Latest News

Friday, December 5, 2008

Hadapkan Bush ke Mahkamah Antarabangsa

KUALA TERENGGANU, 5 Dis (MPO2) - Presiden Amerika Syarikat (AS) bakal habis tempoh, George W. Bush disifatkan cuba melepaskan diri dari tanggungjawab menyerang Iraq apabila mengakui kesilapan menyerang negara itu kerana didakwa menerima maklumat salah dari perisikan negara tersebut.

Serentak itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Haji Abu Bakara Chik, meminta presiden itu didakwa di mahkamah antarabangsa untuk menerima hukuman setimpal dengan tindakannya termasuk hukuman bunuh jika sabit kesalahan.

Ini kerana ada sumber mendakwa hampir 1 juta nyawa rakyat Iraq melayang akibat serangan ganas tentera AS ke atas negara tersebut.

"Bush hendaklah menarik semua askarnya dari bumi Iraq kerana serangan tersebut ternyata tidak wajar sama sekali dibuat ke atas negara umat Islam," katanya ketika berucap selepas soal jumaat di Masjid at-Taqwa, Batu 6 Jalan Kelantan di sini hari ini.

Dilaporkan Bush sebelm ini mengaku tindakannya mengarahkan tentera AS menyerang Iraq adalah satu kesalahan kerana menerima risikan yang tidak benar dari perisik negara itu.

Sebelum itu presiden AS itu mengaku kononnya beliau menerima arahan dari Tuhan untuk menyerang Iraq bagi membenarkan serangan dilancar ke atas negara yang mempunyai banyak telaga minyak itu.

"Ini sebenarnya satu pengisytiharan perang solib moden terhadap Islam dan umatnya bukan kerana menghapuskan senjata nukleur yang didakwa kononya dimiliki bekas Presiden Iraq Saddam Hussein," ujarnya.

Beliau tidak menafikan Saddam sepatutnya menerima hukuman bunuh kerana jenayahnya membunuh ulama dan pejuang Islam di negara tersebut tetapi untuk menghapuskan Saddam bukan dengan cara melancarkan serangan ketentaraan asing ke atas Iraq.

Dato' Abu Bakar yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat berkata, rakyat Iraq sepatutnya menerima ganti rugi dari As kerana serangan dan jenayah ketenteraan itu sebagaimana boroh keretapi maut dari Malaysia dan Thailand menuntut ganti rugi ke atas kerajaan Jepun akibat jenayah dilakukan negara tersebut ke atas boroh berkenaan.

Dato' Abu Bakar turut menjelaskan tentang cengkaman penguasaan Yahudi ke atas Semenanjung Gaza di Palesti yang semakin jelas apabila satu pintu di Msjidil Aqsa untuk laluan kemanusiaan ditutup baru-baru ini.

Dengan penutupan pintu tersebut rakyat Palestin di Gaza semakin sukar untuk mendapatkan bekalan makanan dan nyawa mereka mereka semakin terancam.

Perkara ini dilaporkan dalam sebuah majalah berbahasa Arab, al-Mujtama' terbitan pertengahan November lalu.

Iklan Istimewa

http://www.bio-asli.com/daftar_keahlian.asp?id=seramaesty




Tags