Latest News

Featured
Featured

Gallery

Technology

Video

Games

Recent Posts

Monday, February 18, 2019

Kuasa Tun Mahathir Terhad

Kuasa Tun Mahathir Terhad

Tun Dr Mahathir MohamadTun Mahathir,  tidak mempunyai kuasa politik yang mantap dan mudah diperalatkan oleh DAP,  parti menjadi dalang perancangan politik Pakatan Harapan (PH). Sebab itu dia berhasrat mengembangkan Parti Bersatu ke Sabah walaupun sudah

Monday, December 4, 2017

Manusia dan kehidupan

Manusia dan kehidupan

Kita ditakdirkan menjadi manusia,  tidak menjadi benda lain.   Apabila kita menjadi manusia,  kita mempunyai tanggungjawab sebagai manusia yang penciptaannya lebih sempurna berbanding dengan makhluk lain.   Walaupun ia lebih sempurna berbanding dengan makhluk

Monday, October 2, 2017

Fastaqim 2.0 berlabuh agenda PAS belum selesai

Fastaqim 2.0 berlabuh agenda PAS belum selesai

Fastaqim 2.0 telah melabuhkan tirainya, menggamit 200 ribu pengunjung dari seluruh negara, menjadikan Umno Terengganu terasa dengki dengan kejayaan PAS menganjurkan agenda parti yang berprestej itu.

  Ia menjadi gelombang baharu politik, menarik sokongan rakyat terhadap PAS, Tan Sri Abdul Kadir Syeikh Fadhil Pengerusi Parti Ikatan dalam ucapannya di pentas Fastaqim 2.0 mendakwa Umno memerlukan peruntukkan lebih RM30 juta untuk menganjurkan program seperti itu.

  Itu berdasarakan pengamalamn beliau ketika berada dalam Umno satu ketika dahulu. Umno terpaksa berbelanja besar jika berhasrat mengadakan masjlis seumpama itu, katanya.

  Ironinya Pantai Tok Jembal Kuala Nerus mencatat sejarah, Satu perhimpunan besar menggerakkan hati beratus ribu pengunjung terdiri dari ahli dan penyokong PAS dari segenap lapisan masyarakat, menceriakan bumi Terengganu dengan aturcara melibatkan semua pihak sekaligus  melatih ahli parti sentiasa bergerak menghadapi cabaran dan rintangan politik dari semasa ke semasa.

  Lebih 50 ekar tanah tebing berbatu di pantai itu dimanfaatkan untuk menaikkan semangat dan sokongan ahli dan menghantar semboyan bahawa PAS sudah bersedia menghadapi pilihan raya umum ke 14 (PRU14) yang dijangka akan diadakan tidak lama lagi.

  Kejutan politik tidaklah begitu menyerlah dengan penyertaan dua bekas pegawai tinggi kerajaan namun penyertaan dan komitmen ahli mengikuti Fastaqim 2.0 dan mendengar amanat pimpinan tertinggi bagi menghadapi PRU14 satu gerakan dan usaha yang cukup berjaya.

  Tinggal lagi tindak balas ahli seterusnya di kawasan, Dun dan Cawangan masing-masing di peringkat akar umbi perlu dihasilkan sebaik mungkin selepas PAS bersendiri menghadapi percaturan dan gejolak politik Malaysia yang rencam demokrasinya dan banyak memihak kepada Umno/Barisan Nasional (BN) akibat bermain di padang politik yang tidak rata.

  PAS perlu melihat jatidirinya sendiri dalam situasi politik sekarang kerana akar umbi PAS boleh berdikari dengan segala kepakaran dan pengalaman yang ada tanpa bantuan pembangkang yang lain kerana itulah yang berlaku selama ini pun.

  Kesombongan dan keangkuhan DAP dan  Parti Keadilan Rakyat (PKR) sanggup memperlekehkan PAS, memandang serong terhadap PAS dan  tidak menghormati prinsip perjuangan PAS, menunjukkan bahawa parti-parti pembangkang itu hanya mahukan PAS ketika berdepan pilihan raya bagi menggunakan tenaga ahli PAS di peringkat akar umbi ketika mereka tidak mempunyai ahli seramai PAS di seluruh negara.
  Ini cetusan hati ahli-ahli PAS ketika ditinjau perasaan mereka ketika melihat kerenah parti pembangkang berkenaan yang penuh hipokrit dalam perjuangan

  PAS perlu berdikari berdepan dengan PRU14 dengan meletakkan calon di mijoriti kawasan pilhan raya sama ada di peringkat Parlimen mahupun DUN dengan strategi memenangkan parti itu dan berjaya membentuk kerajaan di peringkat Pusat.

  Cadangan PAS bertanding di lebih 100 kerusi parlimen adalah satu cadangan yang baik dan dialu-alukan oleh semua ahli di peringkat akar umbi.

  Sokongan mana-mana parti yang sebulu dengan PAS diambil kira kemudian, Jika tidak selama-lamanya PAS tidak mempunyai keyakinan diri untuk membentuk kerajaan di peringkat tertinggi itu.

   Pengalaman PAS berpuluh-puluh tahun dalam arena politik negara ini sudah cukup matang untuk parti itu bergerak sendiri dengan tenaga kepimpinan ahli yang sedia ada.

  Gagasan Sejahtera pula eleman sokongan baharu kepada perjuangan PAS bukan sahaja  melibatkan parti-parti kecil tetapi Badan Bukan Kerajaan (NGO), sebagai satu cetusan politik baharu walaupun usaha ini pernah dibuat di Amerika Syarikat.

  Ini satu permulaan yang baik  di samping PAS bersikap lebih terbuka dari sebelum ini boleh berta'awwun dengan mana-mana pihak yang ingin mendaulatkan syariat di negara ini sekaligus mengaplimentasikan agenda Budaya Politk Matang dan Sejahtera (BPMS).

  Agenda ini seharusnya digerakkan sampai ke akar umbi untuk merapatkan hubungan PAS dengan rakyat dari semua kecenderngan politik termasuk golongan atas pagar.

Link video lagu Fastaqim 2.0 


MARI BERBAGI INFORMASI PENERBITAN

MARI BERBAGI INFORMASI PENERBITAN
Menerbitkan Karya Ilmiah Secara Swadaya

Tanya Jawab

Tanya Jawab
Tanya Jawab Soal Alkitab Lengkap

Alkitab Tematis

Alkitab Tematis
Bahan Renungan Pribadi atau Kelompok

Wikipedia

Search results

Popular Posts

PENERBIT BUKU ILMIAH

PENERBIT BUKU ILMIAH
Untuk Yang Baru Lusus Perguruan Tinggi

USAHA TERNAK BEBEK

USAHA TERNAK BEBEK
Ingni Menambah Penghasilan Anda

CREDO - AKU PERCAYA

CREDO - AKU PERCAYA
Pengakuan Iman Kristiani

Popular Posts

Subscribe

Ads

Labels

Repair Ship And Spares

Artikel Bagus Semua

Entri yang Diunggulkan

Kuasa Tun Mahathir Terhad

Tun Dr Mahathir Mohamad Tun Mahathir,  tidak mempunyai kuasa politik yang mantap dan mudah diperalatkan oleh DAP,  parti menjadi dalang pera...

Powered by Blogger.

INFO GUA MARIA DI INDONESIA

KK LIFORCE JAKARTA

KK LIFORCE JAKARTA
Kalung Menambah Stamina

Tags