Latest News

Thursday, February 21, 2013

Kahwin wanita Korea satu bonus?

22 Februari 2013
Berjalan kaki ke destinasi , satu tabiat dan didikan
untuk rakyat Korea Selatan.
Berada  di Yeoksam- dong Street, Gangnam-gu, (kira-kira 18 kilometer dari Seoul, Korea Selatan)  hari ke lima berada di negara Industri ini teringat kepada Gangnam Style kumpulan k-Pop Psy. Dipercayai lagu itu diambil sempena dengan nama tempat ini, Gangnam-gu.

Penduduk yang cergas, setiap hari berjoging secara automatik, kerana infrastruktur yang dibina begitu rupa untuk menjadikan rakyat Korea Selatan cergas dan sihat. Setiap hari berjalan menaiki tangga, budaya masyarakatnya suka berjalan menaiki train ke tempat kerja, menjadikan mereka manusia sihat, tidak berbadan besar penuh kolesterol (obesiti).

Aksesis, suatu tabiat yang semacam satu kemestian, melalui budaya hidup yang tidak dapat dipisahkan dibina oleh kerajaan untuk rakyatnya. Musim sejuk masih menusuk kulitku  di bawa suhu 0 darjah Celsius  cukup merimaskan siapa yang kurangbiasa dengam musim ini.

Bagi yang sudah biasa, tidak ada masalah hadapi musim sejuk di Gangnam-gu ini. Berjalan dengan cepat di luar rumah untuk ke tempat kerja adalah saya aktiviti sihat, menjadi rakyat Korea Selatan manusia yang rajin bekerja dan bersifat kasar, walaupun lakonan aktress mereka dalam drama dan filem yang ditonton d seluruh dunia nampak lembut, hakikatnya kasar, kurang bertimbang rasa.

Aku sempat bertanya khabar tentang tabiat penduduk Korea di sekitar Gangnam-gu ini kepada, Dr. Khalid, 30, seorang pelajar Phd (bukan nama sebenar), jurusan Engineering, dalam masa 13 tahun berada di Korea Selatan, beliau tidak berminat untuk menjadikan wanita negara ini sebagai teman hidup (isteri), walaupun boleh saja jika dia mahu.

Namun kerana sifat kasar, wanita Korea yang dikatakan cantik itu tidak beberapa sesuai untuk rakyat Malaysia seperti beliau, telahan hatiku.

Rakyat Korea Selatan sesuai dengan bangsanya sendiri yang pernah dijajah oleh Jepun tahun 1930-an.  Sifat kasar itu mungkin pengaruh dari kesan perang dalam kehidupan turun temurun bangsa Korea.

Aku beritahu Dr. Khalid, "kalau you dapat kahwin dengan orang Korea dalam keadaan you tahu sifat mereka, itu satu bonus bagi you."

Kahwin campur memang digalakkan dalam Islam, ia dipercayai menghasilkan anak yang cerdik dan pintar akalnya, di samping mengeratkan hubungan antara dua kelompok bangsa yang terpecah dan terpisah biarpun asalnya dari Adam a.s.

Allah berfirman yang bermaksud, "Wahai manusia, sesungguhnya Kami jadikan kamu terdiri dari lelaki dan perempuan, berpuak-puak dan berbangsa-bangsa bertujuan untuk berkenal-kenalan antara satu sama lain. Sesungguhnya yang paling mulia di kalangan kamu di sisi Allah ialah yang paling bertaqwa di kalangan kamu."

Budaya kehidupan semasa sesuatu bangsa berbeza antara satu sama lain yang perlu kita dipelajari. Berkahwin campur masing-masing perlu menghormati dan bertolak ansur dalam persoalan perbezaan budaya bangsa yang tidak bercanggah dengan syariat sekaligus perlu ditinggalkan budaya yang sebaliknya.

Aku masih terkenang dengan seorang sahabat senior Mohd Irfan (bukan nama sebenar) ketika belajar di Lucknow, Uttar Paradesh dahulu, beliau berkahwin dengan wanita India muslim yang kelahiran  India. Katanya, "cukuplah aku seorang sahaja yang kahwin dengan India, kamu semua tak payah."

Ia berkait dengan masalah tabiat atau budaya hidup bangsa India berbeza dengan bangsa Melayu, kadang kala rakan itu sukar bersabar menghadapinya.

Bagaimanapun jika agama itu menjadi asas perkahwinan, pemilihan berasaskan agama bukan rupa paras, harta benda dan keturunan, persoalan ini tidak lagi menjadi masalah sebagaimana disarankan oleh Nabi s.a.w.

Namun apabila suasana kritikal rumahtanga berlaku, akan terkeluarlah kelemahan masing-masing, jika sabar itu tidak menjadi bentang utama, maka berlakulah perceraian yang akibat buruknya memeritkan hati kita.

Perkara ini aku ceritakan kepada Dr. Khalid, sebagai perbandingan berdasarkan pengalaman danbeliau tetap memilih tidak berkahwin dengan wanita Korea. 

"Asyik kena marah jer hari-hari," katanya mennggambarkan beliau pernah berpengalaman menghadapi wanita Korea selama 13 tahun berada di sini.

Sunday, February 17, 2013

I'm ready to visit Seoul today

18 Februari 2013

Bermula berjalanan ke Korea Selatan malam ini, aku agak biasa juga ke luar negara, pernah ke China semasa aku ditugaskan sebagai Pengarang Warta Darul Iman di Unit Penerangan Kerajaan Negeri Terengganu 2002 yang lalu.

Pernah ke India, Pakistan dan Bangladesh, Bangkok, Thailand (Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shaberi Chik bersama dengan rombongan kami ke Bangkok menghantar rombongan kami untuk terbang ke India) kerana belajar agama di Darul Ulum Nadwatul Ulama Lucknow 7, Uttar Paradesh, India dalam tahun 1983. 

Ustaz Nasaruddin Mat Isa bekas Ahli Majlis Syura Ulama PAS pun turut belajar di sana bersama kami. Dia tidak menyerlah ketika itu. Tidak nampak beliau berminat dengan jamaah Islam ketika itu, hanya datang belajar agama sahaja di sana.

Kali ini bukan misi kerajaan dan bukan misi menuntut ilmu tetapi misi lawatan peribadi untuk melihat kejayaan dan kerjaya anak di sana. Aku berdua dengan isteri pertama ku, menaiki penerbangan tambang murah, dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur, dari Kuala Lumpur ke Seoul, Korea Selatan.

Perjalanan malam yang agak panjang, biasanya penerbangan tambang murah kurang selesa, kedudukan kerusi yang agak sempit di hadapan, sukarkan pergerakan ku dan isteri terutama dari Kuala Lumpur ke Seoul. Aku menjangkakan begitu berdasarkan pengalaman lepas.

Lapan jam dalam kapalterbang, dalam kegelapan malam, suatu yang agak meletihkan. Biasanya aku tidak dapat tidur lena dalam penerbangan sebegitu. Pengalaman ke China dan India menceritakan segala-galanya. Ke China hari itu berlepas waktu siang dari Kuala Lumpur. Rombongan terdiri kakitangan kerajaan dan diketuai oleh Exco Kanan Kerajaan Negeri, Datuk Haji Mustafa Ali.

Menteri Besar Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang hanya sampai di Hong Kong sahaja (menaiki penerbangan lain)  kerana kelulusan (Menteri Besar) memasuki China atau negara luar lain atas kapasiti Menteri Besar mesti mendapat kelulusan Wisma Putra atau Kerajaan Pusat terlebih dahulu.

Biasalah Menteri Besar pembangkang untuk menjadi isunya, tidak diberi kelulusan masuk ke China. Sikap 'double standard'  memang menjadi amalan Barisan Nasional (BN) terhadap kerajaan PAS itu dan Pakatan Rakyat (PR) cukup ketara sehingga hari ini. Selama-lamanya itulah BN yang rakyat perlu beri pengajaran secukupnya dalam pilihan raya umum ke 13 nanti, Insya Allah.

Imbasan semula sepintas lalu penerbangan  ke China dan India, ia tidak jauh bezanya dengan perjalanan ku ke Seoul (mungkin), aku belum ke sana lagi. Semoga Allah beri keselamatan dalam perjalanan itu nanti, selamat sampai ke destinasi dan selamat sampai ke tanah air semula untuk meneruskan perjuangan.

Persiapan terakhir sedang dibuat, membekalkan bahan-bahan makanan kegemaran anak lelaki ala kadar, dia minta emaknya memasak nasi air dan pelbagai lauk pauk orang Terengganu, sudah tentu perlu bekalkan kunyit mengkuas, rempah ratus dan sebagainya.

Aku ingatkan jika ke Seoul nak bagi anak makan, mesti melawat pasar di sana, lihat apa jenis ikan dan makan laut dijual di sana, tenggok sesuai atau tidak dengan masakan ala Terengganu, kuah singgang, asam pedas atau sesuai untuk 'steam boat' sahaja.

Soal makan pun bukan suatu yang penting sangat asalkan halal sudah. Di China aku cukup gemarkan pelbagai sayur-sayuran yang dihidangkan. Nasi China, macam beras pulut Malaysia. Melekit tetapi sedap juga dimakan bersama lauk pauk masakan China.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Haji Tuan Ibrahim Tuan Man yang turut serta dalam rombongan perdagangan di China,  gemarkan masakan Restoran Arab Yaman di sana. Katanya, masakan itu sedapnya masih terasa sehingga kini, sambil bergurau dengan ku di sebuah kedai makan selepas solat jumaat di Masjid al-Furqan Simpang Empat Chendering Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Itu nostalgia beliau, ketika berjamu selera , makan tengahari selepas menyampaikan khutbah jumaat di masjid berkenaan.

Sebelum itu aku ingatkan beliau bahawa aku pernah bersama dengannya dalam rombongan ke China itu dia memandang kepada ku agak lama untuk kembalikan nostalgia lama di China itu.

"Itu kisah lama," katanya mengingatkan aku pernah bergambar dengannya di sebuah kedai Karpet di satu bandar di China (aku lupa nama bandar itu).

Itu nostalgia lama yang aku garapkan dalam memori ini mengingatkan aku tentang persediaan ke Seoul, aku akan garapkan nanti dalam tulisan yang akan datang, apa yang berlaku di sana, Insya Allah. Kamera Video bersedia untuk berkhidmat. Jangan dia buat hal sudahlah.

Saturday, February 16, 2013

Are you ready for BN? NO... Bola Tanggung untuk PR

Untuk memulakan missi percutian ke luar negara memerlukan persiapan sedikit sebanyak, pertama mengetahui latar belakang negara yang ingin dilawati, mengkaji budaya, politik, perkembangan ekonomi dan kehidupan sosial masyakat negara berkenaan.

Korea Selatan, sebuah negara kini terkenal dengan generasi hiburan berteraskan K-Pop. Menurut Wekipedia K-Pop adalah muzik popular Korea Selatan masa kini.

Hiburan K-Pop ini menjadi "Demam Korea" (Korean Wave) masyarakat negara tersebut terutama golongan Belia. Satu kegilaan muda mudi termasuk di kalangan Belia di Malaysia, mereka turut terpengaruh dengan budaya K-Pop ini. Sebut saja K-Pop anak-anak sekolah rendah dan menengah tahu kewujudannya.

Menurut sejarahnya, Muzik pop Korea pra-moden pertama kali muncul pada tahun 1930-an akibat masuknya muzik pop Jepun yang juga turut memengaruhi unsur-unsur awal muzik pop di Korea.

Penjajahan Jepun  ke atas Korea juga membuat genre muzik Korea tidak boleh berkembang dan hanya mengikuti perkembangan budaya pop Jepun pada saat itu. 


Pada tahun 1950-an dan 1960-an, pengaruh muzik pop Barat mulai masuk dengan banyaknya, pertunjukkan muzik yang diadakan oleh pangkalan tentera Amerika Serikat di Korea Selatan.

Muzik Pop Korea awalnya terbagi menjadi genre yang berbeza-beza, pertama adalah genre "oldies" yang dipengaruhi muzik barat dan popular di era 60-an. Pada tahun 1970-an, muzik rock diperkenalkan dengan pionirnya adalah Cho Yong-pil. Genre lain yang cukup digemari adalah muzik Trot yang dipengaruhi gaya muzik enka dari negara Jepun.



Penampilan kelompok Seo Taiji and Boys di tahun 1992 menandakan awal mula muzik pop moden di Korea yang memberi warna baru dengan aliran muzik rap, rock, techno Amerika. Suksesnya Kumpulan Seo Taiji dan Boys diikuti Kumpulan muzik lain seperti Panic, dan Deux
Trend muzik ini turut melahirkan banyak kumpulan muzik hingga sekarang. Muzik pop dekad 90-an cenderung beraliran dance dan hip hop. 
Pasaran utamanya adalah remaja sehingga dekad ini muncul banyak kumpulan �teen idol� yang sangat digilai seperti CLONH.O.TSechs KiesS.E.S, dan g.o.d. Kebanyakan dari kelompok muzik ini sudah bubar dan anggotanya bersolo-karier. Yang paling Popular sekarang ialah Kumpulan PSY yang mencetuskan budaya politik Barisan Nasional (BN) di Malaysia ("Are you ready for PSY? YES 3X, Are you ready for BN? NO 3X').

Pada tahun 2000-an pendatang-pendatang baru berbakat mulai muncul. Aliran muzik R&B serta Hip-Hop yang berkiblat ke Amerika mencetak artis-artis semacam MC Mong1TYMRainBig Bang yang cukup sukses di Korea dan luar negeri. 
Beberapa artis underground seperti Drunken Tiger, Tasha (Yoon Mi-rae) juga mempopularkan warna muzik kulit hitam tersebut. Muzik rock masih tetap digemari di Korea ditambah dengan kembalinya Seo Taiji yang menjadi penyanyi solo, sekaligus menjadi penyanyi rock popular di samping  Yoon Do Hyun Band yang sering menyanyikan lagu-lagu tentang nasionalisme dan kecintaan terhadap negara. 
Muzik techno memberi nuansa moden yang tidak hanya disukai di Korea saja, penyanyi Lee Jung-hyun dan Kim Hyun-joong bahkan mendapat pengakuan di Cina dan Jepun. Muzik balada masih tetap memiliki pendengar yang paling banyak di Korea. 
Muzik balada Korea umumnya dikenal dengan lirik sedih tentang percintaan, seperti yang dibawakan oleh Baek Ji YoungKCMSG Wannabe, dan sebagainya. Muzik balada umumnya digemari karena sering dijadikan soundtrack drama-drama television terkenal seperti Winter Sonata,Sorry I Love YouStairway to Heaven dan sebagainya.
Berbagai artis Korea menangguk kesuksesan di dunia internasional seperti BoA yang menembus Jepun dan digemari di banyak negara. Kemudian artis-artis lain seperti RainSe7enShinhwa,Ryu Shi-won, dan sebagainya berlomba-lomba untuk menaklukkan pasar muzik di Jepun. 
Rain tercatat sebagai artis Asia pertama yang mengadakan konser internasional bertajuk RAINY DAY 2005 Tour, di Madison Square Garden.
Begitulah susur galur dunia hiburan Korea Selatan sehingga difahamkan mengundang BN membayar PSY mengadakan pertunjukkan di Pulau Pinang baru-baru ini sebanyak RM2 juta.

BN ingin berkempen dengan PSY tetapi sayangnya Presiden BN, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak dimalukan denagn tindakan sendiri bila penonton menolak BN terang-terangan di majlis hiburan tersebut.

Keberanian rakyat satu perkara yang mengembirakan semua pihak kecuali Umno/BN. Ketua Pembangkang di Parlimen Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam satu majlis memperli tindakan Najib melontarkan soalan kepada hadirin yang disifatkannya sebagai suatu tindakan yang tidak cerdik.

"Najib tu bukan dia cerdik sangat, sepatutnya dah orang ramai kata NO, hentikan sajalah, cakaplah harap semua sokong BN," kata beliau.

Fenomena PSY jadi satu bahan kempen di facebook sekarang di kalangan facebooker Pakatan Rakyat (PR) satu bola tanggung yang diberikan BN/Najib kepada mereka.

Friday, February 15, 2013

Bantuan Maidam dihentikan?

Bagaimana Kerajaan Terengganu mempunyai agenda tidak baik dalam soal bantuan kewangan kepada pelajar luar negara dalam bidang agama, bantuan itu sekarang dihentikan dan akan disambung semula bila kerajaan bertukar tangan dari Barisan Nasional (BN) kepada PAS.

Aku dimaklumkan ia diberitahu oleh seorang Pengerusi Jawankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung tertentu secara rahsia (kononnyalah), menjelaskan kenapa bantuan kewangan biasa dari Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) yang saban tahun mengeluarkan peruntukan kewangan untuk mereka masih tertangguh pengeluaran itu sehingga ke saat ini.

Agendanya, kerana Umno yang memerintah Kerajaan Negeri Terengganu dipercayai tidak yakin pelajar-pelajar agama luar negara termasuk Mesir, Jordan, Yaman dan lain-lain boleh membantu menyokong parti itu selepas tamat pengajian nanti.

Faham-faham sahajalah kalau sudah yakin mereka tidak mahu menyokong, cubalah siasat kenapa mereka tidak mahu menyokong Umno, apa sudah Umno buat sehingga mereka tidak suka kepada Umno?

Orang yang berilmu, mengaji ilmu agama tidak menyokong Umno, sudah pasti ada yang tidak betul kepada Umno antara lain Umno bukan pembela agama dalam erti kata sebenar.

Ingat duit Maidam itu bukan duit mak bapak Umno, itu duit rakyat Terengganu yang asnafnya termasuk pelajar-pelajar agama di Asia Barat itu.

Alasan akan beri bantuan semula bila kerajaan bertukar, itu adalah alasan bodoh, kerana bila kerajaan bertukar, Umno tidak lagi jadi kerajaan. Apabila tidak jadi kerajaan, dia tidak berkuasa menentukan duit Maidam dikeluarkan untuk memberi bantuan kewangan kepada pelajar-pelajar luar negara.

(Kerajaan baru di bawah PAS, Insya Allah akan meneruskan agenda membantu dan menghantar lebih ramai pelajar agama belajar di Asia Barat jika rakyat memberi mandat dalam pilihan raya umum ke 13 nanti. Jangan bimbang.)

Mungkin dia akan menggunakan duit Kerajaan Pusat, melalui Jabatan Pembanguan Persekutuan (JPP) seperti bantuan BR1M atau seumpamanya akan datang jika benar-benar kerajaan bertukar tangan. Pengerusi JKKK itu biasalah taraf pemikirannya tidak cerdik, macam tidak faham pentadbiran kerajaan, memaklumkan satu maklumat bodoh yang aku ketawakan sahaja.

Aku anggap ia hanya sebagai alasan untuk berlepas tangan bagi mengiakan tindakan Kerajaan Negeri Terengganu di bawah BN hari ini, tidak lagi mahu memberi bantuan kepada pelajar Malaysia di Asia Barat.

Ini sikap Umno/BN, apabila kepentingannya tidak dapat dijaga, parti itu akan bertindak memperbodohkan rakyat dan menindas mereka dengan tindakan 'desperado' untuk mengenakan suatu tekanan terhadap pelajar-pelajar berkenaan.

Bersabarlah anak-anak ku, Allah sentiasa membantu mu dalam semua keadaan. Amin.




Tuesday, February 12, 2013

Abai amanah kerana sikap tidak baik

Semuanya bergantung kepada sikap kita. Jika kita bertanggungjawab dan benar apa yang kita kata, kita beramanah, jangan sampai perkara penting untuk kepentingan orang ramai kita pandang remeh kerana ada agenda tertentu di sebalik sikap kita itu.

Sama ada ia untuk kelompok masyarakat yang kecil atau kelompok masyarakat yang besar, sama ada ia untuk keluarga kita sendiri atau masyarakat kampung kita. Apa lagi negara kita. Sikap memandang enteng kepada amanah yang diberikan, satu sikap yang amat memalukan.

Semua orang ada kelemahan masing-masing tetapi dalam soal menjaga amanah, ia perlu kepada tanggungjawab atau akauntibiliti seseorang, jangan sampai sesuatu yang diamanahkan hilang atau dilupakan atau diabaikan dalam jangaan kita.

Kita kadang kala sedap menghentam dan memperlekehkan orang lain  dalam masa yang sama tanpa kita sedari kita juga mempunyai sikap kurang peka terhadap memikul amanah dengan bertanggungjawab.

Sampai masanya kita berlepas tangan dari apa yang terjadi kepada kita apabila kita tidak dipilih semula memegang sesuatu amanah termasuk memegang jawatan dalam mana-mana pertubuhan.

Sesuatu yang menjadi milik orang ramai, serahkanlah kepada orang ramai, tidak perlu kita bersusah payah mempertahankannya, Jika kita sebagai pemegang amanah pulangkan sahaja harta benda orang ramai kepada mereka sebagaimana ianya diserahkan dahulu.

Jika hilang gantikan dengan serupa atau yang lebih baik daripada itu. Jika tidak, di situlah sikap tidak bertanggungjawab dilakukan kita dan ia amat mendukacitakan.


Monday, February 11, 2013

Najib Kantoi di Pulau Pinang


12 Februari 2013
Kira-kira lima hari memoir aku tidak �update�kan kerana kesibukan waktu dengan kerja-kerja masyarakat, kepartaian dan peribadi bertingkah arus.

Hari inipun aku pasti memikirkan tentang menulis artikel khas sebelum ke Korea Selatan untuk lawatan dan majlis konvokesyen anak di sana.

Menjengok  Facebook pagi ini, Najib Razak, Pengerusi Barisan Nasional (BN) dimalukan dengan Konsert K-Pop PSY, kumpulan artis popular Korea Selatan dengan Laungan �Are you ready for PSY? Yes (3X), are you ready for BN? No (3X).�

Laungan soalan dari mulut Najib rakyat menjawab No(tidak)  untuk BN.

Begitulah aku lihat, rakyat di mana-mana mereka pada umumnya sudah menolak BN, tidak berpura-pura lagi sebagaimana di Konsert  K-Pop Pulau Pinang itu.
Saksikan sedutan video You Tube di bawah ini:

MARI BERBAGI INFORMASI PENERBITAN

MARI BERBAGI INFORMASI PENERBITAN
Menerbitkan Karya Ilmiah Secara Swadaya

Tanya Jawab

Tanya Jawab
Tanya Jawab Soal Alkitab Lengkap

Alkitab Tematis

Alkitab Tematis
Bahan Renungan Pribadi atau Kelompok

Wikipedia

Search results

Popular Posts

PENERBIT BUKU ILMIAH

PENERBIT BUKU ILMIAH
Untuk Yang Baru Lusus Perguruan Tinggi

USAHA TERNAK BEBEK

USAHA TERNAK BEBEK
Ingni Menambah Penghasilan Anda

CREDO - AKU PERCAYA

CREDO - AKU PERCAYA
Pengakuan Iman Kristiani

Popular Posts

Subscribe

Ads

Labels

Repair Ship And Spares

Artikel Bagus Semua

Powered by Blogger.

INFO GUA MARIA DI INDONESIA

KK LIFORCE JAKARTA

KK LIFORCE JAKARTA
Kalung Menambah Stamina

Tags