Saturday, January 31, 2009
Gerakan anti-PPSMI julung kali ke jalan
Perhimpunan julung-julung kali itu dilancarkan petang ini di perkarangan pusat membeli-belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman - simbol lazim siri bantahan era reformasi 1998.
Bagaimanapun, hasrat penganjurnya Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) untuk mengumpulkan 500 pencinta bahasa tidak tercapai walaupun kelibat beberapa tokoh terkenal bahasa dan sastera dalam program itu menyelamatkan keadaan.
Program itu hanya dikerumuni kira-kira seratus orang yang lalu-lalang bagi membeli-belah di kompleks popular itu.
Perhimpunan itu bermula dalam keadaan hujan renyai-renyai yang turun sejak jam 1 tengah hari lagi.
Bagaimanapun ia berakhir tanpa sebarang masalah dengan polis, walaupun permohonan permit berhimpun tidak dibuat.
Malaysiakini difahamkan penganjur hanya memaklumkan secara bertulis kepada polis berhubung program berkenaan.
Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said yang sebelum ini berteka-teki tentang kehadiran beliau akhirnya muncul buat pertama kali dalam program sebegitu.
Beliau bagaimanapun tidak memberikan sebarang kenyataan kepada media, sebaliknya hanya bergambar sambil memegang sepanduk kecil bertulis "Jangan bunuh bahasa ibunda".
Beberapa tokoh utama bahasa seperti penyair Dinsman, bekas profesor bahasa Dr Abdullah Hassan dan bekas profesor falsafah sains Dr Shahrir Md Zain serta penulis Ainon Mohd turut serta seperti dijadualkan.
Penyair popular Pyanhabib, ahli jawantkuasa Persatuan Penulis Nasional (Pena) Ibrahim Ghaffar dan aktivis popular teater Khalid Salleh turut hadir.
Bercakap kepada Malaysiakini selepas acara pelancaran itu, Khalid berkata hari ini ramai aktivis bahasa yang tidak pernah muncul dalam program seumpama itu tampil buat kali pertama menyatakan bantahan mereka kerana keadaan "sudah terdesak sangat".
Tambahnya, bukan sahaja bahasa, tetapi dalam pelbagai segi hak-hak orang Melayu mulai terhakis.
Khalid mendakwa selama tujuh tahun apabila PPSMI diperkenalkan, orang tidak turun memprotes kerana "orang tidak ada asas budaya dan bahasa".
Pemimpin politik yang kelihatan termasuklah ketua penerangan PKR Tian Chua, ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Md Akin dan ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamad.
Majlis bermula kira-kira 2.45 petang, kira-kira 15 minit lebih awal daripada yang dijadualkan.
Pengerusi jawatankuasa induk GMP Datuk Dr Hassan Ahmad memberikan ucapan ringkas kira-kira lima limit sebelum melancarkan kempen berkenaan.
Tindakan itu menyebabkan sebahagian daripada kira-kira 30 yang hadir terlepas sidang akhbar yang diadakan sejurus selepas pelancaran itu.
Program yang kelihatan tidak tersusun itu menyebabkan orang ramai yang hadir terpinga-pinga dan tidak terarah, termasuk wartawan yang berkeliaran mendapat komen daripada beberapa tokoh yang hadir.
Dalam masa yang sama, kita-kira 30 polis berpakaian seragam cuba menyuraikan keadaan.
Kumpulan tokoh bahasa dan sastera itu kemudiannya hanya duduk di sebuah restoran di hadapan kompleks berkenaan.
Orang ramai dan wartawan mula bersurai kira-kira 4.30 petang.
Majlis pelancaran ini diadakan dalam rangka GMP menganjurkan perhimpunan besar-besaran 7 Mac ini - ala demonstrasi Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) pada 2007 - untuk menyerahkan memorandum isu PPSMI kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
PM Turki kecam Peres
Erdogan pulang disanjung
Erdogan memberi ucapan kepada ribuan rakyat yang menyambut ketibaan beliau di Lapangan Terbang Ataturk, Istanbul selepas meninggalkan sidang WEF di Davos, semalam. |
Hapuskan Kejahatan Yahudi
�KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA�
Ipoh, 31 Januari 2009
Kami ingin memaklumkan dua orang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak dari Parti Keadilan Rakyat; YB Jamaluddin Mat Radzi dan YB Osman Bin Jailu tidak dapat dihubungi sejak empat hari yang lalu, bukan sahaja oleh parti tetapi juga oleh ahli keluarga mereka.
Kami percaya kehilangan mereka ada hubungan rapat dengan pertuduhan kes rasuah yang sedang mereka hadapi dan perbicaraan kes tersebut akan bermula pada 10hb Februari 2009.
Dari awal lagi kami amat yakin pertuduhan dalam kes tersebut adalah satu pertuduhan palsu yang direkacipta oleh UMNO dan BN sebagai satu ugutan politik.
Kami percaya ada usaha dari Barisan Nasional untuk memujuk kedua-dua Exco ini bagi menyertai BN dan sebagai imbuhan terdesak Dato� Seri Najib termasuk menggugurkan kes rasuah mereka.
Namun kami berharap kedua-dua pemimpin ini berada dalam keadaan selamat dan berpegang teguh kepada prinsip perjuangan parti selama ini dan tidak terperangkap dengan muslihat UMNO-BN yang kononnya inginkan penyertaan mereka untuk membela nasib Melayu.
HAJI OSMAN ABDUL RAHMAN
Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Perak
Taib Erdogan menzahirkan pendirian umat dan pencinta keadilan. Beliau menunjukkan sikap tegas meninggalkan omongan sia-sia manakala umat Ghazza dibedil dan ditindas. Syabas kami ucapkan. Beliau memberi harapan baru di tengah kelesuan pimpinan Arab dan dunia Islam.
Tambah hebat dan terserlah sikap beliau lantara adegan meninggalkan sidang istimewa Davos! Beliau bertarung di tengah gelanggang. Ini berbeda sekali dengan lagak pimpinan yang menyalak menentang Amerika di kampung halaman tetapi kelu membisu tatkala di Amerika. Malah ada yang sanggup membayar berjuta dolar kepada pelobi Yahudi Jack Abramoff semata-mata untuk berkesempatan melutut di hadapan Presiden Bush!
Maka selaku sahabat, saya salut kepada PM Taib!
ANWAR IBRAHIM
Saya di Bangkok utamanya untuk membincangkan beberapa isu penting diantara lain dengan sahabat lama Putera Sukhumband Paribata. Saya mengucapkan tahniah buat beliau kerana dipilih sebagai Gabenor Bandaraya Bangkok dalam pilihanraya 11 Januari lalu. Kemenangan tersebut disambut gembira di kalangan rakan-rakan kerana beliau dikenali sebagai cedekiawan dan tokoh politik yang berperinsip.
Tatkala saya dipenjarakan, Sukhumbhand adalah timbalan menteri luar Thailand ketika itu dan ternyata berani mengkritik kezaliman pemerintah Malaysia. Hubungan kami terjalin sejak dari satu dekad lalu; di saat beliau masih bertugas sebagai professor di Universiti Chulalongkorn. Sukhumbhand adalah penulis utama kepada laporan bertajuk �Shared Destiny� yang mana sebahagian dari konsep dan cadangan itu kini menjadi Piagam Asean.
Manakala kedudukan ekonomi yang tidak memberansangkan, sahabat saya menggariskan beberapa keutamaan dasar yang dirasakan amat perlu buat penduduk Bangkok. Di antaranya penciptaan peluang pekerjaan bagi penduduk Bangkok, meningkatkan kecekapan perkhidmatan dan memperbaiki lain-lain kemudahan asas. Beliau juga menyatakan hasratnya untuk menjadikan Bangkok bandar berkembar dengan beberapa bandaraya Islam seperti Istanbul serta Dubai. Mengetahui hubungan rapat saya dengan Perdana Menteri Turki dan lain-lain pemimpin negara Islam di Timur Tengah beliau memohon kerjasama untuk menjayakan hasrat tersebut.
ANWAR IBRAHIM
Pakatan Rakyat terus menggasak!
Alhamdulillah, kejutan 8 Mac 2008, Pilihan Raya Parlimen Permatang Pauh, Kuala Terengganu, kebangkitan Dayak Sarawak (termasuk penyertaan YB Gabriel Adit) dan kini dengan keberanian YB Dato� Nasaruddin bersama Keadilan tambah meyakinkan kita bahawa perubahan pasti berlaku, inshaallah.
Namun kita harus terus istiqamah dan waspada dengan muslihat pihak penguasa. Perhatikan cara mereka memutarkan kes jenayah terhadap A. Kugan dengan imbasan pertelagahan kaum, penguasaan media dan keangkuhan nada suara mereka.
Arakian, berwaspadalah dengan tekanan atau keganasan baru, ugutan dan sogokan. Pimpinan dan aktivis yang lemah atau punyai masalah akan menjadi tumpuan kalangan tersebut. Kita sudah mara jauh dari kegetiran pengalaman dilanyak dan dibantai oleh sang penguasa zalim lebih satu dasawarsa lalu. Ketika itu kita mampu bertahan. Dan kini kita diminta bersabar, istiqamah dan berjuang ditahap akhir dengan pecutan pantas, berhikmah dan yakin.
ANWAR IBRAHIM
Kehadiran Dato� Nasaruddin amat membanggakan kita. Kelayakan akademik, pengalaman pentadbiran dan politik serta sosok peribadi sederhana dan berhemah tambah memantapkan pimpinan KeADILan Perak khususnya.
Beliau dipelawa dan dijanjikan dengan kedudukan terbaik asal bersedia kembali ke Umno. Pelawaan pertemuan dengan PM dan ajakan serta desakan berulangkali olih Dato� Seri Najib ditolak dengan sopan. Syabas Dato� Nasa dan Datin Umi!
Perihal dikumpul wakil-wakil rakyat Umno, ulangi angkat sumpah (sumpah lagi!) di depan Najib (kaedah apa pula?) biasa saja dalam tradisi mereka. Tetapi lantaran penyesalan mereka akan kehilangan tokoh Perak, apakah muslihat terhenti di situ?
Ikutilah babak drama berikutnya, ugutan atau sogokan. Didoakan semoga Allah SWT memberikan kita hidayah dan kekuatan yang berterusan.
ANWAR IBRAHIM
Friday, January 30, 2009
Nik Aziz Anggap Umno Pokok Hampir Mati
Katanya kalau diibaratkan sebatang pokok, Umno kini sebuah parti yang hampir mati dan akan gugur sendiri dahannya satu persatu sebelum menjadi pokok mati.
"Umno kini tiada daya tarikan atau 'graviti' untuk menarik rakyat menyokong perjuangannya dan ini menyebabkan ramai ahli dan pemimpinnya mula berpaling tadah menyertai parti pembangkang, terutama PAS," katanya kepada Bernama ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Anggota Exco Kerajaan Negeri Datuk Anuar Tan di sini, Jumaat.
Menteri Besar Kelantan itu berkata apa yang sedang berlaku dalam Umno merupakan perkembangan yang baik bagi Pakatan Rakyat, khasnya PAS, yang sedang berusaha menarik sokongan rakyat terhadap perjuangan yang akan membawa perubahan kepada mereka.
Ditanya mengenai cadangan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Umno Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail supaya sayap Umno dibubarkan bagi mengelak politik wang dalam parti itu, Nik Aziz berkata itu adalah masalah dalaman Umno.
"Ia terjadi dengan sendiri apabila pemimpinnya tidak mengamalkan dasar yang betul. Inilah juga punca yang menyebabkan Umno diibaratkan parti yang hilang graviti untuk menarik rakyat menyokong perjuangannya," katanya.
Tuesday, January 27, 2009
Kenapa takut nak keluar BN?
Namun jawapanya sudah berlambak ditulis oleh penulis berkaliber di Internet atau di dada akhbar alternatif.
Saya tidak suka mengulas panjang persoalan ini. Cuma saya nak bertanya balik kenapa wakil rakyat BN tidak boleh keluar dari parti itu untuk membina negara mengikut hasrat rakyat sekarang?
Kenapa wakil rakyat sama ada ahli parlimen atau ahli dewan undangan negeri BN perlu bertahan dengan BN walaupun parti itu tidak lagi boleh bertahan dengan perinsipnya yang tidak mesra rakyat?
Persolan ini saya tinggalkan untuk tatapan peminat blog ini. Jawaplah dengan hati penuh ikhlas dan bersedialah untuk tubuh kerajaan Pakatan Rakyat baru dalam masa terdekat di Parlimen.
Rasuah Halangan Utama Pembangunan, Kata Tun Mahathir
Beliau berkata rasuah adalah penyakit sosial yang wujud di seluruh dunia dan tiada negara yang benar-benar bebas daripada gejala ancaman itu dan di sesetengah negara rasuah menjadi satu kelaziman.
"Dan rasuah merupakan antara jenayah yang paling sukar dikesan, malahan payah untuk dikenakan sabitan dalam perundangan mahkamah. Namun rasuah adalah satu halangan utama yang menyekat pembangunan sesebuah negara.
"Keputusan yang baik tidak dapat dilakukan dan apatah lagi keputusan yang lemah hanya akan menyebabkan kelewatan. Akhirnya, pelaburan bagi pembangunan sesebuah negara tidak dapat dilakukan," katanya semasa berucap pada Forum Persaingan Global di Riyadh, Arab Saudi.
Teks ucapan beliau yang bertajuk "Berkongsi Pengalaman Malaysia Untuk Menjadi Negara Berdaya Saing Dunia" diterima Bernama di sini.
Bekas perdana menteri itu menyatakan bahawa kontraktor bagi projek-projek kerajaan lazimnya menjadi mangsa utama rasuah tetapi "apa sahaja yang membabitkan kelulusan pihak berkuasa dikaitkan dengan permintaan bagi memperoleh ganjaran haram."
"Dengan rasuah, kos mestilah meningkat. Berapa banyak ia bertambah, tidaklah dapat ditentukan. Tiada kadar bagi rasuah dan tidak ada kepastian bahawa selepas pembayaran dilakukan tidak akan ada pihak lain yang meminta sogokan.
"Rasuah berlaku di Malaysia, walaupun ia berada pada peringkat awal semasa zaman saya (memerintah) iaitu pegawai rasuah menyembunyikan penerimaan sogokan kerana mereka takut ditangkap atau mereka tidak suka melakukan kesalahan secara terbuka," kata Dr Mahathir.
Pada peringkat ini, beliau berkata masih ada kemungkinan untuk membanteras rasuah tetapi apabila ia sudah mencapai peringkat kedua dan menjadi sebahagian budaya masyarakat, dengan setiap orang daripada peringkat atas hingga bawah menerima sogokan, tiada apa yang boleh dilakukan untuk menghentikan rasuah.
Bagaimanapun, beliau berkata rasuah boleh dikurangkan walaupun ia tidak dapat dibanteras sepenuhnya.
"Di Malaysia, kami mahukan supaya proses dan tempoh membuat keputusan disingkatkan. Ini dilakukan dengan memperkenalkan manual prosedur kerja bagi setiap tugas, dan menerusi carta aliran kerja dan fail meja bagi setiap pegawai.
"Jika masa yang diambil bagi melulus atau menolak melampaui masa yang ditetapkan dalam prosedur, kami dengan mudah dapat mengetahui sesuatu tidak kena berlaku dan kami akan tahu di peringkat mana kelewatan terjadi dan siapakah yang terbabit," katanya.
Beliau berkata hasil pelaksanaan sistem seumpamanya sangat memberangsangkan dan dalam masa singkat Kuala Lumpur membangun pesat, pelaburan diluluskan, kilang-kilang dibina dan semua projek infrastruktur dilaksanakan.
"Memang diakui masih berlaku rasuah tetapi tidak sehingga pembangunan negara tidak dapat dilakukan atau tertangguh begitu lama," kata Dr Mahathir.
Sunday, January 25, 2009
ADUN Bota dari Umno sertai PKR

Ia diumumkan oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media di ibu pejabat parti itu dekat sini pukul 2.30 petang tadi.
Dengan perkembangan ini, Nasarudin yang juga bekas Ahli Parlimen Parit merupakan ADUN pertama dari Barisan Nasional (BN) dan ADUN kedua menyertai PKR sejak 8 Mac lalu.
Pada November lalu, ADUN Bebas Ngemah di Sarawak, Gabriel Adit menyertai PKR - salah satu anggota komponen Pakatan Rakyat.
Nasarudin juga merupakan bekas Pengerusi Felcra Berhad selama dua tahun sejak Oktober 2006.
Nasarudin ketika mengumumkan keputusannya itu berkata, beliau bertindak sedemikian setelah mempertimbangkan kepentingan rakyat khususnya penyokong dan pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bota.
Nasarudin, 58, berkata, beliau amat yakin dengan kepimpinan PKR yang mempunyai iltizam dan idealisme yang kuat untuk memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum di negara ini.
"Setelah mengambil pertimbangan terutamanya melihat perkembangan suasana politik khasnya melihat arah tuju sokongan rakyat selepas pilihan raya umum ke-12 Mac lalu serta keadaan yang wujud dalam parti dan kepimpinan Umno masa kini, saya dengan ini mengambil keputusan untuk keluar dari Umno dan seterusnya menyertai PKR iaitu salah satu parti dalam Pakatan Rakyat," katanya.
Bagaimanapun beliau mengakui belum memaklumkan keputusan itu kepada Umno dan akan menulis surat dalam waktu terdekat.
Dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu, Nasaruddin menewaskan calon PKR, Usaili Alias dengan majoriti 2,068 undi.
Nasarudin dari Umno memperoleh 6,556 undi.
Pada pilihan raya umum ke-12, Pakatan Rakyat yang kini memerintah Perak, menguasai 31 kerusi DUN manakala BN pula 28 kerusi.
Ketua Umum Pakatan Rakyat dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula berkata, beliau gembira dengan perkembangan itu kerana Nasarudin merupakan seorang tokoh Umno yang penting di Perak terutama dalam Bahagian Parit.
"Beliau seorang yang aktif dalam Umno dan dianggap sebagai tokoh bukan sahaja di Bahagian Parit malah mempunyai potensi yang amat besar di Perak," katanya.
Anwar berkata, hal itu merupakan satu anjakan perubahan memandangkan salah satu sebab Nasarudin menyertai PKR adalah atas kehendak rakyat di kawasannya.
"Saya melihat ini sebagai satu permulaan baru dan anjakan perubahan dalam Pakatan Rakyat," katanya.
Saturday, January 24, 2009
Wahid dijangka saman WATAN
Beliau mengakui tidak pernah dihubungi akhbar berkenaan untuk mendapat penjelasan berhubung dengan kenyataan tersebut.
"Mungkin wartawan ahkbar berkenaan hubungi saya dari jauh-jauh, saya tidak pasti sama ada saya bertemu dengan wartawan akhbar berkenaan atau tidak," jelasnya ketika dihubungi.
Bagaimanapun katanya, terdapat satu SMS dihantar ke talian telefon mudah alih beliau meminta supaya melepaskan jawatan tersebut untuk kononnya menumpukan perhatian kepada tugas baru di Parlimen Kuala Terengganu.
Tetapi beliau tidak dapat pastikan siapa yang mengirimkan SMS tersebut.
"Saya menyifatkan kenyataan semacam ini dikeluarkan oleh orang yang desperado dan cuba menfitnah diri saya," jelasnya lagi.
Justeru beliau meminta akhbar berkenaan membuat pembetulan atau menarik balik kenyataan tidak benar itu dengan menafikan beliau melepaskan jawatan sebagai ADUN Wakaf Mempelam.
Haji Mohd. Abdul Wahid kini dalam proses mendapatkan nasihat peguam bagi menyaman akhbar berkenaan kerana mengeluarkan kenyataan tidak benar berhubung dengan dirinya jika laporan itu tidak ditarik balik.
Baru-baru ini sebuah akhbar Mingguan WATAN Bilangan 22 Ahad 25-31 Januari mendakwa Ahli Perlimen Kuala Terengganu, Haji Mohd. Abdul Wahid Endut dijangka melepaskan jawatannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam sekaligus satu lagi pilihanraya kecil di Terengganu akan diadakan.
Akhbar itu yang meletakkan tajuk utama muka depan 'WAHID LEPAS ADUN' dan tajuk kecilnya 'Satu lagi pilihanraya kecil di Terengganu untuk malukan BN' melaporkan dalam intro beritanya bahawa satu lagi pilihanraya kecil dijangka berlaku di Terengganu berikutan kemenangan ahli parlimen Kuala Terengganu yang baru, Abdul Wahid Endut
Dalam perenggan ketiga di muka yang sama akhbar itu menyebut Wahid dijangka melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri Wakaf Mempelam kerana mahu memberi tumpuan sebagai ahli parlimen Kuala Terengganu.
Akhbar itu seterusnya menyebut beliau kini memiliki dua kerusi, parlimen dan DUN setaraf dengan Presiden PAS, Datuk Seri Haji Hadi Awang yang juga ahli parlimen Marang dan ADUN Ru Rendang sedangkan Wahid adalah Bendahari PAS Terengganu.
Haji Mohd. Abdul Wahid berkata beliau tidak ada hasrat untuk berbuat demikian dan akan mengkaji untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar berkenaan.
Iklan Istimewa
http://www.bio-asli.com/daftar_keahlian.asp?id=seramaesty
Wednesday, January 21, 2009
Cetusan Baru Parlimen Kuala Terengganu
Kira-kira 50,000 penduduk Terengganu mendengar ucapan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat di Kampung Tanjung, Kuala Terengganu semalam.
Mereka termasuk Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nikmat, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasarudin Mat Isa, Ketua Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali dan Ahli Parlimen baru Kuala Terengganu, Haji Mohd. Abdul Wahid Endut.
Keseluruhan ucapan menyorot kejayaan calon PAS, Haji Mohd. Abdul wahid memenangi dengan majoriti besar, 2,631 undi dalam Pilihanraya Kecil P036 Kuala Terengganu, mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan calon bebas, Azharuddin Mamat.
Apapun ulasan BN terhadap kejayaan Pakatan Rakyat dalam pilianraya tersebut, ia satu mesej jelas bahawa rakyat mahukan Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan Malaysia.
Rakyat sendiri kini merancang peralihan kuasa pemerintahan itu. Justeru, Pakatan Rakyat perlu menggarap 'mood' ini dengan baik agar ia berkekalan sehingga pilihanraya umum ke 13 nanti jikapun tidak berupaya mengajak ahli parlimen berjiwa rakyat dari semua parti termasuk Umno membentuk kerajaan baru di bawah Pakatan Rakyat di masa terdekat.
Persoalan penting ialah perubahan perlu dibuat segera, bukan perlu ditangguhkan hingga ke waktu tertentu kerana suasana politik dan ekonomi dalam dan luar negara mendesak satu perubahan segera berlaku ketika BN tidak berupaya lagi menghadapi krisis ekonomi dan politik yang melanda negara dan luar negara sekarang.
Natijahnya rakyat begitu getir berada di bawah BN apabila kehidupan mereka terus terpinggir dari mengecapi kekayaan sebenar negara termasuk hasil minyaknya.
Tempias kemelesetan ekonomi dunia sedikit sebanyak sedang menimpa kehidupan rakyat negara ini apabila syarikat-syarikat bermasalah giat membuang pekerjanya bagi mengurangkan kos operasi sekaligus menghalang syarikat dari memperolehi kerugian besar dalam perniagaan.
Pembentukan sekritari bersama negeri di bawah Pakatan Rakyat termasuk Kedah, Perak, Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan dilihat satu perkembangan positif ke arah memperkukuhkan keutuhan kerjasama politik Pakatan Rakyat dan satu usaha mencari jalan bagaimana diskriminasi kerajaan BN terhadap mereka diatasi dengan cara berkesan.
Impaknya rakyat di bawah pentadbiran masing-masing, selesa dengan kerajaan baru itu, walaupun negeri-negeri masing-masing dihimpit penindasan kerajaan pusat terutama pengagihan projek dan melambat-lambat pemberian geran wajib setiap tahun.
Negeri-negeri Pakatan Rakyat adalah tonggak kemajuan ekonomi dan politik Malaysia, ia kini diserahkan rakyat untuk kepimpinan baru menggarap kemajuannya bersesuaian hasrat rakyat untuk melihat pengagihan hasil negeri dibahagaikan secara adil bagi menyelesaikan kemelut ekonomi rakyat.
Yang penting hak rakyat untuk menikmati kehidupan sosial, ekonomi dan politik yang lebih baik di bawah Pakatan Rakyat mestilah dibuktikan dengan keupayaan merancang dan mentadbir di bawah kepimpinan kerajaan negeri Pakatan Rakyat tersebut.
Inilah cetusan baru dari kemenangan pilihanraya kecil Kuala Terengganu.
Iklan Istimewa
http://www.bio-asli.com/daftar_keahlian.asp?id=seramaesty
Monday, January 19, 2009
Najib gagal baca amaran awal kekalahan?
Sejarah dibentuk lagi kemudiannya apabila persepakatan erat Pakatan Rakyat terserlah bermula dari hari penamaan calon, semasa kempen hinggalah hari pembuangan undi. Rasanya inilah kali pertama pimpinan utama DAP, diketuai Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng aktif berkampung di kawasan majoriti Melayu, dan lebih menarik ia terletak di Kuala Terengganu.
"Cantiknya ia berlaku di Terengganu"
Apabila turun mengatur strategi dan berkempen bersama, tentulah "yang jauh dapat didekat, yang dekat dapat dimesrakan". Ada dakwaan mengatakan pimpinan PAS Terengganu agak tidak begitu "dekat dan mesra" bukan saja dengan pemimpinan DAP, malah KeADILan.
Sementara kemenangan dengan majoriti tidak terduga Abdul Wahid, iaitu 2,632 undi, disambut gema takbir (dan kemudiannya ratusan anak muda meraikannya di jalan-jalan sekitar bandar), Timbalan Presiden Umno, Najib Razak, yang mengemudi jentera kempen BN pasti terkedu dengan kekalahan bergandanya.
Permatang Pauh mungkin tidak memalukannya tetapi Kuala Terengganu nyata memberi tamparan hebat buat bakal Perdana Menteri, yang dijangka naik takhta Mac nanti.
Permatang Pauh dikenali sebagai kubu kuat Anwar Ibrahim sejak 1982 lagi, terletak pula di negeri Pakatan Rakyat. Sementara Kuala Terengganu milik Umno-BN, di negeri Terengganu yang mana BN menang besar dalam pilihan raya umum ke-12, menghadang ombak tsunami politik yang menghempas Pantai Barat.
Lebih perit buat BN di Kuala Terengganu
Di Permatang Pauh calon BN kekurangan 1,426 undi berbanding pilihan raya 2008 tetapi di Kuala Terengganu, "orang kuat" Abdullah Ahmad Badawi, undi Wan Ahmad Farid Wan Salleh merosot 2,320 berbanding penyandang, Allahyarham Razali Ismail.
Najib diakui bekerja keras sepanjang 11 hari berkempen, menawarkan pelbagai impian, menyogok tawaran, dan mengetuk pintu demi pintu, bagi memastikan momentum kejayaan gemilang Anwar tidak merebak ke Pantai Timur.
Kini reputasi Najib - dan BN yang bakal dipimpinnya - dipercayai tambah gelap memandangkan bagasi sejarah beliau juga begitu membebankannya. Igauan Altantunya Shaariibu masih menghantui Najib hinggakan mereka yang manampal gambar gadis Mongolia itu di Kuala Terengganu pun ditahan polis.
Umno di bawah terajunya nanti dijangka berdepan masalah dalaman lebih parah. Secara umumnya, imej peribadi calon BN, Wan Farid Salleh, yang dikatakan "sombong, tidak mesra, elitis, bersifat bangsawan" boleh menggambarkan imej Umno-BN sekarang.
Malang sekali, Najib dan juga jentera kempen BN tidak pernah berubah; mereka seolah-olah langsung tidak mengambil iktibar pengalaman pahit pilihan raya Mac 2008 yang menyaksikan lima negeri jatuh dan majoriti dua pertiga BN di Parlimen dinafikan.
Seperti ditegaskan sarjana politik Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Ghazali Mayudin, yang menghantar artikelnya kepada saya pada awal pagi 17 Januari, di waktu pusat mengundi baru dibuka: "Strategi dan tindakan BN untuk memenangi hati pengundi di KT menampakkan yang parti itu seakan terperangkap dalam penjara yang dibinanya sendiri.
Ramalan sarjana politik terbukti tepat
Bukan Ghazali seorang yang begitu yakin PAS boleh menang, malah beberapa pengkaji dan sarjana politik lain sudah meramalkan begitu. Ketua Program Sains Politik UKM, Prof Madya Dr Mohamad Agus Yusoff, empat hari sebelum mengundi, memaklumkan kepada saya: "Lutfi, pegang cakap-cakap saya ini, PAS boleh menang sehingga majoriti 3,000 undi!" Seorang lagi pensyarah sains politik, Prof Madya Dr Ahmad Nidzamuddin, melalui siaran langsung TV, berdasarkan tinjauannya, juga dengan penuh yakin menjangkakan PAS bakal menang.
Semasa kempen, berdepan masyarakat Tionghua, yang dikira undi penentu, BN terus menakutkan mereka dengan isu Hudud walhal dalam pilihan raya umum lalu, khususnya di Pantai Barat, pengundi Cina dan India tanpa segan silu menyelimuti bendera PAS di tubuh mereka, sambil giat berkempen memenangkan Pakatan Rakyat. Seorang pemimpin muda MCA Cheras, melalui siaran Astro Awani menegaskan, "politik ugut dan gertak" menggunakan isu Hudud sudah tidak berkesan lagi.
Politik "pembangunan dan keselamatan" dengan gaya lama adalah konsep kuno yang tidak lagi sesuai dengan dunia siber dan langit terbuka ini. Benar seperti kata A Kadir Jasin, BN yang sudah terlalu lama berkuasa sudah begitu sukar berubah: "Mereka tetap menggunakan taktik lama yang sama. Memang ada janji untuk melakukan bedah-siasat atas kekalahan Mac 2008 tetapi apabila didapati post-mortem itu menikam pemimpin atasan, ia terus dilupakan. Jadi, tidak hairanlah jika ada ahli Umno sendiri yang mendoakan BN kalah di Kuala Terengganu."
Di pihak Pakatan Rakyat pula, diharap hubungan erat semasa kempen dapat diinstitusikan. Lima negeri Pakatan harus menyerlahkan bentuk kerjasama yang boleh memberi banyak manfaat buat rakyat.
Persefahaman mantap Pakatan
Tidak mudah berdepan ketidak-tentuan ekonomi dan cabaran lain yang lebih sengit dalam waktu terdekat, namun dengan persefahaman pimpinan Pakatan di peringkat pusat dan negeri terbabit, segala kemelut mudah dirongkai.
Lebih menarik, "Pengisytiharan Mentaloon" dikeluarkan pada 18 Mac, sehari selepas pilihan raya kecil Kuala Terengganu, membabitkan semua Menteri Besar dan Ketua Menteri lima negeri Pakatan Rakyat, bertempat di kediaman Menteri Besar Kedah, di Sri Mentaloon, Alor Setar.
Impian rakyat untuk menikmati kehidupan lebih baik di bawah Pakatan begitu tinggi. Segala tawaran dalam manifesto masih ada yang belum tertunai. Masa Umno-BN sudah berlalu.
PAS terbukti dapat melalui ranjau dengan cemerlang sekali. KT bukan sahaja membuka laluan untuk menguasai kembali Terengganu, malah menunjuk jalan lurus ke Putrajaya, insya-Allah.
Dan terbukti penangguhan cetakan Harakah edisi Jumaat, Bil 1408, daripada pagi Sabtu kepada pagi Ahad, bagi menunggu keputusan pilihan raya, adalah langkah tepat! Kami tidak mahu terlewat untuk merakam satu sejarah baru dalam politik Malaysia. harakahdaily.net
Mesej jelas rakyat tak nak BN
Pilihanraya Kecil Parlimen P036 Kuala Terengganu berakhir dengan memberi kemenangan besar kepada Calon Pakatan Rakyat Haji Mohd. Abdul Wahid Endut mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dalam pertandingan tiga penjuru dengan majoriti 2,631 undi.
Mohd Abdul Wahid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Wakaf Mempelam memperoleh 32,883 undi, Wan Ahmad Farid mendapat 30,252 undi, manakala calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam hanya meraih 193 undi, sekali gus hilang wang pertaruhan.
Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Wan Mustafa Wan Hassan di pusat penjumlahan undi di Stadium Negeri, di sini, jam 9.25 malam 17 Januari lalu.
Seramai 63,993 atau 79.9 peratus daripada 80,229 pemilih mengundi pada pilihan raya kecil itu yang diadakan berikutan kematian bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Allahyarham Datuk Razali Ismail ketika bermain badminton di Institut Aminudin Baki (IAB), Genting Highlands pada 28 November 2008.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan proses penamaan calon pada 6 Januari lalu dan pembuangan undi 17 Januari selepas 11 hari berkempen. Parlimen Kuala Terengganu yang mempunyai 80,229 pemilih adalah kawasan majoriti Melayu, manakala Cina (8,744) dan India (480).
Dengan kemenangan ini jelas rakyat menghantar mesej bahawa BN tidak lagi relevan untuk terus memerintah negara ini di masa hadapan kerana dua pilihan raya kecil peringkat parlimen berturut-turut dimenangi Pakatan Rakyat termasuk Permatang Pauh sebelum ini.
Sejauh ini suatu fenomena menuju ke Putrajaya perlu dihidup dan diteruskan dengan perancangan dan strategi berganda dari Pakatan Rakyat sehingga hasrat rakyat itu berjaya dicapai di waktu terdekat atau selewat-lewatnya pilihanraya umum ke 13 nanti yang dijangka akan diadakan tahun 2012 atau lebih awal dari itu.
Pembentukan sekritari pentadbiran bersama Pakatan Rakyat baru-baru ini menggambarkan kesungguhan kerajaan pakatan rakyat untuk merealisasikan kehendak rakyat dan mentadbir negeri untuk kebaikan rakyat melangkaui pelbagai kaum dan kefahaman politik tanpa sebarang diskriminasi, rasuah dan penyelahgunaan kuasa sebagaiman dilakukan oleh BN sebelum ini dan diimplementasikan setiap kali pilihanraya diadakan di negara ini.
Rakyat sudah muak dengan propaganda BN dengan memperalatkan Media milik kerajaan khususnya RTM kononnya untuk merakyatkan pembangunan dan demi kebaikan rakyat dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu 17 Januari lalu.
Namun propaganda itu tidak termakan sehingga rakyat Kuala Terengganu mengajar BN supaya cuba berpijak di bumi nyata bukan hanya pandai menabur janji merata-rata tetapi hakikatnya ia hanyalah pembohongan BN semata-mata.
Ini termasuk soal pengembalian semula royalti petroleum dan gas ke Terengganu. Rakyat negeri itu tetap tidak percaya BN sudah mengembalikan wang rakyat itu kepada negeri Terengganu kerana mereka mengetahui dan merasa serik dengan tindak tanduk BN selama ini khususnya dalam soal pengagihan royalti petroleum lima peratus itu sejak 50 tahun lalu kerana ia tidak memberi apa-apa makna kepada rakyat.
Rakyat tidak berubah, mereka masih tergolong dalam kelompok rakyat negeri termiskin kedua di Malaysia walaupun hasil itu diperolehi sebelum ini.
Apa gunanya BN mengembalikan semula wang royalti (jika benar-benar berlaku) jika ia tidak dapat merubah corak kehidupan mereka dari termiskin kepada kaya dan senang dengan wang itu.
Mereka mengetahui siapa sebenar UMNO/BN. Adalah diharapkan 'mood' ini berterusan sehingga dipastikan BN tidak lagi berupaya menerajui negara sedikit masa lagi dengan kepimpinan sedia ada yang lemah dan penuh korupsi dan penyelewengan.
Ketika itu Pakatan Rakyat denagn jayanya menjadi parti baru rakyat dan mempunyai visi dan misi lebih jelas dan bermakna untuk semua lapisan masyarakat dan kaum di negara ini.
Inilah yang ditunggu-tunggu rakyat ketika ini.