Persoalan mustahak hari ini ialah kenapa Zulkifli Nordin tidak menyebut siapa yang menawarkan habuan rasuah begitu besar kepadanya sehingga kononnya boleh menggugat keimanannya? Beliau dipercayai bimbang dengan risiko undang-undang dan mungkin keselamatan mengancam dirinya.
Jika benar bukti itu ada, saya berpendapat tidak wajar ia disembunyikan secara terbuka kerana beliau mengisytiharkannya secara terbuka di parlimen yang didengari dan disaksikan persidangannya di seluruh dunia secara langsung melalui internet..
Saya juga nampak ada manusia yang sengaja membuat masalah, tidak mengambil kira politik masa depan rakyat yang sudah terbeban dengan dasar dan perjuangan Umno/Barisan Nasional yang sudah ketinggalan zaman.
Mungkin ia juga ada kaitan dengan kehilangan beliau di khalayak ramai suatu ketika dahulu dipercayai ada sesuatu perbincangan dengan kepimpinan Umno berkiat dengan politik semasa dan soal peribadi beliau.
Ada manusia mahu memperlihatkan politik itu suatu permainan politik orang-orang politik, boleh buat sesuka hati, suatu tindakan yang tidak bijak dan memualkan pada fikiran waras manusia.
Begitu juga manusia-manusia politk lain yang meloncat dan melompat macam katak. Dia menggadaikan maruahnya sendiri dan kerier politiknya untuk jangka masa panjang demi habuan wang yang terhad dan bersifat cepat habis.
Sayonara diucapkan kepada kumpulan raja katak dan kuncu-kuncunya kerana sebenarnya kerier politik anda sudah habis.