Latest News

Sunday, May 1, 2011

Pembunuhan Osama perlu dikutuk Dunia Islam

Pokoknya al-Qaeda sebagai lambang kemarahan Amerika Syarikat (AS) dan sebagai kambing hitam untuk menghalalkan tindakan memerangi perjuangan menegakkan Islam di mana-mana benua di seluruh dunia hari ini secara bersenjata.

Serangan 11 September 2001, hanya sebagai alasan untuk menghalalkan serangan itu ke atas Osama bin Laden (gambar) kononnya sebagai pemimpin al-Qaeda. Apakah wujud gerakan al-Qaeda sebenarnya atau ia hanya rekawarsa AS untuk tujuan tersebut, suatu yang perlu dibuat kajian dengan teliti.

Pembunuhan yang dikatakan berlaku ke atas Osama bin Laden yang diisytiharkan oleh Presiden AS, Barrack Obama, juga suatu yang perlu diteliti. Kemungkinan besar dakwaan itu benar jika ada bukti jelas bahawa Osama mati dibunuh di Pakistan ia suatu insiden yang patut semua umat Islam mengucap takziah.

Dan tindakan itu perlu dikutuk kerana Dunia Barat tidak pernah memberi keadilan dan ruang untuk Osama bin Laden  dibicarakan secara adil dan dibuktikan secara benar bahawa Osama terbabit dengan insiden 11 September itu.

Osama hanya menjadi kambing hitam untuk menghalalkan serangan mereka ke atas anasir-anasir yang dikatakan keganasan yang sudah tentu dituju ke arah golongan Islam yang memperjuangkannya dengan menggunakan senjata (ekstrimis).

Sedangkan Islam sendiri tidak pernah memisahkan penganutnya  dari memperjuangkan Islam dengan menggunakan senjata. Cuma bila masanya yang sesuai perlu ia digunakan, itu yang menjadi perbahasan di kalangan ulamanya.

Tanpa jihad bersenjata, Islam tidak akan dapat ditegakkan dalam erti kata sebenarnya kerana Rasulullah s.a.w. memperjuangkan Islam dengan menggunakan senjata dalam hidupnya.

Justeru perjuangan Islam dengan menggunakan senjata inilah yang amat ditakuti oleh Dunia Barat dan segala serangan dan tuduhan akan dibuat ke atas mana-mana pihak yang melaksanakan kerja murni ini.

Penulis dengan ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan membunuh Osama bin Laden tanpa dibuktikan jenayah yang dilakukan beliau dan kumpulan yang dipimpinnya ke atas kemanusiaan dan keadilan.


Tags