Latest News

Sunday, June 27, 2010

Pasar Payang akan jadi kenangan?

(GAMBAR ATAS) Satu pemandangan di koridor Pasar Besar Kedai Payang, Kuala Terengganu. Difahamkan Kerajaan Terengganu mempunyai perancangan untuk meroboh pasar ini dan akan didirikan satu pasar baru ditapak asal pasar berkenaan.

Peniaga gelisah kerana mereka mendakwa perniagaan mereka terumbang ambing dengan perancangan kerajaan tersebut. Mereka tendakwa  tidak ada tempat mengadu.

Kini,  aktiviti pembangunan baru di tengah-tengah Muara Sungai Terengganu giat dijalankan (GAMBAR TENGAH) menggambarkan kegigihan kerajaan negeri itu mahu mewujudkan pembangunan dipercayai sebagai alternatif pusat perniagaan sedia ada berhampiran pasar tersebut.

Menambak sungai suatu kegiatan tidak sihat kerana ia boleh menganggu sistem aliran air sungai, pasang dan surut.

Jika berlaku banjir besar, ia dipercayai boleh membawa bencana di kawasan sekitar akibat lencongan air luar dari landasan dan  laluan sebenar.

Sementara itu, (GAMBAR BAWAH) Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Mohd. Abdul Wahid Endut membuat lawatan mengejut dan menemui peniaga di pasar berkenaan, baru-baru ini.

Beliau telah mendengar segala rintihan peniaga berkenaan terutama berhubung dengan kemudahan infrastruktur pasar termasuk masalah saluran air tersumbat dan peniaga terpaksa bersesak-sesak berniaga di tempat sempit.

Beliau berkata, PAS akan berusaha membawa permasalahan peniaga berkenaan ke pengetahuan kerajaan, namun parti itu tidak boleh bertindak sewenang-wenangnya kerana ia hanya parti pembangkang.

Sunday, June 6, 2010

Sarawak Berada Di Hujung Tanduk

KUALA TERENGGANU, Ahad (6 Jun)- "Memang rakyat Sarawak tidak suka Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Mohd. Taib Mahmud," dakwa seorang rakan lama media yang baru pulang dari Sarawak baru-baru ini.

Dakwanya, Tan Sri Taib dikelilingi oleh taukeh-taukeh besar dan sebahagian besar tanah Sarawak di monopoli milikannya oleh taukeh berkenaan.

Rakyat Sarawak sekarang mahu mencari pengganti beliau, setakat ini belum ada pengganti yang betul-betul boleh memberi manfaat kepada rakyat Sarawak, dakwanya lagi.
Sentimen pengaruh agama tertentu selain Islam, menghantui penduduk Sarawak khususnya di pendalaman, sehingga kepimpinan negeri pun turut terpengaruh dengan elemen tersebut, menyebabkan kepimpinan Sarawak berada di hujung tanduk, jelasnya.
Beliau menyimpulkan bahawa Umno begitu sukar untuk dominan dalam politik Sarawak, begitu juga dengan parti-parti lain dari Semenanjung.

"PAS juga sukar untuk berbuat demikian apa lagi parti-parti lain," dakwanya  yang lebih cenderong kepada parti Barisan Nasional (BN).

Beliau tidak menyatakan parti apakah yang lebih dominan di Sarawak ketika ini untuk menguasai rakyat negeri itu sekaligus membentuk kerajaan berwajah baru dalam pilihan raya umum ke-13 nanti.

Bagi beliau, kemenangan DAP di Sarawak baru-baru ini, suatu manifestasi kebencian rakyat negeri itu terhadap kepimpinan Ketua Menterinya yang lebih mementingkan kroni dari kepentingan rakyat jelata.


Walaupun beliau penyokong BN, namun beliau tidak nampak keupayaan parti itu untuk menguasai bumi Sarawak di masa hadapan jika sikap Kronisme Ketua Menterinya tidak dibendung segera.

"Projek membaiki pembentung najispun mahu dibolot oleh kroni Ketua Menteri, apa lagi projek yang lebih besar dari itu. Bayangkanlah bagaimana keadaan politik negeri Sarawak sekarang," dakwanya.

Tags