Latest News

Thursday, April 28, 2011

Pemilihan perlu tampil ramai muka baru, kata pemimpin PAS


Oleh Syed Mu�az Syed Putra

April 28, 2011
KUALA LUMPUR, 28 April � Pemimpin-pemimpin PAS pusat menyambut cadangan Datuk Husam Musa bahawa parti Islam itu perlu �disegarkan� dengan disuntik elemen-elemen baru termasuk membawa masuk muka-muka baru dalam barisan kepimpinan parti itu.
Selain bersetuju agar Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikekalkan sebagai presiden parti, pemimpin-pemimpin PAS juga mahu lebih banyak ruang diberikan kepada pemimpin muda dan perubahan dilakukan agar parti itu mampu bersaing dalam era globalisasi.
Minggu lalu Husam, ahli jawatankuasa kerja PAS pusat mempertahankan kepimpinan Hadi dengan menegaskan parti Islam itu hanya perlu �disegarkan� dengan elemen-elemen baru yang boleh memperkukuhkan parti tersebut.
Beliau berkata kepimpinan pusat ini berkata, kepimpinan Hadi selaku presiden parti masih diperlukan, cuma ia perlu mengambil tindakan untuk memperkasakan kedudukannya.
Selain itu, Husam juga berkata, Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang perlu memberikan ruang kepada profesional dan muka baru supaya terlibat dalam barisan kepimpinan PAS.
Menurut Ahli Parlimen Parit Buntar Dr Mujahid Yusuf Rawa, cadangan yang berikan Husam itu amat bernas memandangkan kepimpinan Hadi selaki presiden parti sangat diperlukan ketika parti Islam itu dilihat menjadi serangan politik Umno-Barisan Nasional (BN).
�Saya setuju dengan pandangan Husam bahawa soal Hadi dicabar atau tidak, itu tidak timbul kerana kepimpinan Hadi masih diperlukan, malah beliau telah membawa banyak perubahan semenjak memegang jawatan itu.
�Jadi apa yang paling penting adalah kepimpinan hari ini perlu mampu memberi keyakinan kepada golongan pelapis yang bawa hasrat pembaharuan dan golongan-golongan ini perlu diberi peluang untuk melonjakkan PAS dalam konteks politik sekarang.
�Ini bukan bermaksud pemimpin muda tapi adalah muka-muka baru yang boleh membantu melonjakkan PAS, saya yakin kepimpinan Hadi mampu memberi lebih ruang sebab selama ini beliau (Hadi) banyak memberi ruang agar perubahan dilakukan dalam parti,� katanya.
Tegas ahli jawatankuasa kerja PAS pusat itu, elemen-elemen dan muka-muka baru dalam PAS boleh membawa satu perubahan besar, terutamanya untuk meyakinkan rakyat terutamanya orang Melayu bahawa parti itu bersedia untuk melakukan perubahan tanpa meninggalkan asas perjuangan iaitu menegakkan Islam.
�Jika PAS boleh melakukan pembaharuan dan perubahan sama ada dari segi pendekatan atau kepimpinan parti tidak mampu untuk menjadi sebuah parti yang kuat, kukuh dan diyakini rakyat di negara ini.
�Sebab itu, saya kata kepimpinan PAS bukan terletak atas bahu presiden tapi keseluruhan kepimpinan perlu memikul tanggungjawab ini tanpa meninggalkan dasar perjuangan parti . . . jadi amat jelas sekali PAS perlu melakukan perubahan ini, jika kita mampu melonjakkan PAS, maka ia akan kekal releven di masa mengundi dan pada masa sama ia boleh membuktikan kepada rakyat bahawa PAS menuju ke arah perubahan yang lebih besar,� kata Mujahid yang juga penulis buku �Menuju PAS Baru: Krisis, Peluang dan Dinamisme�, yang dihasilkannya dengan hasrat untuk memperbaiki organisasi parti.
Sementara itu Yang Dipertua PAS Shah Alam Khalid Samad berkata pada pemilihan PAS Jun ini perwakilan perlu memilih pemimpin yang boleh memikul tanggungjawab yang diberikan itu.
�Perwakilan kena ambil kira tugas yang hendak dimainkan pemimpin yang akan mereka pilih, perwakilan perlu pilih pemimpin yang boleh memainkan jawatan itu... pemimpin yang boleh memikul tanggungjawab yang diberikan itu.
�Perwakilan perlu lihat jawatan dengan peranan yang akan dipikul, jawatan bukan penghormatan tapi adalah tugas yang harus dipikul jika dipertanggungjawabkan,� katanya.
Ahli Parlimen Shah Alam itu juga berkata PAS perlu melakukan perubahan yang lebih dinamik dalam menarik sokongan rakyat.
�Kita perlu pemimpin yang sentiasa sensitif terhadap imej parti dan juga orang di peringkat akar umbi, kita perlukan fikirkan keadah yang baru untuk tarik perhatian rakyat serta untuk menafikan setiap tuduhan yang dilemparkan lawan kepada kita.
�Untuk melakukan perubahan dan menghadapi suasana baru kita memerlukan kaedah-kaedah baru, pemimpin yang lebih segar dan kita tidak lagi boleh menggunakan keadah lama,� katanya.
Ketua Penerangan Pemuda PAS pusat Suhaizan Kaiat memberitahu, dalam menghadapi cabaran politik semasa PAS perlu menampilkan lebih banyak kaedah dan pendekatan yang lebih �segar� sekiranya mahu menjadi sebuah parti dinamik dan diterima rakyat.
�Saya melihat dalam menghadapi cabaran politik sekarang, maka PAS memerlukan lebih ramai tenaga muda serta mempunyai pendekatan dan kaedah lebih kreatif, inovatif dan dinamik.
�Justeru dalam menghadapi cabaran politik semasa, maknanya PAS perlu ada muka-muka baru supaya kita nampak lebih segar, bukan bermaksud tukar semua pemimpin tapi menampilkan tenaga-tenaga baru dalam parti,� katanya.
Selain itu, beliau berkata PAS juga perlu berubah dari segi pendekatan atau kaedah yang digunakan untuk mendekati rakyat yang mana parti Islam itu tidak boleh terlalu bergantung kepada strategi lama seperti ceramah dan penyebaran risalah.
�Dalam konteks politik sekarang, kita banyak cabaran baru dalam negara dan ia memerlukan satu buah fikiran yang baru, cara kreatif dan inovatif untuk menghadapi cabaran-cabaran ini.
�Dulu kita hanya parti pembangkang tapi sekarang kita adalah bakal menjadi kerajaan, jadi masalah-masalah semasa yang berkaitan dengan negara dan sebagainya memerlukan kita sentiasa melakukan perubahan...kalau tiada penyegaran kita akan jadi tepu,� katanya.
Oleh itu, tegas Suhaizan, sekiranya PAS gagal untuk melakukan perubahan atau transformasi seperti mana yang dilakukan DAP sudah pasti parti Islam itu tidak mampu bersaing terutamanya dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13.
�Itu akan jadi masalah, sebab itu kita perlukan perubahan dan pembaharuan seperti bagaimana untuk menggerakkan negara, keperluan idea yang lebih kreatif dan penyegaran dari segi pendekatan dan kepimpinan parti.
�Sudah cukup dari segi penyegaran parti, kalau kita tak buat perubahan kita takut akan jadi parti yang mundur, pada saya semua parti politik mesti kena sentiasa ada suasana dinamik dalam parti,� katanya.
Seorang lagi ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Mazlan Aliman berkata parti itu memerlukan pemimpin yang sentiasa peka dengan perkembangan semasa selain bijak dalam mengangani setiap itu yang berbangkit.
Menurut beliau, dalam era globalisasi ini pemimpin-pemimpin PAS perlu sentiasa bergerak satu langkah di hadapan dan boleh menjangka apa yang akan berlaku.
�Saya sokong kenyataan beliau (Husam), yang mana kalau kita lihat arus pembangunan negara yang sentiasa berubah dan cabaran yang semakin besar memerlukan kita melihat dunia ini secara intelektual dari pelbagai sudut dan pandangan.
�Sebab itu, kita perlukan barisan kepimpian yang pantas untuk menghadapi cabaran-cabaran semasa selain harus memiliki kepekaan yang tinggi terhadap perkembangan semasa dan setiap pemimpin harus bijak menangani apa jua cabaran semasa,� katanya.
Tegas Mazlin, sekiranya pemimpin parti lambat bertindak untuk melakukan perubahan sudah pasti banyak perkara tidak dapat diselesaikan.
�Kalau lambat tangani masalah, nanti rakyat akan jadi korban sebab itu kepimpinan PAS harus peka dan sentiasa berada di hadapan selain boleh membaca apa yang akan berlaku.
�Kalau kita pasif, kita akan gagal untuk memahami kehendak rakyat dan apa yang kita mahu lakukan juga akan gagal,� katanya.
Mazlan yang juga Pengerusi Persatuan Anak-Anak Felda Kebangsaan (Anak) bersetuju agar muka-muka baru ditampilkan untuk membawa perubahan dalam PAS.
�Saya sokong bahkan kita harus beri ruang kepimpinan dalam parti dengan muka-muka baru, bukan hanya golongan profesional tapi aktivis-aktivis parti juga kerana kita perlukan kepimpinan yang boleh mewarnai politik masa depan.
�Selain itu ruang untuk berinteraksi pada masa sekarang begitu banyak . . . kita tidak boleh berceramah dan mengedarkan risalah tapi kita peru menggunakan kaedah-kaedah baru seperti Internet dan sebagainya untuk menyebarkan maklumat, kalau lambat kita akan ketinggalan,� katanya.- The Malaysian Insider

Wednesday, April 27, 2011

Malaysia Baru di bawah Pakatan Rakyat: Bersatu Ubah Sekarang


Saya berpendapat negara Malaysia boleh bertukar tangan dari BN ke Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya umum ke 13 tidak lama lagi sekiranya pelbagai kaum bersatu menolak BN yang Umno menjadi teras parti itu.


Yang penting kesedaran semua kaum untuk bertukar dan melihat Malaysia berwajah baru dalam semua aspek boleh menjadi kenyataan apabila mereka mengkaji kejayaan dan kelemahan BN menerajui negara ini sejak 54 tahun lalu.

Ke mana mereka dibawa? Apa yang mereka dapat? Apa permasalahan hidup mereka  telah diselesaikan? Apa tekanan kehidupan yang dihadapi di bawah BN? Kemajuan apakah yang merubah kehidupan rakyat secara menyeluruh di bawah BN? Bebanan apakah yang dipikul rakyat akibat mengekalkan BN memerintah?

Soalan pertama ke mana rakyat dibawa BN selama lebih lima dekad parti memerintah negara dan rakyat? Saya kata tidak ke mana, bahkan rakyat berada di zaman tidak tentu arah. Mereka menentukan nasib mereka sendiri dengan sisa-sisa hidup kerana wacana negara banyaknya hanyalah retorik BN untuk  menang dalam pilihan raya.

Kemana perginya wacana Kepimpinan Melalui Tauladan, Bersih Cekap Amanah, Penerapan Nilai-nilai Islam, Islam  Hadhari, Wawasan 2020, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan (sebagai menyebut beberapa wacana).

Menulis semua kepincangan hasil slogan itu, tidak cukup masa dan ruang untuk digarap. Cukuplah kesimpulan dibuat bahawa rakyat ditipu di atas darat (mentah-mentah) dengan retorik ke arah Malaysia Negara Maju tetapi kemajuan sebenarnya hanya membina bangunan mencakar langit membuat projek-projek besar dengan membazikan wang rakyat sedangkan rakyat dibebankan dengan pelbagai penyakit, tekanan ekonomi dan sosial yang pincang dan melakari kemajuan yang dibuat dan mahu dicapai.

Penyakit insaniah yang membarah dengan rasuah, penyelewengan kuasa, kebobrokan moral, ketandusan iman dan keyakinan kepada pencipta manusia penyebab utama mengapa rakyat berada dalam keadaan demikian hari ini. Sistem pendidikan hanya untuk melahirkan bijak pandai tidak beriman kerana keimanan dibuang dari sistem pendidikan negara.

kegagalan asas ini menyebabkan semua kegagalan yang dirancang dan jelasnya BN sudah tidak upaya lagi membentuk Malaysia lebih dinamik di masa hadapan.

Justeru keupayaan PR mengambil alih dan berusaha berubah negara dan rakyat ke satu tahap pentadbiran baru dan kemajuan berteraskan keadilan dan kesaksamaan kaum, warna kulit serta berteraskan keyakinan dan keimanan perlu dibentuk dan diwacanakan oleh rakyat sendiri mulai hari ini.

Kita tidak boleh mengharapkan Umno/BN menetapkan masa depan kita tetapi kita sendirilah menentukan masa depan kita, untuk apa kita hidup di dunia dan ke mana kesudahan kita sebenarnya.

Inilah hakikat kemajuan dan pembangunan yang perlu digarap oleh kita semua mulai sekarang.

Pemilih baru naik ketara, lebih 300,000 daftar suku pertama 2011



KUALA LUMPUR, 27 April � Di sebalik desas-desus pilihan raya umum ke-13 semakin dekat, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terus mencatatkan peningkatan jumlah mereka mendaftar sebagai pemilih baru � lebih 300,000 orang mengemukakan permohonan pada suku pertama tahun ini.

Angka itu mengatasi lima suku terakhir sebelum ini dan mengalami peningkatan peningkatan ketara.
Ia juga dua kali ganda lebih tinggi berbanding suku pertama tahun lalu.
Dalam tempoh urusan pendaftaran pemilih suku pertama tahun 2011 iaitu dari Januari hingga Mac, SPR menerima 301,171 permohonan pendaftaran sebagai pemilih baru dan 59,075 permohonan pertukaran alamat pusat mengundi.
Nama-nama baru itu akan dipamer di bawah Rang Daftar Pemilih tambahan bagi suku pertama tahun 2011 untuk semakan orang ramai mulai esok hingga 4 Mei, kata Pegawai Perhubungan Awam SPR Sabri Said.
Ia akan dipamerkan di 1,005 tempat di seluruh negara iaitu 15 Pejabat Pilihan Raya Negeri; 475 Pejabat Pos Berkomputer; 105 kompleks/pejabat kerajaan; 156 Pejabat Daerah/Pejabat Tanah; 51 majlis daerah/perbandaran; 173 dewan serbaguna/rukun tertangga/balai raya/ penghulu atau dewan; dan 30 di tempat-tempat lain.
�Orang ramai yang baru memohon menjadi pemilih atau pemilih berdaftar yang memohon pertukaran alamat pusat mengundi, dinasihat membuat semakan,� katanya.
Perangkaan dikeluarkan SPR sebelum ini menunjukkan seramai 292,444 orang memohon mendaftar sebagai pengundi baru antara Oktober dan Disember lalu berbanding 246,962 orang antara Julai dan September lalu.
Pada suku pertama Januari hingga Mac 2010, SPR menerima 134,298 permohonan baru dan ia meningkat kepada 191,970 sepanjang April dan Jun.
Arah aliran peningkatan jumlah permohonan baru itu sama dengan situasi pada 2007 di mana ia mengalami peningkatan ketara menjelang pilihan raya umum ke-12, yang berlangsung pada suku pertama tahun 2008.
Berdasarkan daftar yang disahkan setakat 31 Disember lalu, SPR mempunyai 11,817,936 orang pemilih.- The Malaysian Insider

Tuesday, April 26, 2011

Perkauman: Tinggalkan Umno/BN


Perkauman adalah isu yang boleh memakan tuan khususnya Umno kerana rata-rata mana-mana bangsa benci dengan provokasi perkauman ini.


Ia akan merealisasikan ketidakadilan dalam pembahagian kekayaan, kemudahan asas, kekuasaan, ekonomi dan kebajikan sosial. Siapa suka dengan kata-kata "bangsa kamu tak dak hak untuk dapatkan itu ini kerana kaum kamu begian-begian..." Siapa suka dengar semua ini kalau kena atas batang tubuh sendiri atau bangsa sendiri.

Justeru perjuangan kebangsaan tidak pernah memberi input keadilan buat selama-lamanya. Perkauman @ kebangsaan membuang masa dan harta benda, meminggirkan eleman-eleman kebenaran, keadilan serta keamanan, rasa kebebasan manusiawi jika dikaji secara mendalam.

Umno pelopor perkauman akan terdesak meniupkan semangat Melayu dan mengajak Melayu bersatu, membela nasib Melayu yang tidak pernah terbela pun sampai bila-bila. Yang terbela ialah kronisme, nepotisme yang kadangkala membabitkan bangsa lain untuk terus mengekalkan kuasa dan kemenangan.

Biro Tata Negara (BTN) diperalatkan untuk meniupkan semangat perkuaman Melayu di kalangan pelajar dan kakitangan kerajaan dalam banyak medium program yang diacarakan sebelum ini.

Persoalannya kenapa kita takut sekali kembali kepada kebenaran yang ditetapkan Ilahi?  Yang sebenarnya Dia Maha Mengetahui cara penyelesaian permasalahan bangsa, puak, hukum, pentadbiran, akhlak, kebajikan sosial, ekonomi, kestabilan politik dan sebagainya.

Kenapa umur dan kehidupan yang dianugerahkan oleh-Nya sering dibazirkan kepada sesuatu yang menyusah dan menimbulkan banyak konflik dan pertikaian bahkan peperangan dan pergaduhan?

Manusia tidak usah tunjuk pandailah terhadap apa ketentuan Ilahi kerana mereka sebenarnya banyak kelemahan. Justeru apa sebabnya kita tidak kembali kepada kebenaran? Yang jelasnya kita mempertuhankan hawa nafsu kita sendiri sedangkan ia sudah jelas banyak menyusahkan kita.

Monday, April 25, 2011

Arahan kepada Media Umno, fitnah PR

Akhbar-akhbar milik Umno nampaknya, sanggup menabur fitnah kepada batang tubuh pemimpin Pakatan Rakyat (PR) tanpa mengira ia boleh bercanggah dengan  undang-undang atau tidak.

Menunjukkan bahawa semacam ada satu arahan dari pihak atasan untuk tujuan memburuk-burukkan kepimpinan PR supaya gambaran buruk itu kononnya boleh mempengaruhi rakyat supaya menolak calon parti-parti PR dalam pilihan raya umum ke 13 akan datang.

Akhbar-akhbar itu sanggup disaman asalkan matlamat menghancurkan pengaruh PR di kalangan rakyat dapat dihapuskan.

Sebetulnya Umno terlalu takut untuk berdepan dengan soal kehilangan kuasa dalam pilihan raya umum akan datang. Kepincangan politik dan pentadbirannya nampak ketara di hadapan mata rakyat, walaupun Umno ada APCO namun PR terus nenerus memberi penjelasan di kesempatan yang ada kepada rakyat termasuk di media internet tentang kepincangan pemerintahan Barisan Nasional (BN)

Sekatan atau kebebasan bersuara yang terhalang akibat Umno mengamalkan demokrasi pincang, menyediakan padang politik yang tidak rata, PR walaupun perit, terus menyampaikan maklumat yang benar dengan hujah yang tepat bahawa sebenarnya Malaysia, negara yang dipijak buminya ini, tidak seharusnya dibiarkan terus-terusan Umno memerintah dan menggayang harta rakyat sepuas-puasnya.

Sudah cukup kepimpinan Umno dan ahlinya yang tidak cerdik berpolitik dan mundur ke belakang dalam menghayati kehendak dan mood rakyat bahawa Malaysia bukanlah bumi penjajah dan perlu kepada undang-undang dan corak pemerintahan peninggalan penjajah.

Malaysia adalah bumi merdeka. Kemerdekaan perlu ditafsirkan sebagai kebebasan rakyat memilih keadilan dan demokrasi yang sebenar dalam berpolitik dan dengannya mereka dapat meletakkan keamanan dan kesejahteraan hakiki dalam pentadbiran kerajaan dan politik.

Keadilan yang dicari ialah keadilan Pencipta alam ini  maka sewajarnya ia dijadikan dasar perbincangan mana-mana forum rakyat.

Cukuplah rakyat ditindas di bawah undang-undang zalim yang sedia ada dan mereka dinafikan hak bersuara dengan terhalangnya mereka mendengar maklumat dari semua pihak termasuk-masuk parti-parti politik yang didaftarkan mengikut undang-undang.

Sepatutnya Malaysia mempunyai televisyen yang dikendalikan oleh pihak atau badan bebas atau dari parti-parti komponen PR sendiri. Tetapi sayang Umno menghalang rakyat Malaysia mendengar maklumat dari pelbagai pihak dengan bebas bagi menilai mana yang betul dan mana yang salah.

Sepatutnya pihak lain dari Umno boleh memiliki TV satellite sendiri sebagaimana negara-negara dunia telah mengamalkan kebebasan media termasuk TV satellite ini.

Jelas dengan terhalang semua ini, Umno mahukan rakyatnya terus kekal di bawah tempurung membaca politik di bawah tempurung itu yang terlalu sempit dan tidak menjangkau luas melampaui batas sempadan kaum dan etnik.

Umno lebih gembira, Melayu hidup dengan kemelayuannya dan kaum lain hidup dengan lingkungan budaya mereka sendiri sedangkan Allah ciptakan berbilang-bilang kaum dan bangsa di dunia ini hanya untuk berkenal-kenalan bukan untuk diperjuangkan.

Inilah kepincangan dan bibit-bibit kejayaan penjajah menanam racun dalam kehidupan rakyat negara ini sehingga polemik perkauman masih berkumandang walaupun lebih 50 tahun Malaysia merdeka dari penguasaan penjajah British.

Berilah  kebebasan rakyat untuk memiliki TV satellite sendiri kerana sebenarnya ia memberi peluang rakyat mengembangkan perniagaan peratalan satellite secara undang-undang dan industri satellite akan berkembang pesat di negara ini jika ada akta membenarnya berlangsung.

Wednesday, April 20, 2011

Video seks dirancang sejak 1999

Saya tidak berhasrat untuk menyinggung mana-mana penyiasatan dan perbicaraan kes dari mana-mana pihak berkuasa dan perbicaraan di mahkamah dalam persoalan video seks yang didakwa kononnya membabitkan pemimpim Pakatan Rakyat (PR).

Sebelum saya menulis lanjut, sepatutnya kes-kes berkait dengan moral ini diserahkan kepada pihak perundangan menentukan sama ada ia ada kes atau benar-benar berlaku atau hanya fitnah semata-mata.

 Persoalan penting di sini ialah kes video lucah terbaru tahun ini yang didakwa ada kaitan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim (Gambar)  awal-awal lagi saya berani cakap ia suatu perancangan jahat Umno/Barisan Nasional (BN) untuk menjatuhkan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Sumber boleh dipercayai menjelaskan bahawa difahamkan Unit Khas Polis pernah membuat pendedahan ini. Ia dikatakan perancangan Umno dengan kerjasama pihak keselamatan. 
Terbaru pendedahan dibuat, pada tahun 1999, pernah dijumpai video berkaitan di Kuala Lumpur tetapi tidak ada yang bertanggungjab penerbitan dan sebarannya (lihat Link ini: http://bit.ly/hWejrN).

Jika rentetan ini berlaku tidak payahlah berfikir panjang dan jangan cuba memperbodohkan diri bahawa sebenarnya perancangan jahat Umno itu memang jelas kelihatan. Apa, ingat pemimpin-pemimpin Umno  dan BN itu baik sangat atau dilihat sebagai bersih, tidak ada kes moral?

Untuk strategi menghancurkan Umno dan pimpinannya perlu ada satu rancangan licik dan benar membuktikan kebejatan moral dan penyelewengan kuasa mereka di hadapan rakyat dengan bukti-bukti yang tidak boleh disangkal lagi.

Jika mereka boleh merancang, PR juga perlu membuat perancangan rapi untuk hancurkan mereka. Pokok persoalannya ialah  Umno/BN cukup terasa dengan perkembangan terbaru sejak PR berjaya memerintah beberapa buah negeri di Semenanjung termasuk Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang dalam pilihan raya umum yang lalu.

Kejayaan memerintah di negeri-negeri tersebut memberi input baru kepada rakyat bahawa moto hanya Umno/BN sahaja mampu memerintah Malaysia, adalah satu pandang atau pemikiran lapok dan ia hanya pandangan orang bodoh sahaja.

Orang yang mempunyai akal waras sudah boleh melihat perkembangan-perkembangan kejayaan memberangsangkan pemerintahan PR di negeri-negeri tersebut.

Sebab itu segala media dan idea walaupun busuk, fitnah dan bohong serta menjijikkan akan dicipta dan dilemparkan ke muka rakyat untuk menerimanya sebagai benar dan kemudian men gharapkan rakyat menolak PR.

Saya tegaskan di sini CUKUPLAH... CUKUPLAH... CUKUPLAH... BN menghuruharakan politik dan ekonomi rakyat  Malaysia, rakyat hendaklah memberi peluang kepada PR mengambil alih pemerintahan negara dalam pilihanraya umum ke 13 yang dijangka akan di adakan seawal Julai ini.

Difahamkan Kemas akan mengadakan simulasi pilihan raya dalam bulan Jun ini. Jika ia memberangsangkan BN, pilihan raya umum dijangka diadakan segera kerana semakin lama masa diberi rakyat semakin meluat dengan kerenah Umno/BN.

Wednesday, April 13, 2011

Apa Taib Mahmud Nak?

Saya sudah meneka apa Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud inginkan, walaupun beliau dilihat berkata bahawa beliau mahu rakyat bumi Kenyalang itu hidup mewah sebagaimana ucapannya dalam satu kempen pilihan raya negeri itu baru-baru ini.

Kenyataan yang ada ialah kemewahan 30 tahun bukan di pihak rakyat tetapi di pihaknya dan keluarganya sendiri sebagaimana dilaporkan banyak pihak.

Tiba-tiba dalam pilihan raya kali ini cakap nak ubah bagi rakyat mewah pula. Selama 30 tahun tidak berjaya diubah, dalam masa singkat ini dan dalam pilihan raya berjanji nak ubah, rakyat Sarawak kenalah fikir baik-baik cakap seperti itu.

Mengapa kita tidak boleh memberi peluang kepada orang lain untuk mengubah sinerio politik negeri dan negara kita jika 30 tahun atau 50 tahun kita memberi peluang parti sekarang memerintah, mereka hanya banyak omong kosong sahaja.

Banyak membuang masa hidup generasi kita dengan janji-janji manis pilihan raya, bersikap retorik dalam banyak perkara. Kita warga Malaysia sepatutnya sudah pandai berpolitik dan cepat bertindak menangani soal ini dengan tidak payah menunggu 30tahun, 50 tahun atau lebih untuk membuat perubahan.

Hari ini rakyat Sarawak ada kuasa di tangan, diberi peluang oleh ruang demokrasi yang ada untuk membuat perubahan maka buatlah perubahan segera. Jangan tunggu-tunggu lagi, tidak ada gunanya.

Kita adalah manusia suka melihat realiti, kalau realiti yang ada, rakyat masih ditakuk lama, kehidupan terhimpit dengan pelbagai permasalahan termasuk ekonomi , kemudahan asas, korupsi dan jenayah akibat kepimpinan politik korup, maka tidak perlu kita meneruskan kesinambungan kepimpinan semacam itu kerana ia membazirkan masa dan wang kita sahaja.

Mereka menggunakan khazanah rakyat yang diamanahkan kepada mereka untuk dijaga dan manfaatkan untuk rakyat sebaiknya padahal ia banyaki dimanfaatkan untuk mengekalkan kuasanya bukan untuk rakyat. Sementara rakyat hanya digula-gulakan dengan pelbagai janji kalau dilaksanakanpun sekadar tempuh pilihan raya itu sahaja.

Selepas itu rakyat terus dibebani dengan masalah sedia ada tanpa ada kesudahan penyelesaiannya. Maka dengan cara kita menggunakan kuasa pengundian secara total kita gunakan sebaik mungkin untuk menukar kuasa politik yang ada sekarang kepada pihak yang sudah terbukti berjaya memimpin negeri-negeri di Semenanjung termasuk Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan sejak tiga hingga 20 tahun yang lalu.

Jika rakyat Malaysia memberi kuasa lebih yakni memberi peluang Pakatan Rakyat, terdiri dari PAS, PKR dan DAP memerintah Malaysia sudah pasti kebaikannya lebih menyeluruh dan lebih efektif kerana kuasa itu lebih besar, banyak benda yang boleh dibuat dengan kuasa itu untuk rakyat dan negara ini.

Oleh kerana itulah Barisan Nasional (BN) berusaha sedaya upaya menggambarkan betapa buruknya Pakatan Pembangkang dan betapa gagalnya pemerintahan mereka dengan menggunakan apa cara sekalipun termasuk media yang mereka miliki bagi propaganda mendakwa bahawa hanya BN mampu mentadbir negara dan rakyat buat selama-lamanya.

Rakyat Sarawak sepatutnya sudah boleh berfikir dengan baik untuk menilai semua perkara ini berdepan dengan kehidupan yang dipaksakan ke atas mereka selama ini oleh BN.

Mengapa tidak, Rakyat Sarawak mempunyai kekayaan minyak tetapi kekayaan itu hanya dikecapi oleh Taib Mahmud dan kroninya sahaja. Kaum Iban, Kadazan, Melayu dan Cina masih ditakuk lama, tidak berubah, tidak ada kemajuan yang sebenar sebagimana dijanjikan.

Kemewahan itu tidak dikecapi oleh mereka tidak seperti rakyat Brunei di sebelah negeri mereka. Pelbagai kemudahan asas, kebajikan dan sosial dijaga begitu sekali oleh kerajaan Brunei dengan hasil minyak yang diperolehinya.

Buatlah perbandingan itu supaya kita boleh menentukan hala tuju kehidupan dan generasi kita lebih baik di masa depan.

Tags