Latest News

Saturday, March 23, 2013

PRU 13 tidak akan diadakan?

Apakah betul pilihan raya umum ke 13 tidak akan diadakan sebagaimana dakwa seorang bekas tentera yang saya temui di Kuala Terengganu baru-baru ini? Saya anggap itu hanya satu dakwaan semata-mata. Mungkin benar mungkin tidak. 

Apa pun tempoh bubar parlimen secara automatik semakin hampir, tidak dapat tidak, jika Perdana Menteri Malaysia (tamat tempoh?) Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak tidak mahu menetapkan tarikh pilihan raya itu, ia akan terbubar dengan sendirinya.

Ada Televisyen (TV) di Malaysia siarkan negara Pakistan pun buat pilihan raya umum secara bubar automatik. Apa maknanya? Maknanya bukan Malaysia sahaja mungkin akan berbuat demikian, Pakistan pun sudah buat. Persoalannya kenapa Najib sebagai ketua kerajaan  Barisan Nasional (BN) Malaysia sampai saat ini belum membubarkan Dewan Rakyat jika Najib sendiri mendakwa BN boleh menang dalam pilihan raya ke 13 nanti?

Senang cerita, begini saja, rakan-rakan pengkaji politik lain boleh bersetuju dengan pendapat saya bahawa jika pilihan raya masih belum berjaya diadakan setelah tempoh lima tahun penggalnya berlalu, ini bermakna BN tidak yakin boleh memenangi pilihan raya tersebut.

Jika yakin boleh menang, belum habis tempoh lagi, Najib akan umumkan tarikh pilihan raya. Itu perkiraan mudah, semua orang boleh agak dan faham kenapa semua ini berlaku, apa lagi ada dakwaan sumber risikan bahawa sembilan negeri akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya akan datang.

Isu politik semasa kebanyakannnya menjurus positif kepada PR, walaupun media 'main stream; dikuasai oleh BN hatta Radio Televisyen Malaysia (RTM) milik kerajaan Malaysia diperalatkan untuk kempen parti itu siang dan malam.

Sepatutnya jentera kerajaan hanya dipergunakan untuk kepentingan rakyat dan negara bukan untuk kempen BN dengan secara terangan-terangan ia dilintaslangsung dan diagendakan bagi tujuan kempen parti itu yang dari segi undang-undang serta  perlembagaan negara, tidak ada beza parti tersebut dengan parti-parti lain termasuk PAS, PKR, DAP dan seumpamanya dalam hak menyampaikan maklumat.

Sudah berapa kali permohonan secara terbuka dibuat untuk membenarkan PR atau pembangkang dibenarkan berkempen melalui RTM untuk memberi keadilan semua pihak tidak kira parti mana kerana jika BN ada hak untuk berkempen, parti lain pun ada hak juga.

Dengan demikian barulah keadilan kepada semua dapat diwujudkan dan inilah yang rakyat suka dan kehendaki berlaku di negara ini, bukan dengan cara bawa masuk pendatang asing dan kemudiannya dikurniakan kad pengenalan biru supaya mereka mengundi BN.

Itu satu tindakan bacul dan dayus, tidak 'gentleman' sehingga akibatnya keselamatan negara terancam sebagaimana insiden Lahat Datu, Sabah.

Amalan politik 'katak bawah tempurung' sebagaimana amalan  Umno/BN sekarang sudah makan tuan dan menyusahkan rakyat. Parti itu nak tutup bangkai gajah dengan nyiru, sudah tidak berjaya kerana rakyat menerima maklumat (dan boleh buat perbadingan) secara bebas dengan menggunakan  internet.

Rakyat terutama golongan muda sudah celik Information Teknologi (IT), mereka boleh bertindak dengan pengaruh media baru ini dengan sekelip mata. Ia terbukti dengan beratus-ratus ribu rakyat keluar ke Kuala Lumpur dalam perhimpunan besar-besaran sebelum ini adalah hasil dari pengaruh ICT itu.

Selagi BN tidak berubah dan jika perubahan dibuat saat ini, ia sudah terlambat kerana rakyat faham semua itu dibuat kerana mahu simpati dari mereka, di saat parti itu sedang nazak. dasar parti itu sudah tidak relevan lagi ketika rakyat sudah tidak boleh diperbodohkan buat selama-lamanya.

Kesimpulannya, tempoh pengaruh BN di hati rakyat sudah habis, maka bersedialah BN menjadi pembangkang selepas lebih 50 tahun kuasa pemerintahan tidak dimanfaat dengan betul untuk kepentingan rakyat Malaysia. 

Akibat benarkan BN terus berkuasa: Keselamatan negara terancam

Kes Lahad Datu, Sabah menjadi sejarah hitam negara, selepas sejarah 13 Mei 1969. Kira-kira lapan anggota keselematan terkorban, berpuluh-puluh lagi di pihak pengganas Sulu bersenjata, di saat Malaysia berada di ambang pilihan raya umum ke 13.

Peristiwa yang semacam dirancang, sepatutnya boleh dihindarklan lebih awal sekiranya, kepimpinan negara bertindak segera dan tegas, sebelum kira-kira 200 pengganas Sulu itu masuk berkampung di Felda Sahabat 17 kira-kira 107 kilometer dari Lahad Datu, Sabah.

Soal profesionalisme pasukan keselamatan menjaga keselamatan negara tidak perlu dipertikaikan kerana arahan untuk bertindak terletak di tangan pemimpin negara di bawah Barisan Nasional (BN).

Saya ke Lahad Datu dalam bulan januari lepas, sebelum insiden serangan pengganas itu berlalu dalam bulan Februari lalu, saya dimaklumkan bahawa sudah ada khabar berita dari mulut ke mulut kumpulan bersenjata dari Filipina bersembunyi di Sabah.

Tanya orang Sabah terutama penduduk Lahad Datu sendiri, apakah benar ada gerombolan seperti itu di daerah itu, mereka akan berkata, ya benar. Mereka mendengar khabar ini dan menaruh kebimbangan tentang kejadian tidak diingini akan berlaku. Saya juga percaya maklumat ini sudah sampai ke pengetahuan keselematan terutama pihak polis dan tentera kerana ia berkait dengan keselematan Sabah dan keselematan negara umumnya.

Ia suatu perkara penting, tetapi sayang pemimpin BN yang memerintah Malaysia hari ini bersikap sambil lewa dan tidak bertegas sejak awal lagi dalam menangani isu ini.

Mereka berdolak dalih, ada pemimpin yang mengatakan puak Sulu itu bukan pengganas dan yang lain pula melarang jangan dengar khabar angin. Semua ini kerana puak Sulu itu terdiri dari ahli Umno sendiri dan memiliki Kad Pengenalan Biru.



Pencerobohan yang dikatakan militan Kesultanan Sulu di Lahad Datu, tercetus gara-gara Ketua Cawangan Umno Sungai Nyamuk, Ahmad Malandi atau lebih dikenali sebagai Mat Bom. 



Beliau melakukan reverse take over ekoran kemarahannya kepada pihak Kerajaan Umno-BN, khususnya Felda, yang menceroboh tanah milik beliau dan keluarganya seluas kira-kira 100 hektar untuk dijadikan tanah rancangan dengan bayaran amat murah, dedah bekas Setiausaha Eksekutif Umno Bahagian Silam, Mutalib MD  (gambar).

Menurut satu laporan pula dipercayai campur tangan politik pemimpin Umno-BN antara punca polis gagal menangani isu keselamatan dan membendung jenayah, kata bekas Pengarah Cawangan Khas (SB) Sabah, Yusuf Barji.


�SB adalah jabatan yang menjalankan tugas secara rahsia demi keselamatan negara meliputi aspek ekonomi, ancaman dalam dan luar.

�Tapi sejak dikawal Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang terletak dalam bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri (JPM), ia menjadi lemah dan ditindas.

�Ia memecah belah dan mengurangkan kuasa polis. MKN menyebabkan tugas polis terarah kepada lawan politik, bukan lagi isu keselamatan negara dan rakyat,� katanya.

Kebejatan politik sempit penguasa di bawah BN hari ini telah membawa padah kepada ketenteraman negara dan keberjayaan rakyat dalam semua sektor.

Rakyat tunggu apa lagi, cari kesempatan untuk tukar penguasa sekarang kepada yang lebih baik dari mereka mulai hari ini. 




Friday, March 8, 2013

Pulau Jeju: Dalam kenangan

Pulang dari Korea Selatan, seminggu  yang lalu, mempelajari bagaimana kehidupan rakyat  negara itu berkerja  dan bergerak dengan cepat, makan pun terpaksa dibuat dalam perjalanan, makan makanan segera kerana terpaksa berkejar ke tempat kerja.


Walaupun amalan ini kurang baik, tidak digalakkan dalam Islam, namun hakikatnya manusia kadang kala terlalu materialistik, apa lagi menjadikan kebendaan sebagai matlamat hidup sudah tentu dasar  kerja rakyat negara itu tidak boleh dipakai.


Pemandu lori sewa berkata, orang Korea tidak suka beranak ramai, kerana kos hidup mereka tinggi. Lelaki berusia 60-an masih bekerja sebagai boroh kasar, menunjukkan tubuh mereka masih kuat.

Nelayan di Pulau Jeju (Gambar), terdiri dari wanita dan Pulau Jeju yang terkenal dengan lokasi penggambaran drama 'My Girl' itu adalah sebuah sebuah pulau gunung berapi mati, sebagai pulau terkenal dengan kincir angin, limau dan wanita.

Angin sentiasa bertiup di Pulau ini menjadi fenomena alam semulajadi ciptaan Allah dan satu daya tarikan pelancong ke pulau ini. Kebun limau juga merupakan satu daya tarikan pelancong ke pulau ini, mereka boleh makan sebanyak yang mampu di kebun dengan bayaran tertentu, hanya dibenarkan bawa pulang beberapa biji sahaja untuk di makan di rumah.

Wanita bekerja sebagai nelayan, menangkap ikan dan mengutip makana laut seperti ikan, siput, cengkerang dan rumpair laut. ia suatu keajaiban kehidupan di pulau berkenaan.

Aku sempat menangkap ikan Macarell  (ikan sardin) di pulau tersebut, di satu malam dalam cuaca sejuk, di pulau tersebut. Makan isi ikan mentah dengan sos korea disediakan oleh pemilik bot pelancong.


Keaktifan dan kecergasan kerja penduduk Korea Selatan, perlu dipelajari oleh rakyat Malaysia. Bagaimanapun pembangunan material bukan segala-galanya dalam kehidupan manusia dan kenyataan ini bukan untuk menghalang manusia mencapai kemajuan kebendaan.



Kebendaan bukan segala-galanya dalam hidup manusia, berapa ramai manusia kaya raya akhirnya bunuh diri, berapa ramai dari mereka yang terbabit dengan dadah, berapa ramai dari kalangan mereka merasakan kebendaan tidak boleh memenuhi kekosongan jiwa mereka.



Islam, cara hidup yang boleh memenuhi segala kekosongan jiwa dan kehidupan mereka walaupun dipenuhi dengan pelbagai kemewahan dan kesenangan dunia. Islam, telah menjadikan Cat Steven seorang penyanyi Britsih, seorang muslim yang berdakwah dengan al-Quran yang diterima sebagai hadiah dari seorang rakan Muslim, menjadi panduannay sebagai Muslim.



Rakyat Korea Selatan, bangun dari sejarah buruk penjajahan Jepun dalam Perang Korea, Islam bertapak di negara tersebut.



Menurut Wekipedia bebas, Dianggarkan  seramai 45,000 orang penganut agama Islam di Korea,[1] tidak termasuk pekerja-pekerja hijrahan tetap. Islam juga merupakan agama yang berkembang dengan pantas di Korea Selatan.[2] Termasuk juga pekerja-pekerja Korea yang memeluk agama Islam yang pulang dari negara-negara Timur Tengah seperti Arab Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu.



Di Korea Selatan, populasi orang Islam semakin meningkat sejak pengenalan agama tersebut tidak lama selepas Perang Korea. Masyarakat Islam (kelahiran Korea dan asing) tertumpu di sekitar Seoul yang menempatkan masjid besar kurun ke-20 pertama yang dibina pada tahun 1976 dengan pembiayaan oleh Misi Dakwah Islam Malaysia dan negara-negara Islam yang lain.



Terdapat pertumbuhan perlahan tetapi nyata penghijrahan orang-orang Timur Tengah (IranIraqKuwait dan Qatar) beserta Pakistan dan Malaysia ke Korea Selatan yang majoritinya beragama Islam semasa tahun 1990-an dan 2000-an, selalunya datang sebagai pekerja undangan ke negara ini.



Dipercayai bahawa tiada kehadiran nyata Islam di Korea Utara yang kegiatan keagamaan berautonomi secara umumnya hampir tidak wujud. Di sebalik fakta bahawa orang Islam Korea adalah masyarakat yang kecil, mereka merupakan sebahagian daripada struktur pelbagai agama masyarakat Korea yang melibatkan penganut agama Buddhaajaran Tao dan agama Kristian.



Perkembangan Islam di Korea Selatan menampakkan ada usaha-usaha bersungguh dari pendakwah di negara tersebut untuk melihat lebih ramai lagi rakyat negara tersebut memeluk Islam.

Tags