Latest News

Wednesday, April 24, 2013

PAS kutuk insiden Nibong Tebal


Polis siasat insiden bom di Nibong Tebal
KUALA LUMPUR - Sidang Media Dato Mahfuz Omar telah mendedahkan 2 isu serius membabitkan penipuan menjelang pilihanraya umum 5 Mei ini. Isu pertama adalah berkenaan pergerakan luar biasa suatu rombongan pengundi yang tidak dikenali dan PAS mengutuk tindakan ganas letupan yang berlaku di bilik gerakan BN Nibong Tebal.


Antara intipati yang telah dikemukan Dato Mahfuz Omar di sidang media hari ini adalah seperti berikut:


1. PAS telah menerima laporan yang sedang dalam proses pengesahan, mengenai pergerakan luar biasa sekumpulan rombongan dipercayai pengundi-pengundi dari Sabah dan Sarawak yang akan memasuki Semenanjung bermula hari ini hingga 4hb Mei dengan menggunakan pesawat-pesawat yang disewa khas. 


Tujuan kenapa rombongan ini dibuat juga masih dalam siasatan kami. Kami juga sedang mengumpulkan maklumat terperinci berkaitan dengan jumlah sebenar rombongan�rombongan tersebut dan juga jadual perjalanan mereka. 


Dalam kesempatan ini, saya ingin memberi amaran kepada warganegara asing yang diberi kad pengenalan dengan
cara yang berlawanan dengan undang-undang dan kemudiannya didaftarkan sebagai pengundi supaya tidak mengundi daialam pilihanraya umum kali ini. Kami mahu supaya masa depan Malaysia ditentukan sendiri oleh rakyatnya.


2. PAS juga mengecam keras dan mengutuk tindakan ganas yang mengakibatkan letupan di Bilik Gerakan BN Nibomg Tebal dan juga kebakaran yang berpunca dari bom petrol yang dilempar ke Bilik gerakan BN di Sekinchan, Selangor. 


Kami percaya ini adalah suatu tindakan provokasi oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab yang bertujuan untuk menimbulkan ketakutan dan rasa gelisah di kalangan pengundi menjelang pilihanraya umum kali ini. 


PAS juga mengutuk kenyataan yang dibuat oleh Pengerus BN Pulua Pinang, Teng Chang Yeow di dalam portal berita Free Malaysia Today yang mengaitkan Pakatan Rakyat dengan kejadian letupan di Nibong Tebal. 


Ini adalah suatu fitnah jahat yang berbaur hasutan yang tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang pemimpin yang bertanggungjawab. Fitnah yang dibuat Teng tersebut adalah jelas untuk memberi imej buruk kepada Pakatan Rakyat dan merupakan strategi publisiti murah untuk meraih undi kepada BN. 


Kami akan membuat laporan polis terhadap Teng supaya polis menyiasat kenyatan beliau tersebut. Kami juga memberi masa selama 48 jam kepada Teng untuk menarik balik tuduhan tersebut dan meminta maaf kepada Pakatan dan seluruh rakyat Malaysia. 


Sekiranya beliau ingkar, saya akan berbincang dengan teman-teman pimpinan Pakatan Rakyat yang lain untuk mengambil tindakan undang-undang di mahkamah.

Tags