Latest News

Thursday, December 4, 2008

Awasi remaja Islam terjebak pakaian menjolok mata

KUALA TERENGGANU, 5 Dis (MPO2) - Umat Islam diperingatkan supaya mengawasi cara generasi muda hari ini berpakaian supaya tidak terjebak keruntuhan moral dan budaya barat termasuk memakai pakaian ketat dan menjolok mata.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Haji Abu Bakar Chik berkata, mutakhir ini remaja perempuan beragama Islam sering kelihatan pakaian menjolok mata di tempat awam termasuk memakai 'T Shirt' berlengan pendek dan seluar jean yang sendat sehingga mendedahkan pusat dan bentuk tubuh masing-masing.

Justeru beliau menyeru ibu bapa sentiasa mengawasi aktiviti mereka termasuk mengawasi dengan siapa mereka berkawan dan cara serta jenis mereka berpakaian agar remaja terbabit tidak terjebak dengan kegiatan tidak bermoral dan anti Islam.

Beliau membuat seruan tersebut ketika berucap selepas solat jumaat di Masjid At-Taqwa Batu 6 Jalan Kelantan, di sini hari ini.

Dato' Haji Abu Bakar yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat berkata, mengawal aktiviti remaja Islam menjadi tanggungjawab fadhu kifayah kepada umat Islam bukan lagi tanggungajawab kepartian.

"Oleh itu tidak salah semua pihak bekerjasama membabitkan diri dalam kerja kawalan ini termasuk Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu, Penghulu dan jawatankuasa Masjid sendiri.

"Ini kerana ia bukan lagi menjadi tanggungjawab kepartian semata-mata tetapai menjadi tanggungjawab fardhu kifayah," jelasnya.

Beliau bimbang apabila remaja Islam sudah rosak akhlaknya dan mudah meniru budaya berpakaian dan perangai tidak bermoral orang bukan Islam, anasir anti Islam termasuk mesineri Keristian mudah untuk mempengaruhi golongan tersebut.

Justeru semua pihak perlu mengembelingkan tenaga serta bekerjasama menangani gejala tidak bermoral tersebut supaya tidak menjadi barah dan merosakkan budaya hidup masyarakat umat Islam di masa hadapan.

Iklan Istimewa

http://www.bio-asli.com/daftar_keahlian.asp?id=seramaesty




Tags