Latest News

Monday, February 18, 2019

Kuasa Tun Mahathir Terhad



Tun Dr Mahathir Mohamad
Tun Mahathir,  tidak mempunyai kuasa politik yang mantap dan mudah diperalatkan oleh DAP,  parti menjadi dalang perancangan politik Pakatan Harapan (PH). 

Sebab itu dia berhasrat mengembangkan Parti Bersatu ke Sabah walaupun sudah ada perjanjian dengan Pengerusi Parti Warisan,  Shafei Afdal bahawa Bersatu tidak akan kacau Sabah.  

Tun Mahathir mahu lebih ramai ahli Umno masuk Bersatu terutama ahli Parlimen untuk survival kuasanya.  

Sebab itu beliau tidak menghiraukan,  kritikan kepimpinan PH yang lain,  bahawa tindakan mengambil seramai mungkin ahli parlimen bebas dari bekas ahli Umno masuk Bersatu membelakangi semangat setiakawan komponen parti-parti politik dalam PH.

Tun Mahathir nak buat apapun dia bergantung kepada keputusan kabinet yang didominasi oleh bukan Melayu.  

Sebenarnya,  negara dalam bahaya apabila orang Melayu yang menjadi teras penduduk negara ini dikuasai kuasa politiknya oleh orang bukan Melayu.  

Kesimpulannya,  kuasa politik Tun Mahathir,  tidak mantap dan tidak teguh seperti dahulu,  di zaman pemerintahan Barisan Nasional (BN). 

Bersatu tidak selesa dalam PH.  Apakah kemungkinan menjadi satu kenyataan kata-kata Mahathir, "We are mobile we are not fix, " (kami boleh berubah,  kami tidak tetap), " satu ancaman kepada PH jika mendesak Mahathir mengikut telunjuknya dalam sesuatu isu?  

Alasan jika PH menjadi pembelot negara,  beliau bertukar kepada parti baru,  menunjukkan ada sesuatu tidak kena dalam PH.  

Ertinya PH itu sendiri tidak teguh kedudukannya,  mungkin akan tumbang bila-bila masa dan pilihanraya umum baru mungkin diadakan tidak sampai lima tahun PH memerintah Malaysia dan menjadi kerajaan paling singkat dalam sejarah politik Malaysia.

Tags