Latest News

Saturday, November 29, 2008

Pakatan disaran luaskan kuasa raja

Ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat harus mengusulkan supaya Raja-raja Melayu diberi peranan lebih besar dalam penggubalan dasar negara, gesa ketua Wanita PKR.

Zuraida Kamaruddin berkata, gesaannya itu sebagai sokongan kepada cadangan presiden parti itu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pagi semalam ketika menyampaikan ucapan dasarnya dalam kongres nasional kelima PKR, Malaysiakini.net melaporkan.

Bekas ahli parlimen Permatang Pauh itu berkata beliau ingin mengembalikan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk meluluskan sesuatu rang undang-undang atau pindaan akta seperti sebelum pindaan Perlembagaan Persekutuan pada 1983.

Pindaan itu, seperti diamalkan sekarang, memberikan tempoh selama 30 hari kepada Agong untuk meluluskan sesuatu rang undang-undang atau, jika baginda tidak memperkenan, secara automatik rang tersebut diluluskan.

Ditemui Malaysiakini, Zuraida berkata: "Kita ingin Raja-raja dilihat sebagai ketua kepada semua kaum, bukan semata-mata ketua orang Melayu."

Mengulas bidang penglibatan istana yang patut diperkukuhkah, Zuraida berkata penguasa tertinggi dalam negara itu patut campur tangan memutuskan dalam isu kelemahan kaum seperti tuntutan Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf).

Naib Presiden PKR Dr Lee Boon Chye pula berkata Raja-raja perlu diberi peluang memainkan peranan lebih besar sebagai agen semak dan imbang terhadap keputusan yang dibuat pihak eksekutif.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas cadangan Dr Wan Azizah secara terperinci sama ada bermaksud kekebalan daripada aspek undang-undang atau proses meluluskan undang-undang.

Dr Lee berkata, isu sebenar ini perlu dibincangkan lebih lanjut.

Exco pelancongan Selangor dan juga exco Wanita PKR Elizabeth Wong tidak bersetuju kekebalan Raja-raja diberikan sehingga baginda tidak boleh didakwa di mahkamah khas seperti pindaan perlembagaan pada 1993.

Seperti Elizabeth, ahli parlimen PKR bagi Padang Serai, N Gobalakhrisnan bersetuju institusi Raja-raja dirujuk sebelum sesuatu fatwa diluluskan untuk dikuatkuasakan.

Sewaktu membahaskan ucapan dasar presiden, seorang perwakilan meminta status Raja-raja Melayu seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sekarang dikekal dan tidak dipinda.

"Mengenai Raja-raja, kita minta apa yang disebut dalam perlembagaan dikekalkan. Saya juga meminta kebijaksanaan pemimpin-pemimpin dalam hal berkaitan institusi raja-raja.

"Status quo seperti yang ada dalam Perlembagaan Persekutuan yang termaktub pada hari ini (perlu) dikekalkan. Ini penting.

"Kita minta dipertahankan, bukan dipinda," kata perwakilan Pahang, Ahmad Nizam Abdul Hamid.

Ditemui media selepas ucapannya itu, Ahmad Nizam yang juga peguam kepada imam Ramlang Porigi yang menjadi saksi sumpah laknat isu liwat Mohd Saiful Bukhari Azlan berkata:

"Perlembagaan sedia ada sudah cukup untuk mempertahankan kedaulatan dan maruah Raja-raja Melayu."

Iklan Istimewa


http://www.bio-asli.com/daftar_keahlian.asp?id=seramaesty

Friday, November 28, 2008

Anwar tidak jelas kegagalan 16 Sept

Nov 29, 08 1:30pm
Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menjelaskan punca kegagalannya menukar kerajaan persekutuan, atau "projek 16 September", walaupun beliau dijangka mengulas panjang isu itu seperti dinanti-nantikan banyak pihak dalam kongres pertama PKR selepas pilihanraya umum Mac lepas.

Semalam, timbalan presiden parti itu Dr Syed Husin Ali berkata, beliau menjangkakan perkara itu akan dijelaskan tokoh utama PKR itu dalam kongres tahunan kelima parti itu yang bermula di Shah Alam hari ini, lapor Malaysiakini.com.

pkr national congress 291108 anwar ibrahim3Akibat kegagalan tersebut, media menuduh Anwar berbohong dan terhadap ahli-ahli PKR dalam pergerakan Wanita dan Angkatan Mudanya yang percaya dengan dakwaan sedemikian, kata Dr Syed Husin.

Mengakui projek itu "belum berhasil", Anwar berkata:

"Peralihan kuasa bagi kita bukan percaturan politik peribadi.

"Peralihan kuasa bagi kita adalah menegakkan suatu sistem yang adil, media yang bebas, badan kehakiman yang bebas, polis yang profesional, pimpinan yang tidak rasuah dan tamak haloba menekan rakyat.

"Itu maksud peralihan kuasa. Dan peralihan kuasa belum berhasil pada 16 September."

Menyampaikan ucapannya di kongres PKR tengah hari ini, Anwar sekali lagi membidas para pemimpin Umno yang "terus memainkan api perkauman seolah-olah mereka jaguh Melayu tulen".

Tambahnya, semua pemimpin Pakatan Rakyat yang pelbagai kaum tidak mempertikaikan dasar yang digariskan dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Melayu, Dayak, Dusun, Bajau, Melanau, Kadazan, Cina, India tidak perlu apolegetik untuk bermaafan -- untuk mengatakan kami (anggota Pakatan) tidak lupa dasar yang termaktub dalam perlembagaan di negara kita.

"Itu dasar kita. Kita harus jawab serangan mereka," katanya.

Beliau turut melahirkan rasa kesal dengan label anti-Melayu yang dikenakan terhadap DAP oleh "jaguh-jaguh Melayu baru" seperti ucapan-ucapan mereka di dalam Parlimen.

Iklan Istimewa

http://www.bio-asli.com/daftar_keahlian.asp?id=seramaesty

Ajaran Sesat Ayah Pin: Siapa bertanggungjawab?

Media banyak menyentuh isu pengamal ajaran sesat, Arifin Muhamad, 65 (Ayah Pin) awal bulan ini apabila berlaku kontradiksi antara pihak penguasa berkenaan bidang kuasa mendakwa dan menangkap pemimin ajaran sesat itu.

Di Kuala Terengganu, 14 November lalu Bernama melaporkan bahawa Polis menyifatkan Ayah Pin masih lagi satu ancaman kerana pengaruh ajaran sesatnya belum berkubur sepenuhnya.

Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Shukri Dahlan dilaporkan sebagai berkata, walaupun
demikian, sebarang tindakan untuk menangkapnya tertakluk kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) memandangkan polis tidak boleh melangkaui keputusan jabatan itu yang berkuasa terhadap hal berkaitan agama Islam.

"Dalam tempoh terdekat, mungkin ada ke arah itu (penahanan)," katanya kepada pemberita sebagai mengulas kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan yang mengarahkan polis Terengganu mendapatkan penjelasan daripada JHEAT yang belum membenarkan polis menahan Ayah Pin walaupun dia dipercayai pulang ke negara ini dari Selatan Thailand baru-baru ini.

Mohd Shukri berkata bahawa dalam satu pertemuan dengan JHEAT, polis dimaklumkan bahawa jabatan itu masih dalam proses memulihkan akidah pengikut-pengikut Ayah Pin.

"Polis dimaklumkan ada antara pengikut Ayah Pin yang sudah bersembahyang Jumaat dan kembali bercampur dengan masyarakat sekitar," katanya.

Di Kemaman, Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said mengarahkan JHEAT supaya menyerahkan laporan perkembangan terkini siasatan mengenai Ayah Pin kepada beliau dalam tempoh terdekat.

Sementara itu, di Kuantan pada 17 November lalu Bernama melaporkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata Ayah Pin yang didakwa menganjurkan satu ajaran sesat di Terengganu, hanya akan ditahan jika Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) meminta bantuan polis untuk menangkapnya.

Beliau menjelaskan kes penyelewengan agama atau ajaran sesat bukanlah dalam bidang kuasa polis sebaliknya ia adalah bidang kuasa majlis agama Islam.

"Dalam hal ini Ayah Pin dikatakan melakukan penyimpangan dari segi agama, dia mengajar agama sesat. Bila ajar agama, ini bukan bidang polis, ini bidang majlis agama, kita hanya boleh ambil tindakan bila majlis agama memberikan kita arahan untuk menolong menangkap dia," katanya kepada pemberita selepas menutup Perhimpunan Pertahanan Awam peringkat kebangsaan di sini, baru-baru ini.

Menurut sejarahnya, kumpulan Ayah Pin merupakan antara lima kumpulan ajaran sesat paling tegar dikesan di Malaysia dan mula bergerak pada tahun 1982.

Kumpulan itu antara lain, mengamalkan ratib secara kuat dalam gelap dengan bercampur antara lelaki dan wanita. Ayah Pin pula didakwa mengaku dirinya sebagai tuhan, pencipta semua agama serta pemegang kunci ke syurga.

Dikatakan sebanyak 22 perkara baru yang bertentangan dengan Islam dilakukan oleh ayah Pin dalam ajarannya dimana kebanyakkannya adalah untuk kepentingan diri sendiri antaranya pengikut perempuan perlu melucutkan pakaian kerana ayah Pin mendakwa pakaian yang dipakai mereka tidak suci.

Dipercayai terdapat 22 dari 25 ajaran yang tidak pernah didedahkan sebagai tambahan pada ajarannya.

Antaranya ialah Ayah Pin mendakwa akan menjadi Perdana Menteri di akhirat nanti. Ayah Pin mendakwa waktu Solat subuh berpanjangan hingga ke Zuhur.

Beliau dikatakan mendakwa Al-Quran yang ada sekarang tidak benar dan kiamat tidak akan berlaku kerana Allah tidak bodoh menjadikkan alam dan merosakkannya kembali.

Ajaran sesat itu mendakwa apabila bermimpi anak gadis pengikutnya berkahwin, si bapa perlu 'menyerahkannya' kepada ayah Pin untuk diserahkan kepada lelaki bertuah itu.

Kumpulan ajaran sesat itu didakwa mengamalkan upacara pengampunan yang dilakukan ketika bulan mengambang dan pengikut wanita perlu menanggalkan pakaian yang tidak suci serta perlu bersetubuh dangan 'tuhan' untuk mendapat lebih berkat.

Pengikut perempuan dikehendaki bernikah secara batin dengan 'tuhan' (ayah Pin) sementara pemimpin ajaran sesat itu mendakwa mempunyai keajaiban menyumpah orang menjadi batu dan menukarkan individu menjadi muda.

Didakwa wang diberikan Ayah Pin tidak akan habis apabila dibelanjakan. Didakwa juga kononnya Ayah Pin boleh membawa roh pengikut untuk berjumpa nenek moyang setahun sekali.

Isteri ayah Pin didakwa kononnya bukan orang biasa tetapi Puteri Gunung Ledang, Puteri Saadong, Puteri Nanu dan Puteri Matahari.

Kumpulan ajaran sesat itu mendakwa semua benda boleh dimakan termasuk yang diharamkan oleh agama Islam.

Persoalan juag timduk dalam kes perbicaraan pertikaian apakah undang-undnag yang berkuatkuasa ke atas kesalahan yang didakwa dialukan oleh Ayah Pin dan pengikutnya sama ada undang-undang sivil atau enakmen syariah negeri Terengganu.

Baru-baruini di Putrajaya, Ketua Hakim Negara Tan Sri Zaki Tun Azmi berkata beliau akan berusaha mencari jalan penyelesaian berhubung konflik berkaitan undang-undang sivil dan syariah supaya tidak wujud salah faham antara kedua-duanya.

Katanya jalan penyelesaian perlu dicari kerana pada masa akan datang banyak lagi kes berkaitan undang-undang syariah dijangka didengar di mahkamah sivil.

Berucap merasmikan satu seminar antarabangsa mengenai undang-undang perbandingan anjuran Universiti Sains Islam Malaysia di sini, Zaki memetik satu kes yang didengar oleh Mahkamah Persekutuan dua bulan lepas mengenai enakmen Jenayah Syariah Negeri yang dihujahkan oleh peguam sebagai bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Dalam kes itu, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa pendakwaan mengikut enakmen Syariah Terengganu terhadap Sulaiman Takrib, anggota kumpulan ajaran sesat Ayah Pin yang mencabar pendakwaan ke atasnya, merupakan undang-undang yang sah.

Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad yang bersara wajib bulan lepas dalam penghakimannya mendapati bahawa badan perundangan negeri boleh menggubal undang-undang kesalahan dan hukuman bagi kesalahan terhadap orang yang mengaku beragama Islam dan bagi kesalahan tidak mengikut ajaran Islam.

Sulaiman, 59, telah mencabar kesahihan daripada segi perlembagaan Seksyen 10 dan 14 Enakmen Kesalahan-Kesalahan Jenayah Syariah (Penalti Budi Bicara) (Terengganu) 2001 dan Seksyen 51 Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam (Terengganu) 2001.

Sulaiman didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Besut bagi pertuduhan menghina pihak berkuasa agama kerana enggan mematuhi fatwa bahawa ajaran yang dibawa Ayah Pin, adalah palsu dan sesat yang boleh mengancam ketenteraman awam dan merosakkan iman orang Islam.

Dia kemudiannya membawa kes itu ke mahkamah sivil atas alasan seksyen yang dipersoalkan itu bukannya kesalahan terhadap ajaran Islam yang terkandung dalam lima rukun Islam.

Ketua Hakim Syarie Datuk Ibrahim Lembut pula berkata cadangan Abdul Hamid mengenai kemungkinan mahkamah undang-undang lazim dan mahkamah syariah bergabung di negara majoriti Muslim, akan mengambil masa yang lama untuk dilaksanakan kerana banyak perkara harus diperhalusi dan dibincangkan serta dipersetujui bersama.

Ibrahim, yang juga Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, berkata pihaknya telahpun mengadakan pertemuan dengan peguam sivil dan syariah untuk memilih perkara yang dirasakan sesuai dalam proses penggabungan ini.

"Kita cuba nak mengharmonikan apa kehendak dalam undang-undang sivil dan undang-undang syariah...apa hak kita (undang-undang syariah) diterima oleh undang-undang sivil begitu juga sebaliknya.

"Sekarang ini mereka (undang-undang sivil) tak mahu terima langsung. Itu yang susah sikit. Ini yang kita cuba buat setakat ini, tetapi ini (penggabungan) masih jauh lagilah," katanya.

Kecelaruan bidang kuasa perundangan ini membolehkan kumpulan atau orang yang dianggap tidak mematuhi peruntukan undang-undang negeri dan negara sewenang-wenangnya, membuat apa yang mereka suka termasuk mempertikaikan undang-undang tertentu.

Kes menjadi rumit dan soal pokok iaitu membentras ajaran sesat melalui penguatkuasaan undang-undang menjadi tidak berkesan.

Apa lagi ada pihak berkuasa yang saling melepas tangan menyalahkan antara satu sama lain serta tidak serius menangani gejala menularnya ajaran sesat itu.

Pada akhir tahun 1980-an beberapa orang pengikut ajaran sesat itu pernah bertemu dengan penulis untuk memohon supaya penulis melaporkan dalam akhbar Harakah bahawa ajaran dan kumpulan ajaran sesat itu tidak salah dari segi agama dan undang-undang negeri.

Mereka mengajak penulis untuk berkunjung ke sebuah rumah yang menjadi pusat kegiatan mereka di Pasir Panjang Kuala Terengganu.

Penulis memberanikan diri untuk menyiasat sejauh mana kesesatan ajaran Ayah Pin itu dengan bertemu sendiri beliau di kampung tersebut.

Ayah Pin menceritakan kepada penulis dengan mendakwa bagaimana beliau mengamalkan amalan betapa selama 40 hari di dalam hutan dengan hanya memakan bertih beras.

Beliau mendakwa didatangi oleh seorang manusia yang berjubah putih mengajak beliau naik ke langit bertemu dengan bermacam benda termasuk babi dan lain-lain.

Beliau menceritakan pelbagai cerita karut marut yang sukar diterima akal. Antara pengikut Ayah Pin ketika itu termasuk penjawat awam dari pelbagai jabatan kerajaan sebagaimana dimaklumkan kepada penulis ketika itu.

Ini antara perkara yang penulis masih ingat mengenai apa yang Ayah Pin maklumkan kepada penulis. Benar atau salah maklumat itu, tidaklah diketahui.

Justeru sepatutnyalah ajaran sesat seperti itu dihapuskan sehingga ke akar umbinya. Pihak kerajaan sepatutnya bermuafakat untuk membentrasnya dengan segera, bukan melepaskan tanggungjawab dan menyalahkan pihak lain dalam menyelesaikan masalah ini.

Iklan Istimewa

http://www.bio-asli.com/daftar_keahlian.asp?id=seramaesty

Thursday, November 27, 2008

Arak sepatutnya diharamkan terus

Media sengaja menjadikan usaha kerajaan Selangor menghadkan penjualan arak (alkohol) di negeri itu suatu polemik awam yang sepatutnya semua pihak menyelongkar keburukan arak lebih dari menjadikannya sebagi isu politik.

Tanpa prejudis kepada mana-mana pihak penulis berpendapat adalah wajar arak di haramkan di mana-mana sahaja bukan sahaja di negara umat Islam.


Kenapa? Bersama ini penulis ingin mengutip beberapa fakta akibat buruk yang diperolehi hasil dari meminum arak.


Dr. Abu Bakar Abdul Majeed, seorang doktor perubatan menyebut bahawa larangan
untuk manusia meminum arak atau alkohol kerana akibatnya yang amat buruk, telah diketahui umum sejak sekian lama dahulu. Malah, setiap agama di dunia ini turut melarang sikap tersebut di kalangan para penganutnya.

Pada 1 Julai 1995, Menteri pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Ling Liong Sik mengumumkan penguatkuasaan undang-undang yang melarang memandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol di kawasan Lembah Kelang sebagai satu projek perintis.

Mengikut undang-undang tersebut seseorang dilarang memandu atau cuba memandu kenderaan jika paras alkohol di dalam darahnya mencapai 80 mg/dl atau lebih.

Satu kajian yang telah dijalankan dalam tahun 1991 menunjukkan hampir 20 peratus mangsa kematian akibat kemalangan jalan raya mempunyai paras alkohol di dalam darah melebihi 100 mg/dl.

Bagaimanapun, memang ada sedikit manfaat alkohol seperti kegunaannya sebagai agen pembunuh kuman atau disinfektan, antidot untuk keracunan metanol (yang mungkin mencemar tuak atau samsu haram), atau agen penyejuk bagi melegakan demam panas.

Namun begitu, memang tidak dapat disangkal lagi bahawa keburukan daripada kesan meminum alkohol jauh mengatasi kebaikannya.

Istilah alkohol berasal daripada bahasa Arab al-kuhol, yang bermaksud 'sesuatu yang tersembunyi' atau 'antimoni yang dipecah-pecahkan sehingga halus' yang digunakan sebagai celak. Akhirnya istilah ini memberi maksud 'bauan yang harum'. A

hli kimia Arab dipercayai pertama sekali melakukan proses penyulingan bagi menyediakan alkohol, manakala proses pembuatan minuman beralkohol yang sangat kuat melalui penapaian buah anggur pertama sekali dilakukan secara besar-besaran di Eropah pada sekitar tahun Masehi 1200.

Ramuan utama minuman beralkohol ialah etanol. Etanol ialah sejenis bahan kimia yang berupaya menekan aktiviti otak, justeru mengubah kewibawaan akal fikiran.

Penggunaan alkohol secara berterusan untuk jangka masa yang lama boleh menyebabkan kesan tolerans iaitu peminum terpaksa mengambil amaun yang semakin banyak bagi mendapatkan kesan yang serupa. Kesan lain ialah penagihan dari segi rohani dan jasmani.

Selepas diminum, alkohol mungkin diserap ke dalam darah melalui perut. Namun begitu, jalan utama kemasukan alkohol ke dalam darah ialah menerusi usus kecil.

Alkohol terus dibawa ke jantung yang kemudiannya mengepam darah beralkohol tadi ke seleuruh tubuh.

Seperti yang dinyatakan, kesa utama alkohol ialah di otak. Di sini, alkohol menyebabkan penindasan kawasan-kawasan yang biasanya mengawal maruah dan disiplin diri sehingga peminum mula merasa kurang sifat malu, fikiran bercelaru, dan pergerakannya pula agak tidak terkawal.

Peminum juga kurang keupayaan dari segi belajar, membentuk idea spontan, menumpukan fikiran, dan membuat pertimbangan yang teliti.

Paras alkohol dalam darah (mg/dl) Kesan di otak
20
30
50
80


100
300
400
500
Pergaulan sosial meningkat
Euforia
Koordinasi otot berkurangan
Pengimbangan tubuh, pertuturan, penglihatan, dan pendengaran terganggu
Kehilangan koordinasi otot
Mengantuk, muntah
Pembiusan dalam
Penindasan pernafasan, maut
Perbandingan paras alkohol di dalam darah dengan kesannya terhadap otak

Semakin tinggi amaun alkohol yang diminum semakin kuat otak tertindas sehinggakan boleh menyebabkan tidak sedarkan diri dan seterusnya kematian.

Selain daripada kesan-kesan terhadap otak, alkohol juga bertindak dengan pelbagai sistem dan organ tubuh.

Contohnya, kesan terhadap sistem peredaran tubuh menyebabkan darah lebih banyak dialirkan ke kulit. Ini menyebabkan kulit peminum menjadi kemerah-merahan dan perpeluhan meningkat.

Pengepaman jantung juga bertambah pantas dan kuat seperti individu yang sedang melakukan senaman. Alkohol juga menyebabkab keringsaan perut (gastritis) yang akhirnya boleh membawa kepada ulser.

Peminum alkohol didapati lebih cenderung membuang air kecil dengan kerap kerana etanol boleh merencat hormon penahan kencing.

Bahaya alkohol juga amat ketara terhadap peminum alkohol kronik. Pengambilan alkohol secara berpanjangan boleh mengakibatkan komplikasi fizikal, kejiwaan, dan sosial.

Selain daripada ulser perut, alkohol juga dikesan menyebabkan sirosis hati sebagaimana kes itu dilaporkan berlaku di Hospital Kuala Lumpur di antara tahun 1982-1988.

Peminum alkohol juga mungkin mengalami anemia, hipoglisemia (kekurangan gula di dalam darah, dan ketandusan vitamin). Otot-otot, rangka, dan jantung juga mengalami degenerasi dalam jangka masa panjang.

Kerosakan saraf boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit seperti sindrom Wernicke-Korsakoff dan kerosakan sel-sel otak, yang seterusnya membawa kepada komplikasi psikiatri.

Peminum boleh mengalami halusinasi pendengaran, amnesia, paranoia, depresi, dan kecenderungan membunuh diri. Peminum alkohol kronik yang sedang hamil boleh menyebabkan kandungannya mempunyai ciri-ciri kecacatan seperti kekurangan berat badan, saiz kepala yang terlalu kecil berbanding tubuh, kurang penyelarasan otot, keadaan muka yang rata, dan kelemahan sendi-sendi.

Justeru itu, jelas keburukan alkohol jauh mengatasi kebaikannya. Hanya manusia yang masih terus membebal!

Sementara itu alkohol bukan sahaja boleh memabukkan, tetapi juga mampu memudaratkan kesihatan diri sekiranya diamalkan berterusan.

Ia umpama kombinasi dadah dan racun kepada badan kita. Malahan hampir setiap agama di dunia ini turut melarang tabiat tersebut di kalangan para penganutnya.

Kesan ketagihan akibat meminum alkohol bukannya bergantung kepada jenis alkohol tetapi jumlah yang diminum pada satu-satu masa.

Pada dasarnya terdapat dua kesan yang ketara pada penagih alkohol iaitu kesan jangka pendek dan jangka panjang.

Kesan jangka pendek pengambilan alkohol lebih kurang satu botol besar menjadikan seseorang itu kurang daya koordinasi seperti tidak boleh berjalan dengan betul dan tidak boleh membuka pintu.

Dalam masa yang singkat ini juga boleh menyebabkan hangover. Hangover lazimnya disebabkan oleh keracunan alkohol, bahan lain dalam alkohol dan tindakbalas ketagih alkohol.

Tanda-tanda hangover alkohol termasuklah sakit kepala, loya, muntah, cirit birit, gangguan pergerakan usus dan menggeletar selama 8 � 12 jam kemudian Kesan jangka panjang akan dirasai selepas meminumnya selama beberapa bulan atau tahun.

Kesan utama adalah seperti sakit jantung, hati atau penyakit dalam perut. Bila situasi ini berlaku mereka akan kurang selera makan, kekurangan vitamin, jangkitan penyakit, mati pucuk atau kekurangan haid.

Kematian yang awal adalah lebih kerap pada orang yang kuat minum, terutamanya daripada sakit jantung atau hati, radang paru-paru, kanser, keracunan alkohol yang teruk, kemalangan, pembunuhan dan pembunuhan diri.

Kesan pada otak

1) Selepas minum, alkohol akan meresap dari usus kecil ke dalam darah. Alkohol terus dibawa ke jantung yang kemudiannya mengepam darah beralkohol tadi ke seluruh tubuh. Dari sini ia terus meresap ke dalam otak dan seterusnya ke urat saraf.

Otak merupakan salah satu organ penting yang dimiliki oleh manusia kerana otaklah yang mengawal segala pergerakan dan perlakuan seseorang dan dengan kemasukan bahan asing ini ke dalamnya ia akan mempengaruhi pergerakan dan kelakuan peminumnya.

2) Menyebabkan berlakunya penindasan kawasan-kawasan yang biasanya mengawal maruah dan disiplin diri sehingga peminum mula merasa kurang sifat malu, fikiran bercelaru, dan pergerakannya pula agak tidak terkawal.

3) Kurang keupayaan dari segi belajar, membentuk idea spontan, menumpukan fikiran, dan membuat pertimbangan yang teliti. Semakin banyak jumlah alkohol yang diminum semakin kuat otak tertindas sehinggakan boleh menyebabkan tidak sedarkan diri dan seterusnya kematian.

Kesan pada hati

1) Setiap kali seorang peminum meminum alkohol, hati akan mengalami kecederaan (mendapat luka). Sel hati akan mati dan menjadi parut. Parut ini akan mengurangkan kemampuan hati untuk berfungsi dengan sempurna. Parut yang serius akan menyebabkan hati tidak dapat berfungsi langsung. Keadaan ini disebut sirosis hati dan boleh membawa maut.

2) Bengkak hati (hepatitis) juga boleh berlaku disebabkan oleh lebihan toksik alkohol. Pada mulanya ia menyebabkan hati mengembang dan lama kelamaan saluran darah akan mengecut. Ini menyebabkan darah tidak dapat mengalir ke hati dengan sempurna dan akhirnya saluran darah akan membengkak lalu pecah. Pada peringkat kritikal, penghidap hepatitis akan mengalami muntah darah dan najis mereka akan bercampur dengan darah.

Kesan pada perut

Alkohol menyebabkan kerengsaan perut (gastritis) yang akhirnya boleh membawa kepada ulser. Bagi mereka yang memang menghidapi ulser perut, sakitnya akan menjadi semakin teruk.

Kesan pada saraf

1) Boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit seperti sindrom Wernicke-Korsakoff dan kerosakan sel-sel otak, yang seterusnya membawa kepada komplikasi psikiatri. Peminum boleh mengalami halusinasi pendengaran, amnesia, paranoia, depresi dan kecenderungan membunuh diri.

Kesan pada janin

1) Peminum alkohol kronik yang sedang hamil boleh menyebabkan kandungannya mempunyai ciri-ciri kecacatan seperti kekurangan berat badan, saiz kepala yang terlalu kecil berbanding tubuh, kurang penyelarasan otot, keadaan muka yang rata, dan kelemahan sendi-sendi.

2) Bertindak dengan pelbagai sistem dan organ tubuh. Contohnya, kesan terhadap sistem peredaran tubuh menyebabkan darah lebih banyak dialirkan ke kulit. Ini menyebabkan kulit peminum menjadi kemerah-merahan dan perpeluhan meningkat. Pengepaman jantung juga bertambah pantas dan kuat seperti individu yang sedang melakukan senaman. Kepada penghidap penyakit jantung, mereka mempunyai kemungkinan diserang penyakit itu.

3) Lebih cenderung membuang air kecil dengan kerap kerana etanol boleh merencat hormon penahan kencing.

4) Mungkin mengalami anemia, hipoglisemia (kekurangan gula di dalam darah), dan ketandusan vitamin.

5) Boleh meningkatkan risiko kanser sebanyak 15 kali terutamanya pada bahagian mulut dan tekak.

6) Boleh juga menimbulkan pelbagai masalah sosial. Masalah ketagihan alkohol boleh merosakkan hubungan persahabatan, kehilangan pekerjaan, hutang, simpanan keluarga dihabiskan, masalah rumah tangga, penganiayaan, penderaan, keruntuhan moral dan sebagainya.



Ahli PAS batal usul kawal arak

Seorang ahli PAS yang merancang membentang usul mengawal jualan arak di Majlis Perbandaran Klang (MPK) membatalkan hasrat itu di saat-saat akhir semalam kerana tidak mahu ia menjadi isu politik.

Mohd Termizi Ismail, anggota majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) itu, asalnya berhasrat membentangkan cadangan itu dalam mesyuarat bulanan pagi semalam.

Bagaimanapun, sehingga akhir mesyuarat tengah hari semalam, perkara itu tidak menjadi kenyataan.

Dihubungi Malaysiakini hari ini, Mohd Termizi berkata, beliau membatalkan hasratnya itu setelah menimbangkan maklum balas rakan-rakannya yang bimbang usul yang bakal dibawanya dibesar-besarkan sehingga boleh mencetuskan kontroversi.

Lagipun, kata aktivis PAS kawasan Kota Raja itu, cadangannya telah dilaporkan media dengan meluas dan semua pihak telah mengetahuinya.

Semalam, akhbar-akhbar berbahasa Cina mendedahkan cadangannya itu untuk membataskan jualan alkohol di beberapa premis terbuka sehingga mencetuskan kebimbangan bahawa Selangor berniat mengharamkan minuman keras.

Dalam kertas cadangan itu, kini tersebar meluas di kalangan media, Mohd Termizi mencadangkan:

  • arak dijual di sudut agak tertutup dan papan tanda melarang jualan kepada umat Islam hendaklah dipaparkan dengan jelas,
  • kaunter jualan hendaklah dikendalikan oleh pekerja bukan Islam. Kaunter khas harus diwujudkan untuk jualan barangan bukan halal.
  • melarang jualan alkohol di premis-premis berikut: kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit, pasar mini, kedai ubat, restoran terbuka dan kiosk di stesen minyak.

Mengesahkan kertas cadangan yang beredar meluas itu, Mohd Termizi bagaimanapun tidak mengetahui bagaimana ia boleh jatuh ke tangan media.

Untuk kebaikan semua pihak, tambahnya, beliau membenarkan media menerbitkan cadangannya itu.

Mohd Termizi berkata beliau sentiasa konsisten menyuarakan cadangan ini sejak 2006, sewaktu cadangannya diserahkan kepada seorang exco kerajaan Selangor, Datuk Abdul Rahman Palil.

Akhbar-akhbar itu juga membayangkan wujud gerakan di kalangan ahli-ahli PAS yang menduduki majlis PBT di negeri itu untuk memperkenalkan dasar itu setelah ditolak oleh mesyuarat exco kerajaan bulan lepas.

Susulan kontroversi itu, menteri besar Selangor petang semalam berkata "semua keputusan di peringkat PBT mesti selari dengan keputusan yang dibuat oleh exco negeri".

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menambah, mesyuarat exco hanya memutuskan meningkatkan penguatkuasaan dengan melarang penjualan alkohol kepada mereka bawah 18 tahun dan kepada masyarakat Islam.

Sehubungan itu, katanya lagi, PBT yang telah membuat keputusan berkenaan hal itu seperti Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) diminta menangguhkan dasar membataskan jualan minuman keras sehingga diputuskan oleh kerajaan negeri.

Rundingan dengan PBT, NGO, peniaga dan jabatan kerajaan akan diadakan awal tahun depan sebelum keputusan lanjut tentang perkara itu diambil, tambah Abdul Khalid.


Iklan Istimewa

http://www.bio-asli.com/daftar_keahlian.asp?id=seramaesty

Wednesday, November 26, 2008

Pengakuan Zaki: Hasrat Karpal bawa usul jadi kenyataan

KUALA LUMPUR, 26 Nov (MPO2) - Hasrat Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) bagi membolehkan Dewan Rakyat membahaskan mengenai kenyataan terbuka Ketua Hakim Negara, Tan Sri Zaki Azmi bahawa beliau pernah memberi rasuah kepada kakitangan mahkamah sewaktu menjadi peguam bakal menjadi kenyataan.

Pengerusi DAP itu hari ini memfailkan notis usul berkenaan di bawah Peraturan Mesyuarat 27 yang dibacakan bersama dengan Peraturan Mesyuarat 36(8) dan Perkara 127 Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan ia disenaraikan dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-usul sebelum dibahaskan.

"Saya serahkan notis usul ini kepada Setiausaha Dewan Rakyat yang telah ditandatangani oleh 57 ahli Parlimen.

"Di bawah Perkara 127 Perlembagaan Persekutuan, kami kemukan usul terhadap Ketua Hakim Negara ini, mesti ditandatangani oleh satu perempat daripada ahli Dewan," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini, lapor MStar Online.

Jelas beliau syarat berkenaan telah dipenuhi kerana jumlah keseluruhan ahli Parlimen ialah seramai 222 orang dan beliau sebenarnya memerlukan sekurang-kurangnya 56 tandatangan ahli Dewan.

"Yang diperlukan ialah 56, tapi kami dapat 57 iaitu termask seorang ahli Parlimen Bebas," katanya.

Jelas beliau wakil Bebas yang turut menyokong usul berkenaan ialah Datuk Eric Enchin Majimbun (BEBAS-Sepanggar).

Zaki dilaporkan membuat pengakuan di Kuching pada 7 November lalu bahawa beliau pernah memberi rasuah kepada kakitangan mahkamah semasa beliau masih lagi seorang peguam pada tahun 1987.

Bagaimanapun pada 8 November, Zaki membuat penjelasan bahawa beliau sebenarnya berpengetahuan berkenaan rasuah yang berlaku di bahagian pendaftaran mahkamah pada masa beliau berkhidmat sebagai peguam.

"Yang mana adalah jelas merupakan satu pembohongan yang mengakibatkan keseluruhan badan kehakiman yang diketuai beliau mendapat nama buruk di khalayak umum," katanya.

Karpal juga menyeru Perdana Menteri untuk menggunapakai peruntukan Perkara 125(3) Perlembagaan Persekutuan bagi tujuan untuk merujuk Zaki kepada satu tribunal yang ditubuhkan oleh Yang di-Pertuan Agong berdasarkan fasal 4 untuk melucutkan jawatannya.

"Atas alasan salah laku di mana beliau telah berbohong secara umum, beliau hendaklah digantung kerja sebagai Ketua Hakim Negara sementara menunggu suatu laporan daripada tribunal tersebut di bawah klausa 3," katanya.

Ditanya kemungkinan ia memakan masa yang lama bagi usul tersebut dibahaskan, beliau berkata perkara itu tidak penting kerana baginya ia akan tetap dibahaskan apabila ia tersenarai dalam senarai Aturan Mesyuarat dan Usul-usul.

Sebelum ini Karpal pernah mengemukakan usul yang sama sebanyak dua kali ke Dewan Rakyat namun ditolak kerana tidak memenuhi syarat yang ketiga iaitu usul yang dibawa tidak perlu disegerakan.

Kempen 'anti-Dr Asri' buang masa saja...

KUALA LUMPUR, 26 Nov (MPO2) - Pandangan berani beliau beralaskan ilmiah, hukum dan logik tentang 'yoga' telah membuat beberapa pihak tidak senang dengan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

MStar Online melaporkan, ada yang melahirkan ketidakpuasan hati dengan pendirian Dr Asri dan mempersoalkan kredibiliti beliau mengkritik fatwa 'yoga' yang diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, seolah-olah wujud satu kempen 'anti-Dr Asri' yang cuba memberi gambaran buruk tentang tokoh agama yang berasal dari Mengkuang, Pulau Pinang ini.

Bagaimanapun, ketika ditemui tengah hari tadi, Dr Asri yang akan menamatkan khidmat sebagai Mufti Perlis Ahad ini, bagaikan sudah lali dengan kempen yang dikatakan itu.

"Saya dah lama tahu pasal kempen ni. Saya tak kisah pun. Kempen macam ni semua buang masa saja.

"Sebenarnya bukan pasal kes yoga saja. Saya rasa mungkin mereka-mereka takut saya berhenti jadi mufti dan muncul dalam bidang politik," katanya.

Ditanya tentang PhD beliau yang bukan dalam jurusan agama dan kononnya beliau tidak layak memberi pandangan tentang fatwa yoga, Dr Asri berkata: "Kalau saya yang ada PhD pun dikatakan tidak layak memberi pendapat tentang fatwa yoga, macam mana dengan mufti-mufti negeri lain yang tidak ada PhD?"

Dr Asri membuat tesis 'Pengajian Hadis' berjudul "Sabab Wurud Al-Hadith" dalam bahasa Arab di Universiti Islam Antarabangsa Malayasia (UIAM).

Tesis yang dicetak oleh Dar al-Kutub al-'ilmiyyah di Lubnan itu turut diterjemah dan diedarkan di peringkat antarabangsa.

Dr Asri berkata, sesiapapun boleh menyiasat latar belakang akademik beliau, tambahan pula tesisnya dibuat di UIAM dan kemudiannya beliau diterima bekerja sebagai pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang - dua institusi yang terkenal di Malaysia.

Tambahnya, "Biarlah orang nak pertikaikan. Selagi orang pertikaikan apa yang saya kata, orang tahu saya masih wujud. Siti Nurhaliza pun orang pertikaikan dia kahwin, sedangkan bukan dia cakap apapun, tak usik siapa-siapa lagi..."

Semalam, Dr Asri telah menegur pihak Majlis Fatwa Kebangsaan supaya memberi alternatif pada fatwa yoga dengan membuang unsur yang bertentangan dengan agama Islam.

Beliau menasihatkan agar Majlis Fatwa tidak terlalu kaku dalam mengeluarkan fatwa dan memberi alternatif yang memisahkan amalan yoga yang mengandungi unsur agama dengan amalan yoga untuk kebaikan kesihatan. Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz juga turut mengkritik pandangan yang dikeluarkan Dr Asri atas kapasitinya sebagai Mufti Perlis.

"Adakah Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis sudah berjumpa sebelum Mufti menyatakan tidak bersetuju? Perkara ini perlu dibincangkan dahulu sebelum dinyatakan setuju atau tidak setuju," soal Datuk Wan.

Mengulas lanjut, Dr Asri berkata: "Itu adalah pandangan Mufti dan bukan keputusan Majlis Fatwa Perlis. Kalau macam tu, Mufti tidak boleh mengajarlah...

"Saya bukan kata fatwa itu salah. Memanglah apa saja perlakuan yang menyerupai agama lain itu haram. Kita sepatutnya pisahkan bacaan atau mentera dalam senaman yoga itu sendiri. Jangan ada sebarang unsur-unsur syirik yang menyamai agama lain.

�Tanggalkan yang bertentangan sahaja, samada pergerakan, bacaan atau kepercayaan. Kekalkan pergerakan yoga yang baik untuk kesihatan.

"Mungkin boleh diperbetulkan atau dikemaskinikan 'wording' dalam fatwa itu," kata beliau lagi.

Menurut Dr Asri, banyak lagi amalan sukan yang diambil daripada budaya lain seperti tai chi, judo, wushu, taekwando dan silat.

"Semua sukan ini bukan asal usul Islam tetapi diamalkan kerana ianya baik untuk kesihatan. Kenapa tak kaji amalan-amalan lain yang ada unsur Hindu seperti tepung tawar, bersanding, merenjis. Semua ini boleh dibahaskan...," kata Dr Asri.






Iklan Istimewa


http://www.bio-asli.com/daftar_keahlian.asp?id=seramaesty

Dato' Ahmad 'anak tiri' BN

Barisan Nasioal (BN) memang mempolitikkan soal pendidikan di negara ini kerana ada bukti bahawa parti itu pernah menjadikan pembinaan sekolah di Terengganu semasa pemerintahan PAS di negeri tersebut sebagai isu penting sehingga sanggup membina sekolah di kawasan yang tidak ada murid atau tidak cukup kuota untuk membina sekolah berkenaan.

Dalam empat tahun kerajaan PAS memerintah, kebanyakan sekolah kerajaan di bawah pentadbiran kementerian pelajaran menerima peruntukan dari Dana Khas (sebelum itu ia dinamakan wang ehsan) untuk membina pagar sekolah, tambahan bangunan, bangunan makmal komputer dan lain-lain.

Ada sekolah baru sahaja dibina pagarnya, dalam tahun 1999 selepas sahaja PAS memerintah Terengganu akhir tahun itu, pagar itu ditukar baru.

Projek membina sekolah baru itu dipercayai untuk menunjukkan prihatinnya parti itu ke atas pendidikan rakyat negeri itu.

Parlimen membahaskan masalah infrastruktur sekolah termasuk bangunan dari kayu di Sabah dan Sarawak. Rakyat Sabah dan Sarawak membuat tuntutan untuk mendapatkan sekolah baru lima tahun lalu tetapi sehingga sekarang belum berjaya mendapatkannya.

Alasannya ialah kerana sukar untuk disegerakan pembinaannya perlu membuat kajian lokasi, peruntukan dan sebagainya, ia memakan masa sehingga lima atau enam tahun atau seumpamanya.

Tetapi kenapa dalam masa empat tahun PAS memerintah Terengganu, begitu mudah kerajaan BN meluluskan sekolah baru dipercayai bukan dirancang bertahun-tahun lamanya sebelum itu.

Dipercayai ia disebabkan politik untuk kembalikan sokongan rakyat kepada BN. Penulis tidak berhasrat untuk menyatakan sama ada kemenangan BN semula di Terengganu dalam pilihan raya umum ke 11 tahun 2004 berpunca dari isu ini atau sebaliknya.

Penulis hanya menyatakan bahawa sikap 'double standard' BN memang berlaku khususnya mengambil contoh kes di negeri Terengganu.

Jika soal kesesuaian lokasi dan lain-lain menjadi pokok persoalannya sudah pasti projek-projek 'gila-gila' di Terengganu itu tidak dibuat begitu cepat tidak sampai empat tahun, semua projek berkenaan siap, walaupun ada yang tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan, ia tetap dilaksanakan.

Manakala ada projek yang diluluskan untuk sekolah di negeri-negeri lain terutama di Sabah dan Sarawak sejak lima tahun lalu, ia masih ditangguhkan atas alasan tidak ada peruntukan kewangan yang mencukupi.

Bagaimana boleh berlaku tidak sampai lima tahun sekolah baru di Terengganu boleh diluluskan ketika PAS memerintah negeri itu sedangkan di negeri-negeri lain tidak berlaku sedemikian rupa?

Memang ini kerana Terengganu ada peruntukan dana khas sebelum ini untuk apa-apa projek di negeri Terengganu dalam jangka empat tahun pemerintahan Terengganu demi survival atau kepentingan politik BN.

Baru-baru ini terdapat seorang pegawai (nama dirahsiakan) dari Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu (Upen) mengakui sendiri kepada penulis tentang kebenarannya. Ertinya sekarang dana khas itu tidak lagi disalurkan ke Kementerian Pelajaran untuk mempertingkatkan kualiti pendidikan negeri ini seperti ketika PAS memerintah negeri itu baru-baru ini.

Benarlah apa yang dijangkakan PAS bahawa dana khas, tidak akan disalurkan sedemikian rupa selepas BN mengambil alih kerajaan negeri itu sejak 2004 sehingga sekarang.

Pegawai Upen itu seolah-olah mengatakan bahawa sekarang pendidikan rakyat di Terengganu tidak terserlah serupa ketika PAS memerintah negeri itu dahulu berpunca dari tidak ada dana khas disalurkan melalui kementerian pelajaran.

Pegawai Upen itu agak sinis dengan kerajaan BN Terengganu sekarang di bawah Menteri Besarnya, Dato' Ahmad Said.

Mengapa dana khas tidak disalurkan begitu mewah di zaman kerajaan BN di bawah Dato' Ahmad tidak seperti Terengganu di bawah Dato' Seri Idris Jusoh? Ini kerana Dato' Ahmad bukan menteri besar pilihan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Dato' Ahmad semacam menjadi 'anak tiri', kerajaan pusat hari ini jika pendapat pegawai Upen itu diambil kira walaupun Ahmad juga orang kuat BN/Umno negeri Terengganu dan kini beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan Umno negeri itu.



Iklan Istimewa


http://www.bio-asli.com/daftar_keahlian.asp?id=seramaesty

Retreat kedua Pakatan Rakyat fokus isu Selangor dan Perak


KUALA LUMPUR: Retreat kedua Pakatan Rakyat yang diadakan dua minggu berturut-turut pada malam ini memfokuskan mengenai cabaran yang dihadapi di dua negeri pembangkang iaitu Selangor dan Perak yang dianggap berhadapan dengan masalah yang sama.

Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua berkata, pada perjumpaan yang berlangsung selama hampir tiga jam itu memberi peluang kepada Menteri Besar kedua-dua negeri berkenaan membentangkan mengenai pelaksanaan dan prestasi kerajaan negeri masing-masing.

"Di Perak khususnya di mana bilangan ADUN BN (Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional) yang agak seimbang dengan kerajaan negeri iaitu pemerintah.

"Kita juga menghadapi banyak rintangan kuat daripada BN dan kita harus menghadapi banyak isu seperti manipulasi media dan lain-lain lagi," katanya ketika ditemui selepas menghadiri retreat berkenaan.

Hadir sama dalam pertemuan berkenaan ialah Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamaruddin Jaafar, Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw dan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang lain.

Ditanya sama ada wujudnya ura-ura ahli Pakatan Rakyat akan lompat parti menyertai BN di Perak, beliau berkata: "Tidak, saya anggap ini tidak ada isu, saya tak percaya dan sungguh yakin ini tak berlaku...kalau adapun mungkin yang lompat kesebelah sini," katanya sinis.

Ketika diminta mengulas sama ada kedua-dua negeri berkenaan dianggap goyah kerana sering menghadapi tekanan daripada BN yang kini menjadi pembangkang, beliau menafikan mengenai perkara tersebut.

"Bukan...bukan, inilah (negeri) yang paling dekat. Malam ini kita fokus dua negeri sahaja.

"Kalau tidak sampai tengah malam pun tidak habis, lepas ini akan ada lagi (pertemuan) Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah...semua ada," katanya.

Jelas beliau lagi pemilihan kedua-dua negeri ini juga berdasarkan komposisi kaum yang hampir sama bagi negeri-negeri berkenaan.

Ditanya antara masalah yang dibangkitkan dalam perjumpaan tertutup itu beliau berkata masalah utamanya ialah kerenah birokrasi kerajaan persekutuan, media dan politik perkauman.

"Kita hadapi masalah birokrasi, kita juga harus sentiasa hadapi media yang sensasikan dasar yang kita buat dan politik perkauman yang tebal...semua ini ialah perkara yang kita harus hati-hati," katanya.

Menyentuh mengenai kerenah birokrasi, ahli Parlimen Batu itu turut menjelaskan bahawa perlunya reformasi secara berperingkat bagi menghadapi masalah dalam institusi kerajaan.

Tambah beliau, secara dasarnya Pakatan Rakyat mengakui masih wujud banyak kelemahan yang perlu diperbaiki pada masa-masa akan datang.

"Walau apapun kita puas hati dengan pencapaian kita sekarang sungguhpun tak kritikal, kita akui banyak lagi kelemahan yang harus diatasi," katanya.

Bagaimanapaun jelasnya beliau percaya kaedah terbaik untuk menangani masalah yang timbul adalah dengan cara mengeratkan hubungan dalam Pakatan Rakyat melalui majlis dialog dan komunikasi berterusan.

"Kita ada beberapa rancangan Januari depan untuk adakan lebih banyak perjumpaan di semua peringkat iaitu nasional, negeri dan akar umbi.

"Malah minggu depan juga ada lagi, tapi agendanya akan kita tetapkan nanti," katanya.

Tian Chua juga menjelaskan bahawa satu perjumpaan besar melibatkan semua pemimpin Pakatan Rakyat akan diadakan di Port Dickson pada tahun hadapan yang akan turut menghimpunkan kesemua Menteri Besar dari semua negeri yang dikuasai pembangkang.

Sementara itu, ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh turut menjelaskan bahawa pertemuan kedua pemimpin Pakatan Rakyat selepas yang pertamanya pada hari yang sama minggu lalu menyentuh mengenai mekanisme memperkukuhkan pakatan itu.

"Ini menunjukkan kita serius dalam Pakatan Rakyat untuk membina muafakat dan bertukar-tukar idea serta memaklumkan mengenai perkembangan terkini politik di kedua-dua buah negeri berkenaan," katanya.

Tambah beliau pertemuan seumpama itu juga perlu bagi membina persefahaman antara komponen-komponen dalam pakatan pembangkang itu.

"Ini tidak berlaku dalam BN, hanya dalam Pakatan Rakyat iaitu kita sentiasa biarkan maklumat sampai ke akar umbi," katanya.

Iklan Istimewa


http://www.bio-asli.com/daftar_keahlian.asp?id=seramaesty


Usul Gaza ditolak, BN-Pakatan Rakyat sepakat kutuk Zionis



KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini menolak usul yang dikemukakan Dr. Mohd Puad Zakarshi (BN-Batu Pahat) bagi menangguhkan sidang Parlimen agar membincangkan mengenai keganasan terbaru rejim Zionis di Gaza selepas terlucutnya perjanjian gencatan senjata antara Israel dengan Hamas.

Penolakan usul tersebut dibacakan oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee mengikut Peraturan Mesyuarat 18(2) kerana tidak perlu disegerakan.

Bagaimanapun keputusan penolakan tersebut mendapat bantahan daripada ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan juga Pakatan Rakyat yang beranggapan bahawa Parlimen Malaysia perlu membuat satu ketetapan dan pendirian terhadap tindakan kejam rejim Zionis itu.

Ronald memaklumkan bahawa usul berkenaan tidak perlu disegerakan atas dasar Malaysia melalui Kementerian Luar telah mengeluarkan kenyataan akhbar pada 21 November lalu bagi mengutuk sekeras-kerasnya keganasan Zionis.

Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) bangun dan meminta Speaker mempertimbangkan semula keputusan beliau itu kerana ia melibatkan kepentingan oarng awam yang dianiaya.

"Saya merayu usul yang sebaik ini perlu dibahaskan kerana melibatkan kepentingan orang awam di Gaza, mereka kebuluran atas kekejaman Zionis.

"Biarlah Parlimen Malaysia melahirkan satu keputusan bagi mengutuk kekejaman ini," katanya.

Selepas itu Nasharuddin Mat Isa (PAS-Bachok) bangun bagi menyokong usul yang dibawa itu."Saya mewakili rakan-rakan di sebelah sini menyokong penuh usul ini untuk dibincangkan dan dibahaskan.

"Jika hanya dibuat (bantahan) oleh Wisma Putra sahaja itu tak berapa serius, kita mahu Parlimen Malaysia menjadi medan untuk menyatakan (pendirian) bahawa kita tak mengenal parti politik sama ada di sebelah sana (kerajaan) atau sebelah sini (pembangkang)," katanya.

Bagaimanapun Ronald menjelaskan bahawa ahli Dewan masih berpeluang untuk membahaskan mengenai perkara ini apabila tibanya giliran perbahasan bagi Kementerian Luar.

Dalam pada itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) turut memohon pertimbangan semula bagi membenarkan usul berkenaan dibahaskan.

"Pada hemat saya ini adalah kesempatan yang cukup baik menunjukkan ada isu-isu penting yang boleh diputuskan bersama oleh semua rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman politik.

"Kita faham Kementerian Luar telah nyatakan pendirian, tapi bezanya ia bukan lagi sikap atau pendirian satu kementerian jika ia melibatkan Parlimen yang didokong oleh seluruh rakyat Malaysia," katanya.

Tambah beliau pendirian yang dinyatakan oleh kementerian dan Parlimen adalah dua perkara yang berbeza dan mempunyai impak yang berlainan.

Bagaimanapun Ronald berkata keputusan beliau itu adalah muktamad setelah meneliti bahawa tindakan Kementerian Luar adalah cukup memadai bagi mewakili kerajaan Malaysia yang sensitif dengan isu kekejaman yang berlaku di Semenanjung Gaza.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Wisma Putra pada 21 November lalu menyatakan bahawa Malaysia mendesak masyarakat antarabangsa terutama Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan negara-negara kuasa besar bertindak bagi menamatkan krisis kemanusiaan di Gaza.

Malaysia juga mendesak Majlis Keselamatan PBB mengetepikan perbezaan politik dan ideologi di atas nama perikemanusiaan dan menyelamatkan penduduk Gaza terutama kaum wanita dan kanak-kanak daripada tindakan agresif rejim Zionis.

Anwar: Tiada larangan jualan alkohol di S'gor

Tiada larangan jualan alkohol di 7-Eleven, pasaraya dan kedai kopi di Selangor, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini lapor Malaysiakini.

Bagaimanapun, keputusan untuk mengenakan sebarang larangan adalah sepenuhnya dalam bidang kuasa kerajaan negeri dan exco negeri, katanya kepada pemberita di Parlimen.

Beliau yang juga ahli parlimen Permatang Pauh berkata dasar membataskan jualan arak bukan perkara untuk dibincangkan di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Perkara seumpama itu mesti dirujuk kepada kerajaan negeri dan ia akan dibincangkan di peringkat itu sebelum sebarang keputusan dibuat," katanya.

Prinsip asasnya, kata beliau, ialah supaya kedai-kedai berkenaan tidak dilihat seperti menggalakkan minuman alkohol terutama di kalangan generasi muda dan orang Islam.

Tetapi, katanya, tiada sebarang cadangan daripada kerajaan Selangor untuk melarang sepenuhnya jualan alkohol di premis terbuka yang membabitkan orang bukan Islam.

Menurut Anwar lagi, beliau tidak ada sebarang masalah dengan dasar-dasar sekarang kerana fundamentalnya sudah jelas.


Exco negeri bincang

Bagaimanapun, beliau menambah, sebagai sebuah negara yang demokratik, mesti ada ruang untuk membuat cadangan dan perbincangan.

"Rakyat memberi pandangan dan maklum balas dan kita mesti mendengarnya tetapi dalam aspek dasar, tidak ada sebarang masalah," katanya.

Menurut beliau, tiada apa yang harus dibimbangkan kerana dasar sekarang kekal dan "kami tidak menggalakkan umat Islam minum (alkohol) atau makan babi tetapi kita tidak akan menafikan hak orang bukan Islam untuk makan babi atau minum alkohol".

Akhbar-akhbar berbahasa Cina hari ini menyiarkan di muka depan laporan bahawa PAS Selangor bimbang dengan keadaan sekarang di mana minuman alkohol mudah didapati di kedai-kedai.

Dimaklumkan bahawa majlis-majlis perbandaran akan diberi tugas - selepas mendapat kelulusan majlis tersebut - untuk mengenakan larangan penjualan alkohol di kawasan masing-masing.

Menteri Besar Selangor yang juga ahli parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Abdul Khalid Ibrahim memberitahu pemberita di Parlimen bahawa perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat exco kerajaan negeri hari ini.

Iklan Istimewa


http://www.bio-asli.com/daftar_keahlian.asp?id=seramaesty

Alkohol: PAS 'bongkak', kata DAP

PAS dianggap "bongkak dan sukar bekerjasama" apabila cuba memperkenalkan peraturan membataskan jualan alkohol di Selangor tanpa merujuk parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat.

Tindakan parti Islam yang membelakang sentimen sokongan pengundi bukan Islam yang memberikan kemenangan kepada Pakatan boleh melemahkan kerajaan gabungan itu, kata ketua publisiti DAP Tony Pua.

beer alcohol banAhli parlimen Petaling Jaya Utara menambah, tindakan PAS sedemikian boleh membawa keretakan dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Tony mengulas laporan akhbar-akhbar berbahasa Cina hari ini yang menyebut PAS sedang memperkenalkan langkah sedemikian di restoran, kedai runcit dan kedai serbaguna 24 jam melalui anggota-anggotanya yang berada di majlis-majlis pihak berkuasa tempatan.

"Walaupun PAS Selangor berhak mencadangkan sebarang peraturan yang difikirkannya perlu, mereka jangan lupa bahawa di negeri ini, mereka sebahagian gabungan bersama dua lagi parti dengan menguasai lapan daripada 36 kerusi yang dikuasai Pakatan Rakyat," kata Tony.

"Oleh itu, sebarang percubaan oleh PAS Selangor untuk menegakkan dasarnya tanpa mengambil kira rakan gabungannya booleh dianggap bongkak dan sukar bekerjasama, yang hanya boleh melemahkan kerajaan campuran."

Iklan Istimewa

http://www.bio-asli.com/daftar_keahlian.asp?id=seramaesty

Sunday, November 23, 2008

Tiada permit himpunan mansuh ISA Pakatan terbatal

Seorang wanita antara tujuh penyokong yang ditahan oleh polis ketika menyuraikan perhimpunan mansuhkan ISA di Dataran MPAJ malam tadi. (Foto The Star Oleh: KEVIN TAN)

[DIKEMAS KINI] AMPANG: Perhimpunan mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) anjuran Gerakan Mansuh ISA (GMI), yang dijadual berlangsung di Dataran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) malam tadi terpaksa dibatalkan kerana tidak mendapat kelulusan polis.

Kira-kira tujuh penyokong Pakatan Rakyat ditahan gara-gara tidak mahu bersurai apabila diarahkan oleh polis.

Kempen tersebut dijadual dilancarkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat dan Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang serta Penasihat DAP, Lim Kit Siang tidak hadir.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat, Tian Chua ketika dihubungi oleh mStar Online berkata: �Memang betul Datuk Seri (Anwar) dan yang lain-lain tidak dapat hadir."

"Mereka sudah bersiap mahu ke tempat ceramah tapi pada saat-saat akhir mereka telah dimaklumkan oleh penganjur, polis mahu suraikan perhimpunan ini. "Jadi mereka tidak dapat hadir,� kata beliau yang juga Ahli Parlimen Batu.

Beliau turut mengecam tindakan polis menahan penyokong yang hadir dan meyifatkannya sebagai tindakan yang tidak wajar.

�Kenapa perlu tahan mereka (penyokong)? Mereka tidak buat apa-apa pun. Kenapa polis perlu bertindak kasar terhadap mereka? Tindakan mereka (polis) ini langsung tidak masuk akal,� katanya.

Jumaat lalu, polis menolak permohonan pihak penganjur untuk mendapatkan permit untuk mengadakan perhimpunan malam tadi.

Polis turut mengadakan sekatan di Jalan Pandan Indah menuju ke Dataran MPAJ.

Anggota polis anti-rusuhan (FRU) mula bertindak menyuraikan perhimpunan tersebut pada jam 9:30 malam.

Dalam pada itu, di kawasan Dataran MPAJ empat trak polis diletakkan di kawasan berkenaan.

Pada pukul 9.30 malam ketika Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu ketika berucap berkata: �Permit tidak dikeluarkan lebih kurang dua hari lalu. Maklumlah Malaysia masih lagi negara jakun. Perhimpunan aman masih memerlukan permit.�

Jelas beliau, Pakatan Rakyat akan mengadakan satu lagi perhimpunan di Stadium Selayang, namun tarikh akan diputuskan nanti.

Katanya, menjelang bulan Mac depan diharap ISA akan dapat dimansuhkan.

Kata-kata beliau itu diikuti dengan laungan mansuhkan ISA.

Sebaik sahaja selesai Mat Sabu berucap kira-kira 40 anggota polis anti-rusuhan mula bertindak menyuraikan orang ramai.

Biarpun hujan turun dengan lebat penyokong-penyokong yang hadir enggan berganjak, sehingga tercetusnya pergaduhan di antara pihak polis dan penyokong pembangkang.

Pergaduhan yang tercetus menyebabkan anggota polis anti-rusuhan terpaksa mengambil tindakan tegas menahan penyokong degil.

Kejadian tolak-menolak antara polis anti-rusuhan dan penyokong parti pembangkang berlaku kira-kira lima minit.

Kejadian itu menyebabkan tujuh penyokong ditahan polis.

Dianggarkan kira-kira 100 penyokong hadir pada perhimpunan berkenaan.

Menurut Setiausaha GMI, E. Nalini, tiga daripada mereka yang ditahan itu ialah Ketua Unit Amal PAS Wilayah Persekutuan (WP), Saifuddin Abdullah; Ketua Pemuda PAS WP, Kamaruzzaman Mohamad dan Ketua Penerangan Pemuda PAS Selangor, Mohd Sany Hamdan.

Turut hadir ialah Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dan Ketua Pemuda PAS yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub.

Polis turut mengadakan sekatan di Jalan Pandan Indah menuju ke padang MPAJ.



Iklan Istimewa


http://www.bio-asli.com/daftar_keahlian.asp?id=seramaesty

Saturday, November 22, 2008

Bangsa untuk berkenal-kenalan bukan untuk diperjuangkan- Dato' Tuan Ibrahim

Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man ketika berkhutbah Jumaat di Masjid at-Taqwa Batu 6, Jalan Kelantan Kuala Terengganu baru-baru ini menyentuh satu isu menarik diperkatakan dewasa ini, iaitu perjuangan membela hak bangsa Melayu.

Katanya, bangsa bukan untuk diperjuangkan tetapi ia bertujuan untuk berkenal-kenalan antara satu sama lain semata-mata.

Beliau merujuk kepada firman Allah dalam surah al-Hujurat ayat 13 yang bermaksud, "wahai manusia, sesungguhnya Kami jadikan kamu terdiri dari lelaki dan perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak untuk berkenal-kenalan di antara satu sama lain. Sesungguhnya yang paling mulia di kalangan kamu ialah yang paling bertaqwa."

Dato' Tuan Ibrahim berkata, yang menjadi ukuran kemuliaan manusia bukan kerana seseorang itu berbangsa Arab atau bukan Arab, berbangsa Melayu atau bukan Melayu tetapi yang mulia di sisi Allah dan di sisi manusia pun ialah orang yang bertaqwa kepada Allah.

Beliau mengimbau sejarah bagaimana Allah memuliakan manusia selain dari bangsa Arab apabila mereka tidak menegakkan Islam dan taqwa. Allah memilih bangsa Monggul memerintah apabila mereka menerima Islam sebagai dasar pemerintahannya di Asia Barat satu ketika dahulu dengan meninggalkan bangsa Arab kerana meninggalkan Islam.

Allah memilih bangsa Turki (Kerajaan Islam Othmaniyyah) memerintah dunia ketika bangsa Arab menolak Islam.

Justeru menjadi satu kesalahan besar apabila mendakwa bangsa sebagai asas kemuliaan seseorang itu berdasarkan ketegasan Allah dalam firman-Nya tersebut.

Dato' Tuan Ibrahim berkata, orang Cina tidak hendak dia menjadi bangsa Cina tetapi mereka ditakdirkan menjadi Cina. Orang India tidak mahu dirinya menjadi India tetapi mereka ditakdirkan begitu.

Begitu juga orang negro tidak meminta mereka menjadi negro dengan warna kulitnya hitam legam tetapi Allah menentukan mereka berkeadaan demikian bertujuan untuk mereka saling kenal mengenal antara satu sama lain.

Jika Bangsa Arab atau bangsa Melayu dianggap mulia nescaya Allah jadikan itu sahaja bangsa hidup di dunia ini tidak bangsa lain. Tetapi Allah jadikan manusia ini sifatnya berbangsa-bangsa dan berpuak-puak, walaupun dari ayah yang satu iaitu Adam a.s.

Jika ada manusia moden hari ini beranggapan Melayu adalah satu bangsa mulia tanpa membuat kajian mendalam tentang bohongnya kenyataan itu, jelasnya mereka terbabit tidak menggunakan akal sebenarnya untuk mengkaji kenyataan kehidupan manusia di atas muka bumi ini.

Sepatutnya semua manusia mesti membebaskan diri dari belenggu sifat asobiyyah sempit ini bahawa bangsa mereka sendirilah yang paling mulia di dunia ini bukan manusia bertaqwa dan menghayati Islam.

Islam tidak melarang mana-mana bangsa menjadi pemimpin negara selagi dia Islam dan beriman kepada Allah.

Jika orang Cina Islam dan bertaqwa kepada Allah dia layak menjadi pemimpin atau dalam konteks negara Malaysia menjadi Perdana Menteri jika orang Melayu tidak yakin dengan Islam dan tidak bertaqwa. Ini menurut perlembagaan Islam tanpa menaruh prejudis kepada perlembagaan negara.

Yang penting apakah Islam dan ketaqwaan menjadi dasar kehidupan seseorang atau sebaliknya.

Justeru, apabila dunia semakin maju, maka semakin majulah pemikiran manusia bukan berpusing ke belakang dengan menjadikan bangsa dasar perjuangan dirinya.

Jadilah manusia bertamaddun dengan Islam sebenar bukan terbenam dan binasa dengan khurafat asobiyyah bangsa sendiri.

Iklan Istimewa


http://www.bio-asli.com/daftar_keahlian.asp?id=seramaesty

Gejala Rasuah Sukar Dibendung Walaupun Najib Jadi PM, Kata Dr Mahathir

KUALA LUMPUR, 23 Nov (MPO2) - Gejala rasuah dan politik wang dalam Umno tetap sukar dibendung meskipun Datuk Seri Najib Tun Razak bakal menjadi Perdana Menteri dan Presiden Umno Mac depan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bernama melaporkan Bekas Perdana Menteri itu turut mempersoalkan sama ada peralihan kuasa yang dicadangkan antara Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya, Najib mampu untuk memulihkan semula parti.

"Apakah dengan peralihan kuasa itu dapat memulihkan parti? Saya tidak boleh yakin lagi kerana saya belum lagi nampak Najib mampu menyelesaikan masalah rasuah dan politik wang.

"Kita tidak akan dapat semula Umno yang bersih untuk mewakili kita selagi ia tidak dibendung," katanya pada wacana "Dilema Melayu" anjuran Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) di sini semalam.

Beliau berkata gejala itu agak sukar dikawal berikutan telah menjadi satu budaya dalam kalangan anggota Umno yang mahukan sesuatu jawatan terutamanya menjelang perhimpunan Agung Umno pada Mac depan.

Dr Mahathir juga berkata sekiranya Umno tidak kembali kepada perjuangan asal, parti itu akan dilihat tidak lagi relevan untuk bangsa Melayu.

Katanya kepimpinan melalui teladan adalah contoh yang terbaik di samping usaha berterusan membanteras rasuah.

"Kita mahukan pimpinan yang tegas dan mengambil sebarang tindakan terhadap sesiapa sahaja yang terlibat. Untuk ahli, kalau pemimpin itu terlibat dengan rasuah, jangan pilih dia.

"Kita tak boleh harap pembaharuan boleh dilakukan dalam Umno dan mereka harus ingat, kalau orang tidak memberi undi mereka tidak boleh menang atau sekiranya mereka menang dalam pemilihan parti, tak semestinya mereka akan menang pilihan raya," katanya.

Sementara itu, dalam sidang akhbar, Dr Mahathir ketika ditanya sama ada telah mengemukakan sebarang nama untuk dikenakan tindakan disiplin kerana terlibat dengan politik wang dan rasuah, hanya berkata beliau tidak ada berbuat demikian.

"Saya tidak ada cadangan untuk berbuat demikian (mengemukakan nama) kerana ramai yang telah hantar laporan salah laku kepada Jawatankuasa Disiplin parti," katanya.

Beliau berkata meskipun laporan telah dibuat, apa yang menjadi keutamaan adalah melihat laporan itu disusuli tindakan.

Mengulas mengenai keputusan Ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz yang mahu mempertahankan jawatannya, Dr Mahathir berkata: "Itu terpulang kepada dia. Apa yang penting pilih pemimpin yang tak terlibat dengan rasuah."

Dr Mahathir turut mengingatkan anggota parti supaya mengundi seseorang pemimpin dengan berdasarkan kebolehan dan bukannya kewangan.



Iklan Istimewa

http://www.bio-asli.com/daftar_keahlian.asp?id=seramaesty

Isu ladang babi: RTM,TV3 berniat jahat terhadap Kedah

KUALA LUMPUR, 22 Nov (Hrkh) - Media pro Umno-Barisan Nasional (BN) sekali lagi cuba menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat yang didukungi oleh PAS,KeADILan dan DAP.

Jika sebelum ini, media cetak memainkan peranan dengan menjadi agen penyebar dakyah dan permainan licik politik BN,kini media elektronik menjadi senjata apabila RTM dan TV3 cuba memutarbelitkan fakta untuk menjatuhkan nama baik Kerajaan Negeri Kedah.

Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kedah, Mohd Helmi Mohd Khalid dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily hari ini mendedahkan bagaimana kerajaan Kedah dijadikan mangsa dengan corak pemberitaan yang memesongkan dan berniat jahat.

Menurutnya, siaran berita RTM di TV1 sekitar jam 1.00 petang 19 November 2008 dan siaran Buletin Utama TV3 jam 8.00 malam 19 November 2008 mendedahkan tembelang sebenar kedua-dua stesen televisyen tersebut apabila menyiarkan berita yang jauh terpesong dan berniat jahat.

"Kedua-dua siaran tv ini melaporkan bahawa Kerajaan Negeri Kedah bakal membuka sebuah ladang ternakan babi di Kedah.

"Saya ingin tegaskan bahawa kedua-dua berita tersebut adalah satu pembohongan dan telah memutarbelitkan fakta seperti yang tercatat dalam buku Jawapan Bertulis Mesyuarat Keempat Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Kedua Belas (Mesyuarat Bajet 2009),"jelasnya.

Tambahnya,siaran berita tersebut hanyalah berbentuk jahat untuk menjatuhkan nama baik Kerajaan Negeri Kedah dan menghasut rakyat untuk bencikan Kerajaan dan berbentuk provokasi.

"Sebagai makluman pembukaan ladang itu hanya akan berlaku jika terdapat aduan kacau ganggu di ladang-ladang yang sedia ada.

"Selebihnya, keputusan tersebut telah dibuat oleh Kerajaan terdahulu melalui surat UPEN (K) 707 SK.4 ( ) bertarikh 4 Disember 2007 bertajuk: Keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (MMK) Mengenai Ladangan Masa Depan Industri Ternakan Khinzir di Negeri Kedah Darul Aman,"katanya lagi.

Helmi juga mendedahkan,sekalipun telah dijelaskan dalam sesi penggulungan Sidang Bajet pada 20 November dan sidang akhbar pada hari yang sama oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, bahawa ini adalah keputusan Kerajaan terdahulu (Barisan Nasional) bagaimanapun TV3 khususnya masih menggunakan perkataan 'hasrat Kerajaan PAS Kedah membuka ladang babi'.

"Bagi saya ia jelas satu pembohongan fakta yang amat jelas oleh stesen televisyen swasta berkenaan dalam siarannya pada 20 dan 21 November melalui slot Buletin Utama.

"Saya juga ingin menjelaskan bahawa dalam sidang akhbar, Menteri Besar juga telah memberitahu bahawa beliau dan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat menghormati keputusan Kerajaan terdahulu (BN) bertarikh 4 Disember 2007 itu dan setelah mendapat nasihat daripada pihak Vertarina negeri, pihaknya belum lagi memutuskan tempat atau bila ladang berpusat itu akan dibina,"jelasnya lagi.

Beliau juga menambah, bahawa Ustaz Azizan juga menyatakan pembinaan ladang ternakan itu adalah untuk kebaikan semua pihak untuk mengelakkan sebarang kemungkinan masalah seperti pencemaran, bau busuk dan seumpamanya.

Menurut Ustaz Azizan,kata Helmi, bukan hanya ladang babi, jika terdapat ladang ayam, lembu, kambing, kerbau sekalipun telah menimbulkan keresahan rakyat, maka ladang tersebut akan dipindahkan.

Oleh itu katanya, dari penjelasan itu, amat jelas bahawa Kerajaan Negeri memikirkan satu tempat dan kaedah terbaik untuk mengatasi permasalahan yang mungkin atau telah wujud berpunca dari ladang ternakan tersebut.

"Adalah di luar dari jangkauan pemikiran saya jika pemberita TV3 Kedah lebih suka melihat ladang babi dibina berdekatan kawasan perumahan jika dibandingkan dengan usaha Kerajaan Negeri untuk memindah dan memusatkan ladang dan sembelihan di satu kawasan yang jauh dari kawasan penempatan penduduk.

"Saya juga menjangkakan, jika ladang baru itu nanti terbina sekalipun jauh dari kawasan penempatan, sekali lagi akan ada pihak memainkan isu bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat telah membina ladang ternakan babi yang luas, jika andaian saya ini benar-benar berlaku, sahlah bahawa berita berkenaan bukannya membela hak dan kepentingan rakyat tetapi ia lebih membela hak binatang ternakan tersebut kerana telah dipinggirkan dan ditempatkan di kawasan yang terpencil,"tegasnya.

Pimpinan Pakatan Rakyat kecam media pro Umno-BN

Sementara itu, baru-baru ini pemimpin Pakatan Rakyat, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang sepakat mengecam konspirasi media pro Umno-BN yang sedang bertungkus lumus untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat dengan menabur fitnah, adu-domba dan memainkan isu-isu sensitif bagi mengelirukan rakyat.

Selain untuk mencetuskan kemarahan rakyat, tindakan media pro Umno-BN itu juga bertujuan untuk menjatuhkan reputasi lima kerajaan Pakatan Rakyat yang dipimpin.

Perkara ini didedahkan oleh ketiga-tiga mereka pada 'Majlis Makan Malam dan Bengkel Mini Pakatan Rakyat' yang diadakan di Hotel De Palma, Ampang dekat sini baru-baru ini.

Presiden PAS dalam penegasannya bimbang peranan yang dimainkan oleh media arus perdana boleh mengancam kestabilan dan kemuafakatan parti-parti dalam Pakatan Rakyat sekiranya perkara ini tidak dapat dibendung dengan segera.

Kata beliau, peri pentingnya media telah dibuktikan oleh MCA dengan mengambil alih dua buah akhbar utama berbahasa Cina, Nyangyang Siang Pau dan Sin Chew Daily selepas pilihan raya kecil Lunas bagi menyekat sokongan orang-orang Cina terhadap pembangkang.

Sementara itu, Ketua Umum KeADILan menyifatkan media arus perdana bertindak 'kasar' dengan melaporkan isu-isu sensitif yang boleh mencetuskan perbalahan kaum dan agama seperti yang berlaku ke atas exco kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, Teresa Kok dan Ronnie Liu serta editor Malaysia-today, Raja Petra Kamaruddin.

"Media sekarang ini mainkan isu perkauman. Bangkitkan isu agama. Seolah-olah terdapat pergeseran dikalangan pemimpin Pakatan Rakyat dan ini amat merbahaya," tegas Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Justeru itu, ketiga-tiga pemimpin mengingatkan rakyat agar tidak terpedaya dengan laporan-laporan berniat 'jahat' yang disiarkan oleh media cetak dan elektronik yang dikuasai Umno-BN.


Iklan Istimewa

http://www.bio-asli.com/daftar_keahlian.asp?id=seramaesty

Tags