Latest News

Saturday, January 10, 2009

2,000 lagi anggota polis tambahan

KUALA TERENGGANU, 11 Jan (MPO2) - Polis telah menambahkan keanggotaan dari pelbagai unit dalam kawasan pilihanraya kecil P36 Kuala Terengganu seramai 2,000 anggota lagi dan kini menghadapi masalah penempatan, sumber boleh dipercayai melaporkan.
Kini anggota berkenaan berjumlah seramai 12,000 dikira 10,000 anggota sedia ada, di tempat-tempat dilokasi tertentu di seluruh kawasan pilihanraya tersebut.
Sumber itu memberitahu anggota berkenaan termasuk 500 anggota dari Pulapol, Kuala Lumpur, anggota dari Kelantan (500), Sarawak (500) dan Sabah (500).
Difahamkan anggota dari Sarawak dijangka akan digunakan untuk mewujudkan insiden provokasi bagi menampakkan Pakatan Rakyat memulakan kekecohan dan huru hara di kawasan pilihan raya berkenaan.
Justeru petugas-petugas Pakatan Rakyat diminta berhati-hati dan bertindak mengikut arahan kepimpinan parti agar tindakan polis itu tidak menjejaskan keyakinan pengundi kepada calon Pakatan Rakyat, Haji Mohd. Abdul Wahid Endut.
Ketenteraman awam perlu dijaga dan pastikan pengundi bebas mengundi pada 17 Januari ini tanpa takut kepada ugutan dan provokasi pihak tertentu.

Tags