
Menunjukkan bahawa semacam ada satu arahan dari pihak atasan untuk tujuan memburuk-burukkan kepimpinan PR supaya gambaran buruk itu kononnya boleh mempengaruhi rakyat supaya menolak calon parti-parti PR dalam pilihan raya umum ke 13 akan datang.
Akhbar-akhbar itu sanggup disaman asalkan matlamat menghancurkan pengaruh PR di kalangan rakyat dapat dihapuskan.
Sebetulnya Umno terlalu takut untuk berdepan dengan soal kehilangan kuasa dalam pilihan raya umum akan datang. Kepincangan politik dan pentadbirannya nampak ketara di hadapan mata rakyat, walaupun Umno ada APCO namun PR terus nenerus memberi penjelasan di kesempatan yang ada kepada rakyat termasuk di media internet tentang kepincangan pemerintahan Barisan Nasional (BN)
Sekatan atau kebebasan bersuara yang terhalang akibat Umno mengamalkan demokrasi pincang, menyediakan padang politik yang tidak rata, PR walaupun perit, terus menyampaikan maklumat yang benar dengan hujah yang tepat bahawa sebenarnya Malaysia, negara yang dipijak buminya ini, tidak seharusnya dibiarkan terus-terusan Umno memerintah dan menggayang harta rakyat sepuas-puasnya.
Sudah cukup kepimpinan Umno dan ahlinya yang tidak cerdik berpolitik dan mundur ke belakang dalam menghayati kehendak dan mood rakyat bahawa Malaysia bukanlah bumi penjajah dan perlu kepada undang-undang dan corak pemerintahan peninggalan penjajah.
Malaysia adalah bumi merdeka. Kemerdekaan perlu ditafsirkan sebagai kebebasan rakyat memilih keadilan dan demokrasi yang sebenar dalam berpolitik dan dengannya mereka dapat meletakkan keamanan dan kesejahteraan hakiki dalam pentadbiran kerajaan dan politik.
Keadilan yang dicari ialah keadilan Pencipta alam ini maka sewajarnya ia dijadikan dasar perbincangan mana-mana forum rakyat.
Cukuplah rakyat ditindas di bawah undang-undang zalim yang sedia ada dan mereka dinafikan hak bersuara dengan terhalangnya mereka mendengar maklumat dari semua pihak termasuk-masuk parti-parti politik yang didaftarkan mengikut undang-undang.
Sepatutnya Malaysia mempunyai televisyen yang dikendalikan oleh pihak atau badan bebas atau dari parti-parti komponen PR sendiri. Tetapi sayang Umno menghalang rakyat Malaysia mendengar maklumat dari pelbagai pihak dengan bebas bagi menilai mana yang betul dan mana yang salah.
Sepatutnya pihak lain dari Umno boleh memiliki TV satellite sendiri sebagaimana negara-negara dunia telah mengamalkan kebebasan media termasuk TV satellite ini.
Jelas dengan terhalang semua ini, Umno mahukan rakyatnya terus kekal di bawah tempurung membaca politik di bawah tempurung itu yang terlalu sempit dan tidak menjangkau luas melampaui batas sempadan kaum dan etnik.
Umno lebih gembira, Melayu hidup dengan kemelayuannya dan kaum lain hidup dengan lingkungan budaya mereka sendiri sedangkan Allah ciptakan berbilang-bilang kaum dan bangsa di dunia ini hanya untuk berkenal-kenalan bukan untuk diperjuangkan.
Inilah kepincangan dan bibit-bibit kejayaan penjajah menanam racun dalam kehidupan rakyat negara ini sehingga polemik perkauman masih berkumandang walaupun lebih 50 tahun Malaysia merdeka dari penguasaan penjajah British.
Berilah kebebasan rakyat untuk memiliki TV satellite sendiri kerana sebenarnya ia memberi peluang rakyat mengembangkan perniagaan peratalan satellite secara undang-undang dan industri satellite akan berkembang pesat di negara ini jika ada akta membenarnya berlangsung.