Latest News

Thursday, February 5, 2009

Azlan Shah buat keputusan salah?

Kemelut politik Perak tragis dengan insiden Umno bersikap pondan dan bacul merampas kuasa Pakatan Rakyat melalui belian 4 individu hipokrit politik dari pintu belakang.

Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dipercayai membuat pertimbangan yang salah tidak menyebelahi rakyat tetapi menyebelahi kebaculan politik Umno pimpinan Abdullah Ahmad Badawi yang nanti Perak akan menerima akibat buruk keputusan itu.

Pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak perlu kerana perbezaan majoriti Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat amat tipis bahkan tiga calon bebas bukan komponen parti itu.

Menurut pakar-pakar perundangan rampasan kuasa seperti itu tidak mengikut Undang-undang Tubuh negeri Perak dan ia suatu yang salah.

Sepatutnya beberapa prosedur diambil kira untuk menentukan sama ada Kerajaan Pakatan Rakyat dibubarkan termasuk melalui undi tidak percaya dalam persidangan DUN yang tempoh dan peraturan persidangan ditetapkan.

Jika BN tubuh kerajaan melalui apa-apa yang cara sekalipun ia meletakkan Perak bagaikan telur di hujung tanduk kerana majoriti kedua-dua pihak Pakatan Rakyat dan BN terlalu tipis.

Maka wajarlah mandat politik Perak diserahkan semula kepada rakyat dengan mengadakan pilihan raya negeri itu dalam masa terdekat.

Tags