Mengapa kenaikan harga minyak memain peranan menyebabkan kenaikan harga barang? Paling mudah difahami ialah kerana minyak petrol adalah satu keperluan kepada pengangkutan yang mana ia merupakan komponen yang tidak dapat dipisahkan dari keperluan perniagaan,
Untuk menampung kos pengangkutan peniaga terpaksa menaikkan harga barang dan pengguna terpaksa membayar kos itu melalui kenaikan harga barang berkenaan.

Harga petrol RON97 turun semalam sebanyak RM0.20 sen melalui satu surat Kementerian Kewangan Malaysia (Gambar), satu penurunan kadar yang tidak membanggakan kerana kebanyakan masyarakat awam menggunapakai petrol RON95.
Tidak banyak manfaat diambil oleh rakyat dengan kadar penurunan tersebut kerana sebab berkenaan,
Saya sering menulis tentang harga minyak ini dan sering mempertikaikan kenapa harga minyak tidak boleh diturunkan sedangkan Malaysia adalah negara pengeluar minyak bukan pengimport.
Lainlah Thailand, negara itu adalah negara pengimport minyak bukan pengeluar cuma ada paip gas dari perairan Kelantan disalurkan ke Thailand untuk tidak menjadikan Kelantan membangun bersama industri minyak dan gas sebagaimana Terengganu,
Harga minyak mahal di negara itu kerana sebab berkenaan tetapi sepatutnya tidak berlaku begitu di Malaysia.
Kenaikan harga minyak petrol sudah banyak membebankan rakyat terutama golongan miskin atau kini dikenali sebagai rakyat marhaen, apa lagi pelaksanaan GST dijangka dalam bulan April tahun depan, ia akan membuat golongan itu terduduk ketika mengurus perbelanjaan dalam kehidupan harian.
Ia membebankan rakyat golongan itu dan mereka yang berpendapatan sederhana. Kuasa beli rakyat akan semakin kurang dan akibat yang paling teruk sekali ialah ekonomi negara akan jatuh dan kesannya semua pihak akan terbabit.
Dengan itu pelabur asing tidak akan datang melabur di Malaysia, mereka lebih gemar melabur di China dan Indonesia kerana kos opreasi dan tenaga borohnya lebih murah berbanding Malaysia.
Terengganu sudah lama tidak dimasuki pelabur asing untuk membina kilang-kilang besar yang memberi peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan. Jika ada pun ia boleh dibilang dengan jari. Ia banyak tertumpu kepada industeri minyak dan gas di Kerteh, Kemaman.
Justeru, tidak ada jalan lain melainkan Kerajaan perlu menghalang sebarang kenaan cukai baharu terhadap apa-apa barangan yang dimport dan barangan tempatan sementara cukai lama perlu di kurangkan untuk menarik pelabur asing berduyun-duyun melabur di negara ini sebagaimana berlaku di China.
Jika tidak Malaysia menjadi negara dunia ketiga yang terkebelakang dalam pembangunan dan hasrat wawasan 2020 untuk menjadi Malaysia sebuah negara maju hanya menjadi igaun ngeri di siang hari.