Latest News

Wednesday, January 14, 2009

Pengundi Hantu Bertaraf Elit di P036 Kuala Terengganu

KUALA TERENGGANU, 15 Jan (MPO2) -Satu maklumat mendakwa pengundi hantu dikatakan akan dibawa ke Terengganu dengan menaiki kapal terbang dari Kuala Lumpur tidak lama lagi.
Pengundi hantu ke kawasan Pilihanraya kecil P036 Kuala Terengganu kali ini bertaraf elit dan dibayar dengan harga yang mahal serta didatangkan khas dari ibu kota.
Bagaimanapun tidak diketahui berapakah jumlah mereka berkenaan dan diharapkan kehadiran mereka jika berjaya mengundi tidak menjejaskan majoriti kemenangan calon PAS, Haji Mohd. Abdul Wahid Endut.
Justeru, petugas-petugas pilihanraya Pakatan Rakyat diharapkan mengawasi pergerakan pengundi berkenaan dengan berhati-hati kerana kemungkinan besar mereka akan diiringi oleh polis, supaya pengundi hantu berkenaan tidak berjaya membuang undi dalam pilihanraya kecil tersebut.
Satu maklumat lagi menyebut bahawa wang segera atau rasuah politik Umno dipercayai akan diserahkan kepada pengundi mulai malam ini dengan kadar antara RM2,000 hingga RM3,000 seorang.
Adalah diharapkan pengundi Parlimen Kuala Terengganu tetap mengundi calon PAS walaupun begitu banyak wang ditaburkan ke dalam kawasan pilihanraya tersebut.

Tags