Setiausaha Agung DAP.

Lim juga berkata, tidak benar sama sekali Zahrain disingkirkan daripada IGP seperti yang diulang dakwanya semalam.

"PDC memaklumkan saya tiada surat dihantar sama ada daripada PDC atau IGP atau mana-mana pengarah IGP, termasuk Zahrain berhubung sebarang perubahan," katanya.

Justeru, Lim mempersoalkan kredibilit Zahrain yang terus menerajui GLC tersebut memandangkan pelantikan pada 9 Julai 2008 sebelum ini dibuat berdasarkan kapasitinya sebagai ahli parlimen PKR.

"Jika beliau boleh berhenti daripada PKR, kenapa beliau tidak melakukan perkara yang terhormat dengan turut berhenti daripada IGP?" soal Lim lagi.

Thursday, February 4, 2010

Umno Terengganu kalut membolot harta rakyat

Secara kebetulannya, saya terserempak dengan seorang rakan lama saya di Bandar Kuala Terengganu petang ini. Beliau yang kini aktif dalam Umno Hulu Terengganu, bimbang perkembangan mutakhir, bagaimana harta rakyat digunakan semata-mata untuk kepentingan politik pemimpin parti itu.

Saya enggan menyebut nama beliau tetapi luahan rasa rakan saya itu walaupun suatu yang bukan luar biasa kerana ia menjadi amalan pemimpin Umno berjuang dalam parti untuk mendapat projek dan hasil keuntungan projek digunakan untuk mendapatkan pengaruh dari kalangan ahli Umno supaya kekal memberi sokongan kepada diri masing-masing agar kekal pula menjadi kepimpinan tertinggi parti di mana-mana peringkat termasuk di peringkat cawangan sekalipun.

Beliau yang mengakui tidak mempunyai kewangan yang banyak untuk diberikan sebagai habuan kepada rakan-rakan beliau yang bekerja keras memberi sokongan berkempen untuk menaikkan nama beliau, sudah pasti beliau kurang popular di kalangan ahli Umno di Hulu Terengganu tetapi mengakui orang kuat Dato' Tengku Putera Tengku Awang, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu.

Menurut penjelasan beliau, memang perpecahan berlaku dalam Umno, ia menjadi dua 'team' atau kem di bahagian tersebut, satu kem berpihak kepada Tengku Putera dan satu lagi Kem Dato' Rosol Wahid, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil.

Kem Tengku Putera adalah kem Menteri Besar sekarang Dato' Ahmad Said manakala kem Rosol adalah berkait rapat dengan Dato' Seri Idris Jusoh, Adun Jerteh yang juga bekas Menteri Besar sebelum ini.

Rakan saya yang baru secara langsung dan aktif terbabit dengan Umno sejak kebelakangan ini, merasa rimas dengan perkembangan Umno yang beliau yakin dengan sikap pemimpin Umno yang menjadikan kuasa memerintah kerajaan sebagai peluang untuk mendapat projek, akan merugikan orang Melayu sendiri.

Ini kerana mereka tidak mengambil kira, sama ada usaha pembangunan untuk rakyat mencapai matlamat sebagaimana slogan yang diwarwarkan Ahmad, merakyat pembangunan atau sebaliknya, itu bukan persoalan penting tetapi yang pentingnya ialah survival politik pemimpin Umno perlu dijaga terlebih dahulu.

Bagi menjaganya pemimpin Umno perlukan wang yang banyak. Untuk dapatkan wang yang banyak mereka perlu mendapat projek kerajaan. Untuk mendapatkan projek kerajaan mereka perlu kepada 'cable' kepimpinan atasan.

Untuk mendapatkan 'cable' kepimpinan atasan, perlu habuan duit 'under desk'. Untuk tujuan tersebut, harga projek sepatutnya RM10 juta menjadi RM12 juta atau lebih dari itu. RM2 juta itu adalah habuan kepada pemimpin atasan atau sebahagiannya boleh digunakan untuk membeli sokongan ahli dan rakyat terhadap mereka bagi mengekalkan survival politik masing-masing.

"Saya rasa takut dengan perkembangan ini dan ia boleh merosakkan masa depan orang Melayu sendiri dan memusnahkan harta mereka," jelas beliau.

Harta rakyat dipergunakan atas nama pembangunan untuk menjaga kepentingan pemimpin-pemimpin Umno bukan tujuan sebenarnya untuk membangunkan rakyat, kata beliau.

Sebab itulah banyak berlaku bangunan runtuh di sana sini di negeri itu akibat tidak adanya sikap kepenanggungjawaban (akauntabeliti) untuk mempastikan bangunan dan projek dilaksanakan lebih mementingkan keselamatan awam dari keuntungan material dan peribadi berlipat kali ganda.

Justeru beliau berpendapat dengan membiarkan insiden ini berlarutan dalam pentadbiran politik dan kerajaan Terengganu, ia akan membawa kesudahan yang tidak baik kepada masa depan orang Melayu dan rakyat negeri tersebut sekaligus akan memusnahkan keyakinan rakyat terhadap parti itu boleh membawa hala tuju pembangunan pada tahap maksima dan memuaskan.

Tuesday, February 2, 2010

Mahasiswa perlu bangkitkan gerakan rakyat

Kenapa mahasiswa perlu mendepani rakyat dengan kembalikan minda dan arah tuju politik mereka di landasan yang betul bersama Pakatan Rakyat, suatu persoalan yang ingin saya kupas hari in secara ringkas.

Mereka semua adalah datang dari rakyat dan golongan terpelajar sangat dekat dengan jerit perih dan susah senang rakyat.

Justeru gerakan politik mahasiswa perlulah bukan setakat segar dan bermaya tetapi perlu menerobos halangan apa sahaja dengan berani dan sedia berkorban untuk masa depan rakyat dan negara.

Mereka tidak boleh biarkan lagi negara dikongkong kepalsuan politik Umno dan Barisan Nasional (BN).

Bagaimana caranya yang harus dilakukan? Antara lain kepimpinan pelajar mereka perlu berbincang dari hati ke hati dan membuat resolusi terancang dan bijak sehingga mereka kembali menguasai minda rakyat dan politik massa.

Gerakan pelajar adalah antara asas gerakan rakyat maka bergeraklah bagi mencapai harapan rakyat untuk merubah struktur politik negara dari sekarang.

Ini sekadar pandangan umum saya.

Monday, February 1, 2010

'Political Millage' untuk Anwar?

Tanpa berniat untuk mendahului apa-papa keputusan mahkamah dan tanpa prejudis, kepada mana-mana pihak saya berpendapat, mendakwa Ketua Pembangkang di Parlimen Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan tuduhan terbabit dengan jenayah seksual meliwat bekas budak suruhannya Mohd Saiful Bukhari Azlan, suatu usaha untuk mempopularkan semula ahli politik tersebut berasaskan insiden sebelum ini.

Bukan orang ramai semakin benci kepada Anwar tetapi menjadikan beliau seorang manusia yang semakin popular dan mendapat simpati ramai rakyat termasuk orang Umno sendiri.

Ia jelas direalisasikan oleh luahan rasa melalui pilihanraya umum sebelum ini adalah rentetan Anwar menjadi pemimpin popular di kalangan rakyat.

Sekarang, Umno mungkin sudah ada agenda lain dari itu termasuk kalau boleh mahkamah menjatuhkan hukuman penjara walaupun sehari ke atas beliau supaya hilang kelayakan untuk bertanding dalam mana-mana pilihan raya di negara ini kerana disabitkan dengan kesalahan jenayah.

Popular Anwar mungkin sementara dalam beberapa bulan atau setahun ini sebelum kemungkinan hukuman itu dijatuhkan terhadap Anwar.

Walaupun keputusan itu dibuat, biasanya pihak pembelaan masih mempunyai peluang untuk membuat rayuan di mahkamah rayuan atau mungkin rayuan itu sampai ke mahkamah agung sekiranya segala keputusan hakim tidak menyebelahi Anwar.

Ia suatu jangka masa yang agak lama juga (saya rasa) untuk selesaikan kes berkenaan. Justeru sudah pasti Anwar berkeupayaan untuk mendapat simpati rakyat dan kepopularitiannya semakin meningkat dengan sebab berkenaan dari sebelum ini.

Membawa Anwar ke muka pengadilan bagi saya adalah suatu kesilapan besar dalam politik kerana asas dan bukti perkara yang sama berlaku sebelum ini. Bukan Anwar yang disisihkan rakyat tetapi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamed dicemuh dan dimarahi mereka dan dibuktikannya dalam pilihanraya umum dengan kemenangan besar pembangkang.

Tanpa prejudis lagi terhadap kemuliaan mahkamah dan keputusan hakim, saya juga berpendapat dan percaya tektik membabitkan pemimpin popular dengan jenayah seks adalah satu perancangan jahat anasir Israel atau kaedah serupa kononnya untuk mensirnakan karier politik orang seperti Anwar.

Tidak ada apa pun (hanya pelaksanaan teknikal yang belum tentu keberhasilannya) program merakyatkan pembangunan, mentranformasikan kerajaan dan seumpamanya yang diwawarkan kerajaan Barisan Nasional (BN) melalui perancangan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak, setatusnya sama sahaja dengan slogan-slogan yang dibawa oleh pemimpin-pemimpin tertinggi parti itu sebelum ini.

Ia berkubur dengan perginya atau pemimpin tersebut meninggalkan tapuk kuasa kerajaan. Perkiaraan Umno/BN mendakwa Anwar sekali lagi dengan perantaraan saksi dan bukti-bukti yang diada-adakan, sudah tentu 'political millage' nya berada di tangan Anwar.

Umno seringkali membuat perkiraan yang salah dalam percaturan politik dan padahnya akan menimpa parti dan gerabak BN sendiri. Tunggu dan lihat.

Tags