Latest News

Wednesday, April 12, 2017

Hashammuddin ganti Zahid?


Datuk Seri Hishamuddin

Datuk Seri Ahmad Zahid
Perlantikan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, sebagai Menteri Tugas-tugas Khas,  pengganti Zahid lepas PRU14?

Ikuti artikel di bawah:-


http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/04/12/menteri-tugas-khas-batu-loncatan-hishammuddin-ganti-zahid/

How To Win Any Election (kit)

A Complete Guide To Winning Elections - 5 Ebooks And Sample Documents, Including A 178 Page Elections Guide That Shows Everything You Need To Know To Win Your Next Election!


Live HarapTV, Apa khabar DUN Bandar?

Apa Khabar DUN Bandar? - Temubual bersama Ustaz Ahmad Shah bin Muhamed, Pengarah MTD Bandar merangkap Ketua Penerangan PAS Kuala Terengganu.

Link video di bawah:-


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid
=1320470711382024&id=1251352931627136

How To Win Any Election (kit)

A Complete Guide To Winning Elections - 5 Ebooks And Sample Documents, Including A 178 Page Elections Guide That Shows Everything You Need To Know To Win Your Next Election!

Tuesday, April 11, 2017

Taklimat Isu Pasca Pembentangan RUU355


TAKLIMAT ISU SEMASA

"Pasca Pembentangan RUU355" & "Panggung Wayang ditutup?"

Pembentang :
1. YB Arifin Deraman (ADUN ALOR LIMBAT / Pengarah Jabatan Pilihanraya Pas NTrg)

2. Hj Ahmad Amzad Hasyim (Pengarah Jabatan Penerangan Pas Pusat / Naib YDP KT)

?? Tempat : Masjid Al-Furqan, Chendering
?? Tarikh : 11.4.17 / Selasa
?? Masa : Jam 9.30 Malam

Video 1
https://www.facebook.com/930470470301150/videos/1645270165487840/

Vedio 2
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1645296055485251&id=930470470301150

#Anjuran JPRD Batu Buruk

How To Win Any Election (kit)

A Complete Guide To Winning Elections - 5 Ebooks And Sample Documents, Including A 178 Page Elections Guide That Shows Everything You Need To Know To Win Your Next Election!

Monday, April 10, 2017

Kesilapan Nanyang Siang Pau jangan diulangi

Dato' Seri Abdul Hadi Awang
Oleh Suhaimi Taib

Patutlah Nanyang Siang Pau menarik balik karikatur menghina Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Presiden PAS,  Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sekaligus memohon maaf kepada mereka.

  Pengamal media tentu memahami bahawa mencetuskan penghinaan terhadap mana-mana individu adalah satu kesalahan terhadap amalan media dan undang-undang negara.

  Melalui Seksyen 211 dan 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, mana-mana individu atau pihak yang menyediakan atau mengeluarkan kandungan bersifat lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik dengan niat untuk mengacau, mendera, mengugut atau mengganggu mana-mana orang boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan; sama ada denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

  Penghinaan itu dikaitkan dengan Pindaan Akta 355  (RUU355) untuk memperkasa mahkamah syariah yang telah diusulkan Ahli Parlimen Marang,  Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi di akhir sidang Dewan Rakyat sesi lepas baru-baru ini.

  Lakaran di portal akhbar berkenaan yang ditarik balik menggambarkan karikatur monyet berserban dilabelkan sebagai Presiden PAS manakala monyet bersongkok yang terjun dari dari pokok sebagai Tan Sri Pandikar Amin. Manakala pokok dilabelkan sebagai RUU355.
Tan Sri Pandikar Amin

  Sepatutnya deria sensitiviti sesuatu akhbar itu berkeupayaan menilai baik dan buruk sesuatu bahan penerbitan apa lagi yang boleh mencetuskan huru hara,  kemarahan orang ramai,  sensitiviti agama, kaum,  menghina institusi Parlimen,  kedaulatan Perlembagaan, undang-undang dan seumpamanya.

  Pengamal media tidak harus meniru keburukan perbuatan media Barat menghina Nabi Muhammad s. a.w. sebagai simbul agama Islam sebagai ikutan sedangkan pengamal media negara ini sedar akibat perbuatan penghinaan tersebut.

  Penulis tidaklah menyamakan penghinaan sketsa kartun Portal Akhbar Nanyang itu sama dengan penghinaan terhadap Nabi Muhammad s. a.w. tetapi unsur-unsur penghinaan itu akan ada akibatnya dan kesannya terhadap masyarakat Malaysia khususnya umat Islam di negara ini.

  Orang bukan Islam tidak diganggu untuk apa sahaja aktiviti keagamaan mereka dan ia dilindungi Perlembagaan Negara,  tetapi jangan pula disebabkan itu mereka sesuka hati cuba menyentuh sensitiviti agama Islam.

  Orang bukan Islam jangan jadi naik lemak dengan segala keselesaan yang diperolehi mereka di negara ini sehingga mereka abaikan soal sensitiviti agama ini.

  Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Takiyuddin Hassan dalam sesi akhir persidangan Dewan Rakyat menjelaskan di Kelantan,  walaupun PAS memerintah negeri itu,  kerajaan negeri tersebut  tidak pernah melarang,  gereja Keristian, patung-patung besar Budha dan Hindu dibina di negeri tersebut.

  Apa lagi menghina ajaran mereka walaupun memang agama-agama tersebut tidak benar,  tidak boleh mendorong seseorang manusia itu menemui kebenaran dan masuk syurga yang nampaknya menjadi matlamat kepada semua agama tersebut.

  Kita tidak mahu melihat keamanan negara ini digugat dengan unsur-unsur penghinaan seperti itu. Tidak ada gunanya perbuatan melampau itu dilakukan oleh pengamal media kerana mereka adalah juga antara anasir pengawal keamanan di samping komponen penguatkuasa undang-undang negara lain.

  Mereka jangan jadi anasir perosak negara,  dengan mencetuskan eleman-eleman kebencian sentiro agama yang umat Islam negara ini cukup akur dengan Perlembagaan dan apa-apa larangan terkandung di dalamnya sama ada secara tersurat dan tersirat.

    Sekurang-kurangnya, Nanyang sudah mengaku dia telah melakukan satu kesilapan dan tahu akibatnya jika ia teruskan juga amalan yang sama di masa akan datang.

  Apa-apa pun permohonan maaf akhbar berkenaan dalam isu ini,  perlu diterima secara terbuka dan kerajaan Malaysia perlu memberi amaran kepada mana-mana individu,  kumpulan atau badan awam yang berhasrat cuba mencetuskan tindakan serupa di masa akan datang bahawa kerajaan  tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.

How To Win Any Election (kit)

A Complete Guide To Winning Elections - 5 Ebooks And Sample Documents, Including A 178 Page Elections Guide That Shows Everything You Need To Know To Win Your Next Election!

Sunday, April 9, 2017

'Anjing salak bukit' kecoh sidang parlimen tangguh


Tan Sri Pandikar Amin Mulia
Kekalutan ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) menyerang Yang Dipertua Dewan Rakyat,  Tan Sri Pandikar Amin Mulia kerana menangguhkan persidangan ketika usul Pindaan Akta 355 (RUU355) belum dibahas, bagaikan 'anjing menyalak bukit'.

  Walaupun anjing terus menyalak membingitkan suasana tetapi bukit tetap utuh tidak roboh,  yang tidak berakalnya ialah anjing.

  Tidak ada gunanya anjing menyalak bukit,  jika dia ada akal kerana dia tahu salakannya tidak akan meruntuhkan bukit kerana salakannya tidak ada kuasa berbuat demikian.

  Tetapi mungkin kerana dia adalah anjing,  akalnya tidak ada,  maka suka hati dialah,  apa yang dia nak buat,  nak menyalak atau tidak,  apa lagi jika tuan dia suruh berbuat demikian,  salakannya tidak akan berhenti ketika itu.

  Menjadi kebiasaan  anjing menyalak ketika melihat ada manusia asing berada di hadapannya.

  Penulis sering terdengar salakan anjing,  ketika penulis berada di hadapan anjing berkenaan yang ada pemilik tetapi dilepas bebas di siang hari,  apabila dikurung di malam hari.

  Lambat laung apa sahaja jenis manusia yang lalu lalang di hadapannya akan disalaknya,  sehingga tuannya tidak akan lena tidur.

  Ini tabiat anjing maka jika resmi anjing ini dipakai,  sebab itu Tan Sri Pandikar tidak melayan kerenah ahli-ahli parlimen PH yang bertempik ketika sidang Dewan Rakyat ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian baru-baru ini.

  Perbahasan ditangguhkan ke sesi parlimen akan datang kerana beliau ingin menangguhkannya dengan kuasa dan pertimbangan bahawa petugas parlimen tidak tidur sampai jam empat pagi sebelum hari persidangan itu.

  Ia satu alasan yang munasabah walaupun nampak satu situasi yang agak berbeza dengan amalan sebelumnya.

  Penangguhan itu masih tidak bercanggah dengan mana-mana peraturan mesyuarat parlimen dan ia tidak perlu dipertikaikan.

  Semua ahli parlimen menunggu persidangan dewan rakyat akan datang dijangka akan diadakan dalam bulan Julai ini.

  Penulis percaya,  Pilihan raya Umum ke 14 (PRU14) tidak akan berlaku dalam tempoh tersebut. Jika berlaku,  tidak tahu apa akan jadi terhadap usul tersebut.  Mungkin ia tergantung begitu sahaja.

   Pada hari terakhir persidangan Dewan Rakyat,  sesi lepas,  majoriti ahli Parlimen percaya perbahasan akan bermula selepas ucapan sokongan dibuat oleh Ahli Parlimen Kota Bharu,  Datuk Takiyuddin Hassan yang juga merupakan Ketua Wips Ahli Parlimen PAS di Dewan Rakyat.

  Bagaimanapun  satu kejutan dan satu insiden tidak dijangka ramai ahli parlimen termasuk dari PAS sendiri, berlaku apabila Yang Dipertua Dewan Rakyat menangguhkan persidangan ke satu tarikh lain.

  Maka melentinglah ramai ahli-ahli Parlimen PH yang sedang bersedia mengambil bahagian dalam perbahasan usul persendirian (Private Member's Bill) yang dibawa oleh Ahli Parlimen Marang,  Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang juga Presiden PAS.

  Penulis memerhati gelagat mereka melalui saluran TV Parlimen yang disiarkan secara langsung melalui internet.

  Kesimpulannya,  gelagat mereka melahirkan rasa tidak puashati terhadap keputusan yang dibuat Tan Sri Pandikar dan mereka tidak jangka persidangan itu ditangguhkan.

  Semua ahli Parlimen berhak untuk berbahas mengenai usul itu sama ada ingin menyokong atau membangkang usul berkenaan dan membuat undian.

  Tidak ada yang pelik terhadap usul itu dan ia masih berteraskan perlembagaan,  hanya bermotif menaikkan status mahkamah syariah setaraf atau tidak lebih rendah dari mahkamah sivil yang paling rendah.

  Orang yang mahu melihat Akta berkaitan dipinda kepada yang lebih baik dari sebelumnya,  sepatutnya memberi sokongan kepada usul ini.

  Jangan kerana dendam terhadap PAS dan kepimpinannya maka dia tidak bertindak bijak, dengan menentang usul ini.

How To Win Any Election (kit)

A Complete Guide To Winning Elections - 5 Ebooks And Sample Documents, Including A 178 Page Elections Guide That Shows Everything You Need To Know To Win Your Next Election!


Raja Petra dakwa Husam terima duit taukeh judi?

Raja Petra Kamaruddin dalam satu tulisannya mendakwa ramai pemimpin pembangkang dikatakan menerima wang berjuta-juta ringgit dari taukeh-taukeh besar Malaysia.

Ini termasuk  Datuk Husam Musa didakwa menerima wang dari taukeh judi Genting.


Raja Petra dalam blognya www.malaysia-today.net mendakwa berkenaan Husam Musa bahawa  kononnya menerima jutaan ringgit daripada taukeh judi Genting. 

Datuk Husam Musa



"Adakah beliau mahu menafikan perkara ini sebelum bercakap tentang PAS? Salah satu sebab mengapa Husam menerima wang tersebut adalah kerana beliau berada di dalam PAS. Genting memerlukan kuda tunggangan di dalam PAS sekiranya pembangkang memenangi pilihanraya dan mengambil alih Kerajaan Persekutuan. Genting agak risau jika PAS akan mencadangkan supaya kasino diharamkan dan Husam seharusnya memastikan agar perkara tersebut tidak berlaku," tulis Raja Petra.

Ikuti tulisan beliau di sini.


How To Win Any Election (kit)

A Complete Guide To Winning Elections - 5 Ebooks And Sample Documents, Including A 178 Page Elections Guide That Shows Everything You Need To Know To Win Your Next Election!

Saturday, April 8, 2017

PRU14: BN rancang kemenangan?

Oleh Suhaimi Taib

Saya ingin menggarapkan pandangan saya mengenai perkembangan mutakhir politik Malaysia hari ini.

Sikap Umno terhadap permasalahan rakyat nampaknya serius ketika tibanya musim pilihanraya umum yang semakin hampir sekarang.
Lepas pilihanraya akan ada sesuatu yang dibuat untuk menaikkan kemarahan rakyat,  begitulah keadaannya yang berlaku di negara Malaysia selepas Barisan Nasional (BN) berjaya menang semula sekaligus mentadbir negara.
Sekarang Umno merancang pertama sekali,  pastikan kepimpinan Presidennya Datuk Seri Mohd.  Najib Tun Abdul Razak kekal sebagai pemimpin Umno yang relevan dengan perkembangan semasa dan mengikut kehendak parti-parti komponen terbesarnya termasuk Gerakan,  MIC dan MCA.
Sebaliknya, semua kepakaran digunakan untuk mempastikan kemenangan berpihak kepada BN. Begitulah yang setiap kali adanya pilihan raya.
Menurut satu sumber,  dipercayai kakitangan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR)  digunakan bagi mengatur strategi termasuk pecah sempadan pilihanraya bagi mempastikan kemenangan tersebut.
Jabatan-jabatan kerajaan juga diperalatkan untuk BN atas nama arahan ketua jabatan walaupun di musim pilihan raya,  pemimpin BN ambil kesempatan berkempen bagi pihak parti itu dengan menggunakan jabatan kerajaan atas nama parti kerajaan.
Ini disebut sebagai bermain di padang yang tidak rata. Pembangkang tidak ada kesempatan atau tidak diberi ruang berkempen seperti BN.
Memang pun tidak sepatutnya jabatan kerajaan diheret sama untuk berkempen dalam pilihan raya.
Jika Umno/BN anak jantan,  dia tidak akan peralatkan jentera kerajaan untuk turut berkempen bagi memenangkan parti itu dalam pilihan raya.
Seorang bekas Pengerusi SPR,  Tan Sri Abdul Rasyid Abdul Rahman ketika saya temui beliau di Kota Bharu tidak lama dahulu menjelaskan memang berlaku ketidakadilan dalam kempen pilihanraya antara BN dan pembangkang.
Beliau sebagai pengerusi SPR tahu permasalahan yang berlaku tetapi tidak boleh berbuat apa-apa.
Banyak kes seumpama itu dibawa pembangkang ke mahkamah sebagai bahan bukti untuk Petisyen Pilihan raya tetapi keputusan hakim mahkamah tetap berpihak kepada parti pemerintah (BN).
Bukti-bukti tersebut,  dikatakan tidak memberi kesan apa-apa terhadap keputusan pilihan raya.
Betapa berat sebelahnya,  kempen pilihan raya namun ada juga negeri yang boleh memberi ruang kepada parti lain menjadi kerajaan,  seperti di Kelantan,  PAS berjaya memerintah negeri itu.
Di Selangor,  kerajaan campuran parti pembangkang,  PAS,  PKR dan DAP.  Sebelum itu Kedah dan Perak turut juga jatuh ke tangan pembangkang.
Jika BN tidak peralatkan jabatan kerajaan,  saya percaya,  parti-parti pembangkang lebih banyak dan lebih lama menguasai negeri-negeri tersebut selepas pilihan raya.

Yang paling menujakan ialah BN pula menjadi pembangkang di negara ini. Bagaimanapun sayangnya buat masa ini tiada mana-mana parti yang dominan, masing-masing ada permasalahan masing-masing yang perlu diselesaikan sebelum tibanya PRU14.

How To Win Any Election (kit)

A Complete Guide To Winning Elections - 5 Ebooks And Sample Documents, Including A 178 Page Elections Guide That Shows Everything You Need To Know To Win Your Next Election!

Tags