Latest News

Friday, June 28, 2013

Pengundi Kuala Besut perlu dipengaruhi

Kuala Besut, ketebalan kebesutannya, mungkin tidak sehebat zaman 60-an, pertandingan bolasepak zaman itu, boleh menyebabkan pergaduhan besar-besaran antara penduduk daerah itu dengan daerah Kuala Terengganu, umpamanya.

Orang Besut jika mahu berkunjung ke Kuala Terengganu, mereka tidak sebut "mahu pergi Kuala Terengganu", mereka sebut "nak gi teganung" (mahu pergi Terengganu), begitu juga orang tua-tua dari Setiu, Dungun, Hulu Terengganu dan Kemaman.

Melainkan orang Marang kerana terlalu hampir dengan Kuala Terengganu, mereka sebut "nok gi Bandor" (mahu pergi Bandar Kuala Terengganu). Ini antara budaya orang Terengganu dari segi sebutan bandar-bandar yang ada dalam negeri itu, termasuk orang Besut.

Seolah-olah mereka duduk terpisah dengan daerah Kuala Terengganu seperti mereka duduk di negeri lain, manakala Kuala Terengganu duduk dalam negeri lain.

Penduduk Kuala Besut, juga tidak boleh lari dari budaya sebutan sedemikian terutama di kalangan orang tua (pengundi saluran 1) dan penduduk tegar daerah tersebut. Melainkan mereka yang suka merantau kerana bekerja, di daerah-daerah berkenaan dari semasa ke semasa.

Orang Besut tegar yang tidak pernah hidup berpindah randah, boleh disifatkan agak pekat sikit semangat kedaerahannya. Orang Kelantanpun seperti itu juga tetapi orang Kelantan, mereka bijak berpolitik, faham bagaimana menentukan masa depan politik negeri mereka dan bijak memilih parti mana yang layak memerintah  negeri mereka.

Orang Besut tidak ketinggalan orang Kuala Besut, walaupun semangat kedaerahannya lebih kurang sama orang Kelantan (dailegpun lebih kurang sama) tetapi dari segi pemilihan politik, mereka masih tertutup, sukar untuk mengubah tradisi parti pemerintah. Dengan erti lain, kebanyakannya masih berminat dengan Barisan Nasional (BN).

Hanya pada tahun 1999 dalam pilihan raya umum ke 10, PAS berupaya memenangi pilihan raya di Dewan Undangan Negeri (Dun- N 1) tersebut.

Di Dun Kuala Besut, Setiausaha Dewan Ulamak Pas Pusat, Ustaz Haji Nik Muhammad Zawawi Salleh mendapat majoriti undi sebanyak 487, mengalahkan Datuk Wan Zakaria Abdul Rahman dari BN.

PAS mendapat 4,426  undi manakala BN memperolehi 3,939. Sementara PRU 11 dan 12 PAS tidak berupaya lagi memenangi kerusi Dun tersebut.

Keputusan PRU 12 bagi DUN Kuala Besut, calon (BN) Dr. A. Rahman Mokhtar menang dengan bilangan undi sebanyak 7,123 manakala calon PAS, Ustaz Haji Nik Zawawi hanya memperoleh  4,492 undi. 

Dr. A. Rahman menang dengan majoriti 2,631 undi dengan peratusan undian sebanyak 85.61 peratus. 


Kemelut Besut ialah kedaerahan menebal, budaya pengasingan politik antara kelompok PAS dan Umno masih berlaku walaupun tidak setegar tahun 1980-an.

Ini memberi kelebihan kepada Umno/BN untuk mengawal kelompok pengundi mereka dari dipengaruhi Pakatan Rakyat (PR) di samping tidak adanya sunami besar seperti kes kezaliman BN terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim (kes mata lebab) sebagaimana berlaku menjelang PRU ke 10 yang lalu.

Meletakkan Ustaz Nik Muhammad Zawawi buat ke sekian kalinya sebagai calon PAS di Dun tersebut pada pandangan penulis boleh jika tidak ada mereka yang lebih berkaliber dari bekas Adun itu. Lagi pun kekalahan Ustaz Nik (panggilan mesra beliau), agak besar juga sehingga lebih 2,000 undi kira-kira dua kali nama beliau dicalonkan dalam PRU selepas itu. 

Tokoh Profesional dan mesra rakyat di situ perlu di ketengahkan sebagaimana BN mengenengahkan doktor perubatan sebagai calonya sebelum ini.

Ini kerana soal keagamaan cukup sensitif di daerah Besut, isu kafir mengkafir masih menghantui penduduk daerah itu di kalangan pengundi tua.

Manakala pengundi muda, ramai di kalangan mereka berhijrah ke bandar-bandar di seluruh negara, bekerja di sana dalan pelbagai sektor ada yang profesional dan mempunyai kepakaran tertentu seperti Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli. Di daerah ini tidak banyak pekerjaan diwujudkan semacam Kerajaan BN sengaja merancang supaya penduduk bekerja sebagai nelayan dan penoreh getah, agar kepergantungan kepada subsidi atau dengan kata lain kepergantungan dengan BN berterusan.

Kaedah 'beri kain pakai, beri gula kacau (buat air), tetapi mengundi bulan," masih sukar diamalkan penduduk di Dun ini walaupun slogan itu datang dari negeri seberang (Kelantan).

Untuk pendapatan lebih lumayan golongan muda Kuala Besut, berhijrah bekerja di bandar-bandar besar dan kini termasuk yang dikuasai parti-parti dalam PR. Mereka ini mesti berperanan membuat transformasi perubahan sikap dan sokongan politik sebagaimana  berlaku di negeri-negeri tersebut termasuk Selangor dan Pulau Pinang. 

Dominasi pengundi hari ini dikuasai oleh golongan muda di saluran 3 ke bawah. Untuk dominasi kemenangan PAS, golongan belia yang berhijrah di negeri PR perlu berperanan menceritakan perkembangan dan kemajuan rakyat di negeri tersebut kepada penduduk daerah pengundian itu sekaligus mempengaruhi mereka.

Jika diizinkan Allah, tidak mustahil kemenangan itu berpihak kepada PAS dalam pilihan raya kecil tersebut tidak lama lagi jika strategi ini digunapakai di samping strategi-starategi dari seluruh kawasan yang PAS atau PR menang dari seluruh negara, digembelingkan seutuhnya.

Thursday, June 27, 2013

BN 'low class party' di Dunia Ketiga

Kuala Besut, kawasan didominasi oleh kaum nelayan. Penduduk kurang terdedah dengan maklumat internet, walaupun hampir dengan negeri Kelantan yang sudah lama diperintah PAS.

Kawasan sempadan, arus maklumat tidak berupaya mempengaruhi penduduk secara drastik, ditambah dengan minda kurang terbuka penduduknya, mungkin menyukarkan PAS untuk memenangi pilihan raya kecil di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) itu tidak lama lagi.

Pada Pilihan raya Umum ke 13 baru-baru ini, Barisan Nasional (BN) mendapat undi berjumlah 8,809, manakala PAS  6,375. BN menang majoriti undi sebanyak 2,434.

Pilihan raya kecil akan diadakan bersempena dengan kekosongan kerusi tersebut kerana  Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Besut, Dr A Rahman Mokhtar meninggal dunia akibat paru-paru berair 26 Jun lalu, selepas menerima rawatan di unit rawatan rapi Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu baru-baru ini.
Adun
Allahyarham, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dilaporkan menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 9.40 pagi hari tersebut.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) 5 Mei lalu, Allahyarham menang terhadap calon PAS, Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.
Allahyarham mendapat 8,809 manakala Napisah mendapat 6,375 undi.
Kuala Besut mempunyai jumlah pengundi berdaftar seramai 17,713 orang dengan peratusan 97.9 peratus adalah Melayu, 1.6 Peratus Cina dan 0.1 peratus India.
Perubahan sikap penduduk terhadap Pakatan Rakyat (PR) dilihat tidak begitu positif kerana sikap keterbukaan dan penerimaan terhadap idea baru politik sukar difahami dan pengaruh BN dengan tradisi menabur dan mengumpan wang dilihat menghantui masyarakat di Dun tersebut yang nampak pembangunan menjadi agenda penting kehidupan mereka.
Mereka masih nampak BN membawa pembangunan walaupun kadang kala ia hanya untuk kepentingan kroni Umno dan keuntungan setengah pihak. Perubahan minda dan sikap ini perlu ditekankan supaya lebih terbuka dan menerima politik rasional yang dibawa PR.
Golongan terpelajar Kuala Besut termasuk para pendidiknya perlu memainkan peranan untuk menyedarkan masyarakat  Dun tersebut bahawa perubahan hidup yang lebih baik tidak akan bersama BN kerana parti itu tidak akan membuat perubahan rasional memandangkan ia akan membuat 'back fire' kepada status quo kemenangan kuasa politik parti itu di masa hadapan.
BN tidak berupaya membawa perubahan kerana dasar parti itu mengikat supaya tidak melakukan perubahan. Agenda lapuk slogan pembangunan hanya untuk menggula-gulakan rakyat ia meletakkan BN sebagai 'low class party' dalam dunia setaraf parti-parti yang memerintah kerajaan Zimbabwe dan lain-lain negara di dunia ketiga.
Soalnya kejayaan sebenar PR ialah mempengaruhi minda pengundi supaya mendorong mereka membuat perubahan besar dalam pilihan kecil tersebut tidak lama lagi.

Sunday, June 23, 2013

Kecelakaan Zionis Yahudi dan Kekejamannya terhadap Palestin: Pengajaran kepada Ariel Sharon

Ariel Sharon "Sang Jagal" Tujuh Tahun Syakaratul Maut


(jelajahunik) Sejak dari dulu kecongkakan, kekejaman dan kebencian Mantan Perdana Menteri Israel Ariel  Sharon  terhadap orang Arab dan Palestina sudah mendarah-daging dalam dirinya,  Pada suatu kesempatan dalam wawancaranya dengan Jenderal Ouze Merham pada 1956, Sharon berkata :

�Saya tidak tahu ada yang namanya prinsip-prinsip internasional. Saya bersumpah, akan saya bakar setiap anak yang dilahirkan di daerah ini. Perempuan dan anak-anak Palestina lebih berbahaya dibandingkan para pria dewasa, sebab keberadaan anak-anak Palestina menunjukkan bahwa generasi itu akan berlanjut. � Saya bersumpah, jika saya sebagai seorang Israel bertemu dengan seorang Palestina, maka saya akan bakar dia. Dan saya akan membuatnya menderita sebelum membunuhnya. Dengan satu pukulan saya pernah membunuh 750 orang Palestina (di Rafah tahun 1956). Saya ingin menyemangati prajurit saya agar memperkosa gadis-gadis Arab, karena perempuan Palestina adalah budak untuk Yahudi dan kami dapat berbuat apa saja yang kami inginkan kepadanya. Tidak ada yang boleh menyuruh kami apa yang harus kami lakukan, justru kami yang memerintah mereka apa yang harus mereka lakukan.� [Ariel Sharon, 1956]

Diimuka bumi ini siapa yang tak kenal  sang jagal Ariel Sharon  dari Israel, Mantan perdana menteri Israel  ini  dalam pemerintahannya banyak  melakukan  kerusakan dan kezaliman di atas bumi Allah Palestina. Pembunuhan, penyembelihan, penindasan dan bermacam macam lagi kekejaman tentera Israel Laknatullah dibawah pimpinan sang jagal ini.  Dan saat ini  Ariel Sharon menerima akibatnya.  Allah menunjukkan bahwa kekuasaannya tidak dapat ditandingi oleh siapapun. Sudah tujuh tahun  Ariel Sharon koma , mati tidak karena masih bernapas hiduppun tidak karena hanya tergolek diatas pembaringan sedang menunggu ajal   alias Syakaratul maut .  .

ariel-sharon1

Ariel Sharon menjadi  Perdana Menteri Israel dari 7 Maret 2001 hingga 14 April 2006. Selama memangku jabatannya  Ariel Sharon telah banyak menghancurkan bumi  Palestin. Banyak air mata yang tumpah dan darah yang  mengalir  karena  kezalimannya.

Sabtu pekan lalu menandai tujuh tahun mantan Perdana Menteri Israel Ariel Sharon terbaring koma sejak diserang stroke 5 Januari 2006. Dia kini tergolek tak berdaya dengan bantuan pelbagai alat medis, termasuk respirator, dalam ruangan khusus di Rumah sakit Tel Hashomer, sebelah timur Ibu Kota Tel Aviv.

Awal petaka bagi  Mantan Perdana Israel  Menteri  Ariel Sharon  sang jagal , saat itu sedang menikmati liburan tahun baru   2006 di kawasan peternakan di Gurun negev, selatan Israel . Ariel Sharon  tengah rehat bersama istri, dua putra, menantu dan cucu-cucunya. tiba tiba dia mengeluh sakit. Insiden itu berlangsung Rabu malam, setelah matahari baru lima kali terbit pada 2006.

Ini yang menjadi pertanyaan, bukannya diangkut dengan helikopter, tim dokter malah membawa dia ke rumah sakit menggunakan ambulans. Bukannya ke Rumah Sakit Soroka di Kota Beersheva yang terdekat, malah diangkut menuju Rumah Sakit Hadassah-Ein Kerem di Yerusalem. Perlu lebih dari sejam menggunakan mobil. Dia masih sadar saat itu.Barangkali ini jawabannya. Sharon menurut rencana besok pagi harus dirawat lagi di Hadassah buat memperbaiki lubang di jantungnya. Kelainan itu diduga memicu stroke pertama membuat dia tidak mampu berbicara. Serangan stroker hebat muncul ketika tiba di rumah sakit.Setelah stroke pertama pada pertengahan Desember 2005, dokter menemukan lubang di jantung bagian atas sedalam dua milimeter. Untuk mencegah serangan serupa terjadi lagi, dokter menutup lubang jantung itu dengan alat yang disebut payung. Sharon juga wajib menenggak pil antipembeku darah dan menjalani diet lantaran kelebihan berat badan.Boleh jadi, stres menjadi penyebab stroke pertama itu. Maklum saja, dia harus bersiap buat kampanye pemilihan umum dan persoalan keluarga. Dia sudah dua kali kehilangan istri dan satu putranya meninggal. Putranya yang lain, Omri (kakak dari Gilad) tersangkut kasus dugaan suap buat membiayai kampanye Sharon pada pemilu 1999.Setelah dokter memeriksa otak Sharon, pasien istimewa ini langsung menjalani operasi enam jam. Karena masih ada kelainan di otaknya, operasi dilanjutkan lagi dua jam berikut hingga Kamis pukul 09.30 pagi. �Sharon menderita stroke berat dan bisa dibilang kondisinya benar-benar kritis,� kata Dr. Shlomo Mor-Yosef, Direktur Rumah Sakit Hadassah-Ein Kerem, dalam jumpa pers pukul tujuh pagi. Dia menjelaskan Sharon menderita pendarah luar biasa di otaknya.Selepas operasi kedua, Dr. Mor-Yosef memberikan keterangan pers lagi. Kondisi Sharon masih kritis dan dirawat intensif. Tim dojter berhasil menghentikan pendarahan dalam otaknya serta menormalkan kembali tekanan darah dan denyut jantungnya. �Namun kondisinya sangat parah,� Dr. Mor-Yosef, seperti dilansir surat kabarthe New York Times. Ketua tim operasi, Felix Umansky, menjelaskan kepada sebuah radio Spanyol perlu beberapa hari buat menyimpulkan sejauh mana kerusakan otak Sharon akibat stroke itu. �Saya pikir pekan depan, pertengahan atau akhir, kami sudah bisa mengambil kesimpulan,� ujarnya dalam jumpa pers bersama itu. Dr. Mor-Yosef menambahkan konbdisi Sharon hanya bisa dievaluasi setelah dia berangsur membaik.

Hidup atau Mati

Dua hari setelah Sharon, yang akrab dipanggil Arik, terkena stroke berat sehingga otaknya dibanjiri darah, berbagai media internasional mengabarkan bahwa ia sudah mati, �ya� Mati.

Hal itu wajar saja, karena setelah dinyatakan stabil pada 5 Januari 2006 oleh tim dokter di Rumah Sakit Haddasah, keesokan harinya Sharon dimasukkan lagi ke ruang operasi. Bahkan wakilnya, Ehud Olmert, telah ditunjuk sebagai pejabat sementara perdana menteri menggantikan tugas yang diemban Sharon.

Pada hari keenam, dokter berupaya membangunkannya dari keadaan tidak sadar, dengan cara mengurangi dosis obat anastesi. Ia pun kemudian bisa bernapas sendiri dengan bantuan respirator dan sedikit memberikan respon terhadap stimulus rasa sakit di lengan dan kakinya.

Tetapi, Sharon yang sudah berpindah rumah sakit tidak juga bangun, meskipun keluarga sudah memperdengarkan alunan musik klasik karya komposer Mozart kesukaannya �seperti yang disarankan oleh dokter. Ia tidak pernah membuka matanya, meskipun hasil tes CT scan menunjukkan otaknya tidak lagi mengeluarkan darah.

Hari berganti pekan, pekan berganti bulan. Sharon tidak lagi dikabarkan menderita pendarahan pada otaknya. Hanya saja, berbagai infeksi menyerang organ-organ tubuhnya yang lain secara bergantian.Dari otak, infeksi pindah ke paru-paru, ke ginjal, ke dalam darah, begitu seterusnya. Jantungnya yang diketahui bocor sejak sebelum koma, ikut memperburuk keadaan.

Bulan September 2008, dalam wawancara yang termasuk langka, profesor Zeev Rothstein yang merawat Sharon menceritakan keadaan pasiennya kepada Radio Angkatan Bersenjata Israel.

Ariel Sharon, 2008 | Inilah gambar terakhir yang dimiliki media massa

�Dia bisa menggerakkan matanya, atau satu jari atau beberapa jari� Dia dapat beraksi terhadap rasa sakit, terhadap suara anggota keluarga yang didengarnya. Reaksi-reaksi ini menunjukkan ia tidak sepenuhnya tidak sadar,� jelas Rothstein.

�Seorang pasien yang terbaring di ranjang rumah sakit begitu lama, tidak akan pernah terlihat sama seperti saat ia sadar dan bisa berlari. Jadi, ia terlihat sangat berbeda,� kata Rochstein lagi.

Sejak itu, tim dokter yang merawatnya hanya menyampaikan dua kabar tentang Sharon. Yaitu, kondisinya memburuk karena ada gangguan pada organnya atau stabil, tapi tetap dalam keadaan koma.

�Buldozer� yang Congkak Lagi Kejam

Sepanjang sejarah upaya Zionis Yahudi mewujudkan �Eretz Yisrael� di atas tanah Palestina, Ariel Sharon termasuk salah satu tokoh yang �tidak ada matinya.� Ia kerap muncul di setiap sejarah penting Israel.
Sharon dilahirkan di Kfar Maalal, sebuah daerah pertanian di Palestina bagian barat, pada tahun 1928. Wilayah itu dulu di bawah kekuasaan Inggris. Keluarga orangtuanya adalah imigran dari Rusia, pendukung kuat Zionis Israel. Dalam otobiografinya disebutkan, nama kecil Sharon adalah �Buldozer�.

Pada masa kanak-kanak ia telah bergabung dengan gerakan pemuda Zionis. Saat remaja belasan tahun ia menjadi anggota paramiliter Zionis. Sharon bergabung dalam dinas militer Israel sebelum genap usia 20 tahun dan ditunjuk menjadi komandan pleton. Ia ikut perang pertama antara pasukan Zionis dengan Arab tahun 1948.

Saat berkarir di militer maupun politik, Sharon dikenal sebagai seorang �hawkish�. Seseorang yang tidak sungkan menggunakan kekerasan dan kekuatan bersenjata untuk menghajar semua lawannya.

Namun di kemiliteran, ia paling dikenal dengan aksinya dalam Perang Arab-Israel tahun 1967 dan peperangan Yom Kippur Oktober 1973. Ia salah satu komandan pasukan Zionis yang berhasil meraih kemenangan dari pasukan Arab dalam waktu singkat. Keberhasilannya itu menjadi salah satu legasi Sharon, yang hingga kini terus diajarkan dan ditularkan kepada para kadet angkatan bersenjata Israel.

Di dunia politik, ia mendirikan Partai Likud pada tahun 1973, yang hingga kini dikenal sebagai partai paling kejam dan keras terhadap rakyat Palestina. Lawan-lawan politiknya di Israel pun mengakui ke-hawkish-annya.
Setelah keluar dari Likud, ia membentuk Partai Kadima pada akhir 2005. Partai ini juga mendapat warisan sifat keras dari Sharon. Salah satunya bisa dilihat dari sepak terjang Tzipi Livni.

Meskipun perempuan, pemimpin Kadima itu adalah otak dan pengambil keputusan penting saat pasukan Zionis Israel menyerang Jalur Gaza akhir 2008 hingga pertengahan Januari 2009, yang dikenal dengan Operation Cast Lead.
Tidak kurang dari 1.500 orang �kebanyakan anak kecil, wanita dan orangtua� menjadi korban tewas dalam serangan 22 hari tersebut. Serangan pasukan udara, darat dan laut Israel itu baru dihentikan hanya satu hari sebelum Amerika Serikat melantik Presiden Barack Obama.

Dalam urusan pemukiman Yahudi, Sharon yang pernah menjabat sebagai Menteri Perumahan dan Pembangunan Israel tahun 1990-1992 dan Menteri Infrastruktur Nasional Israel tahun 1996-1999, tidak mengenal kata ilegal dalam kamusnya.

Semua pemukiman Yahudi yang dibangun, termasuk dengan cara merampas tanah milik warga Palestina, adalah sah.
�Setiap orang harus bergerak, lari dan ambillah sebanyak mungkin puncak bukit sebisanya, untuk memperluas pemukiman (Yahudi). Sebab, semua yang kita bisa ambil akan tetap menjadi milik kita� Apa saja yang tidak bisa kita ambil, akan jatuh ke tangan mereka,� Kutipan perkata Sharon, saat berbicara di hadapan militan dari kelompok ekstrim sayap kanan Partai Tsomet, ketika menjabat sebagai Menteri Luar Negeri, 15 Nopember 1998.
Congkak dan Kejam Kecongkakan Sharon dan kebenciannya terhadap orang Arab dan Palestina sudah mendarah-daging dalam dirinya sejak dulu.
Dalam wawancaranya dengan Jenderal Ouze Merham pada 1956, Sharon berkata ;
�Saya tidak tahu ada yang namanya prinsip-prinsip internasional. Saya bersumpah, akan saya bakar setiap anak yang dilahirkan di daerah ini. Perempuan dan anak-anak Palestina lebih berbahaya dibandingkan para pria dewasa, sebab keberadaan anak-anak Palestina menunjukkan bahwa generasi itu akan berlanjut. � Saya bersumpah, jika saya sebagai seorang Israel bertemu dengan seorang Palestina, maka saya akan bakar dia. Dan saya akan membuatnya menderita sebelum membunuhnya. Dengan satu pukulan saya pernah membunuh 750 orang Palestina (di Rafah tahun 1956). Saya ingin menyemangati prajurit saya agar memperkosa gadis-gadis Arab, karena perempuan Palestina adalah budak untuk Yahudi dan kami dapat berbuat apa saja yang kami inginkan kepadanya. Tidak ada yang boleh menyuruh kami apa yang harus kami lakukan, justru kami yang memerintah mereka apa yang harus mereka lakukan.�
Bicara tentang kekejaman Sharon dalam sejarah Zionis Israel, tidak akan lepas dari peristiwa pembantaian warga Palestina di pengungsian Sabra-Shatilla dan invasi pasukan Israel ke Beirut, Libanon, pada 1982 saat Sharon menjabat menteri pertahanan.


Dr. Ang Swee Chai, seorang perempuan warga China Kristen, yang dibesarkan dengan nilai-nilai anti-Islam dan Arab, serta mendukung penuh Yahudi dan Israel, bercerita cukup lengkap tentang kekejaman Israel di Sabra-Shatilla dalam bukunya �From Beirut to Jerussalem�.Pembantaian Sabra-Shatilla terjadi pada September 1982, hanya beberapa hari setelah para pejuang Palestina menyerahkan senjata mereka dibawah perjanjian damai internasional. Mereka kemudian dideportasi dari Beirut, meninggalkan keluarganya ke perlindungan pasukan perdamaian internasional. Pasukan Israel kemudian menginvasi Beirut. Tidak kurang dari 3.000 wanita dan anak-anak yang tidak berdaya dikumpulkan di kamp pengungsian Sabra-Shatilla. Kemudian secara sistematis mereka dibantai begitu saja.

Korban Pembantaian Sabra-Shatilla terjadi pada 16�18 September 1982.

Pendudukan Beirut oleh pasukan Zionis berlangsung selama 70 hari. Lebih dari 30.000 orang kehilangan nyawanya. Pasukan Zionis menyerang secara membabi-buta. Makanan, air dan listrik seketika lenyap. Lebih dari 500.000 orang dipaksa meninggalkan rumahnya.

        Korban Pembantaian Sabra-Shatilla terjadi pada 16�18 September 1982.

Berdasarkan perhitungan tentara Israel IDF, mereka menggunakan tidak kurang dari 960 ton amunisi untuk menghancurkan kota Beirut. Dalam serangan ke Libanon tersebut, untuk pertama kalinya Israel menguji cobakan senjata baru, yaitu bom fosfor dan bom vakum.

Jika seseorang terkena bom fosfor maka tubuhnya akan terbakar selama beberapa hari. Apabila tubuhnya disiram air, maka pembakarannya akan bertambah parah dan berlangsung lebih lama.

Korban Bom Fosfor oleh Zionist-Israel di Gaza 2008-2009

Bom vakum tidak kalah mengerikan. Bom itu terbuat dari TNT yang berkekuatan besar. Jika dijatuhkan ke sebuah gedung, maka bangunan itu akan tersedot ke bawah, rontok menjadi puing. Ang Swee Chai melihat sebuah bangunan 11 lantai mengubur hidup-hidup sekitar 200 orang di Beirut.

Saat menjelaskan latar belakang dari penciptaan karya instalasinya yang berjudul �Ariel Sharon� Noam Braslavsky mengatakan kepada BBC, �Pria ini bukan seorang laki-laki biasa. Dia punya pengaruh yang sangat besar atas kehidupan dari semua orang yang tinggal di negeri ini (Palestina-Israel).� Mungkin dia benar.
 
Sumber : http://www.jelajahunik.us/2013/03/ariel-sharon-sang-jagal-tujuh-tahun.html

Wednesday, June 12, 2013

BN Tidak Perlu Dua Pertiga Untuk Menang Besar PRU14

Tulisan Terbuka
12 Jun 2013

BN Tidak Perlu Dua Pertiga Untuk Menang Besar PRU14

Masih teringat kelazatan minuman B10 di kafe strawberry minggu lalu dan masih juga terngiang-ngiang gelak bahak Abg Mat ketika itu menjamah beberapa cucuk satay dan cendawan goreng. Beliau tidak dapat sembunyikan perasaan lucu apabila mendedahkan bahawa beliau sedang menyiapkan satu post mortem mengengai pilihanraya

Saya bertanya, apakah sudah terlalu lewat untuk kaji selidik dan bedah siasat bagi PRU-13? Lalu Abang Mat menjawab, post mortem yang akan dibentangkan itu bukanlah untuk PRU-13 tetapi untuk PRU-14, bedah siasat yang menunjukkan bagaimana gerakan hebat reformasi 1998 yang digemakan semula pada tsunami 2008 akan berkubur pada 2018 di medan PRU-14. Seraya itu Abg Mat menyambung gelak bahaknya hah hah hah!

Memang seram bila memikirkan perihal yang disebut oleh Abg Mat, tetapi lebih seram bila ada pihak yang minta supaya rakyat jangan gopoh dan terus bersabar. Mujurlah pihak yang redho menerima kekalahan PRU-13 seadanya sangat minima. Selebihnya majoriti besar rakyat mahukan sesuatu dilakukan dengan berani. Rakyat berani turun jalanraya pada 22 Jun nanti manakala Ahli Parlimen yang berani pula bersatu memulaukan majlis angkat sumpah pada 24 Jun 2013 dan bersama dengan rakyat di luar pintu parlimen pada hari tersebut.

Keberanian dari pihak rakyat dan pihak pemimpin khususnya ahli parlimen harus ditonjolkan secara maksima. Semua pihak wajib bangkit dan lawan penipuan yang sudah berlaku pada PRU-13 dan terus berlaku bagi mengekalkan kerajaan legasi penjajah. SPR harus segera letak jawatan dan jangan sesekali mimpikan aksi persempadanan semula.

Hari ini terbaca dari dinding muka buku seorang sahabat yang melahirkan kekhuatiran akan berlaku satu gabungan baru kerajaan perpaduang di antara Umno dan PAS, dengan helah supaya BN mempunyai majoriti dua per tiga. Namun saya menyanggah dengan beberapa fakta di atas pengetahuan serba sedikit yang diiktiraf di meja kafe strawberry. Saya bukan menyanggah hasrat PAS yang nak bergabung dengan Umno kerana bagi saya ia tidak logik selagi TG Nik Aziz hidup, tetapi saya menyanggah perkara lain.

Persempadanan semula boleh berlaku walaupun tanpa majoriti dua per tiga parlimen, yang juga bermakna ia boleh berlaku tanpa gabungan Umno dan PAS. Hanya persempadanan semula yang melibatkan pertambahan kerusi parlimen sahaja yang memerlukan persetujuan 148 ahli parlimen yang mana BN hanya ada 133 sahaja, tidak cukup. Tetapi untuk Barisan Nasional menang bergaya pada PRU-14 dengan memperolehi semula majoriti dua per tiga tidak memerlukan sokongan dua per tiga parlimen hari ini. 

Persempadanan semula tanpa pertambahan kerusi parlimen yang mana diperuntukkan boleh berlaku selepas cukup 11 tahun dari persempadanan semula yang lalu, iaitu tahun 2003. Ini bermakna persempadanan semula yang seterusnya ialah pada tahun 2014. Sekarang bab paling penting - Bagaimana Barisan Nasional menang PRU-14 dengan persempadanan semua yang dibenarkan ini?

Mudah! Hanya gunakan SPR. Sempadan boleh dialihkan mengikut telunjuk bagi memastikan BN menang. Contohnya di Shah Alam, Khalid Samad menang besar di kawasan sempadan Klang maka dialihkan sempadan supaya majoriti Charles Santiago menjadi 35 ribu pada PRU14 berbanding 24 ribu pada PRU13. Kesannya, Khalid Samad akan tumbang pada PRU-14 dengan 5 ribu undi majoriti. Ini natijah persempadanan semula.

Contoh kedua ialah Parlimen Lembah Pantai. Nurul Izzah punyai majoriti hampir 2 ribu, menang banyak di kawasan Sentosa dan Brickfield. Persempadanan semula tahun 2014 menyaksikan Sentosa dan Brickfield masuk ke Parlimen Seputeh. Maka akhirnya kita ucap tahniah kepada Teresa Kok kerana mempunyai majoriti terbesar iaitu 65 ribu majoriti manakala Nurul Izzah di Lembah Pantai akan tewas dengan majoriti hampir 10 ribu.

Situasi seperti ini boleh berlaku di lebih 30 kerusi Parlimen. Akhirnya Barisan Nasional akan perolehi semula majoriti dua pertiga di atas usaha keras transformer si Najib Razak, iaitu SPR. Persempadanan semula ini juga bakal menyaksikan BN hanya perlu 30% undi popular untuk terus memerintah negara ini.

Maka selamat tinggal Reformasi 1999 dan selamat tinggal juga Tsunami 2008 sekiranya kita hari ini di tahun 2013 yang mengalami #Black505 tidak bangkit memastikan SPR dihumban dan demokrasi kembali ditegakkan. Kalau terus sabar ketika ibu pertiwi dirogol, maka teruslah menjadi bangsa yang dayus.

Akhir sekali saya simpulkan, inilah antara faktor mengapa SAMM dan penggerak massa yang lain bertekad untuk lawan penipuan PRU13 habis-habisan, bukan soal PRU14 tetapi PRU13. Kami juga menuntut Ahli Parlimen yang dipilih oleh 51% rakyat supaya menjalankan peranan pelindung rakyat dengan berani dengan tidak mengangkat sumpah pada tarikh 24 Jun 2013, hari lain angkatlah.

Ohh lupa nak maklumkan pasal minuman B10 tadi, ia satu minuman yang cukup eksotik - Minuman shake buah markisa. Boleh pesan di kafe strawberry dengan menulis nombor B10 di ruangan minuman. Terima kasih kepada Abang Mat kerana belanja kami minum dan makan satay, terima kasih juga di atas ilham yang dikongsi.

Tipu pilihanraya, rakyat turun jalanraya dan perjuangan adalah perlaksanaan kata-kata.

EDY NOOR REDUAN
Aktivis Blogger

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Monday, June 10, 2013

Sepatutnya tidak sekadar Majlis Tilawah Al-Quran


Kenyataan Media DPPN P.Pinang  SYABAS RTM : LIPUTAN LANGSUNG UCAPAN YAB MENTERI BESAR KELANTAN    1. Dewan Pemuda PAS Negeri (DPPN) Pulau Pinang mengucapkan syabas kepada RTM atas liputan langsung ucapan YAB Menteri Besar Kelantan ketika Majlis Perasmian Musabaqah Al-Quran peringkat kebangsaan di Balai Islam Lundang Kota Bharu, yang disiarkan secara langsung di televisyen & radio pada malam ini.     2. DPPN P.Pinang berpandangan bahawa langkah profesional RTM sebegini sepatutnya telah dimulakan lebih awal & diperluaskan kepada semua ketua-ketua kerajaan negeri Pakatan Rakyat khususnya Pulau Pinang & Selangor, termasuk seluruh Ahli Parlimen & ADUN dari kalangan Pakatan Rakyat yang telah dipilih secara sah oleh rakyat dalam PRU13 yang lalu.  3. RTM perlu sedar bahawa antara sebab majoriti rakyat menolak BN dalam PRU13 adalah disebabkan akses media yang begitu berat sebelah & menafikan hak ketua-ketua kerajaan negeri serta pemimpin PR untuk turut muncul di media arus perdana, sedangkan wang cukai yg dibayar rakyat juga turut digunakan kerajaan untuk membiayai perjalanan RTM.  4. DPPN P.Pinang percaya bahawa rakyat yang bermaklumat adalah aset terbesar sebuah negara yang membangun & bertamadun bertaraf dunia bahkan dapat memupuk kestabilan politik & perpaduan rakyat berbilang kaum di Malaysia.     Bukankah ini hasrat kerajaan minoriti BN yang dilaung-laungkan?   AFNAN HAMIMI BIN DATO' TAIB AZAMUDDEN Setiausaha DPPN P.Pinang merangkap Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Dwn Pemuda PAS Malaysia (DPPM)  1 Syaban 1434H / 10 Jun 2013
Kenyataan Media DPPN P.Pinang  SYABAS RTM : LIPUTAN LANGSUNG UCAPAN YAB MENTERI BESAR KELANTAN    1. Dewan Pemuda PAS Negeri (DPPN) Pulau Pinang mengucapkan syabas kepada RTM atas liputan langsung ucapan YAB Menteri Besar Kelantan ketika Majlis Perasmian Musabaqah Al-Quran peringkat kebangsaan di Balai Islam Lundang Kota Bharu, yang disiarkan secara langsung di televisyen & radio pada malam ini.     2. DPPN P.Pinang berpandangan bahawa langkah profesional RTM sebegini sepatutnya telah dimulakan lebih awal & diperluaskan kepada semua ketua-ketua kerajaan negeri Pakatan Rakyat khususnya Pulau Pinang & Selangor, termasuk seluruh Ahli Parlimen & ADUN dari kalangan Pakatan Rakyat yang telah dipilih secara sah oleh rakyat dalam PRU13 yang lalu.  3. RTM perlu sedar bahawa antara sebab majoriti rakyat menolak BN dalam PRU13 adalah disebabkan akses media yang begitu berat sebelah & menafikan hak ketua-ketua kerajaan negeri serta pemimpin PR untuk turut muncul di media arus perdana, sedangkan wang cukai yg dibayar rakyat juga turut digunakan kerajaan untuk membiayai perjalanan RTM.  4. DPPN P.Pinang percaya bahawa rakyat yang bermaklumat adalah aset terbesar sebuah negara yang membangun & bertamadun bertaraf dunia bahkan dapat memupuk kestabilan politik & perpaduan rakyat berbilang kaum di Malaysia.     Bukankah ini hasrat kerajaan minoriti BN yang dilaung-laungkan?   AFNAN HAMIMI BIN DATO' TAIB AZAMUDDEN Setiausaha DPPN P.Pinang merangkap Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Dwn Pemuda PAS Malaysia (DPPM)  1 Syaban 1434H / 10 Jun 2013








Kerjasama untuk mengadakan sesuatu majlis yang baik seperti tilawah al-Quran adalah satu usaha yang patut dipuji kerana kerjasama seperti ini mendorong masing-masing  menunaikan tanggungjawab  sebagai kerajaan yang diberi amanah oleh rakyat untuk mentadbir negara dan negeri.

Kerjasama pula janganlah terhad sekadar majlis tilawah yang tidak banyak memberi impak kepada rakyat dan negara tetapi kerjasama seharusnya diberikan terutama Kerajaan Pusat untuk mengawalkan pemberian geran berkapita, geran cukai jalan dan seumpamanya kepada kerajaan negeri di bawah penguasaan Pakatan Rakyat (PR) bagi memudahkan pengurusan dan pentadbiran kerajaan negeri masing-masing.


Kerjasama juga perlu diberikan untuk menyerahkan kembali royalti petroleum dan gas kepada Kelantan dan negeri-negeri lain sebagai menunaikan tanggungjawab melaksanakan apa yang telah diputuskan dan merealisasikan undang-undang petroleum sebagaimana diwartakan.


Selagi perkara sepenting ini masih diabaikan oleh kerajaan Pusat, kerajaan tersebut telah menafikan hak rakyat di negeri-negeri berkenaan  dari mendapat timbal balas berbentuk wang dan kemudahan lain sebagai pembayar cukai.


Sistem politik rimba sepatutnya sudah lama dikuburkan kerana rakyat semakin lama semakin celik, mereka boleh berfikir untuk masa depan mereka dan boleh bertindak lebih agresif dari biasa.


(Sedutan berita mengenai majlis tilawah al-Quran peringkat Kebangsaan yang diadakan di Balai Lundang Kota Bharu Kelantan beru-baru ini:-)



SYABAS RTM : LIPUTAN LANGSUNG UCAPAN YAB MENTERI BESAR KELANTAN
Kenyataan 


Media DPPN P.Pinang

SYABAS RTM : LIPUTAN LANGSUNG UCAPAN YAB MENTERI BESAR KELANTAN
1. Dewan Pemuda PAS Negeri (DPPN) Pulau Pinang mengucapkan syabas kepada RTM atas liputan langsung ucapan YAB Menteri Besar Kelantan ketika Majlis Perasmian Musabaqah Al-Quran peringkat kebangsaan di Balai Islam Lundang Kota Bharu, yang disiarkan secara langsung di televisyen & radio pada malam ini.
2. DPPN P.Pinang berpandangan bahawa langkah profesional RTM sebegini sepatutnya telah dimulakan lebih awal & diperluaskan kepada semua ketua-ketua kerajaan negeri Pakatan Rakyat khususnya Pulau Pinang & Selangor, termasuk seluruh Ahli Parlimen & ADUN dari kalangan Pakatan Rakyat yang telah dipilih secara sah oleh rakyat dalam PRU13 yang lalu.


3. RTM perlu sedar bahawa antara sebab majoriti rakyat menolak BN dalam PRU13 adalah disebabkan akses media yang begitu berat sebelah & menafikan hak ketua-ketua kerajaan negeri serta pemimpin PR untuk turut muncul di media arus perdana, sedangkan wang cukai yg dibayar rakyat juga turut digunakan kerajaan untuk membiayai perjalanan RTM.


4. DPPN P.Pinang percaya bahawa rakyat yang bermaklumat adalah aset terbesar sebuah negara yang membangun & bertamadun bertaraf dunia bahkan dapat memupuk kestabilan politik & perpaduan rakyat berbilang kaum di Malaysia. 
Bukankah ini hasrat kerajaan minoriti BN yang dilaung-laungkan?

AFNAN HAMIMI BIN DATO' TAIB AZAMUDDENSetiausaha DPPN P.PinangmerangkapPengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Dwn Pemuda PAS Malaysia (DPPM)
1 Syaban 1434H / 10 Jun 2013

Tags