Latest News

Tuesday, November 20, 2012

Merdeka Rakyat: Perubahan perlu disegerakan

Isu hari ini ialah rakyat Malaysia perlu buat perubahan besar menukar kerajaan sedia ada kepada kerajaan rakyat yang mendaulatkan cita-cita mereka untuk melihat negara ditadbir dengan adil meliputi kepentingan semua kaum.

Perjuangan kebangsaan hanya untuk melebarkan syak wasangka kaum dan terus menanamkan bibit-bibit perpecahan, semangat chauvanisme di kalangan berbilang bangsa di negara ini.

Apa-apa jenis slogan dan garapan semangat perpaduan yang dimomokkan tidak akan memberi kesan kepada terselindiungnya di sebalik hati kecil berbagai bangsa untuk berpadu dan bersatu membina negara selagi semangat nasionalisme sempit perkauman masih menjadi agenda jahat parti tertentu di negara ini.

Keadilan selama ini menjadi igauan kaum,  tidak pernah terbukti direalisasikan kerana pihak berkuasa menjadikan ianya sebagai agenda untuk mengaut keuntungan dan kepentingan mereka bagi meneruskan pemerintahan yang hampir dengan semangat diktatoristik, setengah orang menyifatkannya diktator berparlimen dengan hasrat apa-apa pun berlaku parti pemerintah sekarang mesti kekal memerintah sampai bila-bila dengan apa cara sekalipun.

Sudah banyak insiden dirancang dengan jahatnya termasuk peristiwa 13 Mei 1969 bertujuan untuk mengekalkan kuasa itu, di samping konspirasi penggulingan pemimpin tertentu dari parti Perikatan- sekarang Barisan Nasional (BN).

Sejarah silam perlu dinilai secara adil dan benar untuk membina jenerasi baru yang memandang negara dan kekayaan yang ada untuk dimiliki secara adil di kalangan rakyat bukan untuk diboloti sekelompok manusia bertungkat di bawah ketiak parti pemerintah.

Jika mereka menjadi billioner, billioner bukan anak jantan. Siapapun boleh menjadi jutawan atau hartawan dengan cara yang kotor tersebut.

Undang-undang perlu dicipta lebih realistik menghapuskan kronisme, chauvanisme dan sifat 'above the law' kerana di situlah terbentuknya penyelewengan kuasa berpanjangan sehingga ada manusia bebas melakukan apa sahaja dikehendaki kerana tidak ada undang-undang yang dirasakan boleh menganggu kebebasan mereka bertindak.

Rakyat perlulah diberi hak berfikir secara rasional, tidak dikongkong oleh media berpihak dan terkongkong untuk melahirkan buah fikiran bernas dan benar bagi tatapan dan 'amaliyyah' rakyat, bagi melahirkan rakyat yang cerdik bertindak dan merancang masa depan negaranya melalui gerakan politik dan aktiviti-aktiviti lain yang bermanfaat.

Sudah cukup masanya, rakyat tidak diberi ruang  untuk menilai secara bebas parti-parti politik dengan kebebasan ruang berinetraksi melalui saluran rasmi media kerajaan kerana parti-parti yang ditubuhkan ia berdaftar di bawah Pendaftaran Pertubuhan bukan bergerak secara 'under ground'.

Dengan sifat media rasmi satu hala menyebabkan fikiran rakyat terkongkong dan terbelenggu dengan suapan maklumat yang tidak tepat dan mengelirukan dari pihak pemerintah sedia ada. Kadangkala ia bersifat propaganda seperti yang diamalkan oleh komunis.

Pemerintahan negara mesti bertukar kepada pemerintahan lebih terbuka memakai apa sahaja kebijaksanaan mentadbir dan mengurus walau dari mana sahaja ia diperolehi untuk menghasilkan negara berkualiti dalam semua aspek.

Apa yang dibuat oleh Rasulullah s.a.w. dengan mengambil sistem strategi perang Parsi dengan menggali parit (khandaq) satu sifat bijaksana dan berketerampilan di zaman dikatakan tidak semaju sekarang.

Bagaimanapun paksi keadilan dan keamanan perlu dinilai dengan Islam sejauhmana ia bertepatan dengan kaedah hukum dan ulub politik dan pentadbiran yang tergarap sekian lama di dalam ajarannya dan terbukti ia telah membina tamaddun manusia berabad-abad lamanya dan tidak pernah membawa masalah kepada mereka.

Semua tamaddun manusia yang dibina tanpa Islam, semua membawa masalah kepada kehidupan manusia sejagat selama-lamanya.

Justeru Malaysia mestilah dibina berteraskan keadilan sejagat ini dan keadilan sejagat ini telah pun dirasai oleh semua kaum kerana mereka sendiri mengetahui semua sistem lain gagal membentuk Malaysia Baru dan tidak bermasalah di bawah sistem-sistem ciptaan manusia.



Friday, September 28, 2012

Hudud dan Qisos: Sekadar polemik politik?

Penulis mempunyai pandangan bahawa perjuangan umat Islam tidak terhad kepada pelaksanaan hudud dan qisos semata-mata tetapi ia perlu bersifat menyeluruh.

Penulis sedar bahawa hudud dan qisos menjadi hukum Allah yang tersisih bahkan dikeji oleh sesetangah pihak sehingga ia menjadi polemik untuk memberi  'political millage' kepada Barisan Nasional (BN).

Hukum tersebut sebahagian dari tanggungjawab yang mesti dipikul yakni dilaksanakan oleh sesebuah negara Islam tetapi Islam itu bersifat syumul yang termasuk di dalamnya hukum hudud dan qisos.

Kadangkala kita perlu memikirkan soal siasah syar'iyyah untuk sekurang-kurangnya memberi peluang gerakan Islam menepatkan dirinya di dalam kuasa pemerintahan Malaysia terlebih dahulu supaya secara hikmah dan berhati-hati langkah menegakkan Islam secara syumul berjaya dilaksanakan dengan berkesan kemudiannya.

Tidak dinafikan tidak semua komponen penyokong kuasa rakyat merestui gerakan ini. Namun suatu strategi bijak dan berhemah menghasilkan natijah besar kejayaan gerakan Islam membentuk Malaysia sebagai sebuah negara harmoni bersama perlaksanaan Islam secara syumul.

Hakikatnya pelaksanaan itu akan dirasai dan dinikmati oleh semua lapisan masyarakat termasuk ia memberi kebaikan kepada masyarakat bukan Islam itu sendiri apabila dilaksananakan bukan hanya apabila ia hanya diperdebatkan semata-mata.

Tinggal lagi gerakan Islam mesti bijak meletakkan tektik dan strategi politik untuk meredakan polemik yang memberi inpak kepada musuhnya yang sentiasa mencari ruang untuk memecahbelahkan usaha murni ini dari mencapai kejayaan.

Pandangan ahli politik gerakan Islam  mengenainya perlu menjurus ke arah mencapai cita-cita murni ini.

Wednesday, May 30, 2012

BN perlu menilai tindakan menghuruharakan rakyat


Nampaknya, Umno ingin memperlihatkan ada orang membenci apa saja kegiatan Pakatan Rakyat (PR) walaupun manusia berfikiran waras sudah tahu siapa dalang di sebalik provokasi itu.

  Masalahnya ialah, isu di pihak PR boleh diterima akal, sementara isu dibawa oleh Umno lapok dan tidak boleh diterima oleh orang yang berfikiran waras, pengkaji sejarah politik dan mereka yang berpengalaman dalam politik.

  Dikatakan sekurang-kurangnya ada satu insiden buruk setiap bulan ditimbulkan oleh golongan pencacai Umno untuk menimbulkan ketakutan dan huru-hara di kalangan rakyat yang saya berpendapat mereka adaptasikan dari serangan golongan penentang arus kebangkitan rakyat di Asia Barat.

  Saya berpendapat lebih baik Umno bersihkan politiknya dari sebarang salahlaku undang-undang berbanding mengupah pencacainya membuat provokasi dalam majlis PR.

  Mungkin parti itu terasa sudah terlambat kerana melihat reaksi rakyat semakin muak dengan agenda lapok dan provokasi Umno, mereka seolah-olah dalam keadaan terpaksa melakukan semua itu untuk menarik perhatian orang ramai hanya kepada isu berkenaan, supaya tidak lagi membincangkan isu sebenar kehancuran pentadbiran politik dan ekonomi negara akibat kerakusan kepimpinan Barisan Nasional (BN) dalam semua aspek.

  Insiden yang pernah dilaporkan berlaku ialah dikira mulai Januari tahun ini sehingga 25 Mei lalu, menjejak onar BN, yang menggelabah dalam kegelisahan, meraba dalam cerah sekaligus memperlihatkan tidak profesional parti itu menangani isu rakyat.

  Kadar buta huruf Malaysia semakin baik dari setahun ke setahun. Menurut laporan Jabatan Perangkaan, Pada 2000, kadar buta huruf dewasa di Malaysia telah menurun kepada 9.7 peratus berbanding tahun sebelumnya iaitu pada kadar 10.6 peratus. Perkembangan positif ini berterusan sehingga 2008 iaitu hanya 7.9 peratus penduduk dewasa buta huruf di Malaysia.

  Menurut satu laporan kadar buta huruf di kalangan bekas pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berada di tahap lapan peratus dikira dari jumlah calonnya berjumlah  468,808 tahun ini.

  Ini bererti kira-kira 37,504 orang berada di tahap buta huruf. Ia semakin menekan tindakan politik Umno untuk mengekalkan kerja-kerja lama seperti menabur wang kepada orang ramai dalam pelbagai program berunsur politik semata-mata bukan tujuan sebenarnya untuk membasmi kemiskinan dan kesempitan hidup di kalangan rakyat.

  Rakyat sudah mula celik, makin cerdik dan makin kurang tindak kurang bijaknya dalam arena politik. Ia mengundang Umno terdesak menabur banyak lagi wangf kepada orang ramai menjelang pilihan raya umum ke-13, walaupun tarikhnya masih di peringkat teka teki.

  Presiden Umno, Dato� Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak dengan nasihat Apco, sebuah syarikat perunding Yahudi melancarkan Agenda 1 Malaysia yang seawalnya sudah menimbulkan riuh rendah polimik perkauman yang tidak berkesudahan, ia bakal kecundang bersama kecundangnya pembawanya seperti juga dasar politik retorik yang dibawa oleh perdana-perdana menteri sebelum ini.

  Transformasi Umno berdepan dengan dasar reformasi yang dibawa Ketua Umum PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dasar negara berkebajikan dibawa oleh PAS melalui ucapan dasar Presidennya, Dato� Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam Muktamar PAS Pusat yang lalu di Taman Melewar Kuala Lumpur, suatu perlawanan sengit, menggelisahkan Umno/BN.

  Dari segi isu PR mempunyai banyak fakta isu dan bukti-bukti kukuh bahawa Umno dan kepimpinannya sudah banyak menghilangkan wang rakyat dalam operasi rahsia (aktiviti rahsia besar melibatkan wang pembayar cukai beratus-ratus bilion ringgit) dalam banyak insiden sejak berpuluh-puluh tahun lalu.
  Banyak juga wang itu masuk poket pemimin BN dan sebahagiannya masuk ke tabung Umno Malaysia.

  Ia membabitkan insiden jenayah kolar putih membabitkan kepimpinan tertentu dalam Umno, membunuh manusia yang dipercayai merugikan Umno yang dipercayai mengetahui rahsia besar dan sulit Umno.

  Rakyat di tahap ini, perlu mempunyai kesedaran politik yang tinggi jika mahukan negara mereka selamat dari ancaman pemimpin parti korup dan tidak bermoral ini.

  Rakyat perlu mempersiapkan diri dan minda serta spritual, bersifat jujur terhadap diri sendiri supaya tidak lagi sewenang-wenangnya dipergunakan oleh golongan berkepentingan untuk mengaut keuntungan atas kesusahan rakyat bukan untuk sebenarnya meletakkan rakyat dalam situasi negara yang bermaruah dan tamaddun insaniah sebenar sehingga menarik pelabur asing berpusu-pusu ke Malaysia kerana mereka tahu negara adil ini dan stabil politiknya tanpa rasuah sekaligus memberi keuntungan yang memuaskan kepada perniagaan mereka.

  Impaknya rakyat bebas memperolehi apa yang dikehendaki dalam kehidupan mereka tanpa takut kepada sesiapa melainkan kepada Allah SWT sahaja. Inilah yang dikehendaki oleh PR dan inilah yang ditakuti oleh musuh-musuhnya.

Sunday, April 22, 2012

Umno ibu segala kesesatan di Malaysia



PAS dituduh parti ajaran sesat, merupakan satu lagu lama diputarkan semula bertujuan untuk mengekalkan pemisah antara kelompok PAS dan Umno agar terus berpanjangan terutama di negeri Terengganu dan Kelantan.
  Umno merasa tergugat dengan tidak adanya isu kukuh untuk mempertahankan kedudukannya sebagai parti pemerintah buat masa ini. Justeru, parti itu perlu menarik perhatian ahlinya supaya tidak berganjak dengan memberi sokongan kepada Umno untuk terus menerajui negara.
  Ia juga bertujuan supaya ahlinya tidak terpengaruh dengan kenyataan-kenyataan Pakatan Rakyat (PR) terhadap Umno. Itu hasrat Umno untuk mememanjangkan hayat pemerintahannya.
  Jika ahlinya beralih arah, tidak lagi memberi sokongan padu kepada Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke 13 nanti, ini yang amat ditakuti Umno di saat sokongan hanya dipertaruhkan kepada orang Melayu dan golongan atas pagar. Umno tidak lagi mendapat sokongan padu orang Cina dan India.
  Parti itu mesti menampakkan PR terutamanya PAS sebagai satu parti yang amat buruk dalam semua aspek kerana parti itu adalah parti teras PR.
  Isu-isu lain, Umno mendakwa sudah tidak boleh menarik sokongan orang Melayu tetapi dengan isu dakwaan PAS Parti Ajaran sesat yang dirancang dan dilontarkan oleh Umno Terengganu, ia seolah-olah memalingkan seketika perhatian umum terutama penyokongnya untuk melihat situasi dan menarik sokongan lebih teguh ahlinya kepada perjuangan parti berkenaan yang kabur matlamatnya.
  Pemerhatian penulis terhadap pandangan dikemukakan oleh pelbagai pihak dan lontaran fikiran dalam media alternatif seperti facebook dan twitter banyak hujah dikemukakan dan mudah difahami termasuk amalan dan budaya parti-parti terbabit.
  Dengan membuktikan gambar-gambar berkaitan PAS yang dituduh sesat sentiasa menganjurkan majlis solat hajat, ceramah agama, forum dan lain-lain sedangkan Umno sering menyelitkan gerombolan penari dan artis yang memakai pakaian menjolok mata dan tarian ala lucah dalam majlsi mereka.
  Di sini pun sudah jelas bezanya antara dua parti berkenaan dan jelas parti manakah yang sebenarnya sesat dan tidak sesat.
  Sudah berpuluh tahun Umno tidak berani berdebat atau muzakarah mengenai  ajaran sesat dan kafir mengkafir dengan PAS, nampaknya Umno masih tidak serik dengan dakwaan bodoh dan jahat itu.
  Umno sedang menggeliat kepanasan seperti cacing di panas terik matahari, sudah ketandusan isu untuk memburuk-burukkan pembangkang terutama PAS, kerana seingat parti itu tidak ada jalan lain melainkan caranya menuduh PAS sesat supaya semua orang beri perhatian terhadap isu itu dan ahli Umno tidak mendekati PAS dalam apa jua majlisnya.
  Kalau boleh dan memang kehendak Umno supaya ahli dan penyokongnya jangan sekali-sekali terpengaruh dengan PAS dan PR. Jangan sekali-kali hadir dalam majlis anjuran PAS dan PR. Jangan membaca komen-komen PR tentang apa-apa isu mengenai Umno/BN dalam facebook, twitter dan lain-lain.
  Dengar sahaja dakyah media mereka termasuk RTM, TV3 dan seumpamanya yang menjadi alat Umno berkempen terutama di musim hampir pilihan raya umum sekarang.
  Penulis mendapat khabar bahawa ketua-ketua tempat mengundi yang dilantik akan hadir dalam kursus terakhir yang akan dianjurkan Suruhanjaya Pilihan raya Malaysia (SPRM) tidak lama lagi.
  Mengikut komen seorang pemerhati politik jika kursus itu dibuat dalam masa seminggu dua ini, pilihan raya ke 13 akan berlaku dalam masa 60 hari selepas itu dengan pembubaran parlimen akan diisytiharkan.
  Banyak ramalan dibuat pilihan raya umum dijangka di buat antara Mei hingga Julai tahun ini walaupun tempoh tamat penggal parlimen jatuh pada tahun hadapan.
Persoalannya isu-isu yang keras dan fitnah yang jahat dibuat menjelang pilihanraya bagi menarik sokongan padu ahli dan penyokong Umno dari seluruh negara. Itu antara harapan Umno untuk kekalkan survival pemerintahannya, di samping isu mendaftarkan pendatang asing sebagai pengundi hantu.

Friday, February 3, 2012

Gerakan Rakyat: Kesedaran keadilan politik

Meneliti perkembangan politik Malaysia, gerakan menyeluruh menyedarkan rakyat tentang tanggungjawab mengembalikan kemurnian politik untuk menentukan keadilan ditegakkan tanpa rasuah dan penyalahgunaankuasa untuk kepentingan kelompok masyarakat tertentu bukan untuk kepentingan rakyat, semestinya diletakkan sebagai gol politik.

Gerakan ini tidak menyeluruh dan tidak sistematik diuruskan oleh pencintanya kerana keterhadan media dan kewangan dan kurang perancangan jangka panjang untuk tujuan tersebut.

Kelopongan ini dipenuhi oleh gerakan dipelopori oleh penasihat Yahudi APCO untuk menghalang keupayaan gerakan rakyat dan keadilan mantap dan teguh di atas landasan yang betul.

Ada perancangan bersifat sementara (jangka pendek) dan ada yang bersifat jangka panjang. Pejuang keadilan dan rakyat perlu menumpukan perjuangan ini tanpa memandang ke belakang lagi.

Kita perlu membina generasi kita dan masa depan yang lebih baik dengan gerakan ini. Kita perlu bersepadu menggunakan suara rakyat dan suara kebenaran untuk mencapai matlamat.

Jangan biarkan rakyat hanya menjadi penonton tetapi gerakkan mereka berdepan dengan kepalsuan pemerintahan sedia ada di negara ini.

Genarasi kini tidak boleh lagi membiarkan politik sekular dan nasionalis memecahbelahkan asas keadilan yang terpendam dalam hati rakyat, tetapi fajar kemenangan akan menyingsing tidak lama lagi, sekiranya kesedaran dan gerakan ini menjadi kenyataan.


Tags