Nampaknya, Umno ingin memperlihatkan ada orang membenci apa saja kegiatan Pakatan Rakyat (PR) walaupun manusia berfikiran waras sudah tahu siapa dalang di sebalik provokasi itu.

Dikatakan sekurang-kurangnya ada satu insiden buruk setiap bulan ditimbulkan oleh golongan pencacai Umno untuk menimbulkan ketakutan dan huru-hara di kalangan rakyat yang saya berpendapat mereka adaptasikan dari serangan golongan penentang arus kebangkitan rakyat di Asia Barat.
Saya berpendapat lebih baik Umno bersihkan politiknya dari sebarang salahlaku undang-undang berbanding mengupah pencacainya membuat provokasi dalam majlis PR.
Mungkin parti itu terasa sudah terlambat kerana melihat reaksi rakyat semakin muak dengan agenda lapok dan provokasi Umno, mereka seolah-olah dalam keadaan terpaksa melakukan semua itu untuk menarik perhatian orang ramai hanya kepada isu berkenaan, supaya tidak lagi membincangkan isu sebenar kehancuran pentadbiran politik dan ekonomi negara akibat kerakusan kepimpinan Barisan Nasional (BN) dalam semua aspek.
Insiden yang pernah dilaporkan berlaku ialah dikira mulai Januari tahun ini sehingga 25 Mei lalu, menjejak onar BN, yang menggelabah dalam kegelisahan, meraba dalam cerah sekaligus memperlihatkan tidak profesional parti itu menangani isu rakyat.
Kadar buta huruf Malaysia semakin baik dari setahun ke setahun. Menurut laporan Jabatan Perangkaan, Pada 2000, kadar buta huruf dewasa di Malaysia telah menurun kepada 9.7 peratus berbanding tahun sebelumnya iaitu pada kadar 10.6 peratus. Perkembangan positif ini berterusan sehingga 2008 iaitu hanya 7.9 peratus penduduk dewasa buta huruf di Malaysia.
Menurut satu laporan kadar buta huruf di kalangan bekas pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berada di tahap lapan peratus dikira dari jumlah calonnya berjumlah 468,808 tahun ini.
Ini bererti kira-kira 37,504 orang berada di tahap buta huruf. Ia semakin menekan tindakan politik Umno untuk mengekalkan kerja-kerja lama seperti menabur wang kepada orang ramai dalam pelbagai program berunsur politik semata-mata bukan tujuan sebenarnya untuk membasmi kemiskinan dan kesempitan hidup di kalangan rakyat.
Rakyat sudah mula celik, makin cerdik dan makin kurang tindak kurang bijaknya dalam arena politik. Ia mengundang Umno terdesak menabur banyak lagi wangf kepada orang ramai menjelang pilihan raya umum ke-13, walaupun tarikhnya masih di peringkat teka teki.
Presiden Umno, Dato� Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak dengan nasihat Apco, sebuah syarikat perunding Yahudi melancarkan Agenda 1 Malaysia yang seawalnya sudah menimbulkan riuh rendah polimik perkauman yang tidak berkesudahan, ia bakal kecundang bersama kecundangnya pembawanya seperti juga dasar politik retorik yang dibawa oleh perdana-perdana menteri sebelum ini.
Transformasi Umno berdepan dengan dasar reformasi yang dibawa Ketua Umum PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dasar negara berkebajikan dibawa oleh PAS melalui ucapan dasar Presidennya, Dato� Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam Muktamar PAS Pusat yang lalu di Taman Melewar Kuala Lumpur, suatu perlawanan sengit, menggelisahkan Umno/BN.
Dari segi isu PR mempunyai banyak fakta isu dan bukti-bukti kukuh bahawa Umno dan kepimpinannya sudah banyak menghilangkan wang rakyat dalam operasi rahsia (aktiviti rahsia besar melibatkan wang pembayar cukai beratus-ratus bilion ringgit) dalam banyak insiden sejak berpuluh-puluh tahun lalu.
Banyak juga wang itu masuk poket pemimin BN dan sebahagiannya masuk ke tabung Umno Malaysia.
Ia membabitkan insiden jenayah kolar putih membabitkan kepimpinan tertentu dalam Umno, membunuh manusia yang dipercayai merugikan Umno yang dipercayai mengetahui rahsia besar dan sulit Umno.
Rakyat di tahap ini, perlu mempunyai kesedaran politik yang tinggi jika mahukan negara mereka selamat dari ancaman pemimpin parti korup dan tidak bermoral ini.
Rakyat perlu mempersiapkan diri dan minda serta spritual, bersifat jujur terhadap diri sendiri supaya tidak lagi sewenang-wenangnya dipergunakan oleh golongan berkepentingan untuk mengaut keuntungan atas kesusahan rakyat bukan untuk sebenarnya meletakkan rakyat dalam situasi negara yang bermaruah dan tamaddun insaniah sebenar sehingga menarik pelabur asing berpusu-pusu ke Malaysia kerana mereka tahu negara adil ini dan stabil politiknya tanpa rasuah sekaligus memberi keuntungan yang memuaskan kepada perniagaan mereka.
Impaknya rakyat bebas memperolehi apa yang dikehendaki dalam kehidupan mereka tanpa takut kepada sesiapa melainkan kepada Allah SWT sahaja. Inilah yang dikehendaki oleh PR dan inilah yang ditakuti oleh musuh-musuhnya.