Latest News

Saturday, February 21, 2009

'Ini manusia tak boleh digertak,' kata Khalid Ibrahim

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyifatkan dakwaan bahawa beliau menyalahgunakan kuasanya menggunakan wang kerajaan untuk penyelenggaraan kereta miliknya sebagai "satu gertakan".
"Saya guna kereta saya (untuk keperluan peribadi), kerajaan negeri tak payah bayar (penyelenggaraan).

"Ini manusia tak boleh digertak," katanya disambut tepukan gemuruh kira-kira 5,000 hadirin di majlis makan malam ulang tahun pertama kemenangan Pakatan Rakyat, di padang berdepan dengan bangunan Amcorp Mall, Petaling Jaya, malam tadi.

Majlis anjuran PKR Selangor dan Kuala Lumpur turut dihadiri perwakilan asing termasuk daripada Australia dan India yang bertujuan untuk mengutip dana parti.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan Presiden, Syed Husin Ali; Naib Presiden Azmin Ali dan Sivarasa Rasiaha; Ketua Penerangan, Tian Chua (Ketua Penerangan) serta kepimpinan PKR negeri.

Sebelum ini menteri besar Selangor itu didakwa menggunakan wang kerajaan untuk menyelenggara kereta peribadinya.

Susulan itu, Gerakan Anti-Korupsi (Gerak) dan Pemuda Umno, membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan beliau menyalahgunakan wang kerajaan negeri.

Semalam dilaporkan, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Ahmad Said Hamdan berkata, terdapat bukti-bukti kukuh berhubung dakwaan tersebut.

'BN cemburu'

Khalid yang juga ahli Parlimen Bandar Tun Razak turut didakwa menyalahgunakan wang kerajaan untuk membeli 46 ekor lembu untuk diagih-agihkan kepada surau dan masjid di parlimen tersebut.

Mengulas dakwaan tersebut, beliau menyifatkan BN cemburu dan dengki dengan kejayaan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor yang mentadbir dengan baik dengan program merakyatkan ekonomi rakyat.

"Pentadbiran PR lebih baik BN yang sudah memerintah negara selama 51 tahun. Kita bekerja dengan baik daripada meraka (BN). Kita lebih baik daripada mereka," katanya.

Katanya, BN hanya bermimpi untuk menguasai Selangor kerana mimpi mereka itu "hanya satu igauan atau tinggal mimpi sahaja".

Ini kerana, tambah Khalid, kerajaan Pakatan telah mantap di Selangor dan tidak boleh dipecahkan.

"Sokongan rakyat jelas kepada Pakatan Rakyat kerana pengurusan yang cekap, telus dan bertanggunjawab. Rakyat tahu siapa yang lebih baik (mentadbir)," katanya.

Beliau juga menyifatkan pemimpin BN sudah kehabisan dan kekeringan idea kerana cuba meniru Selangor sewaktu mengisytiharkan slogan "merakyatkan pembangunan di Terengganu" sewaktu pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu akhir bulan lalu.

'Pancing Adun PKR'

Sementara itu, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau bersama dengan pemimpin Pakatan tidak akan menyerah kalah dengan serangan dan gangguan daripada kerajaan BN.

"Kamu boleh mengganggu kami, tetapi tidak sesekali untuk kami mengaku kalah," katanya disambut sorakan dan tepukan gemuruh hadirin.

Dalam majlis tersebut, Anwar yang ketua pembangkang menjelaskan ugutan, gangguan dan tawaran BN untuk memancing Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kulim, Lim Soo Nee untuk melompat ke parti tersebut.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu yang berucap kira-kira 30 minit, turut mendakwa SPRM 'memilih bulu' dalam menyiasat dakwaan rasuah yang dilaporkan kepada meraka.

Beliau mendakwa tiada siasatan lanjutan terhadap penerimaan komisen pembelian kapal selam yang didakwanya membabitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan siasatan terhadap bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo.

Sebaliknya, kata beliau, SPRM segera mengambil tindakan terhadap Khalid Ibrahim yang didakwa menggunakan wang kerajaan Selangor untuk membeli 46 ekor lembu untuk diserahkan kepada penduduk di Bandar Tun Razak.

Semalam, Pengerusi SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan mendakwa suruhanjaya itu, mempunyai bukti yang kukuh bahawa menteri besar Selangor menyelewang wang kerajaan negeri.

Tayangan video

"Apa ingat rakyat ini lembu?" kata Anwar - yang memakai baju batik merah - dengan nada marah.

Dalam majlis itu juga, Anwar turut menempelak BN yang mengamalkan 'politik menculik' dua orang wakil rakyat PKR - Jamaluddin (Behrang) dan Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) - untuk membolehkan mereka merampas kerajaan Perak pimpinan Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin.

"Sekiranya percaya dengan mahkamah, jangan cuba berselindung di belakang istana.

"Serahkan kepada rakyat untuk membuat pilihan, siapa yang berhak memerintah negeri Perak," katanya.

Mengulas lanjut perkara tersebut, beliau menempelak Umno dan BN yang menjuarai untuk bercakap soal moral.

"Poorah!... Bagi wakil rakyat yang menipu rakyat, ingat hari ini kamu selamat, (suatu hari) nanti rakyat akan tanam dan kuburkan kamu," katanya dengan nada marah.

Sementara itu, majlis makan itu turut diserikan dengan tarian kebudayaan Melayu, Cina dan India oleh penari-penari Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ), persembahan orkestra dan nyanyian lagu kantonis oleh seorang penyanyi Melayu.

Penganjur juga turut memasang tiga layar putih berukuran 3x3 meter untuk tayang video '308: Tsunami' yang antara lain memaparkan gambar lautan perhimpunan 'Protes' yang berlangsung November dua tahun lalu serta visual rakaman video V K Lingam.

Karpal bidas Ahmad Said

Pengerusi DAP kebangsaan Karpal Singh membidas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang secara terbuka mendedahkan terdapat "bukti dan keterangan kukuh" terhadap menteri besar Selangor, sebelum mendapat kebenaran Peguam Negara.

Menurut Bernama, Karpal, yang juga seorang peguam kanan dan anggota Parlimen Bukit Gelugor menyifatkan KAhmad Said sebagai tidak kompeten untuk menyiasat kes itu.

Katanya beliau akan merujukkan Ahmad Said kepada Seksyen 58 Akta SPRM 2009 yang menyatakan pendakwaan bagi kesalahan di bawah akta itu tidak boleh dilaksanakan, kecuali melalui atau dengan kebenaran pendakwaraya.

Bercakap kepada pemberita di pejabatnya di Green Hall di Pulau Pinang hari ini, Karpal berkata Ketua Pesuruhjaya SPRM itu tidak mempunyai kuasa untuk mendakwa.


Special Ads
http://suhaimi60.fapturbo.hop.clickbank.net/

Thursday, February 19, 2009

Eli: Saya tetap lepaskan exco, Adun

Feb 19, 09 3:08pm
Elizabeth Wong hari ini menegaskan bahawa beliau tetap dengan keputusannya untuk meletakkan jawatan exco kerajaan negeri dan ahli dewan undangan negeri (Adun) Bukit Lanjan.

"Saya telah memaklumkan kepada pemimpin parti saya bahawa saya tetap akan melepaskan semua jawatan saya - sebagai exco kerajaan negeri Selangor dan Adun Bukit Lanjan.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada keprihatinan dan sokongan pucuk pimpinan parti. Saya berharap mereka dapat memahami kesukaran yang sedang saya hadapi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Namun begitu, beliau menegaskan bahawa komitmennya terhadap perjuangan PKR tidak pernah luntur.

"Saya akan kekal sebagai ahli parti dan meneruskan perjuangan bersama parti ke arah sebuah masyarakat yang adil," katanya.

Elizabeth membuat laporan di balai polis Damansara, Petaling Jaya kira-kira jam 11.30 malam 15 Februari lalu, mengenai penyebaran foto-foto bogelnya kepada umum.

Difahamkan foto-foto itu dirakam tanpa kebenarannya - kemungkinan oleh seorang bekas teman lelakinya - sewaktu beliau sedang tidur.

Dengan kenyataan terbaru Elizabeth hari ini, maka ia bermakna satu lagi pilihanraya kecil akan diadakan di DUN Bukit Lanjan.

Pada 7 April depan, pilihanraya kecil akan diadakan serentak bagi mengisi kekosongan kerusi Parlimen Bukit Gantang di Perak dan kerusi DUN Bukit Selambau di Kedah.

Kerusi Bukit Gantang kosong selepas penyandangnya, Roslan Shaharum dari PAS meninggal dunia pada 9 Februari lalu, manakala kerusi Bukit Selambau kosong ekoran peletakan jawatan penyandangnya, V Arumugam dari PKR pada awal bulan ini.

Malah, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini tidak menolak kemungkinan - jika berlaku kekosongan di DUN Bukit Lanjan - pilihanraya kecil di situ akan diadakan serentak pada 7 April.

Menurut kenyataannya hari ini, Elizabeth berkata beliau telah berlepas keluar negeri untuk bercuti.

Menurutnya, walaupun beliau telah menawarkan untuk meletak jawatan exco dan Adun, namun pihak media dan laman-lamanweb masih terus menceroboh kehidupan peribadi dan privasinya.

"Saya telah dimaklumkan oleh beberapa pihak media bahawa mereka akan terus menyiar berita-berita yang lebih sensasi mengenai kehidupan peribadi saya.

"Saya juga telah diberitahu bahawa terdapat satu serangan baru, dengan lebih banyak foto dan video diedarkan untuk memalu dan memusnahkan saya.

"Ini adalah satu episod yang paling buruk dalam hidup saya. Saya tidak pernah merasa begitu keseorangan, terdedah pada serangan dan begitu hina. Saya perlu berihat dan mencari ketenangan jiwa dari semua yang berlaku terhadap saya," katanya.

Menurut Elizabeth lagi, beliau amat menghargai sokongan semua pihak, terutama para pengundinya, golongan wanita khususnya dan rakan-rakan seperjuangan dalam parti.

"Perkataan tidak cukup untuk mengungkap penghargaan saya terhadap kebaikan hati anda semua," tambahnya.

Dalam kenyataan itu juga, Elizabeth berkata negara kini sedang berdepan dengan krisis ekonomi yang serius.

"Kadar pengangguran semakin meningkat, manakala rasuah masih berleluasa. Saya berharap perbincangan umum hendaklah tertumpu kepada isu-isu penting ini, dan bukannya menganalisa kehidupan peribadi saya. Prinsip saya tetap kekal.

"Saya tidak akan menjawab sebarang soalan mengenai kehidupan peribadi saya," katanya.

Sehubungan itu, Elizabeth berkata kehidupan peribadinya bukan untuk tatapan awam kerana beliau tidak melanggar sebarang undang-undang atau menyusahkan sesiapapun.

Beliau juga merayu kepada pihak media serta penyokongnya supaya membiarkan beliau mendapatkan ketenangan jiwa.

"Saya meminta pihak media supaya jangan menganggu saya, anggota keluarga saya dan rakan-rakan saya. Janganlah terus menerus memalukan saya dan keluarga saya, supaya kami juga berpeluang hidup seperti rakyat biasa yang lain," katanya.

Rakyat mesti mengikut kebenaran

Umno sudah kehabisan modal untuk beretorik dengan rakyat di saat dunia dilanda krisis ekonomi yang teruk.

Mewujud kemelut politik di Perak dan menyerang wakil rakyat Pakatan Rakyat secara peribadi dengan membongkar kehidupan peribadi mereka antara satu cara mengalihkan perhatian rakyat kepada isu sebenar parti itu.

Sebenarnya Umno sudah berada di penghujung jalan mati berhadapan dengan lubang puaka yang dalam.

Umno menunggu masa untuk dihumbankan dalam lubang itu oleh rakyat. Apabila Umno berhadapan dengan keadaan demikian, parti itu akan dan sedang berusaha dengan apa cara sekalipun termasuk dengan cara kejam dan jahat untuk menarik simpati rakyat mendokong semula parti itu dengan tindakan seumpama itu.

Perjuangan untuk mempertahankan Melayu, Raja-raja Melayu, ekonomi orang Melayu dan apa-apa lagi berkaitan dengan Melayu sudah lama gagal di telan zaman.

Sejarah membuktikan orang-orang Melayu tidak kedepan dalam semua aspek berbanding dengan bangsa-bangsa lain di Malaysia.

Kayu pengukur kekuatan orang Melayu hanyalah apabila Umno cuba menjadikan dirinya sebagai parti dominan dan berkuasa di negara ini tetapi parti itu tidak akan kekal selama-lamanya begitu selepas ini apabila semua bangsa bersatu menolak Umno.

Percikan kemaraan bangsa Malaysia menolak Umno atau Barisan Nasional (BN) sudah membara sejak pilihan raya umum ke 12, 8 Mac 2008, diikuti pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh dan Kuala Terengganu baru-baru ini.

'Mood' ini suatu perkembangan positif kepada negara Malaysia untuk melihat kehidupan politik, sosial dan ekonomi negara diterjemahkan dan digambarkan pada tahap realistik sebenarnya bukan hanya retorik dan propaganda sebagaimana dipersembahkan Umno/BN selama ini.

Dan 'mood' inilah yang mahu dihentikan Umno.

Justeru, rakyat perlu diberi kesedaran pada tahap manakah kedudukan politik, sosial dan ekonomi mereka dewasa ini dan apakah sumbangan mereka untuk memperbetulkan perjalanannya sehingga impaknya rakyat merasai keadilan, kemakmuran, keseimbangan hidup yang sebenarnya.

Umno/BN sebelum ini telah menutup kelemahan politik, sosial dan ekonomi negara kepada umum demi menyelamatkan kuasanya sebagai peguasa tetapi dengan adanya media bebas seperti blog dan internet, pekong Umno tidak berupaya lagi dibendung.

Inilah peluang rakyat dan suaranya berkumandang tetapi mesti sentiasa berpihak kepada kebenaran untuk mempastikan mereka menikmati kehidupan yang lebih baik dari sebelum ini melalui peralihan kuasa dari Umno/BN kepada Pakatan Rakyat.

Rakyat perlu mengambil kira undang-undang dalam membuat pertimbangan sewajarnya untuk perubahan kuasa itu di samping rakyat perlu juga memperbetulkan undang-undang yang tidak adil melalui wakil mereka di parlimen dan dewan undangan negeri apabila mereka memperolehi kuasa dari Umno tidak lama lagi.

Bagaimanapun kuasa rakyat jangan sekali-kali dibenarkan berada lebih tinggi dari kuasa Tuhan kerana inilah apa yang dinamakan mengerakkan negara ke arah sebuah negara sosialis kerana sosialis mengajar suara rakyat lebih tinggi dari kuasa Tuhan.

Dalam erti kata lain semua aspek perlu dilihat dari sudut kebenaran dan kebenaran sebenarnya terkandung dalam al-Quran yang tidak pernah tercabar dan tergugat kebenarannya dari dahulu sehingga hari kiamat.

Beginilah penilaian yang perlu dibuat oleh rakyat, melihat pergolakan dalaman negara dewasa ini.

Wednesday, February 18, 2009

Zambry dan semua exco Perak digantung hadiri sidang DUN



KUALA LUMPUR, 19 Feb (Hrkh) - Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan negeri (DUN) Perak hari ini menggantung Menteri Besar baru, Dato' Dr Zambry Abdul Kadir daripada menghadiri sidang dewan selama 18 bulan, manakala kesemua enam exconya digantung selama 12 bulan.

Menurut laporan Malaysiakini keputusan itu diumumkan oleh Speaker DUN Perak V Sivakumar selepas selesai bersidang semalam.

Perkembangan terbaru ini akan melontarkan Perak ke dalam satu lagi krisis, selepas Barisan Nasional (BN) mengambil alih kerajaan negeri awal bulan ini.

Sebelum itu, Dr Zambry memberi keterangan kepada jawatankuasa tersebut berhubung kenyataannya terhadap Speaker Sivakumar.

Beliau dan enam exconya dirujuk ke jawatankuasa itu berhubung dakwaan mereka telah menghina DUN apabila mengangkat sumpah jawatan Selasa lalu.

Enam exco berkenaan ialah Dato' Ramly Zahari (Manong), Dato' Saarani Mohamad (Kota Tampan), Hamidah Osman (Sungai Rapat), Zainol Fadzi Paharuddin (Sungai Manik), Mohd Zahir Abdul Khalid (Kamunting) dan Dr Mah Hang Soon (Chenderiang).

Siasatan berkenaan dijalankan mengikut Perkara 72(3) Perintah Tetap DUN Perak.

Turut dipanggil memberi keterangan kepada jawatankuasa berkenaan adalah dua wartawan, masing-masing daripada akhbar The Star dan Sin Chew Daily.

Jawatankuasa itu dipengerusikan Sivakumar dan dianggotai enam Adun iaitu Dato' Hasbullah Osman (Temenggor) dari BN manakala lima lagi daripada pakatan pembangkang iaitu Husin Din (Selingsing), Chan Ming Kai (Simpang Pulai), Ong Boon Piow (Tebing Tinggi), Loke Chee Yan (Kepayang) dan Sum Chok Leng (Bercham).

Sivakumar masih menjadi Speaker DUN Perak kerana kerajaan baru BN belum lagi mengadakan sidang dewan untuk menggantikan beliau dengan calon dari BN.

Dengan menggantung tujuh daripada 28 ahli dewan undangan negeri (Adun) BN, maka jumlah wakil rakyat kini kembali memihak kepada Pakatan Rakyat.

Jika dewan bersidang sekarang, BN akan hanya mempunyai 24 Adun di pihaknya - termasuk tiga calon bebas - manakala Pakatan mempunyai 28 Adun.

Di segi teknikalnya, kerajaan negeri BN masih boleh terus memintah Perak, tetapi ia tidak boleh mengadakan sidang dewan kerana bimbang Pakatan akan mengemukakan usul tidak percaya terhadapnya.

Kesemua tujuh Adun BN itu diberi notis saman supaya tampil di hadapan jawatankuasa itu berikutan aduan Adun Canning (DAP), Wong Kah Woh, bahawa majlis angkat sumpah jawatan mereka bertentangan dengan Undang-undang Tubuh Negeri Perak dan menghina DUN kerana Menteri Besar Ke-10, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, belum meletak jawatan secara rasmi.

Sivakumar berkata, setelah meneliti aduan tersebut, beliau mendapati satu kes prima facie terhadap Zambry dan enam exco berkenaan.

"Keputusan ini diambil selepas mendapati kesemua mereka gagal dan tidak memberikan sebarang penjelasan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang diadakan hari ini.

"Mereka telah gagal menawarkan sebarang penjelasan atas tindakan mereka yang menghina Dewan Undangan Negeri," kata Sivakumar dalam satu kenyataan akhbar empat perenggan di sini lewat petang semalam.

Sebelum itu, kesemua tujuh Adun terbabit telah dipanggil untuk memberi keterangan pada jam 3 petang di Bilik Mesyuarat Bahagian Kewangan, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini.

Zambry dan enam Exco itu yang dilihat keluar dari bilik mesyuarat itu pada kira-kira 3.30 petang enggan memberikan sebarang komen kepada pemberita yang menunggu.

Di samping itu, Perak juga dilanda khabar angin bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jelapang, Hee Yit Foong telah meletak jawatan.

Sebelum ini, beliau bertindak keluar dari DAP dan menjadi Adun bebas yang menyokong BN.

Bagaimanapun, seorang pemimpin DAP ketika dihubungi menafikan perkara itu.

Special Ads

http://suhaimi60.fapturbo.hop.clickbank.net/

Tuesday, February 17, 2009

Janji palsu Menteri BN disanggah Kinabatangan

KUALA LUMPUR, 18 Feb (MPO2) - Ahli Parlimen (BN) Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar mengakui berlaku ketidakseimbangan antara pembangunan di Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak apabila projek infrastruktur yang dijanjikan kerajaan Barisan Naisonal (BN) belum dilaksanakan sehingga hari ini.

Katanya, jika diperhatikan di Semenanjung kebanyakan jalanraya dibina dengan baik tetapi ia tidak demikian di Sabah dan Sarawak.

Beliau memberi amaran penubuhan Kerajaan BN adalah dengan penyertaan ramai dari anggota parlimen dari kedua-dua negeri berkenaan.

"Kita timbang untuk adakan pilihan raya kecil sekiranya itulah caranya untuk senangkan rakyat.

"Tidak penting sangat jadi wakil rakyat tetapi yang lebih penting ialah rakyat hidup senang dengan kemudahan infrastruktur yang cukup.

"Saya sudah cukup sakit hati dengan apa yang berlaku," jelasnya ketika berucap di Dewan Rakyat membahas ucapan menjunjung kasih Titah Ucapan Yang Dipertuan Agung, Tuanku Mizan Zainal Abidin, tengahari tadi.

Sebelum itu Ahli Parlimen (PKR) Padang Serai, N.Gobalakrishnan dan Ahli Parlimen (BN) Labuan Datuk Yussof Mahal bangun mempertikaikan tentang janji ramai menteri yang mendakwa akan melaksanakan projek berbilion ringgit di kedua-dua negeri berkenaan tetapi sehingga hari ini ia belum dilaksanakan.

Bung Mokhtar berkata, persoalan sedemikan boleh membawa pukulan maut kepada beliau untuk menjawabnya sambil menegaskan sehingga hari ini memang tidak dilaksanakan.

Beliau menyalahkan kepada pegawai-pegawai kerajaan tidak melaksanakan kerja dengan baik.

Dakwanya, perancangan untuk pembangunan kerajaan BN di kedua-dua negeri tersebut memang ada tetapi pegawai-pegawai kerajaan menyorokannya dalam laci meja mereka tanpa mengambil tindakan sewajarnya.

"Kementerian berkenaan tidur, pegawai tidak menjalankan tangungjawabnya. Saya berharap mereka tidak tidur dan kita akan bagi mereka tidak tidur selepas ini." tegasnya.

Special Ads

Foto bogel: Elizabeth tawar letak jawatan exco, Adun

Feb 17, 09 9:00am

(Malaysiakini) Exco Negeri Selangor, Elizabeth Wong pagi ini menawar diri untuk meletakkan jawatan exco dan ahli dewan undangan negeri (Adun) Bukit Lanjan, ekoran penyebaran foto bogelnya kepada umum.

Beliau mengumumkan demikian dalam sidang akhbar yang bermula jam 11.40 pagi di di ibupejabat PKR di Tropicana, Petaling Jaya.

elizabeth wong press conference on her offer of resignation from selangor exco post 170209 12Kira-kira 30 penyokongnya turut hadir di sidang akhbar tersebut dengan membawa kain rentang menyokong Elizabeth.

Mereka juga melaung meminta Elizabeth supaya jangan meletakkan jawatan.

Mereka juga membawa sepanduk yang tertulis, "YB ELI, WE SUPPORT YOU", "YB ELI, DON'T GIVE IN TO YOUR ENEMY" dan "YB ELI, DON'T GIVE UP, WE LOVE U".

Turut hadir memberi sokongan kepada exco Selangor itu, kira-kira 10 orang dari barisan kepimpinan Wanita PKR.

Mereka membawa sepanduk bertulis, "YB ELI BE STRONG, WE LOVE U" dan "PENCABULAN HAK WANITA SATU PERBUATAN JENAYAH".

Dewan di sidang media di ibu pejabat PKR di Damansara sesak dengan penyokong.

Beri sokongan

Turut hadir dalam sidang media tersebut kira-kira 60 wartawan dan jurugambar.

Turut hadir ialah ketua Wanita PKR yang juga ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin, exco negeri, Teresa Kok dan Xavier Jayakumar, serta naib presiden PKR, R Sivarasa.

elizabeth wong press conference on her offer of resignation from selangor exco post 170209 02Kelmarin, Elizabeth membuat aduan polis berhubung penyebaran foto-foto bogelnya kepada umum itu. Selain foto, difahamkan satu klip video juga turut disebarkan.

Beliau juga merupakan Adun PKR di Bukit Lanjan dan exco pelancongan, hal ehwal pengguna dan alam sekitar sejak 11 bulan lalu.

Difahamkan foto-foto itu dirakam tanpa kebenarannya - kemungkinan oleh seorang bekas teman lelakinya - sewaktu beliau sedang tidur.

Sementara itu, Elizabeth memberitahu sidang akhbar tersebut bahawa beliau menawar diri untuk meletak kedua-dua jawatan tersebut demi kepentingan parti.

Bagaimanapun, Elizabeth menekankan bahawa beliau mendapat sokongan daripada keluarganya, penyokong, pengundi dan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat.

Eli sebak

"Saya akaelizabeth wong press conference on her offer of resignation from selangor exco post 170209 03n berbincang dengan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk mengaturkan urusan penyerahan tugas-tugas saya. Saya akan terus berkhidmat untuk rakyat dan berjuang untuk keadilan," katanya.

Elizabeth kelihatan mengalirkan air mata sewaktu membaca perenggan akhir kenyataannya itu.

Beliau kelihatan sebak dan teresak-esak dan bacaan kenyataannya tersangkut-sangkut apabila kedengaran penyokong menjerit agar beliau tidak melepaskan jawatan.

Elizabeth menegaskan bahawa beliau tidak melakukan sebarang dan "setiap orang mempunyai hak kesalaan dan saya mempunyai hak privasi".

Teresa dan Xavier kemudiannya menggesa Elizabeth supaya menimbang semula keputusannya itu.

Sidang akhbar tersebut berakhir tanpa sebarang sesi soal jawab

elizabeth wong press conference on her offer of resignation from selangor exco post 170209 02Seorang individu yang mendakwa ahli PKR dan pengundi Bukit Lanjan, meminta Elizabeth menjawab soalannya.

"Saya mengambil masa untuk datang ke sini dan saya mahu bertanya soala. Saya ahli PKR... Saya hanya mahu bertanya satu soalan," katanya, tapi gagal berbuat demikian.

Chiew berkata beliau tidak akan bertanya soalan yang akan memalukan Elizabeth.

Elizabeth berkata beliau akan bercakap denganya kemudian.

Sementara itu, ketika ditemui kemudiannya, Xavier yang juga ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR menafikan terdapat 'sebarang tekanan dalam parti' terhadap Elizabeth supaya meletak jawatan.

Manakala penyelaras media PKR, Genie Lim berkata, surat peletakan jawatan Elizabeth telah dihantar ke pejabat Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pagi ini.

Terserah pada MB, parti

Sementara itu, Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata kini terpulang kepada menteri besar dan pihak partinya untuk membuat keputusan muktamad.

bm version bukit lanjan state seat 170209Menurut sumber-sumber, pemimpin tinggi PKR yang bertemu malam tadi , memutuskan untuk mengakhiri kontroversi tersebut sebelum menjelang pilihanraya di Perak dan Kedah.

Dalam pilihanraya umum lalu, Elizabeth menang dengan memperolehi 12,125 undi, menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dari Gerakan, Yong Dai Ying, yang mendapat 6,970 undi.

Elizabeth menang dengan majoriti 5,155 undi.

Menurut sumber-sumber, jika berlaku kekosongan, antara calon PKR yang disebut-sebut mungkin bertanding di kerusi tersebut ialah bekas pengerusi Gerakan Wilayah Persekutuan yang juga bekas timbalan menteri, Dr Tan Kee Kwong.

Kee Kwong, yang pernah menjadi ahli Parimen Segambut, menyertai PKR Ogos tahun lalu.

Satu lagi calon yang disebut-sebut ialah bekas ketua wanita MCA Klang dan bekas ahli Parlimen Klang, Dr Tan Yee Kew, yang menyertai PKR tahun lalu.

Sementara itu, Adun Kajang, Lee Kim Sin dari PKR disebut-sebut akan dilantik mengisi jawatan exco yang dikosongkan oleh Elizabeth.

Difahamkan, turut dipertimbangkan untuk mengisi jawatan tersebut ialah Adun Rawang, Gan Pei Nee.

Dewan Muslimat PAS hadir

Sementara itu, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Nuridah Salleh turut hadir dalam sidang media tersebut untuk memberi sokongan kepada Elizabeth.

Menurut Nuridah, Dewan Muslimat menghormati keputusan Elizabeth yang menawarkan diri untuk melepaskan jawatan sebagai exco kerajaan negeri Selangor dan Adun Bukit Lanjan.

"Dewan Muslimat PAS Pusat berharap kepada kepimpinan Pakatan untuk menentukan sikap yang sepatutnya (yang perlu) diambil," katanya.

Nuridah menjelaskan bahawa dewan tersebut terharu dengan kejadian yang menimpa wakil rakyat Bukit Lanjan itu.

"Perkara tersebut menjelaskan kepada kita bahawa Barisan Nasional dan Umno tidak mampu untuk menerima kekalahan di mana-mana (dalam pilihanraya).

"Mereka tidak bersedia menerima kekalahan dan cuba dengan pelbagai cara untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat," katanya

Manakala Pengerusi Tenaganita, Irene Fernandez, yang turut hadir menjelaskan penyebaran foto bogel Elizabeth kepada umum adalah satu kesalahan dan melanggari hak asasi manusia.

Beliau yang sekian lama mengenali Elizabeth yang aktif sebagai aktivis kemanusiaan menyatakan sokongan dan menunjukkan solidariti untuk bersama-sama exco Selangor tersebut.


Special Ads

Monday, February 16, 2009

Media Arus Perdana Tidak Pernah Belajar dari Kesilapan

Suasana iklim politik Malaysia semakin hangat terutama akhir-akhir ini berkaitan dengan krisis di Perak dan isu penderhakaan kepada raja. Ianya menjadi isu utama dalam topik-topik pebincangan oleh kelompok-kelompok rakyat Malaysia. Ianya bagai candu yang merasa kekurangan bila tidak dibincangkan dan menjadi kepuasan bila diperkatakan.

Banyaklah isu-isu dan polimik dibangkitkan dan menjurus kepada pembelaan kepada fahaman politik masing-masing. Pendukung-pendukung parti politik tertentu, sudah tentu berminat membela parti masing-masing. Andai kata kedua kolompok ini terduduk diatas meja yang sama, sudah tentu pembincangan semakin hanggat.

Adakah BN tahu bahawa pembincangan-perbincangan tidak rasmi ini, menyumbang besar kepada penambahan sokongan rakyat kepada PR?

Mungkin pemimpin-pemimpin BN tidak menyedari bahawa pembincangan-perbincangan di dalam kelompok-kelompok masyarakat seperti di pejabat dan di warung-warung dan di forum-forum internet sepeti Tranungkite ini, banyak dimonopoli oleh pembangkang. Ini disebabkan mereka mempunyai fakta-fakta yang dianggap �baru� atau sensasi dan tidak pernah diketahui oleh mana-mana pihak sebelum ini. Bahkan ramai penyokong-penyokong BN sendiri terngangga dengan fakta-fakta ini. Oleh kerana pembangkang mempunyai fakta-fakta yang hebat dan sensasi, maka hujah-hujah panas daripada pihak PR sentiasa mendapat sokongan.

Antara faktor utama ialah, isu yang BN ketengahkan di medan-medan perbincangan dianggap basi dan sampai tahap �muak�. Apa tidaknya, saban saat, media-media arus perdana, dengan media cetak dan eloktronik, menyebarkan berita-berita dan isu-isu yang dibangkitkan, sehingga kadang-kadang rakyat terlebih maklumat sehingga sampai tahap meloyakan.

Tetapi, berlainan pula dengan isu-isu atau fakta-fakta dari mulut pembangkang, ianya sentiasa kelihatan hanggat dan �latest�. Ianya menjadi menarik bila didedahkan dan menjadi hangat bila dibincangkan, dihiasi pula dengan hujah-hujah pembangkang yang berapi-api. Maka kelompok-kelompok rakyat dari pembangkang selalu mendemonasi perbincangan. Ramai penyokong BN sendiri kadang-kadang terkedu, kerana fakta-fakta yang keluar dari mulut pembangkang tidak pernah didengar sebelum ini.

Adakah fakta-fakta dari PR itu benar-benar hebat? Tidak juga, ianya hanya nampak hebat kerana tidak didedahkan kepada umum oleh media-media arus perdana. Jadi telinga-telinga yang normal merasa teruja bila mendengarnya. Kita semua maklum, dengan dasar langit terbuka, dengan penagaruh blog dan laman-laman sesawang, maklumat-maklumat disebar menyeluruh dan pantas memasuki setiap pejabat dan rumah yang mempunyai talian Internet.

Misalnya, mari kita belajar dari isu krisis di Perak. Saban hari media-media perdana mendedah isu yang dibawa oleh BN merangkumi soal pembelian DUN sehingga soal penderhakaan kepada raja.Rakyat yang semakin bijak, terutama golongan muda berpelajaran akan tertanya-tanya, bagaimana pula jawapan dan pandangan dari pihak PR berkaitan isu ini. Mereka kadang-kadang menggigil-gigil hendak tahu, apakah ulasan dari bekas MB Perak tetang krisis di Perak?. Mereka juga ingin tahu apa ulasan Anwar Ibrahim berkaitan isu penderhakaan kepada Sultan. Mereka hampa kerana tidak dapat menilai isu ini dari sudut yang lain. Pihak Media Perdana terus menutup semua maklumat-maklumat dari PR dari didedahkan kepada umum.

Maka, tidak keterlaluan jika dikatakan mereka ini telah kedahagaan maklumat.

Paling menyedihkan, saban malam kita melihat Buliten Utama, jika pembangakang memberi ulasan, dipotong dan ianya tergantung dengan ayat yang tidak lengkap dan akan mengundang tandatanya. Bagitu juga dengan laporan dari dewan rakyat di TV1. Hujah-hujah pembangkang di parlimen dipotong dan tidak tersiar. Rakyat akan garu dan ketuk kepala. Mereka hendak mendengar ulasan yang lebih berani dan segar dari pihak lain. Mereka muak mendengar hanya ulasan dari mulut Hamid Albar sahaja, jika isu itu yang berkaitan dengan ISA.

Dengan perasan kecewa dan bengang, golongan ini membuka internet atau mengunjungi cyber-cyber kafe untuk melihat segala permasalahan dari sudut pandangan yang lagi satu. Maka tidak hairanlah, dengan krisis politik Perak, Kafe-kafe cyber menjadi penuh dan ramai dikunjungi oleh golongan dewasa yang dahagakan maklumat. Apabila mereka memasuki alam maya dengan membaca laman-laman sesawang pembangkang dan melihat visual ceramah-ceramah melalui u tube dan blog-blog, maka hati mereka pun berkata �ooo, bagini rupanya , rupa-rupanya Buletin Utama �kelentong� aku selama ini� maka secara automatik, dari keadah ini ramai pembenci-pembenci BN telah tercipta.

Satu lagi fenomena, yang harus diambil berat oleh BN dan Media Arus Perdana ialah majoriti rakyat mengaggap Media Perdana adalah �pembohong besar�. Sentimen ini disebar oleh pembangkang dan ada asasnya kerana pembohongan kelihatan terlalu ketara terutama maklumat berkaitan �angka�. Contohnya, orang yang mengahadiri ceramah Anawar Ibrahim seramai 15 000 orang, maka dalam media arus perdana di bagi fakta �ceramah Anwar Ibrahim kurang mendapat sambutan dan hanya dihadiri oleh 5000 orang penyokongnya sahaja�. Dizaman serba canggih ini, harus diingat, pembohongan sukar disembunyikan. Maka secara automatik rakyat tidak mempercayai maklumat-maklumat yang datang dari media arus perdana. Kadang-kadang media kerajaan ni �tolol� juga, walaupun hendak berbohong, biarlah berpada-pada.

Apakah yang perlu dilakukan BN untuk menangani isu ketidakpercayaan rakyat pada media kerajaan dan kebanjiran rakyat mengunjungi media altanatif?

Jawapannya mudah sahaja, jadikan semua media-media sebagai penyalur maklumat kepada semua pihak. Kerana, apabila maklumat dan fakta didapati di media-media arus perdana, rakyat tidak lagi �kemaruk� masuki laman sesawang dan secara automatik maklumat-maklumat pembangkang menjadi basi dan tidak mempunyai nilai �sensasi�.

Apa perlu ditakutkan untuk mendedahkan maklumat-maklumat dari pembangkang. BN perlu membuka minda, bersifat �ganttleman� dengan berani bersaing dengan pembangkang ditengah-tengah masyarakat. Penyokong-penyokong dan pemimpin-pemimpin BN perlu ada �telor�, bukan hanya berani berhujah di dalam �Buliten Utama� sahaja, bahkan mereka juga perlu mengadakan �Road Show� dan ceramah-ceramah seperti yang diamalkan oleh pembangkang.

Apa perlu takut untuk menyiarkan ulasan-ulasan dari Anwar Ibrahim, Nik Aziz, Lim Guan Eng? Fahamilah bahawa fakta adalah fakta yang akan terus tergantung dan ianya tidak akan memihak kemana-mana jika tidak diberi ulasan dan kesimpulan. Dari segi ulasan dan kesimpulan inilah, media-media boleh mengambil kesempatan mematahkan hujah-hujah atau fakta-fakta yang keluar dari mulut-mulut pembangkang. Jadi, secara tidak langsung penyokong-penyokong BN berjaya dibentuk.

Maka, dengan ini juga terbentuklah kelompok-kelompok masyarakat yang seimbang keperluan maklumatnya. Dengan ini pembincangan di warong, pejabat dan forum-forum cyber akan menjadi seimbang dan juga boleh dimonopoli oleh orang-orang BN, kerana oarang-orang BN sudah bersedia dengan fakta-fakta yang didedahkan kepada umum dan juga fakta-fakta yang telah �basi� dari PR.

Kesimpulannya, bagi pendapat saya, media arus perdana merupakan senjata BN. Senjata untuk membantu menjadikan BN kuat atau mungkin juga akan memakan diri sendiri. Maklumat yang disekat dari memasuki minda rakyat, boleh menyebabkan rakyat memberontak dan beralih kepada media-media altanatif. Maka, secara tidak langsung lebih ramai rakyat memihak kepada PR dan tidak mempercayai media perdana. BN perlu berani bersikap terbuka. Media prokerajaan seperti TV3 suku terutamanya, janganlah ketara sangat menjadi �pencacai� BN. Nanti rakyat semakin loya dan meluat!!!

Note: Artikal ini saya tulis kerana kesian tengok BN yang terus jatuh lantaran kelakuan Media-media Arus Perdana, terutama TV3 yang bodoh dan meloyakan!!!! [mankip - terjah.com]

Sumber:www.terjah.com

Special Ads


http://suhaimi60.fapturbo.hop.clickbank.net/

Wanita MCA turut berdiri di sisi Eli Feb 16, 09 6:46pm

Walaupun kedua-duanya dilabel musuh politik, Wanita MCA turut berdiri di belakang wakil rakyat PKR Elizabeth Wong sewaktu exco Selangor itu dilanda kontroversi berhubung penyebaran foto bogel.

women leader forum scah 240408 chew mei funSelain menyatakan simpatinya, ketua Wanita MCA Datin Paduka Chew Mei Fun berkata mereka berang dengan tindakan memalukan pihak-pihak itu yang dianggapnya menjadikan wanita sebagai objek seks.

"Ia suatu pencerobohan ruang peribadi wanita dan juga eksploitasi terhadap mereka untuk tujuan politik," katanya dalam satu kenyataan.

Chew menambah, penyebaran foto-foto bogel bercanggahan dengan undang-undang pencegahan pornografi seperti termaktub dalam Kanun Keseksaan.

Menteri besar Selangor pula memuji kepemimpinan Elizabeth dengan menyifatkannya sebagai seorang wakil rakyat dan exco kerajaan negeri yang "tekun dan bijaksana."

khalid ibrahim selangor mb pc 310708 07"Maka kini saya menaruh keyakinan bahawa beliau masih boleh meneruskan tugas dan tanggungjawab tersebut dengan cekap dan berkesan," kata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Katanya, beliau bersama barisan exconya akan tetap memberikan sokongan kepada Elizabeth untuk berdepan keadaan yang getir ini.

"Saya percaya pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab pasti akan menggunakan isu ini dalam usaha untuk tujuan politik tertentu," katanya.

"Namun, saya berharap agar orang awam tidak terus membuat keputusan sebelum pihak polis mengeluarkan hasil penyiasatan terhadap laporan yang dibuat oleh Elizabeth."

dr lolo ceramah 050308 stagerAhli jawatankuasa PAS Dr Lo' Lo Mohamed Ghazali berkata, tindakan menyebarkan gambar bogel exco Selangor itu sebagai tindakan mereka yang tidak bermaruah.

"Orang yang menyebarkan gambar tersebut lebih teruk daripada pelacur. Kita tidak boleh melayan tindakan ini," katanya, juga ahli parlimen Titiwangsa.

Menurutnya, Islam tidak membenarkan kegiatan intai-mengintai terhadap seseorang, apatah lagi untuk mengaibkan orang lain.

"Tindakan ini sangat memualkan. Saya kesal dengan tindakan media yang merosakkan masyarakat dengan menyebarkan gambar bogel orang.

"Gambar siapa lagi yang akan disebarkan selepas ini, seolah-olah tiada kerja lain."

mahfuz omarKetua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berharap keadilan harus diberikan kepada Elizabeth seperti kes pencerobohan ruang peribadi terhadap selebriti Nasha Aziz beberapa tahun lalu.

Mengulas kenyataan ketua pembangkang di Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo yang menggesa wakil PKR itu berundur, Mahfuz berkata:

"Gambar itu bukan bersama pasangan. Keadaan itu berbeza dengan apa yang berlaku kepada (Datuk Seri) Dr Chua Soi Lek.

"Perkara ini (pencerobohan) sangat berbahaya dan boleh berlaku di mana-mana sahaja, seperti hotel."

"Saya anggap (nasib yang dialami Elizabeth) ini sebagai politik mafia. Saya tidak tengok gambar itu, tetapi saya difahamkan beliau bersendirian," tambahnya lagi.

"BN terlalu lemah sekarang dan tidak ada faktor penarik. Oleh itu diwujudkan faktor sebegitu dengan melakukan serangan peribadi (terhadap Elizabeth)."


Eli: Saya mangsa sebaran foto bogel

Feb 16, 09 10:09am
kemaskini 3.20pm Seorang exco kerajaan Selangor membuat aduan polis tengah malam tadi berhubung penyebaran foto-foto bogelnya kepada umum.

Elizabeth Wong, yang juga wakil rakyat PKR di Bukit Lanjan, membuat laporan di balai polis Damansara, Petaling Jaya kira-kira jam 11.30 malam.

Dihubungi hari ini, ketua polis daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed mengesahkan pihaknya menerima laporan daripada ahli politik berusia lewat 30-an itu.

Difahamkan foto-foto itu dirakam tanpa kebenarannya - kemungkinan oleh seorang bekas teman lelakinya - sewaktu beliau sedang tidur.

"Saya menjadi mangsa dalam insiden ini," katanya dalam satu kenyataan tengah hari ini (teks lengkap di bawah).

"Saya dimaklumkan beberapa orang sedang cuba mengedarkan foto-foto atau rakaman video yang menunjukkan saya tidur dalam keadaan separuh bogel dan juga dalam posisi intim."

Tambahnya, pengedaran gambar-gambar ini serangan jahat terhadap keperibadiannya.

"Ia merupakan satu pencabulan nyata terhadap maruah saya, satu pencabulan terhadap hak peribadi saya, khususnya kekudusan kehidupan peribadi saya.

"Ia dilakukan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab bagi memalukan dan mencemarkan nama baik saya," katanya.

Elizabeth menjadi sasaran kedua berkaitan dakwaan seks selepas serangan terhadap seorang wakil rakyat PAS, yang juga exco kerajaan negeri, Dr Halimah Ali yang didakwa ditangkap basah di sebuah hotel sekitar Pelabuhan Klang.

Sambil menafikannya, beliau membuat aduan polis hujung bulan lepas terhadap sebuah laman web pro-Umno berhubung penyiaran tuduhan tersebut.

Teks lengkap (terjemahan) kenyataan akhbar

Saya telah dimaklumkan pada hari Jumaat, 13 Februari 2009 oleh wartawan-wartawan Malay Mail bahawa mereka memiliki foto-foto intim saya dan akhbar tersebut ingin menyiarkan berita mengenai foto-foto tersebut.

Saya dimaklumkan bahawa beberapa orang cuba menyebarkan foto/video yang menunjukkan saya tidur dalam keadaan separuh bogel dan juga dalam posisi intim.

Penyebaran dan penerbitan foto/video tersebut satu serangan berniat jahat terhadap keperibadian saya. Ia merupakan pencabulan maruah saya, satu pelanggaran ruang peribadi saya dan terutamanya, kekudusan kehidupan peribadi saya. Ia juga perbuatan mereka yang tidak berakhlak untuk memalukan saya dan mencemar nama baik saya.

Saya menjadi mangsa perbuatan tersebut.

Saya telah membuat laporan polis semalam berhubung perkara itu dan saya akan bekerjasama sepenuhnya dengan polis dalam menjalankan siasatan mereka. Oleh itu, saya tidak akan membuat sebarang spekulasi secara terbuka tentang siapakah mereka yang bertanggungjawab menceroboh ruang peribadi saya.

Saya telah menerima banyak sokongan daripada penyokong saya, rakan dan penduduk di kawasan pilihanraya saya. Saya ingin mengucapkan terima kasih atas keprihatinan, sokongan dan galakan mereka.

Anggota keluarga saya juga berdiri teguh di belakang saya. Saya ingin merayu kepada pihak media supaya memberi saya dan anggota keluarga saya ruang keselesaan dalam menghadapi keadaan mencabar ini supaya saya boleh memikul cabaran berat ini.

Buat masa ini, saya akan menjalankan tugas seperti biasa, terus berkhidmat dengan jujur kepada rakyat Selangor.

Elizabeth Wong Keat Ping
Adun Bukit Lanjan
Exco Pelancongan, Alam Sekitar dan Hal Ehwal Pengguna
Kerajan Negeri Selangor

Sunday, February 15, 2009

NIZAR BUKAN DERHAKA TETAPI AMANAH

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat; Derhaka ialah tidak taat atau khianat kepada negara (Tuhan, orang tua, dll), menentang kekuasaan undang-undang yang sah. Ertinya derhaka ini berlaku jika kita melawan peraturan yang telah didaulatkan melalui undang-undang.

Manakala amanah pula amanah ialah sesuatu yg dipercayakan kpd orang (diserahkan utk disimpan dll). Ertinya jika sesuatu peraturan dan undang-undang yang dipertanggungjawabkan ke atas kita dipelihara dengan jujur dan taat setia itu adalah amanah.

Contoh derhaka; bila mana undang-undang yang telah diperkenankan oleh YDP Agong kata jangan rasuah, tetapi dalam pemilihan pemimpin parti rasuah diamalkan, itu derhaka namanya.

Contoh amanah pula; bila mana undang-undang yang telah diperkenankan oleh baginda sultan kata, tidak boleh pecat MB selain dari tiga cara sama ada Bubar Dun, Undi tidak percaya di dalam sidang Dun atau MB secara sukarela letak jawatan tiba-tiba ada orang secara paksa suruh MB letak jawatan dan MB pula tidak mahu letak sebab cara itu bertentangan dengan undang-undang, maka itu namanya amanah.

Merujuk isu di Perak, ternyata Datuk Seri Nizar adalah seorang yang sangat amanah kerana mempertahankan kedaulatan undang-undang tubuh negeri Perak.

Sebaliknya Barisan Nasional adalah penderhaka kerana sering melanggar undang-undang seperti amalan rasuah, pemimpin berzina, berjudi, peras ugut, dan yang terkini melantik Menteri Besar secara haram kerana membelakangi undang-undang tubuh negeri.

Ingatlah sesungguhnya dalam sejarah melayu, Hang Tuah tidak derhaka, tetapi sebenarnya difitnah. Bendahara Melaka juga tidak derhaka kerana ingkar melaksanakan hukuman bunuh terhadap Hang Tuah kerana pada pendapatnya hukuman yang diputuskan tidak mengikut proses undang-undang negeri.

Hang Jebat juga bukan penderhaka sebaliknya beliau mempertahankan kedaulatan undang-undang tubuh negeri yang meletakkan keadilan sebagai asas kedaulatan negeri.

Jadi siapakah yang menderhaka terhadap kedaulatan undang-undang?

Ingatan Agong: Hormati Perlembagaan Persekutuan

Feb 16, 09 1:02pm
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mengingatkan rakyat jelata supaya menghormati Perlembagaan Persekutuan dan berharap tidak ada sebarang percubaan untuk mewujudkan undang-undang lain yang bertentangan dengan keluhuran Perlembagaan.

Baginda bertitah sejarah kemerdekaan dan Perlembagaan Persekutuan perlu dijelaskan kepada golongan muda supaya mereka lebih memahami asas pembentukan negara.

"Generasi muda merupakan pelapis dan harapan masa depan negara. Prinsip-prinsip Rukun Negara hendaklah difahami dan dihayati oleh segenap lapisan rakyat," titah baginda ketika merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen Ke-12 di Dewan Rakyat, lapor Bernama.

Seri Paduka turut melahirkan rasa dukacita kerana walaupun negara telah 51 tahun merdeka, isu perkauman yang sempit masih dibangkitkan oleh pihak tertentu dan menjadi perdebatan umum.

"Beta ingin menegaskan bahawa kerajaan Beta tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang cuba memecahbelahkan rakyat demi memastikan keharmonian kaum dan keamanan negara dikekalkan," titah baginda sambil menerima tepukan meja yang gemuruh daripada anggota dewan.

Baginda bertitah bahawa hak setiap rakyat di negara ini yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan akan sentiasa dipelihara dan dihormati.

"Sehubungan ini, Beta menyeru semua rakyat bersama-sama meningkatkan perpaduan demi kestabilan dan kemakmuran negara. Kepelbagaian kaum dan budaya yang dimiliki hendaklah digembleng menjadi kekuatan negara kita," titah Seri Paduka.

Jangan persoal kedudukan Islam

Tuanku Mizan juga mengingatkan semua pihak supaya menghormati dan tidak mempersoalkan kedudukan agama Islam sebagai agama persekutuan seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Mengenai berita palsu dan fitnah yang disebar pihak tertentu termasuk melalui laman blog sehingga menyebabkan berlaku kekeliruan di kalangan rakyat, baginda mahu rakyat berhati-hati
dan bijak menilai maklumat yang tersebar.

"Sesungguhnya kita harus belajar daripada sejarah di mana kejatuhan sesebuah empayar dan tamadun adalah berpunca daripada fitnah, hasad dengki dan perpecahan di kalangan rakyat," titah baginda.

Baginda juga mahu pengamal media termasuk penulis blog supaya lebih beretika dan bertanggungjawab serta tidak menyalahgunakan kebebasan yang diberikan demimengekalkan keharmonian dalam masyarakat.

Seri Paduka turut menyambut baik penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang membuktikan keikhlasan dan iltizam kerajaan mengotakan janji untuk membanteras rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan.

"Bagi memastikan usaha pembanterasan rasuah dilaksanakan dengan cekap dan berkesan, SPRM perlu dianggotai oleh pegawai-pegawai profesional, berkemahiran dan berkeupayaan tinggi serta terlatih dalam pelbagai bidang," titah baginda.

Tuanku Mizan bertitah bagi menarik golongan tersebut berkhidmat, SPRM akan menyediakan skim perkhidmatan dan saraan yang lebih baik bagi mengiktiraf para pegawai suruhanjaya itu di atas peranan dan sumbangan penting mereka dalam meningkatkan integriti dan membanteras jenayah rasuah di negara ini.

Melonjak martabat negara

Baginda bertitah penubuhan SPRM dan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman adalah bukti bahawa kerajaan berpegang kepada janji dan yakin kedua-dua suruhanjaya itu akan meningkatkan lagi keyakinan masyarakat terhadap kredibiliti institusi berkenaan.

"Langkah kerajaan ini akan memantapkan lagi agenda negara dan seterusnya melonjakkan martabat negara di persada antarabangsa," titah baginda.

Tuanku Mizan turut menitikberatkan mengenai pendidikan awal dan menyeru agar semua pihak termasuk ibu bapa, masyarakat, badan bukan kerajaan dan badan korporat memainkan peranan membantu para pendidik untuk melahirkan modal insan yang cemerlang sehingga ke peringkat antarabangsa.

"Usaha-usaha memperluaskan pendidikan prasekolah akan terus dilaksanakan bagi memastikan peluang pendidikan diperoleh lebih awal. Di samping itu, transformasi kurikulum prasekolah dan sekolah rendah akan dilaksanakan agar lebih relevan dengan keperluan semasa dan akan datang," titah baginda.

Baginda turut memuji tindakan tepat kerajaan yang mengadakan sidang khas Parlimen pada 12 Januari lalu bagi mengutuk tindakan Israel menyerang rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.

"Kerajaan Beta sentiasa siap siaga berinteraksi supaya negara-negara kecil khususnya tidak ditindas atau ditekan atas alasan yang membelakangkan undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia.

"Beta berbangga di atas kejayaan Malaysia mengusulkan supaya diadakan sesi khas Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi membincangkan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza," titah Seri Paduka.

Special Ads

Untungnya buruk lantak rasuah Umno!

Untungnya Umno. Ketika pemilihan parti itu tinggal beberapa hari lagi, berlaku kejadian merompak di Perak. Lompat-melompat parti kata seorang lawyer adalah constitutional. Mana aku tau. Saya tak peduli sangat kalau poly-tikus murahan dah memang gian sangat menyerah diri. Tak kiralah walau menyerah kat Umno sekalipun.

Tetapi, susahlah nak buat tak peduli kalau nampak macam nak berlaku penyucian kes rasuah dan disekat tengah jalan untuk dipaksa kembali menyokong dan yang di takhta pula begitu pendiam bagaikan kehilangan kata-kata dalam perjumpaan terakhir dengan Menteri Besar (MB) kerajaan yang dihambat sedangkan dalam perjumpaan sebelum itu ketika si MB memohon Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan, yang ditakhta begitu ceria dan dilaporkan pula berkata, "kalau macam ni, bubarlah (DUN)" (yang di takhta khabarnya memang seorang yang ceria dalam keadaan biasa dan kata-katanya selalu diselang-selikan dengan ketawa).

Susahlah nak buat tak hairan kalau biasanya dalam setiap pertemuan si MB yang dihambat itu yang kena tunggu yang di takhta dalam masa 10 atau 20 minit. Tetapi, dalam perjumpaan untuk menghambat si MB, yang di takhta sudah siap menunggu bersama-sama penasihat undang-undang negeri (LA). Yang di takhta juga enggan bercakap bila diminta beberapa penjelasan dari sudut undang-undang termasuk apa yang termaktub dalam Perlembagaan. Yang di takhta diam sahaja - bak kata orang putih, dia tak dispute. Si LA pun tak dispute apa yang dihujahkan oleh si MB (aku rasa jenuh jugak dia hafal hujah-hujah tu).

Minta tolong jangan bantai dan hentam yang di takhta kerana aku ada soft spot dan berterima kasih kepada orang tua tu sebab dia yang sign Pindaan Perlembagaan 1993 yang mengkudungkan imuniti raja-raja (tak kisahlah apa yang mendorong dia sign) yang bagi saya merupakan jasa terbesar Tun Dr Mahathir Mohamad kepada seluruh rakyat Malaysia yang berakal (ini bukan ayat perli, dengan nama Allah saya berterima kasih kepada Dr Mahathir kerana jasa terbesarnya mengkudungkan imuniti raja-raja itu).

Berikutan bantahan perbuatan merompak yang turut menjadikan Datuk Seri Dr Zahid Hamidi dan Mat Kemian seronok tergedik-gedik itu (orang mendakwa Mat Kemian ialah nama gelaran kepada Datuk Seri PanglimaMohd Annuar Zaini. Orang dakwa la, saya pun tak tau betui ka, tidak ka), mengamuklah pula gerombolan Umno dengan slogan membela raja yang membuatkan berduyun-duyun rakyat negara ini termuntah-muntah kerana slogan munafiq itu.

Untungnya Umno. Sebelum ini, satu negara membincangkan perbuatan mentekedarah rasuah yang berleluasa dalam parti itu. Selepas tercetus cerita rompakan di Perak, hampir tak ada berita Umno mentekedarah rasuah.

Oleh kerana orang sudah terlupa betapa buruk lantak dan pelahapnya Umno apabila disumbat rasuah ke tekaknya dek kerana terlalu heboh dan riuh cerita merompak di Perak, siapa boleh nafikan bahawa kesempatan itu direnggut cukup-cukup oleh para pemimpin Umno yang mengidam supaya dipilih lagi untuk memperalatkan jawatan - siapa boleh nafikan mereka meliwat-liwat kesempatan itu sepuas-puasnya dengan festival rasuah mereka.

Siapa boleh nafikan para perwakilan dan mereka yang kebulur rasuah gila-gila berkenduri rasuah ketika terlupa sebentar buruk kelaku mereka kerana tumpuan diasyikkan oleh kes merompak di Perak.

Barangkali sebab itulah Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub mengucapkan terima kasihkepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana mengadakan pilihan raya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau selepas Umno berhimpunkerana tindakan SPR itu akan memberi peluang kepada rakyat berjumpa dengan apa yang disebutkan oleh bekas presiden parti itu, Dr Mahathir sebagai "kerajaan pimpinan perasuah".

Menurut bekas Perdana Menteri, jika yang menang dalam pemilihan Umno Mac ini adalah orang yang menghulur rasuah maka parti itu akan dipimpin oleh perasuah.

"Dan kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri akan dipimpin oleh perasuah selepas Pilihanraya Umum ke 13 jika Barisan Nasional menang. Dan pemimpin jenis ini akan sauk duit kerajaan dan duit siapa sahaja yang berurusan dengan kerajaan.

"Saya telah berbual dengan beberapa orang yang tidak berparti dan juga yang berparti. Pendapat mereka semuanya sama - mereka tidak ingin diperintah oleh kerajaan pimpinan perasuah," kata Dr Mahathir.

Mengambilkira apa yang diperingatkan oleh Dr Mahathir itu, kata Salahuddin, PAS akan menjadikan kedua-dua pilihan raya kecil itu sebagai medan untuk rakyat mendesak para pemimpin parti yang berbudayakan rasuah itu membuat pengakuan bahawa mereka tidak merasuah ahli-ahli parti itu untuk dipilih sebagai pemimpin.

"Kita akan mengajak rakyat Bukit Gantang dan Bukit Selambau menuntut mana-mana pemimpin Umno yang datang berkempen ke kedua-dua kawasan itu supaya bersumpah di mana-mana masjid di kedua-dua kawasan tersebut bahawa mereka tidak merasuahkan ahli-ahli Umno atau mana-mana pihak untuk dipilih sebagai pemimpin.

"Yang utama sekali ialah kita akan mengajak rakyat di sana menuntut Datuk Seri Najib Tun Razak bersumpah bahawa beliau tidak merasuah sesiapapun samada ada di dalam atau di luar Umno sehingga beliau menang tanpa bertanding sebagai presiden parti itu.

"Bukan kita yang mulakan tetapi Najib sendiri yang mengajar rakyat supaya bersumpah untuk membuktikan kebenaran apabila beliau bersumpah dalam masjid di Kampung Guar Perahu dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh dahulu bahawa beliau tidak terlibat atau mengenali wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu," kata Salahuddin.

Jangan lupa perangai buruk lantak rasuah Umno. Ni berita-beritanya:

TDM: Umno yang bukan lagi Umno (29/5/08)
TDM: Rasuah politik (11/8/08)
TDM: Rasuah dalam Umno (19/8/08)
TDM: Pemilihan Umno (17/10/08)
TDM: Politik wang dalam Umno (24/10/08)
TDM: Peralihan kuasa (14/11/08)
TDM: Pencalonan Umno (19/11/08)
TDM: Rasuah dan keazaman politik (25/11/08)
TDM: Mac 2009 (2/12/08)
TDM: Pilihan raya kecil Kuala Terengganu (23/1/09)
TDM: Rasuah Umno (3/2/09)
BPR digesa siasatan skandal balak Umno Pahang (Malaysiakini 29/7/03)
Politik wang: Adnan marah tapi kasihan.... (Malaysiakini 5/10/04)
Dr M dakwa kalah kerana politik wang (Malaysiakini 11/9/06)
"Itulah harga maruah ahli Umno sekarang, dua ratus ringgit" (petikan dari Screenshots 11/9/06)
Ku Li: Campurtangan atasan punca Dr M tewas (Malaysiakini 13/9/06)
Johari shoots Umno in the foot (Malaysiakini 14/9/06)
Penyokong Dr M di Kubang Pasu terima SMS ugutan (Malaysiakini 16/9/06)
Ahli Umno Kubang Pasu buat aduan mengenai politik wang (Malaysiakini 29/9/06)
Dr M's defeat: Complaint lodged (Malaysiakini 29/9/06)
Kubang Pasu delegate: I was put under quarantine (Malaysiakini 2/10/06)
Menteri lesapkan wang syarikat selesai hutang peribadi, dakwa Gerak (Malaysiakini 29/6/07)
Laporan BPR kedua Mazlan terhadap PM, Najib (Malaysiakini 4/9/08)
Abdullah, Najib didakwa 'salah guna kuasa' (Malaysiakini 5/8/08)
Politik wang ini dah semakin bermaharajalela (petikan dari Bernama 14/8/08)
'Ahli Umno tak takut politik wang' (Malaysiakini 5/9/08)
Aduan rasuah, kekerasan di Wangsa Maju (Malaysiakini 17/9/08)
Politik wang: Muhyiddin rasa malu dedahkan kelemahan Umno (mStar Online 14/10/08)
Sidang Pemuda Umno Rantau Panjang kecoh, unit antirusuhan dipanggil (mStar Online 18/10/08)
Wanita Umno pula baling kerusi (mStar Online 18/10/08)
Rais: Kawal rasuah Umno atau buka tender (Malaysiakini 21/10/08)
Politik wang dan pawang politik dalam Umno (Syed Imran Al-Sagoff 21/10/08)
Rasuah sudah menjadi budaya Umno - Rais (Harakah 22/10/08)
Pemilihan Umno diharap tidak dijadikan seperti tender terbuka (mStar Online 22/10/08)
Ganjaran wang politik perwakilan Umno cecah RM20,000? (mStarOnline 25/10/08)
Sidang Kota Tinggi kecoh protes hukuman Lembaga Disiplin (mStar Online 27/10/08)
Adakah Razaleigh akan terus berkhidmat kepada parti rasuah? (Harakah 3/11/08)
Razaleigh: Ada bahagian minta rasuah pencalonan RM2 juta (mStar Online 3/11/08)
Ku Li tewas akibat gagal sogok wang? (Malaysiakini 5/11/08)
Umno terima 900 aduan politik wang (Utusan Malaysia 8/11/08)
Rasuah jadi hak eksklusif Umno - Husam (Harakah 10/11/08)
Kerusi terbang warnai mesyuarat Umno Seremban, perwakilan cedera (mStar Online 10/11/08)
Buang pemimpin amal politik wang dari Umno - Mahathir (mStar Online 12/11/08)
Dr M: Money politics will ruin Umno in GE (Malaysiakini 12/11/08)
�Hanky-panky� in Umno deputy president race: Dr M (The Star 12/11/08)
Dr M says ISA should be used against corrupt Umno members (Malaysian Insider 12/11/08)
Umno juara rasuah (Azhar Ahmad 13/11/08)
Politik wang dijangka parah menjelang pemilihan Umno - Tengku Rithauddeen (mStar Online 14/11/08)
'Politik wang nampaknya lebih teruk, bahaya' - Tengku Rithaudeen (mStar Online 16/11/08)
Dr M to name Umno members involved in money politics (The Star 19/11/08)
Peralihan kuasa sia-sia - Dr Mahathir (Harakah 20/11/08)
Orang Melayu perlu pertahankan hak mereka - Tun Mahathir (Utusan Malaysia 20/11/08)
Gejala rasuah sukar dibendung walaupun Najib jadi PM, kata Dr Mahathir (Bernama 22/11/08)
Politik wang di Kota Tinggi, BPR panggil saksi (Malaysiakini 27/11/08)
Tuduhan rasuah politik: BPR nak siasat tapi disekat? (Politica 16/12/08)
Mubarak: Lembaga disiplin lambat bertindak... (Malaysiakini 18/12/08)
Tangguh pemilihan Umno jika siasatan politik wang tidak selesai (mStar Online 24/12/08)
Pemilihan Umno: Tiada tindakan ahli minta sogokan (Malaysiakini 26/12/08)
Tataetika Umno lemah, tidak boleh dakwa ahli minta suapan (mStarOnline 26/12/08)
Sah pemimpin Umno kebal dari tindakan SPRM (PAS Johor 9/1/09)
Tiga 'bandar politik wang' Umno (Malaysiakini 29/1/09)
Bantah idea bubarkan sayap utama Umno (Malaysiakini 29/1/09)
Politik wang: Umno tidak setuju SPRM siasat pemimpin (Malaysiakini 30/1/09)
Pemuda Umno marah kekerasan SPRM (Malaysiakini 30/1/09)
Umno�s road to perdition (Malaysian Insider 3/2/09)
Litmus test for MACC (The Sun 9/2/09)

Peguam: Bicara semula kes Altantuya

Feb 16, 09 11:55am
Peguam seorang tertuduh kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu menimbulkan sedikit kegemparan apabila memohon Abdul Razak Abdullah Baginda dibicarakan semula.

Kamarul Hisham Kamaruddin yang mewakili koperal Sirul Azhar Umar mengemukakan permohonan agar ketiga-tiga tertuduh asal kes itu - termasuk penganalisis politik itu yang digugurkan daripada membela diri.

Seorang lagi tertuduh, cif inspektor Azilah Hadri - kedua-dua anggota polis ini daripada Unit Tindakan Khas (UTK).

Kamarul Hisham menyatakan demikian ketika menyampaikan hujahan di akhir kes pembelaan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Special Ads

Protect your computer now! http://www.noadware.net/?hop=suhaimi60

"Jangan biadab": Antara Perak dan Terengganu-ref malaysiakini

penarik beca

Boleh siapa-siapa tolong saya? Kalau jumpa, tolong beritahu. Saya jenuh cari kenyataan Sultan Selangor mengenai gambar di atas. Yang ada ialah kenyataanmengenai apa yang berlaku di Perak yang antara lain menyatakan:
Janganlah kita mudah terpedaya dengan gelagat serta tindakan yang hanya akan mencemarkan martabat kita, mengundang risiko yang tinggi terhadap kemajuan kita, serta menghakis asas-asas kedaulatan negara ini dengan sifat-sifat keji seperti biadab, derhaka, angkuh, jahil ilmu dan kemaruk kuasa.
Barangkali apa yang berlaku di Terengganu seperti dirakam gambar di atas tidak menghakis asas-asas kedaulatan negara ini, tidak keji, tidak biadab, tidak derhaka, tidak angkuh, tidak jahil ilmu dan tidak kemaruk kuasa.

Fuh! Nasib baik tunjuk perasaan yang dimarahi Sultan Selangor itu tidak berlakuPlanet Hollywood.



0 comments:

halau mereka dari kawasan anda!!

halau mereka dari kawasan anda!!

Tags