Latest News

Friday, May 27, 2011

Puisi: Satu Sinar Harapan Buat Anak Muda Cendering Pantai

Zaman ini zaman anak muda melakar sejarah
anak muda hari ini tidak lagi seperti dulu
hanya melengang lenggok di tepi jalan
berkumpul riuh di stesen bas, mengusik perempuan
manakala perempuan
buat temu janji dengan lelaki jalanan, liar, tidak bermoral.

Anak muda hari ini
harus melihat apakah akan jadi
kepada generasi hari ini dan akan datang
di bawah telunjuk penguasa sekularis
yang mahukan mereka terus leka dengan artis-artis
yang bayaran satu malam amalnya
lebih mahal dari secangkir teh untuk Ustaz
mengajar di surau dan masjid.


Zaman ini zaman anak muda melakar sejarah
anak muda menentukan masa depan warga kota dan desa
warga yang tertekan dengan harga barang naik,
petrol naik, gula naik, minyak masak naik, susu pekat naik,
tepung gandum naik dan banyak lagi yang bakal naik
akibat salah tadbir golongan penguasa nasionalis sempit tak bertamaddun.

Zaman ini zaman anak muda melakar sejarah
lihat anak muda dengan teknologi mayanya
telah melontar regim Husni Mubarak Mesir jauh ke Laut Merah
tersungkur rebah dengan laungan lautan manusia
Irhal, irhal Mubarak irhal
Irhal, irhal, Mubarak irhal,
Irhal, irhal Mubarak irhal,
pergi, pergi BN pergi,
pergi, pergi BN pergi,
pergi, pergi BN pergi.

Anak muda ku
kita sebenarnya ada kekuatan tersembunyi
yang digeruni oleh penguasa-penguasa zalim seluruh dunia
kekuatan kita adalah keyakinan kita untuk bangkit
menyatakan yang hak kepada penguasa itu
menyatakan kamu adalah penindas rakyat
kamu menjadikan mereka pengemis dengan wang ihsan
sedangkan merekalah yang kaya raya dengan khazanah rakyat
membaham bagaikan jerung merantah bilis di lautan terbentang luas ini.

Anak muda ku
kita sebenarnya ada jiwa mudah tersentuh
apabila kita melihat nelayan bapak-bapak kita
terus dengan kehidupan,
kais pagi makan pagi, kais petang makan petang,
tidak berubah-rubah berdekad-dekad lamanya,
sedangkan penguasa barang naik,
mengumpul harta bertimbun-timbun,
mengatur deretan istana dan kereta mewah,
tanpa segan silu di hadapan gobok buruk rakyat.

Ada lagi yang menggali perigi untuk mendapat sebaldi air
buat sarapan pagi dan hidangan malam
sedangkan penguasa menjamu selera dengan segala hidangan lazat
dan minuman memabukkan lambang segala kemewahan dan kerakusan dunia.


Rakyat terhimpit miskin dan tertindas hanya dibela di musim pilihanraya
"Mak cik ambil duit RM50 ni, jangan lupa pangkah barang naik yer?"

Nilai maruah rakyat hanya puluhan dan ratusan ringgit sahaja.

Nah di sini, anak muda ku
kita harus mulakan satu perubahan,
menjadikan bapak-bapak nelayan kita, tidak lagi duduk berlindung di bawah gobok buruk
di rumah sewa Yayasan Keluarga berasak-asak bagaikan ikan tamban dalam tempayan
yang masih tidak ada kesudahan hala tuju hidup mereka
akibat bahana kerajaan barang naik.

Nah, anak muda ku
kita perlu mulakan satu perubahan bersama
kita ada jalan untuk selesaikan masalah kita
dan masalah warga kota dan desa
yang kita hidup bernafas di dalamnya
kalau kita bermuafakat,
Nabi bersabda,
"Kambing bersama kawanannya tidak akan dibaham serigala."

Kuala Terengganu
22 Mei 2011

P/S: Puisi dicipta dan dibaca khas untuk Pemuda Cendering Pantai dalam Majlis Ramah Mesra Bersama YBM Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi ADUN Batu Burok, di Tepian Pantai Pandak Chendering Kuala Terengannu petang tadi.

Tuesday, May 17, 2011

Catatan Petang: Fatamorgana slogan politik BN


Memang Rakyat tidak mahu hidup mereka dibebankan dengan kenaikan harga barang di saat kuasa beli mereka semakin mengucup.


Mengapa persoalan subsidi untuk minyak sering dibangkitkan dan menjadi alasan kerajaan untuk membenarkan harga minyak dinaikkan?

Kerajaan sekarang tidak memikirkan soal banyak subsidi lain diberikan kepada kroni Umno berbilion-billion ringgit begitu sahaja atas nama pembangunan dan kemajuan sedangkan ia bertujuan untuk merasuah Umno bagi menampung kewangannya secara tersembunyi.

Amalan rasuah yang tidak pernah surut dan bergerak secara berleluasa, sudah diketuahuii umum. Semua itu sebenarnya menyumbang ke arah membazirkan wang rakyat dan kepada sesuatu tindakan jenayah yang di diamkan oleh pemimpin Umno/BN.

Rakyat perlu sedar bahawa selagi mereka membiarkan BN memerintah, masalah ini tidak akan reda bahkan ia terus menghantui kehidupan mereka sepanjang masa.

Apabila minyak naik semua barang keperluas asasi akan naik. Malaysia adalah negara pengeluar minyak bukan pengimport minyak.

Sepatutnya, Malaysia mempunyai harga minyak lebih rendah dari negara pengimport minyak.  Salah urus negara oleh BN sudah banyak membuang masa rakyat.

Harga minyak di Brunei lebih rendah dari Malaysia. Kenapa ini boleh berlaku? Kenapa kerajaan tidak membuat perbandingan harga minyak negara dengan Brunei? mengapa kerajaan Malaysia tidak membuatkajian tentang masslah ini?

Pokoknya, sudah cukup mandat diberikan rakyat kepada BN lebih lima dekad. Tidak ada gunanya rakyat memberi mandat semula kepada BN untuk memeirntah negara sepenggal lagi dalam pilihan raya umum akan datang.

Cukuplah dengan cacamarba cara BN mengurus negara, segala slogan "hanya fatamorgana" (pinjam kata-kata Najib-gambar) semata-mata, tidak berpijak di bumi nyata.

Sunday, May 15, 2011

Buku Jingga: Satu Komentar


Semalam (selepas ini baca baru-baru ini), saya ada terbaca satu laporan dari Malaysiakini akhbar internet popular bahawa Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia didakwa diberikan arahan khas untuk menghentam rancangan 100 hari Pakatan Rakyat yang disenaraikan dalam Buku Jingga sekiranya mereka berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.

Menurut sumber, arahan daripada Pejabat Perdana Menteri itu dikesan melalui nota seorang wartawan kanan kepada kepada pengarang dan pembantu pengarang berita Utusan Malaysia yang diletakkan dalam 'satu sistem' akhbar itu pada 21 Mac lalu.

Nota itu menyebut, setelah hadir ke taklimat di pejabat berkenaan pada tarikh yang sama, pejabat tersebut memaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada keesoknya (22 Mac) akan bercakap mengenai "kesan negatif" jika janji pembangkang dalam Buku Jingga dilaksanakan.

Sehubungan itu, semua akhbar, terutamanya Utusan Malaysia, diminta mendapatkan komen pelbagai pihak -- antaranya pemimpin parti komponen BN, penganalisis ekonomi dan tokoh akademik -- bagi menyokong kenyataan Najib itu.

"Komen-komen ini boleh disiarkan secara berperingkat-peringkat sehingga Ahad ini mulai esok," tulisan dalam nota yang diperolehMalaysiakini itu dipetik.

Wartawan kanan itu juga meminta bantuan Meja Am dan Meja Ekonomi akhbar itu untuk melakukannya kerana biro yang diketuainya agak sibuk pada masa itu.

Benar-benar hentam

Semakan Malaysiakini di Utusan versi dalam talian mendapati terdapat sekurang-kurangnya tujuh laporan berkenaan Buku Jingga dimuatkan di akhbar milik Umno itu sepanjang tarikh yang diarahkan.

Isu berkenaan juga didapati terus disentuh selepas tarikh berkenaan.

Malaysiakini juga mendapati, Najib pada 22 Mac benar-benar menghentam Buku Jingga yang dihasilkan bersama PKR, DAP dan PAS itu.

Beliau dilaporkan mengingatkan rakyat supaya tidak terpedaya dengan tindakan Pakatan "menyogok dokumen-dokumen janji", terkini melalui Buku Jingga sehingga risikonya kelak mendatangkan kesengsaraan dan bala bencana kepada negara.

Najib ketika berucap di Putrajaya juga dilaporkan berkata, parti yang bertanggungjawab lebih rela tidak popular untuk jangka pendek dari membankrapkan negara dalam jangka panjang.

Utusan turut memuatkan komen beberapa pemimpin BN yang mempunyai nada sama, antaranya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (naib presiden Umno), Datuk Seri Dr Rais Yatim (menteri penerangan, komunikasi dan kebudayaan) serta T Mohan (ketua Pemuda MIC).
Sepanjang tempoh arahan itu juga, Utusan turut memetik pandangan penganalisis politik dan ahli akademik Dr Chandra Muzaffar, Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian, selain ulasan oleh kolumnisnya sendiri, termasuk penulis kontroversi Awang Selamat.
Sementara itu, dakwaan campurtangan kerajaan dalam media bukanlah perkara baru dan sering disebut oleh pemimpin pembangkang, terutama dalam ceramahnya.
Lagi dakwaan campurtangan k'jaan

Sebelum ini, perkara yang hampir sama didedahkan Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hata Wahari.

Bercakap kepada portal berita Free Malaysia Today(FMT), dakwanya agenda mingguan akhbar Utusan Malaysia ditetapkan oleh Biro Politik Umno yang dipengerusikan Najib.

Wartawan kananUtusan yang dipecat itu berkata, agenda mingguan yang diputuskan dalam mesyuarat itu akan disampaikan kepada ketua pengarang melalui pejabat Perdana Menteri.

Ini menunjukkan bahawa UMNO/BN sudah jadi macam cacing kepanasan apabila membaca buku jingga ini terutama dalam soal hasrat Pakatan Rakyat untuk melaksanakan janji-janji dalam 100 hari pemerintahan di peringkat Pusat yang mana Umno tidak sanggup berbuat demikian.

Janji ini adalah suatu yang murni yang kebanyakan rakyat menanti-menanti ketibaannya kerana sudah lama rakyat dibelenggu dengan kezaliman dan kerakusan kuasa institusi tersebut yang digunakan sewenang-wenangnya oleh Umno/BN untuk mengekalkan kuasanya selama lebih 54 tahun.
Saya nak baca secebis puisi ciptaan saya sempena masalah ini.


Sebenarnya banyak perkara juga saya ingin sentuh tentang buku jingga ini

Antara lainnya tentang isu

B � Agama
Agama dan anutan kepercayaan rakyat Malaysia seharusnya menjadi asas kesepakatan berlandaskan nilai murni yang bersifat sejagat. Rakyat Malaysia kini hampir tergelincir
ke dalam kawah yang mendidih didorong angkara yang menyebabkan perpecahan dan ketegangan kerana berlainan agama. Tidak sewajarnya ada pertikaian mengenai hakikat bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang menganuti sistem demokrasi di mana agama Islam menduduki tempat istimewa sebagai agama persekutuan sementara hak agama-agama lain dijamin.
Pakatan Rakyat berikrar:
i. Mempertahankan kedudukan agama Islam sebagai agama persekutuan dan menjamin hak kebebasan beragama setiap rakyat Malaysia.
ii. Menganjur dialog dan rundingan antara peradaban untuk mengukuhkan persefahaman.
iii. Menubuhkan mekanisme yang menyeluruh untuk memberi penyelesaian yang adil dalam kes-kes yang melibatkan pertindihan sistem perundangan sivil dan syariah, termasuk sebuah Suruhanjaya Diraja untuk mengkaji semua isu-isu berkaitan dengan mendalam.
iv. Memperkukuhkan pengurusan institusi Islam seperti Baitul Mal dan Tabung Haji bagi memastikan ia dikendalikan dengan berkesan, cekap dan memenuhi matlamat.

Apa yang tertinggal di sini pada pandangan saya membaik pulih institusi zakat sebagai sumber mengatasi maslaah kemiskinan di kalangan rakyat dengan memanfaatnya kewangan insitusi tersebut sebaik mungkin.

Sebagai sedia maklum bahawa Utusan Malaysia sebagai lidah rasmi Umno, telah cuba bermain api untuk mencetuskan pertelingkahan atau permusuhan agama dengan mendakwa terdapat usaha menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Negara dan pemimpin agama itu sebagai Perdana Menteri Malaysia sedangkan ia bukan berita yang sahih.

Bagaimanapun Malaysiakini semalam melaporkan bahawa
Pihak polis menerima 'variasi lain' berhubung dakwaan terdapat usaha menjadikan Kristian sebagai agama rasmi dilaporkan kepadanya.

Bagaimanapun Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar enggan mendedahkan butiran lanjut dan hanya memberitahu wartawan bahawa ia "berlainan dari yang diterima sebelum ini".

"Butirnya tak perlulah saya jelaskan. Saya difahamkan, sudah ada pun wartawan yang menemuduganya (pengadu) pagi ini (semalam)," katanya.

Laporan itu dibuat di Pulau Pinang pada jam 8.50 pagi semalam.

Sehubungan itu, tambahnya, lebih ramai lagi saksi akan dipanggil memberikan keterangan bagi membantu siasatan kes yang diberi keutamaan ketika ini.

Penulis blog Big Dog (atau Zakhir Mohamed) -- yang dipercayai saksi utama bagi kes itu -- bagaimanapun belum dipanggil memberikan keterangan dan akan dipanggil "pada bila-bila masa" sahaja, kata Khalid.
Utusan Malaysia pada Sabtu lalu, berdasarkan dakwaan dua penulis blog pro-Umno menuduh terdapat usaha menjadikan Kristian sebagai agama rasmi selain memastikan perdana menteri daripada penganut agama itu.

Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat polis Bukit Aman di Kuala Lumpur semalam, Khalid juga menasihatkan supaya kes yang disiasat bawah Akta hasutan 1948 itu tidak dispekulasi dan diperbesar-besarkan.

Ini kerana, menurut Khalid lagi, kes itu masih dalam proses siasatan.

Sementara itu, kandungan sebenar laporan yang dibuat di Pulau Pinang itu masih menjadi teka-teki.

Di Pulau Pinang, ketua polisnya Datuk Ayop Yaakob juga enggan mendedahkan aduan baru itu dengan alasan Khalid telah mengulasnya di Kuala Lumpur.

Apa yang berlaku ialah ia suatu permainan wayang dengan membuat tuduhan tersebut kerana persatuan paderi keristian dipanggil untuk memberi penjelasan kepada Najib dan kemudian dia memberi surat amaran kepada Utusan, sekadar amaran sahaja tidak diambil tindakan tegas dengan memecat Ketua Pengarang Kumpulannya kerana menyiarkan berita seumpama itu boleh mengancam keselamatan Negara.
Apa yang diinginkan oleh Umno ialah nak nyatakan bahawa apa yang diperjuangkan oleh Umno dan Pakatan rakyat dalam soal Islam sebagai agama rasmi Negara adalah satu perjuangan yang sama sahaja antara BN dan Pakatan Rakyat.
Perkara ini mungkin berlaku kerana ia suatuyang boleh disepakati bersama antara DAP, PKR dan PAS walaupun ia tidak merupakan suatu yang berbeza dari segi asasnya dengan apa yang dipertahankan oleh Umno.
Mungkin yang berbeza dalam soal ini ialah dalam isu bagaimana cara mempertahankan Islam sebagai agama rasmi Negara.
Sebagaimana sedia maklum bahawa agama rasmi Negara yang dimaksudkan di sini ialah sekadar membaca doa dalam majlis-majlis rasmi kerajaan, bukan melaksanakan Islam sepenuhnya dalam negara ini.
Soal perlaksanaan Islam secara menyeluruh mungkin disentuh dalam fasa lain yang lebih khusus mungkin berkaitan dengan pelaksanaan syariah dan mahkamah sivil.

Ia mungkin satu strategi politik supaya ia tidak timbul masalah antara parti kompnen pakatan rakyat dan ia menjadi isu besar di pihak Umno di mana Umno akan gunakan isu ini untuk mengapi-apikan rakyat bukan Islam.

Saya jugak ingin menyentuh perkara
C � Pendidikan
Pendidikan seharusnya bermatlamat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi rohani, jasad dan intelek. Melalui sistem pendidikan negara, Pakatan Rakyat bertekad untuk menyediakan sebuah sistem pendidikan yang mapan, bermutu dan menjamin peluang yang saksama kepada rakyat.
Pakatan Rakyat akan:
i. Menjadikan sekolah kebangsaan sebagai peneraju sistem pendidikan negara. Memastikan sokongan dan pembiayaan secara adil kepada sekolah-sekolah agama rakyat, sekolah kebangsaan Cina dan Tamil, sekolah mubaligh, sekolah vokasional dalam usaha bersama untuk meningkatkan taraf pendidikan negara.
ii. Mengimbangi penekanan kepada sistem peperiksaan dengan sistem pembelajaran berasaskan pemikiran kritis dan analitikal dengan matlamat mencari kebenaran.

Komentar saya ialah,
Pendidikan Pakatan Rakyat haruslah bermula dengan pendidikan asas agama terlebih dahulu diperingkat sekolah rendah sehingga sekolah menengah, ia menjadi asas pertama.
Ia perlu disempurnakan terlebih dahulu di samping mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan Islamik.
Pembelajaran kedua ialah ilmu asas kemahiran dan teknologi yang dikembangkan di peringkat kolej dan universiti untuk melahir tenaga pakar dalam bidang ilmu pekerjaan bukan sekadar ilmu semata-mata yang tidak boleh diadaptasikan dalam bidang pekerjaan.
Ia bergantung kepada keperluan semasa dan perlu ada Jabatan R & D membuat kajian dari semasa ke semasa  dalam hal ini.

Sekian itu sahaja pandangan saya, terima kasih.

(Teks ini sebahagiannya dibaca dalam satu Majlis di Kuala Terengganu baru-baru ini.)

Sunday, May 1, 2011

Pembunuhan Osama perlu dikutuk Dunia Islam

Pokoknya al-Qaeda sebagai lambang kemarahan Amerika Syarikat (AS) dan sebagai kambing hitam untuk menghalalkan tindakan memerangi perjuangan menegakkan Islam di mana-mana benua di seluruh dunia hari ini secara bersenjata.

Serangan 11 September 2001, hanya sebagai alasan untuk menghalalkan serangan itu ke atas Osama bin Laden (gambar) kononnya sebagai pemimpin al-Qaeda. Apakah wujud gerakan al-Qaeda sebenarnya atau ia hanya rekawarsa AS untuk tujuan tersebut, suatu yang perlu dibuat kajian dengan teliti.

Pembunuhan yang dikatakan berlaku ke atas Osama bin Laden yang diisytiharkan oleh Presiden AS, Barrack Obama, juga suatu yang perlu diteliti. Kemungkinan besar dakwaan itu benar jika ada bukti jelas bahawa Osama mati dibunuh di Pakistan ia suatu insiden yang patut semua umat Islam mengucap takziah.

Dan tindakan itu perlu dikutuk kerana Dunia Barat tidak pernah memberi keadilan dan ruang untuk Osama bin Laden  dibicarakan secara adil dan dibuktikan secara benar bahawa Osama terbabit dengan insiden 11 September itu.

Osama hanya menjadi kambing hitam untuk menghalalkan serangan mereka ke atas anasir-anasir yang dikatakan keganasan yang sudah tentu dituju ke arah golongan Islam yang memperjuangkannya dengan menggunakan senjata (ekstrimis).

Sedangkan Islam sendiri tidak pernah memisahkan penganutnya  dari memperjuangkan Islam dengan menggunakan senjata. Cuma bila masanya yang sesuai perlu ia digunakan, itu yang menjadi perbahasan di kalangan ulamanya.

Tanpa jihad bersenjata, Islam tidak akan dapat ditegakkan dalam erti kata sebenarnya kerana Rasulullah s.a.w. memperjuangkan Islam dengan menggunakan senjata dalam hidupnya.

Justeru perjuangan Islam dengan menggunakan senjata inilah yang amat ditakuti oleh Dunia Barat dan segala serangan dan tuduhan akan dibuat ke atas mana-mana pihak yang melaksanakan kerja murni ini.

Penulis dengan ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan membunuh Osama bin Laden tanpa dibuktikan jenayah yang dilakukan beliau dan kumpulan yang dipimpinnya ke atas kemanusiaan dan keadilan.


Jangan Gadai Maruah Kita Kerana Umno

Hari Pekerja 1 Mei disambut untuk memperingatkan kita bahawa Barisan Nasional (BN) dengan parti terasnya, Umno telah membebankan pekerja dengan kenaikan harga minyak beberapa kali mendorong pula kenaikan harga barang keperluan asasi seperti minyak masak, beras dan gula.

Jika di luar negara khususnya Asia Barat ia antara  pencetus kebangkitan rakyat dan dorongan untuk menolak kekuasaan pemerintah kuku besi dan diktator dari terus berkuasa.

Tetapi rakyat Malaysia, tidak begitu. Mereka membiarkan gelodak rasa tidak puas hati itu bersarang dalam diri mereka dan saya percaya ia akan meletup tidak lama lagi.

Sebelum ia meletup dan menjadi satu gerakan rakyat, BN perlu mengambil kira segala hasrat rakyat marhein dan perasaan hati mereka yang mahu melihat kuasa politik digunakan untuk memberi keadilan kepada semua pihak, memberi peluang dan kedudukan sebenar supaya Islam dapat dilaksanakan sepenuhnya sebagai asas perubahan dan keharmonian pemerintahan negara ini.

Pekerja terhimpit dengan masalah gaji minima, mendorong kuasa beli terhad sekaligus mendorong pula berlakunya rasuah di kalangan mereka untuk menampung pendapatan yang tidak berubah berbanding kenaikan harga barang walaupun ia diketahui salah di sisi undang-undang dan  akhlak manusia.

Pekerja tidak mempunyai peluang meluas dalam sektor pekerjaan kerana sikap kepergantungan rakyat untuk mendapatkan pekerjaan makan gaji masih ketara kerana sistem pendidikan negara menggarap semua ini di samping BN gagal mencipta peluang pekerjaan baru yang relevan.

Pekerja menjadi manusia yang digunakan untuk kepentingan Umno dalam sektor-sektor tertentu sama ada mereka rela atau tidak. Dengan erti kata lain BN sanggup melanggar undang-undang yang mereka luluskan sendiri di parlimen sekaligus telah menjatuhkan maruah parlimen dengan menyalahgunakan kuasa untuk memperalatkan institusi polis dan keselamatan yang lain demi menjaga kepentingan kuasa dan kepimpinan tertinggi parti itu.

Ini satu jenayah besar yang telah merosakkan struktur politik dan arah tuju negara dan berlaku kelemahan dalam pelbagai sektor akibat kebejatan kuasa ini yang sengaja dipelihara dan digunakan sepenuhnya oleh Perdana Menteri sepanjang mereka memegang tapuk kuasa itu di sepanjang sejarah Malaysia sehingga hari ini.

Kepakaran dan bakat anak Malaysia dalam bidang tertentu sudah tidak banyak kerana akibat aliran keluar tenaga pakar ke luar negara akibat kelemahan BN yang tidak dapat menyediakan sistem ekonomi negara yang berdaya saing, kondusif dan maju serta tidak juga dapat menyediakan gaji minima pekerja yang memberangsangkan bagi membolehkan mereka kekal bekerja dalam negara.

Pertambahan tenaga kerja asing sudah menjadi lumrah di negara ini akibat kepincangan tersebut.

Penulis melihat dan membuat kesimpulan bahawa sudah cukup masanya rakyat memberi peluang Umno/BN memerintah negara lebih lima dekat kerana semakin lama lagi mereka biarkan negara digayang Umno secukupnya semakin jelas kepincangan dan ketidakmampuan parti itu menunaikan kehendak rakyat dan merangsang dinamisme negara lebih baik dari negara-negara lain serantau termasuk Korea Selatan dan lain-lain.

Selagi semakin lama rakyat menyerahkan kuasa politik ke tangan parti dan manusia yang tidak beraqidah dan bermoral dan tidak ada cita-cita untuk melaksanakan Islam sepenuhnya di negara ini selagi itu rakyat dan negara akan terus diruntun dengan pelbagai penyelewengan dan ketidakdilan kaum, ekonomi dan sosial.

Kita perlu menilai masa dan politik kita bukan untuk tujuan kita diperbodohkan dan menghancurkan kita. Kita mesti menilai semua itu begitu berharga untuk kita semua. Jangan gadai maruah kita kerana beberapa kerat manusia yang tidak beraqidah dan korup serta parti yang pincang dalam mengurus negara, ia cukup merugikan kita buat selama-lamanya.

Tags