Latest News

Friday, February 15, 2013

Bantuan Maidam dihentikan?

Bagaimana Kerajaan Terengganu mempunyai agenda tidak baik dalam soal bantuan kewangan kepada pelajar luar negara dalam bidang agama, bantuan itu sekarang dihentikan dan akan disambung semula bila kerajaan bertukar tangan dari Barisan Nasional (BN) kepada PAS.

Aku dimaklumkan ia diberitahu oleh seorang Pengerusi Jawankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung tertentu secara rahsia (kononnyalah), menjelaskan kenapa bantuan kewangan biasa dari Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) yang saban tahun mengeluarkan peruntukan kewangan untuk mereka masih tertangguh pengeluaran itu sehingga ke saat ini.

Agendanya, kerana Umno yang memerintah Kerajaan Negeri Terengganu dipercayai tidak yakin pelajar-pelajar agama luar negara termasuk Mesir, Jordan, Yaman dan lain-lain boleh membantu menyokong parti itu selepas tamat pengajian nanti.

Faham-faham sahajalah kalau sudah yakin mereka tidak mahu menyokong, cubalah siasat kenapa mereka tidak mahu menyokong Umno, apa sudah Umno buat sehingga mereka tidak suka kepada Umno?

Orang yang berilmu, mengaji ilmu agama tidak menyokong Umno, sudah pasti ada yang tidak betul kepada Umno antara lain Umno bukan pembela agama dalam erti kata sebenar.

Ingat duit Maidam itu bukan duit mak bapak Umno, itu duit rakyat Terengganu yang asnafnya termasuk pelajar-pelajar agama di Asia Barat itu.

Alasan akan beri bantuan semula bila kerajaan bertukar, itu adalah alasan bodoh, kerana bila kerajaan bertukar, Umno tidak lagi jadi kerajaan. Apabila tidak jadi kerajaan, dia tidak berkuasa menentukan duit Maidam dikeluarkan untuk memberi bantuan kewangan kepada pelajar-pelajar luar negara.

(Kerajaan baru di bawah PAS, Insya Allah akan meneruskan agenda membantu dan menghantar lebih ramai pelajar agama belajar di Asia Barat jika rakyat memberi mandat dalam pilihan raya umum ke 13 nanti. Jangan bimbang.)

Mungkin dia akan menggunakan duit Kerajaan Pusat, melalui Jabatan Pembanguan Persekutuan (JPP) seperti bantuan BR1M atau seumpamanya akan datang jika benar-benar kerajaan bertukar tangan. Pengerusi JKKK itu biasalah taraf pemikirannya tidak cerdik, macam tidak faham pentadbiran kerajaan, memaklumkan satu maklumat bodoh yang aku ketawakan sahaja.

Aku anggap ia hanya sebagai alasan untuk berlepas tangan bagi mengiakan tindakan Kerajaan Negeri Terengganu di bawah BN hari ini, tidak lagi mahu memberi bantuan kepada pelajar Malaysia di Asia Barat.

Ini sikap Umno/BN, apabila kepentingannya tidak dapat dijaga, parti itu akan bertindak memperbodohkan rakyat dan menindas mereka dengan tindakan 'desperado' untuk mengenakan suatu tekanan terhadap pelajar-pelajar berkenaan.

Bersabarlah anak-anak ku, Allah sentiasa membantu mu dalam semua keadaan. Amin.




Tags