Latest News

Saturday, November 29, 2014

Umno hapus kepentingan orang Melayu

1. Sejarah tidak boleh menipu. Umno pun tida boleh menipu sejarah. Sejarahnya ialah Umno gagal mempertahankan tanah rezab Melayu, gagal menaikkan martbat orang Melayu, hanya menjadi melukut di tepi gantang sahaja.

2. Orang Melayu terus merempat di bawah pemerintahan Umno/BN bukan kerana kelemahan orang Melayu sahaja tetapi Umno memperbodohkan orang Melayu dengan dendangan lagu lama tidak ada perubahan untuk kembalikan maruah orang Melayu di negara ini.

3. Umno sendiri adalah parti yang menjadikan orang Melayu bertongkat dengannya kerana didikan Umno sendiri. Umno memberi umpan kepada orang Melayu tidak diberi pancing dan tidak diajar bagaimana memancing dengan betul dengan segala pemantauan dan galakan sehingga orang Melayu tidak bergantung kepada Umno lagi.

4. Tetapi inilah apa yang Umno takutkan iaitu orang Melayu tidak lagi bergantung dengan Umno. Apabila orang Melayu tidak lagu bergantung kepada Umno maka  jawabnya Umno akan berkubur buat selama-lamanya.

5. Malangnya buat selama-lamanya Umno mahu orang Melayu bergantung dan bertaut dengannya atas nama pembangunan tetapi hakikatnya hanyalah untuk survival Umno dan pemimpin-pemimpinnya bukan untuk pembangunan sebenar.

6. Orang Melayu wajib bergantung kepada Allah SWT 100 peratus dengan meninggalkan Umno kerana jelas parti itu semakin menghakis kedudukan mereka dalam semua bidang di negara ini.

Tags