Latest News

Monday, December 22, 2008

4,749 pekerja akan diberhentikan

PETALING JAYA, 23 Dis (MPO2) -Kira-kira 102 syarikat telah memohon kepada Jabatan Buruh dan 4,749 pekerja akan diberhentikan dalam tempoh tiga bulan, mulai Januari 2009, dengan kebanyakan mereka dari sektor elektronik.

Serentak itu majikan yang bercadang memberhentikan pekerja, memotong gaji atau menawarkan skim pemisahan sukarela (VSS) perlu memberitahu Jabatan Tenaga Kerja (JTK) 30 hari lebih awal.

Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S Subramaniam berkata majikan wajib mengisi Borang Pemberhentian Kerja yang boleh didapatkan di pejabat-pejabat JTK atau dimuat turun di http://jtksm.mohr.gov.my.

Beliau berkata majikan yang ingkar boleh dikenakan denda maksimum RM10,000.

"Kita telah menubuhkan pusat tindakan di setiap daerah bagi memantau syarikat-syarikat atau majikan yang mungkin menghadapi kesulitan kewangan semasa situasi ekonomi sekarang.

"Pegawai-pegawai kita akan melawat syarikat-syarikat ini dan menyediakan laporan mingguan yang akan dihantar ke pejabat negeri dan kemudian disusun di peringkat pusat.

"Ini akan membolehkan pasukan kita di peringkat bawah menentukan bahawa majikan memenuhi tanggungjawab mereka terhadap pekerja," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri sesi dialog "Teh Tarik" dengan Malaysia Training Providers Berhad.

Subramaniam berkata kementeriannya akan memastikan syarikat-syarikat membayar pampasan sewajarnya kepada pekerja yang diberhentikan iaitu gaji 10 hari bagi yang bekerja kurang dari dua tahun; 15 hari gaji bagi yang bekerja dua hingga lima tahun; dan 20 hari kerja bagi yang lebih dari lima tahun.

Beliau berkata kira-kira 102 syarikat telah memohon kepada Jabatan Buruh dan 4,749 pekerja akan diberhentikan dalam tempoh tiga bulan, mulai Januari 2009, dengan kebanyakan mereka dari sektor elektronik.

Mengenai pekerja Malaysia di Singapura yang diberhentikan, Dr Subramaniam menasihatkan mereka mendapatkan nasihat dan mendaftar dengan atase tenaga kerja di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di sana.

"Saya telah meminta atase kita itu di Singapura membantu pekerja Malaysia itu...setakat ini belum ada yang mendaftar," kata beliau.

Mengenai cadangan kaukus Pekerja Buruh dan Migran yang baru ditubuhkan meminta kerajaan menyalurkan RM1 bilion sebagai Dana Pemberhentian Kerja, Dr Subramaniam berkata beliau akan cuba menemui mereka secepat mungkin bagi membincangkan perkara itu.

Iklan Istimewa


http://www.bio-asli.com/daftar_keahlian.asp?id=seramaesty

Tags