Saya tidak berhasrat untuk menyinggung mana-mana penyiasatan dan perbicaraan kes dari mana-mana pihak berkuasa dan perbicaraan di mahkamah dalam persoalan video seks yang didakwa kononnya membabitkan pemimpim Pakatan Rakyat (PR).
Sebelum saya menulis lanjut, sepatutnya kes-kes berkait dengan moral ini diserahkan kepada pihak perundangan menentukan sama ada ia ada kes atau benar-benar berlaku atau hanya fitnah semata-mata.
Persoalan penting di sini ialah kes video lucah terbaru tahun ini yang didakwa ada kaitan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim (Gambar) awal-awal lagi saya berani cakap ia suatu perancangan jahat Umno/Barisan Nasional (BN) untuk menjatuhkan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.
Sumber boleh dipercayai menjelaskan bahawa difahamkan Unit Khas Polis pernah membuat pendedahan ini. Ia dikatakan perancangan Umno dengan kerjasama pihak keselamatan.
Terbaru pendedahan dibuat, pada tahun 1999, pernah dijumpai video berkaitan di Kuala Lumpur tetapi tidak ada yang bertanggungjab penerbitan dan sebarannya (lihat Link ini: http://bit.ly/hWejrN).
Jika rentetan ini berlaku tidak payahlah berfikir panjang dan jangan cuba memperbodohkan diri bahawa sebenarnya perancangan jahat Umno itu memang jelas kelihatan. Apa, ingat pemimpin-pemimpin Umno dan BN itu baik sangat atau dilihat sebagai bersih, tidak ada kes moral?
Untuk strategi menghancurkan Umno dan pimpinannya perlu ada satu rancangan licik dan benar membuktikan kebejatan moral dan penyelewengan kuasa mereka di hadapan rakyat dengan bukti-bukti yang tidak boleh disangkal lagi.
Jika mereka boleh merancang, PR juga perlu membuat perancangan rapi untuk hancurkan mereka. Pokok persoalannya ialah Umno/BN cukup terasa dengan perkembangan terbaru sejak PR berjaya memerintah beberapa buah negeri di Semenanjung termasuk Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang dalam pilihan raya umum yang lalu.
Kejayaan memerintah di negeri-negeri tersebut memberi input baru kepada rakyat bahawa moto hanya Umno/BN sahaja mampu memerintah Malaysia, adalah satu pandang atau pemikiran lapok dan ia hanya pandangan orang bodoh sahaja.
Orang yang mempunyai akal waras sudah boleh melihat perkembangan-perkembangan kejayaan memberangsangkan pemerintahan PR di negeri-negeri tersebut.
Sebab itu segala media dan idea walaupun busuk, fitnah dan bohong serta menjijikkan akan dicipta dan dilemparkan ke muka rakyat untuk menerimanya sebagai benar dan kemudian men gharapkan rakyat menolak PR.
Saya tegaskan di sini CUKUPLAH... CUKUPLAH... CUKUPLAH... BN menghuruharakan politik dan ekonomi rakyat Malaysia, rakyat hendaklah memberi peluang kepada PR mengambil alih pemerintahan negara dalam pilihanraya umum ke 13 yang dijangka akan di adakan seawal Julai ini.
Difahamkan Kemas akan mengadakan simulasi pilihan raya dalam bulan Jun ini. Jika ia memberangsangkan BN, pilihan raya umum dijangka diadakan segera kerana semakin lama masa diberi rakyat semakin meluat dengan kerenah Umno/BN.