IPOH: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memohon untuk menghadap Sultan Perak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.
Bercakap dalam sidang akhbar di kediamannya selepas lebih sejam mengadakan mesyuarat tergempar Pakatan Rakyat, Mohammad Nizar berkata, beliau masih Menteri Besar yang sah walaupun Sultan Azlan Shah menitahkannya meletakkan jawatan.
"Saya dan Anwar akan meminta menghadap Tuanku Sultan lagi untuk bubar DUN atau mengadakan sidang khas untuk mengadakan undi tidak percaya terhadap kerajaan baru," katanya.
Polis nafi kepung
Laporan lain pula memetik, Polis menafikan dakwaan mengambil alih bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang menempatkan pejabat Menteri Besar dan Exco, sebaliknya hanya mengadakan kawalan keselamatan bagi memastikan tiada kejadian tidak diingini berlaku.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias, pihaknya meningkatkan kawalan di jalan utama ke bangunan SUK berikutan perkembangan semasa di negeri itu.
Saya dan Anwar akan meminta menghadap Tuanku Sultan lagi untuk bubar DUN atau mengadakan sidang khas untuk mengadakan undi tidak percaya terhadap kerajaan baru - Nizar