Latest News

Thursday, December 25, 2008

SPR sahkan dua borang pencalonan dibeli setakat ini

Khamis Disember 25, 2008
KUALA TERENGGANU: Dua borang pencalonan bagi pilihan raya Parlimen Kuala Terengganu 17 Januari depan telah dibeli di pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Terengganu setakat ini.

Pengarah Pilihan Raya SPR Terengganu, Mohd Noor Daud berkata dua borang itu dibeli beberapa hari lalu, difahamkan oleh wakil calon yang akan bertanding.

"Bagaimanapun, setakat ini saya tidak dapat mengesahkan wakil itu dari parti mana," katanya di sini, hari sini.

Beliau menjelaskan calon yang akan bertanding pilihan raya kecil itu tidak semestinya membeli borang pencalonan daripada SPR Terengganu, tetapi juga boleh mendapatkannya di ibu pejabat SPR di Putrajaya.

Mohd Noor berkata Datuk Bandar Kuala Terengganu, Datuk Mat Razali Kassim telah dilantik sebagai Pegawai Pengurus Pilihan Raya untuk pilihan raya kecil itu.

Selain itu katanya, SPR juga telah bersedia daripada segi logistik yang diperlukan untuk proses pengundian dan penamaan calon pilihan raya kecil itu pada 6 Jan.

"Selain kira-kira 20 kakitangan SPR di negeri ini, kita juga telah memberi kursus dan taklimat kepada lebih 800 kakitangan sementara terdiri daripada kakitangan kerajaan yang akan bertugas membantu memastikan proses pengundian berjalan dengan lancar," katanya.

Kerusi Parlimen Kuala Terengganu kosong berikutan penyandangnya, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail meninggal dunia secara mengejut akibat serangan jantung ketika bermain badminton di Genting Highlands, Pahang pada 28 November lalu.

Barisan Nasional (BN) mencalonkan Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh manakala PAS yang telah mengesahkan akan bertanding, akan mengumumkan calon mereka pada 1 Januari.

Selain itu, beberapa calon Bebas juga dijangka bertanding iaitu dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM), bekas calon Bebas Parlimen Rantau Panjang, Kelantan, Isma Airfath Hassanuddin, 38, dan bekas calon Bebas Parlimen Kuala Terengganu, Maimun Yusof, 89.

Mengikut daftar pemilih setakat September lepas, terdapat 80,229 pengundi di kawasan Parlimen Kuala Terengganu, dengan 1,035 daripadanya adalah pengundi pos.

Pada pilihan raya umum ke-12 Mac lepas, Razali berjaya mengekalkan kerusi berkenaan apabila menewaskan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Maimun dengan majoriti 628 undi.

Kawasan Parlimen Kuala Terengganu meliputi empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Wakaf Mempelam, Bandar, Ladang dan Batu Burok.

DUN Wakaf Mempelam, Ladang dan Batu Burok dikuasai PAS manakala kerusi Bandar dipegang oleh BN.

Mengikut senarai daftar pengundi pilihan raya umum lepas, pengundi Melayu merupakan majoriti di Kuala Terengganu iaitu 88.3 peratus manakala Cina (11.1 peratus), India (0.4 peratus) dan lain-lain (0.2 peratus). BERNAMA

Iklan Istimewa
http://www.bio-asli.com/daftar_keahlian.asp?id=seramaesty

Monday, December 22, 2008

4,749 pekerja akan diberhentikan

PETALING JAYA, 23 Dis (MPO2) -Kira-kira 102 syarikat telah memohon kepada Jabatan Buruh dan 4,749 pekerja akan diberhentikan dalam tempoh tiga bulan, mulai Januari 2009, dengan kebanyakan mereka dari sektor elektronik.

Serentak itu majikan yang bercadang memberhentikan pekerja, memotong gaji atau menawarkan skim pemisahan sukarela (VSS) perlu memberitahu Jabatan Tenaga Kerja (JTK) 30 hari lebih awal.

Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S Subramaniam berkata majikan wajib mengisi Borang Pemberhentian Kerja yang boleh didapatkan di pejabat-pejabat JTK atau dimuat turun di http://jtksm.mohr.gov.my.

Beliau berkata majikan yang ingkar boleh dikenakan denda maksimum RM10,000.

"Kita telah menubuhkan pusat tindakan di setiap daerah bagi memantau syarikat-syarikat atau majikan yang mungkin menghadapi kesulitan kewangan semasa situasi ekonomi sekarang.

"Pegawai-pegawai kita akan melawat syarikat-syarikat ini dan menyediakan laporan mingguan yang akan dihantar ke pejabat negeri dan kemudian disusun di peringkat pusat.

"Ini akan membolehkan pasukan kita di peringkat bawah menentukan bahawa majikan memenuhi tanggungjawab mereka terhadap pekerja," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri sesi dialog "Teh Tarik" dengan Malaysia Training Providers Berhad.

Subramaniam berkata kementeriannya akan memastikan syarikat-syarikat membayar pampasan sewajarnya kepada pekerja yang diberhentikan iaitu gaji 10 hari bagi yang bekerja kurang dari dua tahun; 15 hari gaji bagi yang bekerja dua hingga lima tahun; dan 20 hari kerja bagi yang lebih dari lima tahun.

Beliau berkata kira-kira 102 syarikat telah memohon kepada Jabatan Buruh dan 4,749 pekerja akan diberhentikan dalam tempoh tiga bulan, mulai Januari 2009, dengan kebanyakan mereka dari sektor elektronik.

Mengenai pekerja Malaysia di Singapura yang diberhentikan, Dr Subramaniam menasihatkan mereka mendapatkan nasihat dan mendaftar dengan atase tenaga kerja di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di sana.

"Saya telah meminta atase kita itu di Singapura membantu pekerja Malaysia itu...setakat ini belum ada yang mendaftar," kata beliau.

Mengenai cadangan kaukus Pekerja Buruh dan Migran yang baru ditubuhkan meminta kerajaan menyalurkan RM1 bilion sebagai Dana Pemberhentian Kerja, Dr Subramaniam berkata beliau akan cuba menemui mereka secepat mungkin bagi membincangkan perkara itu.

Iklan Istimewa


http://www.bio-asli.com/daftar_keahlian.asp?id=seramaesty

Pemimpin Umno tidak pasti menang

(Malaysiakini) Beberapa pemimpin Umno tempatan berbelah bahagi berhubung peluang calon BN Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh menang dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu, bulan depan.


Pemimpin Umno di bahagian Kuala Terengganu berkata, personaliti Wan Ahmad Farid yang dianggap "elit" menyebabkan calon itu sukar mendapat sokongan pengundi kampung.

Katanya, yang enggan dikenali, jika hendak dibandingkan senator itu dengan bekas ahli parlimen Datuk Razali Ismail, "ia ibarat langit dengan bumi".

Bekas pemimpin bahagian itu meletakkan peluang kemenangan Wan Ahmad Farid hanyalah 45 peratus.

"Datuk Wan Farid boleh dianggap daripada golongan elit yang kurang bercampur dengan orang.

"Saya mendapat tahu ramai orang yang berniaga di pasar Kuala Terengganu tidak kenal dengan calon BN itu, sebaliknya lebih kenal Menteri Besar, Datuk Ahmad Said," katanya ketika diminta mengulas peluang timbalan menteri itu menang dalam pilihanraya kecil itu yang bermula 6 Januari ini.

"Bayangkan, Datuk Razali yang disenangi oleh semua orang cuma menang dengan majoriti kecil 628 undi." (lihat carta di bawah)

bm version kuala terengganu parliament state seat breakdown 031208Sabtu lalu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Wan Ahmad Farid sebagai calon BN.

Pemimpin tersebut berkata, satu faktor lagi yang menyebabkan BN sukar menang ialah kedudukan hampir 5,000 guru yang turut mengundi.

"Adakah golongan guru ini akan mengundi Datuk Wan Ahmad Farid sebagaimana mereka mengundi Datuk Razali?" katanya.

Golongan pendidik dikatakan ingin bekas ketua penerangan Umno bahagian Mohd Zuber Embong, seorang pegawai kanan pendidikan negeri - namanya antara lima pemimpin yang turut diura-urakan untuk dicalonkan.

Pengerusi peti undi Kuala Ibai, Sulaiman Ali bagaimanapun yakin golongan guru secara umumnya akan tetap bersama BN dalam pilihanraya kali ini.

"Atas semua faktor itu, saya meramalkan peluang Datuk Wan Farid untuk menang ketika ini ialah 55 peratus," katanya.

Pemilihan Wan Ahmad Farid juga telah menyelesaikan banyak masalah di bahagian tersebut, tambahnya, yang juga ahli jawatankuasa bahagian.

Sulaiman berkata, perebutan mereka yang hendak menjadi calon BN telah selesai dan maklum balas yang diperolehi bahawa mereka akan berdiri di belakang bekas setiausaha politik Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Di peti undi Kuala Ibai, dari bancian awal yang kita buat, mereka tidak ada masalah dengan Datuk Wan Farid.

"Kita juga yakin boleh menang sekurang-kurangnya 300 undi seperti pilihanraya umum lalu daripada lebih 2,000 pengundi dari empat saluran di sini," katanya.

Sementara bekas naib ketua bahagian Hamzah Mohd Zain ketika dihubungi berkata, BN akan menang "jika tiada pengkhianatan dilakukan oleh ahli parti".

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan punca-punca boleh berlaku pengkhianatan tersebut.

Katanya, semua pihak perlu melupakan pergeseran sewaktu pemilihan Umno bahagian baru-baru ini.

"Jika jentera pilihanraya bersatu dan bergerak, Datuk Wan Farid akan menang," katanya.

Beliau berkata BN harus mempertimbangkan kekuatan PAS di tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN): Batu Burok, Ladang dan Wakaf Mempelam.

"Ruang untuk menang ada tetapi kena kerja kuat. Tetapi ketika ini peluang adalah 50-50," katanya.

Hamzah berkata, faktor lain ialah pengundi atas pagar dan pengundi Cina.

"Jika mereka mereka mengundi BN, Datuk Wan Farid akan menang," katanya.


Iklan Istimewa

http://www.bio-asli.com/daftar_keahlian.asp?id=seramaesty

Pilihanraya Kecil P36 Kuala Terengganu: Polis hantar unit komando dan 69?

KUALA TERENGGANU, 22 Dis (MPO2) - Polis dipercayai akan membuat provokasi dalam Pilihan Raya Kecil P36 Kuala Terengganu supaya ia menjadi panas termasuk menghantar unit komando dan unit 69 yang dikenali agresif dan tahan lasak untuk mengasak dan menggagalkan Pakatan Rakyat (PR), memenangi pilihanraya tersebut.

Menurut satu sumber yang boleh dipercayai, planton komando itu dan unit 69 akan dihantar untuk menggempur gerakkerja PR dan di tempat di seluruh peti undi di kawasan parlimen tersebut mulai sekarang.

Difahamkan gerakerja yang dijalankan ialah mengawal pengundi luar (hantu) untuk bebas masuk mengundi di tempat pembuangan undi, mengintip gerakerja pembangkang, menjadi Special Branch (SB) dan bertindak agresif terhadap pembangkang apabila perlu.

PAS dipercayai sudah menerima maklumat pada dasarnya tentang perancangan gerak gempur dengan memperalatkan komando polis itu dan telah merancang sesuatu untuk mengatasi masalah kehadiran mereka berkenaan.

PAS dan PR bersiap sedia dalam semua aspek termasuk keselamatan bagi mempastikan provokasi berkenaan tidak berkesan dan pilihanraya itu memihak kepada kemenangan calon PAS yang masih dirahsiakan sehingga kini.

Pilihanraya tersebut akan diadakan pada Sabtu, 17 Januari ini dan penamaan calon pula pada 6 Januari dipercayai akan diadakan di Pejabat Daerah Kuala Terengganu mulai jam 9.00 pagi.

Kerusi Parlimen Kuala Terengganu kosong akibat kematian secara mengejut penyandangnya Datuk Razali Ismail baru-baru ini.

Pada pilihan raya umum lalu, Razali berjaya mengekalkan kerusi berkenaan apabila menewaskan Naib Presiden Pas, Haji Mohamad Sabu dan Maimun Yusof dengan majoriti 628 undi.

Razali memperoleh 32,562 undi, manakala Haji Mohamad (31,934 undi) dan Maimun (685 undi).

Bagi pilihan raya kecil kali ini, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) akan membuka 36 pusat mengundi dengan 143 saluran mengundi bagi seluruh kawasan Parlimen Kuala Terengganu.

SPR turut melantik Datuk Bandar Kuala Terengganu, Datuk Razali Kassim sebagai pegawai pengurus pilihan raya kecil itu bersama-sama 876 petugas pilihan raya yang lain.

SPR menetapkan bahawa daftar pemilih yang akan digunakan pada pilihan raya kecil kali ini adalah yang diperakui dan disahkan serta diwartakan pada 5 Disember lalu.

Daftar pemilih itu mengandungi 80,229 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 79,194 pemilih biasa dan 1,035 pemilih pos.

Dalam pada itu, SPR turut memberi kebenaran kepada Badan Bebas Pemantau Pilihan Raya Malaysia (Mafrel) untuk memantau perjalanan pilihan raya kecil itu.

Bagaimanapun, Mafrel perlu mematuhi semua peraturan yang ditetapkan oleh SPR dan sebarang pelanggaran akan menyebabkan kebenaran itu akan ditarik serta merta.

Iklan Istimewa

http://www.bio-asli.com/daftar_keahlian.asp?id=seramaesty

Sunday, December 21, 2008

Pilihan raya kecil: PAS umum calon 1 Januari

KUALA TERENGGANU, 22 Dis (MPO2) - PAS hanya akan mengumumkan calonnya yang bakal bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu 1 Januari ini.

Ia diputuskan pada mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat PAS di Kuala Terengganu dan diumumkan oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam.

Jawatankuasa tersebut telah mencapai keputusan mengenai calon yang bakal mewakili PAS dan Pakatan Rakyat.Hadi memberitahu wartawan bahawa pihaknya telah memperolehi calon yang lebih layak berbanding calon Barisan Nasional (BN).

"Kita akan mencapai kemenangan," katanya.Jelas beliau, calon berkenaan ialah seorang profesional dan berjiwa rakyat.

Ketika ditanya mengapa tidak diumumkan calon pada hari ini beliau berkata: "tiada masalah dalaman dan kami boleh ambil masa (untuk umum calon), lagipun hari penamaan calon lambat lagi".

Sebelum ini PAS berkata, ia akan mengumumkan nama calon selepas 21 Disember.

Pengumuman calon akan diadakan di stadium tertutup pada 1 Januari.

BN mengumumkan calonnya, Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh semalam.Selain Mohamed Sabu yang bertanding di kerusi itu 8 Mac lalu, nama lain disebut bakal mewakili PAS ialah Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Mustapa Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Buruk, Dr. Syed Azman Syed Ahmad.

Di kalangan nama-nama itu, Syed Azman dikatakan mempunyai peluang besar untuk menghadapi calon lain khususnya calon BN.

Iklan Istimewa

http://www.bio-asli.com/daftar_keahlian.asp?id=seramaesty


Friday, December 19, 2008

BN letak Farid, PAS pilih Syed Azman?

PETALING JAYA: Ketika hanya tinggal kira-kira dua minggu menjelang hari penamaan calon pilihan raya kecil Kuala Terengganu, siapa bakal akan diletakkan oleh dua parti utama dijangka diketahui dalam tempoh 40 jam akan datang.

Petang ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak akan mengumumkan nama bakal calon Barisan Nasional (BN), kira-kira pukul 4 petang.

WAN FARID WAN SALLEH

BN dijangka meletakkan Senator Datuk Wan Farid Wan Salleh, Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu.

Satu lagi nama pilihan ialah ahli akademik dari Universiti Islam Antarabangsa, Sohor Bani Leman.

DR. SYED AZMAN SYED AHMAD NAWAWI

Selain Wan Farid iaitu Timbalan Menteri Dalam Negeri dan Sohor, turut disebut ialah Ketua Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu, Mohd Zuber Embong.

Bagaimanapun berdasarkan perkembangan dalam Umno bahagian itu dan Terengganu setakat malam tadi, Wan Farid, yang telah disambung perkhidmatan sebagai Ahli Dewan Negara baru-baru ini, akan menjadi pilihan BN.

"Calon akan diumumkan petang esok (ini)," kata Najib yang juga Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Pengerusi BN di Putrajaya semalam.

Dua hari lalu, Najib yang lazimnya mengetuai jentera pilihan raya kecil berkata, calon BN pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu akan diumum hari ini.

Pengumuman itu sepatutnya dibuat minggu lalu tetapi ditangguhkan sehingga hari ini.

Penamaan calon ialah 6 Januari dan pengundian ditetapkan pada 17 Januari.

Kerusi itu kosong berikutan kematian Datuk Razali Ismail, yang juga Timbalan Menteri Pelajaran pada 28 November lalu.

Pada pilihan raya umum 8 Mac lepas, Razali selaku penyandang, menewaskan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dan calon Bebas, Maimun Yusof dengan majoriti 628 undi.

Dalam pada itu, PAS sebelum ini menyatakan bahawa pihaknya akan mengumumkan nama calon esok.

Jawatankuasa Kerja Pusat akan mengadakan mesyuaratnya di Kuala Terengganu pagi esok.

Bagaimanapun mStar Online difahamkan PAS hanya akan mengumumkan nama calon pada 1 Januari, bukannya esok.

Ia dilihat sebagai strategi parti itu untuk menyusun langkah menghadapi pilihan raya kecil kali ini.

Timbalan Presiden PAS, Nashardin Mat Isa ketika dihubungi mStar Online petang semalam berkata, pihaknya akan memutuskan esok bila hendak mengumumkan nama calon parti itu.

"Esok kami akan mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat dan akan memutuskan tarikh pengumuman calon yang akan mewakili parti," katanya.

mStar Online juga difahamkan bahawa nama-nama yang disyorkan dalam mesyuarat esok akan dibawa ke Majlis Syura untuk pengesahan. Majlis Syura dijadual bertemu 1 Januari ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Penerangan PAS Terengganu, Sazali Mohd. Noor ketika dihubungi memberitahu, pihaknya mempunyai tiga nama dalam senarai pilihan.

"Kemungkinan nama akan diumumkan esok sebab Datuk Nik Aziz Nik Mat (Mursyidul Am PAS) juga akan hadir bersama dalam mesyuarat esok," katanya.

Pada Mac lalu kerusi itu ditanding calon PAS, salah satu parti dalam ikatan Pakatan Rakyat.

Sebelum ini Nik Aziz sudah mempunyai calon pilihan iaitu Mohamad Sabu (Mat Sabu) untuk bertanding bagi kerusi tersebut.

Bagaimanapun, laporan sebelum ini menyebut berlaku pergolakan dalam jawatankuasa PAS pusat menolak pilihan Nik Aziz itu kerana Mat Sabu dikatakan bukan calon sesuai biarpun pernah bertanding bagi kerusi parlimen itu.

Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Mustapa Ali; dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas Batu Buruk, Doktor Syed Azman Syed Ahmad antara calon yang disebutsebut akan bertanding dalam pilihan raya itu. Pas akan mengumumkan secara rasmi calonnya pada 21 Disember ini.

Di kalangan nama-nama itu, Syed Azman dikatakan mempunyai peluang besar untuk menghadapi calon lain khususnya calon BN.

Iklan Istimewa

http://www.bio-asli.com/daftar_keahlian.asp?id=seramaesty

Thursday, December 18, 2008

MB Terengganu: TV3 Berniat Jahat Kepada Saya

DALAM siaran berita TV3 sekejap tadi Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said terkial-kial menjelaskan berhubung laporan tv berkenaan yang didakwanya tidak betul dan bertujuan menjatuhkan imejnya.

Ahmad menafikan laporan TV3 semalam yang didakwanya tidak benar berhubung penutupan beberapa syarikat milik kerajaan negeri.

Melihat visual di tv tadi semacam Ahmad Said menjelaskan itu ketika berada dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu!

Menurut MB itu, TV3 memang berniat buruk kepadanya. Katanya sudah lama tv itu tidak 'kenan' (tidak sukakannya) dan membuat laporan buruk mengenai dirinya.

Katanya semasa isu perlantikan MB Terengganu selepas pilihanya raya lalu, tv itu telah menyiarkan berita mengatakan Adun Kijai disiasat oleh BPR. Laporan itu dakwanya jelas untuk memburukkan namanya.

Kata Ahmad juga beliau tahu siapa yang mengirimkan berita tersebut kepada tv itu supaya menyiarkan berita itu. "Saya masih simpan sms yang dihantar pukul 12 tengah hari," jelasnya sungguh kesal.

Sebenarnya apa yang dirasai oleh Ahmad itu sudah lama dirasai oleh pihak pembangkang. Bagaimana berita beliau diputarbelitkan dengan tujuan tertentu begitu jugalah dengan berita di pihak pembangkang yang sering diputarbelitkan.

Untuk pengetahuan Ahmad, baik TV3 , RTM1,2,3, dan beberapa lagi serta media arus perdana biasanya akan menjadi gila dengan tiba-tiba bila menjelang pilihan raya. Mereka akan jadi tidak siuman dan tidak rasional dengan melapor dan memanipulasikan berita dengan tujuan memburuk pihak tertentu biasanya di pihak pembangkang.

Saat ini tv dan media tidak akan peduli lagi kepada kod etika dan juga profesionalisme dan kebebasan bersuara.

Apa yang diutamakan dan dipastikan agar pihak atau individu yang disokongnya menang dan berpuas hati dengan laporan itu. Soal benar atau tidak, tidak perlu dipedulikan lagi.

Kalau MB itu tidak percaya perhatikan apa yang akan berlaku menjelang pilihan raya kecil Kuala Trengganu tidak lama lagi. Bermacam-macam berita pelik, ganjil dan tidak masuk akal mengenai pembangkang akan dilapor dan disiarkan. Paling menarik dan tidak akan pernah dilupakan berita mengenai ribuan penyokong atau ahli pembangkang akan mengistyharkan diri menyertai Umno.

Tetapi Ahmad Said tidak perlu risau dan dukacita dengan apa yang dilakukan media eletronik negara Malaysia itu. Sebab rakyat sudah tahu dan sedar mengenai kredibiliti dan intergriti mereka. Rakyat sudah tahu agenda dan matlamat mereka. Mereka adalah alat kepada satu pihak. Apa yang dinamakan maruah dan intergriti sudah tidak ada lagi buat mereka.

Misalnya di Trengganu itu apa yang menimpa ke atas Ahmad itu sudah diketahui rakyat umumnya. Ahmad tidak mendapat layanan wajar dari media kerana beliau tidak merupakan calon MB yang dipersetujui oleh parti atau bukan calon dari Perdana Menteri. Ahmad adalah calon MB dari pihak istana.

Sebagai alat dan propaganda kerajaan tv berkenaan akan berpihak kepada calon MB yang disukai oleh tuan-tuannya saja. Ini biasa dan bukan satu yang anih di negara ini.

Hal begini sudah biasa sebenarnya. Makanya Ahamd Said tidak payah risau, sedih dan sebak dengan keadaan itu. Apa yang penting lakukan untuk kebaikan dan kesejahteraan rakyat. Allah tahu apa yang baik dan ia tidak payah pun diheboh-hebohkan. Lagipun Ahmad Said adalah MB Terengganu bukannya MB Umno!

Apa yang mengkagumkan saya tatkala mendengar ulasan Ahmad di DUN Terengganu seperti mana yang disedut oleh TV3 sekejap tadi apabila beliau tekad, tidak rela dan tidak reda penyelewengan berlaku di Terengganu.

Tegasnya beliau tidak akan peduli kepada pennghinaan ke atasnya dan akan bertindak mendedahkannya tanpa mengira siapa. Mudah-mduahan Ahmad akan mengotai kata-katanya. Biarlah Ahmad tidak popular dari kalangan media tetapi asalnya beliau disukai dan disenangi oleh rakyat Terengganu seluruhnya.

MB kecewa, JKR enggan serah laporan Bkt A'bangsa

Jabatan Kerja Raya (JKR) enggan menyerahkan laporan geoteknikal kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa dua minggu lalu kepada kerajaan Selangor.

Tindakan jabatan itu menyebabkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim gagal mengumumkan tindakan selanjutnya kerajaan negeri, yang dijadual diumumkan pagi esok kepada penduduk.

Selepas mesyuarat exco semalam, beliau berkata kerajaan Selangor sedang menunggu laporan status keselamatan tanah di sekitar kawasan tragedi 6 Disember lalu daripada JKR dan Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram).

bukit anatarabangsa landslide pdrm aerial photographs 101208 03Laporan siasatan Ikram juga tidak diserahkan kepada kerajaan negeri yang kini dikuasai oleh Pakatan Rakyat.

JKR memaklumkan keputusan itu kepada kerajaan negeri tengah hari tadi, kata sumber-sumber kepada Malaysiakini.

Jabatan itu bagaimanapun tidak memberikan alasan terperinci berhubung keengganannya itu.

JKR sebaliknya hanya memaklumkan "terlalu banyak implikasi" sekiranya salinan laporan itu diserahkan kepada Selangor.

Malaysiakini difahamkan menteri besar kecewa dengan komitmen itu yang disifatkannya "mengelirukan".

Menurut sumber-sumber, JKR pada Ahad lepas telah berjanji akan menyerahkannya.

landslide bukit antarabangsa carDalam dialog menteri besar, JKR dan penduduk Bukit Antarabangsa, jabatan itu dilaporkan telah berjanji menyerahkan laporan tersebut supaya tindakan susulan boleh diambil oleh kerajaan negeri.

Sumber-sumber memberitahu, Menteri Kerja Raya akan mengumumkan laporan itu esok selepas ia dibentangkan kepada jemaah menteri.

Dalam satu kenyataannya lewat petang ini, Abdul Khalid berharap agensi-agensi kerajaan "bersikap lebih profesional" dalam menangani tragedi itu.

"Umum sudah tahu, hal-hal pengurusan tanah terletak di bawah kuasa kerajaan negeri.

"Oleh itu, membelakangkan pihak kerajaan negeri hanya akan merugikan mangsa kejadian tanah runtuh," katanya.

Tambahnya, keputusan JKR ini amat dikesali kerana ia akan menyulitkan lagi usaha kerajaan negeri membuat keputusan berhubung nasib mangsa tragedi ini dengan secepat mungkin.

Bagaimanapun, tambah Abdul Khalid, beliau akan tetap mengumumkan langkah-langkah perlu bagi pihak negeri sebaik sahaja menerima laporan tragedi itu selepas kementerian berbuat demikian.

elizabeth wong bukit antarabangsa landslide pc 091208 02Sementara itu, exco pelancongan negeri Elizabeth Wong berkata, kerajaan Selangor dimaklumkan bahawa terdapat arahan daripada Menteri Kerja Raya, Datuk Ir Mohd Zin Mohamed agar laporan berkenaan tidak dikongsikan dengan kerajaan negeri.

Beliau mempertikaikan sikap kementerian berkenaan yang beranggapan "laporan itu hanya untuk tatapan" Mohd Zin sahaja kerana "kajiannya ditaja oleh kerajaan persekutuan."

Selangor pula hanya dibenarkan melihatnya selepas diumumkan, tambah Elizabeth.

"Saya dapati sikap ini meloyakan dan sangat-sangat berat sebelah," katanya dalam satu kenyataan.

"Saya mendesak menteri kerja raya mengeluarkan laporan kepada kerajaan Selangor tanpa bertangguh lagi.

"Oleh itu, kita mempunyai cukup masa untuk mengkajinya dan menunaikan janji-janji kepada penduduk Bukit Antarabangsa."

Empat nyawa terkorban dan 14 banglo ranap dalam tragedi awal pagi Sabtu itu.


Iklan Istimewa


http://www.bio-asli.com/daftar_keahlian.asp?id=seramaesty


Baiki Segera Tempat Pendaratan Ikan Pulau Kambing

KUALA TERENGGANU, 18 Dis (MPO2) - Kebetulan hari ini saya tergerak untuk membeli ikan di Tempat Pendaratan Ikan Pulau Kambing, Kuala Terengganu dan sebelah petangnya saya mengikuti secara langsung Persidangan Parlimen hari terakhir membincangkan antara lain soal usul DAP Bandar Kuching berhubung mogok nelayan.

Ketika di kawasan pendaratan ikan itu saya baru kali pertama ke sana. Seumur hidup saya, tidak pernah lagi memasuki kawasan tersebut.

Keadaan yang agak tidak tersusun dan kotor, menampakkan suatu pemandangan tidak kondusif untuk suatu industeri yang mendatangkan hasil beratus juta ringgit setahun.

Pihak Kerajaan Terengganu (jika mempunyai tanggungjawab terhadap pelabuhan itu) perlu membuat kajian dan mengambil tindakan membaikpulih keadaan pendaratan ikan itu agar keselesaan dapat disediakan kepada semua pihak terbabit termasuk nelayan, peraih ikan dan orang tengah atau taukeh ikan.

Saya mengangapkan tempat berkenaan antara pasar borong ikan yang amat kotor dan kawasannya pula agak sempit.

Pihak bertanggungjawab tidak sepatutnya membiarkan keadaan di situ berlarutan. Kerajaan perlu memikirkan bagaimana mahu membesarkan pelabuhan tersebut untuk keselesaan perniagaan di situ.

Memangkan ada alternatif untuk pelabuhan tersebut termasuk Pelabuhan Perikanan Chendering, Kuala Terengganu tetapi ia agak jauh dari bandar (kira-kira 11 kilometer).

Kedudukan Pulau Kambing yang agak berhampiran dengan pusat bandaraya antara penyebab ia lebih popular berbanding Pelabuhan Perikanan Chendering.

Kebiasaannya apabila memasuki kawasan berkenaan, seluruh pakaian dipakai berbau busuk terpaksa pengunjung pulang ke rumah dan membersihkan seluruh badan agar bau busuk itu hilang.

Pakaian pula terpaksa dibasuh akibat bau busuk, sehingga begitu sekali keadaannya yang terpaksa diredah oleh pengunjung di kawasan tersebut.

Justeru keadaan ini perlu diatasi segera agar industeri perikanan negara dilihat lebih berdaya maju dan bertaraf antarabangsa.

Malangnya saya tidak sempat mengambil gambar suasana di tempat pendaratan ikan itu untuk dipamerkan gambarnya di dalam blog ini.

Iklan Istimewa


http://www.bio-asli.com/daftar_keahlian.asp?id=seramaesty

Tuesday, December 16, 2008

Dr Syed Azman lwn Wan Farid di KT?


Muda Mohd Noor (Malaysiakini) | Dec 16, 08 3:38pm

Barisan Nasional (BN) dan PAS sehingga ini kelihatan sukar untuk menentukan calon walaupun masing-masing yakin mampu menang kerusi Parlimen Kuala Terengganu dalam pilihanraya kecil 17 Januari ini.

wan faridSehingga ini, ketua bahagian Kuala Terengganu, Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh disebut-sebut akan dipilih menjadi calon BN.

Namun begitu, ada pihak termasuk dari kalangan Umno sendiri, yang meramalkan peluangnya untuk mengekalkan kerusi tersebut masih 50-50.

Ini kerana Kuala Terengganu bukanlah kawasan selamat BN kerana tiga daripada empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dimenangi oleh PAS dalam pilihanraya umum Mac lalu.

Tiga DUN yang dimenangi PAS itu ialah Ladang, Batu Burok dan Wakaf Mempelam. Cuma kerusi DUN Bandar dimenangi BN melalui MCA.

Sejak pilihanraya umum 1986, Parlimen Kuala Terengganu dimenangi silih berganti oleh BN dan pembangkang, menandakan ia bukan milik kekal satu parti sahaja.

Pada tahun berkenaan, kerusi tersebut dimenangi calon BN Datuk Zuber Embong.

Bagaimanapun beliau tewas kepada calon Parti Semangat 46, Datuk Manan Othman pada 1990.

Manakala dalam pilihanraya umum 1995 pula, ia dirampas semula BN melalui calonnya Datuk Abu Bakar Daud.

Bagaimanapun, ekoran pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim, calon PAS, Syed Azman Ahmad Nawasi merampas kerusi tersebut pada 1999 sebelum dimenangi Razali dua kali berturut-turut pada 2004 dan 2008.

Itu pun, dalam pilihanraya umum Mac lalu, calon BN, Datuk Razali Ismail mengekalkan kerusi tersebut cuma dengan majoriti 628 undi.

Pemilihan calon

Kerusi Parlimen Kuala Terengganu kosong ekoran kematian mengejut Razali baru-baru ini. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menetap tarikh penamaan calon pada 6 Januari dan pengundian pada 17 Januari depan.

Nama-nama lain yang turut disebut mungkin dipilih sebagai calon BN ialah ketua Pemuda negeri yang juga timbalan ketua bahagian, Mohd Sabri Alwi; ketua penerangan negeri Datuk Zuber Embong; bendahari negeri, Senator Datuk Roslan Awang Chik dan bekas ketua penerangan bahagian, Mohd Zuber Embong.

Bagi PAS pula, berdasarkan sejarah pilihanraya bagi kerusisyed azman syed ahmad nawawi berkenaan, jika parti itu meletakkan semula Syed Azman bertanding 17 Januari depan, beliau juga diramalkan berdepan dengan laluan sukar.

Selain Syed Azman, nama-nama lain yang disebut-sebut ialah Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Mustafa Ali; Timbalan Pesuruhjaya, Datuk Wan Mutalib Embong; Naib Presiden Mohamad Sabu dan muka baru, Mohd Khazani Abdullah, seorang ahli perniagaan.

Walaupun berkeyakinan menang, PAS juga dilaporkan sukar mencapai kata sepakat dalam memilih calonnya, antara muka baru dan tokoh veteran.

Selain itu, agak memeranjatkan juga minat yang ditunjukkan oleh calon bebas kali ini yang dijangka lebih ramai daripada pilihanraya 8 Mac lalu.

Dalam pilihanraya umum lalu, hanya Maimun Yusuf dan beliau telah pun menyatakan minatnya untuk bertanding lagi dalam pilihanraya kecil 17 Januari depan.

Tetapi kali ini, dua orang lagi lagi - Mohd Azlan Ismail, seorang usahawan tempatan dan Isma Airfath Hassanuddin dari Rantau Panjang, Kelantan - telah mengumumkan hasrat mereka untuk bertanding.

Malah presiden parti serpihan PAS, Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim), Hanafi Hamat, berkata partinya juga akan meletakkan calon bertanding dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu itu.

Isu pilihanraya kecil

Mengenai isu-isunya pula, BN dijangka menggunakan isu pembangunan berterusan kerajaan negeri, selain untuk meneruskan program yang dicetuskan oleh Razali di kawasan Parlimen tersebut.

Manakala PAS pula dijangka membangkitkan isu 'Terengganu kaya tetapi rakyatnya miskin'. Ini termasuk pembaziran projek pembangunan taman tamadun Islam, masjid kristal dan piala monsun akan dibangkitkan dalam kempen mereka.

Di samping itu, pilihanraya Parlimen Kuala Terengganu ini juga merupakan ujian kepada bakal Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menjadi pengarah pilihanraya BN dalam pilihanraya kecil tersebut..

BN khususnya Najib tentunya ingin menebus semula kekalahan besar di Parlimen Permatang Pauh kepada pemimpin utama PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Namun, Kuala Terengganu tidak sama dengan Permatang Pauh. Kuala Terengganu merupakan kawasan yang terbuka dengan kedua-dua pihak tidak boleh mendabik dada.

Selain faktor calon, isu-isu semasa juga boleh menjadi penentu kepada kemenangan calon.

Jumlah pengundi berdaftar di Parlimen Kuala Terengganu ialah 80,229 orang termasuk 1,035 pengundi pos.


Iklan Istimewa


http://www.bio-asli.com/daftar_keahlian.asp?id=seramaesty

Sunday, December 14, 2008

Saman royalti diteruskan

KUALA TERENGANU, 14 Dis. (MPO2)� Kerajaan Terengganu belum menarik balik saman terhadap Kerajaan Pusat berhubung dengan royalti petroleum dan gas tahun 2000 kerana perundingan penyerahan royalti masih berjalan.

Bagaimanapun agak meragukan apabila Kerajaan Terengganu dilaporkan menerima wang royalti minyak secara langsung daripada kerajaan Pusat sejak 2000, berjumlah RM6.218 bilion sebagaimana dijelaskan Menteri Besar Datuk Ahmad Said.

Apa yang dimaksudkan secara langsung tidak diketahui kerana sejak tarikh itu kerajaan Terengganu tidak lagi menerima wang royalti berkenaan seperti sebelumnya melainkan lebih RM400 juta diawal tahun berkenaan.

Bagaimanapun Datuk Ahmad berkata bayaran itu termasuk RM408.6 juta yang dibayar pada majlis yang dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan di sini, semalam.

�Pada masa ini, kerajaan Terengganu sedang menunggu senarai penuh perbelanjaan digunakan oleh kerajaan Pusat, yang melibatkan wang royalti minyak itu,� katanya menurut laporan Bernama.

Beliau menjawab soalan Mohd Abdul Wahid Endut (PAS-Wakaf Mempelam) yang ingin tahu jumlah wang royalti minyak yang diterima kerajaan Terengganu dari 2000 hingga 2008, pada hari pertama sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu ke-12, di sini semalam.

Ahmad berkata setakat ini, Kementerian Kewangan mengesahkan sebanyak RM700 juta wang royalti minyak digunakan kerajaan Pusat untuk membina rumah oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) di negeri lain.

Beliau berkata RM800 juta lagi, dibelanjakan untuk pelbagai projek pembangunan di negeri lain.

�Jumlah keseluruhan wang yang digunakan ini adalah sebanyak RM1.5 bilion.

Wang ini akan dituntut kembali kerana beberapa senarai lain yang kita kehendaki masih belum disahkan oleh Kementerian Kewangan.

�Insya-Allah, setelah kita mendapat senarai lengkap ini, rundingan terakhir dengan kerajaan Pusat untuk menuntut kembali hak kita, iaitu baki yang ada dapat dilaksanakan,� katanya.

Ahmad berkata kerajaan Pusat telah bersetuju menyerahkan kembali pengurusan wang royalti minyak kepada kerajaan Terengganu dan rundingan untuk menyelesaikan beberapa perkara masih dijalankan.

�Sebab itu, sehingga kini kita belum menarik balik saman kerajaan Terengganu terhadap kerajaan Pusat,� katanya menjawab soalan tambahan Datuk Harun Taib (PAS-Manir), yang ingin tahu kenapa wang royalti itu disimpan kerajaan Pusat.

Saman terhadap kerajaan Pusat berhubung isu wang royalti tersebut difailkan di mahkamah oleh PAS pada 2000 ketika memerintah Terengganu dari 1999 hingga 2004.

Iklan Istimewa


http://www.bio-asli.com/daftar_keahlian.asp?id=seramaesty

Saturday, December 13, 2008

Gerakan Keristian Korea Selatan ugut pelajar Malaysia

SEOUL KOREA SELATAN, 14 Dis (MPO2) - Kerajaan diminta menyiasat aktiviti gerakan Keristianisasi di kalangan pelajar di Korea Selatan kerana dibimbangi ia boleh mempengaruhi pelajar Malaysia beragama Islam di negara pengeluar produk bertaraf antarabangsa itu.

Menurut satu laporan dari sini, pendakyah Keristian di negara tersebut cuba mempengaruhi pelajar Malaysia yang belajar di beberapa buah universiti di negara tersebut dengan pelbagai cara termasuk secara ugutan.

Gerakan itu amat merbahaya kerana ia boleh memesongkan kefahaman dan akidah pelajar-pelajar beragama Islam terutama pelajar yang mudah terpengaruh dengan budaya asing dan tidak kuat pegangan agama mereka.

Pelajar berkenaan dikatakan diberi penjelasan mengenai asas-asas agama Keristian termasuk Triniti (Tiga Unsur Ketuhanan: Tuhan Bapa, Tuhan Ibu dan Tuhan Anak).

"Ada pelajar beragama Islam memahami bahawa terdapat mazhab agama kKristian yang sesat dan tidak sesat. Ada mengatakan ajaran Triniti adalah sesat sementara lain tidak," jelas laporan itu.

Kekeliruan tersebut disifatkan sebagai merbahaya dan boleh menjejaskan kefahaman pelajar Islam terhadap agama masing-masing jika tidak diperbetulkan semula.

Gerakan Keristian negara tersebut mengadakan aktiviti dari pintu ke pintu, termasuk ke rumah sewa pelajar-pelajar berkenaan dengan menyampaikan ajaran Keristian melalui bahasa Korea.

Pendakyah Keristian itu ada kalanya bersifat agresif, memaksa mangsanya memeluk agama Keristian.

Gerakan tersebut lebih tersusun dan mempunyai perancangan yang rapi untuk mengkeristiankan rakyat Korea Selatan dan penduduk asing termasuk pelajar Malaysia.

Perancangan itu didakwa lebih baik dari kumpulan pendakwah Islam termasuk Jamaah Tabligh yang bergiat di negara tersebut.

Tidak diketahui apakah kumpulan Islam tempatan yang bergiat untuk menjaga kepentingan penduduk agam Islam di negara tersebut setakat ini.

Laporan itu menyebut, pelajar Malaysia di negara berkenaan, kini tidak ada pemotivasi termasuk seorang guru agama Islam dari Malaysia untuk tujuan tersebut ketika berada di negara maju itu.

Bagimanapun setakat ini tidak ada laporan menyebut ada pelajar yang terpengaruh dengan dakyah agama tersebut sekaligus menjadi murtad.

Namun jika tidak ada kawalan ketat dan sistem pendidikan agama tersusun dari pihak Kementerian Pelajaran tidak mustahil pelajar-pelajar berkenaan akan terpengaruh dengan dakyah tersebut atau terus menjadi murtad.

Laporan itu juga menyebut, pelajar-pelajar berkenaan mengambil inisiatif sendiri menjalankan aktiviti sihat termasuk mengadakan halaqah perbincangan berpandukan al-Quran dan hadis nabi s.a.w. serta mengadakan kegiatan menjurus ke arah amalan sunnah nabi s.a.w. secara persendirian tanpa panduan dari mana-mana pihak berdasarkan kepada pengalaman masing-masing.

Pihak kementerian berkenaan diminta berwaspada dengan aktiviti gerakan Keristian terhadap pelajar Islam di negara tersebut bukan cuba menghalang mereka menjalankan aktiviti sihat tersebut.

Bagaimanapun tidak ada sebarang sekatan dibuat oleh pihak kementerian itu terhadap aktiviti-aktiviti seumpama itu terhadap pelajar Malaysia di negara tersebut.

Menurut laporan, pelajar-pelajar Malaysia ada yang akan pulang ke tanah air untuk bercuti sebulan mulai Jun tahun depan.

Iklan Istimewa

http://www.bio-asli.com/daftar_keahlian.asp?id=seramaesty

Teresa saman Chamil, Utusan RM30juta

Dec 12, 08 11:03am
Exco kanan kerajaan Selangor menfailkan saman terhadap penulis terkenal dan Utusan Malaysia dengan jumlah RM30 juta berhubung penerbitan cerpen 'Politik Baru YB J', Oktober lepas.

Teresa, yang juga ahli parlimen Seputeh, menamakan penulis karya itu Chamil sebagai defendan pertama dan penerbitnya Utusan Melayu Bhd sebagai defendan kedua.

politik baru yb j newscut 241008Dalam pernyataan tuntutannya, ahli politik popular itu mendakwa kandungan cerpen itu menggambarkan dirinya seorang yang bersifat perkauman, taksub agama dan kaum, tidak boleh dipercayai dan ahli politik yang tidak baik.

Beliau mendakwa karya itu yang dimuatkan dalam Mingguan Malaysia pada 12 Oktober lepas bertajuk 'Politik Baru YB J' juga menggambarkan yang dirinya seorang ahli politik cauvinis yang anti-Islam dan anti-Melayu.

Plaintif mendakwa cara beliau digambarkan dalam artikel itu sebagai tidak berasas, tidak benar, cuai dan lalai.

Cerpen itu didakwa ditulis dengan niat jahat untuk menimbulkan kebencian terhadap dirinya di mata masyarakat.

teresa kok sue utusan jalan duta court 091008 03Selain ganti rugi am RM30 juta, Teresa juga menuntut ganti
rugi tambahan dan teladan.

Beliau juga menuntut perintah injunksi untuk menghalang defendan daripada mengeluarkan, bercakap atau menerbitkan semula kandungan serupa atau perkataan memfitnah terhadap plaintif.

Writ saman itu difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di Kuala Lumpur melalui firma guaman SN Nair & Partners.

Cerpen itu menceritakan pembunuhan terhadap seorang ahli parlimen wanita Cina bernama Josephine - ditembak oleh penyokongnya sendiri di atas pentas di sebuah program untuk anak muda Cina.

Karya itu disiarkan beberapa hari selepas Teresa menfailkan saman lain dengan tuntutan RM30 juta terhadap akhbar tersebut dan editor kanannya Mohd Zaini Hassan berhubung artikelnya tentang azan.

Teresa mendakwa akhbar itu dan Mohd Zaini telah memfitnahnya dalam 'Azan, jawi, JAIS, UiTM dan ba-alif-ba-ya' yang disiarkan 10 September lalu - dua hari sebelum wakil rakyat itu ditahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama seminggu.

Iklan Istimewa


http://www.bio-asli.com/daftar_keahlian.asp?id=seramaesty

Monday, December 8, 2008

Selamat 'Idul Adha

Tidak terlewat saya ucapkan selamat hari raya Idul Adha kepada semua pelayar blog ini yang beragama Islam.

Saya berkesempatan berhari raya di kampung halaman saya di Chendering, Kuala Terengganu dan berkesempatan pula bersama-sama penduduk kampung menjalankan ibadat korban di tepi pantai kampung tersebut semalam.

Gambar ini saya rakamkan ketika ibadat korban itu dilaksananakan penduduk.


Iklan Istimewa


http://www.bio-asli.com/daftar_keahlian.asp?id=seramaesty

Saturday, December 6, 2008

Operasi SAR Dihentikan Sementara Berikutan Pergerakan Kuat

Operasi SAR Dihentikan Sementara Berikutan Pergerakan Kuat

KUALA LUMPUR, 7 Dis (Bernama) -- Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang, dekat sini, dihentikan buat sementara sejak awal pagi ini berikutan pergerakan kuat dikesan berlaku di lereng bukit dan kawasan tanah runtuh pagi ini, kata Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar.

"Ini adalah demi keselamatan anggota pasukan penyelamat. Ini turut melibatkan kerja-kerja pembinaan jambatan sementara," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Khalid berkata operasi SAR itu akan disambung semula setelah mendapat kebenaran Institut Kementerian Kerja Raya Malaysia (Ikram).

"Keputusan sama ada operasi ini dapat diteruskan atau tidak akan diperolehi pada bila-bila masa," katanya.

Katanya bilangan anggota terlibat dalam operasi SAR itu dikekalkan bagi mengelakkan kesesakan.

Dilaporkan kira-kira 500 anggota pasukan keselamatan iaitu polis, bomba, Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berada di kawasan kejadian bagi membantu usaha-usaha mencari, menyelamat serta membersihkan runtuhan.

Empat orang terkorban manakala seorang lagi dikhuatiri masih terperangkap setelah 14 buah banglo di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama di kawasan Bukit Antarabangsa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh awal pagi Sabtu.

Insiden itu berlaku kira-kira 1.5 kilometer dari tempat berlakunya runtuhan satu daripada tiga blok Highland Towers pada 11 Dis 1993, yang mengorbankan 48 nyawa.

Khalid berkata pasukan mencari dan menyelamat amat bergantung kepada alat pengesan mangsa bagi mengesan seorang lagi mangsa, dipercayai masih terperangkap dalam runtuhan itu.

"Menyelamatkan nyawa mangsa adalah misi dan objektif polis. Walaupun terdapat percanggahan maklumat mengenai mangsa yang terperangkap itu semalam, polis masih berusaha membuat penyiasatan rapi sama ada masih ada mangsa atau tidak yang terlibat dalam runtuhan itu," katanya.

Khalid berkata usaha membina jambatan yang dihentikan semalam kerana beberapa masalah teknikal diteruskan pagi ini.

Jambatan sepanjang lima meter dibina untuk menghubungkan tapak operasi ke kawasan perumahan berdekatan. Penduduk kawasan setempat buat masa kini terpaksa menggunakan paip besar sebagai laluan untuk menyeberang.

Kejadian tanah runtuh itu mengakibatkan jalan utama ke kawasan perumahan terbabit terputus, menyebabkan beratus-ratus orang terperangkap di kawasan Bukit Antarabangsa.

Khalid berkata penduduk yang meninggalkan kediaman mereka tidak perlu berasa bimbang mengenai harta benda mereka kerana pasukan Pasukan Gerakan Am (PGA) akan mengawal kediaman mereka 24 jam.

Beliau berkata bantuan bekalan makanan turut dihulurkan kepada kira-kira 20 penghuni yang masih enggan mengosongkan kediaman mereka

-- BERNAMA

Iklan Istimewa

http://www.bio-asli.com/daftar_keahlian.asp?id=seramaesty

Empat Terkorban, Seorang Masih Hilang Dalam Kejadian Tanah Runtuh Bukit Antarabangsa

KUALA LUMPUR, 7 Dis (Bernama) -- Kejadian tanah runtuh di kawasan Bukit Antarabangsa, Hulu Klang dekat sini awal Sabtu pagi mengorbankan empat orang apabila 14 buah banglo di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama tertimbus.

Mangsa yang terkorban dikenali sebagai Shaiful Khas Datuk Shahrudin, 20; Dr N. Yogeswari, 40; dan Eng Yee Peng, 30; dan warga Indonesia Surinah, 30-an.

Yang masih hilang ialah seorang lelaki dewasa yang identitinya belum dikenal pasti.

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar mengesahkan nama-nama mereka yang terkorban dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 4 pagi itu.

Hasil bedah siasat ke atas ketiga-tiga mangsa terawal mendapati mereka meninggal dunia akibat lemas manakala mayat keempat akan dibedah siasat hari ini, katanya.

Sehingga berita ini ditulis, usaha mengeluarkan mangsa kelima masih diteruskan.

Bercakap kepada pemberita di tempat kejadian, Khalid berkata kejadian tanah runtuh itu telah mengakibatkan sebahagian daripada rumah terbabit roboh sepenuhnya manakala yang lain pula hanya sebahagian.

Sabtu petang, pasukan mencari dan menyelamat menggunakan jengkaut untuk mengesan mangsa yang tertimbus itu memandangkan kejadian telah berlaku lebih 12 jam.

Khalid berkata pasukan mencari dan menyelamat menggunakan kepakaran untuk memastikan mangsa tertimbus tidak tercedera apabila jengkaut digunakan.

Operasi mencari dan menyelamat akan diteruskan selama 24 jam tanpa henti walaupun hujan.

"Tetapi jika hujan terlalu lebat hingga membahayakan pasukan mencari dan menyelamat, operasi akan dihentikan sementara waktu," katanya.

Beliau berkata terdapat 14 pasukan penyelamat di lokasi dan mereka akan turut membuat dua laluan alternatif supaya penghuni yang tinggal di kawasan berhampiran boleh keluar.

"Mereka yang diarahkan pindah dari kawasan kejadian ditempatkan di pusat sementara di Sekolah Kebangsaan Hulu Klang. Mereka dibenarkan pulang ke rumah masing-masing setelah mendapat pengesahan Ikram (Institut Kerja Raya Malaysia) jika kawasan itu selamat," katanya.

Sehingga pukul 9.30 malam, 48 keluarga telah mendaftar di pusat pemindahan itu namun hanya 10 keluarga yang tinggal di pusat itu.

Khalid berkata masalah yang dihadapi sekarang adalah keadaan tanah yang masih bergerak dan tidak stabil apabila usaha mengorek tanah dijalankan. Kawasan runtuhan itu meliputi empat hektar dengan kawasan sekitarnya terletak dalam lingkungan satu kilometer.

Sebelum itu, beliau melaporkan 93 orang mangsa kejadian tanah runtuh itu berjaya menyelamatkan diri.

Khalid berkata polis telah menasihati antara 3,000 dan 5,000 penduduk di situ agar meninggalkan rumah mereka, yang kebanyakannya berupa apartmen.

Pegawai Perhubungan Awam Hospital Kuala Lumpur (HKL) Zaiton Abu Bakar berkata 14 mangsa mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di hospital itu.

Mangsa yang mengalami kecederaan menerima rawatan awal di surau Addinniah di Bukit Antarabangsa sebelum dihantar ke hospital berdekatan untuk rawatan susulan dengan menggunakan tidak kurang daripada 12 ambulans.

Jurucakap bomba dan penyelamat yang berada di tempat kejadian berkata banglo yang tertimbus itu melibatkan lapan unit banglo di Taman Bukit Utama dan enam unit di Taman Bukit Mewah.

Salah sebuah banglo terlibat ialah milik Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab.

Mohamed Thajudeen sekeluarga bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri.

Menurut bomba dan penyelamat, tanah runtuh itu dipercayai berpunca daripada pergerakan air bawah tanah.

Pihak tentera, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Bomba dan Penyelamat dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) giat menjalankan kerja menyelamat.

Kejadian tanah runtuh itu mengakibatkan jalan utama ke kawasan perumahan terbabit terputus dan beratus-ratus orang terperangkap di Bukit Antarabangsa.

Mereka yang terperangkap dan juga pasukan penyelamat terpaksa menggunakan Jalan Wangsa 9 sebagai laluan alternatif memandangkan jalan utama ke kawasan itu tidak dapat dilalui.

Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Bukit Antarabangsa Mohamed Azmin Ali yang melawat tempat kejadian berkata pergerakan tanah masih berlaku dan bekalan elektrik di beberapa kawasan perumahan di Bukit Antarabangsa terputus.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim turut melawat tempat kejadian.

Tanah runtuh itu berlaku kira-kira 1.5km dari tempat berlaku runtuhan satu dari tiga blok 12 tingkat kondominium Highland Towers pada 11 Dis 1993, mengorbankan 48 orang.

Tanah runtuh di Bukit Antarabangsa juga yang ketiga berlaku di Lembah Klang dalam masa seminggu.

Pada 30 Nov, dua beradik Noratirah Roslan, 16, dan Nurul Intan Sarina, 9, terbunuh dalam kejadian runtuhan tanah yang menimpa banglo kediaman mereka di Ulu Yam Perdana, Gombak.

Khamis lepas, tanah runtuh di Jalan Semantan meranapkan dinding konkrit kawasan meletak kenderaan yang terletak antara dua bangunan, mengakibatkan enam kereta tertimbus selain merosakkan lima lagi kenderaan.

Kesemua kejadian tanah runtuh ini dipercayai berpunca daripada pergerakan air bawah tanah, dan keadaan itu diburukkan lagi oleh hujan lebat sejak beberapa minggu lepas.

-- BERNAMA


Iklan Istimewa

http://www.bio-asli.com/daftar_keahlian.asp?id=seramaesty

4 maut, tanah runtuh di Bkt Antarabangsa

Dec 6, 08 8:13am (Malaysiakini.com)
Dikemaskini 5.30pm Pasukan penyelamat menemui mayat mangsa keempat kejadian tanah runtuh di kawasan Bukit Antarabangsa, Hulu Klang setakat ini.

landslide bukit antarabangsa 01Mayat tersebut ditemui lewat petang ini.

Manakala 15 cedera dalam kejadian pada jam 4 pagi tadi yang menyebabkan 14 banglo di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama di kawasan Bukit Antarabangsa dekat ibu negara, tertimbus.

Sultan Selangor turut berangkat meninjau tempat kejadian.Turut ke tempat kejadian ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri telah mengarahkan supaya semua projek di kaki bukit di sekitar Bukit Antabangsa dihentikan sementara menunggu selesai kajian kestabilan tanah di Jalan Institut Kerjaraya Malaysia.

Empat mangsa terperangkap dikesan

Pada jam 4.45 petang tadi, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid berkata, pihak penyelamat akan meneruskan operasi mencari dan menyelamatkan mangsa-mangsa yang dipercayai masih terperangkap.

bukit antarabangsa runtuhKatanya, pasukan penyelamat baru mengesan empat mangsa tertimbus melalui peralatan yang digunakan.

"Kita akan berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan mereka yamg masih tertimbus," katanya.

Menurutnya, ekoran hujan yang turun, keadaan tanah di situ tidak begitu stabil.

"Kita tidak mahu membahayakan anggota penyelamat sendiri. Jadi kita perlu berhati-hati, bergerak perlahan-lahan supaya mangsa yang mungkin cedera, tidak bertambah teruk tercedera," tambahnya.

Ditanya mengenai empat mangsa yang dikesan itu, Khalid berkata, berdasarkan petunjuk dari peralatan yang digunakan, mereka dipercayai masih hidup.

Beliau bagaimanapun tidak dapat memberi anggaran masa yang akan diambil untuk menyelamat mereka.

"Kita tidak dapat pasti anggaran berapa lama hendak keluarkan mereka, kerana keadaan tanah longgar, hujan baru turun...

"Jadi kita perlukan pendekatan yang berhati-hati," tanmbahnya.

Penduduk diarah pindah

Beliau juga berkata, penduduk di situ juga diarahkan mengosongkan apartmen di belakang kawasan tanah runtuh itu.

bukit titiwangsa landslide"Mereka boleh mendapat perlindungan sementara di Sekolah Kebangsaan Hulu Kelang. Tempat tidur dan makan minum disediakan di sana," katanya.

Menurutnya lagi, laluan pejalan kaki telah dibuka dan mangsa yang tersekat sebelum ini, boleh keluar dengan berjalan kaki.

"Kita sedang berusaha untuk mencari laluan-laluan lain untuk membawa keluar kenderaanyang tersekat di sana," katanya.

Mengenai laporan air yang sedang naik, Khalid berkata, pihaknya lebih risaukan hujan yang hujan turun di bahagian atas.

"Ia boleh membahayakan lagi keadaan di sini," katanya.

93 mangsa terselamat

Pagi tadi, Khalid memberitahu, 93 mangsa dalam kejadian tanah runtuh yang menimbus 14 buah banglo di aman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama di kawasan Bukit Antarabangsa itu berjaya menyelamatkan diri, lapor Bernama.

landslide bukit antarabangsa 07Sebelum itu, jurucakap Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) yang berada di empat kejadian berkata terdapat empat mangsa korban dalam insiden kira-kira jam 4 pagi tadi.

PBSM juga melaporkan kira-kira 15 orang pula dilaporkan cedera dan telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapat rawatan, lapor Bernama.

Banglo yang tertimbus itu melibatkan lapan unit banglo di Taman Bukit Utama dan enam unit di Taman Bukit Mewah, demikian menurut jurucakap bomba dan penyelamat yang berada di tempat kejadian.

landslide bukit antarabangsa 06Salah sebuah banglo terlibat ialah milik ketua setiausaha sulit Perdana Menteri Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab.

Kejadian tanah runtuh itu telah mengakibatkan jalan utama ke kawasan perumahan terbabit terputus dan beratus orang terperangkap di Bukit Antarabangsa.

Pihak tentera, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Bomba dan Penyelamat dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) kini sedang giat menjalankan kerja menyelamat.

landslide bukit antarabangsa 02Mangsa insiden termasuk yang mengalami kecederaan menerima rawatan di Surau Addinniah sebelum dihantar ke hospital berdekatan untuk rawatan susulan dengan tidak kurang daripada 12 ambulans.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa Azmin Ali yang kini melawat tempat kejadian berkata pergerakan tanah masih berlaku dan bekalan elektrik di beberapa kawasan perumahan di Bukit Antarabangsa terputus.

Thajudeen tidur di rumah ibu

Sementara itu, menurut laporan Bernama, Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab terselamat dari kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang, pagi tadi kerana berada di rumah ibunya di Kampung Baru di sini, semasa kejadian itu.

Thajudeen Abdul WahabMohamed Thajudeen berkata beliau bersama empat anggota keluarganya tinggal di rumah ibunya pada malam itu selepas beliau pulang lewat kerana menjalankan urusan rasmi.

Katanya beliau dimaklumkan mengenai kejadian itu kira-kira 4 pagi oleh jiranya dan tiba di tempat kejadian pada lima pagi.

Mohamed Thajudeen yang sudah menetap di rumah itu selama 20 tahun berkata beliau terkejut melihat apa yang berlaku setibanya di situ.

"Saya bersyukur kepada Allah kerana terselamat dari kejadian ini.Mungkin ini adalah hikmah Tuhan yang menyebabkan saya tinggal di rumah ibu dan tak bagi saya tinggal di Bukit Antarabangsa (pada masa kejadian)," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Iklan Istimewa

http://www.bio-asli.com/daftar_keahlian.asp?id=seramaesty

Mangsa ditemui masih pegang telefon

Tiga daripada mangsa yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa dikenali sebagai Shaiful Khas Shahrudin, 20, seorang doktor haiwan, S Yogeswari, 40 dan seorang Ng Yee Peng, 30.

Shahrudin AdnanMayat korban keempat ditemui pasukan penyelamat lewat petang tadi.

Bapa Shaiful, Datuk Shahrudin Adnan, 63, (foto) berkata masa kejadian pukul 3 lebih itu, beliau terdengar anaknya memekik dan berkata rumah mereka bergegar dan bergerak.

"Ketika gelongsoran pertama saya masih terdengar suaranya, sehinggalah gelongsoran yang ketiga," katanya, lapor Bernama.

Shahrudin berkata, anak bongsunya dari dua orang adik-beradik itu, Shaiful Khas Shahrudin, 20, dipercayai tertimbus selepas runtuhan ketiga di banglo dua tingkat mereka.

"Saya menggunakan telefon bimbit untuk mengesan anak saya yang tertimbus. Shaiful kemudiannya ditemui dengan tangannya yang sejuk dan masih memegang telefon bimbit, dan dia disahkan telah meninggal dunia," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur, hari ini.
bukit titiwangsa hospital
Shaiful Khas adalah antara tiga orang yang dilaporkan terkorban setakat 10.30 pagi tadi dalam kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama pada jam 4 pagi tadi.

Shahrudin berkata beliau bersama isteri dan seorang anak saudara mereka berjaya menyelamatkan diri dengan keluar melalui bumbung.

"Penghuni di apartmen hadapan rumah kami menghubungi polis dan bomba. Bila bomba sampai baru saya dapat mengesan anak saya melalui deringan telefon bimbit yang dipegangnya ketika itu," katanya.

Beliau berkata malam tadi, anaknya memberitahu dia mahu tidur di tingkat bawah sementara beliau sendiri bersama isterinya serta anak saudara mereka itu tidur di tingkat atas.

Beliau berkata kejadian mungkin berpunca daripada projek perumahan yang terbengkalai di atas bukit sejak 10 tahun lepas.

landslide bukit antarabangsa 10"Ada enam unit rumah di atas, mungkin disebabkan tidak dapat menahan unit rumah tersebut, menyebabkan runtuhan tanah berlaku," katanya yang menginap di situ sejak 13 tahun lepas.

Katanya sebelum ini berlaku gegaran kecil pada bukit itu tetapi disangka berlaku kejadian lebih buruk seperti hari ini.

Jenazah Shaiful Khas dituntut oleh keluarganya kira-kira jam 4 petang ini untuk dikebumikan di tanah perkuburan Masjid
Al-Ridzuan, Hulu Kelang selepas Asar.

Cuba selamat anak

Yogeswari, 40, pula turut maut semasa cuba menyelamatkan anaknya Thidesh, 10, dalam suasana gelap di rumah mereka akibat terputus bekalan elektrik.

Bagaimanapun suami mangsa, yang hanya dikenali sebagai Thanarajah, 40, berjaya menyelamatkan anaknya itu tetapi gagal menyelamatkan Yogeswari.

bukit titiwangsa jenazahThanarajah, seorang jurutera berkata dalam keadaan panik itu, beliau turut sempat menyelamatkan dua lagi anaknya, Avinesh, 11, dan Priyanka, 3.

"Saya masuk semula ke dalam rumah untuk selamatkan anak saya yang berusia 10 tahun (Thidesh), dan bila saya masuk kali ketiga untuk menyelamatkan isteri saya, saya terperangkap di dalam rumah," katanya kepada pemberita dalam keadaan sedih di Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Kesemua anaknya cuma cedera ringan dan kini dirawat di HKL, katanya.

Thanarajah berkata ketika kejadian, rumahnya yang agak hampir dengan kaki bukit bergegar sebelum lantai rumah mereka mengelongsor.

"Waktu itu saya tengah tidur, kemudian terdengar bunyi dentuman kuat berhampiran bukit. Saya selamatkan anak-anak, namun ketika saya hendak menyelamatkan isteri saya, saya terperangkap di dalam rumah dan kemudian diselamatkan oleh bomba," katanya yang cedera di tangan.

Mayat mendiang Yogeswari, dituntut keluarganya pada jam 3.30 petang ini untuk dibawa ke rumah adik uaminya di Kelab Ukay.

Menurut keluarganya yang tidak mahu dinamakan, mayat mendiang akan dibakar esok di Pusat Pembakaran Mayat Cheras.

MayatYee Peng, yang baru melahirkan anak dua bulan lalu, dituntut oleh keluarganya untuk dibakar pada hari Isnin ini.


Iklan Istimewa

http://www.bio-asli.com/daftar_keahlian.asp?id=seramaesty





Friday, December 5, 2008

Tragedi tanah runtuh Hulu Klang berulang


DUA blok bangunan Highland Tower yang masih kekal tanpa dihuni selepas sebuah blok runtuh pada Disember 1993. Kejadian terbaru hari ini terjadi kira-kira 1.5 kilometer dari lokasi Highland Tower.

KAWASAN Hulu Klang, tempat berlakunya peristiwa terbaru kejadian tanah runtuh iaitu di Taman Bukit Utama dan Taman Bukit Mewah di Bukit Antarabangsa awal pagi ini, merupakan kawasan yang sentiasa berdepan dengan kejadian tersebut.

Tragedi Highland Towers yang berlaku pada Disember 1993, kira-kira 1.5 kilometer dari tempat kejadian tanah runtuh hari ini, telah mengorbankan 48 nyawa apabila satu daripada tiga blok kondominium di Taman Hillview iaitu Blok A runtuh.

Insiden 11 Disember itu mengejutkan seluruh negara kerana ia merupakan peristiwa bangunan runtuh yang pertama dan yang terburuk dalam sejarah negara sejak merdeka.

Peristiwa itu berlaku selepas hujan selama beberapa hari dan telah menimbulkan kesedaran di kalangan orang ramai mengenai bahaya bangunan yang dibina di lereng bukit di negara ini.

Beberapa kejadian tanah runtuh berlaku di kawasan itu dan antaranya pada 10 Disember 1985, dua rumah baru dua tingkat yang belum lagi diduduki di Taman Melawati, Hulu Klang runtuh ketika hujan lebat dalam kejadian 8.50 pagi.

Pada 17 September 1988, sebuah rumah di Hulu Klang, ranap akibat tanah runtuh berikutan hakisan tanah.

Dalam kejadian 29 Mac 1990, kejadian tanah runtuh berlaku di Taman Setia Wangsa di Hulu Klang melibatkan 80 keluarga yang mendiami dua blok flat.

LOKASI rumah bekas Panglima Angkatan Tentera, Jen (B) Tan Sri Ismail Omar di Taman Hill View yang musnah dalam kejadian enam tahun lalu.

Pada 25 Disember 1997, tiga orang terbunuh selepas tertimbus di bawah runtuhan tanah dan sampah dalam satu kejadian di Km 17 Lebuh Raya Ampang-Hulu Klang.

Dalam kejadian 15 Mei 1999 pula, ribuan penduduk di kawasan perumahan Bukit Antarabangsa dan Wangsa Ukay di Jalan Hulu Klang terperangkap apabila tanah runtuh sepanjang 100 meter berlaku dalam kejadian 5.20 pagi yang menimbusi satusatunya jalan keluar masuk ke kawasan perumahan berbukit itu.

Kejadian tanah runtuh juga dilaporkan berlaku selepas hujan lebat di Kampung Sri Damai dekat Taman Kencana, Ampang pada 24 Februari 2000, yang meragut nyawa seorang budak berumur empat tahun.

Pada 5 Oktober 2000, satu kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Antarabangsa berikutan hujan lebat berterusan tetapi tiada yang cedera.

Sebuah banglo di Taman Hillview milik bekas Panglima Angkatan Tentera, Jen (B) Tan Sri Ismail Omar, yang juga Pengerusi Affin Bank, ranap setelah dirempuh tanah runtuh dari bukit bersebelahan pada 20 November 2002.

Isteri Ismail, Puan Sri Azizah Abdul Aziz, anaknya Hijaz, dua menantu, dua cucu serta dua pembantu rumah Indonesia terkorban dalam kejadian 4.35 pagi itu.

Banglo itu hanya terletak kirakira 300 meter dari tapak Highland Towers.

Pada 31 Mei 2006, empat sekeluarga terkorban setelah tertimbus dalam runtuhan tanah yang memusnahkan 49 buah rumah di Kampung Pasir, Hulu Klang pada kirakira pukul 4.45 petang.

Iklan Istimewa

http://www.bio-asli.com/daftar_keahlian.asp?id=seramaesty




Hadapkan Bush ke Mahkamah Antarabangsa

KUALA TERENGGANU, 5 Dis (MPO2) - Presiden Amerika Syarikat (AS) bakal habis tempoh, George W. Bush disifatkan cuba melepaskan diri dari tanggungjawab menyerang Iraq apabila mengakui kesilapan menyerang negara itu kerana didakwa menerima maklumat salah dari perisikan negara tersebut.

Serentak itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Haji Abu Bakara Chik, meminta presiden itu didakwa di mahkamah antarabangsa untuk menerima hukuman setimpal dengan tindakannya termasuk hukuman bunuh jika sabit kesalahan.

Ini kerana ada sumber mendakwa hampir 1 juta nyawa rakyat Iraq melayang akibat serangan ganas tentera AS ke atas negara tersebut.

"Bush hendaklah menarik semua askarnya dari bumi Iraq kerana serangan tersebut ternyata tidak wajar sama sekali dibuat ke atas negara umat Islam," katanya ketika berucap selepas soal jumaat di Masjid at-Taqwa, Batu 6 Jalan Kelantan di sini hari ini.

Dilaporkan Bush sebelm ini mengaku tindakannya mengarahkan tentera AS menyerang Iraq adalah satu kesalahan kerana menerima risikan yang tidak benar dari perisik negara itu.

Sebelum itu presiden AS itu mengaku kononnya beliau menerima arahan dari Tuhan untuk menyerang Iraq bagi membenarkan serangan dilancar ke atas negara yang mempunyai banyak telaga minyak itu.

"Ini sebenarnya satu pengisytiharan perang solib moden terhadap Islam dan umatnya bukan kerana menghapuskan senjata nukleur yang didakwa kononya dimiliki bekas Presiden Iraq Saddam Hussein," ujarnya.

Beliau tidak menafikan Saddam sepatutnya menerima hukuman bunuh kerana jenayahnya membunuh ulama dan pejuang Islam di negara tersebut tetapi untuk menghapuskan Saddam bukan dengan cara melancarkan serangan ketentaraan asing ke atas Iraq.

Dato' Abu Bakar yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat berkata, rakyat Iraq sepatutnya menerima ganti rugi dari As kerana serangan dan jenayah ketenteraan itu sebagaimana boroh keretapi maut dari Malaysia dan Thailand menuntut ganti rugi ke atas kerajaan Jepun akibat jenayah dilakukan negara tersebut ke atas boroh berkenaan.

Dato' Abu Bakar turut menjelaskan tentang cengkaman penguasaan Yahudi ke atas Semenanjung Gaza di Palesti yang semakin jelas apabila satu pintu di Msjidil Aqsa untuk laluan kemanusiaan ditutup baru-baru ini.

Dengan penutupan pintu tersebut rakyat Palestin di Gaza semakin sukar untuk mendapatkan bekalan makanan dan nyawa mereka mereka semakin terancam.

Perkara ini dilaporkan dalam sebuah majalah berbahasa Arab, al-Mujtama' terbitan pertengahan November lalu.

Iklan Istimewa

http://www.bio-asli.com/daftar_keahlian.asp?id=seramaesty




Thursday, December 4, 2008

Awasi remaja Islam terjebak pakaian menjolok mata

KUALA TERENGGANU, 5 Dis (MPO2) - Umat Islam diperingatkan supaya mengawasi cara generasi muda hari ini berpakaian supaya tidak terjebak keruntuhan moral dan budaya barat termasuk memakai pakaian ketat dan menjolok mata.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Haji Abu Bakar Chik berkata, mutakhir ini remaja perempuan beragama Islam sering kelihatan pakaian menjolok mata di tempat awam termasuk memakai 'T Shirt' berlengan pendek dan seluar jean yang sendat sehingga mendedahkan pusat dan bentuk tubuh masing-masing.

Justeru beliau menyeru ibu bapa sentiasa mengawasi aktiviti mereka termasuk mengawasi dengan siapa mereka berkawan dan cara serta jenis mereka berpakaian agar remaja terbabit tidak terjebak dengan kegiatan tidak bermoral dan anti Islam.

Beliau membuat seruan tersebut ketika berucap selepas solat jumaat di Masjid At-Taqwa Batu 6 Jalan Kelantan, di sini hari ini.

Dato' Haji Abu Bakar yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat berkata, mengawal aktiviti remaja Islam menjadi tanggungjawab fadhu kifayah kepada umat Islam bukan lagi tanggungajawab kepartian.

"Oleh itu tidak salah semua pihak bekerjasama membabitkan diri dalam kerja kawalan ini termasuk Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu, Penghulu dan jawatankuasa Masjid sendiri.

"Ini kerana ia bukan lagi menjadi tanggungjawab kepartian semata-mata tetapai menjadi tanggungjawab fardhu kifayah," jelasnya.

Beliau bimbang apabila remaja Islam sudah rosak akhlaknya dan mudah meniru budaya berpakaian dan perangai tidak bermoral orang bukan Islam, anasir anti Islam termasuk mesineri Keristian mudah untuk mempengaruhi golongan tersebut.

Justeru semua pihak perlu mengembelingkan tenaga serta bekerjasama menangani gejala tidak bermoral tersebut supaya tidak menjadi barah dan merosakkan budaya hidup masyarakat umat Islam di masa hadapan.

Iklan Istimewa

http://www.bio-asli.com/daftar_keahlian.asp?id=seramaesty




Tags