Bagaimanapun ia kononnya tiada kaitan dengan pertikaian yang dibangkitkan oleh pembangkang di Parlimen baru-baru ini.
Difahamkan, Mesyuarat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk meneliti isu pembelian Eurocopter akan diteruskan hari ini walaupun kerajaan telah memutuskan penangguhan pembelian helikopter terbabit.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dilaporkan sebagai berkata, rancangan pembelian Eurocopter yang secara keseluruhannya bernilai RM1.67 bilion akan ditangguhkan sehingga keadaan ekonomi mengizinkan.
"Pada waktu ini, keputusan yang telah diambil ialah Eurocopter tidak akan dibeli sebab kita memerlukan peruntukan-peruntukan untuk banyak lagi projek yang lain.
Ketika penulis mendengar kenyataan dibuat oleh Abdullah melalui sebuah siaran televisyen pada mulanya beliau berkata, helikopter tersebut tidak akan dibeli tetapi sejurus kemudian beliau menyebut ditangguhkan pula.
Kenyataan manakah yang mahu dipakai sama ada tidak mahu beli atau ditangguhkan? Kenyataan-kenyataan seperti ini dipercayai hanya boleh menimbulkan keraguan dan boleh menggambarkan sikap tidak kosisten beliau dalam kes seumpama itu.
Kedua-dua kenyataan itu cukup berbeza pengertiannya tetapi dibuat dalam masa yang sama. Apakah pendirian kerajaan sebenarnya? Mahu tangguh pembelian atau tidak mahu membeli terus.
Perundingan difahamkan masih berjalan hari ini tetapi tidak sewajarnya kenyataan tidak kosisten itu dibuat oleh orang nombor satu negara.
Setiap pemimpin seharusnya berhati-hati membuat kenyataan supaya ia tidak menimbulkan pelbagai tafsiran meragukan yang memberi kesan terhadap kualiti dan kredibiliti masing-masing dna kerajaan tidak bijak menangani sesuatu krisis.
Kerajaan sepatutnya tegas dalam apa jua isu yang timbul. Jika ia masih dalam peringkat kajian, nyatakan sahaja demikian, tidak perlu membuat kenyataan berbelah bahagi dan meragukan seumpama itu.