Latest News

Saturday, April 8, 2017

PRU14: BN rancang kemenangan?

Oleh Suhaimi Taib

Saya ingin menggarapkan pandangan saya mengenai perkembangan mutakhir politik Malaysia hari ini.

Sikap Umno terhadap permasalahan rakyat nampaknya serius ketika tibanya musim pilihanraya umum yang semakin hampir sekarang.
Lepas pilihanraya akan ada sesuatu yang dibuat untuk menaikkan kemarahan rakyat,  begitulah keadaannya yang berlaku di negara Malaysia selepas Barisan Nasional (BN) berjaya menang semula sekaligus mentadbir negara.
Sekarang Umno merancang pertama sekali,  pastikan kepimpinan Presidennya Datuk Seri Mohd.  Najib Tun Abdul Razak kekal sebagai pemimpin Umno yang relevan dengan perkembangan semasa dan mengikut kehendak parti-parti komponen terbesarnya termasuk Gerakan,  MIC dan MCA.
Sebaliknya, semua kepakaran digunakan untuk mempastikan kemenangan berpihak kepada BN. Begitulah yang setiap kali adanya pilihan raya.
Menurut satu sumber,  dipercayai kakitangan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR)  digunakan bagi mengatur strategi termasuk pecah sempadan pilihanraya bagi mempastikan kemenangan tersebut.
Jabatan-jabatan kerajaan juga diperalatkan untuk BN atas nama arahan ketua jabatan walaupun di musim pilihan raya,  pemimpin BN ambil kesempatan berkempen bagi pihak parti itu dengan menggunakan jabatan kerajaan atas nama parti kerajaan.
Ini disebut sebagai bermain di padang yang tidak rata. Pembangkang tidak ada kesempatan atau tidak diberi ruang berkempen seperti BN.
Memang pun tidak sepatutnya jabatan kerajaan diheret sama untuk berkempen dalam pilihan raya.
Jika Umno/BN anak jantan,  dia tidak akan peralatkan jentera kerajaan untuk turut berkempen bagi memenangkan parti itu dalam pilihan raya.
Seorang bekas Pengerusi SPR,  Tan Sri Abdul Rasyid Abdul Rahman ketika saya temui beliau di Kota Bharu tidak lama dahulu menjelaskan memang berlaku ketidakadilan dalam kempen pilihanraya antara BN dan pembangkang.
Beliau sebagai pengerusi SPR tahu permasalahan yang berlaku tetapi tidak boleh berbuat apa-apa.
Banyak kes seumpama itu dibawa pembangkang ke mahkamah sebagai bahan bukti untuk Petisyen Pilihan raya tetapi keputusan hakim mahkamah tetap berpihak kepada parti pemerintah (BN).
Bukti-bukti tersebut,  dikatakan tidak memberi kesan apa-apa terhadap keputusan pilihan raya.
Betapa berat sebelahnya,  kempen pilihan raya namun ada juga negeri yang boleh memberi ruang kepada parti lain menjadi kerajaan,  seperti di Kelantan,  PAS berjaya memerintah negeri itu.
Di Selangor,  kerajaan campuran parti pembangkang,  PAS,  PKR dan DAP.  Sebelum itu Kedah dan Perak turut juga jatuh ke tangan pembangkang.
Jika BN tidak peralatkan jabatan kerajaan,  saya percaya,  parti-parti pembangkang lebih banyak dan lebih lama menguasai negeri-negeri tersebut selepas pilihan raya.

Yang paling menujakan ialah BN pula menjadi pembangkang di negara ini. Bagaimanapun sayangnya buat masa ini tiada mana-mana parti yang dominan, masing-masing ada permasalahan masing-masing yang perlu diselesaikan sebelum tibanya PRU14.

How To Win Any Election (kit)

A Complete Guide To Winning Elections - 5 Ebooks And Sample Documents, Including A 178 Page Elections Guide That Shows Everything You Need To Know To Win Your Next Election!

Tags