Latest News

Thursday, October 30, 2008

Hakim kontroversi letak jawatan 1 Disember

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ian Chin - yang sebelum ini membuat dakwaan mengejutkan bahawa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengancam hakim-hakim - telah menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai hakim.

Menteri di Jabatan Perdana, T Murugiah memberitahu Dewan Rakyat hari ini bahawa Chin telah menyerahkan surat peletakan jawatannya, yang bertarikh 16 Julai, kepada Yang di-Pertuan Agong.

bm version justice ian chin biodata 301008"Beliau akan meletakkan jawatan pada 1 Disember 2008. Pada masa ini, beliau sedang bercuti sejak 1 Ogos lalu sehingga 30 November depan," katanya.

Murugiah menjawab soalan Datuk Mukhriz Mahathir (BN-Jerlun) sekiranya sebarang tindakan akan diambil terhadap hakim berkenaan kerana mendakwa berlaku campurtangan kerajaan dalam bidang kehakiman.

Soalan yang sama juga dikemukakan oleh Tian Chua (PKR-Batu).

Murugiah berkata, memandangkan Chin telah menyerahkan surat peletakan jawatannya, maka tidak perlu sebarang tindakan diambil terhadap Mahkamah Tinggi Sarawak itu.





Iklan Istimewa

http://www.bio-asli.com/daftar_keahlian.asp?id=seramaesty

Mahathir: Najib dibayangi 'tingkat empat' baru

Mantan perdana menteri bimbang kesan negatif pengaruh kumpulan penasihat Datuk Seri Mohd Najib Razak ala pasukan "tingkat empat" yang didakwanya menyebabkan kejatuhan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Tun Dr Mahathir Mohamad juga mendakwa hubungan penasihat timbalan perdana menteri ini ada hubungan dengan pasukan penasihat Abdullah, termasuk menantunya Khairy Jamaluddin.

"Saya diberitahu, Najib juga mempunyai penasihat muda yang amat berpengaruh terhadapnya.

najib ethos capital and chedet blog posting"Mereka ini mempunyai hubungan rapat dengan menantu Abdullah dan tingkat empat, bahkan mereka adalah daripada kumpulan yang sama," katanya.

Istilah "tingkat empat" pertama kali dipopularkan oleh Dr Mahathir sewaktu mengkritik Abdullah beberapa tahun lepas bagi merujuk sekumpulan penasihat perdana menteri yang beroperasi di aras empat bangunan Pejabat Perdana Menteri.

Mereka ini didakwa mempunyai pengaruh kuat dalam penentuan dasar-dasar dalam pentadbiran kerajaan.

Walaupun mengakui terdapat sumbangan positif kumpulan penasihat, Dr Mahathir bagaimanapun bimbang jika mereka mempunyai kepentingan perniagaan dan cuba mempengaruhi Mohd Najib untuk menggunakan dana awam seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Beliau menyebut syarikat Ethos Capital Sdn Bhd yang diumpamakannya dengan peranan syarikat pelaburan ECM Libra Bhd yang mencetuskan kontroversi susulan penggabungan dengan syarikat berkaitan kerajaan.

"Apakah Ethos, yang juga terlibat dengan tingkat empat, akan menjadi seperti ECM-Libra?

"Ethos Capital, sebuah syarikat pelaburan jenis Equity Capital tidak banyak berbeza daripada hedge fund (pengurusan dana).

"Mereka amat berminat untuk dapat sebahagian dari tabung KWSP yang sekarang berjumlah RM300 bilion untuk mereka urus pelaburannya, kononnya dengan pulangan 40 peratus," kata Dr Mahathir di blognya Chedet.com.

"Najib harus berhati-hati supaya pisang tidak berbuah dua kali."

Iklan Istimewa

http://www.bio-asli.com/daftar_keahlian.asp?id=seramaesty

Status usul Anwar tubuh Suruhanjaya Diraja Isnin

KUALA LUMPUR, 31 Okt (MPO2) - Status usul yang dikemukakan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat tiga projek kerajaan persekutuan yang didakwa meragukan akan diketahui pada persidangan Dewan Rakyat, Isnin ini.

Perkara itu dinyatakan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebelum sesi Perbahasan Rang undang-undang Perbekalan 2009 di sini semalam.

"Usul yang dikemukakan itu sampai di meja saya selepas jam sepuluh pagi (semalam), maka jawapannya akan dibuat pada hari Isnin," katanya.

MStar Online melaporkan, Anwar menggunakan Peraturan Mesyuarat 18 (1) dan (2) bagi meminta mesyuarat ditangguhkan untuk menubuhkan suruhanjaya bagi menyiasat keraguan mengenai projek jalur lebar berkelajuan tinggi bernilai RM11.31 bilion, pembelian Bank Internasional Indonesia oleh Maybank bernilai RM4.26 bilion dan perolehan 12 unit Cougar Eurocopter EC-725 bernilai RM1.679 bilion.

Anwar sebelum itu bangun bagi meminta penjelasan Pandikar Amin mengenai status usul yang dikemukakannya.

"Saya ada kemukakan usul semalam," kata Ahli Pahlimen Permatang Pauh itu.

Celahan Anwar itu dijelaskan Pandikar Amin dengan berkata: "Kalau sebelum jam sepuluh maka jawapan boleh dibuat pada hari berikutnya".

Anwar akur dan menerima ketetapan yang dibuat oleh Speaker Dewan Rakyat itu.

PAS Sokong Debat Pilih Pemimpin

KOTA BAHARU, 31 Okt (Hrkh) - PAS menyambut baik saranan diadakan debat dan berharap ianya diadakan secara terbuka bagi menilai kemampuan seseorang pemimpin yang akan memerintah negara masa depan, kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau berkata dalam Islam, forum sedemikian sangat digalakkan kerana memberi peluang kepada rakyat menilai sejauh mana kemampuan seseorang pemimpin, keilmuan serta ketaqwaannya.

"Dalam gerakan Islam kita boleh dan berhak memilih seorang pemimpin sama ada yang bertaqwa kepada Allah, latar belakang serta kemampuan dalam ilmu pengetahuan," katanya ketika ditemui Bernama selepas Majlis Graduasi Pusat Pembangunan Wanita Kelantan di sini semalam.

Seramai 310 orang pelajar kelas jahitan dan tenungan tangan seluruh Kelantan menerima sijil masing-masing dan akan menjadi tenaga penggerak kepada kemajuan wanita di kawasan masing-masing.

Nik Aziz berkata umat Islam berhak memilih pemimpin berdasarkan latar belakang dan kemampuannya.

Iklan Istimewa

http://www.bio-asli.com/daftar_keahlian.asp?id=seramaesty


Tuesday, October 28, 2008

Pembelian 12 Eurocopter EC-725: Kenyataan Pak Lah tidak kosisten

Masalah pembelian 12 Eurocopter EC-725, dikatakan Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah memutuskan untuk menangguhkan pembeliannya yang diumumkan awal bulan lalu bagi menggantikan Nuri, ekoran kesan krisis kewangan yang dihadapi negara.

Bagaimanapun ia kononnya tiada kaitan dengan pertikaian yang dibangkitkan oleh pembangkang di Parlimen baru-baru ini.

Difahamkan, Mesyuarat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk meneliti isu pembelian Eurocopter akan diteruskan hari ini walaupun kerajaan telah memutuskan penangguhan pembelian helikopter terbabit.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dilaporkan sebagai berkata, rancangan pembelian Eurocopter yang secara keseluruhannya bernilai RM1.67 bilion akan ditangguhkan sehingga keadaan ekonomi mengizinkan.

"Pada waktu ini, keputusan yang telah diambil ialah Eurocopter tidak akan dibeli sebab kita memerlukan peruntukan-peruntukan untuk banyak lagi projek yang lain.

Ketika penulis mendengar kenyataan dibuat oleh Abdullah melalui sebuah siaran televisyen pada mulanya beliau berkata, helikopter tersebut tidak akan dibeli tetapi sejurus kemudian beliau menyebut ditangguhkan pula.

Kenyataan manakah yang mahu dipakai sama ada tidak mahu beli atau ditangguhkan? Kenyataan-kenyataan seperti ini dipercayai hanya boleh menimbulkan keraguan dan boleh menggambarkan sikap tidak kosisten beliau dalam kes seumpama itu.

Kedua-dua kenyataan itu cukup berbeza pengertiannya tetapi dibuat dalam masa yang sama. Apakah pendirian kerajaan sebenarnya? Mahu tangguh pembelian atau tidak mahu membeli terus.

Perundingan difahamkan masih berjalan hari ini tetapi tidak sewajarnya kenyataan tidak kosisten itu dibuat oleh orang nombor satu negara.

Setiap pemimpin seharusnya berhati-hati membuat kenyataan supaya ia tidak menimbulkan pelbagai tafsiran meragukan yang memberi kesan terhadap kualiti dan kredibiliti masing-masing dna kerajaan tidak bijak menangani sesuatu krisis.

Kerajaan sepatutnya tegas dalam apa jua isu yang timbul. Jika ia masih dalam peringkat kajian, nyatakan sahaja demikian, tidak perlu membuat kenyataan berbelah bahagi dan meragukan seumpama itu.


Operasi Giant terlewat akibat MB?

(Malaysiakini) Operasi pasar raya besar Giant di Kerteh terganggu lebih sebulan selepas gagal mendapatkan kelulusan daripada Majlis Perbandaran Kemaman (MPK), didakwa akibat campur tangan menteri besar Terengganu.


Sumber-sumber pasar raya itu dan MPK memberitahu Malaysiakini hari ini, ia bercadang membuka premis barunya di Mesra Mall di Jalan Kemaman-Dungun sejak 24 September tetapi gagal mendapat lesen.

"Kerana tidak dapat (September), kita cadang mahu buka pada 10 Oktober, serentak dengan pembukaan Mesra Mall, tetapi tidak dapat juga," kata sumber.

giant hypermarket and mesra mall terengganu 281008 buildingRangkaian pasar raya milik GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd, yang berusia 60 tahun, difahamkan selewat-lewatnya dibuka pada 15 Oktober tetapi hingga sekarang tidak jelas kenapa belum menjalankan perniagaan.

Sumber di pihak berkuasa tempatan itu berkata, masalah lesen Giant itu "berkaitan dengan Datuk Ahmad Said", yang juga wakil rakyat Kijal.

Menurut sumber pasar raya terkenal itu, ia telah memenuhi semua syarat yang ditetapkan untuk menjalankan operasinya termasuk mendapat pengiktirafan keselamatan daripada jabatan bomba dan mengikuti garis panduan pengubahsuaian bangunan MPK.

Pasar raya itu sekarang, tambah sumber Giant, ia hanya menunggu lesen untuk memulakan operasinya.

Ditanya jika MPK terus enggan memberikan lesen tersebut, sumber itu berkata "tunggu sahajalah."

Mesra Mall, yang dibangunkan oleh KLCC (Holdings) Sdn Bhd di atas tanah seluas 12 hektar dan diurus oleh Suria KLCC Sdn Bhd, telah dirasmikan oleh exco pembangunan luar bandar, usahawan dan koperasi Datuk Mohamed Awang Tera pada 10 Oktober lepas.

Difahamkan Giant merupakan penyewa utama kompleks membeli-belah yang diberikan jolokan "mutiara timur anda."

Menurut pelan lantai Mesra Mall, Giant ditempatkan di penghujung kanan dan kiri bahagian depan kompleks itu.

Malaysiakini setakat ini gagal mendapatkan reaksi menteri besar Terengganu.

Seorang pegawai kanan Ahmad ketika dihubungi berkata "tidak mengetahui" tentang dakwaan terhadap pemimpin tersebut.


Iklan Istimewa

http://www.bio-asli.com/daftar_keahlian.asp?id=seramaesty

Monday, October 27, 2008

10 penyokong Hindraf dibebaskan dengan jaminan polis

PUTRAJAYA, 28 Okt (Hrkh) - Sepuluh penyokong Hindu Rights Action Force (Hindraf) yang ditahan reman kerana berhimpun di hadapan pejabat Perdana Menteri Khamis lepas, dibebaskan kelmarin dengan jaminan polis.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Wira Mohammad Sabtu Osman yang mengesahkan pembebasan lapan lelaki dan dua wanita itu berkata, mereka perlu melaporkan diri semula pada 25 Nov depan.

Gobind Singh Deo, peguam yang mewakili kumpulan itu kelihatan tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya kira-kira pukul 11 pagi, diiringi enam peguam lain.

Yang turut mengiringi mereka adalah Anggota Parlimen Shah Alam Ir Khalid Abdul Samad, dan Anggota Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkifli Ahmad.

Laporan Bernama menyatakan bahawa kesemua mereka dan 10 penyokong Hindraf itu dilihat keluar dari IPD Putrajaya kira-kira pukul 1.30 tengah hari kelmarin.

Kira-kira 50 orang penyokong termasuk keluarga kumpulan tersebut berkumpul di luar IPD sejak pagi kelmarin lagi.

Pada 23 Okt lepas, sebelas orang penyokong Hindraf yang terdiri daripada lapan lelaki dan tiga perempuan ditahan kira-kira pukul 3.30 petang kelmarin selepas mereka dikatakan cuba menyerahkan memorandum ke pejabat Perdana Menteri bagi mendesak agar lima anggota Hindraf yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), dibebaskan sebelum perayaan Deepavali yang disambut semalam.

Seorang kanak-kanak perempuan berumur enam tahun turut serta untuk membawa poster bagi memperjuangkan agenda mereka.

Sementara itu empat hari lepas, salah seorang penyokong Hindraf, K Shanty dibebaskan juga dengan jaminan polis selepas keterangannya diambil.


Iklan Istimewa

http://www.bio-asli.com/daftar_keahlian.asp?id=seramaesty


Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud tidak ikut spesifikasi?


Cita-cita untuk membuktikan tidak ada pembangunan yang tidak pernah dilihat sebelum ini di Terengganu menurut kehendak bekas Menteri Besarnya, Datuk Seri Idris Jusoh mungkin sudah menjadi kenyataan bukan berbentuk positif tetapi sebaliknya.

Ini termasuk Pembangunan Taman Tamaddun Islam (TTI) di Pulau Wan Man, Pulau Duyong dan terbaru Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud Kuala Terengganu.

Pualu Wan Man dan Pulau Duyong menjadi tapak perlaksanaan projek menghabiskan (membazir) duit rakyat untuk keuntungan kroni Perdana Menteri Datuk Seri Adullah Ahmad Badawi tidak kurang dari RM7 bilion sejak empat tahun lalu.

Projek pembesaran lapangan terbang Sultan Mahmud sekaligus untuk menaik taraf kepada lapangan terbang antarbangsa, satu lagi projek dikatakan bermasalah dari segi struktur dan spesifikasinya.

Menurut satu sumber difahamkan ia dikendalikan oleh sebuah jabatan kerajaan di peringkat pusat kerana projek berkenaan di bawah kerajaan pusat.

Ia dikatakan tidak mengikut speksifikasi sebuah lapagan terbang antarabangsa dan pembinaannya didakwa hanya sekadar untuk kelihatan cantik semata-mata.

Dipercayai struktur bumbung bermasalah apabila didakwa ia sentiasa bocor ketika hujan lebat. Manakala struktur tiang yang besar dan terlalu banyak tidak memenuhi spesifikasi sebagai sebuah lapangan terbang.

Sistem pengurusannya juga dikatakan masih tidak teratur, tidak menggambarkan sebuah lapangan terbang bertaraf antarabangsa.

Ia dipercayai sebuah lapangan terbang yang tidak efektif untuk menarik pelancong ke dalam negeri dan membawa penumpang domestik ke luar negara kerana tidak ramai yang ingin menjadikan lapangan terbang Sultan Mahmud sebagai 'platform' kemudahan perhubungan perniagaan ke luar negara.

Cuma aktiviti pengangkutan jamaah haji dari lapangan terbang itu ke Jedah boleh dikatakan sebagai satu percubaan Tabung Haji untuk melihat sejauh mana keberkesanan dan positifnya penggunaan lapangan terbang itu bagi tujuan tersebut mulai tahun hadapan.

Untuk menarik pelaburan dalam dan luar negara, faktor strategik perniagaan semua diambil kira. Ramai yang bertanya apa strategik dan keuntungan yang boleh diperolehi berniaga di negeri Terengganu?

"Ada Expo Perdagangan Bertaraf Antarabangsa seperti Expo Di China ke?," soal Haji Solehan Ismail (bukan nama sebenar), seorang peniaga tempatan yang sempat ditemui di Kuala Terengganu baru-baru ini.

Kos penerbangan ke luar negara mesti diambil kira. Apakah ada syarikat penerbangan yang sanggup menanggung kerugian kerana kos 'over head' penerbangan lebih tinggi dari pulangan hasil penerbangan ke luar negara melalui lapangan terbang tersebut?

Apakah berbaloi sekadar dua atau tiga orang menggunakan kapal terbang di lapangan terbang itu untuk keluar negara sedangkan kos mengisi minyak sahaja dipercayai berjumlah beribu-ribu ringgit untuk satu-satu penerbangan.

Apakah keistimewaan negeri Terengganu untuk mendorong pedagang antarabangsa melabur wang mereka di negeri itu? Apakah Monsoon Cup yang diadakan setiap tahun di musim tengkujuh boleh menarik beribu-ribu pelancong untuk melihat pertandingan perahu layar yang diumpamakan seperti bermain perahu dalam kolam tanpa ada sebarang cabaran itu?

Apakah ada Kilang-kilang besar untuk kereta mewah seperti kereta berjenama Mercedes Benz sebagai satu-satunya kilang untuk Asia Tenggara, tidak ada kilang seumpama itu melainkan ada di Terengganu sahaja?

"Apa jenis perniagaan yang menjadi di negeri Terengganu sehingga pelabur sanggup datang ke negeri ini untuk berbuat demikian," soal peniaga itu lagi.

Jika tidak ada sebarang perniagaan yang bertaraf antarabangsa boleh diketengahkan dari negeri Terengganu, apa relevannya dibina lapangan terbang bertaraf antarabangsa di negeri tersebut?

Ia akan menjadi projek gajah putih, hanya sekadar untuk memberi kerja kontrak kepada syarikat-syarikat yang masih berkepit di celah ketiak Umno dan pemimpinnya.

Sama ada ia bertepatan dengan piawaian sebuah lapangan terbang antarabangsa atau tidak bukan satu perkiraan yang diberi keutamaan. Yang penting ialah projek masuk ke Terengganu tidak kira bagaimana atau apakah ia dilaksanakan mengikut spekfikasi sepatutnya, ia tidak lagi diambil kira.

Justeru, sekian banyak projek mega kerajaan Barisan Nasional (BN), ia tidak memberi impak besar untuk kebaikan rakyat tetapi ia sekadar untuk penyedap kempen parti itu dalam mana-mana pilihan raya semata-mata.

Friday, October 24, 2008

RM7 bilion habis bukan untuk kerajaan Terengganu

KUALA TERENGGANU, 25 Okt (MPO2) - Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh didakwa antara orang yang bertanggungjawab mengakibatkan kira-kira lebih RM7 bilion wang sepatutnya dibelanjakan untuk rakyat negeri Terengganu disalahgunakan untuk projek mewah termasuk Taman Tamaddun Islam (TTI) dan Monsoon cup.

Difahamkan perbelanjaan tersebut menyebabkan Kerajaan Terengganu kekeringan wang untuk dibelanjakan bagi kepentingan negeri tersebut sehingga hari ini.

Berikutan itu Ahli Dewan Undangan Negeri Wakaf Mempelam, Haji Mohd. Abdul Wahid Endut mendakwa bekas menteri besar itu sebagai pengkhianat kepada rakyat dan negeri Terengganu.

Beliau membuat dakwaan itu ketika berucap di Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu baru-baru ini. Idris yang juga Adun Jerteh dikatakan tidak mencelah untuk menafikan dakwaan Haji Mohd. Abdul Wahid dalam persidangan tersebut.

Difahamkan juga pegawai-pegawai kerajaan negeri Terengganu terpaksa berulang alik ke Putrajaya bagi membincangkan urusan kewangan negeri Terenganu.

Sebelum ini Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan menyerahkan wang royalti petroleum dan gas kepada kerajaan negeri itu dalam bulan September lalu tetapi sehingga hari ini wang tersebut belum diserahkan secara rasmi.

Haji Mohd. Abdul Wahid yang juga Bendahari Perhubungan PAS Terengganu ketika berucap di satu majlis ceramah di Kuala Terengganu baru-baru ini mendakwa, Idris antara pemimpin Umno Terengganu yang bertanggungjawab mengeringkan kantong kerajaan negeri untuk projek pusat.

"Wang kerajaan negeri digunakan untuk projek pusat ketika Idris memerintah Terengganu. Ini suatu penggunaan wang yang tidak betul. Rakyat tidak dapat manfaat sepatutnya dari projek berkenaan," jelasnya.

Bagaimanapun beliau merasa hairan kenapa rakyat Terengganu tidak terkesan dengan tidakan Idris itu sehingga mereka terus memilih Barisan Nasional (BN) memerintah Terengganu dalam pilihan raya umum ke 12 yang lalu ketika negeri-negeri pantai Barat menolak parti itu sebagai kerajaan.

Iklan Istimewa

http://www.bio-asli.com/daftar_keahlian.asp?id=seramaesty



Tags