Latest News

Sunday, November 9, 2008

Isu mansuh ISA: Umno beri Zaid surat tunjuk sebab

PETALING JAYA: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim telah diberikan surat tunjuk sebab atas tindakan beliau mengeluarkan surat terbuka kepada Perdana Menteri dan mengadakan pertemuan dengan pembangkang berhubung syor supaya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan.

Perkara tersebut didedahkan pada satu sidang media di sini sebentar tadi.

Zaid berundur daripada Kabinet September lalu sebagai protes terhadap penahanan seorang wartawan, Ahli Parlimen dan penulis blog di bawah ISA.

Minggu lalu, Zaid berkata, surat perletakan jawatan Senator juga telah diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi beberapa minggu selepas berundur dari Kabinet.

Tindak-tanduk politik Zaid menimbulkan rasa kecewa banyak pemimpin Umno apabila beliau dilihat senada dengan pendekatan politik parti pembangkang terutama Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang ditunjangi Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Zaid, bekas Ketua Umno Bahagian Kota Bahru, telah mengeluarkan surat terbuka kepada Datuk Seri Abdullah Ahmmad Badawi meminta beliau agar memasuhkan ISA.

Malah baru-baru ini kenyataan Zaid yang menyentuh konsep ketuanan Melayu juga menimbulkan rasa tidak senang di kalangan pemimpin Umno.

Iklan Istimewa

http://www.bio-asli.com/daftar_keahlian.asp?id=seramaesty

Tags