Latest News

Thursday, October 1, 2015

Kelestarian Perjuangan Islam

Perjuangan:
Suatu usaha agresif untuk mencapai sesuatu tujuan atau matlamat.

Perjuangan Islam:
Suatu usaha agresif (jihad) untuk menegakkan Islam di muka bumi bermatlamatkan mencari keredhaan Allah SWT.

Perjuangan di zaman Rasulullah s.a.w.:
Bermula dari menerima wahyu pertama di gua Hirra' di Makkah.

Baginda s.a.w. berjuang bermula dari dirinya sebatang kara berdepan dengan jahiliyyah di Makkah. Mempertahankan kalimah Tauhid dan berdakwah mengajak penduduk Makkah kepadanya.

Baginda s.a.w. menghadapi ujian perit berdepan dengan golongan jahiliyyah di Makkah dengan penghinaan, lontaran batu, ancaman pembunuhan dari kaum keluarganya sendiri.

Ketika masih berjumlah sedikit dakwah dan perjuangan Islam dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. secara sir (rahsia) di rumah Arqam bin Abi Arqam, sebagai pusat dakwah di Makkah.

Apabila jumlah sokongan dakwah dan perjuangan Rasulullah s.a.w. semakin ramai didokong oleh tokoh-tokoh besar dari Quraisy termasuk Saidina Umar r.a. dakwah dilakukan secara terang-terangan.

Nabi s.a.w. mengumpulkan kaum Quraisy untuk mengajak mereka kepada Islam dan beriman kepada Allah Yang Maha Esa, meninggalkan syirik dan penyembahan berhala.

Untuk membentuk kekuatan dan mendirikan kerajaan Islam, Nabi s.a.w. diperintahkan berhijrah dari Makkah ke Madinah.

Nabi s.a.w. berhijrah di saat diancam nyawanya oleh masyarakat jahiliyyah Makkah.

Hijrah adalah satu perjuangan, strategi politik ketika golongan Islam masih sedikit dan lemah.

Selepas Nabi s.a.w. berhijrah ke Madinah perjuangan Islam mempunyai kekuatan membentuk pasukan tentera untuk isytiharkan perang kepada musuh dakwahnya.

Di samping Madinah sebagai model perlaksanaan Islam secara menyeluruh, dakwah dan peperangan sebagai uslub untuk mempertahankan Islam dan menyebarluaskannya ke seluruh dunia.

Islam disempurnakan perlaksanaannya selama kira-kira 23 tahun oleh Rasulullah s.a.w. melangkaui zaman perjuangannya di Makkah dan di Madinah.

Monday, September 28, 2015

Perkukuhkan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan


Politik adalah asas perjalanan negara, jika politik dipergunakan untuk mendapat kuasa, mengumpul kekayaan dan menjaga kedudukan peribadi dan kaum keluarga, bukan meletakkan negara di landasan yang betul dan memanfaat sumber pendapatan negara mengikut peraturan yang betul, tidaklah negara berada ditahap serba lemah dalam semua aspek seperti sekarang termasuk sukan.
  Majoriti rakyat masih memandang politik dengan nilaian yang rendah iaitu sebagai alat mencari kekayaan, pangkat dan kedudukan bukan untuk memerintah negara dengan cara yang betul tanpa ada salahguna kuasa, rasuah dan kronisme, sekaligus menegakkan sistem pentadbiran yang telus, bermaruah dan akauntabiliti.
  Politik dilihat untuk mendapat habuan projek pilihanraya - yang banyaknya hanya janji mulut pemimpin politik kerajaan sahaja.
  Politik hanya untuk mendapat habuan wang ringgit dengan nilai yang rendah, di musim pilihanraya dengan hanya beberapa puluh ringgit sekadar masa lima tahun sekali, tidak lebih dari itu.
  Politik telah dipergunakan secukupnya oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk mengekalkan kuasa dengan mencanangkan propaganda 'ala komunis' bahawa parti itu sahaja berkeupayaan untuk mentadbir negara, parti lain tidak layak.
  Politik telah dipergunakan secukupnya untuk menutup pekong kejahatan dan jenayah yang dilakukan oleh pemimpin tertinggi parti, sehingga ia agak sukar dibenteras melainkan dengan kuasa politik.
  Politik BN memperkudakan sistem demokrasi berparlimen bagi mengubah persempadanan pilihanraya bagi memasti pengundi BN majoriti dalam sesuatu kawasan tersebut. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mesti mengikut kehendak pemimpin BN atas nama arahan pimpinan atasan walaupun 'bias' (berpihak) kepada parti itu.
  Sepatutnya SPR tidak bersifat berpihak, apa lagi dalam hal persempadanan pilihanraya. Tidak dinafikan ada kaedah-kaedah tertentu diperuntukkan untuk membuat pecahan persempadanan pilihanraya baharu.
  Namun apa sahaja kaedah dan peraturan sedia ada boleh dilanggar secara tidak langsung sekiranya ada arahan pihak atasan (pemimpin BN).
  Sudah ada cadangan supaya SPR memanggil semua parti berdaftar, duduk semeja bagi membincangkan soal persempadanan pilihanrayan ini.
  SPR boleh menerima apa-apa cadangan persempadanan yang dibuat oleh parti-parti politik dan keputusannya terletak di tangan SPR untuk memuktamadkan kedudukan persempadanan baharu itu.
  Politik juga dipergunakan untuk menimbulkan ketegangan kaum sehingga tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969 yang merupakan peristiwa hitam dalam sejarah negara.
Tercetusnya pergeseran kaum antara puncanya kerana perebutan kuasa kepimpinan UMNO, antara Tun Abdul Razak Husien dengan Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj.
  Politik juga diperkudakan untuk mendaruratkan kerajaan Kelantan di bawah PAS sehingga menyebabkan kerajaan itu tumbang suatu ketika dahulu.
  Politik rasuah diperalatkan untuk menumbangkan kerajaan Terengganu di bawah PAS sekitar tahun 1960-an sehingga kerajaan tersebut tumbang. Begitu juga kerajaan Pakatan Rakyat di Perak tidak lama dulu.
  Politik juga digunakan oleh pihak yang kecewa dan tersingkir dalam pemilihan pimpinan tertinggi PAS, untuk menghentam PAS dari semua sudut.
  Mengapa politik tidak digunakan untuk melaksanakan amanah kepimpinan dengan meletakkan dan memperkukuhkan kedudukan Islam dalam Perlembagaan Negara bukan sekadar agama rasmi negara semata-mata?
  Ini kerana Islam tidak pernah menghalang penganut agama lain untuk beramal dengan agama mereka, dalam ertikata bebas melaksanakan adat istiadat agama mereka selagi tidak menyentuh sensitiviti penganut agama lain khususnya agama Islam.
  Islam sudah mempunyai kedudukan istimewa dalam perlembagaan sebagai agama rasmi negara tetapi hakikatnya Islam bukan hanya duduk dalam kondisi itu sahaja.
  Ia perlu dimartabatkan sebagai dasar perlembagaan negara untuk membuktikan alam ini hak milik Allah hanya diberi pinjam, sebagai tempat persinggahan sementara buat manusia.
Dengan meletakkan Islam sebagai teras perlembagaan negara bererti Malaysia mengiktiraf bahawa negara ini adalah milik Allah bukan milik manusia.
Manusia dan isi alam seluruhnya adalah ciptaan Allah dan Yang Maha Mengetahui apa keperluan dan cara penyelesaian semua masalah mereka ialah Allah SWT.
Maka kembalikan negara ini kepada Pemiliknya (Allah SWT) dengan meletakkan arahan dan larangan-Nya menjadi dasar perlembagaan negara.
Islam membawa penyelesaian dalam semua perkara tidak kira apa jenis masyarakat dan kaum yang ada dalam negara ini.
Islam diakui ajaran sempurna oleh sarjana barat dan tidak ada jalan untuk pertikaikan kesempurnaannya. Hatta undang-undang moden ciptaan cendekiawan barat tidak berupaya menandingi kesempurnaan undang-undang Islam dalam apa jua kondisinya.
Justeru mengapa tidak diberi peluang Islam memperkukuhkan perlembagaan negara ketika barat dan timur kehilangan punca untuk mencari menyelesaian permasalahan manusia hari ini?
  Manusia hari ini tercari-cari satu formula penyelesaian dalam semua aspek baik politik, ekonomi mahupun masalah sosial yang begitu kritikal, sebagai contoh manusia menjadi binatang apabila memgadakan hubungan seks secara terbuka di tepi jalan.
  Sedangkan formula penyelesaian sudah disediakan sejak 1400 tahun dahulu melalui Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.
  Justeru, tidak terlambat untuk negara ini memartabatkan Islam melalui perlembagaan negara bagi mengatasi segala penyakit dan kejahatan yang berlaku dalam kehidupan manusia hari ini.

Saturday, September 12, 2015

PAS parti teras orang Melayu- kata Tan Sri Abdul Kadir

Kenyataan Tan Sri Abdul Kadir bin Sheikh Fadzir, Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) bahawa PAS dan UMNO adalah parti teras orang Melayu.
   Apa-apa tindakan politik di negara ini mesti mengambil kira dua buah parti teras orang Melayu ini. Beliau membuat kenyataan ini ketika berucap di Kongres Rakyat  di Auditorium Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz,  Shah Alam baru-baru ini.
  Ini menunjukkan bahawa kedudukan PAS di kalangan orang Melayu cukup berpengaruh berbanding dengan parti pembangkang yang lain.
  Bererti dari segi strategi politik PAS boleh bersendirian dalam gerakerja politik pilihan raya tanpa bantuan parti pembangkang lain apa lagi mereka tidak menghurmati pendirin PAS dalam banyak perkara.
  Bagaimana PAS dibuli DAP dalam isu hudud dan isu bill persendirian untuk membolehkan perlaksanaan Enakmen Syariah II di Kelantan. Ada pihak kecewa yang menubuhkan apa yang dinamakan Gerakan Harapan Baharu (GHB) yang mendakwa sia-sia sahja PAS mengemukakan bill persendirian tersebut kerana Barisan Nasional (BN) tidak akan melayan untuk membenarkan bill tersebut dibentangkan di Parlimen.
  PAS tetap mengemukakannya kerana perhitungannya ialah usaha untuk melihat perlaksanaan enakmen itu berjaya dilaksanakan.
  Jika masih belum berjaya, sekurang-kurangnya PAS sudah berusaha sedaya upaya membuktikan kegihihannya melalui Parlimen, mencari jalan agar enakmen tersebut berjaya dilaksanakan.
  Usaha berterusan inilah menunjukkan sikap PAS terhadap apa yang diperjuangkan selama ini iaitu berusaha untuk memastikan syariat Islam ditegak ketika dia mempunyai kuasa pemerintahan.
  Persoalannya ialah melaksanakan perintah Allah sekadar kuasa pemerintahan yang ada, bukan sebaliknya, menurut kehendak kelompok yang benci dengan syariat dan agama Allah.
  PAS telah berusaha dengan gigih meluluskan enakmen syariah di kedua- dua negeri yang diperintahkannya sebelum ini termasuk Kelantan dan Terengganu.
  Semua enakmen itu dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) di kedua- dua negeri tersebut sebelum ini. Enakmen tersebut telah diluluskan dan mendapat berkenan oleh ke bawah duli Tuanku Al-Sultan di kedua-dua negeri tersebut.
  Tidak ada usaha sia-sia di sisi Islam perkara yang diperinthkan Allah. Hari ini enakmen itu belum berjaya dilaksanakan lagi, tidak mustahil di.masa akan ia dapat dilaksanakan dengan jayanya.
  Kaedah fekah, jika tidak melaksanakan semua, jangan tinggal semua. Buat apa yang perlu dibuat jika peluang wujud untuk berbuat demikian.
  Ada peluang mengemukakan bill persendirian di Parlimen maka PAS telah berusaha berbuat demikian.
  Soal bila Parlimen mahu membentangkannya, itu terserah kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat membenarkannya. Jika dia merasa bertanggungjawab dari segi keimanan dan agamanya, dia takut kepada kemurkaan Allah, dia akan membenarkan usul dikemukan bagi membolehkan bill persendirian itu dibahaskan di Parlimen.
  Jika tidak dia mesti menjawab pertanyaan Allah di akhirat kelak, kenapa dia tidak membenarkan bill itu dikemukakan di parlimen. Semua tindakan dibuat oleh manusia ada dosa dan pahalanya, apa lagi dalam hal menegakkan undang-undang Islam.
  Apa yang mahu dibuat oleh kerajaan Kelantan ialah meminda perkara 355 dalam perlembagaan persekutuan supaya undang-undang takzir dilaksanakan di negeri negeri itu hanya untuk orang Islam sahaja, tidak ada mengena dengan orang bukan Islam.
  Orang bukan Islam tidak perlu masuk campur dalam urusan ini. DAP tidak ada hak mengkritik kerajaan Kelantan dalam melaksanakan usahanya itu kerana ia tidak ada kena mengena dengan parti itu.
  Pembangkang di negara ini mesti bersifat rasional dan menerima baik usaha melaksanakan syariat ini kerana manusia yang mempunyai akal yang waras, tidak akan menolak perlaksaan syariat, di mana bumi dipijak adalah milik Allah bukan miliknya. Maka hukum Allah sahaja yang sesuai untuk penduduk bumi-Nya.

Rasuah: Barah ekonomi tahap empat

Siapa kata PAS tidak berpihak kepada rakyat berbilang kaum di Malaysia? PAS tidak mencetus pergaduhan kaum di negara ini termasuk dalam peristiwa 13 Mei 1969 yang tercatat dalam sejarah.
  UMNO bertanggung jawab terhadap peristiwa hitam dalam sejarah tanahair. Penglibatan UMNO dalam peristiwa ini sengaja disembunyikan dalam catatan buku sejarah yang dipaparkan di sekolah-sekolah.
  Ini kerana Barisan Nasional (BN) mahu menyembunyikan pekong di dadanya supaya keburukan parti itu dapat ditutup dari pengetahuan umum.
  Tetapi mana boleh bangkai gajah ditutup dengan nyiru, UMNO tidak berupaya berbuat demikian. Perhimpunan 16 September ini mungkin boleh disifatkan sebagai usaha untuk mencetus peristiwa 13 Mei kedua oleh pihak tertentu yang bersembunyi di sebalik baju merah.
  Sebenarnya perjuangan nasionalisme telah memporakpurandakan pentadbiran negara, orang Melayu dengan sifat kemelayuannya, orang China dengan kecinaannya, kaum India dengan keindiaannya dan begitulah juga bangsa-bangsa lain di seluruh tanahair.
  Nasionalismelah yang menyebabkan rakyat berbilang kaum di negara ini berpecahbelah dan bertelingkah untuk menuntut hak kepentingan bangsa masing-masing.
  Dengan gambar orang Melayu memakai tengkolok memegang parang menetak orang Cina sudah mempamerkan provokosi berunsur perkauman yang tidak sepatutnya dicetuskan semula agar tidak berlaku lagi peristiwa 13 Mei kedua.
  Apakah perkara yang meluapkan rasa tidak puashati di kalangan orang Melayu terhadap kaum Cina? Apakah kaum Cina tidak berpuashati terhadap bangsa Melayu?
  Orang Melayu menguasai tapuk pemerintahan negara, manakala orang Cina pula menguasai atau monopoli ekonomi  dan hartanah strategik di pusat-pusat bandar.
  Mengapa ia terjadi demikian? Kenapa orang Melayu tidak boleh jadi lebih baik dari segi penguasaan ekonomi dan hartanah di kawasan strategik? Atau wujudkah perjanjian tertentu antara orang Melayu dengan orang Cina dari segi penguasaan sektor, Melayu menguasai pemerintahan, Cina menguasai ekonomi.
  Apakah Dasar Ekonomi Baru Kerajaan BN gagal membentuk penguasaan ekonomi orang Melayu dalam banyak sektor untuk melebihi kaum Cina?
  Apakah benar orang Cina memang menjadi budaya dan darah daging mereka, membabitkan diri dalam perniagaan?
  Jika kaum Cina boleh maju dan berkembang dalam bidang perniagaan kenapa orang Melayu tidak boleh maju seperti kaum Cina atau lebih baik dari mereka?
  Sebenarnya asas hubungan bangsa di kalangan manusia, telah dinyatakan oleh Allah di dalam al-Quranul Karim
yang bermaksud, "Wahai manusia! Sesungguhnya Kami (Allah) telah mencipta kamu terdiri dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan antara satu sama lain, sesungguhnya yang lebih mulia di antara kamu di sisi Allah ialah yang paling bertaqwa di kalangan kamu."
  Allah SWT menjadikan suku kaum dan bangsa di kalangan manusia adalah untuk berkenal- kenalan antara satu sama lain.
  Antara lain mengenali tabiat atau budaya sesuatu bangsa itu suatu perintah Tuhan, bukan untuk diperjuangkan atau menjadi matlamat perjuangan. Menerusi cara mengenali kejayaan bangsa Cina dalam perniagaan yang mana ekonomi Malaysia dipengaruhi oleh perkembangan perniagaan orang Cina, bangsa Melayu boleh mempelajari sesuatu darinya.
  Banyak buku dikarang mengenai perniagaan orang Cina. Boleh rujuk buku-buku berkenaan untuk mengetahui rahsia perniagaan orang Cina di pasaran buku negara ini.
  Penulis tidak merasa terkilan sekiranya memang orang Cina berjaya dalam perniagaan kerana mereka jujur menjalankannya. Penulis bimbang mereka banyak dapat peluang perniagaan kerana mereka lebih terkedepan dalam 'pemberian under caunter'.
  Ada peniaga Melayu dan rakan penulis mendakwa kes monopoli kontrak ada kaitan dengan rasuah besar sebesar sebuah kereta marcedice sebagai habuan kepada yang meluluskan tender.
Yang mampu memberi rasuah sebesar itu ialah taukeh-taukeh Cina, taukeh-taukeh Melayu jarang boleh berbuat demikian.
  Ada bekas kontraktor Melayu Terengganu menceritakan bagaimana beliau terpaksa memberi gaji tambahan (rasuah) dalam jumlah besar setiap bulan kepada kakitangan kerajaan setelah, dia memperolehi satu projek kerajaan. Katanya, pegawai berkenaan berkata seseorang bergelar Dato' kirim salam kepada bekas kontraktor itu. Maka fahamlah apa maksud kirim salam itu.
  Sebenarnya Dato' berkenaan tidak pun berbuat demikian, hanya pandai-pandai kakitangan kerajaan tersebut berkata demikian untuk meminta habuan rasuah setiap bulan daripada bekas kontrsktor berkenaan.
  Bekas kontraktor itu telah berhenti atau bersara antara lain tidak mahu lagi terbabit dengan kerja-kerja kotor itu.
  Maknanya, siapa yang berkemampuan memberi rasuah lebih besar dia lebih diberi perhatian untuk mendapatkan tender kerajaan. Sudah pasti taikun-taikun Cina berkemampuan besar berbuat demikian.
  Penulis bimbang penguasaan peniaga atau usahawan Cina dalam ekonomi negara diwarnai dengan amalan tidak bermoral ini.
  Siapa atau konglomerat mana yang lebih berkemampuan dalam memberi rasuah kepada pihak yang meluluskan tender, merekalah golongan yang boleh mengusai ekonomi negara.
  Di damping sistem riba, rasuah adalah barah ekonomi tahap empat, menunggu masa ekonomi negara hancur. Walaupun ada kumpulan pengamal ekonomi, boleh hidup dengan kebangkrapan ekonomi tahap ini kerana masih mempunyai stok kewangan cukup, namun sampai satu tahap stok kewangannya akan habis, strategi mengumpul wang atau meminjam wang dari institusi kewangan untuk menghidupkan perniagaan, gagal secara total sebagaimana berlaku di Greece.
  Kita ketahui ada konglomerat Cina dan segelintir dari kalangan Melayu mempunyai bank mereka sendiri tetapi sampai bila bank mereka boleh bertahan bila mana penyakit ekonomi tahap empat ini menjadi tuan perniagaan.

Friday, September 11, 2015

Waspada pohon Dedalu dalam PAS

Perjuangan nasib rakyat tidak harus tercemar dengan tindakan keluar parti atau melompat parti kerana kredibiliti pejuang itu tercemar dan dipertikaikan.
  Rakyat akan mempersoalkan kenapa dia lompat atau keluar parti? Adakah dirinya di pihak yang benar atau partinya di pihak yang benar.
  Bolehkah orang yang lompat atau keluar parti ini boleh dipercayai, tidak akan khianat kepada rakyat sebagaimana dia khianati partinya dahulu. Jika dia ada dalam parti yang ada perjanjian dengan parti lain, apakah parti berkenaan tidak boleh pertikaikan kredibiliti pemimpin yang melompat parti itu?
  Ini kerana pemimpin berkenaan telah mencatat sejarah buruk kredibilitinya dengan melakukan pengkianatan itu.
  Tidak ada manusia normal yang boleh menerima seorang pengkhianatan perjuangan kebenaran, sebagai manusia perlu dihormati dan diberi tempat dalam masyarakat.
  Contoh buruk yang berlaku sebagai signal atau tanda amaran kepada sesiapa sahaja ingin mengadakan apa-apa hubungan dengan golongan ini sekarang kerana pengkhianatan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.
  Jika golongan itu boleh khianat dalam perkara penting seperti menjadi wakil rakyat sebagai kepimpinan politik umat Islam, tidak mustahil golongan itu boleh khianat dalam perkara lain.
  Menjadi wakil rakyat sama ada Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) adalah untuk mewakili rakyat dalam Parlimen dan DUN, institusi mulia, membentuk dan melahirkan undang-undang negara serta negeri.
  Tidak sepatutnya pengkhianat berkuasa mencipta undang-undang, institusi itu boleh disifatkan tercemar dan undang-undang tersebut turut terpalit sedikit sebanyak dengan sifat pengkianatan penggubal undang-undang (wakil rakyat).
  Undang-undang dicipta tidak bersih kerana yang mrnggubalnya tidak bersih apa lagi undang-undang ciptaan manusia.
  Walaupun tidak digubal undang-undang lompat parti tetapi wakil rakyat yang berprinsip, bukan kerana mahukan habuan dunia, kuasa dan pangkat, dia tidak akan khianat kepada parti yang memberi dia peluang bertanding dalam pilihanraya.
  PAS adakan baiah dengan sumpah menyebut nama Allah kepada ahlinya yang menjadi calon pilihanraya untuk mengatasi masalah lompat parti yang banyak berlaku dalam sejarah politik tanahair.
  Peristiwa kejatuhan kerajaan Perak disebabkan ADUN Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP lompat parti atau beri sokongan kepada BN, sama juga lebih kurang di Terengganu tahun 1961 kerana ADUN PAS menyokong undi tidak percaya kepada menteri besarnya Daud Abdul Samad.
  Inilah sebabnya baiah diwujudkan, supaya peristiwa seumpama itu tidak berulang. Tetapi itupun masih ada ahli parlimen dan ADUN mempermainkan baiah dan sumpah yang dibuat, seolah-olah ia tiada kaitan dengan dosa pahala, perhitungan hari akhirat, habis setakat dunia ini sahaja. 
  Seolah-olah ia disifatkan satu permainan hidup di dunia, permainan politik bukan suatu yang serius dan wajib dipertanggungjawabkan.
  Amat malang lagi yang melakukan dosa ini manusia yang mengaku memperjuangkan Islam, memperjuangkan keadilan dan berusaha mengembalikan hak rakyat yang ditindas oleh pemerintah BN/Umno.
  Kekecewaan kerana tidak terpilih sebagai pemimpin tertinggi PAS dalam Muktamar ke 61 jangan sampai melanggar perjanjian kita dengan Allah sebagai calon pilihanraya dan sebagai wakil rakyat kerana baiah itu disaksikan oleh Allah.
  Ini menunjukkan betapa mulianya perjanjian dibuat itu, bukan sebarang baiah. Untuk selesaikan masalah sepatutnya mereka yang melompat parti atau keluar parti melepas jawatan mereka sebagai wakil rakyat agar mereka tetap dihormati dan 'gentlemen' (disifatkan sebagai anak jantan).
PAS perlu mengambil iktibar dengan insiden yang berlaku ini, di masa akan datang, tidak lagi memilih calon pilihan raya, manusia yang ada komitmen dengan jamaah lain di luar PAS.
  Kumpulan yang sering hidup seperti pohon dedalu, menumpang pohon lain lebih besar dan teguh untuk hidup. Golongan seperti ini sepatutnya dikenalpasti lebih awal sebelum kumpulan ini jadi bak kata pepatah 'kadok naik junjung'.

Tuesday, September 8, 2015

Politik Terengganu: Air tenang jangan sangka tiada buaya

Pergolakan politik di Terengganu dilihat apabila Bekas Menteri Besarnya Dato' Seri Ahmad Said, diminta berhenti dari menerajui kerajaan negeri itu tidak lama dulu.
  Terengganu hampir jatuh semula ke tangan PAS, cuma kurang dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk menang majoriti mudah menubuhkan kerajaan buat kali ketiga dalam pilihanraya umum ke 13 yang lalu.
  Dengan pemberhentian Ahmad sebagai menteri besar, diganti dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir, Dato' Ahmad Razif Abdul Rahman, menjadikan kerajaan Berisan Nasional (BN) itu, sedikit goyang.
  Cuma setakat ini Ahmad masih pertahan dan masih tidak berganjak, tetap bersama BN, walaupun cukup tidak berpuas hati dengan cara Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menangani isu ini.
  Dalam ucapannya di mesyuarat agung perwakilan bahagian Kemaman baru-baru ini, beliau masih mengulangi kenyataan tidak puas hatinya untuk melepaskan jawatan itu biarlah selepas selesai majlis perkahwinan anaknya terlebih dahulu.
  Katanya, ini kerana surat jemputan undangan telah dibuat untuk hadir ke majlis tersebut atas kapasitinya sebagai menteri besar Terengganu.
  "Ini soal maruah saya, biarlah habis majlis nikah anak saya dulu, barulah ambil kira soal perletakan jawatan itu," jelasnya.
  Bagaimanapun beliau diminta melepaskan jawatan itu dipercayai kerana tempoh memegang jawatan tersebut telah tamat. Alasan majlis perkahwinan anaknya tidak diambil kira.
  Mohd Najib sebagai Perdana Menteri dan sebagai Presiden Umno dikatakan telah membuat perjanjian tempoh tertentu dengan Ahmad untuk memegang jawatan berkenaan.
  Tanpa mengambil kira majlis perkahwinan anak Ahmad itu, Mohd Najib mengarahkannya supaya melepaskan jawatan tersebut.
  Ketika pelepasan jawatan tersebut suasana politik Umno berlaku sedikit ketegangan antara kumpulan penyokong Ahmad dengan kumpulan penyokong Mohd Najib melalui kepimpinan Terengganu di bawah Ahmad Razif setelah beliau mengangkat sumpah sebagai menteri besar yang baharu menggantikan Ahmad Said yang juga ADUN Kijal.
  Walaupun pada zahirnya Umno Terengganu nampak tenang tetapi bak kata pepatah, air tenang jangan sangka tiada buaya, boleh dipakai untuk pergolakan politik dalaman parti itu.
  Ahmad Said sudah meluahkan rasa tidak puashatinya terhadap Mohd Najib sejak peristiwa beliau diminta melepaskan jawatan sebagai menteri besar. Bagaimanapun beliau masih lagi memegang jawatan Ketua Bahagian Umno Kemaman sehingga sekarang.
  Semasa krisis pertukaran menteri besar negeri itu beliau bercuti panjang dan menyerahkan tugasan parti kepada timbalannya Datuk Seri Ahmad Shabery Chik. Ahmad Said ketika berucap di mesyuarat agung perwakilan Umno bahagian itu melahirkan rasa terima kasih kepada timbalannya kerana menggalas tugas beliau ketika bercuti.
  Katanya, itu kali pertama dia bercakap selepas bercuti, sudah pasti beliau merasa kesan agak mendalam terhadap pemecatan secara tidak langsung dari jawatan menteri besar itu.
  Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yasin merasmikan mesyuarat tersebut di Kemaman. Umno Kemaman tidak menjemput Mohd Najib selaku Presiden Umno untuk merasmikan mesyuarat itu.
  Ini menunjukkan ada kecenderongan Umno Kemaman di bawah Ahmad Said  untuk menyokong Muhyiddin terutama dalam isu kritikan terhadap 1MDB, sebuah syarikat kerajaan yang sarat hutang.
  Ahmad sebagaimana video ucapannya diviralkan di internet menjelaskan bahawa 1MDB asalnya dari Terengganu bukan dari Kelantan.
  Beliau mendedahkan dan bersumpah dengan nama Allah bahawa 1MDB ada usaha untuk mencagar minyak negeri Terengganu dipercayai bagi mendapatkan pinjaman daripada bank dengan jumlah yang besar.
  Bagaimanapun usaha itu gagal. Ahmad dengan kenyataan ini jelas secara tidak langsung, tidak bersetuju dengan tindakan 1MDB itu. Sekaligus tidak bersetuju dengan Mohd Najib kerana dia adalah penasihat kepada 1MDB.
  Menurut Portal Pakdin.my, pada Januari 2009, kerajaan Malaysia telah mengambil alih Lembaga Pelaburan Terengganu yang ditubuhkan pada tahun 2008 dan menjadikan lembaga tersebut sebagai sebuah syarikat berhad yang dinamakan 1 Malaysia Developement Berhad (1MDB).
  Pengambilalihan tersebut bertujuan untuk melibatkan lembaga itu ke dalam sektor pelaburan �Sovereign Wealth Fund� iaitu perniagaan berkaitan pelaburan milik negeri ataupun negara.
  Kebiasaannya pelaburan yang dibuat melalui dana negeri ataupun negara adalah dalam sektor hartanah, saham, bon, tenaga dan sebagainya.
Secara am, modal niaga untuk �Sovereign Wealth Fund� ini adalah daripada dana keuntungan hasil komoditi negeri.
  Lembaga Pelaburan Terengganu yang sebelumnya diambilalih oleh kerajaan pusat dan dijadikan sebuah syarikat berhad melibatkan diri dalam aktiviti pelaburan �Sovereign Wealth Fund� daripada hasil royalti minyak negeri itu.
  Penasihat Lembaga Pelaburan Terengganu ketika itu ialah Jho Low.
  Ketika Lembaga Pelaburan Terengganu diambil alih oleh Kementerian Kewangan dan dijadikan 1MDB, Lembaga Pelaburan Terengganu mempunyai cadangan portfolio dana pelaburan bernilai RM1 billion dengan cagaran bernilai RM6 billion hasil royalti minyak untuk mendapatkan dana pelaburan bernilai RM5 billion.
  Pengambilalihan Lembaga Pelaburan Terenganu oleh kerajaan pusat direstui oleh Yang Dipertuan Agung, Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Ismail yang juga Sultan Terengganu.
  1MDB ditubuhkan pada januari 2009 sebelum Mohd Najib menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
  Lembaga Pelaburan Terengganu ditubuhkan pada tahun 2008 ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
  Jho Low menjadi penasihat Lembaga Pelaburan Terengganu pada tahun 2008 ketika era pentadbiran Tun Abdullah.
  Siapakah Jho Low? Jho Low ialah anak kepada Datuk Low, pemilik MWR Berhad yang terlibat dalam sektor kejuruteraan kontraktor.
  Jho Low adalah pelajar di sebuah universiti terkenal Amerika Syarikat (AS) dan berkawan baik dengan keluarga diraja Jordan dan Arab yang belajar di universiti yang sama dengan beliau.
  Pada usia 20 tahun, Jho Low telah memiliki sebuah syarikat pelaburan bernilai USD25 juta dan mempunyai rangkaian perniagaan berasaskan pelaburan yang agak kuat dan berpengaruh di timur tengah dan atas faktor tersebut, Jho Low mendapat jawatan sebagai Penasihat Lembaga Pelaburan Terengganu.
  Asas perniagaan 1MDB ialah dalam sektor pelaburan, tenaga, hartanah, pelancongan, pertanian dan lain-lain. Manakala projek 1MDB ialah TRX (Tun Razak Exchange). TRX ialah sebuah projek Zon Kewangan Antarabangsa seperti Wall Street di New York, Singapura, Hong Kong, Dubai, Tokyo dan lain-lain.
  Aktiviti perkhidmatan kewangan antarabangsa adalah perniagaan teras di zon ini. 1MDB merancang untuk membangun bandar Malaysia yang merupakan sebuah kawasan seluas 162 hektar yang dulunya pengakalan TUDM Sungai Besi. Ia akan dibangunkan sebagai Pusat Kewangan Islam Antarabangsa dengan rakan niaga utama ialah Qatar Investment Authority, Pusat Komersial, perumahan mewah dan sebagainya.

  1MDB juga dikatakan terbabit pelaburan dalam sektor tenaga  'The Invoice Processing Platform' (IPP) dan pelaburan IPP dalam SCORE Sarawak. Ia juga membabitkan diri dalam aktiviti membawa pelaburan asing ke Malaysia dengan perkongsian modal melalui Petrosaudi Ltd.

  Teras perniagaan 1MDB ialah sektor pembangunan strategik di mana ianya sebagai penyedia infrastruktur kepada pelabur yang berminat untuk melabur di Malaysia dalam sektor kewangan, bon, saham, sukuk, sektor tenaga, sektor hartanah dan sektor pelaburan berkaitan.
  Keseluruhan tempoh fasa pembangunan 1MDB ialah selama 15 tahun dan ianya adalah satu aktiviti pelaburan jangka panjang. Itulah rumusan mudah tentang 1MDB.
  Malangnya 1MDB  kini menjadi laibiliti kerana hutangnya dengan bank mencecah berpuluh bilion ringgit, dan dipercayai syarikat itu terpaksa membayar bunganya sahaja mencecah billion ringgit sebulan. Difahamkan syarikat itu belum mampu membayar pokok pinjaman lebih dari RM40 billion.
  Ia juga dikaitkan dengan wang derma (rasuah) yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Mohd Najib sebanyak RM2.6 billion.
  Ahmad Said,  Muhyiddin dan rakyat Malaysia berbilang kaum dan agama mempertikaikan perolehan wang tersebut sebab tidak ada penjelasan yang benar diberikan oleh Mohd Najib kepada rakyat.
  Dengan adanya isu ini, Umno seluruh Malaysia tergugat kredibilitinya dan rakyat diperbodohkan oleh Mohd Najib.
  Umno Terengganu yang sudah lama bermasalah akan lebih bermasalah lagi, dengan wujudnya skendal kewangan terbesar Asia itu yang menjadi topik besar media seluruh dunia.
  Bagaimanapun untuk membaca percaturan politik Ahmad Said, sama ada ia mahu menggugat kerajaan BN Terengganu ia bukan satu perkara yang mudah dibuat telahan.
  Kedudukan kerusi 17 BN dan 15 di pihak pembangkang, termasuk 14 PAS dan satu kerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR), tidak mudah untuk mengambil kira ADUN BN memihak kepada pembangkang.
  Ahmad Said berkata beliau tidak mengkianati Umno walaupun ada ajakan pihak pembangkang menyertainya supaya kerajaan bertukar dari BN kepada pembangkang.
  Jika berlaku pertukaran kerajaan di masa terdekat, dibimbangi kedudukannya masih goyang, kerana wakil rakyat BN bagi penulis bukan boleh dipercayai sepenuhnya.
  Jika dengan baiah pun wakil rakyat PAS mempermainkannya, apa lagi wakil rakyat BN.
  Pilihan raya peringkat negeri adalah satu pilihan terbaik untuk rakyat membuat pilihan semula kerajaan mereka di Terengganu agar kestabilan politik negeri itu lebih terjamin dan parti-parti politik boleh menawarkan khidmat mereka dengan penilaian prestasi di tangan rakyat diterjemahkan melalui undi dalam pilihan raya.

Sunday, September 6, 2015

Ahli PAS: Sebelum dan selepas Reformasi Anwar

Ahli PAS dan suasana sebelum dan selepas reformasi yang dianjurkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, tahun 1998 agak berbeza.
  Ahli PAS melihatkan kesedaran rakyat Malaysia berbilang kaum begitu ketara dan berani berbanding sebelum zaman reformasi. Ahli PAS mendapat rakan-rakan perjuangan hak umum rakyat Malaysia dari berbilang kaum, menuntut pilihanraya bersih dan adil, secara lebih terbuka.
  Bagaimanapun kesedaran ketidakadilan sistem pilihnraya sudah dirasai sebelum itu, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam banyak ucapannya di khalayak ramai sering mengungkapkan bahawa PAS berhadapan dengan kempen pilihanraya yang berat sebelah seperti bermain di padang yang tidak rata.
  Barisan Nasional (BN) atas nama kerajaan tanpa rasa bersalah menggunakan jentera kerajaan untuk turut sama berkempen bagi pihak parti itu. Maka jadilah perlawanan kempen berat sebelah seperti bermain bola di padang yang tidak sama rata antara BN dan PAS.
  Namun pandangan PAS itu didengari oleh majoriti kelompok ahli dan penyokongnya sahaja tidak meluas di kalangan rakyat berbilang kaum kerana pentas ceramah PAS dikunjungi oleh ahli serta penyokongnya, tidak ramai dari kalangan parti lain.
  Dengan adanya reformasi rakyat, ingin mencari alternatif Barisan Nasional (BN) yang dilihat sudah tidak berkemampuan memerintah negara dengan cara yang baik dan lebih efision lalu gerakan reformasi Anwar membuka mata rakyat berbilang kaum mengunjungi pentas terbuka bersama barisan kepimpinan pembangkang termasuk Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP.
    Anwar yang dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad (semasa itu bergelar Datuk Seri), telah mendedahkan keburukan UMNO kepada umum secara lebih mendalam, mendorong rakyat Malaysia lebih terbuka menerima parti-parti pembangkang sebagai wadah baru perjuangan politik mereka.
  Portal Wekipedia menggarap kronologi lahirnya gerakan reformasi dipelupuri Anwar secara sepintas lalu.
  Menurut portal itu, pergerakan reformasi di Malaysia dilaksanakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan para penyokongnya sebaik sahaja beliau dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1998.
  Gerakan ini terdiri daripada beberapa acara tunjuk perasaan dan perbarisan besar-besaran untuk menentang kerajaan campuran BN yang lama memerintah, yang berterusan sehingga Anwar ditahan lalu dipenjarakan pada tahun 1998, lalu pudarnya pergerakan tersebut. 
  Sasaran kempen reformasi ialah Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Mahathir Mohamad yang dipandang sebagai pemimpin yang korup dan sudah terlalu lama memegang jawatannya.
  Kesan peninggalan gerakan reformasi akhirnya terasa ketika pilihan raya umum pada tahun 2008, apabila Parti Keadilan Rakyat (PKR) pimpinan Anwar Ibrahim memenangi 31 kerusi parlimen, dan bersama-sama PAS dan DAP mematahkan majoriti dua pertiga BN di Parlimen.
  Di Sidang Kemuncak APEC 1998 di Kuala Lumpur, Naib Presiden Amerika Syarikat ketika itu, Al Gore, memberi ucapan yang menyokong Anwar dan pergerakan reformasi di hadapan Mahathir dan pemimpin Asia-Pasifik yang lain.
  "Demokrasi mengurniakan mohor keabsahan yang perlu untuk pembaharuan agar berkesan." 
  Tambahnya lagi: "Oleh itu, di kalangan negara yang mengalami krisis ekonomi, kita masih mendengar laungan demi demokrasi, laungan demi pembaharuan, dalam pelbagai bahasa - People Power, doi moi, reformasi. Kita mendengarnya hari ini - di sini dan sekarang - di kalangan rakyat Malaysia yang berani."
  Sebagai pengulas politik, bekas Timbalan Perdana Menteri Musa Hitam berkata, "Jika pergerakan dan tunjuk perasaan "reformasi" harus diberi kepentingan dari segi politik Malaysia — seandainya ada apa-apa yang dapat saya katakan sebagai kesimpulan positif tanpa teragak-agak — ianya tidak berbaur perkauman. Menakjubkan... lebih kepada isu daripada kaum. Saya kagum." 
  Musa mengulas bahawa sebelum reformasi, "apa jua sekalipun tunjuk perasaan di Kuala Lumpur atau Pulau Pinang sentiasa berbaur perkauman. Sekalipun menentang kerajaan, mereka membakar kedai-kedai Cina."
  Gerakan Reformasi ini membawa kepada penubuhan parti berbilang kaum yang bernama Parti Keadilan Nasional. Menjelang pilihan raya umum tahun 1999, Parti Keadilan Nasional, PAS dan DAP membentuk Barisan Alternatif (BA) dalam inisiatif bersama untuk menggantikan kerajaan BN. Bagaimanapun tidak berapa lama selepas itu, DAP keluar dari BA kerana tidak setuju dengan PAS yang memperjuangkan negara Islam dan Hudud.
  Buat pertama kalinya dalam sejarah Malaysia, UMNO selaku parti utama dalam parti campuran BN menerima kurang separuh daripada jumlah undian kaum Melayu.
  Portal itu menyebut walaupun begitu, BN kekal sebagai parti campuran terbesar di Parlimen, hasil sokongan padu dari bukan Melayu yang mengkhuatiri ketidakstabilan yang mungkin terjadi seandainya parti campuran pemerintah ditumbangkan seperti yang berlaku pada Mei 1969.
  Pergerakan reformasi seakan-akan pudar selepas pilihan raya tahun 1999, diikuti pilihan raya 2004 apabila Parti Keadilan Nasional kehilangan semua kerusinya di Parlimen kecuali satu yang dipertahankan oleh Presidennya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, isteri Anwar Ibrahim. 
  Kemenangan besar BN pada tahun 2004 adalah berpunca daripada harapan tinggi terhadap Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang menggantikan tempat Dr. Mahathir pada Oktober 2003.
  Namun demikian, Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara pada September 2004, dan Parti Keadilan Nasional bangkit semula sebagai Parti Keadilan Rakyat (PKR). 
  PKR menang besar di pilihan raya umum 2008, dengan memenangi 31 kerusi lalu menjadi parti pembangkang terbesar di Parlimen. 
  Selain itu, lima daripada sebelas kerajaan negeri di semenanjung Malaysia jatuh di tangan campuran PKR, PAS dan DAP yang kemudian membentuk Pakatan Rakyat. Kerajaan BN buat pertama kalinya sejak tahun 1969, kehilangan majoriti dua pertiganya di Parlimen.
  Demikian rentetan sejarah gerakan reformasi Anwar dicatatkan oleh Portal Wekipedia, menggambarkan sedikit sebanyak kesannya terhadap politik Malaysia.
  Dalam posisi ini ahli PAS melihat gerakan reformasi Anwar sebagai suatu gelombang politik boleh menarik kesedaran rakyat berbilang kaum ke arah perubahan politik Malaysia yang lebih realistik dan dinamek, bukan satu titik nokhtah untuk menjadikannya paksi perubahan politik secara total.
  Gelombang reformasi ini telah menenggelamkan gelombang biru yang dilancarkan oleh BN Terengganu, di bawah Pengerusi Perhubungan UMNO, Dato' Seri Idris Jusoh. Gelombang reformasi ini antara lain telah menggerakkan kesedaran rakyat untuk memberi kemenangan Besar kepada PAS di Terengganu sehingga berjaya membentuk kerajaan tahun 1999 buat kali kedua.
  Gambar mata lebam Anwar tersebar secara meluas dalam pilihanraya umum tahun tersebut, menyebabkan orang Melayu bersimpati terhadap Anwar dan memanifestasikan simpati tersebut dalam bentuk undi kepada parti pembangkang termasuk PAS.
  Persoalannya, sudah pasti PAS cukup bersimpati terhadap nasib orang yang dizalimi oleh BN kerana memang dasar perjuangannya menentang kezaliman. Bagaimanapun PAS tidak bersetuju usaha Anwar masuk UMNO kononnya untuk melakukan islah dari dalam parti sekular Melayu itu.
  Ini kerana tidak akan berupaya Anwar melakukan islah dari dalam parti itu jika dasarnya tidak berubah dan tidak mampu diubah oleh bekas Presiden ABIM itu. Ternyata jelas beliau tidak berjaya melakukannya bahkan beliau dipecat dari UMNO.
  UMNO dilihat begitu jijik dengan dasar sekular dan nasionalis yang diperjuangkannya. Selagi dasarnya tidak berubah, jangan diharap parti itu mengizinkan Islam yang syumul dilaksanakan dalam negara ini selagi ia menjadi parti pemerintah.
  Tidak ada lagi parti yang berupaya mengatasi UMNO melainkan PAS dengan prinsip perjuangannya begitu jelas dengan dasar Islamnya yang tepat mengikut tafsiran sebenar, tidak pernah cenderung kepada mana-mana fahaman ciptaan manusia sama ada dari timur atau barat tidak seperti parti-parti pembangkang yang lain.
  Nah, di atas prinsip inilah ahli PAS beristiqamah tanpa berganjak sedikitpun dari dahulu sampai sekarang, berpegang taguh dengan prinsip perjuangannya. Tribulasi yang dihadapi oleh PAS dengan wujudnya golongan yang gugur dalam perjuangan, tidak mematahkan semangat ahli-ahlinya untuk teruskan perjuangan sehingga kini
  Ia sebagai satu penapisan untuk meletakkan PAS sebagai gerakan Islam yang mantap dan bermaruah di Asia Tenggara, dihormati kawan dan lawan.
  Gerakan Harapan Baru (GHB) adalah rentetan kumpulan yang gugur dalam perjuangan gerakan Islam di nusantara ini. GHB akan mengalami kegagalan sebagaimana kegagalan yang dihadapi oleh parti-parti serpihan sebelum ini seperti Berjasa, Hamim, Islah dan Akin.
  Kewujudannya atas asas yang rapuh iaitu tidak sebulu dengan kepimpinan di zaman masing-masing. Begitulah juga dengan GHB. Sepatutnya kepimpinan GHB belajar dari sejarah dan menjadikannya sebagai panduan untuk rasional dalam gerakan politik.

Monday, August 24, 2015

Merdekakan Perlembagaan Negara dari Sistem Penjajah

Penting mendapat kuasa pemerintahan sekurang-kurangnya simple majoriti di Parlimen tetapi apakah asas pembentukan kuasa itu?
  UMNO/Barisan Nasional (BN) sudah tidak boleh dipercayai untuk mentadbir negara ini dengan slogan nasionalismenya, perjuangan bangsa, agama dan negara kerana ia hanya menjadi slogan retorik untuk meraih undi dalam pemilihan parti itu dan dalam pilihan raya semata-mata untuk memenangi hati orang ramai.
  Parti-parti pembangkang diharapkan dapat mengambil alih tugas BN dalam pilihan raya umum ke 14 nanti apabila diberi mandat oleh rakyat.
  Tetapi apakah asas pemerintahan negara yang mahu dilaksanakan oleh parti-parti pembangkang? Apakah liberalisme, nasionalisme seperti UMNO, sosialisme atau lain-lain?
  Atau ia masih kabur, parti-parti pembangkang masih mencari-cari asas untuk meletak masa depan rakyat dan negara ini lebih cemerlang dalam semua hal, jauh lebih baik dari pemerintahan BN.
  Penulis tidak nampak apa asas sesungguhnya difikirkan relevan oleh parti-parti pembangkang untuk memenuhi aspirasi rakyat bebas dari belenggu UMNO/BN.
  Ya benar, rakyat mahukan ketelusan dalam tadbirurus negara, tanpa rasuah, pentadbiran adil kepada semua pihak, undang-undang yang memberi keadilan kepada semua termasuk orang yang dihukum bersalah dan berbagai perkara lain lagi.
  Katakan, Perlembagaan Persekutuan menjadi asas pentadbiran demokrasi berparlimen negara, segala tindak tanduk rakyat dan kerajaan mestilah berasaskan kepadanya.
  Jika ini asasnya kenapa BN tidak berupaya mempamerkan keluhuran perlembagaan setelah lama memerintah negara sejak merdeka, sudah lebih dari 50 tahun?
  Semakin hari corak pemerintahan semakin merosot dan terakhir negara dibebani hutang mencecah beratus billion ringit dengan Presiden UMNO sebagai Perdana Menteri Malaysia.
  UMNO yang mahu menjaga ketuanan Melayu semakin hari menjadikan orang Melayu sebagai hamba untuk mengaut harta negara untuk pemimpin mereka, lebih teruk dari harta rampasan perang dan demi mengekal survival parti itu yang diibaratkan sebagai  'hidup segan mati tak mau'.
  Parti itu pernah matipun satu ketika dahulu dan sejarah tidak pernah menipu manusia sekali-kali.
Justeru, apakah perlembagaan boleh ditafsirkan sesuka hati menurut dasar parti pemerintah? Jika nasionalisme menjadi teras kerajaan BN maka perlembagaan ditafsir mengikut tafsiran nasionalisme.
  Begitulah sebaliknya jika sosialisme, liberalisme, sekular prograsif dan lain-lain diangkat menjadi fahaman pemerintah negara, apakah semua itu  bersesuaian atau perlembagaan negara boleh sesuka hati ditafsirkan menurut kehendak pemerintah sebab kuasa di tangan mereka setelah rakyat mengizinkan mereka berkuasa?
  Atau perlembagaan itu perlu dipinda mengikut kesesuaian dan kehendak parti pemerintah?
  Jika ini boleh dibuat, di saat diperlukan maka takrifan mengenai, ketelusan, tadbirurus negara yang baik, rasuah, salahguna kuasa dan keadilan undang-undang mestilah dinilai dengan tepat, rasional, sesuai dengan sifat fitrah manusia yang serba kekurangan.
  Jika tidak, perlembagaan negara boleh ditafsirkan sewenang-wenang bahkan boleh diperalatkan untuk menjayakan sesuatu cita-cita pihak yang berkuasa sama ada dengan sokongan rakyat atau tidak sebagaimana dilakukan oleh BN selama ini.
  Penulis percaya ia tidak mustahil boleh dilakukan oleh parti-parti lain ketika mereka memerintah.
  Tanpa prajudis, sudah pasti ada kelemahan yang termaktub dalam perlembagaan negara kerana ia ciptaan manusia yang serba kekurangan.
  Dengan sebab kelemahan inilah negara menghadapi kemelesetan segala-galanya di bawah BN.
  Negara perlu diubah dari segala bentuk termasuk Perlembagaan Negara. Negara perlu dimerdekakan dari sistem penjajah Inggeris kepada sistem Islam yang syumul mendapat jaminan rahmat untuk sekalian alam dari Allah SWT.

Thursday, August 20, 2015

Agenda PAS: Ikhlas dalam perjuangan

Memang PAS bersikap terbuka untuk menerima siapa sahaja yang mahu menjadi ahli. Tetapi jangan ada pihak tertentu mengambil kesempatan merancang agenda kumpulan mereka di dalam PAS.
  Ini satu tindakan yang merugikan banyak pihak dan membuang masa dan ia adalah satu perbuatan yang merugikan perjuangan Islam itu sendiri. PAS dijadikan platform untuk mengatur agenda pihak tertentu di luar parti itu sehingga mengabaikan dasar dan matlamat perjuangan PAS.
  Ahli PAS juga bersikap terbuka apabila golongan yang mencari kesempatan ini dilihat di peringkat awalnya, jujur pada zahirnya untuk berkhidmat dengan PAS sebagai wakil rakyat, pemimpin di mana-mana peringkat sekalipun.
  Tetapi sayangnya ahli PAS akhirnya dapat menghidu tindakan licik mereka dan apabila rancangan mereka tidak berjaya menguasai pucuk pimpinan parti, mulalah mereka buat hal (onar).
  Ada di kalangan mereka berpuluh tahun berjuang dalam PAS. Dengan kegagalan itu mulalah mereka bercakap untuk menunjukkan bahawa sikap dan perjuangan mereka berbeza dengan kepimpinan parti dewasa ini.
  Yang lebih parahnya lagi, ada yang mendakwa perjuangan mereka baru bermula. Selama ini berpuluh-puluh tahun mereka duduk di dalam PAS, ia bukan dinamakan perjuangan. Penulis tidak pasti apakah yang hendak dikategorikan masa yang diambil mereka begitu lama di dalam PAS jika ucapan mutakhir itu diambilkira.
  Ini gara-gara kepimpinan mereka ditolak dalam PAS. Ia disifatkan sebagai satu penapisan saf kepimpinan, ditapis oleh ahlinya sendiri melalui pemilihan dalam muktamar PAS yang lalu. Mereka akhirnya menubuhkan kumpulan baru yang bagi saya ia hanya baru pada namanya sahaja tetapi pada hakikat nya mereka adalah satu kelompok ahli politik yang sudah lama mempunyai wadahnya sendiri di luar PAS.
  Mereka ada usrahnya sendiri, agenda kerja, dan program mereka sendiri walaupun mereka menjadi ahli PAS dan menjadi saf kepimpinan parti pada waktu yang sama. Memang kehadiran mereka dalam PAS diraikan melalui ucapan-ucapan dasar muktamar oleh Presiden PAS, al-Marhum Datuk Fazdhil Mohd Noor dalam ruang lingkup komitmen mereka mesti diberi kepada agenda dan dasar perjuangan parti bukan membawa agenda jamaah lain ke dalam PAS.
  Bagi saya, kesilapan di sini ialah berlakunya 'conflict of interest', (percanggahan kepentingan) menyebabkan timbulnya rasa tidak senang hati mereka terhadap pucuk kepimpinan parti.
  Agenda luar parti yang tidak selari dengan keputusan parti, menjadi halangan kenapa mereka tidak boleh mencari alternatif untuk menubuhkan kumpulan bagi melangsungkan agenda mereka kononnya untuk meraih kuasa yang menjadi agenda penting dalam perjuangan mereka.
  Sejarah Islam apabila Khalid Ibnul Walid r.a. digugurkan sebagai panglima perang oleh Khalifah Umar Ibnul Khattab r.a., Khalid tetap beristiqamah kekal dalam jamaah Islam, tidak menjadi panduan mereka.
  Ada di kalangan kelompok yang kecewa ini yang dulunya bercakap, perbezaan pendapat dalam parti tidak menjadi satu kesalahan tetapi jangan tubuh parti baharu.
  Ambillah pengajaran apa yang berlaku di Indonesia, parti-parti Islam cukup banyak tetapi tidak berupaya menghantar seorang presiden pun untuk memerintah negara itu.
  Inilah cakap-cakap mereka sebelum ini tetapi air ludahan mereka itu kembali ditelan dengan rancangan penubuhan parti baharu tidak lama lagi untuk menandingi PAS.
   Al-Marhum Datuk Fazdhil Mohd Noor menyelar sikap kepimpinanan seperti ini yang disifatkan sebagai mempunyai agenda 'Hubbuz Zat' (kepentingan diri) mahu kekal menjadi kepimpinan tertinggi lebih dari kepentingan perjuangan Islam dan kesatuan ummah sehingga sanggup menubuhkan jamaah lain bagi menandingi PAS sebagai gerakan Islam yang sedia ada di bumi Malaysia ini.
  Feqah perjuangan politik Islam ada yang tetap dan ada yang boleh berubah mengikut perkembangan semasa (waqi').
  Agenda perlaksanaan syariat Islam, suatu yang sudah lama diperjuangkan oleh PAS, diperjuangkan sebelum adanya Pakatan Rakyat (Pakatan) dan ia telah berjaya dijadikan enakmen atau undang-undang di Kelantan dan di Terengganu.
  Tinggal lagi untuk dapat diadaptasikan, dilaksanakan dalam masyarakat di kedua-dua negeri tersebut, perlulah diusahakan bersungguh-sungguh oleh kedua-dua kerajaan negeri berkenaan bagi melihat dan merasai kesan dari undang-undang syariah tersebut.
  Agenda ini hanya membabitkan orang-orang Islam sahaja tidak membabitkan orang bukan Islam.
  Tidak wajarlah kepimpinan PAS berkomperomi dengan mana-mana pihak untuk menggagalkan rancangan perjuangan parti ini.
  Justeru, senario ini menghantui mereka yang tidak terpilih dalam pemilihan pucuk kepimpinan parti dalam muktamar yang lalu, sehingga akhirnya terserlah sikap mereka dan terbentuklah kumpulan hasil dari ketidakpuasan hati mereka tersebut.
  Bagi saya, dunia ini tidak pernah lekang dengan sejarah gerakan Islam dan perjuangan politik. Kejayaan dan kegagalan dalam perjuangan mereka terdahulu perlulah diambil iktibar sewajarnya sebelum mereka terus mengatur langkah perjuangan sehingga akhir hayat mereka.
  Dalam persoalan kritikal ini penulis suka memetik sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, "Jika sesiapa mendapati ada sesuatu yang tidak disenangi berlaku kepada seseorang pemimpin (amir), maka bersabarlah, sesungguhnya sesiapa yang keluar dari jamaah walaupun sejengkal, kemudian dia mati, maka matinya adalah mati dalam keadaan jahiliyyah."

Sunday, August 16, 2015

Zahid dakwa pembesar UMNO terbabit guling kerajaan Najib

26 ahli Parlimen BN terbabit konspirasi gulingkan kerajaan

Laporan dari The Rakyat Post menyatakan bahawa Zahid berkata pemimpin Umno yang didakwa berhasrat bergabung dengan anggota Parlimen pembangkang untuk menggulingkan kerajaan, akan bertemu Najib jam 6 petang ini (semalam).

KUALA LUMPUR, 16 Ogos:

Seramai 26 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dikatakan terlibat dalam konspirasi untuk menggulingkan kerajaan yang didalangi oleh pembesar Umno.

Menurut sumber, pembesar Umno berkenaan memainkan peranan menyediakan tujuh muka surat akuan bersumpah untuk mempengaruhi 87 ahli Parlimen pembangkang dan 26 ahli Parlimen BN.

“Kritik dalam parti tidak apa tetapi sebagai pembesar Umno apa yang dia buat itu sangat kurang ajar,” katanya ketika dihubungi The Rakyat Post.

Menurut sumber terbabit, pembesar Umno itu dikatakan telah menghubungi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selepas Naib Presiden Umno itu mendedahkan konspirasi tersebut pada Sabtu.

“Sebenarnya bukan Datuk Seri yang nak bawa jumpa, disebabkan pendedahan yang dilakukan sebelum ini mereka telah menghubungi TPM dan meminta untuk mengaturkan satu perjumpaan dengan PM.

“Mereka dikatakan menyesal dan ingin memohon maaf atas tindakan yang dilakukan sebelum ini.

“Kemungkinan Datuk Zahid sendiri akan bawa pembesar Umno tersebut berjumpa dengan Najib petang ini. Jadual hari ini pagi di Tampin, petang di Jempol dan malam di Lumut. Mungkin jumpa selepas program di Jempol,” katanya.

Bagaimanapun, sumber tidak pasti lokasi pertemuan tersebut.

Zahid ketika berucap merasmikan Mesyuarat Umno Bahagian Ampang, pada Ahad mendedahkan terdapat gerakan yang disusun bertujuan menjatuhkan kerajaan sedia ada yang turut melibatkan pemimpin Umno-BN.

Ketika merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Tampin pagi tadi, Zahid berkata pemimpin Umno yang didakwa berhasrat bergabung dengan anggota Parlimen pembangkang untuk menggulingkan kerajaan, akan bertemu Najib jam 6 petang ini.

Tambah sumber, beliau difahamkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar telah berjumpa dengan Zahid jam 7 pagi tadi bagi membincangkan perkara itu dan seterusnya mengeluarkan waran tangkap sekiranya terdapat bukti kukuh.

Jangan biarkan negara di hujung tanduk

UMNO menggelabah apabila Presidennya Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak  dilihat mempunyai pelbagai masalah berkait dengan kredibiliti dan politik.

Kredibilitinya dipertikai apabila skendal 1MDB dan sejumlah RM2.6 billion dimasukkan ke dalam akaun peribadinya ketika beliau menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia.

Terbaru Perwakilan Pemuda UMNO Tampin Negeri Sembilan sebulat suara menyokong usul tergempar menggesa Najib meletak jawatan sebagai Presiden parti itu dan Perdana Menteri Malaysia.

Sebelum itu Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyidin Yassin mengkritik secara terbuka soal urus tadbir 1MDB dan dana yang didakwa sebagai derma itu, dimasukkan ke dalam akaun bank Najib sebelum Pilihanraya Umum ke 13 yang lalu.

Lalu dengan tindakan beraninya itu menyebabkan beliau digugurkan dari kabinet terbaru Najib, sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Tidak diketahui apa tujuan sebenarnya wang itu dimasukkan ke dalam akaun bank Najib, ada dakwaan dikatakan untuk tujuan pilihanraya umum berkenaan.

Justeru, satu saman atau tindakan undang-undang telah dikemukakan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) terhadap Najib berkait dengan wang RM2.6 Billion itu.

Ahli-ahli UMNO terasa rimas dengan isu yang berlegar di sekitar presiden mereka lalu meluahkan kritikan dalam mesyuarat bahagian termasuk di Langkawi Kedah.

Seorang wanita Umno bahagian tersebut meluahkan rasa geramnya terhadap Najib dengan mendakwa presiden mereka telah kencing tiga juta ahli UMNO berkait dengan isu berkenaan.

Banyak bahagian UMNO telah menunjukkan sikap tidak senang dengan tindak tanduk Najib dalam menangani isu berkenaan.

Sikap yang ditunjukkan oleh perwakilan UMNO itu menunjukkan bahawa Najib bukanlah satu-satunya presiden parti yang tidak boleh dikritik secara terbuka dalam mesyuarat agung mereka.

Jika perwakilan UMNO merasakan ada perkara yang tidak kena dilakukan oleh pucuk pimpinanan, mereka berani bersuara untuk menyatakan bantahan mereka terhadap apa yang dilakukan.

Bagi mereka, kepimpinan Najib sudah sampai ke penghujungnya dan mereka mendesak supaya beliau berundur secara terhormat.

Siapakah yang akan menggantikan Najib jika dia meletak jawatan dalam masa terdekat, ia dalam pengetahuan UMNO, jika senario politik negara masih tidak berubah.

Ramai pemerhati politik berpendapat tidak akan berlaku perubahan yang memberangsangkan sekiranya UMNO masih kekal pentadbir negara.

Ini kerana sistem pentadbiran negara yang dibawa oleh parti itu terus menerus membawa negara ke arah tadbirurus tidak telus, penyalahgunaan kuasa, rasuah dan pelbagai penyelewengan lain lagi.

Pertukaran pucuk pimpinan negara di tangan UMNO tidak akan membawa perubahan apa-apa dalam negara kerana corak pentadbiran negara pada asasnya adalah sama sahaja di bawah UMNO.

Kebobrokan sosial, ekonomi dan politik dalam negara adalah kebobrokan sistem asas pentadbiran negara. Di situ letaknya punca permasalahannya.

Untuk melihat perubahan negara secara total satu mekanisme pembentukan kuasa politik perlu diatur segera sebelum kejatuhan ekonomi semakin membarah.

Parti-parti politik yang ada wakilnya di Parlimen perlu berbincang bagi mengatur langkah menyelamatkan rakyat dan negara ini dari terus dihantui oleh kepincangan yang berlaku sebelum ini.

Apakah ia perlu melalui undi tidak percaya terhadap Najib di Parlimen dan seterusnya diatur sidang khas untuk tujuan memilih kepimpinan negara yang baharu, terserahlah kepada kebijaksanaan ahli-ahli parlimen yang berperanan membuat dasar negara.

Persoalan pentingnya, negara sekarang berada di hujung tanduk, bimbang penyakit yang melanda Greece dan negara-negara dunia ketiga berlaku di Malaysia akibat hutang luar negara yang membarah.

Perundingan ahli-ahli politik perlu dibuat dari hati ke hati untuk menyelesaikan masalah ini.

Saturday, July 25, 2015

G18 dinasihatkan berfikir panjang

GHB satu insiden lahir dari rasa tidak puas hati kumpulan G18, terhadap pemilihan parti di peringkat pusat.

GHB kini dikatakan menunggu kelulusan ROS  untuk penubuhan parti baru menjadi saingan PAS.

Ada hasrat dari kumpulan ini meletakkan calon di kawasan PAS untuk tujuan mengalahkan PAS.

Bagi saya tidak menjadi masalah besar untuk ROS meluluskan pendaftaran parti baru itu.

Persoalannya ialah sejauh mana parti baru itu diterima rakyat, itu persoalan penting untuk difikirkan.

Semua pemerhati politik sedang meninjau perkembangannya dari semasa ke semasa.

Bagi saya seeloknya kumpulan G18  berfikir panjang sebelum apa-apa tindakan dibuat.

Implikasi tindakan mereka,  tidak menguntungkan mereka dalam apa jua keadaan sekalipun.

Kaji sejarah politik negara dan bertindak bijaklah untuk kebaikan perjuangan Islam di negara ini.

Tidak ada gunanya berbilang jamaah untuk bertarung dengan jamaah Islam yang sedia ada sebagaimana dinasihatkan oleh Dr. Yusof al- Qaradhawi, Presiden Persatuan Ulama Islam Sedunia.

Tuesday, May 19, 2015

Ketepikan titik bengik untuk perubahan negara

Negara Malaysia menjadi semakin tak keruan di bawah Barian Nasional (BN) hari demi hari, apabila masalah bebanan hutang negara semakin meningkat, ia boleh memufliskan negara jika tidak ada langkah drastik untuk mengatasinya.

Apa perlu rakyat buat ialah persiapkan diri untuk hadapi pilihan raya umum akan datang, jangan bagi peluang BN memerintah lagi.

Rakyat Malaysia perlu sedar tentang politik adalah untuk memerintah negara bukan untuk duit. Apabila pemerintahan negara berjalan dengan betul atas landasan keadilan untuk semua dan syariat ditegakkan, sudah pasti dia memberi impak besar kepada kesejahteraan rakyat.

Insiden-insiden yang berlaku di bawah kerajaan BN hari ini menunjukkan kepada kita bahawa kerajaan BN wajib ditukar dengan kerajaan rakyat yang adil dan saksama, syariat dilaksanakan untuk menyelesaikan masalah negara hari ini.

Kebobrokan pemimpin negara dengan hidup mewahnya, penyelewengan wang negara dengan mudah kerana kuasa ada di tangan mereka menunjukkan bahawa sudah sampai masanya rakyat membuat perubahan dalam pilihan raya akan datang.

Ketepikan soal lain, demi masa depan rakyat dan negara ini, mereka mempunyai parti-parti lain berkeliber menerajui negara  demi masa depan.

Kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) perlu memikirkan semua ini untuk rakyat dan generasi akan datang, buang titik bengik, ketepikan perselisihan, kembali positif menerajui politik negara untuk tujuan tersebut.

Wednesday, April 29, 2015

Rakyat perlu ajar BN dalam 2 PRK Rompin dan Permatang Pauh

Antara Pilihan raya Kecil (PRK) Rompin, Pahang  dan Permatang Pauh, Pulau Pinang - dua PRK ditakdirkan berlaku selepas, Najib Razak, Presiden Umno, dihujani dengan pelbagai masalah termasuk Tun Dr. Mahathir Mohamad, bekas perdana menteri Malaysia mengkritik hebat dan mempersoalkan banyak perkara mengenai tindak tanduk yang dikatakan dilakukan oleh presiden umno itu.
  Dr. Mahathir beberapa kali perjelaskan dalam banyak pertemuan bahawa beliau merasakan Najib lebih baik dari Abdullah Badawi sebagai Perdana Menteri tetapi apa yang berlaku dikatakan sebaliknya.
  Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pula menjadi 'berhantu', rakyat rasa tertekan dengan ketibaannya 1 April lalu bila dikuatkuasakan kerajaan. Perbelanjaan rakyat semakin meningkat sedangkan pendapatan tidak bertambah.
 Perbelanjaan yang dikatakan sampai RM3 juta untuk beli bunga di majlis perkahwinan anak tiri Najib di persoalkan oleh Mahathir.
  Beliau minta penjelasan dari Najib benarkah perbelanjaan membeli bunga untuk majlis perkahwinan itu sampai bernilai RM3 juta?
  1MDB, dana yang dikatakan bertujuan untuk mempermudahkan wang kerajaan dipergunakan untuk tujuan tertentu bukan sebenarnya untuk kepentingan rakyat.
  Motif pembunuhan al-Tantunya Sharibu sehingga hari ini tidak pernah diperjelaskan menurut undang-undang, dipercayai menghasilkan satu keputusan hukuman yang tidak matang dan tidak adil terhadap kedua-dua bekas anggota polis termasuk Sirul Azhar Umar dan Azilah Hadri.
  Apa lagi Sirul menjelaskan beliau membunuh kerana menerima arahan. Persoalannya, siapa yang memberi arahan? Sirul mendapat suaka politik di Australia kerana negara itu tidak menerima hukuman mati mandatori. 
  Polis perlu membuka kertas siasatan untuk merungkai persoalan tersebut. Jika tidak hukuman yang dijatuhkan ke atas mereka terbabit dipercayai tidak adil dan boleh dipertikaikan.
  Dr. Mahathir merasa bimbang dengan corak pemerintahan Najib dan latar warna warni insiden politik dan jenayah melengkungi pentadbirannya yang banyak masih tidak berjawab dengan jelas dan di bawah keputusan undang-undang.
  Penulis acap kali mendengar ucapan Mahathir meminta Najib meletak jawatan dalam video yang disiarkan dalam facebook dan Youtube.
  Sebenarnya Malaysia dalam suasana politik dan pentadbiran yang parah dengan kepincangan yang tidak tertanggung lagi sehingga perbelanjaan negara terhutang beratus-ratus billion ringgit.
  Rakyat yang mengkaji dan membaca maklumat perlu merasa takut dengan sikap Najib dan corak pemerintahannya hari ini.
  Kebimbangan itu perlulah di adaptasikan dalam PRK yang berlangsung sekarang dan keputusannya hendaklah bersifat mengajar Barisan Nasional (BN) pimpinan Najib, agar sedar dari mimpi di siang hari.
  Rakyat perlu memilih Pakatan Rakyat (PR) sama ada PAS di Rompin dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Permatang Pauh.
  Rakyat tidak boleh lagi membiarkan BN terus menghantui negara dengan pelbagai insiden menggerunkan dan memusnahkan masa depan negara ini sebagaimana berlaku hari ini.

Sunday, March 15, 2015

Ahli PAS perlu memahami Feqah Aulawiyyat

Sebagaimana sedia maklum Malaysia adalah sebuah negara merdeka sudah lama lebih dari 50 tahun dari penjajah Inggeris tetapi realiti kemerdekaan tidak wujud kerana Inggeris sahaja pulang ke kampung halaman mereka namun sistem dan undang-undang penjajah itu masih menjadi paksi undang-undang negara.

Bertitik tolak dari masalah inilah timbul pelbagai kepincangan dalam dalam negara yang tidak kesudahan. Sistem undang-undang yang tidak adil, undang-undang yang boleh disifatkan seperti sarang labah-labah, yang kuat dan berkuasa tidak dikenakan tindakan manakala yang lemah dan tidak berkedudukan akan dikenakan tindakan.

Kepincangan undang-undang tidak dapat dibendung lagi menyebabkan rakyat negara ini merasai perit dengan segala permasalahan undang-unndang tida berupaya menghapuskan jenayah di kalangan masyarakat.

Rakyat negara ini mesti melihat kepincangan hasil undang-undang yang tidak adil dilaksanakan dalam negara sebagai suatu isu yang perlu diambil kira dan berusaha untuk menyelesaikannnya.

Ia tidak akan berlaku apabila tidak ada kuasa yang boleh merubah undang-undang tersebut dan cara perlaksanaan undang supaya tidak ada tertinggal rakyat yang tidak terbela, tida menerima keadilah akibat penyelewengan perlaksanaan undang-undang.

Kuasa politik sebagai agen perubah itu paling penting tanpanya undang-undang lapuk ini akan menghantui rakyat dan menzalimi mereka, malah menjadikan mereka kambing hitam kepada pihak berkuasa dan yang ingin mempertahankan kuasanya.

Disinilah letaknya feqh aulawiyyat dalam Islam bagi menyelesai krisis kemanusiaan di kalangan umat manusia di sepanjang zaman.

Membentuk kuasa pemerintahan yang berteraskan keadilan Islam sebagai asas penting untuk menjaga semua maslahah manusia bermula dari agama, nyawa, keturunan atau marwah, akal dan harta.

Menurut para ulama Lima perkara ini mesti dijaga mengikut turutannya yang pertama agama terlebih dahulu.

Allah SWT berfirman di dalam al-Quranul Karim yang bermaksud, �Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisab-Nya.� (Surah Ali Imran: 19)
Allah berfirman dalam ayat lain bermaksud, �Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan mana-mana bahagian dari agama mereka sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah? Dan kalaulah tidak kerana kalimah ketetapan yang menjadi pemutus (dari Allah, untuk menangguhkan hukuman hingga ke suatu masa yang tertentu), tentulah dijatuhkan azab dengan serta-merta kepada mereka (yang berbuat demikian) dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.� (Surah Asy-Syura: 21)

Allah nyatakan dalam firman-Nya seterusnya yang bermaksud, �Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya dan dia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.� (Surah Ali �Imran: 85)

Berdasarkan kepada ayat-ayat tersebut di atas menunjukkan kepada kita bahawa menjaga agama adalah lebih penting dari yang lain dan Islam sahaja yang diterima sebagai dasar menentukan manusia bersih dari kepincangan dan penyelewengan.

Di sini Islam bukan sahaja perlu dipertahankan sebagai agama rasmi negara tetapi ia perlu dibuktikan boleh menyelesaikan masalah rakyat dalam semua perkara.

Begitulah perkara yang perlu dipertahankan oleh PAS untuk memberi kefahaman sebenar tentang betapa pentingnya rakyat dan negara ini menjadikan Islam sebagai asas segala penyelesaian.

Inilah dia Feqah Aulawiyyat yang meletakkan perkara utama dan amat perlu ditegakkan ialah menjaga agama sebagai rujukan dalam segala penyelesaian yang hendak diambil.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil, BA Hons dari Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah, Universiti al Azhar, Kaherah dalam blognya (http://ibnuirfadzil.blogspot.com) menyebut bahawa Feqh Aulawiyyat juga dikenali sebagai feqh prioriti, iaitu melakukan sesuatu amalan dengan makna memahami turutan-turutan keutamaan terhadap tindakan yang bakal diambil.

Menurut Dr.Yusuf al Qardhawi, Feqh Aulawiyyat ialah meletakkan setiap sesuatu benar mengikut taraf keutamaannya. Ia diperlukan kerana bencana yang menimpa kebanyakan jemaah Islam hari ini adalah disebabkan hilangnya Feqh Aulawiyyat.

Salah satu contoh fenomena kebejatan fikrah umat Islam apabila mereka tidak memahami Feqh Aulawiyyat ialah munculnya firqah Khawarij. Kebanyakan mereka yang dilanda penyakit kejahilan ini akan menumpukan persoalan furu� berbanding persoalan asas, dan sering menimbulkan persoalan juz�iyyah berbanding kulliyyah.

Dengan memahami dan mengetahui Feqh Aulawiyyat, kita dapat mengetahui manakah musuh yang perlu dihadapi terlebih dahulu dan menumpukan serangan terhadap mereka.

Kerana itu, apabila zaman permulaan dakwah Baginda salallahualaihi wasalam di Makkah, tarbiyyah Baginda difokuskan terlebih dahulu kepada pemantapan umat terhadap dasar-dasar aqidah, menghambakan kepada Allah, menjauhi perkara syirik dan tegahan-Nya serta menghiasi diri dengan akhlak yang baik.

Pada peringkat permulaan dakwah di Makkah, Baginda tidak mengarahkan orang Islam membinasakan berhala yang berada di sekitar Ka�abah. Baginda salallahualaihi wasalam juga melarang orang Islam melawan Kafir Quraish dengan senjata, sebaliknya menganjurkan mereka (umat Islam) supaya bersabar dan mendirikan solat sebagaimana friman Allah yang bermaksud, �Tahanlah tanganmu (dari berperang), laksanakan solat dan tunaikanlah zakat.�(Surah an Nisa�:77)

Ini kerana, Islam menekankan persoalan aqidah sebagai permulaan pertama dalam setiap amal sebagai asas. Amalan dalam Islam pula umpama sebuah binaan, dan bagaimana binaan tersebut mampu teguh dan kukuh jika asasnya (aqidah) sendiri sudah goyah?

Tetapi, bagaimana pula apabila jemaah Islam sudah ada? Sheikh Muhammad Ghazali rahimahuLlah, merupakan pendakwah yang pertama mencetuskan idea penstrukturan feqh aulawiyyat sebagai satu topik perbahasan.

Beliau sering menekankan skop keutamaan apabila membicarakan masalah pendakwah masa kini. Sheikh Muhammad Ghazali berpendapat bahawa masalah pendakwah masa kini ialah tidak mempunyai wa�yu as siyasi yang baik. 

Mereka lebih suka membicarakan soal remeh temeh secara panjang lebar, sebaliknya memandang enteng perkara yang sepatutnya lebih diberikan perhatian. Kata Sheikh Muhammad Ghazali �Pemikiran politik di kalangan orang-orang agamawan masih lagi dibatasi blok kedangkalan. 

Mereka melihat korupsi (penyelewangan) tetapi tidak memikirkan apakah penyebabnya, mereka membaca sejarah tetapi gagal merungkai pengajaran melaluinya.�

Sementara itu Dr. Yusuf al Qardhawi antara tokoh ulama yang kerap menyinggung umat tentang persoalan Feqh Aulawiyyat. Menurut beliau, mereka yang gagal memahami aulawiyyat akan sentiasa dalam keadaan fanatik dan ta�assub.

Dr.Yusuf al Qardhawi pernah menceritakan bahawa beliau pernah berjumpa dengan seorang lelaki yang bertanya kepadanya, �Apakah anda (Dr.Yusuf) percaya dengan karamah Sheikh Fulan?�.
Lantas beliau menjawabnya,�Saya belum pernah membaca riwayat hidup sheikh itu�. Lalu pemuda tersebut membawakan kepadanya buku yang menjelaskan riwayat hidup sheikh tersebut.
Setelah beberapa bulan Dr.Yusuf al Qardhawi bertemu dengan pemuda itu, dan kembali bertanya kepadanya, �Bagaimana pendapat kamu?�. Lalu Dr. Yusuf al Qardhawi menjawab ;
�Perkara itu tidak penting. Apabila saya meninggal dunia dan saya tidak tahu mengenai sahabatmu (sheikh) itu, maka sesungguhnya Allah tidak akan bertanya kepadaku tentang dirinya dan karamahnya.�

Allah akan bertanya kepada kita setiap ilmu yang kita perolehi, apakah manfaatnya untuk umat? Manakala ilmu yang kita dapat, apakah manfaat kita dapat amalkan?

Sebelum kita mengenali Feqh Aulawiyyat sebagai salah satu subjek ilmu, hendaklah diketahui bahawa kemaslahatan dalam syariat Islam tidak berada dalam satu darjat, tetapi dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu ; 
(1) Daruriyyat/ compulsory. (2) Hajiyyat/ necessity. (3) Tahsiniyyat/ excellent. Feqh Aulawiyyat menuntut kita untuk mendahulukan perkara-perkara yang termasuk ke dalam Daruriyyat ke atas perkara-perkara Hajiyyat, juga megutamakan Hajiyyat ke atas perkara yang termasuk dalam Tahsiniyyat (pelengkap). 

Kesimpulannya seperti berikut, Daruriyyat } Hajiyyat } Tahsiniyyat.
Apakah yang dimaksudkan dengan Daruriyyat, Hajiyyat dan juga Tahsiniyyat? Secara mudahnya, ketiga-tiga kategori tersebut difahami sebagaimana berikut ;

1. Daruriyyat iaitu kemestian, suatu peringkat untuk melanjut atau meneruskan kehidupan. Ia juga merupakan perkara yang mutlak diperlukan untuk kehidupan manusia.

2. Hajiyyat sebagai keperluan, merupakan peringkat untuk memenuhi kecukupan hidup supaya dapat menjalankan fungsi dengan baik. Sangat mustahak diperlukan kerana apabila ia tiada maka kehidupan manusia akan menjadi sangat susah.

3. Tahsiniyyat atau kesempurnaan, merupakan pelengkap yang menjadi hiasan tambahan di dalam kehidupan dan dengan keberadaannya, maka kehidupan manusia akan menjadi lebih sempurna.

Para ulama menjelaskan bahawa perkara Daruriyyat terbahagi kepada lima bahagian, iaitu: 1) Agama. 
2) Nyawa. 3) Keturunan/ Maruah. 4) Akal; dan 5) Harta. Hal tersebut dijelaskan seperti berikut ;

Agama : Kewajiban kita menyebar dan menjaganya dari ancaman musuh.

Nyawa : Kewajiban menjaganya dari segala jenis ancaman.

Akal : Kewajiban menggunakannya untuk mengenal Allah dan menjaganya dari berfikiran tidak waras.

Keturunan / Maruah : Kewajiban memastikannya aman dari segala percampuran keturunan dan segala yang boleh mencemar maruah.

Harta : Kewajiban memanfaatkannya kepada sumber yang dipuji syara� dan menjaganya dari ancaman.

Kerana itu, memelihara kemurnian agama adalah merupakan perkara darurat yang paling utama dan penting.

Ianya mestilah didahulukan ke atas perkara-perkara darurat yang lain, hatta jiwa sekali pun. Begitu juga memelihara keselamatan jiwa mesti diutamakan dan didahulukan ke atas perkara-perkara darurat yang lainnya.

Lalu, suatu yang kurang penting tidak wajib dipentingkan. Apa yang wajar didahulukan hendaklah diketengahkan dan suatu yang wajar dikemudiankan hendaklah dikemudiankan. Dengan kata lain, tiap-tiap suatu perkara hendaklah diletakkan pada tempatnya secara seimbang dan adil.

Semua aspek hukum, amal, nilai dan taklif tidak berada dalam suatu darjat yang sama. Justeru itu, al Quran mengemukakan sebagaimana berikut ;

�Apakah orang-orang yang memberi minuman kepada orang-orang yang mengerjakan haji dan menguruskan Masjid al Haram, kamu samakan dengan orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kiamat serta berjihad di jalan Allah. Mereka tidak sama di sisi Allah dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim. Orang-orang yang beriman dan berhijrah di jalan Allah dengan harta benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah, dan itulah orang-orangnya yang mendapat kemenangan.�(Surah at Taubah:19-20)

Imam Abdullah bin Mubarak pernah menulis kepada sahabatnya Sheikh Fudhail bin Iyadh. Beliau menegur Sheikh Fudhail kerana asyik beriktikaf dan melakukan ibadah sehingga meninggalkan urusan yang lebih utama iaitu tugas jihad ;

�Wahai hamba yang tekun beribadat di tanah haram, jika kau melihat kami tentulah engkau akan mengetahui bahawa engkau sedang bermain dengan ibadatmu.

�Sesiapa (di kalangan kamu) yang berlumuran air mata dipipinya, adapun tengkuk - tengkuk kami pula berlumuran darah (di medan jihad).

�Atau ada yang kudanya keletihan sia-sia (di tempat ibadah), sedang kuda-kuda kami keletihan di pagi hari (di tempat musuh).

�Kalian dipenuhi bau wangian, sedangkan wangian kami adalah debu-debu nan indah yang diterbangkan hentakan kuda-kuda gagah.

�Begitupun sesungguhnya kami dianugerahi untaian sabda Baginda (salallahualaihi wasallam), kalimah Baginda yang sahih lagi benar, bukan dusta.�

Melalui Feqh Aulawiyyat, kita dapat mengetahui kewajipan yang utama dilaksanakan. Kita sesekali tidak melewatkan perlaksanaannya, kerana dengan berbuat demikian, kita telah melepaskan kesempatan yang tidak dapat diganti kecuali setelah melibatkan zaman yang begitu lama dan kadang-kadang langsung tidak berganti. 

Kata as Shahid Imam Hasan al Banna rahimahuLlah ;

�Waktu adalah sebahagian daripada proses mengubati/membuat pengislahan.�
Mereka yang tidak memahami Feqh Aulawiyyat, sebenarnya termasuk dalam golongan yang mensia-siakan waktu terhadap urusan yang lebih penting dilaksanakan. Mereka yang melakukan tabiat mensia-siakan keutamaan dalam setiap tindakan sebagai salah satu tanda kebodohan seorang manusia. Kata Ibnu �Ato�iLlah dalam Hikamnya ;
�Menunda/ menangguh amal perbuatan (kebaikan) kerana menantikan kesempatan yang lebih baik merupakan suatu tanda kebodohan yang mempengaruhi jiwa.�

Sebuah gerakan, organisasi atau persatuan yang tidak memahami Feqh Aulawiyyat terhadap bidang tugas yang harus digarap lebih awal akan menyebabkan perpecahan.

Sebagai contoh, ada pertubuhan yang hanya bergerak di bidang dakwah aqidah, dakwah ibadah; ada juga yang khusus memusatkan skop sosial, politik, dan sebagainya.

Bila pendokong-pendokong organisasi ini tidak faham perkara mana yang mesti diutamakan, masing-masing akan merasa bahawa bidang dakwahnya-lah yang paling penting.

Padahal, keutamaan tersebut perlu dilihat dari pelbagai sudut, tempat, situasi yang mungkin berbeza. Apabila hal ini tidak ditimbang dengan baik, perbezaan-perbezaan jenis gerakan sesebuah pertubuhan akan mendorong kepada perpecahan umat.

Apabila pendokong gerakan Islam tidak memahami Feqh Aulawiyyat, persoalan mengenai aspek ijtihadi furu� (masalah ijtihad dalam urusan rantingan) sering menimbulkan pertengkaran dan perseteruan sepanjang masa. 

Benar, kita mesti memilih mana yang paling bertepatan dengan as Sunnah, tetapi kita mestilah berlapang dada dan tidak menganggap yang berbeza dengan pilihan kita telah keluar dari jalan Sunnah, melakukan bidaah yang tercela atau tuduhan-tuduhan lainnya. 

Kerana, barangkali mereka yang khilaf dengan pegangan kita juga mengasaskan pendirian kepada keterangan al Quran dan Sunnah, betapapun menurut kita lemah namun mereka masih memiliki sandaran dalil yang dibenarkan oleh Baginda s.a.w.

Tags