Latest News

Wednesday, December 3, 2008

Pembunuh Nurin, Penculik Sharlinie belum ditemui

KUALA LUMPUR, 4 Dis (MPO2) - Polis belum berjaya menemui pembunuh Nurin Jazlin Jazimin dan penculik Sharlinie Mohd Nashar sehingga hari ini walaupun beberapa suspek telah ditangkap dan disiasat secara terperinci.

Serentak itu, tidakan polis mengasari suspek yang ditangkap, sebagai suatu prosedur biasa untuk tujuan penyiasatan, kata Timbalan Menteri Kementerian Dalam Negeri, Dato' Chor Chee Heung.

Beliau berkata, polis mempunyai pertimbanganya sendiri mengikut, lunas undang-undang untuk bertindak terhadap suspek bagi mengenalpasti penjenayah dan penyelesaian kes.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Ahli Parlimen Shah Alam, Ir. Khalid Samad di Dewan Rakyat pagi tadi.

Abdul Khalid dalam soalan lisannya meminta Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Syed Hamid Syed Jaafar Albar menyatakan sejauh manakah (kejayaan) siasatan polis terhadap kedua-dua kes tersebut.

Dalam soalan tambahan, Khalid menambah, seorang suspek, Encik Zamri telah ditahan tetapi telah dikasari sedangkan tidak ada bukti beliau terbabit dengan jenayah berkenaan.

"Kereta beliau ditahan di tengah jalan, disepak, kemudian insiden itu didedahkan dalam media dan beliau menanggung malu besar akibat perbuatan yang tidak dilakukannya.

"Beliau juga ditahan ketika bulan puasa dan isterinya pula sedang mengandung," tambahnya.

Difahamkan Encik Zamri kini membawa kes berkenaan ke mahkamah untuk membersihkan nama beliau dan menuntut ganti rugi dari pihak kerajaanke atas insiden tindakan polis itu.

Bagaimanapun Timbalan Menteri itu menjawab, memang itu sebagai prosedur biasa polis.

"Mungkin semua mereka yang ditangkap sedemikian rupa akan dikenakan tindakan sama termasuk ahli-ahli parlimen, "jelasnya.

Beliau berkata, polis membuat penyiasatan mendalam termasuk memanggil keluarga suspek untuk mengetahui sejauh mana suspek terbabit dengan jenayah berkenaan.

Iklan Istimewa

http://www.bio-asli.com/daftar_keahlian.asp?id=seramaesty




Tags