Latest News

Sunday, July 17, 2011

Pak Menteri Penipu

Mengapa kita biarkan diri ditipu
Janji manis palsu, �satu jambatan RM20 juta akan dibina.�
berbuih tumpah dari mulut Pak Menteri
sebelum pilihan raya tak bersih --dan kini,
masih tak bersih.

Hari ini mulut-mulut rakyat terlopong
kerana ditipu buat kesekian kalinya
oleh penguasa petualang negara.

Pilihanraya tak besih datang lagi
Pak Menteri terhegeh-hegeh
berjanji lagi, �tahun ini jambatan RM20 juta akan dibina.�
rakyat di hulu negeri tersengih gembira
beberapa purnama berlalu
masih tidak ada jambatan untuk laluan
merentas desa dan kota.

Penoreh getah ditipu lagi
kerana usianya seusia pohon getah tua
susunya sudah hampir habis ditoreh
telinganya tersumbat sebelah
media senget dan muka berbukah
melepak di goboknya saban hari.

Malu anak watan rasa ditipu
Jika dirinya tengadah
anak muda biar genggam bara
abunya biar beku di tangan
namun Pak Menteri penipu
sergahlah dengan sapaan amaran.

17 Julai 2011
Kuala Terengganu.

Tuesday, July 12, 2011

Bersih 2.0 berjaya

Empat hari telah berlalu, himpunan anjuran Pilihanraya Adil dan Bersih (BERSIH) mewarnai kota raya Kuala Lumpur dengan seribu peristiwa mencatat sejarah kebangkitan rakyat amat sukar untuk dibendung walaupun diadakan provokasi media, sekatan jalan raya dan tindakan undang-undang.

Penulis memerhati secara dekat himpunan itu sebagai journalis, di sekitar Masjid Jamek dalam usia separuh abad, sudah pasti tenaga tidak sekuat dulu untuk bekejar ke sana ke mari.

Namun cukup untuk merasai pedihnya gas pemedih mata dan semburan water cannon. Di pagi yang bening dan Kuala Lumpur yang lengang, penulis sampai sebelum subuh dari Kuala Terengganu dengan menaiki kenderaan awam untuk tujuan memerhati himpunan Bersih sebagai pengamal media.

Penulis bersolat subuh di Masjid Rahimah Gombak selepas bas awam tidak dibenarkan masuk ke pusat bandar Kuala Lumpur.

Selepas solat, penulis berlegar di Greenwood untuk minum pagi kemudian menaiki bas kota  ke pusat bandar. Akhirnya (ringkas cerita) sejak 8.00 pagi, penulis berada di sekitar Masjid Jamek bersama pengamal media tempatan dan luar negara.

Tersedia di situ, pasukan keselamatan termasuk FRU, polis berpakaian seragam, Special Branch (SB) dan orang awam yang berlegar dan memerhati suasana di tempat berkenaan.

Sejak pagi  setiap orang memakai baju kuning dan merah ditahan (walaupun bukan berlogo Bersih 2.0) dan di satu sudut di tepi pagar  diambil kenyataan dan di bawa pergi dengan trak polis ke destinasi yang penulis tidak pasti.

Termasuk pelancong asing yang berbaju merah atau kuning turut ditahan tetapi kemudiannya dibebaskan segera di kawasan tersebut tanpa dibawa pergi menaiki trak polis.

Kelihatan juga perempuan yang memakai baju panjang yang ada warna  merah dan kuning serta bertudung labuh hitam turut ditahan.

Menjelang tengahari 9 Julai, orang ramai mula berkumpul ramai berpuluh-puluh di sekitar masjid itu dan pimpinan PAS Dr. Mohd. Hatta Ramli berucap memakai loud speaker kecil melaungkan slogan pilihan raya bersih dan adil dan hidup rakyat dan keadilan diikuti dengan peserta Bersih 2.0.

Polis menerima arahan untuk menangkap sesiapa sahaja yang melintas di kawasan tersebut selepas semburan water canon dan gas pemedih mata tidak berupaya menyuraikan perhimpunan.

Arahan itu dikatakan datang dari Ibu Pejabat Polis Dang Wangi sebagaimana  dinyatakan oleh pihak berkuasa polis di kawasan tersebut.

Selepas itu tindakan menangkap mula dilakukan, di selang seli dengan semburan water cannon dan gas pemedih mata. Menjelas petang kira-kira jam 2.00 petang hujan turut sederhana lebat di saat polis  lagi mengadakan halangan dan tangkapan terhadap peserta himpunan Bersih yang terdiri dari pelbagai kaum dan etnik, profesional, bekas tentera dan orang awam dari seluruh negara.

Penulis dalam keadaan kleletihan, pakaian tidak bersalin dan tidak mandi, berjalan lebih 5 kilometer sekitar bandaraya agak terhad pergerakan, hanya berlegar di situ sahaja.

Tiba-tiba pasukan keselamatan termasuk trak FRU dan lain-lain memecut keluar dari kawasan tersebut selepas satu perarakan besar kelihatan menghala ke Stadium Merdeka. Tidak ada lagi sekatan, tidak ada lagi semburan water cannon dan gas pemedih mata di situ.

Orang awam berarak tenang menuju ke stadium berkenaan. Penulis menyusup masuk ke kelompok awam berhamparan sebuah kuil melihat peserta yang ada berpakian baju BERSIH 2.0 berwarna kuning. 

Kira-kira 100 ribu peserta berada di situ dengan membawa slogan bersih dan semangat bersih. Mereka berwajah ceria mencapai hasrat untuk berhimpun dan menghantar mesej bahawa mereka berjaya mengatasi segala halangan yang dibuat oleh pihak penguasa sebelum itu.

Setengah jam berada di kelompok berkenaan, muncul Saudara Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Saudara Mazlan Aliman dan Dato' haji Abu Bakar Chik menjelaskan bahawa Bersih 2.0 sudah bersurai di samping perkhabaran Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ditangkap polis di KL Sentral.

Jam 4 petang, orang ramai mula bersurai dan menuju ke destinasi masing-masing. Bersih 2.0 berjaya membawa mesej rakyat ke serata dunia dengan media Facebook dan Twitter selepas peristiwa bersejarah tersebut mengatasi media talibarut Umno/BN. 


"Kami ada pengalaman dan kepakaran"

    

Tags