Latest News

Monday, May 27, 2013

Najib tak sah sebagai PM?

Sumpah yang dilafazkan oleh Najib di hadapan YDP Agong Ke-13, bukan sumpah yang dinyatakan dalam Jadual Keenam Perlembagaa
PETALING JAYA: Datuk Seri  Najib Tun Razak tidak layak menjalankan tanggungjawab sebagai Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan kerana beliau gagal mematuhi sepenuhnya Perkara 43(6) Perlembagaan sejak 3 April 2009 lagi.

Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim mendakwa, sumpah jawatan, sumpah setia serta juga sumpah simpan rahsia, yang dilafazkan oleh Najib di hadapan YDP Agong Ke-13, bukan sumpah yang dinyatakan dalam Jadual Keenam Perlembagaan.
�Dalam Perkara 43(6), sebelum sesaorang Menteri menjalankan fungsi jawatannya dia hendaklah mengangkat dan menandatangani di hadapan Yang Di-Pertuan Agong sumpah jawatan dan sumpah setia dan juga sumpah simpan rahsia yang dinyatakan dalam Jadual Keenam.
�Oleh kerana Datuk Seri Najib gagal mematuhi Perkara 43(6) Perlembagaan sepenuhnya, maka beliau tidak layak untuk melaksanakan fungsi jawatan sebagai Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan semenjak 3.4.2009,� katanya dalam surat kepada Perdana Menteri hari ini.
Salinannya turut dihantar kepada .Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Aziz Yusof; .Peguam Cara Negara dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Mat Zain, berikutan itu kerajaan Persekutuan yang dibentuk hasil daripada pemilihan yang tidak sah itu, adalah tidak legitimate.
Oleh demikian, keputusan pemilihan bagi kesemua 222 kerusi Parlimen Malaysia adalah terbatal dan terpaksa diadakan semula, katanya.
Bagaimanapun, pemilihan semula ini tidak melibatkan Dewan Undangan Negeri, kerana pembubaran DUN adalah di atas nasihat Menteri Besar/Ketua Menteri berkenaan, setelah diperkenankan/diluluskan oleh Ketua Negeri-Ketua Negeri masing-masing.
Mat Zain berkata, sepatutnya kekalutan ini telah diperbetulkan oleh Peguam Negara pada 3.April 2009 itu lagi.
Katanya, mengikut Perkara 145(2) Perlembagaan,adalah menjadi tanggung jawab Peguam Negara, untuk menasihati YDP Agong atau Jemaah Menteri atau mana-mana Menteri dalam perkara berkaitan undang-undang.
Peguam Negara gagal
Ternyata Peguam Negara, tambahnya  bukan sahaja gagal menyempurnakan kewajibannya seperti yang diwajibkan oleh Perlembagaan, malah beliau telah menyorokkan perkara ketidakpatuhan peruntukan Perlembagaan oleh Perdana Menteri daripada pengetahuan rakyat.
�Sepertimana berlaku di-Amerika pada 20 Januari 2009,, Presiden Barrack Obama telah �misplaced� satu patah perkataan sahaja, ketika mengangkat sumpah jawatan Presiden Amerika buat kali pertama.
�Namun Obama telah dinasihatkan untuk mengangkat sumpah sekali lagi pada keesokkan harinya ,sebelum memulakan tugas rasmi beliau di Rumah Putih.
�Malahan gambar bukti upacara mengangkat sumpah kali kedua ini juga, ditunjukkan kepada rakyat Amerika dan dunia, bagi mengelakkan kesahihan perlantikan beliau dipertikaikan di kemudian hari,� katanya..
Bgaimanapun, berbeza dengan sikap Peguam Negara kita yang sanggup membiarkan Najib dan Kabinet beliau untuk mentadbir negara dengan kesahihan tindak tanduk mereka sejak 3 April 2009  boleh dicabar di mahkamah.
Mat Zain juga mengulangi bahawa pembubaran Parlimen oleh Najib juga tidak sah kerana beliau dipercayai tidak menyembah maklum kepada Baginda, bahawa beliau telah gagal untuk mengangkat sumpah jawatan dan taat setia dan sumpah simpan rahsia seperti yang ternyata dalam Jadual Keenam Perlembagaan,semasa mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri Malaysia Keenam, di hadapan YDP Agong Ke-13 pada 3 April 2009.
�Sekiranya Datuk Seri Najib telah menyembah maklum perkara sebenar, nescaya YDP Agong Ke-14 tidak akan memperkenankan pembubaran Parlimen pada hari berkenaan.
�Sebaliknya, Baginda dipercayai akan menitahkan supaya Datuk Seri Najib membiarkan Parlimen Ke-12 itu, terbubar dengan sendirinya pada 28.April .2013,� tambahnya lagi.
Menurut Mat Zain lagi, selain daripada Najib tidak layak untuk menasihati YDP Agong untuk memperkenankan pembubaran Parlimen itu, beliau dipercayai telah memperolehi perkenan Baginda, menerusi perdayaan dan representasi salah.
Akibatnya, pembubaran Parlimen menjadi tidak sah, apabila pembubaran Parlimen adalah tidak sah, maka pilihan raya yang diadakan bagi semua 222 kerusi Parlimen pada 5 Mei lalu  sia-sia dan semua keputusannya adalah  tidak sah untuk digunapakai dalam membentuk kerajaan Persekutuan, kata Mat Zain.

Petikan dari https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/05/27/jawatan-perdana-menteri-najib-tidak-sah/

Friday, May 24, 2013

Majlis Peguam: Tindakan Keras Terhadap Perbezaan Pendapat Menunjukkan Demokrasi Putrajaya Merosot!


Majlis Peguam: Tindakan Keras Terhadap Perbezaan Pendapat Menunjukkan Demokrasi Putrajaya Merosot !  Tindakan pentadbiran Najib untuk menutup mulut pengkritik melalui kekerasan memberikan isyarat negara kembali ke era autokratik dan fasisme, kata Majlis Peguam hari ini dan menambah ianya menyebabkan impian kerajaan menjadikan negara sebagai demokrasi kelas dunia menemui kegagalan.  Presiden Majlis Peguam Christopher Leong mempersoalkan komitmen Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk memberikan kebebasan lebih besar untuk sebuah negara maju yang benar-benar demokratik selepas pilihan raya 5 Mei.  �Ujian kepada demokrasi tulen adalah untuk membenarkan kata-kata diungkapkan walaupun kita tidak bersetuju dengannya,� kata Leong dalam satu kenyataan hari ini.  Beliau mengatakan penangkapan pemimpin pembangkang, wakil rakyat, aktivis dan penyokong yang mengadakan acara bakar lilin dalam perhimpunan aman dan rampasan akhbar pembangkang bercanggah dengan ikrar pilihan raya Najib.  Leong membangkitkan pihak berkuasa telah menunjukkan sikap partisan dan sambil lewa dalam kegagalan mereka untuk bertindak terhadap kes-kes jelas menghasut di mana penyokong agama dan kumpulan sayap kanan telah membuat kenyataan provokatif yang mempunyai kecenderungan menghasut.  Untuk menyokong kenyataannya, beliau menamakan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali yang mencadangkan agar kitab injil berbahasa Melayu dibakar, Naib Presiden Perkasa Datuk Zulkifli Noordin dan ahli akademik Cina Muslim Ridhuan Tee Abdullah, dimana kedua-duanya dikatakan menghina penganut agama Hindu dan bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah, memberikan amaran tentang tindak balas Melayu terhadap pengkhianatan Cina.   Leong juga mengingatkan Najib juga telah membuat kenyataan perkauman apabila mengatakan �tsunami Cina� sebagai punca prestasi buruk Barisan Nasional (BN) di peti undi, serta menambah kenyataan perdana menteri itu disambut oleh akhbar milik Umno Utusan Malaysia.  �Penangkapan baru-baru ini, pendakwaan dan rampasan oleh pihak berkuasa adalah manifestasi tingkah laku regresif dan tidak demokratik.  �Ia menyebabkan kepercayaan yang sudah meluas diadakan bahawa terdapat hubungan yang tidak sihat simbiotik antara polis disatu pihak, dan Kerajaan di pihak yang lain,� kata beliau sambil menambah, �Dalam bahasa yang mudah, 'Anda melindungi saya, saya mempertahankan anda. �  Beliau menegur pihak berkuasa kerana menggunakan taktik keras untuk mengekang perbezaan pendapat, dan untuk membuat kesimpulan rasa tidak puas hati orang ramai hanya boleh diluahkan melalui cara yang ganas.  �Adalah salah untuk menganggap bahawa panggilan untuk menggulingkan kerajaan semestinya hanya dengan cara ganas.  �Seperti perbezaan pendapat dan pembangkang mungkin tidak enak, ini tidak harus dianggap sebagai jenayah dan disenyapkan, tetapi membalas dengan terbuka dan perbahasan sihat, pembaharuan dan perubahan yang konkrit,� kata peguam itu.
Tindakan pentadbiran Najib untuk menutup mulut pengkritik melalui kekerasan memberikan isyarat negara kembali ke era autokratik dan fasisme, kata Majlis Peguam hari ini dan menambah ianya menyebabkan impian kerajaan menjadikan negara sebagai demokrasi kelas dunia menemui kegagalan.

Presiden Majlis Peguam Christopher Leong mempersoalkan komitmen Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk memberikan kebebasan lebih besar untuk sebuah negara maju yang benar-benar demokratik selepas pilihan raya 5 Mei.

�Ujian kepada demokrasi tulen adalah untuk membenarkan kata-kata diungkapkan walaupun kita tidak bersetuju dengannya,� kata Leong dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengatakan penangkapan pemimpin pembangkang, wakil rakyat, aktivis dan penyokong yang mengadakan acara bakar lilin dalam perhimpunan aman dan rampasan akhbar pembangkang bercanggah dengan ikrar pilihan raya Najib.

Leong membangkitkan pihak berkuasa telah menunjukkan sikap partisan dan sambil lewa dalam kegagalan mereka untuk bertindak terhadap kes-kes jelas menghasut di mana penyokong agama dan kumpulan sayap kanan telah membuat kenyataan provokatif yang mempunyai kecenderungan menghasut.

Untuk menyokong kenyataannya, beliau menamakan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali yang mencadangkan agar kitab injil berbahasa Melayu dibakar, Naib Presiden Perkasa Datuk Zulkifli Noordin dan ahli akademik Cina Muslim Ridhuan Tee Abdullah, dimana kedua-duanya dikatakan menghina penganut agama Hindu dan bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah, memberikan amaran tentang tindak balas Melayu terhadap pengkhianatan Cina. 

Leong juga mengingatkan Najib juga telah membuat kenyataan perkauman apabila mengatakan �tsunami Cina� sebagai punca prestasi buruk Barisan Nasional (BN) di peti undi, serta menambah kenyataan perdana menteri itu disambut oleh akhbar milik Umno Utusan Malaysia.

�Penangkapan baru-baru ini, pendakwaan dan rampasan oleh pihak berkuasa adalah manifestasi tingkah laku regresif dan tidak demokratik.

�Ia menyebabkan kepercayaan yang sudah meluas diadakan bahawa terdapat hubungan yang tidak sihat simbiotik antara polis disatu pihak, dan Kerajaan di pihak yang lain,� kata beliau sambil menambah, �Dalam bahasa yang mudah, 'Anda melindungi saya, saya mempertahankan anda. �

Beliau menegur pihak berkuasa kerana menggunakan taktik keras untuk mengekang perbezaan pendapat, dan untuk membuat kesimpulan rasa tidak puas hati orang ramai hanya boleh diluahkan melalui cara yang ganas.

�Adalah salah untuk menganggap bahawa panggilan untuk menggulingkan kerajaan semestinya hanya dengan cara ganas.

�Seperti perbezaan pendapat dan pembangkang mungkin tidak enak, ini tidak harus dianggap sebagai jenayah dan disenyapkan, tetapi membalas dengan terbuka dan perbahasan sihat, pembaharuan dan perubahan yang konkrit,� kata peguam itu.

Wednesday, May 22, 2013

Sistem Pilihanraya Malaysia Di Rekacipta Untuk Kekalkan Kuasa BN


Barisan Nasional (BN) akan terus kekal memerintah selagi sistem pengundian �first past the post� terus digunakan di Malaysia walaupun persempadanan semula dilakukan, kata ahli akadamik Amer Saifude malam tadi. Timbalan pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMCEDEL) itu menjelaskan persempadanan semula kawasan pilihan raya pada akhir tahun ini akan memberi kelebihan kepada gabungan dipimpin oleh Datuk Seri Najib Razak dan akan memberikan keputusan lebih baik kepada BN berbanding Pilihan Raya 2013.

�Selagi mana kita mengguna pakai sistem first past the post, ia akan menjadi kelebihan untuk BN,� kata Amer dalam satu forum berkenaan kesan Pilihan Raya 2013 di sini malam tadi.

�Sejarah menunjukkan setiap kali persempadan semula, prestasi BN akan meningkat,� tambahnya.

BN yang diketuai Najib hanya memperolehi 47 peratus undi popular walaupun menang Pilihan Raya 2013 dengan majoriti mudah sebanyak 133 kerusi, berbanding 89 kerusi dimenangi Pakatan Rakyat (PR).

Beliau turut berkata Najib adalah Pengerusi BN pertama yang paling lemah ketika tempoh penggal pertama menjadi perdana menteri, kesan akibat kegagalan sistem tersebut.

Kegagalan sistem berkenaan jelas Amer dapat dilihat bagaimana BN yang tidak pernah mencatatkan 60 peratus undi popular masih menang dengan junmlah besar yang ditandingi mereka.

Beliau turut menjelaskan bagaimana beberapa kerusi di seluruh negara dipersempadankan semula tanpa sebab yang kukuh.

�Sesetengah persempadanan semula itu tidak masuk akal dan tidak adil, ia biasanya dilakukan untuk kepentingan sesuatu pihak,� katanya.

Beliau bagaimanapun turut berkata sebarang keputusan dan cadangan bagi merombak kedudukan sempadan perlu mendapat keputusan dua pertiga anggota Dewan Rakyat di Parlimen.

Beberapa pemimpin PR telah menyuarakan hasrat mereka untuk mengambil kesempatan daripada pertambahan kerusi di Parlimen untuk memastikan kedudukan persempadan itu dilakukan dengan adil apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan persempadanan semula penghujung tahun ini.

Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli mengingatkan jika aktiviti itu akan menyebabkan peningkatan jumlah kerusi, undi majoriti dua pertiga diperlukan untuk mengesahkan perubahan sebelum diluluskan oleh Dewan Rakyat.

Pertuduhan pengagihan pengundi yang tidak adil telah digunakan sebagai hujah utama oleh penggubal undang-undang PR untuk menyokong pertuduhan manipulasi berpihak kepada BN telah menyebabkan gabungan pemerintah itu terus berkuasa.

Dalam artikel terbaru portal berita FZ.com, Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Hubungan Ekonomi (IDEAS) Wan Saiful Wan Jan membangkitkan persempadanan kawasan pilihan raya yang sedia ada tidak logik dari segi saiz dan bilangan pengundi.

Perkara ini juga telah menarik perhatian media antarabangsa dengan Wall Street Journal dalam satu komen ditulis wartawan Hong Kong Philip Bowring memberikan pandangan mengapa PR kalah pilihan raya walaupun menang 51 peratus undi popular � keputusan yang ahli Parlimen pembangkang dan kumpulan masyarakat sivil menyalahkan manipulasi kawasan pilihan raya.

Bercakap kepada The Malaysian Insider, Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua mengatakan dengan pilihan raya berakhir dan usaha akan dilakukan untuk mencabar sesetengah keputusan melalui petisyen pilihan raya, langkah seterusnya bagi PR adalah untuk menumpukan kepada proses persempadanan semula. ~the malaysian insider

Monday, May 20, 2013

Mahkamah pilihan raya lawan Mahkamah rakyat



* Mohamed Hanipa Maidin,20 Mei 2013
PENGERUSI Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata mereka yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) boleh memohon semakan supaya pilihan raya diadakan semula dengan mengemukakan petisyen selepas pewartaan keputusan oleh SPR, mengikut undang-undang.

"Selepas diwartakan dalam tempoh 21 hari, mereka boleh buat petisyen, itu yang betul dan kalau bukti-bukti itu jelas serta lengkap dan pihak hakim mengakui wujudnya perlakuan rasuah, penipuan atau menyalahi undang-undang, maka mungkin Hakim Mahkamah Tinggi berkenaan akan memutuskan bahawa keputusan pilihan raya itu tidak sah," kata Aziz.

Sentimen yang sama juga diluahkan oleh Presiden Umno Najib Tun Razak. Najib menyatakan Umno akan terima apa sahaja keputusan mahkamah.  

Inilah skrip basi SPR dan Umno. Bagi kedua-dua tokoh ini penyelesaian kepada kepincangan sistem pilihanraya adalah mahkamah. Hujah Najib dan SPR ini hakikatnya satu lagi bentuk penipuan halus pihak berkuasa untuk mengelirukan mereka yang jahil tentang petisyen pilihanraya.

Saya ingin nyatakan dengan tegas petisyen piliharaya dan mahkamah bukan penyelesaian kepada kepincangan pilihanraya. Alasannya cukup mudah. Mahkamah pilihanraya (election court)  beroperasi dalam ruang lingkup undang-undang pilihanraya yang digubal oleh rejim BN yang korup dan penipu. Jadi bagaimanakah undang-undang yang digubal oleh rejim yang penipu dapat menyelesaikan pilihanraya yang sarat dengan penipuan !!!

Ibarat yang mudah adalah bagaimanakah kita boleh mengharap kambing selamat dari serigala jika yang jaga kambing adalah serigala !!!

Dalam undang-undang pilihanraya, alasan pembatalan sesuatu pilihanraya hanya boleh dibuat oleh hakim pilihanraya melalui seksyen 32 Akta Kesalahan Pllihanraya 1954. Seksyen 32 menggariskan lima alasan [ 32 (a) hingga (e)] bagi pembatalan pilihanraya oleh Mahkamah Pilihanraya.

Najib dan SPR arif dan tahu berdasarkan seksyen 32 (a) hingga (e) Akta tersebut hampir mustahil untuk membatalkan sesuatu pilihanraya. Bagi memudahkan faham mari kita lihat bagaimana seksyen 32 (b) Akta tersebut digubal oleh rejim BN.

Berdasarkan seksyen 32 (b) tersebut sesuatu pilihanraya hanya boleh dibatalkan jika mahkamah pilihanraya berpuashati wujudnya perlanggaran undang-undang pilihanraya namun perlanggaran itu mestilah dalam masa yang sama menjejaskan keputusan pilihanraya.

Sebagai peguam yang banyak terlibat dalam petisyen pilihanraya saya ingin nyatakan membuktikan perlanggaran undang-undang atau peraturan pilihanraya bukan suatu yang susah kerana Umno dan SPR  seringkali langgar undang-undang pilihanraya. Malahan banyak kali kami peguam PAS dapat membuktikan hal tersebut.
Yang sukarnya hingga ke tahap hampir mustahil adalah membuktikan perlanggaran undang-undang oleh Umno dan SPR boleh menjejaskan keputusan pilihanraya.

Hakim�hakim di negara ini sehingga sekarang memilih tafsiran kuno tentang maksud menjejaskan keputusan pilihanraya. Di negara maju seperti di England para hakim di sana berpendapat jika berlaku perlanggaran undang-undang secara substantif maka pilihanraya adalah tidak sah tanpa mengira perlanggaran itu menjejaskan atau tidak menjejaskan keputusan pilihanraya.

Tafsiran mahkamah di Malaysia berdasarkan tafsiran matematik. Contohnya jika calon A yang kalah dengan majoriti 1000 undi dapat buktikan wujudnya perlanggaran undang-undang misalnya dakwat tidak kekal di jari pengundi, calon A kena buktikan 1001 pengundi yang dakwat dijari mereka tidak kekal dan kesemua 1001 pengundi itu kena juga dibuktikan telah mengundi dua kali.

Jika tidak dibuktikan meskipun calon A boleh buktikan penggunaan dakwat yang tidak kekal adalah bercanggah dengan undang-undang namun pilihanraya yang langgar undang-undang itu masih dikira sah dan tidak boleh dibatalkan.

Itulah yang hakim-hakim di negara ini akan putuskan. Jika hakim putuskan begitu Najib dan SPR secepat kilat akan berkata �lihatlah mahkamah telah pun memutuskan pilihanraya adalah sah..jadi mengapa Pakatan Rakyat masih tidak puas hati?� 

Bagi saya ini satu muslihat licik Umno untuk menggunakan saluran mahkamah untuk menjustifikasi penipuan!!!

Sebab itu saya tegaskan mahkamah atau petisyen bukan jalan penyelesaian kepada kepincangan sistem pilihanraya. Mahkamah rakyat adalah penyelesaiannya. 
Bagi rakyat jika SPR atau undang-undang kata dakwat yang digunakan adalah kekal maka SPR kena pastikan dakwat itu benar-benar kekal. Jika tidak kekal maka SPR tipu. Undang-undang juga tipu.

Inilah perbezaan mahkamah pilihanraya dan mahkamah rakyat. Di mahkamah pilihanraya hakim tidak boleh batalkan pilihanraya meskipun SPR tipu kerana hakim terikat dengan undang-undang yang digubal oleh rejim penipu.

Sebaliknya di mahkamah rakyat keadilannya lebih tulen. Jika SPR dan undang-undang tipu maka pilihanraya yang BN menang adalah pilihanraya tipu. Maka PM dan Menteri yang dilantik juga dikira oleh rakyat dikira sebagai PM penipu dan menteri penipu !!!!

* Penulis adalah peguam yang juga anggota Parlimen Sepang

Friday, May 17, 2013

Kepimpinan perosak dalam parti: Menyisihkan kepentingan parti mengutamakan kebodohan diri

Oleh Zulkifli Yahya


Tumbangnya kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah dikaitkan dengan perpecahan dalaman yang berlaku dalam kepimpinan PAS negeri. Sukar untuk menafikan berlakunya pergolakan tersebut kerana kemelut yang melanda PAS Kedah menjelang pelantikan semula Exco kerajaan negeri pada awal tahun 2012 diperhatikan dengan penuh minat oleh seluruh rakyat Malaysia.


Empat tahun pentadbiran kerajaan kelihatan berlalu dengan baik dan cemerlang. Tiba-tiba orang nombor dua dalam parti dan dalam kerajaan negeri kelihatan bermasalah dengan orang nombor satu, sehingga terpaksa campurtangan oleh PAS Pusat untuk menyelesaikannya. Perkara tersebut memang tidak dapat disembunyikan kerana di sebelah pihak yang terbabit dengan konflik tersebut sengaja mempamerkannya kepada media. Media yang digunakan pula ialah media talibarut Umno yang sepanjang sejarah tidak pernah bersimpati dengan perjuangan PAS. Media telah mengeksploit isu tersebut habis-habisan sehingga wajah PAS ketika itu benar-benar hodoh di mata rakyat.


Thursday, May 16, 2013

Pasca PRU13: Setiakawan Pakatan Rakyat teruji


Oleh Lim Hong Siang

Tiada makna bergembira jika rakan seperjuangan kalah.

KEPUTUSAN pertarungan antara Lim Kit Siang dengan Abdul Ghani Othman menjadi tumpuan sebermulanya dalam laporan media. 

Undi Kit Siang ketinggalan pada peringkat awal, memintas dan kemudian melebarkan jurang perbezaannya dengan undi bekas Menteri Besar Johor ini, sehingga berakhir dengan majoriti 14,764 undi.  


Namun, keghairahan saya pula semakin terhakis, apabila mengesan �sesuatu yang tidak mengena� dari PAS dan KeADILan. Tidak kurang kawan Cina saya yang bertanya, apa yang terjadi kepada calon PAS dan KeADILan, memandangkan keputusan agak lambat, malah dikhabarkan beberapa orang tokoh PAS kecundang, termasuk Mohamad Sabu, Salahuddin Ayub, Husam Musa, Dr Dzulkefly Ahmad dan lain-lain. Akhirnya kita terpaksa berdepan dengan keputusan di mana kerusi yang diperolehi PAS dan KeADILan, masing-masing tidak setanding dengan jumlah kerusi yang diperolehi DAP.

Untuk saya, kegembiraan daripada kemenangan DAP sahaja tidak cukup untuk mengubati kepiluan lantaran kekalahan KeADILan dan PAS.

Kesedihan itu bukan kerana Pakatan Rakyat gagal membentuk kerajaan persekutuan dari segi realiti politik, tetapi lebih kepada kesetiakawanan -- tiada makna untuk kita bergembira seandainya rakan seperjuangan kita kalah.

Malah sepanjang perjalanan saya pulang untuk mengundi di kampung, adegan-adegan perjuangan kita sepanjang lima tahun ini bermain dalam otak.

Kita turun ke jalan raya bersama, berkongsi garam dan air untuk meredakan kepedihan setelah dibedil gas pemedih mata; kita berganding bahu membina benteng untuk berdepan dengan FRU, malah melarikan diri bersama ketika ditembak meriam air.

Untuk saya, proses ini lebih manis dikenang berbanding kesudahannya. Apapun kesudahannya, kalah atau menang, ia bersifat sementara.

Saya tidak perlekehkan maknanya, kerana seandainya kita berjaya mengubah kesudahannya pada saat-saat penentuan, semestinya masa depan kita berbeza.


Maksud saya, proses perjuangan ini terpahat dalam hati, kerana ia merobohkan tembok perkauman dan agama yang cuba dibentengkan untuk memisahkan kita. Setiap keputusan dan tingkahlaku kita sepanjang proses ini memberi makna kepada orang lain.

Misalnya, kesungguhan Unit Amal PAS telah mengubah persepsi ramai Cina terhadap PAS, dari negatif kepada positif.

Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh, ketika berceramah, merakamkan penghargaan setinggi-tingginya kepada PAS kerana telah menandatangani watikah untuk beliau, ketika DAP berdepan dengan risiko menggunakan logo sendiri dalam PRU13.

Jelas, jalinan PAS-KeADILan- DAP dalam Pakatan Rakyat bukan gandingan politik sematamata, tetapi satu langkah yang penting untuk menyatukan rakyat Malaysia yang cuba dipecah-belahkan Umno-BN.

Saya tidak menafikan bahawa percanggahan pandangan wujud di kalangan komponen parti Pakatan Rakyat, tetapi sebagaimana yang diketahui, perbezaan adalah sesuatu yang lumrah dalam politik.

Perkembangan terbaru memperlihatkan bagaimana Umno-BN cuba mendendangkan propaganda perkauman.
Sementara Najib Razak menyifatkan keputusan PRU13 sebagai �tsunami kaum Cina�, Chua Soi Lek dari MCA-nya yang hampir dikuburkan itu pula memperlekehkan hasrat ke arah �sistem dua parti� itu berakhir sebagai �sistem dua kaum� (Melayu dalam kerajaan, Cina dalam pembangkang).

Tuduhan sedemikian langsung tidak berasas. Kerusi Dun Selangor yang ditawan PAS melonjak daripada lapan kepada 15, dengan sendiri membuktikan bahawa pengundi Melayu di Selangor tidak beralih sungguhpun diasak dengan pelbagai propaganda perkauman dan agama, malah termasuk pemecatan Dr Hasan Ali yang didakwa bakal �menggugat PAS�, seketika dahulu.

Dan saya jangkakan angin perubahan yang kencang di kalangan komuniti Cina turut memanfaatkan calon PAS, misalnya Nasrudin Tantawi di Temerloh, yang terdiri daripada 24.22 peratus pengundi Cina.

Saya sengaja mengambil contoh ini kerana ia amat penting jika diteliti dari konteksnya.

Kerusi Parlimen Temerloh disandang Saifuddin Abdullah, pemimpin Umno yang dianggap paling �terbuka� (di kalangan Umno) daripada kaca mata rakyat Malaysia; sebaliknya, dari kaca mata Cina, Nasrudin Tantawi seorang pemimpin yang cukup �konservatif�, terkenal sebagai pemimpin �menghalang konsert� dan �mengharamkan Hari Kekasih�.

Pertembungan kedua-dua tokoh ini meletakkan sesetengah orang dalam dilema, sama ada memilih �calon yang baik�, mahupun �parti yang baik�.

Namun demikian, masyarakat Cina kali ini lebih cenderung kepada wacana �parti didahulukan, calon dikemudiankan�.

Ia menjadi arus perdana dalam kempen di masyarakat Cina, sehingga berjaya menenggelamkan sesetengah calon MCA yang cuba melabelkan dirinya �calon baik dari parti bobrok�.

Maksud saya, mesej ini jelas di kalangan masyarakat Cina, untuk menolak sistem bobrok yang ditunjangi BN. Jika dibandingkan secara individu, saya ramalkan majoriti Cina lebih sukakan Saifuddin, tetapi demi satu tekad �tukar kerajaan�, maka mereka sanggup korbankan Saifuddin.

Saya gagal mengupas selanjutnya lantaran masanya terlalu suntuk untuk membedah keputusan PRU13.
Sememangnya kita ditipu, dengan penyelewengan dan daftar pemilih yang tidak bersih, malah �pengundi asing yang meragukan�, tetapi untuk bergerak ke depan, saya masih menaruh harapan agar Pakatan Rakyat berganding bahu menangani saat-saat yang genting ini.

Padahal BN telah kalah apabila menggunakan segala taktik kotor untuk menang dalam PRU13; padahal Pakatan Rakyat telah menang apabila kita kekal bersama menangkis serangan propaganda perkauman dan agama. PAS telah berjaya apabila non-Muslim menitiskan air mata untuk kekalahannya.

Saya berharap kemenangan ini dipertahankan sehingga kita menang di gelanggang PRU akan datang.

Tuesday, May 14, 2013

24 petugas SPR dikurung untuk pangkah kertas undi




(Oleh Aisha Geoffrey)

PETALING JAYA 15 MEI: KEADILAN mendedahkan satu lagi bukti penemuan terbaru berhubung penipuan pilihan raya melibatkan calon BN Parlimen Besut, Terengganu.
Menurut Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, bukti tersebut baru diterima Sekretariat Pakatan Rakyat pagi semalam dan ia dihantar oleh petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Besut.
Sai�Pagi tadi (semalam) satu laporan polis dibuat oleh petugas SPR di Besut yang mendedahkan pada hari mengundi, calon BN Parlimen itu telah mengurung 24  petugas termasuk beliau untuk memangkah kertas undi,� jelas Saifuddin pada sidang media di ibu pejabat parti, petang semalam.
�Kini kita (Pakatan) ada 29 kawasan Parlimen yang mempunyai bukti kukuh menjelaskan dakwaan kita berhubung penyelewengan pilihan raya,� kata Saifuddin yang enggan mendedahkan sebuah lagi kawasan lain.
Menurutnya lagi, salinan laporan polis tersebut diserahkan kepada pasukan penyiasat Pakatan Rakyat yang diketuai Rafizi Ramli.
�Kita ada bukti kukuh untuk menjelaskan kenapa kita menolak keputusan di sesetengah kawasan, dan proses pengumpulan bukti masih berjalan,� katanya.
Pada pilihan raya umum 5 Mei lalu, calon BN Besut, Datuk Seri Idris Jusoh menang memperolehi 35,232 undi menewaskan calon PAS, Riduan Mohamad Nor 26,890 undi dengan majoriti 8,342.
Isnin lalu, Rafizi memberitahu, terdapat 27 kawasan Parlimen yang akan disiasat dan membuat petisyen bantahan berhubung penipuan pilihan raya.

Syarikat Media dicari, bebaskan rakyat dengan pena

Journalis, mungkin boleh berubah menjadi politikus, menjadi yang berhormat, Ahli Dewan Undangan Negeri atau Ahli Parlimen dan sudah ramai yang jadi demikian.

Tetapi journalis tidak akan berubah dan tidak akan berpisah dari menulis kalau ia journalis sejati. Lainlah kalau ia journalis jadi-jadian atau mengikut musim.

Tunggu air pasang saja baru hulurkan kail. Rasanya saya tidak termasuk dalam kelompok ini kerana saya ada komitment tertentu yang saya perlu buat setiap minggu walaupun ramai yang tidak menyedarinya. Tidak mengapalah biarkan ia menjadi satu rahsia yang balasannya terserah kepada Allah SWT.

Saya dulu pernah ada ruang untuk menulis rencana dalam sebuah akhbar politik tetapi amat terasa dukacitanya kerana ruang itu sudah tiada lagi untuk saya kerana orang yang menjaganya sudah meninggal dunia.

Rakan-rakan saya ramai dalam dunia journalis ini tetapi janganlah pula kita menjadi melukut ditepi gantang, hidung tidak macung pipi tersorong-sorong, dek kerana mengharapkan ihsan, belas kasihan untuk memberi ruang kembali bagi menulis untuk tatapan umum seperti dulu.

Ya, tidak ada keistimewaan apa pun seseorang journalis itu mengikut polisi sesebuah media jika tulisannya tidak diterima dan disiarkan. Saya tidak  mahulah, kita jadi seperti dahulu meminta sana meminta sini, kita pun sudah berusia bukan budak-budak hingusan lagi.

Saya cukup benci, jika ada manusia journalis yang semacam ingin mencopkan orang itu, orang pemimpin ini, orang itu orang pemimpin itu. "Kita tak patut beri jalan untuk menulis di akhbar kita." Itu satu tindakan mencari penyakit dalam dunia ini.

Saya punya pendirian, saya akan menulis apa yang saya rasa patut saya tulis berdasarkan pengalaman saya, dan saya akan bercakap (jika tidak menulis) di mana-mana forum, apa yang saya rasa saya nak bercakap, tanpa mengenal siapa di hadapan saya.

Apa yang saya rasa tidak patut buat saya akan katakan tidak patut buat tanpa mengira siapa. Saya perlu kebebasan bersuara dan menulis serta melontarkan pandangan. Ada ketikanya saya akan memuji sesuatu tindakan pemimpin jika saya rasa ia patut dipuji tetapi saya akan mengkritik pemimpin itu juga di masa lain jika saya rasa ia perlu dikritik atau diberi nasihat.

Ini pendirian saya, ini kebebasan yang saya mahu dalam penulisan dan dalam melontarkan buah fikiran. Terserah kepada masyarakat umum mahu menerimanya atau tidak, kerana selesai tugas saya sebegai journalis menggarap apa yang ingin disampaikan kepada umum.

Saya rasa, saya tidak perlu lagi berharap kepada sesiapa untuk teruskan perjuangan ini melainkan kepada Allah, Tuhan seru sekalian alam.

Blog ini, saya akan memanfaatkan sebagai medium tulisan saya selagi hayat saya masih ada. Saya juga ada hasrat mempunyai satu syarikat media yang besar dan jika Allah memberi peluang saya memilikinya, saya akan kendalikan dengan gigih dan berjuang habis-habisan untuk tegakkan kebebasan bersuara untuk rakyat Malaysia.

Itu adalah cita-cita murni saya sebagai journalis.

Sunday, May 12, 2013

Bagaimana Jepun maju?


10 Sebab Jepun Mencapai Kemajuan:  1. Di Jepun pada peringkat awal sekolah rendah sehingga darjah enam diajar dengan satu matapelajaran yang dinamakan �Jalan ke arah akhlak� di mana pelajar mempelajari akhlak/ etika dan cara berdepan dengan orang dan masalah. Manakala mata pelajaran sains, matematik dan teknikal adalah wajib lulus, ini bertujuan mendidik pelajar ke arah ketepatan (precision) dan logik.  2. Tidak ada kegagalan (failure) pada awal sekolah rendah sehingga ke peringkat tiga pertengahan, kerana objektifnya ialah mendidik dan menanamkan konsep dan pembentukan pribadi/ watak, bukan sahaja pendidikan dan indoktrinasi (dictation). Kegagalan adalah ibarat satu dosa bagi orang Jepun.  3. Walaupun Jepun sebuah negara terkaya di dunia, mereka tidak mempunyai orang gaji (servants), ibu dan bapa bertanggungjawab sepenuhnya ke atas anak-anak mereka di rumah.  4. Kanak-kanak Jepun membersihkan sekolah mereka setiap hari selama 20 min bersama-sama guru mereka. Faktor ini membawa ke arah kemunculan generasi Jepun yang berdisplin dan minat ke arah kebersihan.  5. Kanak-kanak di sekolah akan membawa berus gigi yang telah disterilkan �disinfected", dan mereka membersihkan gigi mereka di sekolah setiap kali lepas makan bagi mengekalkan kesihatan pada usia yang muda.  6. Pelajar sekolah dimestikan membawa "Lunch box" / makanan dari rumah dan bukannya wang saku, ini bertujuan mendidik mereka berjimat cermat. Pengetua sekolah pula akan mencuba makanan kesemua pelajarnya selama setengah jam bagi memastikan keselamatan mereka, kerana pengetua menganggap pelajar adalah masa depan Jepun yang perlu diberi perlindungan.  7. Pekerja pembersihan di Jepun digelar sebagai �Jurutera Kesihatan�  (Health engineer) yang gajinya sebanyak 5000 hingga 8000 USD sebulan, tertakluk kepada ujian bertulis dan lisan.  8. Pengunakan handphone di dalam tren/ keretapi, restoran, pejabat dan tempat-tempat yang tertutup adalah dilarang sama sekali. Status �silent� pada handphone ditukar dan dinamakan sebagai �akhlak/ etika�.  9. Jika anda pergi ke restauran buffet di Jepun, anda akan dapati setiap orang akan mengambil makanan dengan kadar yang diperlukan sahaja, dan mereka tidak akan meninggalkan apa-apa sisa makanan di atas pinggan.  10. Kadar kelambatan keretapi/ tren adalah sebanyak 7 saat sahaja dalam satu tahun, ini kerana mereka adalah orang yang tahu menilai masa, dan gemar kepada ketepatan saat dan minit.10 Sebab Jepun Mencapai Kemajuan:

1. Di Jepun pada peringkat awal sekolah rendah sehingga darjah enam diajar dengan satu matapelajaran yang dinamakan �Jalan ke arah akhlak� di mana pelajar mempelajari akhlak/ etika dan cara berdepan dengan orang dan masalah. Manakala mata pelajaran sains, matematik dan teknikal adalah wajib lulus, ini bertujuan mendidik pelajar ke arah ketepatan (precision) dan logik.

2. Tidak ada kegagalan (failure) pada awal sekolah rendah sehingga ke peringkat tiga pertengahan, kerana objektifnya ialah mendidik dan menanamkan konsep dan pembentukan pribadi/ watak, bukan sahaja pendidikan dan indoktrinasi (dictation). Kegagalan adalah ibarat satu dosa bagi orang Jepun.

3. Walaupun Jepun sebuah negara terkaya di dunia, mereka tidak mempunyai orang gaji (servants), ibu dan bapa bertanggungjawab sepenuhnya ke atas anak-anak mereka di rumah.

4. Kanak-kanak Jepun membersihkan sekolah mereka setiap hari selama 20 min bersama-sama guru mereka. Faktor ini membawa ke arah kemunculan generasi Jepun yang berdisplin dan minat ke arah kebersihan.

5. Kanak-kanak di sekolah akan membawa berus gigi yang telah disterilkan �disinfected", dan mereka membersihkan gigi mereka di sekolah setiap kali lepas makan bagi mengekalkan kesihatan pada usia yang muda.

6. Pelajar sekolah dimestikan membawa "Lunch box" / makanan dari rumah dan bukannya wang saku, ini bertujuan mendidik mereka berjimat cermat. Pengetua sekolah pula akan mencuba makanan kesemua pelajarnya selama setengah jam bagi memastikan keselamatan mereka, kerana pengetua menganggap pelajar adalah masa depan Jepun yang perlu diberi perlindungan.

7. Pekerja pembersihan di Jepun digelar sebagai �Jurutera Kesihatan� (Health engineer) yang gajinya sebanyak 5000 hingga 8000 USD sebulan, tertakluk kepada ujian bertulis dan lisan.

8. Pengunakan handphone di dalam tren/ keretapi, restoran, pejabat dan tempat-tempat yang tertutup adalah dilarang sama sekali. Status �silent� pada handphone ditukar dan dinamakan sebagai �akhlak/ etika�.

9. Jika anda pergi ke restauran buffet di Jepun, anda akan dapati setiap orang akan mengambil makanan dengan kadar yang diperlukan sahaja, dan mereka tidak akan meninggalkan apa-apa sisa makanan di atas pinggan.

10. Kadar kelambatan keretapi/ tren adalah sebanyak 7 saat sahaja dalam satu tahun, ini kerana mereka adalah orang yang tahu menilai masa, dan gemar kepada ketepatan saat dan minit.

Persempadanan Pilihanraya menangkan BN?


  • PRU13: Pada pendapat saya, persempadanan pilihanraya memainkan peranan penting memenangkan BN di samping mijoriti undi.

    Dikira PR sudah menang kerana undi majoritinya berbanding BN tetapi kemenangan itu terhalang dengan persempadanan kawasan pilihanraya.

    Tetapi sayang, untuk persempadanan baru kawasan pilihan raya PR tidak boleh mengubahnya kerana BN berkuasa dan SPR menjadi talibarut BN.
    Like �  �  �  � Promote
    • Suhaimi Taib Pertimbangan politik pilihan raya ialah siapa yang mendapat mijoriti dari peti undi bukan siapa yang berjaya menghimpunkan beratus-ratus ribu rakyat di sesuatu tempat. Perhimpunan adalah untuk menunjukkan sokongan dan semangat tetapi bukan untuk membuat keputusan kemenangan dalam pilihan raya kerana yang datang bukan penduduk setempat sahaja tetapi kadangkala dari seluruh negara.
      4 hours ago � Edited � Like � 1
    • Suhaimi Taib Gerakkerja hari ini untuk PRU14 ialah utamakan usaha berlipat kaliganda memenangkan hati penduduk setempat untuk memilih PR bukan BN lagi.
    • Tvtlee Lee ada berapa petisyen sedang dibuat, tetapi tidak optimis mengubah keadaan daripada ibu segala tipu.
    • Suhaimi Taib Ada hakim pernah buat penghakiman kalau hanya dua atau tiga undi yang terbabit dengan kesalahan pilihan raya ia tidak boleh mengubah keputusan pilihan raya di sesuatu kawasan pilihan raya. Yang buat penghakiman ini ialah Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim, bekas Ketua Hakim Negara yang pernah menjadi hakim kes petisyen pilihan raya DUN Bukit Payong sekitar tahun 1990-an yang lalu.
    • Tvtlee Lee kluang sini didapati sekurang-kurantnya 4 kertas undi nusajaya dijumpai dalam peti undi. jika rayuan untuk mengira semula, kemungkinan dapat tukar keadaan.
    • Suhaimi Taib jika boleh menjejaskan undi majoriti itu ada kesan positif tetapi ia bergantung kepada hakim (cenderung BN atau PR).

Tags