Latest News

Thursday, March 18, 2010

Najib dan Rosmah tidak akan bawa negara ke mana-mana

Saya melihat gagasan satu Malaysia hanya mack-up yang dipakai si perempuan tua berkedut. Bersolek secantik mana pun wajah tua dan lapok si perempuan tua (Umno/BN) tidak dapat dipadamkan.

Slogan-slogan rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan pula diumpamakan slogan-slogan Umno baru yang tidak memberi apa-apa erti kerana dasar BN tidak pernah berubah walaupun sudah lebih 50 tahun memerintah negara. Dari situ rakyat boleh menyaksikan keberkesanan politik BN.

Selagi dasar tidak berubah, Umno atau Najib jangan cakap banyak. Tidak ada maknanya ucapan Najib sebagaimana yang disampaikan dalam Sidang Parlimen baru-baru ini, ia menjadi ucapan sebagaimana setiap perdana menteri yang silih berganti dan slogan mereka akan hilang selepas perginya seorang perdana menteri.

Ke mana Najib dan teman setianya Rosmah mahu bawa negara Malaysia? Percayalah Najib tidak akan berjaya bawa Malaysia ke mana-mana pun kerana asas perubahan tidak ada.

Perubahan teknikal tidak memberi apa-apa makna kerana dasar BN yang anti rasional dan anti Islamik, meletakkan negara di lembah kehancuran dalam semua aspek baik politik, ekonomi dan sosial yang sukar dibendung lagi sebagaimana dilaporkan setiap hari oleh media pendokong Umno itu sendiri.

Tinggal lagi rakyat perlu mempunyai kesedaran kental untuk membuat perubahan tanpa menunggu masa lama dari sekarang dengan apa-apa tindakan menasabah dan relevan bagi menukar tapuk kuasa pemerintahan sekarang kepada kerajaan rakyat yang terasnya menegakkan paksi keadilan tanpa rasuah, hak kebebasan bersuara diberikan sewajarnya, kepentingan kroni dihapuskan, kemiskinan rakyat diatasi, undang-undnag negara diperkukuhkan di bawah sistem Islam dan institusi agama diberi kebebasan praktikal di bawah perlembagaan negara.

Rakyat perlu menggarap agenda mereka segera dengan meletakkan politik bukan untuk meraih keuntungan dan kekayaan peribadi tetapi memurnikan istitiusi itu sebagai pelindung kehormatan negara dan keharmonian rakyat seluruhnya di bawah perlaksanaan sistem bernegara yang lebih beretika dan Islamik.

Rakyat mesti mengajar ahli-ahli politik supaya menjadi manusia lebih bertanggungjawab, melihat dan mengutamakan kepentingan mereka lebih dari kepentingan peribadi.

Pokoknya, rakyat mesti berani membuat perubahan tanpa perlu menunggu masa kerana kaedah ini lebih berkesan untuk melihat berlakunya perubahan dalam negara. Pilihan raya adalah satu peluang keemasan untuk tujuan tersebut.

Tags