GHB satu insiden lahir dari rasa tidak puas hati kumpulan G18, terhadap pemilihan parti di peringkat pusat.
GHB kini dikatakan menunggu kelulusan ROS untuk penubuhan parti baru menjadi saingan PAS.
Ada hasrat dari kumpulan ini meletakkan calon di kawasan PAS untuk tujuan mengalahkan PAS.
Bagi saya tidak menjadi masalah besar untuk ROS meluluskan pendaftaran parti baru itu.
Persoalannya ialah sejauh mana parti baru itu diterima rakyat, itu persoalan penting untuk difikirkan.
Semua pemerhati politik sedang meninjau perkembangannya dari semasa ke semasa.
Bagi saya seeloknya kumpulan G18 berfikir panjang sebelum apa-apa tindakan dibuat.
Implikasi tindakan mereka, tidak menguntungkan mereka dalam apa jua keadaan sekalipun.
Kaji sejarah politik negara dan bertindak bijaklah untuk kebaikan perjuangan Islam di negara ini.
Tidak ada gunanya berbilang jamaah untuk bertarung dengan jamaah Islam yang sedia ada sebagaimana dinasihatkan oleh Dr. Yusof al- Qaradhawi, Presiden Persatuan Ulama Islam Sedunia.