KUALA LUMPUR, 7 Nov (MPO2) - Pengendali lama web Malaysia-Today, Raja Petra Kamaruddin akan dibebaskan sebelum pukul 4.00 petang hari ini. Menurut isteri beliau, Marine Lee Abdullah yang dihubungi sebentar tadi, Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan perintah penahanan ke atas suami beliau yang dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri tidak sah. Raja Petra telah ditahan di bawah ISA kerana didakwa boleh mengganggu dan mengancam keselamatan dan ketenteraman awam pada 12 September lalu, lapor Harakahdaily.net. Beliau dihantar ke Pusat Tahanan Kamunting pada 23 September lalu setelah Menteri Dalam Negeri menandatangani perintah tahanannya malam sebelumnya mengikut Seksyen 8 akta tersebut, yang membolehkan beliau ditahan tanpa bicara. Mengikut akta tersebut, perintah tahanan ke atas Raja Petra itu boleh disambung setiap dua tahun. |
Iklan Istimewa
http://www.bio-asli.com/daftar_keahlian.asp?id=seramaesty
