Latest News

Sunday, December 20, 2009

Tukar BN sekarang

Saya tidak dapat hadir di pertemuan bloger di Taman Melewar kerana sebab tidak dapat dielakkan. Namun saya menyatakan bahawa bloger hanyalah sebagai pencetus gerakan politik bukan sepenuhnya pelaksana gerakan itu.

Ini dalam konteks politik. Konteks lain saya tidak berhasrat untuk menyentuhnya. Yang utamanya ialah pemimpin politik. Pakatan Rakyat (PR) sebagai wadah gerakan rakyat perlulah digerakkan oleh pemimpin politik berwibawa, berdedikasi dan berketerampilan serta ikhlas dalam perjuangannya.

Gerakan ini memacu arah politik masa depan rakyat. Gerakan ini perlulah dominasinya lebih mantap dan cergas bergerak berbanding Barisan Nasional (BN). Gerakan ini perlulah mengganti BN sekarang dalam semua hal khususnya politik rakyat.

Gerakan inilah yang menjadi juara menangani masalah rakyat bukan lagi BN dan kuncu-kuncunya. Kita mesti tukar sekarang juga dan jadikan rakyat berpihak kepada kita dengan usaha menawan hati mereka, menguasa massa mereka dan menyelesaikan masalah mereka.

Kita tidak boleh tunggu esok untuk kerja-kerja ini kerana musuh sentiasa melihat dan akan berusaha gigih menggagalkan gerakkerja kita.

Justeru strategi gerakan PR mestilah lebih canggih dan kemas berbanding BN sehingga BN sukar untuk gagalkan usaha kita dengan menggunakan kuasa politik mereka yang ada bagi tujuan tersebut.

Saturday, December 19, 2009

Gelombang Oren akan melanda Malaysia

Satu era baru politik negara sudah bermula dengan kemas apabila parti-parti alternatif kepada Barisan Nasional (BN) mula bergagasan dan berperancangan secara tersusun dengan mengadakan konvensyen dan merancang serta meletakkan 'goal' perjuangan lebih jelas dan berencana.

Saya telah perkatakan diblog ini berkaitan dengannya baru-baru ini.

Tinggal lagi 'folow up' dan kerja yang berterusan dan tersusun perlu diatur dari sekarang dan pelan tindakan disediakan dengan rapi berencana termasuk jangka pendek dan jangka panjang.

Saya menyokong penuh usaha murni ini dan inilah yang saya harapkan berlaku selama ini. Saya tidak suka satu kerja yang tidak berencana apa lagi hal berkait dengan politik.

Kerja yang tidak berencana meletihkan dan melemahkan organisasi politik itu sendiri. Sistem dua parti dalam era demokrasi berparlimen suatu yang mustahak difikirkan dan mungkin ia bersifat sementara atau kekal agak lama, bergantung kepada suasana politik.

Kita tidak boleh mengatakan bahawa sistem ini bersesuaian sepanjang masa kerana ia mungkin ada kelemahan di sana sini apabila ia dipraktikkan nanti kerana mungkin timbul sesuatu yang buruk di sebalik perlaksanaannya.

Bagi saya ia perlu diuji terlebih dahulu, kebaikannya atau keburukannya akan diketahui apabila timbul selepas dari itu.

Yang pentingnya ialah suatu era baru politik tanah air apabila pembangkang mempunyai status-quonya tersendiri dan berupaya memanjat lebih tinggi sebagai alternatif BN setidak-tidaknya 10 tahun akan datang jika perancangan yang diatur menjadi dan bertepatan dengan kehendak rakyat mulai sekarang.

Seboleh-bolehnya pilihan raya umum ke 13, Pakatan Rakyat (PR) dengan lambang baru dan gelombang oren menambat hati semua lapisan masyarakat di negara ini. Ia jangan digembar gemburkan dalam bentuk propaganda tetapi biar berpijak di bumi nyata sekaligus menyentuh hari nurani rakyat.

Pada keseluruhannya saya cukup gembira dengan perkembangan ini walaupun saya belum berpuas hati melihat kejayaan gerakan rakyat bertapak di Malaysia hari ini.

Thursday, December 10, 2009

Rakyat Malaysia Perlu Terima Kebenaran

Saya sebenarnya tidak gemar untuk menulis tentang sentimen perkauman dan ketuanan mana-mana agama di Malaysia hari ini. Tetapi rakyat Malaysia mesti sedar apa yang patut dan tidak patut mereka lakukan terhadap masalah ini.

Yang pentingnya ialah mereka mesti tulus memperakui betapa baik dan bahagia sekiranya mereka semua bersikap terbuka terhadap kebenaran. Kebenaran yang saya maksudkan di sini ialah kebenaran betapa perlunya mereka memberikan hak sepatutnya kepada Islam untuk bertapak di negara ini dengan kukuh tanpa ada sebarang cabaran lagi kerana itulah sebenarnya satu perkara yang mustahak diperakui oleh sesiapapun.

Saya tidak nafikan agama lain bebas di amalkan oleh penganutnya. Tetang perlunya mereka memperolehi peruntukan setimpal dengan peruntukan diberikan kerajaan terhadap pembinaan masjid untuk syiar agama Islam, sepatutnya mereka tidak menyentuh sentimen ini.

Kita tidak mahu ada rakyat Malaysia yang tidak memahami betapa perlunya mereka menghormati hak agama Islam untuk terus bertapak kemas dan berkembang di nagara ini atau di mana negara sekalipun di dunia ini kerana agama ini sahaja yang perlu diakui hak dan kesyumulan sekaligus mengatur keadilan sejagat hidup manusia ini kerana semua agama lain telah gagal membuktikan kejayaannya meruntun kehidupan manusia ke arah semua matlamat hidup tersebut.

Saya tidak setuju dengan sikap ada rakyat Malaysia tidak nampak kelebihan Islam dan syiarnya berkembang dan diberikan peruntukan besar bagi ianya berkembang berbanding dengan agama lain.

Bersihkan hati masing-masing dan terimalah hakikat sebenarnya kehidupan ini, tidak perlu bertopengkan nafsu dan kehendak yang merosakkan dunia dan masyarakatnya.

Monday, December 7, 2009

PAS Terengganu perlu tetapkan 'goal'nya

Semalam bersama kira-kira 30 blogawan Terengganu di sebuah restoran di Titian Baru, Kuala Terengganu boleh disifatkan pertemuan untuk melangkah lebih jauh membentuk rangkaian blogawan negeri itu sedikit masa lagi.

Luahan Fikiran di Majlis Makan Malam anjuran Dewan Harian PAS Terengganu itu, menfokuskan supaya ada usaha seterusnya untuk mewarnai politik Terengganu di masa akan datang.

Target utamanya mempastikan perubahan berlaku dalam senerio politik negeri itu khususnya dan yang penting membantu parti membina imejnya semula selepas kekalahan teruk dalam pilihan raya umum ke 11 (2004) apabila gagal mempertahankan pemerintahannya.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Haji Harun Taib meletakkan matlamat membantu PAS mengembalikan sokongan rakyat terhadap parti itu, blogawan Terengganu seharusnya mempunyai komitmen tertentu untuk mencapai hasrat berkenaan.

Perjuangan ini bukan suatu yang mudah tetapi ia bukan suatu yang mustahil untuk dicapai. PAS seharusnya telah mempunyai suatu mekanisme atau sekriteriat khas untuk atur strategi perjuangan ini khusus untuk blogawan.

Parti itu harus mempunyai pelan tindakan terancang dan menetapkan 'goal'nya lebih awal agar gerakkerja boleh dirancang dari sekarang.

Jika 'goalnya' menawan semula Terengganu dengan persepsi lebih mantap dari zaman kemenangannya dahulu, parti itu harus mengenalpasti di mana kelemahan-kelemahannya terlebih dahulu dan berusaha mengatasinya secepat mungkin.

Ia memerlukan kajian dan penyelidikan yang menyeluruh sehingga ke peringkat akar umbi. Dan bertindaklah dengan jujur atas kajian yang dibuat.

Blogawan hanya pendokong dan mungkin perancang bersama dalam situasi tertentu tetapi pokoknya PAS itu sendiri mesti mempunyai mekanisme mantap ke arah itu sekarang.

Saya ulangi sekali lagi kerja ini tidak mudah tetapi tidak mustahil ia boleh dilaksanakan dengan jayanya jika usaha dirancang dengan rapi dan penuh setiakawan.

Saya tidak bersedia untuk membantu sekiranya usaha ini ada unsur-unsur tidak ikhlas di belakang tabir. Saya sudah lama berkecimpung dalam dunia politik dan journalisme. Justeru saya cukup berhati-hati sekarang berdepan dengan sebarang situasi dalam dunia ini.

Saturday, November 28, 2009

'Kolonel Mat' metos atau realiti?

Pena Larut Malam.

'Kolonel Mat' mencetus konspirasi terhadap Kerajaan PAS Kelantan di bawah Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dikatakan merancang agenda menjatuhkan kerajaan Tok Guru, satu hal yang besar kemungkinan berlaku? Atau hanya satu simbolik dikaitkan dengan seseorang.

Saya tidak mengetahui secara dekat, tetapi saya ada pengalaman sedikit sebanyak berhubung dengan ada benarnya dakwaan itu apabila bekas anggota tentera banyak terlibat dalam politik khususnya politik pilihan raya.

Mereka dipercayai di arah oleh orang politik dan parti politik tertentu untuk merancang dan mewujudkan perang saraf dalam semua pilihan raya di Malaysia ini.

Mereka ada yang menyokong Umno dan ada juga yang menyokong PAS tetapi mereka bekerja di bawah seorang ketua yang diarahkan bertugas di sesuatu pilihan raya dan ketua berkenaan sudah tentu bertanggungjawab untuk menerima arahan dari peringkat atasan sekaligus orang politik tertentu yang menguasai Kerajaan Pusat.

Dengan gerakkerja ini saya tidak menolak wujudnya kerja-kerja konspirasi memandangkan kebanyakan mereka bukan sahaja tentera biasa tetapi dari bekas anggota unit inteligent sendiri yang fungsinya amat besar menggerakkan organisasi ketenteraan.

Mereka bekerja di bawah arahan tertentu yang saya percaya ada kaitannya dengan Umno/BN. Sama ada usaha mereka berjaya atau tidak itu bukan soal utama tetapi ada kerja mereka buat untuk tujuan tersebut.

Saya percaya unit ini bekerja mengikut landasan dan pengalaman yang mereka ada dan dipercayai mereka dibayar oleh pihak-pihak tertentu untuk menyelesaikan tugas mereka.

Bagaimanapun dalam PAS pun ada golongan seperti ini yang memberi nasihat bagaimana seharusnya tindakan perlu diambil bagi mengatasi soal konspirasi yang dirancang menggunakan golongan tersebut.

Kita lihat perkembangan seterusnya sama ada pihak terbabit yang cuba mengada konspirasi terhadap kerajaan pimpinan Tok Guru itu benar-benar wujud atau sebaliknya. Saya tidak ada maklumat lengkap berhubung dengan isu ini kerana saya bukanlah manusia yang hampir dengan batang tubuh Tok Guru.

Cuma adalah pernah berjumpa dengan beliau dan menemubualnya suatu ketika dahulu di Pusat Tarbiyyah PAS Taman Melewar, Kuala Lumpur untuk akhbar Harakah (lebih 10 tahun lalu).

Friday, November 27, 2009

Media Pakatan Rakyat masih lemah?

Pena Larut Malam.

Saya nampak ada kecenderungan media-media internet Pakatan Rakyat memimpin isu sejak akhir-akhir ini.

Tetapi satu hal yang tidak dinafikan banyak isu yang dicetuskan oleh media arus perdana di tinjau semula oleh media tersebut.

Justeru media Pakatan Rakyat tidak harus hanya menjadi media penangkis serangan pihak lawan tetapi ia seharusnya berubah menjadi media mainstream dan alternatif media sedia ada di mana media itu harus menjadi pencetus isu bukan sebaliknya.

Kelemahan media Pakatan Rakyat ialah masih tidak berupaya menjadi juara isu walaupun ia mendokong cita-cita Pakatan Rakyat memerintah Malaysia dalam pilihan raya umum ke- 13 nanti.

Oleh itu untuk merubah suasana politik negara, idea ini seharusnya menjadi bahan penilaian untuk dilaksanakan.

Wednesday, November 25, 2009

Selamat Hari Raya Idhul Adhha

Saya sebagai pemilik blog ini mengucapkan selamat Hari Raya Idul Adhha kepada semua pengunjung dari seluruh dunia, maaf zahir dan batin.

Di hari raya mulia ini marilah kita sama-sama merenung sifat pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dan kesetiaannya tidak berbelah bahagi kepada perintah Allah.

Pengorbanan paling besar ialah menyalurkan kemahuan dan nafsu kita menurut perintah Allah. Nafsu kita sentiasa ingin berlawanan dengan perintah-Nya.

Tetapi dengan berkat kesabaran dan ketaatan kita kepada Allah nafsu itu dapat ditundukkan dan disalurkan dengan selamat menurut perintah-Nya.

Kegagalan mana-mana pemimpin besar negara ialah dalam hal ini. Mereka tidak menjadikan agenda perintah Allah lebih utama dari segala-galanya sebagaimana agenda Nabi Ibrahim a.s.

Justeru, marilah kita menilai diri kita sejauh mana kita telah menjadikan perintah Allah sebagai agenda utama kehidupan kita.

Sekali lagi saya ucapkan selamat hari raya Idul Adhha Minal 'Aaidiina Wal Faaiziin, maaf zahir dan batin.

Allohu Akbar, Allohu Akbar, Allohu Akbar, Walillahil Hamd.




Najib, Umno unjur indeks negara merudum

Pena Lewat Pagi.

Kenapa Najib tidak dibersihkan namanya secara 'gentleman' di mahkamah kononnya beliau ada hubungan dengan al-Tantunya Sharibuu yang mati dibunuh dengan menggunakan bahan peletup C4?

Mengapa Najib takut berdepan dengan isu ini sehingga beliau tidak bersedia dibicarakan atas kes ini?

Konspirasi dipercayai berlaku sehingga tidak ada bukti menunjukkan al-Tantunya boleh dikaitkan dengan Najib dalam apa keadaan sekalipun.

Segala bahan bukti (jika ada) akan dipadamkan dan sesiapa yang memilikinya akan menerima padah termasuk dipercayai akan dibunuh kalau pun tidak serupa dengan al-Tantunya atau lebih buruk dari itu.

Persoalannya kenapa Najib dipertahankan kerana dipercayai Umno merancang menobatkannya sebagai orang nombor satu Malaysia yang kini membawa visi 1 Malaysia.

Apapun keadaan yang ada pada diri Najib dan sekitarnya, dia patut dinobatkan, itu dakwaan Umno.

Justeru Umno dipercayai membela dan mempertahankan Najib dengan segala perancangan, konspirasi, helah, tipu daya, kepakaran, undang-undang, hakim, peguam, wang ringgit, isteri, adik beradik, keluarga dan seumpamanya digunakan semaksima mungkin sehingga Najib berada di kedudukannya sekarang.

Mengapa Najib dipertahankan kerana Najib Presiden Umno yang sekaligus secara automatik mesti menjadi orang nombor satu Malaysia.

Bagi saya jika benar dakwaan Najib ada skendal dengan al-Tantunya, amat malang negara ini yang rakyatnya membenarkan orang sepertinya menjadi orang nombor satu negara ini.

Saya percaya kemungkinan besar, kejatuhan indeks negara dalam beberapa penilaian dunia antara lain berpunca dari Najib dan Umno/BN.

Memang rakyat mahukan negaranya berada di tahap 'low standard' yang kesannya dirasai mereka sendiri.

Rakyat tidak melenting lagi ketika ini kerana mereka boleh lagi mencari makan, walaupun ada yang hidupnya tidak pernah berubah sejak sebelum dan selepas merdeka termasuk penoreh getah, petani dan nelayan. Berubah dari tahap bebas dari belenggu kemiskinan, tidak pernah ada indeks pencapaian memuaskan pernah dilaporkan.

Justeru itu Umno amat prihatin dalam soal ini. Parti itu akan berikhtiar mengatasi soal rakyat tidak dapat makan dengan bantuan ala kadar berterusan RM200 atau lebih melalui wang ihsan dan sebagainya.

Ini kerana parti itu takut kalah dalam pilihan raya umum, sehingga gagal memerintah negara lagi seperti sebelum ini, itu sahaja.

Beribu-ribu siswazah menganggur tidak dapat cari makan disuruh bekerja sendiri kerana tidak ada peluang setanding dengan kelulusan mereka dapat disediakan oleh kerajaan Malaysia.

Saya tidak nafikan bekerja sendiri lebih bagus dan lebih baik dari kerja makan gaji tetapi kontrek sosial kerajaan untuk menyediakan peluang pekerjaan mencukupi tidak dapat dilaksanakan sehingga hari ini.

Inilah nasib Malaysia di bawah Umno/BN. Sampai bila rakyat negara ini mahu sedar saya tidak dapat buat telahan setakat ini.

Tuesday, November 24, 2009

Malaysian Public Opinion Online: Buat Perancangan Selepas Solat

Malaysian Public Opinion Online: Buat Perancangan Selepas Solat

Buat Perancangan Selepas Solat

Pena Lewat Pagi.

Al-hamdulillah kita bersyukur kepada Allah kerana telah menghidupkan kita selepas kita mati semalam (tidur). Hari ini Allah kurniakan semula nyawa yang dipegang-Nya semalam sama ada dia mahu ditarik terus dari sekujur badan kita, Dia Maha Berkuasa atas segala-galanya.

Apapun Dia telah anugerahkan semula nyawa itu kepada kita untuk terus hidup di muka bumi ini buat sementara waktu.

Pagi ini kita membuka langkah atau lembaran hidup kita yang baru dengan bertawajjuh kepada Allah dalam solat Subuh. Hidup kita bermula dari solat. Ertinya bermula dari tawajjuh kita kepada Allah. Doa dan harapan kita kepada Allah.

Alangkah buruknya manusia bernama Islam yang tidak solat. Dia adalah manusia yang tidak bersyukur kepada Allah yang mengurniakan nyawa kepadanya untuk hidup sehingga hari ini.

Menunjukkan hidup kita tidak boleh lari dari bergantung kepada Allah dalam setiap saat dan setiap degupan jantung kita.

Allah tentukan sembahyang waktu dan kita menunaikannya secara berjemaah atau bersendirian. Dari situlah sebenarnya bermula kehidupan dan perancangannya. Dari Subuh ke Zuhur. Dari Zuhur ke Asar. Dari Asar ke Maghrib. Dari Maghrib ke Isyak dan dari Isyak ke Subuh kembali.

Isyak merupakan waktu yang terpanjang dalam sehari. Saatnya sehingga ke pagi tetapi Isyak adalah waktu untuk penilaian semula setiap perilaku kita yang pernah kita buat sepanjang hari tersebut, sebelum kita tidur.

Bertaubatlah sekiranya banyak perilaku buruk, bercanggah dengan perintah Allah dan Rasul-Nya s.a.w. dibuat oleh kita pada hari itu sebelum kita tidur semula dan nyawa kita di pegang oleh Allah sama ada mahu ditariknya buat selama-lamanya atau sebaliknya.

Bersyukurlah sekiranya kita banyak melakukan amal soleh pada hari itu. Baikilah kelemahan diri dan kuat azam serta semangat untuk menghadapi ujian hidup ini. Yang oenting mohonlah pertolongan dari Allah supaya Dia menjadikan kehidupan kita sentiasa baik dan bermanfaat untuk diri kita, keluarga, masyarakat, negara dan dunia seluruhnya.

Begitulah putaran hidup kita setiap hari. Kita melaksanakan kehidupan kita antara solat dengan solat. Alangkah indahnya hidup orang yang beriman dan soleh yang sentiasa menjaga kehidupannya dengan solat dan sentiasa memperbaharui hidupnya dengan membuat perancangan selepas solat.

PayPal Crazy Hour

PayPal Crazy Hour

Bina Malaysia Baru

Pena Lewat Petang.

Saya masih ingin mengimbau kesediaan Pakatan Rakyat (PR) untuk terus menyusur arus membentuk Malaysia Baru, Malaysia Harmoni dan Adil untuk semua.

Konsep ini perlu dibentuk bertujuan melihat pembentukan negara Malaysia secara realiti dengan menjenguk permasalahan kehidupan rakyat secara telus dan tulus dan penyelesaiannya pun telus dan tulus.

Pengukuhkan asas pembentukan negara Malaysia dengan prinsip keadilan dan kesaksamaan dan menteraskan kemurniaan hati setiap warganya untuk menjadikan negara ditadbir oleh undang-undang yang adil dan sempurna di samping kepimpinan yang berwibawa dan berkepakaran dalam bidang masing-masing bukan muflis idea, rasuah dan perosak negara.

PR sepatutnya sudah tersusun perancangannya dan sudah tidak timbul lagi perbezaan dasar perjuangan pembentukan negara Malaysia Baru ini.

Malaysia Baru adalah Malaysia yang menyahkan sistem pentadbiran yang tidak memberi keuntungan kepada semua lapisan rakyat yang meminggirkan golongan miskin, mengkelompokkan golongan koperat yang tidak prihatin permasalahan rakyat dan negara (masih menjaga kepentingan perniagaan dan kekayaan sendiri lebih dari segala-galanya).

Bagaimanapun persoalan rasuah yang parah di semua peringkat yang seringkali mengongkong para pemodal dan pedagang negara sepatutnya sudha selesai dibenteras atau menjadi satu agenda penting dalam pembentukan negara Malaysia Baru ini.

Bahkan Malaysia Baru adalah negara yang menjenguk permasalahan rakyat sebagai suatu usaha gigih pentadbiran dan politik untuk mencari jalan penyelesaian yang berkesan tanpa prejudis kepada mana-mana pihak.

Malaysia Baru tidak membezakan secara praktikalnya kepentingan Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri, Malaysia Timur atau Malaysia Barat. Malaysia Baru adalah Malaysia yang mengenalpasti permasalahan rakyat dan negara dan perancangan serta melaksanakan penyelesaian yang berkesan dan saksama.

PR sepatutnya sudah kemas di peringkat dasar dan pembentukan 'team' kepimpinan serta sudah memasuki pelan pelaksanaan pemerintahan yang tersusun untuk menguasai Kerajaan Pusat selepas pilihan raya umum ke 12.

Negeri-negeri yang dikuasai PR sepatutnya disepekati penyelesaian di peringkatkan kepimpinan Pusat dan disepakati oleh kepimpinan negeri. Sepatutnya sudah ada garis dasar yang disepakati bersama di semua peringkat.

PR perlu ada pelan tersusun ini dan 'pelan perisai' menangkis perancangan jahat Umno mengagalkan usaha murni ini.

Idea ini sebagai cetusan tindakan dalam ruang sempit ini bukan untuk bertujuan mengajar sesiapa.


Sunday, November 22, 2009

Mahukah Malaysia terus diperangkap oleh Umno?

Terfikir kenapa Malaysia masih terperangkap dengan kongkongan politik Umno? Tidak lain tidak bukan kerana parti itu menguasai kerajaan.

Jadi adalah mudah untuk membentuk apa sahaja acuan atau dasar sekiranya sesebuah parti itu menguasai kerajaan (pusat).

Sementara kerajaan negeri, sebagai plat form untuk mengukuhkan peng...uasaan massa dan merancang secara rapi menguasai pusat. Inilah benda seharusnya dilaksanakan segera oleh Pakatan Rakyat.

Pilihanraya Umum ke 13 suatu penilaian semula sokongan terhadap pakatan rakyat dan kemungkinan Pakatan Rakyat berjaya menguasai Pusat, suatu yang tidak mustahil tetapi kelibatnya belum terangsang buat masa ini.

Kenapa? Pakatan Rakyat perlu menjenguk situasi dan masalah di sana sini dan bertindaklah sebijak mungkin dan secepat mungkin.



GDI untuk tambahan pendapatan bulanan anda http://website.ws/seramaesty

Thursday, November 12, 2009

Minum Racun 'Over Acting'

Kejadian jenayah dalam negara agak parah juga, menyebabkan ramai tidak sanggup berjalan di mana-mana waktu sekalipun secara seorang diri. Ia memang merbahaya. Apa lagi suasana negara seperti Malaysia sekarang.

Jenayah berlaku setiap hari bahkan statistik dunia pula difahamkan ia berlaku setiap saat. Apabila begitu, polis sebagai pihak dipertanggungjawabkan menjaga ketenteraman awam di samping tentera menjaga keselamatan negara sudah pasti bertindak menurut pertimbangan sewajarnya untuk menangani jenayah dan menjaga keselamatan negara.

Bagaimanapun ada pihak pertikaikan tindakan polis memburu penjenayah dan menembaknya mungkin kerana kredibiliti polis sudah tercalar dalam banyak kes atau mungkin polis bertindak keterlaluan.

Saya tidak pasti kedudukan sebenarnya tetapi dalam hal ini khususnya dalam hal menjaga keselamatan awam, polis mempunyai kriteria atau perkiraan sendiri menurut undang-undang dan tindakannya mengawal gejala jenayah dari berleluasa mempunyai panduannya tersendiri.

Saya menyokong tindakan polis bertindak terhadap orang yang melakukan jenayah termasuk orang yang melepas tembakan ke arah orang awam atau polis ketika berada dalam situasi mencurigakan.

Persoalannya orang awam perlu menyedari siapakah keluarga mereka sebenarnya, apakah aktiviti mereka?

Jika tidak diketahui apakah aktiviti keluarga mereka, serahkan kepada polis untuk menyiasat siapakah penjenayah dan bertindak sewajarnya ke atas mereka walaupun mereka merupakan keluarga sendiri kerana mereka tidak dikawal.

Bersikap over acting dengan meminum racun dan seumpamanya untuk menunjukkan simpati tidak kena pada tempatnya dan ia bukan amalan manusia normal.

Yang mustahaknya ialah jenayah perlu diperangi habis-habisan untuk keamanan negara dan rakyat serta pihak berkuasa hendaklah bertindak mengikut undang-undang negara ketika bertindak memerangi gejala tersebut bukan bertindak sewenang-wenangnya.

Jika ada pihak meragui tindakan polis, mereka boleh mendakwanya di mahkamah, biar mahkamah menentukan sama ada polis di pihak yang benar atau orang yang mendakwa itu di pihak yang salah.



Saturday, November 7, 2009

PAS sebuah parti lesu sekarang?

Hari ini saya tergerak untuk menulis tentang pergolakan dalam dan luar PAS sebagai pengamal media bersama PAS sekian lama.

Saya agak banyak juga mengetahui kerenah kepimpinan PAS termasuk yang tertinggi tetapi dari segi rakyat biasa kerenah itu bolehlah dimaafkan tetapi jika ia pemimpin sebuah parti besar seperti PAS, kerenah kepimpinan tidak bijaksana, kesannya cukup mendalam dari segi karisma politiknya dan mengerakkan hala tuju parti lebih ke depan dan memberangsangkan.

Saya telah mendengar secara sepintas lalu kenyataan dibuat oleh Dr. Aziz Bari, Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa, banyak kenyataan itu ada betulnya dan saya tidak mahu ianya dipandang remeh dalam masalah ini.

Jika kepimpinan tertinggi parti tidak mahu berubah sikap dan tindakan politiknya tumpul, tidak ada idea baru boleh dikedepankan untuk 'leading massa' maka saya rasa lebih baik sama ada buat perancangan teliti untuk adakan itu semua secara muafakat dan gerakkerja peringkat pusat secara terancang atau parti perlu fikirkan untuk menukar kepimpinan tertinggi yang ada dalam pemilihan parti setahun dua lagi.

Penukaran pula dibuat bukan dengan menggantikan orang yang lebih tidak berwibawa berbanding dengan kepimpinan yang ada sekarang khususnya dari karisma politik seorang pemimpin politik parti Islam.

Untuk tidak terlambat menjadi 'leader' rakyat, kepimpinan tertinggi PAS mestilah lebih terkemuka pandangan dan bijak menyelesaikan masalah parti secara peribadi atau pun secara jam'i.

Kalau tidak saya menjangkakan, mengikut ramalan politik saya, pilihan raya ke 13 nanti PAS akan kalah teruk terutama di Terengganu dan diikuti juga di negeri-negeri lain.

Rakyat Terengganu tidak nampak dengan kepimpinan tertinggi PAS hari ini, negara Malaysia boleh berubah ke satu era politik dan pentadbiran yang dihormati dan berkesan untuk menyelesaikan masalah rakyat.

Ini kerana kepimpinan tertinggi parti semacam tidak bermaya mendahului mana-mana idea dan kepimpinan politik tanah air ini walaupun di sana tidak dinafikan keterbatasan maklumat media meliputi dan membina imej kepimpinan yang ada, begitu ketara di sebabkan penguasaan Umno terhadap kebanyakan media main-stream negara cukup mendalam dan begitu kuat sekali.

Saya berpendapat kelemahan ini bukan tidak boleh diubah tetapi perlu diambil kira kepimpinan yang ada sekarang, keadaan pemikirannya dan keupayaannya menerajui massa sangat lemah dan terbatas.

Justeru PAS kini dalam dilemma menangani kemelut ini dalam waktu terdekat. Tanpa satu perancangan drastik untuk merubah kelesuan ini kesannya ialah kegagalan untuk memenangi Pilihanraya ke 13 amat terserlah dan membimbangkan.

Saya sentiasa mahukan PAS menjadi parti leader rakyat, saya tidak mahu menjadi lesu seperti sekarang.


Bagaimana GDI boleh menambah income bulanan anda sila saksikan video di bawah ini:-

http://website.ws/seramaesty

Saturday, October 31, 2009

Umno bawa ajaran sesat: Politik tidak boleh masuk ke masjid

Ketua Umno Bahagian Besut, Dato' Seri Idris Jusoh dilaporkan mendakwa terdapat orang PAS mengamalkan 'ajaran sesat' mendewakan pemimpin dengan menganggap melihat gambar dan meletakkanya di bawah bantal dapat pahala.

Yang pertamanya, Idris mesti membuktikan apa yang didakwa itu benar dan membawa kes tersebut ke mahkamah syariah jika ia bukan bertujuan politik. Jika tidak, ia hanya satu fitnah yang cuba ditaburkan pemimpin Umno yang disingkirkan pihak istana itu.

Sejarah membuktikan dan kenyataan sekaligus, Umno membawa ajaran sesat, memisahkan politik dari agama. Masih ramai pemimpin Umno termasuk wakil rakyat mereka bercakap demikian termasuk menyebut politik tidak boleh dibawa masuk ke masjid.

Siapa yang mengajar ajaran seperti ini? Nabi Muhammad s.a.w. bermesyuarat menguruskan soal negara Madinah di dalam masjid Nabawiyy di Madinah. Adakah ia hanya soal agama sahaja tidak ada kena mengena dengan politik?

Bukankah dakwaan seperti pemimpin Umno itu merupakan cakap-cakap orang yang memisahkan agama dari politik yang berasal dari ajaran Keristian sebagaimana disebut dalam Injil Matta, 'biarkan politik diuruskan pemerintah (Kaisar) dan biarkan agama untuk Tuhan?"

Antara ajaran sesat dibuat oleh Umno ialah melakonkan sembahyang dua imam di Besut. Islamkah mengajar umatnya melakonkan sembahyang dan kemudian mendakwa orang PAS mewujudkan sembahyang dua imam di daerah itu satu ketika dahulu?

Peristiwa ini disiarkan bertubi-tubi dalam televisyen untuk memburuk-burukkan PAS dan memecahbelahkan umat Islam dalam era politik 1980-an.

Umno bolehlah dikategorikan satu kumpulan yang setanding dengan ajaran sesat yang lain dengan tindaktanduk dan teras perjuangan parti berkenaan jauh terpesong dari ajaran Islam.

Bagaimana boleh PAS beria-ria ingin bermuafakat dengan kumpulan atau parti seperti ini? Saya percaya PAS tidak akan bekerjasama dari segi dasar politiknya untuk membentuk kerajaan Unity Goverment (UG) sebagaimana diwarwarkan media.

Keduanya, Idris cuba mencetuskan semula insiden lama untuk terus memperlekehkan PAS dan ahli-ahlinya di Besut supaya pemisahan antara orang Umno dengan PAS terus menebal di Besut.

Umno cukup senang melihat orang PAS tidak bergaul dengan orang Umno supaya mereka tidak terpengaruh dengan PAS. Pemimpin seperti Idris dan orang sepertinya hanya mahu ahli-ahli Umno bergaul dan bermesra dengan sesama mereka sahaja jangan menghampiri program PAS dan ahli-ahli mereka.

Justeru, isu ini dibangkitkan untuk menimbulkan kejengkelan di kalangan orang ramai terhadap orang PAS.

Bagaimanapun, jika benar dakwaan itu buktikan di mahkamah terbuka termasuk mahkamah syariah atau ambil tindakan undang-undang terhadap mereka terbabit, jangan buat tuduhan sebrono.

Buktikan tindakan itu bercanggah dengan ajaran Islam sebenar dan bercanggah pula dengan enakmen syariah negeri Terengganu dan jatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahan mereka, semua orang mahu melihat kenyataan itu. kalau tidak, ia suatu tuduhan politik oleh seorang ahli politik yang dipinggirkan Istana.

Ketiganya, Idris juga dianggap cuba mencetuskan gelombang lama yang diperbaharui dengan menfitnah orang-orang PAS dengan pelbagai dakwaat karut marut tanpa bukti yang sah di mahkamah.

Adanya pemimpin seperti ini dalam Umno, ia boleh merosakkan bukan sahaja Umno tetapi rakyat juga kerana orang sepertinya bertindak apa sahaja untuk menang dalam pilihan raya dan menampakkan PAS buruk di mata orang ramai.

Ia tindakan politik tidak bertamaddun dari orang yang pernah bercakap tentang tamadun ketika menjadi menteri besar dahulu tetapi tiba-tiba tamaddun kebendaan yang dibina memakan diri sendiri.

Lihatlah bagaimana Stadium Sultan Mizan Gong Badak Kuala Terengganu (tidak elok dikaitkan stadium seperti ini dengan nama ke bawah duli Tuanku kerana ia memalukan) yang dibina runtuh tidak sampai dua tahun pembinaannya. Apakah tamaddun jenis seperti ini?

Difahamkan pembinaannya dibuat di bawah projek tertentu kendalian kerajaan negeri dengan kelulusan Jabatan Kerja Raya (JKR) yang tidak banyak prosedor digunapakai kerana memerlukan pembinaan cepat untuk temasya Sukan Sukma 2008 di Terengganu namun soal keselamatan adalah merupakan asas pembinaan bangunan walau apa projek dibuat sekalipun. Itu adalah piawaian antarabangsa.

Justeru cukuplah orang seperti Idris mahu berpolitik, rakyat sudah matang dengan kerenah pemimpin sepertinya.


Jika anda mahukan barangan untuk sambutan hari jadi dan perayaan keluarga dan sambutan tahun baru atau sebagainya, sila ke laman Pelate Store

Friday, October 23, 2009

Mengapa Mursyidul Am PAS Bersuara?

Saya telah membaca kenyataan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan penuh teliti sebagaimana ditulis beliau dalam blog ini.

Dengan penuh rendah diri saya berpendapat kenyataan Tok Guru itu ada relevannya dan perlu ada folow up segera dan dalam erti kata lain memang perlu ada Mesyuarat Agung Luar Biasa (Khas) untuk PAS dewasa ini.

Ini kerana kadang kala sesorang itu semacam kepimpinannya sudah menjadi tepu, tidak boleh bergerak melakukan perubahan, tidak ada anjakan paradigma terutama untuk parti sendiri, apa lagi untuk negara dan rakyat seluruhnya.

Kadang kala ada kepimpinan yang tidak mengerti membuat penyelesaian sendiri dengan penuh berkesan untuk partinya apa lagi untuk rakyat dan negaranya.

Dia tidak boleh memberi contoh terbaik penyelesaian isu rakyat dan dia tidak boleh memberi keyakinan kepada rakyat bahawa dia boleh menerajui negaranya.

Ada yang berpendapat (bukan saya berpendapat) seseorang itu hanya layak menjadi tok guru di masjid dan surau mengajar kitab dan memberi fatwa, tidak layak menjadi pemimpin orang ramai.

Kita back-up pemimpin macam ni pun, kesudahannya hanya tinggal back-up, dia sendiri tidak berkembang dan mendorong rakyat akur dengan kepimpinannya.

Kita bercakap atas prinsip kenyataan dan kita tidak mahu lagi rakyat tidak sepenuh hati cenderung dan menyokong setia kita dalam politik.

Kita tidak boleh bergantung dengan gelombang, tetapi kita seharusnya mencipta gelombang. Gelombang yang sewajibnya kita cipta ialah gelombang rakyat.

Untuk itu kita mesti mengetahui apa yang rakyat mahu. Bahkan kitalah yang menasihatkan rakyat apa yang sepatutnya rakyat buat untuk selesaikan masalah mereka secara kenyataan bukan retorik mendasar sahaja.

Kita perlu kenal pasti apa keperluan parti, apa permasalahnya dan bagaimana cara penyelesaiannya, jangan pentingkan politiking diri sendiri untuk menerajui parti.

Kepimpinana parti perlu mesra rakyat, lebih dari kepimpinan Umno. Kita perlu mendahului Umno dalam menawan hati rakyat.

Kita perlu bersikap terbuka, terhadap semua lapisan masyarakat dan mendalami permasalahan mereka dan membawanya ke satu penyelesaian terbaik bagi kebaikan mereka.

Kita perlu kenal pasti tenaga kepimpinan dan kepakaran dalam parti dan kita perlu membentuk dan mengembangkannya dengan bijaksana bukan untuk kepentingan tertentu tetapi untuk perjuangan yang lebih jauh sehingga ke akhirat.

Pentadbiran parti di peringkat negeri yang kucar kacir dan tidak profesional, mendorong ahli-ahli parti bersifat negative dengan kepimpinan yang ada. Apa lagi di peringkat kawasan dan cawangan. Sudah tentu lebih buruk dari itu.

Saya tidak nampak satu penyelesaian boleh dibuat melainkan cetusan rasa Mursyidul Am PAS perlu diambil kira bahkan ia perlu direalisasikan segera.

Mohon sokongan dari semua pihak.

Terima kasih.


Suhaimi Taib

Bekas Pengarang Warta Darul Iman.

Thursday, October 15, 2009

Umno tidak relevan menyongsong zaman

Pokoknya ialah Umno memeng tidak relevan untuk perjuangan rakyat Malaysia kerana dia sebuah parti couvanist Melayu dan realtistik menerapkan kefahaman itu dalam program-program kepimpinan anjurannya bertopengkan Biro Tata Negara (BTN).

Umno mengutuk orang Cina dalam banyak program terbabit sebagaimana dilaporkan oleh peserta-peserta BTN.

Justeru itu saya tidak nampak kenapa parti cauvanis seperti ini perlu disokong berterusan kerana parti seperti inilah menjadi punca huru hara sepanjang sejarah Malaysia termasuk peristiwa 13 Mei 1969 yang fakta sejarahnya dipalsukan.

Perhimpunan Umno memutuskan usul pindaan perlembagaan tidak membawa apa-apa erti lagi bukan sahaja kepada rakyat bahkan kepada ahli-ahli Umno itu sendiri kerana ia bukan perubahan dasar yang sesuai dengan roh kehendak rakyat tetapi ia hanyalah sekadar minta simpati sokongan rakyat terhadap parti itu agar ia menang sepanjang pilihan raya diadakan.

Nah, rakyat tidak payah menyusahkan diri dan mengorbankan waktu berpuluh-puluh tahun sekaligus menggadaikan maruahnya di tangan Umno. Cukuplah dosa yang dibuat selama ini memperjudikan maruah mereka dengan mengizinkan Umno menerajui BN memerintah negara.

Beralihkan dan berubah sekarang untuk Pakatan Rakyat (PR) memerintah negara dengan dasar yang jelas dan berkesan bagi memimpin dan memacu negara ke tahap kehidupan adil dan saksama buat dekat ini.


Sokong perniagaan saya http://www.seramaesty.lelong.com.my/

Sunday, October 11, 2009

Bagan Pinang: BN masih bertahan?

Bagi saya Bagan Pinang, satu pilihanraya kecil yang memecahkan tanggapan sebenar Barisan Nasional (BN) dan penyokongnya bahawa tidak mengapa pemimpin kerajaan rasuah asalkan BN boleh menang dalam pilihan raya tersebut.

Prestasi terburuk negara di mata dunia mengenai rasuah tidak menjadi pokok utama ketentuan politik Bagan Pinang apabila Tan Sri Mohd. Isa Samad dipilih menjadi Yang Berhormat atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang baru bagi kawasan tersebut.

Yang peting BN menang dulu. Rasuah kemudian kira. Inilah mungkin tertanam perasaan sedalam-dalamnya di hati penyokong dan ahli Umno Bagan Pinang.

Sebenarnya rakyat Bagan Pinang tidak kisah dengan telatah pemimpin BN sama ada dia perasuah atau tidak. Atau perasuah politik tidak menjadi malasah bagi mereka kerana mereka suka rasuah politik.

Duit atau benda yang dibagi dapat kepada mereka untuk digunakan mereka dalam kehidupan seharian.

Yang mustahaknya mereka boleh hidup seperti biasa, boleh berurusan dengan kerajaan seperti biasa. Dan memang rakyat Bagan Pinang mahu teruskan kehidupan seperti biasa, tidak mahu merubah peta politik di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut.

PAS sebenarnya sudah merasakan agak berat untuk parti itu memenangi kawasan pilihan raya kecil tersebut kerana jumlah peti undi pos terlalu besar sehingga mencecah kira-kira 5,000 undi.

Undi pos tentera di Bagan Pinang menjadi undi pertaruhan besar BN kerana parti itu secara tidak langsung boleh menguasai undian dengan mengarahkan pegawai-pegawai atasan menguasai kakitangan mereka agar memberi undi kepada parti itu.

PAS tidak ada kuasa ini kerana ia parti pembangkang. BN menjadi parti pemerintah boleh berselindung di sebalik kuasanya untuk memeras ugut anggota keselamatan agar memberi undi kepada Isa, perasuah Umno dalam pilihan raya tersebut.

Jelas, terbukti Isa mendapat kemenangan besar dengan majoriti
5,435 undi.
Isa mendapat 8,013 undi, sementara calon PAS Zulkefly Mohamad Omar pula meraih hanya 2,578 undi.

Undi rosak pula 223 daripada keseluruhan 11,170 undi yang diperolehi hari ini.

Pada pilihan raya umum 2008, rekod terburuk BN, parti pemerintah itu hanya meraih majoriti 2,333 undi.

Pada pilihan raya umum sebelumnya, prestasi BN yang paling baik sejak merdeka, ia memperolehi 4,411 undi.

Dari analisa ini menunjukkan bahawa rakyat Bagan Pinang masih tertutup minda, masih terbelenggu dengan propaganda Umno dan masih terpikat dengan janji-janji manis Umno dalam pilihan raya tersebut.

Piliahan raya kecil fokus utama ialah isu tempatan. Rakyat Bagan Pinang akan tersentuh apabila persoalan setempat ada bakal pemimpin dan wakil rakyat boleh memberi penyelesaian terbaik.

Namun begitu Umno menggunakan segala kepakaran yang ada untuk menang dalam pilihan raya tersebut dengan menakut-nakutkan pengundi sekaligus menampakkan PAS dan ahli serta penyokongnya suka menimbulkan huru hara dan pengacau dalam sesuatu pilihan raya.

Yang pentingnya PAS dan penyokongnya difokuskan dengan isu itu sehingga menenggelamkan semua isu lain yang lebih penting daripada itu.

Mungkin rakyat Bagan Pinang masih terhutang budi dengan Umno/BN dan masih tidak mahu merubah peta politik mereka di kawasan tersebut menjadi antara punca kemenangan itu.

Orang Negeri Sembilan agak ketinggalan dari segi sejarah kesedaran beragama mungkin itu juga menjadi punca mengapa agak sukar juga PAS mahu menembusi kubu lawan di Bagan Pinang.

Saya tidak mahu komen lanjut tentang perkembangan isu ini kerana saya memantau pilihan raya tersebut dari jauh dan mendapat khabar dan maklumat dari berita media termasuk dari internet dan kawan-kawan yang berkhidmat di sana.

Kesimpulannya, Bagan Pinang satu isu terpencil tetapi sedikit sebanyak ia menjadi pengukur kecendurangan atau aliran politik rakyat Malaysia semasa bahawa Pakatan Rakyat (PR) perlu suatu mekanisme politik dan gerakkerja yang lebih agresif untuk menyedarkan rakyat bagi menghadapi sekaligus menguasai Malaysia dalam pilihan raya umum ke 13 nanti.

Semua tenaga pakar digembelingkan seikhlas dan secergas mungkin sehingga cita-cita berkenaan berjaya dicapai nanti.

Saturday, September 19, 2009

PERUTUSAN HARI RAYA 2009

Perutusan Khas Semperna Aidilfiri 1430 Hijrah....


ALLAHU AKBAR
ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR WALILLAHIL HAMD.


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillahi wasyukurillah, wasalatu wassalam 'ala Rasulillah SAW.

Segala kepujian kepada Allah SWT. Dihari raya aidil fitri ini kita kembali kepada fitrah asal-usul kita dicipta untuk menjadi khalifah di muka bumi ini.

Bagi memenuhi amanah yang dipertanggungjawabkan ini Allah SWT mewajibkan kita bersiyam(puasa) bagi memperolehi KPI sebagaimana yang telah dicapai oleh umat terdahulu (Rasul, Nabi, Aulia', Mujahidin dll) . Kesemua umat terdahulu berpuasa dan kesemua mereka menatijahkan perubahan rohani jasmani, sosio-budaya politik, perubahan minda serta peradaban. Kesimpulanya perubahan dari perhambaan kepada manusia kepada pengabbdian sepenuhnya kepada kehendak Allah SWT.

Terdahulu dari bulan Ramadzan, kita melalui Rejab yang dianugerahkan fardhu solat. Sembahyang sebagai tiang agama Islam mesti di laksanakan mengikut kaedah yang didirikan oleh nabi Mohammad SAW. Namun kepelikan berlaku dikalangan kita kaum muslimin masyarakat Malaysia, yang mana rukun puasa ini disambut, pelihara dan dilaksanakan bersungguh-sungguh sehinggalah menyambut raya aidil fitri. Segala amalan ramadzan seperti solat sunat tarawah dibuat bersungguh-sungguh. Ini bagus! Jika semangat dan sikap begini diaplikasi dalam melaksanakan tuntutan sembahyang , alangkah baiknya! Namun kaum kita sanggup mengabaikan sembahyang dalam memenuhi tuntutan puasa.


Sepatutnya dengan satu ayat sahaja (al-Baqarah: 183) perintah kita berpuasa, kita puasa sungguh-sungguh, tetapi dengan puluhan ayat yang memerintah kita solat dipandang sepi dan tidak ambil berat. Sikap begini berlaku oleh kerana sepanjang kita merdeka 52 tahun, puasa dijadikan ibadat khusus, sahor, buka, tarawih, tadarus dan raya dan tak lebih dari itu.

Walhal apabila Allah merujuk kepada (sebagaimana difardhukan orang-orang terdahulu dari kamu), bermakna mereka yang berpuasa terdahulu dari kita juga telah berubah. Bahkan kesemua insiden besar yang Allah muatkan didalam bulan Ramadzan (lailatul qadar, tambat syaitan, buka seluasnya pintu syurga, tutup serapatnya pintu neraka, tarawih, nuzul al-Quran, Badar al-kubra, fathul Mekah dll) semua mengajak kita berubah dan bertukar supaya lebih rapat dengan Islam. Bahkan isi kandungan takbir raya itu sendiri (yang turun dan diungkap oleh nabi Mohammad pertama kalinya dalam peperangan Badar setelah melihat mayat Abu jahal) mengajak kita buat perubahan besar-besaran. Malangnya takbir raya itu telah disensasikan, didayukan serta disyahdukan dikalangan masyarakat melayu sehingga hilang ruh dan semangat takbir itu sendiri. Semangat jihad pengorbanan, kembali kepada menegak kalimah Allah dan pensucian aqeedah telah tenggelam dek kerana alunan dayu sensasi takbir raya.


Sebagai ibadat tertua, puasa juga menuntut kita memperolehi ketaqwaan sebagai teket untuk bertemu dengan Allah diakhirat kelak. Tanpa taqwa ini, sesaorang itu tidak boleh mendapat pertimbangan Allah untuk ke syurga.

Sempena 1 syawwaal ini saya mengajak warga Perak untuk melakukan perubahan besaran dalam pilihanraya negeri yang akan terpaksa dilakukan dalam masa terdekat ini. Kemelut politik dan krisis perlembagaan yang berlaku akibat rampasan kuasa pada 5 Februari 2009 telah menyebabkan Perak dilanda malang dan krisis. Tolaklah mereka yang terbukti mengenepikan perintah keadilan dan amanah, zolim terhadap hak rakyat, menyalahgunakan agensi kerajaan SPR, SPRM, PDRM, Kehakiman dll. Tolak mana-mana yang berjuang diatas prinsip perkauman dan assobiyah kerana dia (perjuangan berteraskan perkauman) tiada tempat dalam Islam. Nabi Mohammad menyatakan dengan jelas bahawa bukan dari kalanganya mereka yang hidup-matinya, perjuanganya kerana bangsanya atau kaumnya.


Mari tolak perkauman dan terima nilai-nilai Islam dalam melaksanakan tugasan kita sebagai Khalifah dimuka bumi ini. Selamat hari raya maaf zohir batin. Saya mewakili keluarga dan seluruh warga Pakatan Rakyat menyusun jari sepuluh memohon keampunan atas segala kesalahan dan kelemahan tempoh hari.
Bertemu di Bagan Pinang!

Hidup, hidup , hidup Rakyat.!
Allahu Akbar, Allahu Akbar walillah hil hamd.

ZAIRRUL BIN HAJI NASIR
BATU PAHAT,
JOHOR.

Friday, September 4, 2009

PAS Terengganu jangan syok sendiri hadapi kemelut Umno

PAS Terengganu tidak perlu senang hati dengan pergolakan atau perpecahan dalaman Umno negeri itu kerana berpaut pada kelemahan orang tanpa bergantung kepada kekuatan sendiri memberi kesan buruk kepada kesinambungan kuasa pemerintahan.

Ia terbukti apabila PAS diberi mandat memerintah Terengganu lebih empat tahun lalu (1999-2004) gagal mempertahankan kerajaan itu sehingga ia diambil alih oleh Barisan Nasional (BN) sehingga sekarang.

PAS perlu menguasai hati budi rakyat Terengganu peringkat akar umbi dengan mantap. Mereka yang menentukan kesinambungan kuasa itu berpihak kepada PAS dan Pakatan Rakyat (PR).

Bagaimana caranya PAS, merencana untuk mengatasi kelemahannya, ia tidak perlu dibincang di sini secara terbuka, terpulang kepada kebijaksanaan kepimpinannya dari semesa ke semasa.

Kemelut Umno, bukan satu alasan PAS boleh duduk goyang kaki menerima bahana perpecahan parti itu tetapi satu perencanaan dan perlaksanaan strategi politik berkesan yang boleh menambat hati rakyat kepada parti itu sudah lama perlu diatur dan ia secara kosisten bukan bermusim.


Apabila tiba musim pilihan raya baru diatur perancangan itu dan ini. Sebalikny apabila jauh dari musim pilihan raya kerja-kerja mendekatkan diri dengan rakyat kurang diberi tumpuan.

Penolakan rakyat terhadap PAS di Terengganu dipercayai kerana mereka tidak nampak visi dan misi pemimpin parti tu secara jelas (tanpa retorik) untuk kebaikan mereka sebagai rakyat negeri Terengganu.

Mereka sudah lama dididik oleh Umno dan kebergantungan mereka kepada parti itu cukup menebal terutama di kalangan penduduk luar bandar yang kurang kemudahan infrastruktur pembangunan.

Saya masih belum nampak rakyat Terengganu keseluruhannya boleh menerima PAS kembali sebagai parti pemerintah kerana ironinya kepimpinan sedia ada tidak boleh memberi keyakinan kepada mereka tentang apa yang mereka akan perolehi secara keseluruhannya jika PAS memerintah negeri itu semula.

Keprihatinan PAS terhadap permasalahan kebajikan rakyat agak tidak kosisten seperti yang diberikan Umno dengan pusat khidmat masyarakatnya yang sentiasa berfungsi bagi tujuan menambat hati rakyat tersebut.

PAS Terengganu perlu belajar dari kesilapan lampau dan perlu belajar cara PAS dan Pakatan Rakyat negeri lain, bagaimana mereka bekerja untuk menang di negeri-negeri yang mereka kuasai sekarang.

Kesedaran rakyat Terengganu tidaklah sama dengan kesedaran rakyat negeri-negeri berkenaan terutama di kalangan penduduk pendalaman. Sentimen keumnoan mereka masih menebal walaupun mereka seringkali berdiam diri ketika berdepan dengan perdebatan politik di tempat-tempat awam termasuk di kedai-kedai kopi.

Kerja keras dan usaha berterusan seharusnya digembelingkan dan dokongan dari teras parti perlu diambil kira bukan berjuang dengan semangat syok sendiri sahaja, mengenang keseronokan kerusi-kerusi empuk semasa menjadi Exco dan seumpamanya ketika memerintah negeri itu tidak lama dulu.

Saya tidak nampak kepimpinan seperti ini boleh menarik perhatian rakyat dan undi mereka.

Saturday, July 25, 2009

Era kemajuan pasar malam semakin malap di Kuala Terengganu

Kerajaan Terengganu nampaknya mencari masalah dengan peniaga-peniaga pasar malam Kuala Terengganu dengan mengarahkan mereka berpindah ke tempat lain di beberapa tempat termasuk Pak Tuyu, Pasir Panjang, Pulau Duyong dan Wakaf Tembesu.

Arahan itu ada baiknya dan ada juga buruknya. Yang baik apabila kawasan berniaga sedia ada berada di lokasi tepi jalan raya dan jalan utama. Tapak pasar malam seumpama itu perlu dipindahkan kerana boleh membawa kesesakan lalu lintas.

Tetapi tapak ganti perlu strategik untuk perniagaan dan tidak hanya satu tapak yang tidak langsung memberi keuntungan kepada peniaga.

Pasar Malam Pasir Panjang Kuala Terengganu, memang sepatutnya dipindahkan dari tempat asalnya ke tapak lain yang bersesuaian kerana ia dibuat di tepi jalan raya yang agak sempit.

Bagaimanapun saya tidak setuju Tapak Pasar Malam di Pulau Duyong Kuala Terengganu yang sedia ada di pindahkan ke satu lokasi yang agak jauh dari kedudukan tapak asal walaupun di tepi jalan raya tetapi ia di dalam kampung dan jalan raya berkenaan agak luas.

Sepatutnya tapak berkenaan yang berada bukan di laluan utama jalan raya dan berhampiran jambatan Sultan Mahmud Kuala Terengganu, tidak dipindahkan. Ertinya ia perlu kekal di situ kerana ia suatu kawasan strategik untuk perniagaan.

Penduduk sekitar termasuk dari Batu Enam, Jalan Kelantan, Bukit Tunggal, Pulau Ketam, Seberang Takir, Cabang Tiga, Bukit Besar, Pulau Duyong dan lain-lain, cukup mudah untuk singgah di pasar malam berkenaan yang diadakan setiap hari jumaat itu.

Ini kerana ia dapat dilihat dari atas jambatan lagi dan ia berhampiran dengan jalan susur masuk dan keluar ke Kampung Pulau Duyong dari jambatan tersebut.

Kawasan tersebut berada di tengah-tengah laluan atau dipanggil 'midle irea' kalau dibandingkan dengan tapak baru yang dibuat di tepi sungai dan di tepi kampung Pulau Duyong dan dilaluan ke satu resort tersohor untuk monsun cup di kampung berkenaan.

Ia nampak menggangu laluan masuk ke resort berkenaan kerana jalan laluan masuk ke resort itu sempit dan berbenteng simen dan lagi pun banyak kenderaan diletakkan di situ ketika perniagaan pasar itu mula beroperasi jumaat lepas.

Berikutan itu kira-kira 100 peniaga pasar malam berkenaan telah menghantar satu surat permohonan kepada Menteri Besar Terengganu, Dato' Ahmad Said untuk kekalkan tapak berkenaan di tempat asal dan ia dilampirkan dengan sokongan surat sebuah dewan perniagaan dari Kuala Terengganu dan tanda tangan sokongan kira-kira 140 orang termasuk peniaga dan orang ramai yang berkunjung di tapak asal sebelum itu.

Surat berkenaan telah diterima oleh Setiausaha Politik Dato' Ahmad, Wan Ahmad Nizam Wan Muda dan setakat rencana ini ditulis permohonan ini masih lagi tergantung- belum ada keputusan dibuat oleh menteri besar berkenaan.

Bersama rencana ini saya sertakan antara sedutan alasan yang dikemukakan kepada Dato' Ahmad dalam surat berkenaan seperti berikut:-

PERMOHONAN KEKALKAN PERNIAGAAN PASAR MALAM PULAU DUYONG DI TAPAK SEDIA ADA

Merujuk kepada perkara di atas Kami, peniaga-peniaga Pasar Malam Pulau Duyong, Kuala Terengganu yang berjumlah kira-kira 100 orang dengan ini memohon dengan jasa baik Y.A.B. Dato� untuk menerima rayuan kami agar membenarkan kami terus berniaga di tapak yang sedia ada di bawah dan berhampiran Jambatan Sultan Mahmud Kuala Terengganu dengan sebab-sebab berikut:-

1- Tapak sedia ada agak strategik dengan perniagaan kami kerana ia merupakan satu tempat yang cukup mudah dan selesa untuk orang ramai berkunjung dan membeli belah kerana ia dihubungi oleh laluan masuk dari jambatan berkenaan ke tempat tersebut.

Sementara tapak baru terletak agak jauh dari laluan tersebut jaraknya ialah kira-kira 400 meter dari tapak asal dan ia agak sukar untuk dikunjungi oleh orang ramai tidak seperti di tempat berniaga sedia ada.

2- Oleh kerana pasar berkenaan berhampiran laluan masuk itu maka ia dikunjungi bukan sahaja penduduk Pulau Duyong tetapi penduduk sekitar termasuk Bukit Besar, Seberang Takir, Bukit Tunggal, Serdang Baru, Pak Katak, Batu 6, Wakaf Tembesu, Cabang Tiga, Pulau Ketam dan pengguna-pengguna Jambatan Sultan Mahmud yang kebetulan bercuti di hari minggu (hari Jumaat).

3- Tapak sedia ada kurang memberi ganggguan kepada laluan masuk ke Pulau Duyong memandangkan jalan raya berhampiran agak lebar. Lagi pun hanya satu hari seminggu sahaja kami berniaga di situ.

4- Sebelum ini kami sentiasa mematuhi arahan untuk tidak berniaga pada hari tersebut sekiranya ada �event� membabitkan Pulau Duyong dan penggunaan jalan berhampiran dan ia tidak menjadi masalah besar kepada kami untuk mematuhi arahan tersebut asalkan kami tidak dihalang terus dari berniaga di situ.

5- Sudah lima kali tapak pasar malam Pulau Duyong berpindah randah dari satu tempat ke satu tempat di sekitar Pulau Duyong berkenaan tetapi ia tidak menjadi dan akhirnya terpaksa berpindah ke tempat sedia ada sekarang. Dari segi strategi perniagaan sikap �try and error� ini membawa kesan buruk kepada pendapatan peniaga.

6- Purata pendapatan kami ketika berniaga di situ ialah RM400.00 (EMPAT RATUS RINGGIT) semalam antara pendapatan tertinggi yang kami perolehi berbanding dengan tempat-tempat lain.

7- Wakil kami ada membuat tinjauan perniagaan pasar malam di negeri-negeri lain termasuk Alor Gajah Melaka, didapati pihak berkuasa tempatan di sana membenarkan peniaga menjalankan operasi perniagaan di dalam bandar bukan sahaja dalam kampung.

Bahkan berhampiran pula dengan stesyen bas ekspress, sudah pasti ia agak sibuk apa lagi jalan laluan berhampiran agak sempit lebih sempit dari jalan laluan ke Pulau Duyong.


Justeru itu saya melihat walaupun ia bukan suatu isu besar di Terengganu tetapi ia perkara perlu mendapat pertimbangan sewajarnya dari Kerajaan negeri itu.

Pihak Kerajaan Negeri itu perlu bertindak bijak dan mengutamakan semua pihak untuk selesaikan masalah terutama sekali peniaga-penaiga Melayu di negeri tersebut yang disifatkan banyak masalah ketika berdepan dengan kerenah birokrasi kerajaan tidak seperti di negeri-negeri lain terutama di bandar besar Kuala Lumpur dan di Selangor umpamanya.

Saya nampak isu Pulau Duyong itu bukan sukar sangat hendak diselesaikan tetapi semacam sengaja ia dibuat masalah.

Saya bimbang ada pihak memang tidak mahu lagi melihat perniagaan pasar malam itu berkembang di negeri tersebut tidak seperti di negeri-negeri lain. Jika benar perkembangan ini, ia amat mendukacitakan kerana di sinilah ekonomi orang Melayu bergerak maju.

Cubalah bertindak bijak, jangan bertindak sebaliknya.

Monday, July 20, 2009

PAS Terengganu perlu perubahan

PAS perlu merubah pendekatan untuk berjaya menjadi parti alternatife kepada Umno sebelum pilihan raya umum akan datang, kata seorang ahli politik dari Terengganu.

PAS katanya, tidak perlu terlalu idealisme atau suka beretorik ketika mendekatkan diri dengan rakyat kerana rakyat mahu melihat kemampuan PAS memerintah Terengganu lebih baik dari Umno selepas parti itu dilihat gagal membawa perubahan kehidupan rakyat selepas empat tahun memerintah negeri Terengganu baru-baru ini.

Ketika dihubungi pemerhati politik yang enggan namanya disebut itu beliau berkata, PAS perlu melihat dan mengkaji bagaimana seharusnya perancangan dan apakah tawaran yang perlu dibuat kepada rakyat Terengganu khususnya dalam menyelesaikan kemelut ekonomi negeri itu dan lain-lain permasalahan mereka sekaligus lebih praktikal dan menjiwai kehendak rakyat.

Generasi lama yang masih memimpin parti perlu membuat perubahan ini dan generasi kepimpinan baru perlu lebih berketerampilan dalam mendepani segala permasalahan rakyat dalam menangani isu rakyat negeri itu.

PAS tidak perlu terlalu bergantung kepada sumber petroleum dan gas untuk penyelesaian ekonomi rakyat tetapi perlu memikirkan satu mekanisme lain termasuk memanfaatkan dan mengembelingkan kepakaran yang ada di kalangan rakyat sendiri untuk menyelesaikan kemelut ekonomi dan pengangguran yang berlaku di kalangan mereka.

Kepimpinan PAS perlu menjadikan kelemahan yang lalu ketika mentadir negeri sebagai suatu pengajaran yang berguna kepada mereka untuk membuat perubahan sekaligus memberi keyakinan baru kepada rakyat negeri itu menjelang pilihan raya umum ke 13 akan datang bahawa PAS mampu berbuat sesuatu untuk kebaikan rakyat lebih baik dari Umno.

Antara kegagalan PAS ialah dalam hal mengurniakan geran tanah kekal kepada rakyat negeri Terengganu. Katanya, Umno berjaya memberi geran tanah kekal kepada rakyat Terengganu tidak seperti di zaman PAS memerintah negeri itu.

PAS terlalu bergantung kepada sumber petroleum dan gas sebagai sumber ekonomi seolah-olah PAS tidak berupaya memikirkan alternatif lain untuk mengatasi kemelesetan ekonomi negeri pada hal Terengganu mempunyai banyak sumber lain termasuk tanah pertanian, boleh dimanfaatkannya untuk menjadikan negeri itu sebagai negeri utama makanan halal (halal hub) di Malaysia.

Tasik Kenyir menjadi tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara dan mempunyai sumber air yang banyak. Ia boleh difikirkan sebagai sumber import, air mineral terbesar negara ke negara-negara timur tengah atau negara lain sekaligus sebagai satu sumber pendapatan baru bagi negeri Terengganu.

Terengganu berpotensi sebagai negeri pertanian berteknologi tinggi sekiranya sumber yang ada dimanfaatkan sebaik mungkin dengan mengembelingkan segala kepakaran yang ada kerana kedudukan negeri itu lebih sesuai untuk industri berkenaan.

Amerika Syarikat sebagai negara besar dunia sudah lama memikirkan tentang bagaimana negaranya harus menjadikan industri pertanian atau makanan sebagai sumber keselamatan negara bukan sekadar untuk eksport.

Ia penting bagi mengatasi masalah keperluan makanan rakyat negeri untuk jangka panjang supaya negara itu tidak menghadapi masalah apabila bekalan makanan asasi dunia berkurangan.

Bagaimanapun tidak dinafikan mempertahankan hak rakyat seperti mendapatkan royalti petroleum dan gas merupakan suatu perjuangan yang berterusan tetapi perjuangan untuk menjaga kepentingan rakyat tidak berlegar sekadar itu sahaja.

PAS perlu menjadi parti prihatin terhadap permasalahan rakyat, menjiwai kehidupan rakyat, bukan sekadar retorik dengan melontarkan idealismenya semata-mata kepada rakyat.

Perjuangan PAS ialah menyelami permasalahan mereka dan menyelesaikannya sebaik mungkin.

Rakyat Terengganu masih melihat PAS tidak berupaya berbuat demikian dalam masa empat tahun memerintah negeri itu baru-barui ini.

Justeru agak sukar PAS mahu mengambil alih teraju pemerintahan negeri buat masa ini sekiranya perubahan tersebut tidak dibuat dengan segera.

Justeru suatu usaha drastik perlu digembelingkan dengan mengumpulkan segala kepakaran yang ada dalam parti itu untuk merancang dan menawarkan apa yang terbaik untuk rakyat bagi mengatasi segala permasalahan mereka dewasa ini.

Pengalaman ditarik balik penerimaan royalti petroleum dan gas bukan suatu perkara yang boleh membantutkan kerancakan pertumbuhan ekonomi negeri itu tetapi dengan pengembelingan tenaga dan kerja keras pemimpin dan rakyat royalti petroleum dan gas tidak seharusnya menghantui PAS sekiranya memerintah negeri itu semula di masa akan datang.

Saturday, June 13, 2009

BERHATI-HATI DENGAN RACUN UMNO

Saya melihat memang ada semacam satu racun berbisa disuntik ke dalam pergelutan politik antara PAS, Pakatan Rakyat, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Barisan Nasional (BN) khususnya menyentuh isu Kerajaan Perpaduan.

Apa bentuk sekalipun kerajaan itu, ia merupakan satu imej memperlihatkan kelemahan di pihak PAS kerana soal ini, Umno/BN tidak menampakkan dirinya merancang pembentukan kerajaan itu, yang menonjol ialah PAS beria-ia mahukan kerajaan berbentuk sedemikian rupa walau apapun penjelasan yang diberikan.

Sekarang percaturan dan strategi menghancurkan PAS dan Pakatan Rakyat menjadi agenda utama Umno di saat parti itu lemah berdepan dengan tuntutan suara rakyat dan kelunturan pengaruh parti itu di kalangan mereka.

Saya memang tidak bersetuju dengan Kerajaan Perpaduan jika asasnya dan sinonimnya sama dengan penyertaan PAS dalam BN sebelum ini ketika situasinya berlaku seperti sekarang ketika BN lemah dan perlu nafas baru untuk memenangi hati rakyat.

Soal keterbukaan PAS berbincang dengan sesiapa itu bukan soal penting, itu perkara biasa sahaja. Memang tidak ada sesuatu pun boleh menghalang kita berbincang dan memberi pandangan kepada mereka yang inginkan pandangan tetapi membuat pakatan dan ikatan perlu penilitian dan kajian dari segi syarak dan politik Islam sama ada ianya membawa kesan positif atau negatif kepada masa depan perjuangan Islam di Malaysia atau sebaliknya.

Macam seorang lelaki berbincang dengan seorang perempuan di tempat terbuka dan tidak menimbulkan fitnah, disaksikan dengan ramai saksi, boleh saja dilangsungkan tetapi untuk berkahwin dengan perempuan itu, ia perlu kepada suatu penilaian yang teliti dari segi kewajaran dan kesesuaiannya untuk berumahtangga.

Perempuan itu perlu dinilai dalam semua aspek sebelum dinikahinya. Apa lagi dalam soal pembentukan kerajaan, semua mesti diambil kira dan diperhalusi. Begitulah perumpamaannya.

Saya tidak lupa dengan ceramah-ceramah pemimpin PAS sebelum ini yang menentang habis-habisan pakatan antara PAS dengan BN berasaskan sejarah kemasukan PAS dalam BN , tahun 1970-an (kalau tidak silap saya).

Pemimpin PAS bercakap dengan berkata, pantang orang yang beriman tertikam dua kali pada satu lubang. Ia pasti tetap menjadi ucapan yang boleh menjadi panduan kepada ahli-ahli PAS agar sentiasa berhati-hati dalam mengatur strategi pakatan seumpama itu.

Kerajaan Perpaduan antara lain mungkin bermaksud penyertaan ahli-ahli parlimen atau ahli-ahli dewan undangan negeri dalam kabinet atau Exco kerajaan negeri berasaskan kemuafakatan bersama menjadikan Islam sebagai teras pentadbiran dan pemerintahan negara tanpa mengabaikan hak-hak penganut agama lain untuk bebas mengamalkan agama masing-masing, ia suatu asas yang harus diterima.

Tetapi persoalannya percayakah PAS kepada janji-janji manis Umno/BN, apa lagi pemimpin-pemimpin Umno selama ini, apabila sejarah telah membuktikan ketika mana BN kuat semula, semua janji manis itu dibangkulsampahkan dan PAS disisih secara halus dalam pentadbiran kerajaan BN?

Justeru saya tidak nampak ia boleh dipraktikkan secara jujur dan ikhlas sekiranya kuasa peneraju negara masih dipegang oleh Umno/BN.

Melainkan kuasa itu sudah tidak ada dan PAS dominan menguasai politik negara bersama Pakatan Rakyat, barulah saya nampak Kerajaan Perpaduan itu bolehlah dipertimbangkan dengan syarat-syarat tertentu yang boleh dibincangkan kemudian mengikut suasana politik semasa. Atau soal pembentukan Kerajaan Perpaduan tidak timbul dan tidak perlu ditimbulkan lagi.

Ini pandangan saya dan saya tidak dipengaruhi oleh sesiapa dalam melontarkan pandangan ini.

Friday, May 22, 2009

Bawa Rayuan Ke Mahkamah Persekutuan

Saya bersetuju dengan sesiapa sahaja yang berpendapat bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak lagi mempunyai kehormatan dan kemuliaan sebagai dewan yang mempunyai constitution (perlembagaan) apabila hak dan kuasanya boleh dicabar dan peruntukan undang-undangnya boleh diketepikan dengan keputusan hakim mahkamah rayuan petang semalam.

Dengan mengesahkan Dr. Zamry Abdul Kadir sebagai menteri besar Perak ketika Menteri besar sebelum itu Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin belum diusulkan undi tidak percaya kepadanya di Persidangan DUN negeri itu, menunjukkan bahawa DUN itu tidak lagi mempunyai kehormatan dan pemisahan kuasa dan kepertanggungjawaban dewan itu kepada ahli dewan tidak lagi diambilkira.

Ini adalah satu lagi krisis perlembagaan terpalit hitam dalam sejarah Malaysia akibat kerakusan Umno mahu merampas tapuk kuasa kerajaan negeri Perak.

Alasan, ia sudah dimulakan perancangan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk merampas kuasa kerajaan Malaysia (Pusat) suatu alasan yang sengaja diadakan untuk mengiayakan tindakan tidak mengikut undang-undang tersebut.

Sekarang siapa sahaja ahli dewan boleh mendakwa dan menulis surat kepada sultan bahawa dia mempunyai jumlah yang cukup untuk membolehkan kerajaan baru dibentuk tanpa melalui proses persidangan dewan sama ada parlimen atau DUN.


Tanpa prejudis kepada keputusan hakim mahkamah rayuan dan tanpa niat untuk mengkritik keputusan tersebut ia bolehlah ditafsirkan bahawa kuasa politik di masa akan datang boleh dibentuk tanpa melalui proses perundangan dan persidangan DUN.

Ini satu kerja merendahkan martabat DUN Perak khususnya dan saya mencadangkan supaya perkara ini dibawa ke Mahkamah Persekutuan untuk memuktamadkan apakah keputusan yang hendak ditetapkan oleh Umno terhadap kemelut politik melanda Perak sekarang.

Soal pembubaran DUN Perak, tidak menjadi persoalan penting dari sudut ini tetapi yang dipersoalkan di sini ialah keputusan hakim mahkamah berkenaan mengakibat ahli undang-undnag membuat tafsiran baru terhadap beberapa enekman dalam undang-undang tubuh negeri Perak.

Sultan Perak Sultan Azlan Shah tidak boleh memecat Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dari jawatannya kerana beliau (menteri besar) tidak memegang jawatan itu atas perkenan baginda.

Ini keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim bila beliau mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah pada 11 Mei lalu.

Dalam penghakiman 78-muka yang dikeluarkan kepada media baru-baru ini, Abdul Aziz berkata sebaik saja menteri besar dilantik, beliau dan majlis exconya bertanggungjawab kepada Dewan Undangan Negeri dan tiada siapa lain.

Beliau berkata ini menurut fasal (2), (5), (6) dan (7) Artikel 16 Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

"Sebaik saja menteri besar dilantik, menteri besar mentadbir negeri menerusi Majlis Eksekutif dan menasihatkan Sultan mengenai hal ehwal negeri sebagaimana diperuntukkan di bawah Artikel 18 (1) Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

Hakim Abdul Aziz berkata Sultan bertindak atas nasihat kecuali dalam perkara di mana Undang-undang Tubuh Negeri Perak memperuntukkan bahawa Baginda boleh bertindak atas budibicara baginda semata-mata.

Justeru, slogan Umno mahu memulihkan kredibiliti institusi kehakiman hanyalah omong kosong sahaja, tidak berpijak di bumi nyata.

Berikut adalah laporan Bernama;

Mahkamah Rayuan Isytihar Zambry Menteri Besar Yang Sah

PUTRAJAYA, 22 Mei (Bernama) -- Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari ini diisytihar sebagai Menteri Besar Perak yang sah oleh Mahkamah Rayuan dalam satu keputusan sebulat suara.

Mahkamah mendapati keputusan Mahkamah Tinggi pada 11 Mei lepas bahawa Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar yang sah adalah salah, dan mengetepikan keputusan itu.

"Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi berkenaan telah gagal menilai dengan betul dan secukupnya kesemua keterangan yang ada padanya sehingga membuat keputusan yang salah," kata Hakim Datuk Md Raus Shariff, yang bersidang bersama Hakim Datuk Zainun Ali dan Hakim Datuk Ahmad Maarop.

Mohammad Nizar dan Zambry tidak hadir di mahkamah hari ini.

Hakim Md Raus, dalam penghakiman lisannya, juga mendapati Sultan Perak Sultan Azlan Shah membuat keputusan yang betul bagi melantik Zambry sebagai Menteri Besar yang baru, berdasarkan Perkara 16 (2) Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak, selepas baginda berpuas hati bahawa Zambry mempunyai sokongan majoriti Anggota Dewan Undangan Negeri.

"Kami berpendapat bahawa keputusan sama ada untuk membenarkan atau tidak permohonan pembubaran Dewan Undangan Negeri adalah dalam bidang kuasa Sultan.

"Berdasarkan keterangan dalam kes ini, permohonan membubarkan dewan dibuat mengikut Perkara 16 (6) Perlembagaan Perak dan bukannya Perkara 36 Perlembagaan itu," kata Hakim Md Raus bagi membenarkan rayuan Zambry terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Mahkamah juga mendapati Sultan Perak bertindak betul dengan bertanya sendiri untuk memuaskan hati baginda bahawa responden (Mohammad Nizar) tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti.

Hakim Md Raus berkata hakikat bahawa Mohammad Nizar tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti boleh diperoleh atau ditentukan dengan cara lain.

"Tidak ada syarat mandatori dalam Perlembagaan Perak bahawa usul undi tidak percaya perlu dibentangkan terhadap responden sebelum keputusan dibuat bahawa beliau tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri," katanya.

Zambry mengemukakan rayuan pada 12 Mei terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim yang mendapati bahawa Mohammad Nizar tidak mengosongkan kerusi Menteri Besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota Dewan.

Pada hari yang sama, permohonan beliau agar keputusan itu ditangguhkan dibenarkan oleh Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Ramly Ali, dan ini membolehkan Zambry meneruskan tugasnya sebagai Menteri Besar.

Pada 13 Mei, Mohammad Nizar mengemukakan permohonan bagi mengetepikan perintah penangguhan itu dan memohon agar panel lima Hakim Mahkamah Rayuan mendengar kes itu tetapi ianya ditolak semalam.

Selepas keputusan Mahkamah Rayuan diumumkan petang ini, peguam utama Mohammad Nizar, Sulaiman Abdullah, memohon mendapatkan penghakiman bertulis daripada mahkamah untuk tujuan rayuan di Mahkamah Persekutuan.

"Kami sedar bahawa mahkamah ini telah meneliti keterangan kes ini dan membuat keputusan dalam masa selang sehari. Saya telah menerima arahan daripada anak guam saya supaya membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan. Kami hargai jika mahkamah dapat memberikan penghakiman bertulis secepat mungkin," katanya.

Hakim Md Raus menjawab : "Saya telah cuba menulisnya malam tadi. Saya akan usahakan dalam masa seminggu ini."

Beliau juga menolak permohonan Mohammad Nizar untuk mengetepikan perintah penangguhan oleh Hakim Ramly Ali.

Lebih 50 wakil media berkumpul di hadapan mahkamah seawal 1.30 tengah hari tetapi diberitahu mereka perlu beratur untuk mendapatkan pas masuk yang dihadkan kepada 15 pemberita.

Wartawan yang lain serta juga sekumpulan penyokong Zambry dan Mohammad Nizar yang tidak dapat masuk telah membantah. Mereka tidak ada pilihan kecuali terpaksa berada di luar mahkamah.

-- BERNAMA

Thursday, May 21, 2009

Ke Mana Malaysia di Bawah Najib?

Di hujung kerier Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri awal tahun ini sudah jelas kelihatan letih dan lemah tetapi penyandang baru kedua-dua jawatan tersebut lebih tidak bermaya kerana dia memegang jawatan dalam keadaan namanya tidak pernah dibersihkan melalui proses undang-undang dari dakwaan ebrpuluh-puluh skendal yang menjadi sebutan umum.

Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak diketahui umum menghadapi pelbagai tuduhan pembabitan dalam skendal atau jenayah di kebanyakan perdebatan umum dan bebas dari pengaruh politik Umno.

Namun ia tidak pernah disahkan bersih di mahkamah untuk memberi kredit positif terhadap kerier politiknya dan melayakkannya menjadi orang nombor satu Malaysia.

Jika Malaysia terus menerus menjadikan pemimpin sepertinya orang nombor satu negara sedangkan manusia penjenayahpun nampak tidak layak orang yang terpalit dengan pelbagai tuduhan skendal menjadi pemimpin politik, sudah pasti pertikaian dan kritikan massa terus menghantuinya.

Bahkan ada usaha menggagalkan kerier politiknya dari berterusan berada di atas dalam masa terdekat untuk sekurang-sekurangnya penjenayah tidak akan turut terkena penangan manusia yang berskendal dalam apa-apa urusan yang menyebabkan mereka rasa tertipu, menerima kerugian atau kesusahan tertentu.

Jika penjenayah mahu menghindar diri dari kejahatan sudah pasti dia mahu berurusan dengan orang yang bersih dan tidak ada skendal supaya dia terselamat dari sebarang gejala tidak sihat dan memberi kesan buruk terhadap dirinya.

Apa lagi orang yang bukan dikategorikan penjenayah. Politik yang dipimpin oleh penjenayah biasanya menimbulkan tentangan orang ramai dan mudah tumbang kerana nurani manusia walau siapapun mereka tidak suka dengan pemimpin seperti itu.

Sekarang dunia moden dan begitu terbuka mayanya, memudahkan seseorang mengetahui siapa manusia yang sepatutnya disanjung dan dijadikan pemimpin dan siapa sebaliknya, sekaligus akan memberi kata dua kepada sesiapa yang melihat dirinya berkeupayaan menjadi pemimpin politik dan negara.

Nah, di sini letak persoalan ke mana kesudahan Malaysia di bawah Najib sebagai Perdana Menteri.

Monday, May 18, 2009

Mahkamah Tinggi Putuskan Sultan Tidak Boleh Pecat Menteri Besar

KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) -- Sultan Perak Sultan Azlan Shah tidak boleh memecat Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dari jawatannya kerana beliau (menteri besar) tidak memegang jawatan itu atas perkenan baginda.

Ini keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim bila beliau mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah pada 11 Mei.

Dalam penghakiman 78-muka yang dikeluarkan kepada media hari ini, Abdul Aziz berkata sebaik saja menteri besar dilantik, beliau dan majlis exconya bertanggungjawab kepada Dewan Undangan Negeri dan tiada siapa lain.

Beliau berkata ini menurut fasal (2), (5), (6) dan (7) Artikel 16 Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

"Sebaik saja menteri besar dilantik, menteri besar mentadbir negeri menerusi Majlis Eksekutif dan menasihatkan Sultan mengenai hal ehwal negeri sebagaimana diperuntukkan di bawah Artikel 18 (1) Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

Hakim Abdul Aziz berkata Sultan bertindak atas nasihat kecuali dalam perkara di mana Undang-undang Tubuh Negeri Perak memperuntukkan bahawa Baginda boleh bertindak atas budibicara baginda semata-mata.

Beliau berkata berdasarkan peruntukan dalam Artikel 16, ia mensyaratkan bahawa dewan undangan adalah pihak yang menentukan sama ada ia menaruh keyakinan terhadap menteri besar selaku ketua majlis eksekutif menerusi undi tidak percaya terhadap menteri besar.

"Saya berpendapat bahawa pemecatan menteri besar oleh Baginda atau oleh sesiapa lain tidak sekali-kali dipertimbangkan di bawah Artikel 16 (6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak," kata beliau.

Beliau berkata fasal 7 Artikel 16 undang-undang tubuh itu memperuntukkan bahawa kecuali menteri besar, anggota-anggota lain Majlis Eksekutif memegang jawatan atas perkenan Sultan dan mereka (anggota eksekutif) boleh dipecat dari jawatan oleh Sultan yang bertindak atas nasihat menteri besar.

Abdul Aziz berkata Sultan Perak telah menemui dan menginterbiu tiga anggota dewan negeri yang menjadi anggota bebas dan seorang lagi anggota dewan yang sebelumnya keluar dari Barisan Nasional (BN) tetapi kemudian menyertai semula parti itu dan mereka memberitahu Sultan tentang sokongan mereka kepada BN secara sukarela tanpa dipaksa oleh mana-mana pihak.

Abdul Aziz, bagaimanapun berkata, walaupun menerusi pertanyaan Sultan, Baginda berpendapat Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mendapat sokongan majoriti anggota dewan undangan negeri, ini tidak bermakna Baginda boleh membuat keputusan bahawa Mohammad Nizar tidak lagi mendapat keyakinan majoriti dewan berkenaan.

Beliau berkata pendapat peribadi atau keputusan Sultan tidak relevan kepada maksud Artikel 16 (6) yang memperuntukkan bahawa "jika menteri besar tidak lagi mendapat keyakinan majoriti anggota dewan undangan, maka, kecuali atas permintaannya, Baginda membubarkan dewan, beliau dikehendaki mengemukakan peletakan jawatan majlis eksekutif".

Abdul Aziz mendengar prosiding semakan kehakiman yang dibawa oleh Mohammad Nizar, 52, memohon writ "quo warranto" dikeluarkan terhadap Zambry untuk memberi sebab atas asas apa atau kuasa apa beliau adalah menteri besar yang sah.

Abdul Aziz kemudian mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai menteri besar yang sah selepas memutuskan bahawa beliau (Nizar) tidak pernah melepaskan jawatan menteri besar oleh kerana beliau tidak kehilangan keyakinan majoriti dewan undangan negeri.

Mohammad Nizar, dilantik sebagai menteri besar pada 17 Mac tahun lepas selepas pakatan DAP-PKR-PAS memenangi 31 kerusi dalam plihan raya umum ke 12.

Kedua-dua pihak, bagaimanapun, mempunyai 28 kerusi masing-masing, selepas tiga anggota dewan dari pakatan itu keluar parti untuk menjadi anggota bebas dan yang keempat melompat semula dari PKR kepada Umno.

Sultan kemudian meminta Mohammad Nizar meletak jawatan menteri besar dan Zambry mengangkat sumpah selepas mengisytiharkan bahawa Barisan Nasional mempunyai majoriti di dewan undangan negeri.

Mahkamah Rayuan, pada 12 Mei, membenarkan perintah penangguhan keputusan itu kepada Zambry dan menetapkan Khamis ini untuk mendengar bersama permohonan Mohammad Nizar mengetepikan perintah penangguhan.

Dalam penghakimannya, Hakim Abdul Aziz juga berkata beliau tidak meragui bahawa Sultan mempunyai budibicara mutlak berhubung pelantikan menteri besar dan tidak memperkenan permintaan bagi pembubaran dewan undangan negeri.

"Saya tidak pernah meragui tentang pelaksanaan prerogatif diraja untuk melantik seorang menteri besar mengikut Artikel 16 (2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak semata-mata berdasarkan pendapat peribadi Baginda.

"Dan bahawa Baginda boleh memilih apa carapun bagi memuaskan hati dan membuat keputusan sewajarnya tentang siapa yang mendapat keyakinan majoriti dewan undangan negeri hingga beliau boleh dilantik sebagai menteri besar untuk memimpin majlis eksekutif," katanya.

Abdul Aziz bagaimanapun berkata perkara yang sama tidak boleh dilakukan berhubung Artikel 16 (6) dalam memutuskan sama ada menteri besar tidak lagi mendapat keyakinan majoriti anggota dewan undangan.

-- BERNAMA

Sunday, May 17, 2009

Bubar DUN Perak - Jangan jadi nyanyian tak berlagu!

Menyelinap berita online, kes di Perak masih dominan. Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najid Tun Abdul Razak menafikan pembabitannya dalam krisis politik dan perlembagaan di negeri itu sukar untuk diterima walau apa alasan yang diberikan.

Ini kerana Najib dan kepimpinan Umno sengaja tidak mengadakan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, ketika dikatakan jumlah majoriti ahli DUN di negeri itu berpihak kepada BN.

Tiba-tiba dilantik menteri besar baru sedangkan menteri besar Pakatan Rakyat (PR), masih ada dan wujud di bawah undang-undang tubuh negeri tersebut.

Krisis mula timbul dikatakan akibat tiga ADUN PR menjadi wakil rakyat bebas dan dikatakan menyokong BN. Mengapa selepas sokongan itu ada, tidak memanggil persidangan DUN segera bagi mengusulkan undi tidak percaya kepada Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar yang sah?

Ia merupakan satu kesilapan politik paling besar dan tindakan tidak bijak di pihak BN dalam hal tersebut.

Jika ia masih tidak berkesan, memang membubarkan DUN Perak suatu alternatif penyelesaian dan ia akan menjadi lagu yang sentiasa dinyanyikan oleh rakyat Malaysia dan Perak sehingga hari ini.

Sampai bila BN mahu pertahankan tindakannya merampas kuasa di Perak, rakyat kini melihat perkembangannya.

Saturday, May 16, 2009

DUN Perak Bubar Isnin?

Saturday, 16 May 2009

(TV Antara) - Satu pengumuman besar dijangka dibuat pihak istana Perak Isnin depan yang mungkin mampu memecahkan kebuntuan politik yang melanda negeri itu dan seterusnya mengakhiri kemelut politik yang berpanjangan sejak tiga bulan lalu.

Menurut sumber pengumuman itu ada kena mengena dengan desakan rakyat Perak yang mahukan mandat mereka dikembalikan untuk memilih kerajaan pilihan mereka semula setelah Barisan Nasional mendalangi rampasan kuasa terhadap kerajaan sah Pakatan Rakyat 5 Februari lalu.

"Kemungkinan pihak istana mengumumkan berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak adalah besar memandangkan situasi kemelut politki di anatara Pakatan Rakyat dan BN nampaknya tidak ada jalan keluar.

"Desakan rakyat supaya DUN dibubarkan dan pilihan raya negeri diadakan mungkin sudah dipertimbangkan semasak-masaknya oleh pihak istana dan demi kebaikan, kemakmuran dan kestabilan negeri Perak langkah ini sajalah yang terbaik bagi mengatasi krisis tersebut," sumber memberitahu TV Antara.

Sekiranya ini berlaku Perak akan menyaksikan pilihan raya negeri pertama setelah pilihan raya umum tahun lalu.

Pada PRU ke 12, Pakatan Rakyat memenangi 31 kerusi sementara BN pula mendapat 28 kerusi.

Perbuatan BN memujuk 3 Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat keluar daripada gagasan itu dan mengisytiharkan diri mereka sebagai ADUN bebas telah mencetuskan krisis politik yang paling buruk dalam sejarah moden Perak yang turut mengheret institusi raja, badan-badan kehakiman dan legislatif.

Beberapa perkembangan yang berlaku kebelakangani ini juga mungkin mempengaruhi pihak istana untuk memperkenankan pembubaran DUN.

Antara yang paling penting ialah senario persefahaman yang telah wujud di antara Pakatan Rakyat dan BN berkaitan jalan penyelesaian krisis politik Perak.

Beliau juga berkata isu sama ada DUN Perak akan dibubarkan atau tidak kini terletak ditangan Sultan.

Walaupun Perdana Menteri Najib Razak sebelum ini berkeras tidak mahu mengadakan pilihan raya baru negeri melalui pembubaran DUN namun kini beliau dilihat sudah berlembut dan mahu berdialog dengan Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat pula atas dasar mahu melihat penyelesaian kemelut politik tersebut diatasi secara aman bersetuju untuk mengadakan perbincangan dengan BN tetapi prinsip pembubaran DUN tetap dipertahankan.

Ini kerana menurut Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Anwar Ibrahim hak rakyat perlu dikembalikan semula jika amalan demokrasi sihat mahu diwujudkan di negera ini serta menolak budaya kedurjanaan politik.

Walaupun menurut perlembagaan pembubaran DUN adalah di atas nasihat Menteri Besar namum pensyarah undang-undang Universiti Islam Antaranbangsa Malaysia, Profesor Dr Abdul Aziz Bari berkata Sultan mempunyai kuasa khas yang jarang digunakan yang membolehkan baginda membubarkan DUN selaku kedudukan sebagai Sultan.

"Dalam keadaan di mana sesuatu keadaan itu tidak lagi boleh diselesaikan melalui kompromi politik dan juga proses perundangan baginda Sultan boleh menggunakan "reserve power" baginda untuk membubarkan Dewan tanpa merujuk kepada Menteri Besar apatah lagi dalam keadaan di Perak sekarang yang mempunyai dua penyandang jawatan," Prof Aziz berkata.

Wednesday, May 13, 2009

BUBAR SAJA DUN PERAK!

Barisan Nasional (BN) paling lemah dan berada dalam keadaan 'underdog' berdepan dengan kemelut politik Malaysia khususnya di Perak.

Untuk menang, BN rancang rampas kuasa di Perak melalui cara tidak bermaruah dan tidak mengikut perlembagaan negeri Perak (unconstitution).

Apa yang berlaku negeri bercelaru sehingga wujud dua menteri besar dalam satu masa. Soal kes ini dalam tindakan mahkamah atau tidak, tidak penting.

Yang penting wujud dua jawatan menteri besar dalam satu negeri. Apa kata masyarakat antarabangsa melihat perkembangan ini berlaku di Malaysia. bagaimanapun apa komen mereka terhadap kecelaruan dan status politik negeri ini, belum diketahui setakat ini.

Tiba-tiba menteri besar BN, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir membuat kenyataan, beliau mahu menumpukan sepenuhnya terhadap pembangunan negeri Perak yang dikehendaki rakyat. Soalnya siapakah Dr. Zambry di mata rakyat dan undang-undang?

Bagaimana mahu menumpukan pembangunan negeri Perak sekiranya politik negeri itu bercelaru? Pelabur mana yang cerdik sangat mahu melabur di negeri itu dalam keadaan politik sekarang?

Mengapa Umno tidak mahu menerima pandangan pakar-pakar politik dan orang ramai untuk selesaikan krisis politik negeri itu dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dan mengadakan pilihanraya peringkat negeri itu dalam masa terdekat?

Saya melihat laporan ketika penghujahan dalam kes tuntutan Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin, jelas menampakkan bahawa Umno dan kepimpinannya semacam mahu mengelak dari berlakunya pembubaran DUN Perak.

Ini kerana semua beranggapan BN takut kalah menghadapi Rakyat dan Pakatan Rakyat (PR) negeri itu buat masa ini. Kedudukan kerusi sama banyak iaitu 28 kerusi DUN milik Pakatan Rakyat (PR) dan 28 lagi milik BN sementara tiga kerusi bebas. Jika benar bebas menyokong BN, masuk BN sahajalah baru ia realistik bukan bersandiwara atau ada udang di sebalik batu.

Jika pilihan raya diadakan semula, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas, sudah pasti sukar untuk dipilih semula sebagai calon dalam keadaan sekarang. Sudah pasti PR akan memilih calon berjiwa rakyat dan mendapat sokongan mereka di kawasan-kawasan berkenaan.

Dengan 'underdog' yang tercalit dalam kancah politik Umno melihat beberapa insiden pilihan raya kecil sebelum ini, sudah pasti Presidennya, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak terkena badi takut bayang-bayang sendiri atau trauma tidak kehabisan.

Lagi parah ialah apa jenis parti dan apa sistem yang mahu ditegakkan di negara ini sekiranya rampasan kuasa dan sikap kuku besi dipertahankan Umno?

Polis diperalatkan untuk tujuan ini dalam insiden di Persidangan DUN Perak baru-baru ini menjadikan politik Perak semakin tidak menentu.

Pemimpin Umno sepatutnya melihat masa depan politik Perak dan politik Malaysia sebagai teras keharmonian negara dengan menyerahkan rakyat membuat penilaian melalui pilihan raya sebagai komitmen mereka sebagai pemimpin rakyat bukan seperti apa yang berlaku sekarang.

Mengapa perlu meletakan diri dan negeri Perak dalam kecelaruan sedangkan sudah ada jalan untuk penyelesaian yang boleh diterima oleh semua pihak tidak kira bangsa dan agama iaitu membubarkan DUN Perak dan mengadakan pilihanraya peringkat negeri itu semula.

Kerana kepentingan parti Umno dan peribadi pemimpinnya, negeri dan negara diletak di bawah konflik perlembagaan dan melontarkan imej buruk politik di mata dunia.

Saya tetap meletakkan rasional pemikiran dan tindakan politik dengan memberi kebebasan kepada rakyat menurut undang-undang mengadakan pilihan raya semula di Perak sebagai jalan penyelesaian efektif bagi mengatasi kemelut politik negeri itu.

Semua pihak mesti bersikap terbuka menerima segala keputusan muktamad hasil dari keputusan pengundian pilihan raya itu sama ada BN menang atau PR menang. Itu sudah menjadi adat pertarungan politik.

Sementara, Umno tidak akan pulih dari kelemahan politik dan kepimpinannya sehingga sekarang tetapi jangan pula mahu menegakkan benang basah dengan mengenepikan kepentingan rakyat dan undang-undang dengan mengekalkan rampasan kuasa di negeri Perak.

Inilah elemen yang terbuku di hati dan menimbulkan kebencian mendalam rakyat terhadap Umno dan kepimpinannya sekarang.

Pengerusi Gerakan Pulau Pinang cadang bubar DUN Perak

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Datuk Dr Teng Hock Nan hari ini dibidas kerana mencadangkan agar Dewan Undangan Negeri Perak dibubarkan, satu kenyataan yang dianggap boleh menimbulkan pergeseran dalam Barisan Nasional.

"Sepatutnya, dalam keadaan ini, beliau memberi perangsang dan menyokong kita," kata Anggota Dewan Undangan Negeri Perak kawasan Kubu Gajah Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata Teng seharusnya menumpukan perhatiannya kepada usaha pemulihan Gerakan di Pulau Pinang.

"Apakah Teng tidak tahu BN mempunyai suara majoriti di Perak. Adakah dia tidak tahu krisis yang berlaku ini berpunca dari Pakatan Rakyat yang enggan menerima hakikat yang mereka telah hilang suara majoriti," katanya.

Dalam sidang akhbarnya di Pulau Pinang semalam, Teng berkata langkah membubarkan DUN akan membolehkan rakyat Perak memutuskan parti mana yang sepatutnya mentadbir negeri itu.

Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan, pula berkata rakyat Perak perlu diberi penjelasan bahawa BN berhak memerintah negeri itu kerana mempunyai majoriti dalam Dewan Undangan Negeri.

"Krisis politik di Perak merupakan isu nasional dan perlu diperjelaskan kepada setiap penduduk di negeri ini bagi mengelak timbulnya kekeliruan," katanya selepas menemui jentera penerangan Umno Perak di sini malam tadi.

Ahmad, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata beliau akan menjelaskan setiap isu berkaitan kemelut politik Perak dalam rangka lawatannya ke negeri-negeri dalam masa terdekat.

-- BERNAMA

Tags