Latest News

Sunday, June 27, 2010

Pasar Payang akan jadi kenangan?

(GAMBAR ATAS) Satu pemandangan di koridor Pasar Besar Kedai Payang, Kuala Terengganu. Difahamkan Kerajaan Terengganu mempunyai perancangan untuk meroboh pasar ini dan akan didirikan satu pasar baru ditapak asal pasar berkenaan.

Peniaga gelisah kerana mereka mendakwa perniagaan mereka terumbang ambing dengan perancangan kerajaan tersebut. Mereka tendakwa  tidak ada tempat mengadu.

Kini,  aktiviti pembangunan baru di tengah-tengah Muara Sungai Terengganu giat dijalankan (GAMBAR TENGAH) menggambarkan kegigihan kerajaan negeri itu mahu mewujudkan pembangunan dipercayai sebagai alternatif pusat perniagaan sedia ada berhampiran pasar tersebut.

Menambak sungai suatu kegiatan tidak sihat kerana ia boleh menganggu sistem aliran air sungai, pasang dan surut.

Jika berlaku banjir besar, ia dipercayai boleh membawa bencana di kawasan sekitar akibat lencongan air luar dari landasan dan  laluan sebenar.

Sementara itu, (GAMBAR BAWAH) Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Mohd. Abdul Wahid Endut membuat lawatan mengejut dan menemui peniaga di pasar berkenaan, baru-baru ini.

Beliau telah mendengar segala rintihan peniaga berkenaan terutama berhubung dengan kemudahan infrastruktur pasar termasuk masalah saluran air tersumbat dan peniaga terpaksa bersesak-sesak berniaga di tempat sempit.

Beliau berkata, PAS akan berusaha membawa permasalahan peniaga berkenaan ke pengetahuan kerajaan, namun parti itu tidak boleh bertindak sewenang-wenangnya kerana ia hanya parti pembangkang.

Tags