![]() |
Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang |
Ketika dunia Islam dilanda perancangan dan serangan Zionis Israel, Baitul Maqdis masih di bawah penaklukan Yahudi.
Pimpinan Hamas dalam satu siaran TV Al-Jazeera Mubasher baru-baru ini menegaskan masalah Palestin dan Masjidil Aqsa yang juga dipanggil al-Quds adalah masalah umat Islam seluruhnya bukan masalah penduduk Palestin semata-mata.
![]() |
Abdul Fattah As-Sisi |
Al-Quds yang menjadi kiblat pertama umat Islam, tidak akan dibebaskan dari cengkaman Zionis Yahudi selagi umat Islam lemah tidak bermaya, tidak bangkit menjadi kuasa besar dunia menggantikan Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya yang lain yang disokong dan didokong oleh Zionis Yahudi.
Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam berkata satu pertemuan bahawa umat Islam layak menjadi kuasa besar dunia kerana Islam itu sendiri berhak diberi kuasa memerintah dan kedudukan geografi umat Islam berada di tengah-tengah dunia dan pusat tumpuan dunia.
Umat Islam wajib kembali berpegang dengan Islam untuk berdepan dengan kuasa kuffar itu barulah Zionis Yahudi dapat dikalahkan.
Umat Islam perlu meninggalkan cara hidup Yahudi dan aqidah mereka yang sesat untuk mengembalikan semula Baitil Maqdis dan Palestin kepada mereka.
Untuk sampai ke bumi Palestin pihak berkuasa negara umat Islam di sekitarnya perlu lari dari cengkaman AS, mereka tidak perlu meminta bantuan dari kuasa besar dunia yang sudah hampir bengkrap itu kerana mereka semua mempunyai kemampuan sendiri dengan hasil bumi melimpah ruah, mereka boleh membina negara mereka dan bersama membebaskan bumi Plaestin dari cengkaman Yahudi.
Tetapi sayang, ada di kalangan mereka menjadi kerajaan boneka yang diperalatkan Yahudi seperti Mesir umpamanya. Melantik Abdul Fatah As-Sisi (Gambar) berketurunan Yahudi menjadi Presiden dengan satu rampasan kuasa berdarah dan kejam yang tidak perlu diberi kemaafan oleh umat Islam di mana sahaja mereka berada.
As-Sisi mesti ditumbangkan segera dan bumi Palestin mesti dibebaskan dengan aqidah dan jihad yang kental dari umat Islam.