Latest News

Saturday, December 3, 2011

Kewartawanan pembangkang yang lembab

Saya melihat satu keupayaan untuk menggarap dunia dan mewarnainya dengan apa yang kita mahu, ialah dengan dunia politik dan kewartawanan. Kedua-duanya rakan karib yang tidak boleh dipisahkan. Jika tidak dunia yang ingin digarapkan tidak akan lengkap dan tidak banyak memberi kesan.

Dengan dunia kewartawanan kita boleh mengkaji masyarakat dengan lebih dekat dan kita boleh memberi cadangan menasabah bagaimana menyelesaikan masalah masyarakat menurut kaca mata kita dan ilmu yang ada pada kita.

Kewartawanan adalah dunia pengkaji, membaca perkembangan, memberikan massa peluang untuk  menilai dan mencadangkan mereka penyelesaian terbaik.

Dunia pelapur ini, menjadikan sesiapa pun mempunyai banyak maklumat. Kosistennya dengan kerja setiap hari,  kepalanya penuh dengan maklumat, agak sukar ia hilang dari ingatan melainkan dia dihinggap penyakit lupa. 

Saya merenung masa depan dunia kewartawanan boleh memacu kejayaan bukan sekadar peribadi tetapi masyarakat juga. Namun ia juga ada politiking sendiri, ada manusia yang ingin  naik dan duduk selesa dengan mempergunakan orang bawahnya sebagai 'batu loncatan'.

Saya telah mengalami semua itu dan kini saya memberi amaran terhadap tindakan sedemikian rupa. Saya ingin bebas menjadi journalis dan beramal dengan peraturannya, bukan kecewa dengan dunia kewartawanan terutama ditaja pembangkang, tetapi saya dapati, ada sikap tidak profesional orang politik dalam menguruskan dunia kewartawanan pembangkang.

Dunia kewartawanan pembangkang tidak berkembang secara tulus. Dia boleh diperkembangkan dan boleh mendatangkan hasil lumayan kepada perniagaan tetapi manusia kadang-kadang ada yang tidak kreatif mahu terus memimpin dunia ini.

Bayangkan pembangkang menguasai empat buah negeri termasuk Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan tetapi ada akhbar pembangkang kekurangan peruntukan untuk terus mengurus pejabat, bayar gaji kakitangan  dan membayar honororium penulisnya.

Biasalah kalau kita suarakan semua ini, orang politik memang menjawab, semua itu tidak betul. "Kita cukup duit untuk uruskan akhbar kita." Biasalah tu, cakap orang politik tetapi hakikatnya tidak begitu.

Pemasaran tidak cekap diserahkan kepada orang yang gagal mengurus parti sebelum ini, memungkinkan mengapa kewangan hasil jualan tidak memberangsangkan. 

Sebenarnya banyak kita boleh buat walaupun pembangkang hanya menguasai empat buah negeri sahaja. Mereka yang terbabit boleh belajar dari media yang berjaya di sekeliling mereka, bagaimana cara mendapatkan sumber tambahan untuk bukan sekadar  untuk "survive" semata-mata  tetapi untuk berkembang maju.

Oleh kerana sikap dan kerjasama yang agak longgar dalam urusan dunia kewartawanan ini maka ada akbar  pembangkang tidak berkembang.

Saya perhatikan ini semua dari jauh dan mendapat maklumat dari jauh. Saya tidaklah suka campur tangan dan memandai-mandai dengan apa yang bukan di bawah tanggungjawab saya tetapi perkara seperti ini semua orang tidak mahu dengar, itu sahaja.

Sunday, November 27, 2011

Selangor ada sebab pilihanraya umum berasingan

Tan Sri Khalid Ibrahim
Mengulas perbezaan dua buah negeri Pakatan Rakyat (PR) untuk mengadakan pilihan raya berasingan atau sekaligus selaras dengan pilihan raya peringkat parlimen selepas pembubaran parlimen tidak lama lagi, penulis mempunyai pendapat tersendiri.

Ini termasuk Selangor dan Kelantan. Lain-lain negeri PR, penulis belum bersedia membuat ulasan.

Bagi Negeri Selangor Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim (gambar) dipercayai  atas semangat permesyuaratan majlis tertinggi kepimpinan Parti  Keadilan Rakyat (PKR) dan dipercayai atas persetujuan Majlis Kepimpinan PR, keputusan mengadakan pilihanraya peringkat negeri itu selepas enam bulan berlalunya pilihanraya umum ke 13, suatu yang mencabar dan mempunyai kesan politik ke atas negeri itu sekaligus PR.

Tuan Guru Datuk Nik Abd. Aziz Nikmat
Penulis berpendapat tindakan demikian suatu yang patut dilakukan walaupun pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) memujuk supaya negeri Selangor mengadakan pilihan raya serentak, itu suatu hal yang lain.

Memang jentera Barisan Nasional (BN) akan dikerah habis-habisan begitu juga jentera politik PR akan turut dikerah habis-habisan untuk menghalang BN menguasai sekaligus memerintah semula negeri Selangor.

BN sebelum ini dipercayai telah melonggokkan berpuluh-puluh ribu pengundi pendatang asing ke segenap pelusuh kawasan pilihan raya untuk memastikan kemenangan berpihak semula kepada parti itu.

Namun dengan kerahan tenaga kerja pilihan raya  dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak, masalah pengundi hantu boleh ditangani dengan cara-cara tertentu yang petugas PR sedia maklum.

Ini antara kelebihan mengadakan pilihanraya umum terasing dari Pusat yang penulis berpendapat, ia suatu yang perlu diuji dan praktikkan untuk mengetahui sejauh mana ia mendatangkan manfaat kepada PR dan rakyat sejujurnya.

Tan Sri Khalid mempunyai alasan yang kukuh untuk melaksanakan Bajet Selangor 2012 supaya apa yang dijanjikan PR dapat dilaksanakan dalam masa enam bulan.

Ketika mengulas bajet Negeri Selangor 2012 Presiden PKR, Dr. Wan Azizah Wan Ismail (gambar)  berkata, Menteri Besar Selangor menempa sejarah kegemilangan apabila mengumumkan bahawa setakat September 2011 simpanan negeri mencecah RM1,200 juta; jumlah tertinggi pernah dicapai sejak 28 tahun yang lalu. 

Katanya, Belanjawan Negeri Selangor 2012 juga adalah terjemahan kepada pentadbiran reformasi yang dijanjikan kerajaan PR apabila memerintah negeri tersebut  empat tahun lalu.
Beliau berkata demikian ketika menulis artikel dalam blognya http://wanazizahblog.com yang diterbitkan pada 15 November lalu bertajuk Dari Meja Presiden : Di Sebalik Belanjawan 2012 Selangor
Dr. Wan Azizah Wan Ismail
Katanya, ketika negeri-negeri lain, khususnya negeri yang ditadbir BN terus mengalami defisit dan hutang yang tinggi, Selangor pula berjaya membentang belanjawan seimbang. 
"Dengan peruntukan RM1.6 bilion dari kumpulan wang yang disatukan, bermakna ini adalah belanjawan tertinggi yang pernah dibentangkan di Selangor; peningkatan hampir RM400 juta berbanding tahun lalu," jelasnya.
Ini katanya, ditambah pula dengan Geran Selangorku berjumlah RM300 juta yang diperuntukkan hasil dari bayaran dividen anak-anak syarikat, hasil kutipan hutang lapuk kerajaan dan menyusun semula nilai premium tanah-tanah di seluruh negeri. 
Ini jelasnya, bermakna jumlah keseluruhan Belanjawan Selangor 2012 adalah RM1.9 billion, satu jumlah yang cukup besar untuk dinikmati rakyat negeri Selangor.
"Ketika membentangkan Belanjawan tersebut kita juga dikejutkan dengan berita bahawa ketika Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan negeri pada Mac 2008, wakil-wakil rakyat Umno-BN telah menghabiskan sepenuhnya peruntukan untuk tahun berkenaan.
"Patutlah mereka begitu yakin bahawa Selangor akan bankrap dalam tempuh 8 bulan. Alhamdulillah, dengan kecekapan dan sifat beramanah pimpinan Pakatan, Selangor bukan sahaja boleh bertahan, malah dapat bangkit daripada beban kewangan yang ditinggalkan," tegasnya
Beliau katanya, mengikuti rapat perbahasan Belanjawan di Dewan Undangan Negeri Selangor. 
"Jenaka juga apabila ada YB-YB Umno yang bangkit dan mengulangi Selangor akan bankrap tahun hadapan akibat belanjawan yang diumumkan Tan Sri Khalid.  


"Ironinya tidak pula mereka berasa gusar apabila Kerajaan Persekutuan Umno-BN telah gagal membentangkan belanjawan seimbang selama 13 tahun berturut-turut," jelasnya sinis.
Isteri Ketua pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu berkata, kejayaan Selangor bukan datang dengan mudah, sebaliknya memerlukan kekuatan politik untuk melakukan urus tadbir yang cekap, amanah dan efisyen. 
Banyak ranjau yang terpaksa dilalui dan kita masih ingat pada peringkat awal, betapa sukarnya Selangor mahu melaksanakan �program pemberian air percuma�. 
Perjanjian konsesi air yang dimeterai kerajaan UMNO-BN, tidak langsung menguntungkan pihak Negeri. 
Katanya, seraya dikira-kira, kerajaan negeri melihat ada aset negeri yang tidak dihitung ketika penyerahan konsesi kepada syarikat kroni. Aset-aset tersebut kini bernilai tidak kurang dari RM12 bilion.
Dalam bahasa mudah, untuk tempuh tidak sampai empat tahun, rakyat Selangor mempunyai kekayaan asset air berjumlah RM12,000 juta, situasi yang tidak pernah terfikir oleh mereka sebelum ini, ujarnya.
Belanjawan  2012 ini juga dikenali sebagai Belanjawan Reformasi kerana Geran Selangorku berjumlah RM300 juta yang diumumkan Menteri Besar adalah hasil pentadbiran bersih tanpa rasuah yang diamalkan Pakatan Rakyat sejak empat tahun yang lalu. 
Menurutnya, ianya lebih berupa hadiah kepada rakyat Selangor bagi kehidupan jangka panjang. 
Daripada geran tersebut, sejumlah RM10 juta telah diperuntukkan untuk program gaji minima RM1,500 bagi pekerja anak-anak syarikat negeri dan Selangor menjadi negeri pertama melaksanakannya. 
RM10 juta untuk melebarkan informasi rakyat dan pendedahan rakyat kepada maklumat. 
Katanya, sebanyak RM3 juta telah diperuntukkan kepada usaha membasmi rasuah dan RM5 juta lagi diperuntukkan kepada usaha meningkatkan tahap demokrasi dan pilihanraya yang bersih di negeri Selangor. 
Manakala RM30 juta diperuntukkan untuk memperkasakan wanita dan RM30 juta untuk membantu usahawan muda dan golongan belia.
"Belanjawan ini adalah yang terbaik pernah dibentangkan; mencakupi setiap segmen masyarakat, menjangkaui gender, warna kulit mahupun fahaman politik dan kepercayaan agama. 
"Kita tidak perlu memperolehi ijazah dalam jurusan ekonomi untuk menilai belanjawan ini sebagai belanjawan rakyat; Belajawan Reformasi," jelasnya.
Rakyat Selangor harus berbangga apabila jumlah besar yang diperuntukkan ini tidak sedikitpun diperolehi atas ikhsan Kerajaan Persekutuan. 
Beliau berkata, berbeza dengan belanjawan Persekutuan, Selangor berbelanja mengikut hasil yang berjaya dikutip dan tidak dengan berhutang. 


Kini terserah kepada rakyat baik di Selangor mahupun negeri-negeri lain untuk menilai prestasi kerajaan PR, khususnya di Selangor.
"Saya yakin andai maklumat yang tepat sampai ke bawah pastinya rakyat dapat membuat penilaian adil, nescaya tidak mungkin Umno-BN akan menjadi pilihan di dalam pilihanraya akan datang. 
"Benteng terakhir Umno-BN ialah jentera media yang dimiliki mereka untuk menutup fakta. Ayuh, kita pecahkan benteng mereka; sebarkan maklumat benar kepada rakyat, nescaya berkuburlah UMNO-BN," ulas beliau.
Dengan penjelasan ini maka cukup relevan kenapa Kerajaan Negeri Selangor di bawah PR berhak untuk menangguhkan pilihanraya umum sehingga enam bulan lebih lewat berbanding pilihan raya umum yang diisytiharkan BN seluruh negara sedikit masa lagi.
Penulis turut terpanggil untuk mengulas kenapa negeri Kelantan di bawah PAS tidak berhasrat untuk mengadakan pilihan raya umum berasingan dengan Pusat sebagaimana diperkatakan oleh Menteri Besarnya Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nikmat (gambar).
Menurut laporan media elektronik dan bercetak Mursyidul Am PAS itu membayangkan, Dewan Undangan Negeri Kelantan akan dibubarkan serentak dengan pengumuman kerajaan pusat membubarkan Dewan Rakyat.
Beliau berkata, adalah tidak berbaloi sekiranya pilihan raya diadakan berasingan antara parlimen dan DUN.
�Kalau kita buat berasingan segala �iblis syaitan� sana akan tertumpu pada satu kawasan.

�Apabila dah banyak sangat, susah kita nak kawal nanti,� katanya.


Tambahnya, dengan pengalaman lebih 20 tahun memerintah Kelantan, sebaiknya pilihan raya parlimen dan DUN diadakan sekali.

Penulis berpendapat pandangan Tok Guru juga boleh diterima berdasarkan kepada keupayaan dan kesesuaian politik negeri Kelantan berbeza dengan negeri Selangor dan negeri-negeri  lain.

Keupayaan Kelantan ialah sokongan rakyat selama 20 tahun kepada kepimpinan politik negeri tersebut sudah cukup untuk menjelaskan kenapa rakyat perlu terus menyokong dan mengekalkan kerajaan sedia ada di negeri tersebut.

Lagi pun sejak PAS memerintah negeri itu dalam tempoh tersebut, semua pilihan raya umum negeri diadakan serentak dengan pilihanraya umum Pusat. Tidak banyak masalah timbul dengan cara kendalian pilihan raya sedemikian.

Tetapi ia mungkin berbeza dengan negeri-negeri lain yang baru diperintah PR termasuk Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.

Apapun cara kendalian pilihanraya, jentera parti PR perlu bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan dari sekarang.

Di Terengganu, BN mengadakan simulasi pilihan raya beberapa hari lalu (mungkin juga seluruh negara) untuk menguji jentera parti berkenaan.

Manakala PAS sudah mengadakan simulasi pilihan raya seluruh kawasan di negeri itu baru-baru ini.



Tuesday, November 22, 2011

Harimau Muda Membaham Garuda



Gambar dari my metro
Malam semalam, tengok bola Sea Games Final antara Malaysia melawan Indonesia berakhir dengan kemenangan Harimau Muda Malaya (Malaysia) mengalahkan Indonesia (Garuda) dengan sepakan menalti, 4-3. (Baca artikel berkaitan di sini)
Saya nampak ada satu perubahan sedikit pasukan bola sepak kita sejak akhir-akhir ini mungkin kerana kita membenarkan anak-anak muda kita menerima latihan profesional bolasepak di luar negara.

Bagaimanapun yang kita tidak mahu dengar ialah sikap tidak profesional penyokong Indonesia di Stadium  Gelora Bung Karno  dikatakan tidak menghormati bendera, lagu, kotinjen, jurulatih dan pasukan bolasepak Malaysia sendiri suatu yang boleh mencetuskan ketegangan berpanjangan antara Indonesia dan Malaysia.

Kita tidak mahu melihat insiden ini berlarutan sehingga membabitkan politik kedua-dua negara mengulangi konfrantasi antara kedua-dua negara berabad lalu (1962�1966).


Pergolakan biar terhad hanya sekitar persoalan sukan bukan sehingga mengancam keselamatan sesebuah negara. Perkara kecil jangan diperbesar-besarkan.

Ia boleh tercetus bukan sahaja di negara kurang maju tetapi di negara maju seperti di Great Britain sekalipun. Ia menyentuh persoalan nafsu serakah menguasai minda yang waras apa lagi ia diwarnai oleh penyokong-penyokong kemabukan arak dan dadah.

Ia  menyemarakkan lagi tercetusnya sesuatu yang tidak diingin. Orang politik perlu mengajar rakyat bersikap profesional ketika bersukan dan menghormati rakyat negara lain dalam semua aspek baik budaya, politik mahupun sukan.

Sekadar nak adakan perang saraf untuk lemahkan semangat pihak lawan tidak jadi masalah sekiranya tidak melampaui batas  dan jika tidak menimbulkan permusuhan berterusan sehingga membabitkan keselamatan negara.

Sukan sebenarnya boleh menimbulkan suasana buruk dan  boleh memberi impak yang baik terhadap ekonomi sesebuah negara.

Banyak aktiviti sukan memerlukan peralatan yang cukup untuk persediaan menyertai acara yang dipertandingkan.

Dari getah pengikat rambut kepada kereta lumba Formula 1, merupakan peralatan yang musthak dan perlu disediakan bagi menjayakan aktiviti sukan. Ia boleh menghasilkan wang kepada peniaga-peniaga peralatan sukan. Jika kena gayanya ia mendapat keuntungan besar dengan perniagaan ini.

Bagaimanapun sukan, jangan jadi penyebab menjauhkan atau melalaikan manusia dari mengadakan hubungan dengan Tuhan pencipta manusia. Sukan seperti inilah sepatutnya disekat atau diubahsuai supaya ia tidak menghalang perbuatan itu berlaku.


===============================================================



Ditulis oleh: Suhaimi Taib

Penulis adalah  Perunding Hartanah dan Usahawan dan Journalis, pengamal media sejak 20 tahun lalu dan berkecimpung secara aktif dalam dunia perniagaan online sejak lebih lima tahun lalu.

Pengusaha jualan secara online di Lelong.com.my dan memiliki setor popular yang diberi nama Pelate Store di portal tersebut.

Masih aktif menulis artikel perniagaan,  politik dan agama. Bersedia untuk menyumbang khidmat sebagai penasihat perniagaan online dan offline, penasihat media dan menyediakan artikel atau teks untuk Kenyataan Akhbar, Skrip Berita, Suntingan Berita, Suntingan Video, Jururunding Berita TV, Dokumentari, Penasihat Politik dan Gerak Saraf Politik terutama untuk Rakyat Malaysia.

Sila hubungi saya di talian 013-9060111 untuk keterangan lanjut.
================================================================

Sunday, July 17, 2011

Pak Menteri Penipu

Mengapa kita biarkan diri ditipu
Janji manis palsu, �satu jambatan RM20 juta akan dibina.�
berbuih tumpah dari mulut Pak Menteri
sebelum pilihan raya tak bersih --dan kini,
masih tak bersih.

Hari ini mulut-mulut rakyat terlopong
kerana ditipu buat kesekian kalinya
oleh penguasa petualang negara.

Pilihanraya tak besih datang lagi
Pak Menteri terhegeh-hegeh
berjanji lagi, �tahun ini jambatan RM20 juta akan dibina.�
rakyat di hulu negeri tersengih gembira
beberapa purnama berlalu
masih tidak ada jambatan untuk laluan
merentas desa dan kota.

Penoreh getah ditipu lagi
kerana usianya seusia pohon getah tua
susunya sudah hampir habis ditoreh
telinganya tersumbat sebelah
media senget dan muka berbukah
melepak di goboknya saban hari.

Malu anak watan rasa ditipu
Jika dirinya tengadah
anak muda biar genggam bara
abunya biar beku di tangan
namun Pak Menteri penipu
sergahlah dengan sapaan amaran.

17 Julai 2011
Kuala Terengganu.

Tuesday, July 12, 2011

Bersih 2.0 berjaya

Empat hari telah berlalu, himpunan anjuran Pilihanraya Adil dan Bersih (BERSIH) mewarnai kota raya Kuala Lumpur dengan seribu peristiwa mencatat sejarah kebangkitan rakyat amat sukar untuk dibendung walaupun diadakan provokasi media, sekatan jalan raya dan tindakan undang-undang.

Penulis memerhati secara dekat himpunan itu sebagai journalis, di sekitar Masjid Jamek dalam usia separuh abad, sudah pasti tenaga tidak sekuat dulu untuk bekejar ke sana ke mari.

Namun cukup untuk merasai pedihnya gas pemedih mata dan semburan water cannon. Di pagi yang bening dan Kuala Lumpur yang lengang, penulis sampai sebelum subuh dari Kuala Terengganu dengan menaiki kenderaan awam untuk tujuan memerhati himpunan Bersih sebagai pengamal media.

Penulis bersolat subuh di Masjid Rahimah Gombak selepas bas awam tidak dibenarkan masuk ke pusat bandar Kuala Lumpur.

Selepas solat, penulis berlegar di Greenwood untuk minum pagi kemudian menaiki bas kota  ke pusat bandar. Akhirnya (ringkas cerita) sejak 8.00 pagi, penulis berada di sekitar Masjid Jamek bersama pengamal media tempatan dan luar negara.

Tersedia di situ, pasukan keselamatan termasuk FRU, polis berpakaian seragam, Special Branch (SB) dan orang awam yang berlegar dan memerhati suasana di tempat berkenaan.

Sejak pagi  setiap orang memakai baju kuning dan merah ditahan (walaupun bukan berlogo Bersih 2.0) dan di satu sudut di tepi pagar  diambil kenyataan dan di bawa pergi dengan trak polis ke destinasi yang penulis tidak pasti.

Termasuk pelancong asing yang berbaju merah atau kuning turut ditahan tetapi kemudiannya dibebaskan segera di kawasan tersebut tanpa dibawa pergi menaiki trak polis.

Kelihatan juga perempuan yang memakai baju panjang yang ada warna  merah dan kuning serta bertudung labuh hitam turut ditahan.

Menjelang tengahari 9 Julai, orang ramai mula berkumpul ramai berpuluh-puluh di sekitar masjid itu dan pimpinan PAS Dr. Mohd. Hatta Ramli berucap memakai loud speaker kecil melaungkan slogan pilihan raya bersih dan adil dan hidup rakyat dan keadilan diikuti dengan peserta Bersih 2.0.

Polis menerima arahan untuk menangkap sesiapa sahaja yang melintas di kawasan tersebut selepas semburan water canon dan gas pemedih mata tidak berupaya menyuraikan perhimpunan.

Arahan itu dikatakan datang dari Ibu Pejabat Polis Dang Wangi sebagaimana  dinyatakan oleh pihak berkuasa polis di kawasan tersebut.

Selepas itu tindakan menangkap mula dilakukan, di selang seli dengan semburan water cannon dan gas pemedih mata. Menjelas petang kira-kira jam 2.00 petang hujan turut sederhana lebat di saat polis  lagi mengadakan halangan dan tangkapan terhadap peserta himpunan Bersih yang terdiri dari pelbagai kaum dan etnik, profesional, bekas tentera dan orang awam dari seluruh negara.

Penulis dalam keadaan kleletihan, pakaian tidak bersalin dan tidak mandi, berjalan lebih 5 kilometer sekitar bandaraya agak terhad pergerakan, hanya berlegar di situ sahaja.

Tiba-tiba pasukan keselamatan termasuk trak FRU dan lain-lain memecut keluar dari kawasan tersebut selepas satu perarakan besar kelihatan menghala ke Stadium Merdeka. Tidak ada lagi sekatan, tidak ada lagi semburan water cannon dan gas pemedih mata di situ.

Orang awam berarak tenang menuju ke stadium berkenaan. Penulis menyusup masuk ke kelompok awam berhamparan sebuah kuil melihat peserta yang ada berpakian baju BERSIH 2.0 berwarna kuning. 

Kira-kira 100 ribu peserta berada di situ dengan membawa slogan bersih dan semangat bersih. Mereka berwajah ceria mencapai hasrat untuk berhimpun dan menghantar mesej bahawa mereka berjaya mengatasi segala halangan yang dibuat oleh pihak penguasa sebelum itu.

Setengah jam berada di kelompok berkenaan, muncul Saudara Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Saudara Mazlan Aliman dan Dato' haji Abu Bakar Chik menjelaskan bahawa Bersih 2.0 sudah bersurai di samping perkhabaran Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ditangkap polis di KL Sentral.

Jam 4 petang, orang ramai mula bersurai dan menuju ke destinasi masing-masing. Bersih 2.0 berjaya membawa mesej rakyat ke serata dunia dengan media Facebook dan Twitter selepas peristiwa bersejarah tersebut mengatasi media talibarut Umno/BN. 


"Kami ada pengalaman dan kepakaran"

    

Monday, June 27, 2011

8 Nokhtah Bertindih


  
Ledakan di sini bukan gunung berapi serakah awam
tetapi air syahdu bersih tenang dan aman
dilimpahkan, disiramkan sepanjang perjalanan
sambil mengajak penyangak takhta
membuang keruh dan kotornya
dakwat pena pilihan raya
dari tangan hantu dan pecandu politik.

Termaktub lapan nokhtah bertindih.

Satu: Membersihkan senarai undi
Dua: Mereformasi undi pos
Tiga: menggunakan dakwat kekal
Empat: Akses media yang bebas dan adil
Lima: Tempuh kempen minima 21 hari
Enam: Memperkukuh institusi awam
Tujuh: menghentikan rasuah
Lapan: Menghentikan politik kotor.

Laluan tak perlu diterjah
dengan isytihar genderang perang
kami datang bukan untuk berperang.

Jalan raya tak perlu disimbah
dengan pancutan air beracun
kerana kami sudah memisikan
wadah dengan lapan nokhtah aman
sejauh hulu sungai rakyat
ke kota menara Petronas ini.

Bersih, bersih, pilihan raya bersih
Aman, aman, himpunan aman.

Ampun Tuanku,
kami pacar yang hina
memohon restu.

27 Jun 2011
Kuala Terengganu



"Bantu kami dalam business online"
http://www.seramaesty.lelong.com.my

Sunday, June 26, 2011

'Matilah BN kali ini'

Mengapa Barisan Nasional (BN) takut dengan Himpunan Bersih 2.0, 9 Julai ini kalau benar dia anak jantan? BN sebenarnya takut kepada bayang-bayang sendiri. BN boleh berdiam diri, tidak perlu menggelabah dengan mengaitkan nama Yang Dipertuan Agong, mendakwa berlaku huru hara dan menggunakan polis untuk provokasi himpunan tersebut, jika parti itu sendiri anak jantan.

Pengerusinya, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, tidak payah mendakwa pembangkang bukan anak jantan kerana ia bukan anjuran parti pembangkang tetapi anjuran NGO yang ada kaitan dengan rakyat dan tuntutan mereka dari segenap lapisan masyarakat.

BN begitu bacul dengan sikap tak endahnya, apabila bukti terang-terangan adanya pengundi hantu dalam daftar pemilih terbaru yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPRM) 13 Mei lalu yang didedahkan Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali di Parlimen baru-baru ini.

Ia diperakui kemudiannya oleh SPRM sendiri. Mengapa BN diam? Mengapa tidak bertindak terhadap bukti tersebut dengan membuat pembersihan semula daftar pemilih itu.

Bersih menuntut 8 perkara, mengapa tidak menerima tuntutan tersebut yang telah dikemukakan sejak tahun 2008 lagi. BNlah bukan anak jantan kerana tidak telus dan terbuka membuat pembetulan. Jika terima tuntutan tersebut, BN percaya dia akan kalah dalam pilihan raya.

takut apa kalah pilihaanraya kalu kita dipihak yang benar. Hari ini orang benci dengan sikap telus dan terbuka kita, esok orang akan suka semula sikap kita tersebut. Iutlah sikap anak jantan.

Jadi, jelas BN berkuasa atas penipuan, penyalahgunaan kuasa, rasuah, diktatorship, tamak haloba, takut kalah dan  takut hilang kuasa sebagaimana Najib berkata, susah jadi naib johan sebagaimana ucapannya dalam satu majlis baru-baru ini.

Najib menyindir dan menggambarkan BN berada dalam situasi tertekan dan 'pessimistic'  (putus harapan) untuk menarik sokongan rakyat umum yang sudah bosan dengan kerenah pemerintahan parti itu.

Sekaligus BN sudah berada  di persimpangan jalan. BN tidak relevan lagi untuk mendokong cita-cita dan harapan rakyat untuk melihat suatu pemerintahan yang adil dan berkebajikan kerana parti itu tidak mendokong cita-cita rakyat.

Parti  itu  begitu sukar untuk menukar warna kelam dan hodoh  terpalit di mukanya selama ini dalam waktu terdekat kerana rakyat sudah kenal siapa BN atau Umno yang juga parti teras Barisan Nasional itu. Jika datang kepada rakyat dalam keadaan, menyembah-nyembah sekalipun ia sukar lagi diterima, melainkan mereka menerima segala tuntutan rakyat terhadap pilihan raya adil dan bersih.

Tetapi bahananya akan menimpa BN kalau ditunaikan tuntutan tersebut, iaitu kalah pilihan raya. BN memang takut kalah kerana kalau kalah pilihan raya, kata orang 'matilah BN'. Parti itu hidup dengan penipuan dan penyelewengan. Tanpanya parti itu mati. jadi kalau parti itu bersih sebagaimana tuntutan Himpunan Bersih 2.0, kekotorannya hilang.

Pemimpinnya memang suka mempertahankan kekotoran itu  kerana mereka hidup dengan kekotoran tersebut.

Anda juga boleh baca di www.harakahdaily.net di link: http://bit.ly/lAsUCa

P/S: Bantu saya dalam business sila lawat Pelate Store di link di bawah:-

Sunday, June 5, 2011

Pemilihan Pimpinan PAS: Kehendak ahli akar umbi



Meneliti perubahan kepimpinan tertinggi PAS selepas Presiden, ia suatu manifestasi kehendak akar umbi parti bahawa era kepimpinan parti harus terdiri dari aktivis yang sudah lama menyelami hati budi rakyat dan jatuh bangun bersama susah senang rakyat di semua peringkat.

Mereka adalah rangkaian kepimpinan kontemporari rakyat yang boleh mendekati  semua lapisan masyarakat tanpa masyarakat berkenaan segan mengadu hal kehidupan bermasalah sejak sekian lama di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN).
Kebimbangan Umno terletak kepada kemampuan PAS melahirkan kepimpinan kontemporari ini yang lebih senang dan selesa mendekati rakyat sehingga rakyat merasakan mereka tidak perlu lagi kepada Umno kerana PAS melalui kepimpinannya boleh menyelesaikan permasalahan mereka lebih baik dari Umno.
Timbalan Presiden, Haji Mohamad Sabu suatu ketika dahulu pernah penulis mewawancarakannya dan berhasrat menjadi orang tua selepas beliau dengan sendirinya cukup umur untuk memimpin Dewan Pemuda PAS Pusat sebagai Ketuanya. Beliau kini bukan sahaja menjadi orang tua tetapi orang nombor dua parti.
Mungkin dimaksudkan orang tua ketika itu ialah pemimpin yang berpengalaman dalam parti, boleh dibuat rujukan pendapat serta boleh memberi nasihat dan mungkin juga orang penting dalam parti suatu ketika nanti. Penulis tidak sempat bertanyakan apa maksud mahu menjadi orang tua itu. Bagaimana dengan perlantikan sebagai orang nombor dua dalam parti, hasrat itu semua telah terbukti pada hari ini walaupun masih dalam spekulatif penulis.
Kita tidak bimbang dengan prinsip mempertahankan kepimpinan ulama kerana beliau adalah pejuang kepimpinan ulama tegar sebagaimana ditegaskan dalam interbiu beliau sempena perlantikannya sebagai Timbalan Presiden.
Karismanya yang bersahaja dan mudah didedakati rakyat sekaligus lantang mendedahkan kepincangan politik Umno sudah pasti ia mendatangkan masalah besar kepada Umno.
Pokok penting sekarang bukan persoalan berdepan dengan Umno semata-mata tetapi mendekati dan menyelami masalah rakyat adalah prioriti (aulawiyyat) berteraskan �Membangun  Negara Berkebajikan� yang menjadi tema muktamar PAS ke 57.
Sama ada pilihan raya umum ke 13 akan di adakan cepat atau lambat, gerak kerja menawan hati rakyat ini harus bergerak tanpa kira waktu dan suasana.
Sudah tentu dengan pemilihan naib-naib presiden juga terdiri dari aktivis PAS teras termasuk Salahudin Ayub, Datuk Haji Mahfuz Omar dan Datuk Paduka Haji Husam Musa, suatu iringan kepimpinan serasi dan seimbang sebagai penggalas tugas-tugas Presiden ketika diperlukan berhadapan dengan suasana dan realiti rakyat semasa.
Haji Mohamad Sabu (Abang Mat) mempunyai hasrat besar untuk PAS berganding bahu dengan badan-badan bukan kerajaan lain (NGO) menjalankan usaha dalam pelbagai aktiviti kemasyakatan termasuk melihat wajah pilihan raya berjalan di atas landasan demokrasi sebenar, bersih dari sebarang penipuan, rasuah dan penyalahgunaan jentera kerajaan.
Kerjasama erat dengan badan-badan ini membuka ruang yang lebih lebar untuk mendekati masyarakat, walaupun Umno juga cuba berusaha berbuat demikian tetapi parti itu tidak akan berjaya sebagaimana PAS kerana masalah Umno itu sendiri menyebabkan kegiatan ini terbatas.
NGO sedar dan tahu siapa Umno dan tahu juga siapakah PAS dalam memperjuangkan nasib rakyat. Era perjuangan rakyat ini adalah suatu kesinambungan perjuangan selepas kemerdekaan yang sepatutnya menjadi lebih hebat dari perjuangan memerdekakan Malaya dari penjajah British yang didokong oleh pejuang-pejuang kemerdekaan sebenar seperti Dr. Buhanuddin al-Helmi dan rakan-rakannya yang lain.
Justeru di sinilah kepimpinan PAS ini bermula membentuk rangkaian kesinambungan perjuangan ini dengan gigih.
Rakyat menjadi pilihan utama dibentuk dan diperkasakan dengan kesedaran mendalam untuk perubahan dan membentuk negara Malaysia baru yangh adil serta berkebajikan.
Sekaligus PAS pasti berjaya menjadi alternatif kepada Umno untuk menerajui negara bersama-sama parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat (PR)dengan usaha berterusan sehingga PR berjaya didaftarkan sebagai  parti komponan kedua selepas BN menduduki Putrajaya tidak lama lagi.
Bagaimanapun ia bukan semudah apa yang disebut tetapi bukan mustahil ianya berjaya dilaksanakan.

Saturday, June 4, 2011

Era Baru Perjuangan PAS


Satu era baru perjuangan  PAS dekad ini ialah menentukan parti memenangi hati rakyat berbilang kaum dan agama, budaya dan taraf ekonomi.

Kecenderungan ini dapat dibaca apabila era pasca revolusi rakyat Asia Barat mencetuskan kesedaran rakyat seluruh dunia betapa mereka perlu kembali kepada hakikat sebenarnya keperluan kehidupan mereka.

Mereka memerlukan undang-undang yang adil untuk melihat segala kesalahan yang dilakukan oleh sesiapa sahaja dalam kehidupan mereka dapat diadili dengan baik. Pembahagian kekayaan di kalangan rakyat diagihkan secara adil tidak hanya kepada kroni pemeritah semata-mata.

Gelombang ini merayap bukan sahaja di Asia Barat tetapi ke dalam masyarakat Malaysia sendiri yang berbilang kaum.

Orang Cina, India, Melayu, Kadazan, Bidayoh dan lain-lain hari ini bercakap tentang ketidakadilan pembahagian kekayaan di kalangan rakyat. Mereka telah terpedaya dengan kepincangan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) terlalu lama lebih lima dekat. Menyifatkan selama ini bagus dan membanggakan. Tetapi hakikatnya tidak.

Perasaan tidak puas hati itu telah membuak-buak di dada mereka, menunggu masa untuk diadaptasikan dalam pilihan raya umum akan datang.

Di sinilah PAS memainkan peranannya untuk bersama mencetuskan perubahan di kalangan rakyat berbilang bangsa dan agama itu.

Sebagaimana dinyatakan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasarnya bahawa PAS akan bersama dengan rakan dalam Pakatan rakyat untuk menggerakkan agenda perubahan sebagaimana yang dipersetujui dalam dokumen Polisi Bersama Pakatan Rakyat yang sudah dibahas dan diterima oleh PAS.

�Ianya melibatkan suatu paradigma baru pendemokrasian, suatu islah menyeluruh dalam sistem pemerintahan dan urustadbir negara,� jelas Datuk Seri Presiden PAS di Dewan Datuk Haji Fadzil Mohd. Noor di Taman Melewar, Gombak Selangor baru-baru ini.

Suatu perubahan menyeluruh ini khususnya menyentuh soal dasar pemerintahan negara yang banyak memberi ruang kepada aktiviti-aktiviti rasuah telah merosak akauntabiliti kepimpinan negara dan pegawai-pegawai kerajaan semua peringkat.

Bermula dari pemandu kenderaan kerajaan sampai kepada wakil rakyat parti pemerintah khususnya BN. Indeks rasuah yang merudum sebelum ini terbukti benarnya dakwaan ini.

Tidak wujudnya urustadbir yang baik negara berpunca dari tidak wujudnya sistem pentadbiran yang tidak memberi ruang kepada berlakunya rasuah berleluasa di semua peringkat, mengakibat bahana menimpa kepada perancangan kerajaan khususnya pembangunan yang dirancang.

Banyak projek gagal dilaksanakan dengan baik kerana puncanya rasuah. Kos pembiayaan tinggi tetapi kualiti pembangunan tidak berada di tahap memuaskan dan mengikut piawaian yang dibenarkan. Akibatnya banyak bangunan runtuh dan mengorbankan nyawa rakyat tidak berdosa.

Wang rakyat disalahgunakan untuk membiyai parti kerajaan (Umno) secara tidak langsung dengan memasukkan wang dikatakan untuk projek pembangunan dalam akaun syarikat tertentu dan kemudianya disalurkan kepada Umno dalam bentu dana tertentu.

Perkara inilah PAS dan Pakatan Rakyat berusaha membenterasnya supaya bukan sahaja ia menghasilkan pembangunan berkualiti dari semua sudut bahkan telah terbukti menarik ramai pelabur datang untuk membuat pelaburan dalam negara terababit sebagai contoh Singapura dan lain-lain kerana berpunca dari rasuah berada di bawah tahap minima atau pembangunan tanpa rasuah.

Indonesia kini mengorak langkah ke arah membentras rasuah. Tetapi Malaysia gagal melaksanakan tugas menghapuskan rasuah walaupun berlaku penambahbaikan kepada Badan Pencegah Rasuah bertukar menjadi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Yang penting ialah rakyat menerima inpak besar dari jika gerakan Pakatan Rakyat berjaya membuat perubahan tanpa mempedulikan serangan dan fitnah yang ditaburkan BN sepanjang perjalanan mereka melaksanakan tugas untuk rakyat itu.

Justeru gandingan usaha yang tidak pernah putus arus, lambat laung akhirnya akan membuahkan hasilnya. Ini kerana keburukan rasuah dan penyelewengan itu tidak selama-lamanya kekal ditakuti dan disokong apabila ianya dapat kejahatannya dizahirkan di hadapan mata rakyat hari demi hari.

Oleh itu PAS dan Pakatan Rakyat sekali-kali tidak perlu jemu menyatakan kebenaran ini sama ada menang pilihan raya atau kalah.- Harakahdaily.net.

Tags